Jumaat, 8 November 2024
BERITA FASHION VALET NAK ALIH CERITA ?
APAKAH HEBOH
BERHARI HARI
BERITA FASHION INI
NAK ALIH & TUTUP
BERITA 5G MILIK
SINGAPURA?
JENG JENG JENG
AMIN
ZIONIS SERANG SOLDADU MELAYU
UNIFIL siasat insiden serangan libatkan konvoi MALBATT
KUALA LUMPUR – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat insiden serangan di Lebanese Armed Forces (LAF) Check Point, Stadium Saida melibatkan konvoi Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 semalam.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan berkata, pihaknya juga akan meneruskan rancangan pertukaran trup antara MALBATT 850-11 dan MALBATT 850-12 mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh UNIFIL.
“Perkara tersebut turut dilaksanakan oleh beberapa negara yang menghantar trup pengaman ke UNIFIL, yang terlibat dalam rancangan pertukaran terup pada bulan ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Bagi kumpulan kedua MALBATT 850-12 dijangka akan berlepas pada 10 November ini dengan berkekuatan seramai 219 orang manakala trup MALBATT 850-12 yang masih berada di Malaysia tetap menjalankan tugas seperti biasa dan sedang melakukan persiapan akhir sebelum diatur gerakkan ke Lubnan.
“Mereka tetap mempamerkan moral dan semangat juang yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai perkembangan pasukan pertama MALBATT805-12, Markas ATM berkata, konvoi berkenaan telah selamat tiba di Kem Marakah pada hari yang sama sekitar 11.30 malam waktu tempatan.
“Ia termasuk lima daripada enam anggota yang mengalami kecederaan ringan dan salah seorang anggota yang menerima rawatan di Hospital Hamood juga telah dibenarkan keluar hari ini pada 6.01 pagi (waktu Malaysia).
“Anggota terbabit kini berada di Kem Marakah bersama anggota lain. Semua anggota kini selamat berada di kem.
“Rawatan susulan terhadap anggota yang mengalami kecederaan akan diteruskan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850 di Kem Marakah dan meneruskan tugasan seperti biasa apabila pulih sepenuhnya,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, akan terus memantau secara rapi melalui Markas Angkatan Bersama (MK AB) berkenaan perkembangan insiden tersebut dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Semalam, enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850 disahkan cedera dalam insiden letupan yang berdekatan Stadium Saida, Lubnan sekitar jam 7.54 malam waktu Malaysia.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan melaporkan, kejadian berlaku ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
“Daripada jumlah itu, lima anggota melibatkan Malbatt 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang cedera di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm).
“Seorang lagi membabitkan anggota Malbatt 850-11 juga mengalami cedera ringan. Anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan Malbatt 850-11,” katanya.
Tambah Markas ATM, letupan itu telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut.
Kejadian itu turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12. –
INI WATAK
SOLDADU ZIONIS
AMIN
ASKAR PBB
PUN AKAN
DISERANG
AMIN
MASIH NAIK
JUAL AIRPORT
PADA BLACKROCK?
AMIN
BLACKROCK YANG
BEKAL PELURU
PADA ASKAR
ISRAEL
AMIN
KHALAS
TRUMP MULA BERAKSI
Trump buat lantikan pertama Kabinet, beri bayangan teruskan perbincangan dengan Putin
WASHINGTON: Presiden yang dipilih semula, Donald Trump membuat pelantikan Kabinet pertamanya dan dalam masa sama memberi isyarat mengenepikan dasar pentadbiran lama, dengan kembali jalin hubungan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.
Pengurus kempen Trump, Susie Wiles akan berkhidmat sebagai ketua kakitangan Rumah Putih dan beliau adalah wanita pertama dinamakan untuk peranan berprofil tinggi serta menjadi pelantikan pertama bagi parti Republikan.
Putin menyifatkan Trump sebagai pemimpin yang berani, susulan caranya mengendalikan situasi cemas berikutan cubaan bunuh dihadapi pada Julai lalu, malah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan bersama.
Trump kemudiannya memberitahu NBC News bahawa dia belum bercakap dengan Putin, pemimpin autoritarian yang berulang kali dipujinya selama bertahun-tahun.
Susulan kemenangannya, Trump berkata, kemungkinan dia akan berubah fikiran dan kembali berbincang dengan Putin.
Ia menandakan peralihan seismik yang wujud antara Biden dan Putin sejak Russia menyerang Ukraine pada 2022 dan kritikan Trump susulan sokongan AS terhadap Kyiv.
Sebelum ini, Trump berkata, beliau akan meneruskan perjanjian damai berhubung konflik itu, namun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang bercakap dengan pemimpin AS itu pada Rabu, berkata, gesaan untuk gencatan senjata adalah 'berbahaya'.
APAKAH INI
BERMAKNA
PERANG UKRAINE
AKAN TAMAT ?
JENG JENG JENG
INDUSTRI SENJATA
DAN
DAULAH
TERPENDAM
PASTI SABOTAJ
AMIN
KHALAS
KETIMBANG - BUKAK MULUT MOHONG
BUAT
PROPAGANDA
BIAR
ORANG FAHAM
AMIN
Unknown commented on
"NAJIB KENA KENCING"
Buat berita biar orang faham, ayat ayat sukar jangan masuk, bombastic lah canggih lah ayat undang undang, ayat macam polisi insurans jangan bagi rakyat cunt fuse terus, guna bahasa mudah macam Mahathir Mohamad cakap, Najib curi duit rakyat, Najib enjoy menjoy sakan dengan 1MDB, Rosmah bukan anak dara, ops anak dara sungguh walaupun bini orang, anak beranak semua bijak bisnes sampai jadi billion kah kah kah,
orang kampung tak faham apa addendum semua, Najib curi Najib rasuah Najib dibodohkan seekor cukong yang jadi kawan baik rapat enjoy sakan, masa senang berpelukan masa sungguh dia blah, cerita simple boleh tak? Walaupun belajar sampai ke London tetapi dibodohkan oleh seorang pelajar SPM juga akhirnya kah kah kah
SAMAN PUNCA DUIT MADANI
AWAS!!!
SAMAN AKAN
JADI PUNCA DUIT
KERAJAAN MADANI
AMIN
Unknown commented on
"NAJIB KENA KENCING"
Apa hal dok sibuk pasal Najib lagi? Kenapa? Tak ada kerja lain ? Dia dijatuhkan hukuman selepas perbicaraan panjang lebar bertahun pun masih tak selesai? Dapat diskaun penjara dapat diskaun denda lagi? Rakyat berbaris panjang nak bayar saman trafik woit? Itupun berapa susah dengan karenah anak-anak kita yang pakai uniform, herdik orang tidak hormat kerana bangga uniform putih, lupa dunia kerana ada kuasa saman, tak ada budi bahasa tak ada personaliti, tak ada keikhlasan, yang berbaris pulak siapa?
Rohingya atau Bangladesh? Rakyat negara ini? Itulah yang lupa asal-usul dahulu kala berselimut selut menanam padi jadi kakitangan kerajaan cukup megah dengan jawatan kah kah kah sekelip mata semua boleh hilang kepada Bangladesh kah kah kah
SAPA BUNUH TEO BENG HOCK ?
Pegawai terpalit insiden kematian Beng Hock antara yang bakal bersara dari SPRM
Beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangkan akan bersara dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, dalam perkembangan yang bakal menyaksikan muka-muka baharu mengisi jawatan-jawatan penting dalam agensi antirasuah.
Sumber di SPRM memberitahu MalaysiaNow, sekurang-kurangnya 10 pegawai telah pun bersara baru-baru ini atau bakal bersara tidak lama lagi.
Mereka termasuk Pengarah Kanan Siasatan Hishamuddin Hashim, individu yang dinamakan sebagai salah seorang yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock pada 2009, beberapa jam selepas bekas pegawai DAP itu dibawa untuk soal siasat di pejabat SPRM di Shah Alam.
Antara yang telah bersara dalam beberapa bulan kebelakangan ini ialah Pengarah Kanan Operasi Khas Tan Kang Sai, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Norazlan Mohd Razali, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional Abd Aziz Aban, Timbalan Pesuruhjaya Kanan Siasatan Izani Wan Ishak, Pengarah SPRM Kedah Rosley Mohamad Satar dan rakan sejawatannya di Perak, Mohd Fauzi Mohamad.
Mereka yang bakal bersara dalam beberapa minggu akan datang ialah Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin dan rakan sejawatannya di Selangor, Alias Salim.
Sementara itu, difahamkan pengarah SPRM Johor Azmi Alias telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.
Pada Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian misteri Beng Hock mendapati Hishamuddin dan pegawai bawahannya Mohamad Anuar Ismail dan Ashraf Mohd Yunus telah memainkan peranan dalam kematian Teoh.
Hishamuddin baru-baru ini ditugaskan mengetuai siasatan SPRM melibatkan syarikat milik kerajaan negeri Selangor Menteri Besar Inc (MBI).
Pada 1 Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga Teoh, dua minggu selepas kekecohan di luar Parlimen apabila mereka cuba menyerahkan memorandum menggesa dibuka semula siasatan berhubung kematiannya.
Anwar ketika itu mengumumkan siasatan baharu mengenai kematian Teoh akan dijalankan secara telus dan adil.
Awal bulan lalu, keluarga Teoh meluahkan rasa kecewa atas ketiadaan sebarang tindakan pihak berkuasa di sebalik jaminan yang diberikan perdana menteri sendiri.
"Bagaimanapun kami tidak melihat sebarang tindakan daripada polis setakat ini," kata satu kenyataan dikeluarkan sebuah yayasan atas namanya, Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokrasi.
"Membuka semula kes Teoh Beng Hock hanyalah, memetik pepatah terkenal Cina, seperti mendengar bunyi tapak kaki namun tiada siapa yang turun," katanya.
Pada 2009, Teoh, yang ketika itu pegawai kepada Adun DAP Ean Yong Hian Wah, ditemui terbaring di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, hanya beberapa jam selepas dia ditahan untuk disoal siasat di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Pada 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memberikan keputusan terbuka dengan menyifatkan kematiannya bukan disebabkan bunuh diri, pembunuhan atau penglibatan pihak ketiga.
Pada tahun sama, siasatan diraja mendapati Teoh "terdorong untuk membunuh diri" kerana kaedah soal siasat agresif yang digunakan oleh pegawai SPRM.
Tiga tahun kemudian, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan inkues, dan mengesyorkan polis untuk membuka semula siasatan.
WOIT
PELIK KENAPA
PARTI DAP TAK
KEMPEN UNTUK
BELA KEMATIAN
TEO BENG HOCK
AMIN
HAKIM ARAH
POLIS SIASAT
AMIN
APA HASIL
SIASATAN ITU
JENG JENG JENG
AMIN
JIKA TRUMP BERBAIK DENGAN PUTIN - DIA AKAN DIJIMATKAN
Putin anggap Trump lelaki `berani', sedia adakan perbincangan
MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata beliau sedia mengadakan perbincangan dengan Donald Trump yang dianggapnya sebagai seorang 'berani', sambil mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada beliau," kata Putin dalam ucapannya pada Forum Valdai di bandar Sochi, selatan Russia.
Apabila ditanya sama ada beliau terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Trump, Putin menjawab, 'sedia'.
Sebelum Pilihan Raya AS, Putin pernah mengungkapkan beliau lebih suka melihat Joe Biden, dan kemudian Kamala Harris, berada di Rumah Putih apabila ditanya calon mana lebih baik untuk Russia.
Tetapi, Moscow sejak sekian lama dilihat menyambut baik latar belakang anti pemerintah Trump dan huru-hara yang disuntiknya ke dalam politik Amerika dan global.
Moscow secara meluas didakwa campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden 2016 untuk meningkatkan kempen Trump menentang Hilary Clinton.
Bagaimanapun, Kremlin berulang kali menolak tuduhan berkenaan.
Pemimpin Kremlin pada semalamjuga berkata beliau kagum dengan cara Trump mengendalikan dirinya ketika cubaan untuk membunuh dalam satu perhimpunan awal tahun ini.
"Dia ternyata seorang yang berani," kata Putin.
"Orang ramai menunjukkan siapa mereka dalam keadaan luar biasa. Di sinilah seseorang itu mendedahkan dirinya. Dan dia menunjukkan dirinya, pada pendapat saya, dengan cara yang sangat betul, dengan berani. Seperti seorang lelaki," kata Putin.- AFP
DAULAH
TERPENDAM
AKAN BERGERAK
AMIN
TRUMP TIDAK
AKAN DI BENAR
BERBAIK DGN PUTIN
AMIN
AMERIKA PERLU
JADIKAN RUSIA
MUSUH
AMIN
RUSIA INI
UNTUK PROJEK
KILANG SENJATA
AMIN
KHALAS
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 8 NOVEMBER 2024
KES FASHION VALET
MASIH JADI BERITA HANGAT
KENAPA TIDAK
BERJUTA JUTA DUIT RAKYAT
DI REMBAT UNTUK KRONI
JENG JENG JENG
SOALAN SOALAN
MINAH DAN LAKINYA INI
KORONI SAPA?
KORONI KE KRONI
KAH KAH KAH
JENG JENG JENG
KES 5G JUGA
HEBOH
NAMPAKNYA MADANON INI
MAKIN BERAT
KAH KAH KAH
BUKA MULUT MOHONG
BUKAK MULUT MOHONG
KAH KAH KAH
AMERIKA
TRUMP DAH MULA
NAK LANTIK PEGAWAI
DALAM KERAJAAN
MUKA MUKA
SEPERTI ELON MUSK
SEPERTI JFK
APAKAH PERANAN MEREKA?
JENG JENG JENG
RUSIA
PUTIN UCAP TAHNIAH
PADA DONALD TRUMP
DENGAN HARAPAN
DAPAT JUMPA DAN BINCANG
UKRAINE
ZELENSKIY GELABAH
KERANA TRUMP TAK BERAPA
MINAT NAK TERUS SOKONG
PERANG DENGAN RUSIA
ISRAEL
YOAV GALLANT
BEKAS MENTERI PERTAHANAN
YANG KENA TENDANG
BERKATA
TAK ADA APA LAGI
NAK DIBUAT DI GAZA
AMERIKA
TRUMP BARU SAJA LANTIK
SUSE WILES
PEREMPUAN GARANG
SEBAGAI PENGURUS BESAR
PEJABAT TRUMP
HOKKIEN
PAGI INI HUJAN RENYAI
GUA TAK MASUK HOKKIEN
GUA JALAN DALAM
TEMPAT LETAK KERETA
UNTUK TAK TAK DAN EZI
KENCING BERAK
MASA GUA MENGETIK INI
HUJAN DAH BERHENTI
SUASANA CERAH
MUNGKIN JAP LAGI
MATA HARI MUNCUL
GUA HARAP AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM UJUNG MINGGU
ENAK UNTUK MELEPAK
BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
SAMBUT PAGI JUMAAT
BRO
BERUBAH INI MEMANG
SUSAH
AWAL MULA
AKAN KACAU
TAPI AKHIRNYA
INDAH
BRO
LU TAK FAHAM RASA BAHAGIA
JIKA LU TAK RASA
KESEDIHAN
BRO
HIDUP INI PENDEK
JANGAN BENARKAN
USTAD YOUTUBE
KONTROL LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Langgan:
Catatan (Atom)