Kenyataan Media oleh ADUN Machang Bubuk di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 18 Januari 2014.
Respon Kepada Pelbagai Serangan Peribadi Dan Ugutan Ke Atas Flash Mob “I LOVE Kangkung” : Mengkritik Perdana Menteri Dan Dasar Kerajaan Bukan Satu Kesalahan
Berkenaan dengan pelbagai serangan peribadi terhadap saya oleh pemimpin UMNO/BN sejurus selepas dengan flash mob “I LOVE Kangkung” yang telah diadakan pada jam 6.30 petang, 15 Januari 2014 (Rabu), saya ingin menegaskan bahawa tindakan menjemput Perdana Menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa.
Saya tidak faham kenapa UMNO/BN dan penyokong mereka menyamakan tindakan tersebut sebagai suatu tanda penghinaan. Sebenarnya tindakan kreatif tersebut mempunyai simbolik yang menuntut Perdana Menteri supaya boleh berprihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada harga barang naik.
Kenyataan kangkung yang dibuat oleh Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan seolah-olah bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan. Dengan itu, seluruh sosial media internet serta media massa telah penuh dengan pelbagai komedi dan sindiran yang berasaskan kangkung untuk menyindir Perdana Menteri.
Namun demikian, saya telah dijadikan kambing hitam dan diserang secara peribadi sebenarnya hanya menunjukkan kenyataan dan perbuatan mereka tersebut mempunyai jurang besar dengan pandangan realiti umum serta tidak memandang serius tentang kemarahan rakyat yang semakin panas.
Sebab-sebab kenaikan harga barang adalah seperti amalan rasuah, ketirisan dan pemborosan oleh kerajaan Persekutuan, pengurusan ekonomi yang lemah,serta berpihak kepada syarikat-syarikat besar. Kerajaan Persekutuan yang lama diterajui oleh UMNO/BN telah menyebabkan hutang negara yang meningkat setiap tahun, defisit kewangan dan akhirnya mangsanya adalah rakyat biasa yang perlu tanggung akibat tersebut. Dengan itu, UMNO/BN tidak dapat lari daripada tanggungjawab tersebut. Saya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih perlu bertanggungjawab serta berani bersuara. Tindakan saya mengkritik Perdana Menteri dan dasar kerajaan bukan sesuatu kesalahan.
Dengan itu, saya menegaskan bahawa tindakan flash mob tersebut adalah bertujuan untuk mencerminkan pandangan awam. Pemimpin UMNO/BN perlu memandang serius tentang masalah kenaikan harga barang.
Saya akan teruskan mengadakan program-program komuniti untuk membantah cukai GST dan harga barang naik pada masa akan dating supaya suara rakyat berkenaan dengan keadaan dan pandangan mereka dapat disalurkan melalui pelbagai saluran.
Saya berharap Perdana Menteri dan pemimpin UMNO/BN boleh mendengar suara rakyat, suara keramat dan bukannya terjerumus dalam serangan peribadi atau mengapi-apikan semangat perkauman yang sempit.
LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang
---------