Rabu, 8 Mei 2024
MAHADANON - CAKAP LAIN BUAT LAIN
BDS Malaysia tolak alasan Anwar benarkan syarikat bantu Israel sertai pameran KL
Pergerakan antarabangsa memulau Israel - Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) - mempersoalkan alasan diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan syarikat pertahanan yang membekal senjata kepada Israel untuk menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) di Kuala Lumpur.
Presiden BDS Malaysia Nazari Ismail berkata tidak timbul sama ada sesebuah syarikat itu berdaftar di Israel, kerana hakikatnya ia terlibat secara langsung dalam membantu negara Zionis itu melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Jika kerajaan serius untuk membela rakyat Palestin, kerajaan kena kaji semula hubungan dengan syarikat-syarikat ini kerana kita mahu mereka berhenti serta-merta daripada membantu Israel menzalimi rakyat Palestin," Nazari memberitahu MalaysiaNow.
Semalam, penunjuk perasaan berkumpul di luar Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) bagi membantah penyertaan beberapa syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel, yang turut digunakan dalam serangan ke atas Gaza.
Syarikat yang dimaksudkan ialah Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) selain daripada Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo.
Penyertaan mereka turut dikecam bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut kerajaan menghalau syarikat-syarikat itu dari Malaysia.
Anwar bagaimanapun mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan mereka mempamerkan produk di pameran itu, dengan berkata ia tidak menjadi masalah selagi mereka bukan berdaftar di Israel.
Nazari mengingatkan kerajaan supaya tidak mengamalkan sikap "business as usual" dengan syarikat terbabit.
Katanya, kerajaan juga perlu berhenti berurusan dengan syarikat tersebut, di samping menolak segala bentuk perolehan atau pembelian kelengkapan tentera.
"Adalah sangat penting untuk kita bertindak menyekat pembunuhan beramai-ramai di Gaza sekarang.-
"Salah satu caranya adalah memastikan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan atas keterlibatan mereka dan menyeru semua pihak untuk tidak memberi sebarang kontrak perniagaan kepada mereka," kata Nazari.
Alasan Anwar bahawa hanya syarikat yang berdaftar di Israel akan dihalang daripada menyertai pameran itu mengundang persoalan sama ada Malaysia akan membenarkan syarikat lain walaupun terlibat membantu Israel.
Ini kerana syarikat Lockheed Martin, walaupun berpengkalan di AS, jelas menyatakan penglibatannya membina sistem pertahanan Israel.
Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia “bangga” dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.
Lockheed Martin adalah antara syarikat pertahanan dengan pelaburan terbesar di Israel di bawah Peace Marble, program untuk membekalkan jet pejuang F16.
Pada 2014, Lockheed Martin menandatangani berpuluh-puluh perjanjian dengan syarikat pertahanan Israel, salah satu daripadanya adalah kontrak membina bahagian sayap F-35 untuk Israel Aircraft Industries (IAI) selama 15 tahun dengan nilai AS$2.5 bilion.
Kira-kira 40 syarikat Israel yang terlibat dalam pertahanan, teknologi dan penyelidikan mendapat manfaat daripada kerjasama dengan Lockheed Martin, yang dijangka melebihi AS$4 bilion.
Nazari berkata BDS Malaysia akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyelaraskan dasar dan amalan perdagangan berpandukan dasar luar yang jelas tidak mengiktiraf Israel.
“Negara haram Israel yang dibina dengan cara menjajah bumi Palestin dan bercirikan amalan aparteid telah lama kehilangan sebarang hak untuk diiktiraf atas dasar intelektual atau moral.
“Ketidakupayaan untuk menjustifikasikan kewujudan serta tindakannya telah menjadi jelas kepada seluruh dunia.”
WOIT
INI MAHADANON
CAKAP LAIN
BUAT LAIN
AMIN
TAK CAYA LIHAT
KASINON NANTI
ADA KE TAKDA
AMIN
KHALAS
MAHADANON MELEBONG LAGI
Selagi tak daftar di Israel, tiada masalah, kata Anwar di sebalik firma bantu Israel sertai pameran KL
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan kerajaan Malaysia membenarkan beberapa syarikat menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) di Kuala Lumpur, walaupun terlibat dalam membekalkan kelengkapan ketenteraan kepada Israel dalam serangannya ke atas Gaza.
Anwar berkata pentadbirannya akan membenarkan syarikat-syarikat tersebut selagi mereka bukan berdaftar di Israel.
“Tak ada yang berdaftar (di Israel), kita tak benarkan," katanya kepada wartawan di Putrajaya.
Anwar sebaliknya menyasarkan kepada seteru politiknya Dr Mahathir Mohamad, menuduh bekas perdana menteri itu membenarkan kepentingan Israel seperti kapal kargo untuk berlabuh.
"Yang benarkan 2002, Dr Mahathir bawa (kapal) Zim," katanya merujuk syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services. "Kita dah batalkan, ingat 2002 yang benarkan kapal Israel masuk itu adalah Dr M masa jadi PM. Tiada bagi alasan apa pun."
Minggu lalu, MalaysiaNow mendedahkan sebuah kapal kargo Israel baru-baru ini berlabuh di Pelabuhan Klang, walaupun kerajaan mengumumkan larangan ke atas semua kapal milik syarikat Israel Disember lalu.
Kapal kargo Zim Rotterdam dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April sebelum belayar ke Pelabuhan Shantou di China pada keesokan hari.
Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang masih belum membalas pertanyaan MalaysiaNow berhubung pendedahan itu.
Alasan Anwar bahawa hanya syarikat yang berdaftar di Israel akan dihalang daripada menyertai pameran ketenteraan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur itu bakal mengundang persoalan sama ada Malaysia akan membenarkan syarikat-syarikat lain yang terlibat membantu Israel dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Ini kerana syarikat Lockheed Martin secara jelas berkata ia terlibat membantu sistem pertahanan Israel.
Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.
"Pesawat C-130 dan F-16 kami telah berkhidmat dengan setia untuk tentera udara Israel sejak 1970-an dan 1980-an, dan apabila Surat Perjanjian ditandatangani pada Oktober 2010, Israel menjadi negara pertama memilih F-35 melalui proses Jualan Ketentaraan Asing kerajaan AS," kata syarikat itu.
WOIT
INI NAMANYA
BERSILAT LIDAH
KAH KAH KAH
BILA TERBOGEL
MULA BERSILAT
AMIN
MAT LEBONG
MELEBONG LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
RAFAH SEDANG DISERANG
Serang Rafah jejaskan seluruh dunia
ISTANBUL – Turkiye memberi amaran bahawa serangan ke atas Rafah bukan sahaja akan menjejaskan rantau itu tetapi seluruh dunia sambil menggesa Israel “segera berundur” dari sempadan Gaza di sempadan Rafah.
“Status quo di Rafah dan di persimpangan sempadan mesti dipulihkan tanpa berlengah-lengah lagi,” kata jurucakap Kementerian Luar Turkiye, Oncu Keceli di X.
Katanya, serangan Israel ke atas Rafah menunjukkan kerajaan Netanyahu tidak bertindak dengan “niat baik’ sedangkan Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata di Gaza.
“Di tengah-tengah perkembangan positif ke arah menamatkan kemusnahan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, peningkatan serangan Israel ke atas Rafah sekali lagi menunjukkan bahawa kerajaan Netanyahu tidak bertindak dengan niat baik,” kata Keceli.
Israel telah mengambil “kawalan operasi di sebelah Gaza di lintasan Rafah,” selepas mara pada waktu malam ketika pesawat perang mereka merempuh rumah penduduk.
Pada hari Isnin, tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan untuk penduduk Palestin di timur Rafah, satu langkah yang dilihat secara meluas sebagai permulaan kepada serangan yang telah lama digeruni Israel ke atas bandar itu, yang menempatkan kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Hampir 34,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza.
Israel juga dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam kes yang sedang berjalan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – Agensi
PROJEK AKHIR
ZIONIS BUNUH
SEMUA ARAB
PALESTIN
AMIN
ZIONIS DAPAT
ILMU DARI
NAZI HITLER
KHALAS
KUASA AKAN MENDUGA KITA
KUASA AKAN
MENDUGA KITA
AMIN
Unknown commented on
"LAWAN ZIONIS TEMPATAN"
Jom tukartiub Kita berjuang sbb kita enjoy d menjoy x terikat dgn kononya disiplin parti& perlembagaan parti&mcm2 alasan sbb dh jadi k'jaan & ada jawatan rezeki ada jua
Unknown commented on
"APA JADI DENGAN MAT SABU"
Woit baru tau ujian kuasa harta & jawatan kah kah kah
HUTANG NEGARA
$ 1.5 TRILION
RINGGIT
BUKAN BILION TAPI TRILION
INI JUMLAH HUTANG NEGARA
HUTANG NEGARA BERMAKNA
HUTANG KITA SEMUA
HUTANG INI AKAN BERTAMBAH
BILA GAJI PENJAWAT AWAM NAIK
MANA MADANI NAK CEKAU DUIT?
PASTI PINJAM LAGI
POTONG SABSIDI MINYAK
SATU CARA UNTUK
DAPAT DUIT
TAPI BAWA BAHAYA
MINYAK NAIK HARGA
BILA MINYAK NAIK HARGA
BARANG NAIK HARIGA
BILA MINYAK NAIK HARGA
RAKYAT AKAN NAIK MINYAK
JENG JENG JENG
AMIN
RAFAH DISERANG ?
Setiausaha Agung PBB bimbang Israel serang Rafah
HAMILTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan operasi ketenteraan besar-besaran Israel di bandar Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan, Guterres mengulangi seruan desakannya kepada Israel dan Hamas untuk mengambil tindakan tegas bagi menamatkan penderitaan di wilayah itu.
“Setiausaha Agung (PBB) amat prihatin dengan tanda-tanda operasi ketenteraan berskala besar di Rafah mungkin akan berlaku.”
“Kami sudah melihat pergerakan orang – kebanyakan mereka berada dalam keadaan terdesak dan telah berulang kali dipindahkan. Mereka mencari keselamatan yang telah banyak kali dinafikan,” tambahnya.
Menekankan kepentingan melindungi orang awam mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Guterres juga mengulangi “seruan desakannya kepada kedua-dua Kerajaan Israel dan kepimpinan Hamas untuk berusaha lebih keras yang diperlukan agar perjanjian menjadi kenyataan dan menghentikan penderitaan sekarang”. – MalaysiaGazette
DUNIA TUNTUT
GENCATAN
SENJATA DI GAZA
AMIN
DI KL ISREAL
BUKA GERAI
JUAL SENJATA
AMIN
KHALAS
NURUL PUN TAU PAPA TUMERIC GOTU
NURUL PUN
TAU PAPA
TUMERIC GOTU
AMIN
"APA SUDAH JADI
PADA MADANON !"
Mcm² yg jd kat malaysia ni bila tumeric jd kepalo negharo. Arini, pokok bosar tumbang kek area jantung kelumpo.. sorang mati kono hompap.
Mmg la kejadian alam, kito tak buleh tuding jari kek sesapo. Tapi selagi tumeric yg tunggang tunggik somayang ngadap Tuhan tp totap melakukan kemungkaran dan aniayo ghamai pihak menjadi tunggak eh.. selagi tu la balo bertimpo timpo.
Ekau tt mmg tau kebonaran eh kan, ekau mmg maklum dio tumeric kan? Napo ekau tak sampaikan pado seluruh alam ni kebonaran tu. Sekian, wasalam
ZIONIS TEMPATAN
ZIONIS
TEMPATAN
RABU 8 MEI 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
PASAL ZIONIS TEMPATAN
AMIN
PERTAMA
UNIVERSITI MALAYA
JEMPUT PROFESOR ZIONIS
UNTUK BERI UCAPAN
KEDUA
UNIVERSITI MALAYA
BERI IJAZAH KEHORMAT
PADA PAK LEBAI SAUDI
YANG PRO ISRAEL
KETIGA
KAPAL ISRAEL BERLABUH
PADA 29 APRIL 2024
DI PERLABUHAN KLANG
KE EMPAT
SYARIKAT SENJATA ISRAEL
DATANG BUAT PAMIRAN SENJATA
DI KUALA LUMPUR
KE LIMA
PEGAWAI AMERIKA
NAK DATANG KE PUTRAJAYA
NAK SIASAT SAPA
BERI SOKONGAN DANA
PADA PALESTIN
JENG JENG JENG
RUSIA
PUTIN ANGKAT SUMPAH
DI NOBATKAN KALI KE 5
SEBAGAI PRESIDEN RUSIA
GAZA
ISRAEL KLIM DAH DAPAT
KONTROL SEBAHAGIAN
RAFAH
ISRAEL
BERIBU RIBU WARGA ISREAL
BERDEMO
TUNTUT SETANYAHU
TERIMA GENCATAN SENJATA
GAZA
RUNDINGAN GENCATAN SENJATA
MASIH BERJALAN
HAMAS MAHU GENCATAN
TERUS BERHENTI PERANG
ISREAL MENOLAK
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA REENDANG
KL &KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
LANGIT BIRU MUDA
TERKUKUR BERLAGU
CENGKERIK GUMBIRA
BUMI BASAH
DALAM BELUKAR
CHIP CHIP CHIP
DI ATAS MAKAM
TIONG BERTENGGEK
HARI INI PASTI PANAS
HUJAN MACAM KEMARIN?
MALAM PASTI SEJUK
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU
BRO
JANGAN HADAPI
SETIAP SOALAN
DENGAN MULUT TERBUKA
BRO
TAK PERLU PASANG TELINGA
BILA ADA BUNYI PEMBESAR SUARA
DALAM MALL
BRO
JANGAN TULIS LOL
KALAU LU TAK KETAWA
DENGAN KUAT
BRO
JANGAN BELI BUKU
DIMANA NAMA PENULIS
LEBIH BESAR
DARI TAJUK BUKU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERABU
Langgan:
Catatan (Atom)