Jumaat, 21 Julai 2023

LAWAK BERDIRI UJUNG MINGGU



LAWAK BERDIRI

UJUNG MINGGU

KAH KAH KAH

AMIN 

YA AMPOON YA MAULANA


YA AMPOON

YA MAULANA

AMIN

INI CARA CHINA MENIAGA


Kes rasuah Lim Guan Eng: RM2 juta didakwa untuk Najib bagi eratkan hubungan – Saksi

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wang berjumlah RM2 juta yang didakwa diberi kepada Lim Guan Eng, adalah untuk dibayar kepada seorang ahli perniagaan dikatakan bagi mengeratkan hubungan dengan Najib untuk mendapatkan projek pada masa hadapan.

Bekas pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Ibrahim Sahari, 59, yang merupakan saksi pendakwaan perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim di hadapan Hakim Azura Alwi.

Lim berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Ibrahim Sahari berkata, perkara itu didedahkan seorang lagi pengarah syarikat CZCSB,  Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada mesyuarat pengarah selepas menyedari dirinya ditipu oleh ahli perniagaan G. Gnanaraja yang merupakan orang tengah yang didakwa rapat dengan Najib.

Gobind: Berhubung kes tipu membabitkan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam, kamu telah memberi keterangan bahawa tujuan pembayaran RM2 juta itu adalah untuk mengeratkan hubungan Zarul Ahmad dan PM bagi mendapatkan projek-projek pada masa hadapan. Betul?  Ibrahim menjawab “betul”.

Gobind: Tiada kaitan dengan Lim, betul?  Ibrahim berkata “betul”.

Gobind: Siapakah PM yang dimaksudkan itu? Ibrahim menjawab “Datuk Seri Najib”.

Pada 2019, Gnanaraja didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan rasuah RM19 juta, melibatkan penipuan menutup kes berkaitan projek terowong Pulau Pinang.

Pada prosiding hari ini, Ibrahim juga bersetuju dengan soalan Gobind bahawa Gnanaraja telah menuntut RM19 juta daripada Zarul Ahmad termasuk wang RM2 juta yang menjadi subjek utama pertuduhan yang dihadapi Lim.

Ibrahim juga mengaku bahawa syarikatnya telah menyaman dan menghantar notis tuntutan kepada Gnanaraja untuk mengembalikan wang RM19 juta dan tiada apa-apa saman dikenakan terhadap Lim.

Gobind: Gnanaraja menuntut dan mendesak Zarul Ahmad membayar RM19 juta? Ibrahim menjawab “ya”.

Gobind: Justeru, adalah mustahil untuk membayar (wang itu) kepada orang lain, kerana PM (Najib) terlibat? Ibrahim menjawab “setuju”.

Gobind: Saya menyatakan kepada anda adalah mustahil RM2 juta itu untuk membayar Lim? Ibrahim menjawab “ya”.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 7 Ogos ini. – Bernama

BIJAK CHINA

MASUK JALAN

KAH KAH KAH

RASUAH POLITIKUS

MELAYU

KAH KAH KAH

BERI HADIAH

PADA BINI MENTERI

TAJA ANAK MENTERI

BERI LENDIR 

JANTAN BETINA

PADA MENTERI

KAH KAH KAH

KALAU SAKSI NI

CAKAP BETUL

DAP LEBIH AWAL

BUKA JALAN DGN

KLEPTOKRAT

AMIN

KHALAS


NEGARA MISKIN - KEMARAU MATI HUJAN PUN MATI



Musim monsun di Pakistan ragut 101 nyawa, 180 cedera


KIRA-KIRA 101 orang terbunuh dan 180 lagi cedera sejak musim tengkujuh bermula pada 25 Jun lalu di Pakistan, lapor Xinhua memetik Lembaga Pengurusan Bencana Negara (NDMA) negara ini.

Wilayah Punjab yang terletak di bahagian timur negara itu paling teruk dilanda menyaksikan 57 korban dan 118 cedera manakala sebanyak 53 rumah musnah akibat hujan lebat yang melanda wilayah itu termasuk di Lahore, kata NDMA pada Khamis.

Ketua Menteri sementara Punjab Mohsin Naqvi berkata hujan di Lahore menyebabkan banjir di bandar itu dan menjejaskan lalu lintas selama berjam-jam.

Bandar Rawalpindi turut dilanda hujan lebat lebih 12 jam pada Rabu mengakibatkan peningkatan paras air sungai serta longkang dan pihak berkuasa perbandaran tempatan terpaksa meminta bantuan tentera.  

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh pada Rabu selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh.

Menurut jurucakap pentadbiran daerah, sebanyak 200 milimeter (mm) hujan direkodkan di beberapa kawasan. 

Seramai 25 orang terbunuh dan 41 lagi cedera dalam insiden berasingan berkaitan hujan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kata NDMA.

Hujan lebat turut merosakkan 60 rumah dan 43 ternakan mati di wilayah itu.

Pada awal bulan Jun 10 orang terbunuh dan dua lagi cedera apabila petir menyambar sebuah rumah semasa ribut petir di wilayah Sindh.

Enam orang terbunuh manakala 13 yang lain cedera di wilayah Balochistan dan di Kashmir yang ditadbir Pakistan pula tiga dilaporkan maut dan lima cedera akibat hujan lebat melanda, menurut NDMA. – Bernama, 21 Julai, 2023.

NEGARA INI

SUBUR KAYA

TAPI ASKAR

JADI RAJA

AMIN

MUSIM KEMARAU

RAKYAT MATI

MUSIM HUJAN

RAKYAT MATI

AMIN

INI LAH CONTOH

NEGARA  BERASAS

AGAMA

KHALAS

MANGSA TALIBAN TERSANGKUT DI JAKARTA

 


MANGSA TALIBAN

TERSANGKUT 

DI JAKARTA

AMIN 

UMNO BOIKOT PRN



Tajuddin akan boikot Umno di PRN, kata laporan


BEKAS orang kuat Umno, Tajuddin Abdul Rahman tidak akan berkempen untuk parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, lapor FreeMalaysiaToday.

Portal berita itu berkata Tajuddin tidak akan turut serta berkempen susulan rayuan terhadap penggantungan enam tahun keahliannya tidak mendapat maklum balas.

Bekas ahli Parlimen Pasir Salak dan bekas timbalan menteri itu berkata beliau menghantar empat rayuan selepas digantung keahlian pada Oktober lalu.

Beliau sebelum itu dipecat daripada majlis kerja tertinggi parti.

“Penggantungan keahlian saya itu kenapa tak ada respons? Kalau nak suruh saya kempen, tapi penggantungan saya itu lepaskanlah,” katannya dipetik kepada FMT.

Katanya, beliau tidak mahu lagi membuat rayuan kelima.

Sebaliknya, beliau membuat keputusan untuk tidak membantu calon Umno menjelang PRN pada 12 Ogos di enam negeri.

Terdahulu, Tajuddin berkata beliau digantung keahlian susulan kritikannya terhadap kepimpinan parti yang diterajui Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemimpin sekarang hanya menjaga kepentingan diri sendiri saja.

“Mereka hanya hendak kedudukan. Mereka tahu keadaan parti teruk tetapi mereka tidak peduli. Mereka terus yakin (mengekalkan kuasa) seperti sebelum PRU15 dulu.”

Tajuddin antara beberapa pemimpin parti yang dipecat atau digantung daripad aparti awal tahun ini kerana tidak mematuhi kepentingan parti.

Antara nama besar lain yang digantung ialah Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan, sementara dipecat adalah Khairy Jamaluddin, Annuar Musa dan Noh Omar. – 21 Julai, 2023.

 

MALAON INI

MUSUH ZAHID

KAH KAH KAH

BERPENGARUH

DI PERAK

KAH KAH KAH

BERAT KERJA

ZAHID NAK 

KALAHKAN

MALAON INI

AMIN

KHALAS

BERAT - UMNO BELOT LAGI

 

MAKIN BERAT

MAKIN BAHAYA

UMNO BELOT LAGI

KHALAS

BUDAYA DINASTI


BUDAYA DINASTI

KHALAS

Unknown commented on 
"INI WATAK POLITIK KITA"

Kah kah kah baru nampak ? Baru perasaan? Sejak Merdeka sampai sekarang memang lah kerajaan dinasti? Anak beranak isteri sanak saudara kaum kerabat masuk politik pasal apa? Nak selamat negara? Nak selamat bangsa? Nak selamat agama? Bukan bukan bukan jangan silap jangan silap pangkah, ini kerajaan dinasti betul tulin sahih kah kah kah kalau baru nampak maksud belum pancutan habis kah kah kah tuckbeer

TUKANG KARUT HARI JUMAAT


INILAH BUKTI

TUKANG KARUT

PEMIMPIN TALIBAN

KHALAS

MEI DI KUALA LUMPUR JUN DI PARIS



MEI DI KUALA LUMPUR

JUN DI PARIS


Pada bulan Mei 1969 saya berada di Kuala Kangsar. Pada bulan Mei 1969 Lim Kit Sing berada di Sabah. Pada 13 Mei 1969 saya masih berada di Kuala Kangsar. Pada 13 Mei 1969 Lim Kita Siang masih lagi berada di Sabah

Pada 13 Mei 1969 warga miskin kota  mengamuk di Kuala Lumpur. Pada 28  Jun  2023 warga miskin kota mengamuk di Paris.

Pada 19 Julai 2023 Lim Kit Siang di laporkan berkata  bahawa suasana negara seperti suasana sebelum Mei 13 1969.  

Pada 19 Julai 2023 Hishamuddin Rais  membaca berita tentang Lim Kit Siang yang merasa risau kerana hubungan harmoni kaum di Malaysia makin merosot. Malah Lim Kit Sing menggambarkan  ambiance politik hari ini sama seperti  pra Mei 13. 

Justeru pada Khamis 20 Julai 2023  Hishamuddin Rais menyambung kembali tulisan mengenai Kesedaran Melayu.

Kita wajib tahu dimana kita berdiri dimana kita duduk. Dimana bumi  di pijak di situ langit di junjung. Dari situlah lahirnya DNA sejarah diri kita.

Justeru saya tahu dimana saya berada pada pagi Rabu 4 April 1979.

Pada pagi Rabu itu saya berada di Empress Market -  pasar besar kota Karachi Pakistan. Ketika itu saya menjadi pendatang haram di Pakistan. Saya tanpa pasport  telah berjaya lari dari kezaliman kerajaan yang di kepalai oleh United Malays National Organisation.

Di pagi itu - saya ingat lagi di gerai mana saya berada dalam pasar ketika saya melihat pemilik gerai menghadiahkan gula-gula kepada pelanggan dengan penuh keriangan.

Pada pagi itu Zulfikar Ali Bhutto bekas Perdana Menteri Pakistan telah digantung mati di waktu subuh di Penjara Besar Rawalpindi Pakistan.

Berita tersebar ke Karachi hampir jam 10 pagi.

Sebelum digantung mati  Bhutto telah di bicarakan. Saya mengikuti perbicaraan ini dengan membeli  ‘rejoinder’ yang di foto kopi dan di jual di kedai buku oleh penyokong Bhutto.

Rejoinder adalah terma guaman  yang memberi makna :  jawapan orang  di tuduh terhadap dakwaan yang di hadapkan.

Rejoinder Bhutto yang dicetak adalah hasil fikrah peguam  lulusan  University of Carlifornia Bekerley dan Oxford University. 

Apa hubungan rejoinder Bhutto dengan  Kesedaran Melayu. 

Bhutto menulis rejoinder ketika dituduh di mahkamah. Hishamuddin Rais juga menulis rejoinder untuk menjawab surah Lim Kit Siang.

Rejoinder saya ini bukan kerana saya  berhadapan dengan tali gantung.  Malah lebih dari tali gantung.  Rejoinder yang saya  tulisan ini di garap  kerana bani Melayu bukan saja berhadapan dengan tali gantung malah sedang di beri dedak.

Dedak yang ditabur  sedang memandulkan fikrah Melayu.  Dedak untuk memanaikan  kecergasan fikrah Bani Melayu.  

Rejoinder Hishamuddin Rais  bukan melalui Harvard atau Oxford  tapi melalui pengalaman dan  pandangan empirikal yang kritikal tentang DNA politik Tanah Melayu.

Tahun 1980  George Lucas dari Hollywood menggarap  The Empire Strikes Back.  Tahun 2023 Hishamuddin Rais menggarap Malay Empire Strikes Back.

Apa yang saya garap ini bertujuan untuk meluruskan benang kusut milik anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Tanah Melayu. Saya ingin memberi  pencerahan tentang apa yang telah berlaku satu ketika dulu. Membuka DNA sejarah Tanah Melayu  hingga kita berhadapan dengan DNA politik yang kita hadapi sekarang.

Rejoinder  saya ini  adalah usaha  untuk merungkai suasana kusut yang dikatakan oleh Lim Kit Siang – suasana pra Mei13.

Untuk membuka pencerahan ini saya bawa pembaca ke Paris.

Pada 28 Jun 2023 warga miskin kota mengamuk dalam kota Paris. Punca disebabkan seorang  anak muda tidak  berkulit putih  telah di tembak mati oleh polis berkulit putih. 

Pembunuhan oleh anggota polis di anggap rasis. Polis berkulit  putih yang memiliki senjata membunuh anak muda yang tidak berkulit putih. Anak muda ini tidak bersenjata. Malah kesalahan hanya melanggar lampu trafik dan tidak memiliki lesen memandu.

Mengikut  Mao Zedong – pemimpin Parti Komunis China -  kuasa muncul dari laras senapang. Polis kulit putih ada pistol a.k.a kuasa. Manakala yang ditembak mati - Nahel Merzouk anak keturunan Arab Aljeria yang baru berumur 17 tahun tidak ada senjata.

Bukan sahaja Nahel tidak bersenjata.  Nahel ,  kaum keluarga Nahel, suku sakat Nahel  dan mereka yang sewaktu dengan Nahel  tidak memiliki kuasa – zero , nil   et rien. Mereka mewakili  warga miskin kota Paris. 

 Si Nahel anak muda berketurunan Arab ini  mewakili, simbol  dan memanifestasikan semua pendatang  yang tidak berkulit putih di Perancis.

Nahel tinggal di wilayah Nanterre.  Warga di wilayah Nanterre ini rata-rata  miskin. Justeru mereka tinggal di flet milik  bandar raya di pinggir kota.  Mereka bukan duduk  di  wilayah Nueilly  atau Saint Maurice yang lumayan.  Flet di Nanterre   sempit, cekai lagi cokia.  Rumah-rumah flet mereka kotor lagi bobrok.

Dalam masa yang sama diri merekalah  penyumbang statistik penggangur yang tinggi.  Mereka miskin merempat tanpa pekerjaan yang bergaji lumayan. 

Kawasan perumahan Si Nahel ini menjadi wilayah dadah. Menjadi sarang samseng. Menjadi tempat jual beli barang curi. Malah rompak dan samun  adalah babak harian mereka. 

Heroin, ganja, hashih dan syabu menjadi budaya  yang mengelilingi Nahel. Polis yang tidak berkulit hitam enggan masuk ke  wilayah perkampungan Nahel.

Justeru telah ada keterpendaman lama yang menunggu masa untuk meledak. Anak Karakatoa  telah lama terpendam. Gunung Agong telah lama memendam rasa. Suasana  telah lama menghangat  dan bila-bila masa sahaja akan memuntahkan lava yang panas membakar.

Ada apa dengan Paris. Apa sangkut paut Paris dengan  DNA politik Tanah Melayu  yang kita hadapi sekarang.

Warga Perancis  mengamuk di beberapa wilayah di Paris. Kedai di bakar – barang dalam kedai di  curi. Kereta milik polis di bakar,  bas awam di bakar, bangunan kerajaan di bakar – ini gambaran amukkan keganasan  yang mula berlaku di Paris pada 28 Jun 2023. Hampir satu minggu  suasana tegang di seluruh  Perancis.

Pada 13 Mei 1969 – ketika saya di Kuala Kangsar – ada kereta di bakar, ada rumah di bakar, ada orang mati  dibunuh di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku di Paris tidak ada bezanya dari 13Mei  seperti yang disurahkan  oleh Lim Kit Siang.

Di Paris yang mengamuk warga miskin kota. Di Kuala Lumpur yang mengamuk juga adalah warga miskin kota.

Di Paris yang keluar membakar kereta adalah anak-anak muda yang tidak berkulit putih. Di Kuala Lumpur yang membakar kereta adalah mereka yang datang dari  pinggir kota -  dari kampung setinggan Selayang, Kampung Kerinchi atau Kampung Baru.

Justeru Hishamuddin Rais bertanya : Kenapa yang bangun melawan di Parsi tidak dituduh rasis.

Kenapa yang bangun melawan di Kuala Lumpur di tuduh rasis. Walhal dua-dua di Paris dan di Kuala Lumpur  adalah perlawanan dan pemberontakan warga miskin kota.

Justeru saya mentakrifkan ambiance  dan suasana Mei13 yang di ceritakan oleh Lim Kita Siang  tidak lengkap. 

Sebelum Paris meledak terbakar pada 28 Jun   telah wujud kemarahan warga yang tidak berkulit putih. Mereka  merasa diri  mereka ditinggalkan dan di ketepikan dari punca ekonomi.

Sebelum Kuala Lumpur meledak terbakar pada Mei13  telah wujud kemarahan Bani Melayu. Mereka merasa di Red Indiankan di tanah air mereka sendiri.  Mereka merasa harta kekayaan  bumi Tanah Melayu tidak lagi milik mereka. Mereka melihat pendatang asing yang membolot harta kekayaan di bumi datuk nenek moyang mereka.

Kelas yang kaya di Perancis adalah kelas  yang berkulit putih. Kelas yang miskin tertindas di Perancis adalah yang tidak berkulit putih.

Kelas yang kaya di Tanah Melayu  adalah pendatang China. Kelas miskin tertindas adalah Bani Melayu.

Justeru Jun28  di Paris adalah pemberontakan kelas tertindas.

Justeru Mei13 di Kuala Lumpur adalah pemberontakan  kelas tertindas.

Jika di Parsi Jun28 ditakrif  sebagai kemarahan kaum miskin maka saya Hishamuddin Rais  mahu mengubah naratif  Me13 di Kuala Lumpur dari pergaduhan kaum ke pergaduhan kelas.

Pertentangan kelas ini adalah kontradiksi utama. Kelas ada manifestasi dari ekonomi. Saya sedar  bahawa amat  mudah untuk mentakrif Mei13 sebagai  pergaduhan kaum. 

Singkap kain kaum itu dan lihat ada apa didalamnya. Pasti akan tertonjol kelas. Umat manusia sama ada di Perancis  atau di Tanah Melayu semuanya memiliki latar belakang kelas. Sama ada mereka berkulit putih, berkulit hitam, berkulit kuning, berkulit sawo matang semuanya akan terikat dengan kelas.

Surah Lim Kita Siang tentang 13Mei  jika tidak memasukan unsur kelas  sebagai unsur induk maka ianya pasti akan tempang.

Malah jika  DNA politik hari ini di campur gaulkan dengan ABR – agama, bangsa dan raja – maka ianya pasti tunggang terbalik. 

Malah pada hemat saya DNA politik yang berlaku sekarang  akan mengulangi sejarah pembelotan  United Malays National Organisation  dengan kuasa kolonial  Inggeris.  

Ulangi pembelotan seperti apa ? Sila tunggu minggu hadapan untuk pencerahan. Amin. (TT)


TULISN INI DISIARKAN
JUGA DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/07/21/naratif-13-mei-lim-kit-siang-tempang
DAN
THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/453288




SEMUA WAJIB SOKONG DASAR INI


Malaysia kekal pendirian 'dasar bebas nuklear', kata Nik Nazmi

MALAYSIA terus mengekalkan pendirian ‘dasar bebas nuklear’ dalam hal membabitkan penjanaan kuasa, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bercakap pada program National Energy Transition Roadmap: Navigating the Energy Transition, What’s Next for Malaysia? hari ini, Nik Nazmi berkata kerajaan mengiktiraf potensi reaktor modular kecil (SMR) namun tidak bercadang untuk meneroka penjanaan tenaga nuklear berikutan kebimbangan terhadap isu alam sekitar.

“Reaktor Modular Kecil (SMR) adalah berbeza daripada (kesan) seperti di Hiroshima atau Chernobyl.

“Kita perlu meyakinkan orang ramai dan saya fikir itu adalah sesuatu yang belum kita lakukan buat masa ini. Kita tidak akan teroka nuklear dalam masa terdekat,” katanya pada sesi meja bulat program itu. – Bernama, 20 Julai, 2023.



PADA KETIKA

INI DASAR TANPA

NUKLEAR TEPAT

WAJIB DISOKONG

AMIN

TAPI AWAS

PENIAGA NUKLEAR

AKAN TERUS

BERUSAHA

AMIN

ADA KAKI LOBI

KAKI RASUAH

UNTUK KERAJAAN

BERALIH DASAR

AMIN

RAKYAT WAJIB

WASPADA

AMIN

KHALAS

PH MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB


Akar umbi bimbang kempen bela Najib jejas Pakatan

AKAR umbi Pakatan Harapan (PH) bimbang kempen mereka terjejas ekoran seruan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih undi bagi membela bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemimpin ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka imbang seruan itu menjejaskan PH walau seruan Zahid itu ditujukan kepada penyokong Najib dalam Barisan Nasional (BN).

Mereka merujuk kenyataan Zahid pada awal bulan ini bahawa satu undi ke atas BN dan PH merupakan sokongan untuk membela Najib bagi mendapat keadilan di mahkamah.

Seorang pemimpin akar umbi PKR Firzan Hakimi, berkata, beliau sedar kempen BN untuk menghadapi pilihan raya negeri akan terjejas jika kegusaran penyokong Najib tidak ditangani.

Bagaimanapun penyokong PKR akan memprotes sekiranya BN berkempen bagi membela Najib dan membebaskan bekas perdana menteri itu dari penjara, katanya.

“Saya nampak kenyataan Zahid untuk pujuk balik kekecewaan penyokong Najib untuk sokong kerajaan perpaduan.

“Penyokong Najib seolah-olah nampak (pembelaan Najib) sudah nampak seperti tiada hala tuju.

“Penyokong susuk tubuh Najib sebelum ini digembar-gemburkan kalau Umno jadi kerajaan Najib akan dibebaskan tapi tidak ada apa yang berlaku,” kata bekas pemimpin mahasiswa PKR itu.

Firzan, 23, berkata setiap isu akan menjejaskan peluang PH memandangkan BN menguasai bilangan kerusi yang kecil bilangan kerusi yang kecil, sebarang isu akan menjejaskan peluang mereka.

“Ada yang ugut tak nak keluar mengundi, ada yang nak undi Perikatan Nasional (PN), sedikit sebanyak ia ganggu perjalanan kempen BN.

“Sebab dalam keadaan kerusi sikit ditambah perlu berbagi kerusi dengan PH, kalau tambah masalah dengan ugutan daripada kekecewaan terhadap pembelaan Najib itu bertambah teruk lagi dalam nak berhadapan PRN,” katanya.

Namun katanya, ia mungkin boleh diimbangi dengan trend pengundi PH yang akur dengan arahan pimpinan untuk keluar mengundi.

“Memang sedikit sebanyak akan mengganggu, tapi akhirnya adakah penyokong PH tak keluar mengundi? Itu pengakhirannya. Sama ada mereka kecewa atau tidak, soalnya mereka keluar mengundi atau tidak?

Tambahnya, trend sebelum ini menunjukkan penyokong PH, DAP, dan PKR akur dengan  pandangan pemimpin atasan dan tetapi keluar mengundi terutama pengundi Cina dan India.

Kumpulan penyokong seperti Otai Reformis 1998 juga menyedari ramai pengundi PKR tidak selesa dengan kerjasama BN dan bimbang ia akan dimanfaatkan pihak lawan seperti PN.

Bekas setiausaha badan penyokong itu, Abdul Razak Ismail, bimbang ia akan membawa kepada kekalahan calon Umno di Selangor.

“Ramai juga pengundi tak berapa gembira dengan Umno. Besar kemungkinan calon Umno yang bertanding di Selangor akan tewas kalau sentimen ahli parti masih tak sokong penggabungan PKR dengan Umno.

“PAS akan gunakan sentimen Umno pernah menjadi musuh PH, tapi sekarang tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain,” katanya.

Abdul Razak yang kini setiausaha Parti Hijau turut mempersoalkan tindakan Zahid mengambil kesempatan membangkitkan isu mengenai pemenjaraan Najib.

Beliau juga mempersoalkan tujuan Umno yang mengambil kesempatan ke atas kerjasama dengan PH bagi membebaskan Najib yang dipenjara kerana kes penyelewengan dan rasuah.

Jelasnya, ia berbeza dengan kempen reformasi PKR untuk membebaskan Anwar dari penjara sebelum ini supaya dapat kembali memimpin negara.

“Tapi kepentingan untuk lepaskan Najib atas alasan apa? Untuk menerajui Umno atau bagaimana, itu kita kena fikirkan.

“Anwar kita lepaskan supaya dia boleh masuk bertanding. Tapi untuk Najib untuk apa, untuk kembali mengepalai Umno?” soalnya.

Beliau juga berkongsi pendapat dengan Firzan usaha pembelaan Najib dengan mengundi anggota kerajaan perpaduan pada PRN nanti akan menerima reaksi negatif daripada pendukung PH.

“Mesti Bersatu dan PN akan gunakan sebagai propaganda supaya ramai ahli parti PKR yang tidak setuju dengan kerajaan perpaduan dan Umno.

“Kita berlawan 24 tahun. Sentimen begitu masih ada di kalangan ahli parti,” katanya lagi.

Beliau juga percaya beban isu tersebut sebenarnya ditanggung Umno tetapi akan tetap memberi kesan kepada PH.

“Itu isu Umno sebenarnya bukan isu PH, semua itu akan makan diri.”

PRN di enam negeri akan berlangsung pada 12 Ogos serentak dengan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang diisytiharkan kosong ekoran kes rasuah.

Kedua-dua parti PH dan BN kini membuat tapisan sebelum mengumumkan pada Jumaat senarai calon yang akan bertanding pilihan raya tersebut. – 21 Julai, 2023.

WOIT

INI BERAT

MAKIN BERAT

MEMIKUL KAVADI

BERNAMA NAJIB

AMIN

BOLEH PATAH 

LEHER

AMIN

SILAP SILAP

TERSUNGKUR

 MATI

AMIN

KHALAS