Isnin, 27 Jun 2022
HUSAM SILAP BESAR
Syarikat balak mahu sekat pendedahan curi balak di Nenggiri, kata Husam
HUSAM SILAP
BESAR
AMIN
Haffiz dilaporkan berkata syarikatnya mendapat kelulusan kontrak daripada Daulah Najah Sdn Bhd bagi projek mengeluarkan saki-baki kayu dalam kawasan berkenaan.
Menurutnya, usaha itu bagi menyediakan penempatan semula Orang Asli bagi pembinaan hidroelektrik Nenggiri untuk kawasan yang ditenggelamkan.
“Kelulusan kepada syarikat kami bukan projek pembalakan sebaliknya untuk pembersihan mengeluarkan saki-baki kayu dan pembinaan semula penempatan Orang Asli.
“Saya menegaskan dakwaan yang menyatakan saya dikatakan terbabit dengan pembalakan itu tidak benar.
“Saya mengeluarkan semua kayu bagi memudahkan pemilik projek menjalankan kerja mereka,” katanya. – 27 Jun, 2022.
ADA DIFINASI
ISLAM TENTANG
BALAK
AMIN
TEBANG KAYU
BUKAN TEBANG
BALAK
KAH KAH KAH
AMIN
KAYU BUKAN BALAK
BALAK ADA
DALAM SELUAR
KAH KAH KAH
LEPAS TEBANG
BAWA KAYU KELUAR
BUKAN CURI BALAK
KHALAS
INI PROSES
MEMBERSIHKAN
KAWASAN
AMIN
HUSAM SILAP
TAK RUJUK
KITAB AL-LACUR
FULUSIKOM
KARANGAN
AL-KAWAHLI
TENTANG MAKNA
BALAK DALAM
FIQ ISLAM
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
KES CURI BALAK
Syarikat balak mahu sekat pendedahan curi balak di Nenggiri, kata Husam
SAMAN sebuah syarikat balak berkenaan dakwaan kecurian hasil di Nenggiri hanya cubaan menyekat pendedahan berkenaan kes itu, kata Pengerusi Save Kelantan Husam Musa.
Katanya, beliau sedia mengemukakan permohonan untuk mengenepikan saman berkaitan kes di hutan simpan kekal (HSK) di tapak projek empangan hidro itu.
“Saya meminta peguam saya untuk mengenepikan saman itu sama ada esok atau lusa.
“Bagi saya ia satu cubaan untuk menghalang saya mendedahkan lebih banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang mengenai kes kecurian balak di kompartmen 25 HSK Nenggiri.”
Husam yang juga ketua Amanah Kota Baharu menafikan kenyataanya satu fitnah memandangkan tiada sebarang penafian dibuat kerajaan negeri atau agensinya.
Malah tindakan saman itu juga pramatang memandangkan siasatan ke atas isu tebangan balak secara haram di kompartmen terlibat belum diputuskan.
“Saman ini boleh disifatkan menggantung diri sendiri oleh plaintif dan boleh menjadi pisau dua mata.
“Insya-Allah saya bertanggungjawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit, termasuk dua rencana yang dirujuk.
“Saya juga tidak akan berganjak dalam usaha saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri Kelantan dan memastikan semua pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan,” katanya.
Peguam mewakili firma terbabit dilaporkan berkata kes berkaitan dua kenyataan Husam menerusi Facebook pada 3 dan 6 Jun lalu, yang disifatkan sebagai memfitnah syarikat anak guamnya.
Dua saman itu difailkan syarikat balak Syarikat Al Dar Resources Sdn Bhd dan pemiliknya Mohd Haffiz Mohd Rasdin menuntut ganti rugi RM60 juta.
Tuntutan saman terbabit dibuat menerusi Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar di Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu.
Haffiz dilaporkan berkata syarikatnya mendapat kelulusan kontrak daripada Daulah Najah Sdn Bhd bagi projek mengeluarkan saki-baki kayu dalam kawasan berkenaan.
Menurutnya, usaha itu bagi menyediakan penempatan semula Orang Asli bagi pembinaan hidroelektrik Nenggiri untuk kawasan yang ditenggelamkan.
“Kelulusan kepada syarikat kami bukan projek pembalakan sebaliknya untuk pembersihan mengeluarkan saki-baki kayu dan pembinaan semula penempatan Orang Asli.
“Saya menegaskan dakwaan yang menyatakan saya dikatakan terbabit dengan pembalakan itu tidak benar.
“Saya mengeluarkan semua kayu bagi memudahkan pemilik projek menjalankan kerja mereka,” katanya. – 27 Jun, 2022.
WOIT
INI HEBAT
KES CURI BALAK
DI MEKAH ..OPS
SILAP DI SERAMBI
MEKAH..SILAP LAGI
DI SERAMBI MOSCOW
KAH KAH KAH
PELACUR PUN
PANDAI CURI
BALAK
KAH KAH KAH
SAPA TOWKA?
MELAYU KE CHINA?
ATAU ARAB ?
AMIN
CHINA DARI MANA?
CHINA MALAYSIA
ATAU CHINA MERAH
ATAU CHINA
SINGAPURA
AMIN
ARAB DARI MANA
YAMAN KUWAIT
ATAU
AL ARAB CELUP
KAH KAH KAH
KHALAS
TANGGUH JANGAN TAK TANGGUH
Zahid mohon tangguh perbicaraan kes rasuah dana Yayasan Akalbudi
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan permohonan penangguhan perbicaraan kes rasuahnya sehingga rayuan mendapatkan kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mei lalu, selesai.
Zahid mengemukakan permohonan itu minggu lalu, sementara rayuannya untuk mendapatkan kenyataan SPR itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mei menolak permohonannya untuk mendapatkan kenyataan dirakamkan daripada saksi oleh SPR, atas alasan dasar awam dan kepentingan awam.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun berkata tanpa dokumen itu, haknya untuk mendapatkan perbicaraan adil dinafikan.
Pada pengurusan kes pagi ini bagi permohonan penangguhan dikemukakan Zahid, pihak pendakwa berkata mereka akan mengemukakan bantahan.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan 7 Julai bagi tarikh perbicaraan permohonan itu.
Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM31 juta, lapan tuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM65 juta. Wang itu milik Yayasan Akalbudi, satu yayasan kebajikan dipimpin bekas timbalan perdana menteri itu.
Jika disabitkan, Zahid berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Pada 24 Januari, Sequerah yang mengendalikan perbicaraan kes itu memerintahkan Zahid membela diri bagi semua 47 pertuduhan. – 27 Jun, 2022.
TANGGUH
TANGGUH
TANG TANG
KAH KAH KAH
TANGGUH JANGAN
TAK TANGGUH
SAMPAI
PRU 15
KAH KAH KAH
TANGGUH SAMPAI
BUANG KES
AMIN
KHALAS
TAJUDIN TIBAI ZAHID
Zahid perlu lepas jawatan presiden Umno, kata Tajuddin
AHMAD Zahid Hamidi perlu melepaskan jawatan presiden Umno kerana beliau kini menjadi beban kepada parti, kata bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu Tajuddin Abdul Rahman.
Tajuddin, yang baru digugurkan jawatan dari menganggotai MKT berkata, Umno akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Zahid kekal mengepalai parti Melayu itu.
“Zahid dah jadi liabiliti kepada Umno. Dia tak boleh jadi presiden (dan) mengepalai Umno dalam pilihan raya umum nanti kita akan kalah,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau mendakwa, ramai pemimpin Umno mengakui perkara itu namun tidak berani menyatakannya kerana bimbang tidak dinamakan sebagai calon pilihan raya.
“Tanyalah orang awam, pengundi, orang Umno tanyalah. Tapi ramai tak berani cakap kerana takut tak dapat watikah.
Sekarang diugut jangan banyak cakap, kalau tidak nanti tidak ada watikah. Ramai berangan-angan nak jadi calon,” kata Tajuddin.
Tajuddin turut mencadangkan ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberikan tumpuan kepada kesnya di mahkamah dan melepaskan kedudukan dalam parti.
“Saya cadangkan Zahid tumpu kepada kes dia… Kesnya banyak, tak mampu nak jaga Umno yang besar dan kita nak hadapi pilihan raya umum.
“Lebih baik tumpu selesai masalah dia, kita doakan yang terbaik, mudah-mudahan selamat tidak ada kes,” katanya.
Beliau bimbang kes dihadapi Ahmad Zahid itu akan membebankan lagi parti.
“(Kesnya) bukan sedikit masa (selesai), setahun dua, tahun, kita nak pilihan raya umum, kata nak cepat. Kalau pilihan raya umum dua atau tiga bulan lagi, dia tak boleh tumpu.
“(Zahid perlu) turun naik mahkamah. Baik dia fokus masalah peribadi dia, jangan masalah dia bebankan Umno. Itu yang berlaku,” kata Tajuddin.
Beliau turut mendakwa keputusan MKT Umno juga selama ini dipengaruhi kehendak Zahid semata-mata dan tidak melibatkan dasar yang menguntungkan rakyat.
“MKT tempat membuat dasar dan keputusan membela rakyat, memperkasakan parti dan membela rakyat, keputusan mengenai ekonomi, (tapi) tak pernah dibentang.
“Agenda Umno memperjuangkan ekonomi rakyat dan orang Melayu. Saya cukup gelisah tengok, tiada perbincangan serius nak tolong orang Melayu. Sebab itu 60 tahun kita masih macam ini.
“Kesimpulannya, untuk kepentingan parti dah sampai masanya Zahid elok dengan cara baik kalau sayangkan parti, perjuangan, lepaskan jawatan presiden parti,” kata Tajuddin.
Zahid pada Jumaat menyebut, Tajuddin Abdul Rahman digugurkan dari jawatan tersebut kerana sikapnya yang mengkritik parti.
Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun enggan menyebut kenyataan yang diucapkan sehingga menyebabkan Tajuddin dikenakan tindakan itu.
Zahid berhadapan pertuduhan 87 kes dengan sebahagian daripadanya kini sedang dibicarakan di mahkamah.
Bekas timbalan perdana menteri itu kini sedang berhadapan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Selain itu, Zahid juga menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara.
Tajuddin baru-baru ini dinamakan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia dan menunggu watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong. – 27 Jun, 2022.
TERBUKTI
KURANG HAJAR
LAWAN PRESIDEN
KAH KAH KAH
PATUT KENA
BUANG DARI PARTI
KERANA
HINA PRESIDEN
AMIN
JANGAN LANTIK
JADI DUTA
JANGAN HINA
INDONESIA
AMIN
JANGAN BERI
SAMPAH PADA
JAKARTA
KAH KAH KAH
AMIN
KATAK HIJAU AD DULU DI JELEBU
KATAK HIJAU
DULU BANYAK
DI JELEBU
AMIN
BANGSA KOGIS
BERI INGATAN SALJI DI GUNUNG DAH KERING TANDA BAHAYA
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"KEMANA PERGINYA
KATAK HIJAU ITU ?"
Saya tonton video ini gitu gitu jer, walaupun panjang 1½ jam. Kadang2 mcm mengantuk, kadang2 tak masuk otak. Tercari juga katak hijau dlm tu, tapi tak nampak. Yg nampak kehidupan orang asli saja. Bukan mcm orang asli malaya, kat sana orang asli ada emas. Malam2 kunyah daun koka lepas tu ngentot. Cerita pasal penjajah Sepanyol. Datang sana tak ada bini, akhirnya ngentot sama sendiri jantan sama jantan.
Itu yg aku faham. Lagi pun dah alih bahasa. Yg alihkan bahasa ni pun bukan boleh percaya, ntah betul entah temberang. Disebabkan tak jumpa juga katak hijau aku pun Google. Sekejap saja katak hijau muncul bukan sekor tapi banyak. Aku terus menggoogle akhirnya keluar muka brahim ali. Aku rasa Google ni dah salah. Ada Sapa2 boleh tolong komplen kan kat Google tak.
BURIT JUBO DAN KUASA POLITIK
BURIT JUBO
DAN
KUASA POLITIK
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"KES LAMA DALAM SEJARAH"
Ummi Hafilda dah ngaku SiBapok Tua tukang jilat Atok Saka yg bayar saksi sign SD Sodomi 1. Khairuddin Abu Hasan punya niat jahat boleh blunder reka crime scene diTivoli yg belum bina. Abis tilam yg diusung kononnya dari Tivoli Pau dari mana, hostel sekolah asrama mana? Atok Saka mengamok sakan malu konspirasi Sodomi 1 di gugurkan dan Sodomi 2 tak bersalah.
BOIKOT AYAM
BOIKOT AYAM
TAK MASUK AKAL
AYAM SUMBER
UTAMA PROTIN
ORANG RAMAI
AMIN
BOIKOT AYAM
SIAM OKAY
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"KENYATAAN BETUL
DARI MENTERI"
Apa kata rakyat boikot dulu beli ayam....Rule of Law of Demand, bila xde org beli jatuhlah harga dia, sekejap saja penyelesaian ni, mana penjual/penternak nk pi buang ayam tu? Pembeli yg tentukan bukan penjual yg tetapkan...kenapa pasaran /rakyat x didedahkan dgn cara ini, x perlu kepada apungan dsbnya... #boikotbeliayam
JOKOWI MENJADI PENDAMAI
SEBELUM BERUNDUR
JOKOWI MELAKUKAN
KEBAIKKAN UNTUK
UMAT MANUSIA
AMIN
SETELAH DIUNDURKAN
NAJIB AKAN
DIMASUKAN
KE DALAM PENJARA
AMIN
KHALAS
ADIK TER ANGKAT YANG JAMBU
SUKMA
ADIK TER ANGKAT
YANG JAMBU
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
cikminah commented on
"KES LAMA DALAM SEJARAH"
HARI INI DALAM SEJARAH: Tivoli Condominum dibina pada tahun 1993. Kamu sudah lahir ke belum....? Perbicaraan LIWAT (1) yg melibatkan Azizan dan Sukma ialahh pada tahun 1999, enam tahun lepas konsominum. itu dibina. Sekian, terima kasih. Ps: Saya langsung tak minat Anwar Ibrahim. Saya hanya minat dengan perbicaraan ini dan mengikutinya sampai habis.
Kesilapan Tun Mahadir yg paling besar ialah membawa Anwar masuk UMNO. Kesilapan besar keduanya pula ialah memejamkan mata diatas perbuatan raswah menteri-menteri umno - demi Melayu dan demi umno sebab takut kalah PRU. Akibatnya, rasuah di kalangan pemimpin umno sudah menjadi barah yang parah.
KEMARAU DAN BANJIR - MALAPETAKA CUACA
KEMARAU DI ITALI
AMIN
BANJIR
DI CHINA MERAH
AMIN
TANDA
MALAPETAKA
CUACA YG JELAS
AMIN
KHALAS
EVENT 201 - APAKAH SATU KONSPIRASI ?
Event 201:
Apakah satu konspirasi?
Semua ini berlaku ketika Ustaz kita sibuk dengan khurafat di Gunung Jerai. Sibuk tentang kesah Nabi Adam dibuang dari syurga tercampak ke Gunung Jerai Kedah.
Perkara ini juga berlaku ketika Ustaz kita mengeluarkan pendapat dalam Youtube tentang hukum halal , haram atau makruh terusik kemaluan Sang Isteri ketika dalam bulan puasa.
Perkara ini juga berlaku ketika Ismail Sabri di Tokyo. Perkara ini berlaku ketika Zuraida letak jawatan sebagai menteri. Perkara ini berlaku ketika warga maya sedang heboh dengan gambar seorang perempuan Melayu memaut manja lengan Najib. Perkara ini terjadi ketika warga maya di Malaysia sedang heboh berceloteh tentang gambar seorang Mak Janda.
Apakah perkara yang sedang berlaku dalam rantaian jangka masa semua ini.
Biar saya nyatakan disini : satu konspirasi telah berlaku ketika Ustaz kita heboh dengan soalan terusik kemaluan isteri pada bulan puasa. Bila saya menulis konspirasi maka ramai akan bertanya apa dia konspirasi itu.
Perkataan konspirasi ini menjadi ‘ hot’ pada tahun 1998. Ini ketika krisis ekonomi berlaku dan Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri kerajaan Mahathir telah di tangkap atas tuduhan meliwat pemandu keretanya.
Penangkapan Anwar di baca sebagai satu konspirasi. Nama-nama seperti Aziz Shamsuddin, Megat Junid muncul sebagai watak-watak terlibat dalam konspirasi. Ini mengikut pandangan penyokong Anwar Ibrahim.
Apa sebenarnya konspirasi?
Konspirasi ialah pertemuan sosok-sosok atau kumpulan untuk merancang dan membuat sesuatu. Ada rancangan baik ada rancangan jahat. Konspirasi ini dikaitkan dengan yang jahat. Mereka berkumpul berbincang dan merancang untuk membuat sesuatu.
Perbincangan ini ada yang tersurat banyak yang tersirat. Yang tersurat di lapor untuk umum dalam media. Tetapi ada banyak yang tersorok gelap. Manakala laporan media digunakan untuk menjadi pengabur kepada pembaca dan orang ramai.
Maknanya yang tersurat dapat dibaca. Yang tersirat tak ada siapa yang tahu. Biar saya paparkan rakaman sejarah untuk memahami contoh-contoh konspirasi.
Dari fakta sejarah kita membaca Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London. Dia bertemu dengan David Rees. Davis Rees ialah Setiausaha Tanah Jajahan Britain dalam kerajaan Konservatif di bawah Perdana Menteri Anthony Eden (1897-1977).
David Rees pula memperkenalkan Tunku dengan Oliver Lyttelton. Sosok ini seorang pemodal dan juga pemegang jawatan kabinet dalam kerajaan British.
Bengolan-bengolan ini berkonspirasi untuk mengalahkan perjuangan rakyat Tanah Melayu yang mengangkat senjata menentang penjajah British. Mereka berkonspirasi untuk mengalahkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya.
Mereka berkonspirasi hendak mematahkan perjuangan Rashid Mydin, Abdullah Sidi, Syamsiah Fakeh dan para nasionalis Melayu.
Konspirasi juga telah dilakukan oleh Tunku bersama Kolonel H.S Lee dan Tan Cheng Lock. Konspirasi mereka telah mengubah demografi Tanah Melayu. Mereka berkonspirasi untuk menerima pendatang China menjadi warga negara Tanah Melayu. Apa yang mereka persetujui dalam gelap ini tanpa apa apa rujukan kepada Orang Melayu pada ketika itu.
Hasil konspirasi Tunku dengan kuasa kolonial Inggeris dan para Cukong di lapor dalam suratan media sebagai – Merdeka. Babak ini membawa bala dan mengakibatkan malapetaka yang kita semua hadapi hingga ke hari ini.
Ini contoh konspirasi lama. Konspirasi ini kini menjadi babak rakaman sejarah. Saya gunakan sebagai contoh untuk memahami apa itu konspirasi.
Konspirasi terbaru yang sedang berlaku ini memiliki garis masa yang sama dengan politik Zuraida , dengan gambar Mak Janda dan ketika Ismail Sabri di Jepun.
Sebelum saya membuka kesah konspirasi baru ini biar saya buka satu lagi fakta sejarah yang mungkin akan dilupakan. Atau sengaja mahu dipadamkan dari sejarah.
Ini konspirasi virus dari Wuhan. Satu dunia telah mengalami malapetaka dari Virus Wuhan. Malah kita di Malaysia baru saja membatalkan PKP – Pergerakan Kawalan Perjalanan. Pada 1 April 2022 kita mansuhkan PKP satelah lebih dari 80% warga kecil besar tua dan muda di suntik dengan vaksin - produk dari pelbagai syarikat pembuat ubat.
Walau pun tanpa PKP kita masih lagi diserang oleh Omicron. Virus Omicron jenis baru ini tidak seganas virus Delta yang meragut nyawa.
Perkara yang hendak saya tulis ini telah lama terpendam dalam hati. Telah lebih dua tahun saya simpan. Apabila muncul berita Virus Wuhan di awal Januari 2020 saya telah menyimpan - menahan diri – dari menulis – tentang perkara ini.
Saya memiliki janji pada diri sendiri untuk menyebar pencerahan tanpa segan dan silu. Tanpa takut dan tanpa pura-pura. Perjanjian dengan diri sendiri ini menjadi pegagan falsafah hidup.
Tetapi apabila Virus Wuhan merebak saya berperang dengan diri saya sendiri. Apakah saya wajib memaparkan fakta ini kepada umum demi pencerahan. Apakah babak dan berita yang akan saya tulis ini membawa kecelaruan ketika kita menghadapi Virus Wuhan.
Apakah saya menjadi sosok dan warga yang tidak bertanggung jawab jika saya bukakan berita konspirasi ini kepada umum ketika kita semua dalam bahaya Covid19.
Justeru apabila serangan Virus Wuhan ini semakin mereda maka rasa saya adalah masa yang sesuai untuk saya menulis perkara ini.
Faktanya begini : Saya yakin bahawa Virus Wuhan ini menetas atau dieramkan dalam bilik makmal biologi di Wuhan. Fakta menunjukkan bahawa dana dari Amerika ada membantu sama untuk menetaskan virus ini.
Anthony Fauci (NIAID) Pengarah Penyakit Berjangkit dan juga Penasihat untuk Presiden Trump tahu hal ini. Untuk menyedapkan cerita Si Fauci ini sendiri memiliki saham dalam syarikat yang membuat kajian tentang virus kelawar ini di Amerika dan di Wuhan
Bagaimana virus kelawar ini merebak dari bilik makmal masih menjadi tanda tanya. Penguasa China telah melupuskan semua data dan bahan bukti. China telah melarang badan dan penyelidik luar datang menyiasat.
Apa yang menjadi tanya dan menimbulkan teori bahawa wujud satu konspirasi pendemik ini ialah Event 201. Apa yang berlaku di Event 201 ini adalah asap senapang sebagai bahan bukti.
Mari kita lihat kembali garis masa merebaknya Virus Wuhan ini. Pada 31 Disember 2019 virus ini telah menetas dan menyerang penyelidik yang bekerja di makmal. Pada 7 Januari WHO ( Badan Kesihatan Dunia) diberitahu tentang virus ini. Pada 11 Mac WHO umum pendemik untuk seluruh dunia.
Apa sangkut paut garis masa Virus Wuhan ini dengan Event 201?
Event 201 ini di adakan di John Hopkins Universiti Amerika. Ada 15 syarikat perniagaan gergasi, syarikat pembuat ubat, pakar penyakit merebak, sosok menjaga dana dan pelaburan, malah para biologi dari Wuhan juga turut hadir.
Mereka berseminar, berbincang, dan membuat raptai dan simulasi yang mereka sedang berhadapan dengan pendemik. Mereka juga berlatih dan menyusun ayat dan mengatur ucapan untuk berhadapan dengan media dalam hal pendemik.
Saya ulangi tarikhnya 18 Oktober 2019.
Virus Wuhan hanya di temui pada 31 Disember 2019.Dua bulan sebelum Virus Wuhan merebak ke luar sempadan China Event 201 telah membuat simulasi serangan pendemik virus.
Event 201 ini ditaja oleh Yayasan Bill & Merinda Gates dengan kerjasama Davos World Economic Forum (WEF) dan John Hopkins Center for Health and Security.
Soalan timbul – Apakah Bill Gates seorang bilionair telah tahu dua bulan lebih awal bahawa satu pendemik akan meledak ? Justeru mereka semua telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan media.
Pada 12 April 2020 Bill Gates telah di tanya tentang Event 201 di mana dia telah melakukan raptai dan simulasi dunia di serang oleh pendemik Covid 19.
Bill Gates menafikan Event 201 pernah berlaku. Saya pungut kata-kata Bill Gates dari rakaman BBC : “Now here we are. We didn’t simulate this, we didn’t practice, so both the health policies and economic policies, we find ourselves in uncharted territory.”
Saya baru menimbulkan perkara ini pada tahun 2022 kerana seperti saya nyatakan awal tadi saya tidak mahu menimbulkan keraguan terhadap langkah suntikan vaksin yang sedang dijalankan oleh kerajaan.
Pada hemat saya jika saya bangkitkan perkara Event 201 pada tahun 2020 saya akan dituduh anti-vaksin. Ini tidak membawa apa-apa manafaat kepada saya dan juga kepada orang ramai.
Justeru satelah memahami Event 201 mari kita kembali kepada konspirasi terbaru.
Konspirasi ini berlaku di Davos Switzerland pada minggu akhir bulan Mei 2022. Sekali lagi nama World Economic Forum (WEF) muncul. Ketika raptai dan simulasi Event 201 dulu WEF telah bekerjasama dengan Yayasan Bill Gates. Kali ini di Davos WEF adalah tuan rumah dan penganjur.
World Economic Forum ini ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Professor Klaus Schwab yang kini menjadi Pengarah WEF. Beribu pejabat di Cologny Switzerland. WEF adalah badan antarabangsa yang ada hubungan rapat dengan kerajaan , syarikat swasta, sosok-sosok bilionair terkaya dalam dunia dan juga NGO.
WEF menjadi tuan rumah dan menganjurkan forum untuk mengumpul pertemuan sosok yang pembuat dasar politik dan dasar ekonomi dalam kerajaan dengan pemilik syarikat multinasional yang membuat dasar ekonomi dalam syarikat swasta dari seluruh dunia. Badan NGO juga ada dijemput sama.
Tujuan pertemuan dan forum perbincangan di Davos ini bertujuan untuk memastikan pandangan dan dasar ekonomi, politik dan sosial yang diajukan dapat dibincangkan. Rumusan dari pertemuan WEF ini akan dijadikan dasar untuk diguna pakai oleh kerajaan dan swasta.
WEF menjalinkan hubungan erat antara kerajaan dengan pihak swasta.
Tahun 2021 ketika Virus Wuhan sedang mengamuk WEF muncul dengan agenda Reset – atau Set Semula. Projek Set Semula ini akan mengubah suai semua yang kita tahu sekarang.
Forum terakhir WEF di Davos yang baru selesai Mei 2022 lalu mahu meneruskan dengan agenda Set Semula tahun 2021.
Salah satu agenda ‘gelap Set Semula’ yang dirumuskan ialah memberi takrifkan baru terhadap pendemik untuk WHO. Penyakit merebak dan membawa jumlah maut yang banyak akan ditakrif sengai pendemik.
Kali ini WEF telah merumuskan kepada WHO bahawa pendemik hanya penyakit berjangkit yang berpotensi merebak. Jumlah kematian tidak lagi diambil kira untuk memberi definisi apa itu pendemik.
Apakah ini satu konspirasi? Pencerahan belum selesai lagi. Kita tunggu perkembangan seterusnya.an. ( TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/388410
Langgan:
Catatan (Atom)