Jumaat, 12 Mei 2017

UNDI PAS SOKONG UMNO




KENYATAAN MEDIA
11 Mei 2017

1. KEADILAN menzahirkan kekesalan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak namun menghormatinya atas kebebasan Pas membuat suatu pendirian politik.
2. Pada masa yang sama KEADILAN menolak tohmahan MAJLIS Syura Ulamak Pas bahawa KEADILAN
menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS.

3. Sebaliknya rekod KEADILAN kekal sebagai sebuah parti multiracial, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang.
4. Pimpinan KEADILAN akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.
Sekian.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN



-----------

LAGI PUTAR ALAM




2O17 TOLAK 1988 = 71??
Tuan TT lupa lot..umno yang ke 71 ni pertubuhan yang makamah dah haram. Ni umno(baru) bro.haram pun haram beb.


TIPU

mereka mana kesah...tetap nak guna umno yang diharam kan tu..ni umno (baru) mula ditubohkan thn 1988 so belum pun 71 tahun tuan TT.ingat tu.... on 
BERITA BAIK UNTUK KITA
Publish | Delete | Spam
usop ali
on 5/11/17




-----------------

BUNDI DAN BUNDY







KACANG BENDI
Kau jangan la tulis gitu tt. Penat lelah mak jiran aku memupuk dan menjaga bagi besar berjaya pokok bendi dia. Aku sendiri walaupun tak suka petai, tapi aku suka makan bendi dalam kari ikan asalkan bukan tua. 
Jadi aku sebagai juruprihatin pada bendi dan sayur selain kangkong, ingin merayu supaya kau jangan lagi stereotype bendi sebab bukan semua sama, ada tua ada muda, ada kurus ada gedempol, ada manis ada masam, ada disiram air hujan ada disiram air babi. Terima kasih atas kerjasama pakcik. on 
BUNDY DAN BUNDI - NAMA JAHAT
Anonymous
at 4:12 PM

HARUS SANA HARUS SINI
Aduhh! Tak pepasal kau dah masuk sama satu kategori dengan sorang necrophiliac! Mungkin terjun api sesama nanti kot? Tapi muftee takde pun surah panjang atau berulang pasal kes individu macam ni, terutana harussana harussini, 
habih camno pakcik ngan makcik kat surau kampung nak prihatin secukupnya isu rasuah negara yang menular jauh atas bawah kalangan pemimpin pentadbiran dan penguatkuasa, sebab bila orang bukan bn yang bersyarah pasal ni, laju je dikatakan dah nama pembangkang, takde la keje lain dari membangkang dan memburuk serta nak menjatuh kerajaan! on 
BUNDY DAN BUNDI - NAMA JAHAT
Anonymous
at 3:57 PM





--------------

SIAPA FASEH BAHASA ARAB





SILA BANTU

BERI

PENCERAHAN

APA BEZA

TAHLUF SIASI

DENGAN

TAHLUF FULUSI

SAJE 

NAK TAHU

JANGAN 

MARAH








------------------

SIAPA DIA MELAYU HARBI





FACE BOOK

Krikk.. Krikk.. Krikk..



Kaseh Mie Idris 1MDB=1 MALAYSIA DALAM BAHAYA
Reply
11
May 9 at 4:50pm
AL Rayyan Haffiz Sapar Kasi tumbang bn pru14...
Reply
5
May 9 at 5:00pm
Su Jian Sim kini rata rata graduan anak melayu tiada kerja... 

Kerajaan kalau tidak memeransangkan ekonomi, negara kita akan terus ke ambang bahaya...
Ana Khair Akhirnye penyamun2

Zamuri Rosai Hentikn budaya trus menerus memprbodohkn pemikirn Rakyat 1Mlysia...hnya demi Survival Politik mereka....
Zulkarnain Shaharudin Digelar harbi krn keduniaan semata-mata... Padahal kita masih bebas mengamalkan ajaran islam dgn aman tnp peperangan...
Khai Lorenzo Nnti klu dtkdirkn umno menang..sia2 je tuduhan n leteran pmbgkng...putih mata..hmm
Reply15 hrs
Benson Ong "Melayu Dedak"
Reply
4
May 9 at 5:28pm
Afi Azreen Bin Fardil Takbuurrr..salam kehancuran buat umno
------------------------

SIBUK NAK JADI TOK ARAB





SIBUK NAK JADI TOK ARAB
TT, jatidiri melayu dah hancus. melayu memang malu nak amalkan budaya sendiri. semua sibuk nak jadi pak arab. aku bagi contoh satu jer, melayu sekarang lebih suka pakai jubah arab berbanding pakai baju melayu. kononnya lebih islamik. islam tak ajar mesti pakai jubah serban dan dan dan...
islam cuma ajar supaya tutup aurat dan jenis2 pakaian untuk tutup aurat terpulang la pada adat budaya memasing. kalau kau cina muslim, pakai jer la cara pakaian cina asalkan tutup aurat. asalkan jgn pakai pakaian yg pelik pada pandangan masyarakat setempat dah la. sama la jugak mcm pakai kain pelikat, org tua2 kalau nampak kau solat pakai seluar,sibuk nak suruh tukar pakai kain pelikat, kononnya lebih islamik.. ishh! pelik2 ah melayu nih!! on 
BANI MELAYU WAJIB BERUBAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/12/17




--------------

BUNDY DAN BUNDI - NAMA JAHAT





ADA APA

PADA NAMA

SATU BANDI

SATU BANDY

DUA DUA

ORANG JAHAT


MALAYSIA
Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi dikawal pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi menghadapi tuduhan kes rasuah.



AMERIKA

Ted Bundy - Wikipedia

https://en.wikipedia.org/wiki/Ted_Bundy



Theodore Robert Bundy was an American serial killer, kidnapper, rapist, burglar, and necrophile who assaulted and murdered numerous young women and ...



--------------

MENIPU SHAHBAN PULAAAAK





CABUTAN

BERTUAH TAK

MAHU LAYAN

TIDAK ADA

LAIN JALAN

TANGKAP 

PAKSA

MASIH 

KURENG

PAKSA 

PELAJAR

TAHFIZ 

TIPU PULAK

DENGAN

NEPU SAHBAN

Ada siswa mengaku dikerah ke acara Umno cara 'kotor' 

Semalam merupakan ulang tahun Umno yang ke-71. Dalam ribuan hadirin yang menghadiri upacara penuh bersejarah itu, siapa sangka ada hati yang terluka.

Itulah yang dihadapi oleh sesetengah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada awalnya didakwa dimaklumkan mereka diwajibkan hadir ke “Program Sukarelawan Patriotisme Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seawal jam 10 pagi sebanyak 110 buah bas dengan ke muatan 44 orang mahasiswa mereka bergerak ke Bukit Jalil secara berperingkat, namun setibanya di situ, tiada program seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia adalah sambutan ulang tahun Umno yang ke-71.

Menurut mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, UiTM mewajibkan mahasiswa yang mengikuti kelas kokurikulum untuk menghadiri program itu dan sekiranya ingkar, mereka akan diambil tindakan.

“Pihak UiTM kata ini program sukarelawan tapi kami kena tipu. kami datang dari pagi lagi duduk bawah pokok, dah dua kali periksa darah dan sekarang duduk balik bawah pokok.

“Sekarang ni dah letih sangat, tak tahu nak buat apa-apa dah sekarang ni,” katanya kepada Malaysiakini.

Ia bagaimanapun selari dengan dakwaan Pemuda PKR dan Pemuda DAP yang mendedahkan dakwaan rakaman skrin WhatsApp dan surat menyurat berkaitan.

Kesemua mahasiswa yang ditemui Malaysiakini semalam enggan nama penuh mereka disiarkan.

'Kami ada parti sendiri'

Mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Razak pula mempersoalkan mengapa kerajaan sebelum ini melaungkan mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik namun bertindak sebaliknya.

“Sudahlah macam program yang dia kata pada awalnya itu tak ada. Saya rasa program hari ni kurang sesuai, sebab kerajaan kata pelajar tak boleh terlibat dengan politik tapi ini dah lain dah ni,” katanya.

Bagi Ismail, UiTM tidak boleh memaksa pelajar yang sudah berusia 21 tahun ke atas ke program Umno memandangkan mereka sudah boleh mengundi.

“Kami dah berusia 21 tahun, tak bolehlah paksa macam ini. Kami pun ada parti yang kami pilih dan lebih-lebih lagi undi ini rahsia,” kesalnya.

Namun lain pula yang dihadapi oleh pelajar sebuah kolej apabila mereka pada awalnya hanya diberitahu untuk hadir ke program “Kadet Pispa” dalam program sukarelawan bersama menteri.

Menurut pelajar yang mahu dikenali sebagai Faiz, beliau dan rakan-rakannya tidak menyangka akan dikerah ke program ulang tahun Umno.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil hari ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai urus setia majlis ulang tahun Umno ke-71 tiba-tiba memberi baju parti yang berwarna merah untuk dipakai.

Malah lelaki tersebut turut mengingatkan semua pelajar supaya tidak mengambil gambar dengan memakai baju Umno serta memuat naiknya di laman sosial.

“Pada awalnya dia kata datang program lain, tapi rupanya program Umno. Kami dari pagi lagi ini, penat sangat dah dan tak tahu dah nak pergi mana, kalau tahu program macam ini kami tak datang,” katanya yang mendakwa dibekalkan wang sebanyak RM10 setiap seorang.

Pelajar tahfiz baca Yasin

Selain mahasiswa turut kelihatan juga pelajar tahfiz yang berusia dalam lingkungan 13 tahun yang turut diawasi oleh gurunya.

Menurut Ketua warden Sekolah Tahfiz Imtiyaz Ulul Albab Alor Gajah Melaka, Anuar Ismail kedatangan seramai 230 pelajarnya yang berusia 13,14 dan 16 tahun itu sekadar menghadiri undangan dari Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mereka dipanggil untuk membacakan Yasin sempena Nisfu Syaban dan menafikan terlibat dengan politik.

“Kita tak terlibat dengan politik, kita datang untuk baca yasin sebab Nisfu Syaban. Bagi saya kita tak boleh campur aduk politik, ini jemputan  Tuan Haji Ahmad Zahid nak sambut Nisfu Syaban,” katanya yang menambah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu.

Mengikut tinjauan Malaysiakini, pelajar-pelajar ini hanya duduk berkeliaran sejak tengah hari tadi sebelum menunggu kedatangan Najib.

Pengunjung ke acara itu berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno berkaitan perkara ini.

TANGKAP

TIPU PAKSA

AHLI TAK

DATANG KE?

KAH KAH KAH


--------------