Rabu, 13 Januari 2021

METAPORA - PACAT INI SAPO ?

 


METAPORA

PACAT NI SAPO?

DALAM DARURAT MAHKAMAH BERJALAN TERUS

 


DALAM DARURAT

MAHKAMAH

BERJALAN TERUS

KHALAS


Unknown commented on 

"MAHKAMAH TERUS BERJALAN"

Terusan jalannnn. Kenapa ko azilah bangang sangat..bangun pagi angin tarak ribut tarak tiba2 jumpa amoi mongolia bawak masuk hutan tembak pehtu letupkan amoi tu? Kehnapa? Why? Why? Lahkahlahlahkahkahkah Sebab stim ke?..sebab punai geram ke.why wai wai? Kahkahkahkah https://www.sinarharian.com.my/article/118711/BERITA/Semasa/Azilah-sukarela-tunjuk-lokasi-Altantuya-ditembak-diletupkan

Azilah sukarela tunjuk lokasi Altantuya ditembak, diletupkan

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu bekas pegawai polis Azilah Hadri secara sukarela memberitahu pasukan penyiasat mengenai lokasi wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditembak dan diletupkan pada 2006.

Pegawai penyiasat polis Asisten Superintendan Koh Fei Cheow semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil difailkan keluarga Altantuya, berkata beliau yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) telah diarahkan menyoal siasat Azilah pada 11 November 2006.

“Ketika disoal siasat, Azilah dengan sukarela telah membuat pendedahan lokasi perempuan Mongolia (Altantuya) diletupkan. Beliau tidak mengetahui nama jalan dan tempat namun memberitahu boleh menunjukkan jalan ke sana.

"Saya, Azilah dan dua lagi detektif kemudiannya menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira pukul 5.20 petang dari IPKKL, masuk ke Plaza Tol Jalan Duta dan keluar di Plaza Tol Kota Damansara melalui jalan di Bukit Subang. Semasa perjalanan ke Puncak Perdana, Shah Alam, kami beberapa kali tersesat jalan kerana Azilah tidak cam laluan berkenaan," katanya ketika membaca pernyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Fei Cheow yang kini bertugas di Bahagian Risikan Bukit Aman berkata ketika sampai di satu jalan di Puncak Perdana, Azilah mengarahkan supaya kenderaan membelok ke kanan ke arah kawasan yang mempunyai papan tanda Puncak Niaga, Empangan Tasik Subang.

"Jalan di kawasan itu teruk, tanah merah, hutan belukar dan sukar dimasuki. Azilah meminta kami berhenti. Beliau keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan sekeliling, kemudian berjalan kira-kira 50 kaki dari kereta menuju ke sebuah kawasan lapang di atas bukit lebih kurang pukul 6.50 petang.

"Ketika di kawasan lapang itu, Azilah beritahu saya inilah tempatnya. Saya tanya ini tempat kejadian ke? Azilah jawab ini tempat perempuan Mongolia itu diletupkan. Saya kemudian membuat pemeriksaan dan menjumpai tulang serta rangka dipercayai manusia. Kawasan berkenaan juga ada kesan terbakar dan pokok yang telah layu," katanya.

Fei Cheow berkata Azilah membawa beliau ke satu kawasan lain kira-kira 30 kaki dari kawasan letupan berkenaan dan memberitahu lokasi itu adalah tempat wanita Mongolia terbabit ditembak. 

Fei Cheow berkata beliau kemudiannya menghubungi pegawai atasannya untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Katanya kira-kira lima minit selepas memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya, seorang pengawai penyiasat tiba bersama seorang lagi tertuduh, Sirul Azhar Umar, serta beberapa anggota polis.

Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan isteri Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman RM100 juta dengan menamakan dua bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda serta kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan daripada senarai plaintif selepas kematiannya beberapa tahun lepas.

Perbicaraan bersambung 27 Januari ini. - Bernama


TIM MAHKAMAH

WAJIB SEDAR

KAH KAH KAH

NAK LARI 

KE MANA?

KAH KAH KAH 



HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

 

APA JADI 

BOSS KU

KAH KAH KAH

NAIK MOTOR LARI

BOSS KU

KAH KAH KAH

SEPANDAI PANDAI

NAJIB  MENCURI

DITANGKAP JUGA

AKHIRNYA

AMIN 



Najib dibayangi 

kemungkinan 

karier politik berakhir

dalam tempoh 

darurat Covid-19

Berakhirnya tempoh darurat mungkin akan menyaksikan karier politik Najib Razak juga tamat kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, proses rayuan bekas perdana menteri itu dalam kes melibatkan dana RM42 juta berkait 1MDB akan selesai.

Padai Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah dalam tujuh dakwaan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM42 juta daripada syarikat SRC International Sdn Bhd.

Dalam rayuannya, peguam Najib mengemukakan lebih daripada 300 alasan untuk mengenepikan sabitan bersalah yang akan mula didengar pada 15 Februari akan datang.

Seorang peguam kanan bagaimanapun berkata, kes yang melibatkan 42 dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri itu sudah cukup untuk menamatkan karier politiknya.

Haniff Khatri Abdulla berkata, jika Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman terhadap kes tersebut, karier Najib dalam politik perlu direhatkan sehingga 2033, ketika Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) perlu dilaksanakan.

“Kalau tak ada apa-apa pengampunan Diraja, maka hancurlah karier Najib Razak,” katanya kepada MalaysiaNow.

Selain Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan adalah antara ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sedang berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Semalam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan satu pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Ogos 2021.

Dalam perutusan khas sempena perisytiharan darurat semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan akan berjalan seperti biasa dan berikrar tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

“Kalau tak ada apa-apa pengampunan Diraja, maka hancurlah karier Najib Razak,” katanya kepada MalaysiaNow.

Seorang penganalisis melihat jaminan perdana menteri untuk tidak mencampuri urusan mahkamah sebagai satu amaran kepada “kluster mahkamah”, merujuk kepada ahli Parlimen BN yang berdepan pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Shamsul Amri Baharuddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa kenyataan Muhyiddin semalam sebagai satu isyarat keras kepada Najib untuk mengatakan beliau tidak mahu menjalankan sebarang rundingan melibatkan kes-kes mahkamah bekas bosnya itu.

“Tiada harapan, tiada harapan langsung untuk Najib berunding dengan Muhyiddin kerana perdana menteri sudah memberi gambaran seolah-olah sudah ada ‘sekatan’ di situ, beliau sememangnya tidak mahu dikaitkan atau terlibat dengan kes-kes Najib,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Bukan dia sahajalah, yang lain juga, pemimpin Umno yang berdepan tuduhan mahkamah. Amaran ini pun diguna pakai juga kepada ‘kluster mahkamah’ bukan dia (Najib) sahaja.”

Proses rayuan kes SRC International akan berjalan dalam tempoh 14 hari tanpa memerlukan saksi dipanggil.

Haniff berkata, ia mampu diselesaikan dengan keputusan hakim pada hujung bulan depan.

Sekiranya Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman kes, Najib boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana ia boleh dilakukan dalam tempoh kurang empat bulan.

“Jadi sebelum 1 Ogos (tarikh akhir tempoh darurat), boleh selesai kes di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mengikut undang-undang sesiapa yang disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi setahun dan denda melebihi RM2,000 tidak boleh bertanding pilihan raya selama tempoh lima tahun selepas dibebaskan.

Akan tetapi pengampunan Diraja dengan Agong menggunakan kuasanya di bawah Artikel 48 (3) Perlembagaan Persekutuan boleh memberikan peluang kepada Najib untuk bertanding PRU17.

Klausa itu membenarkan Agong mengenepikan larangan terhadap seseorang untuk aktif berpolitik.

Menurut Haniff sekiranya Najib gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, Najib perlu menjalani hukuman penjara.

“Jika Agong tidak memberikan pengampunan, maka dia tidak boleh bertanding PRU15, PRU16 dan PRU17. Sebab (tempoh) lima tahun masih berfungsi,” katanya.


RAKYAT MENUNGGU

KAWAN NAJIB

BERNAMA JO LO

KHALAS

SEKARANG 

DIPILIHARA

OLEH 

CHINA MERAH

AMIN



 

MAT SABU CAKAP BETUL

 


MAT SABU

CAKAP BETUL

AMIN

DALAM DARURAT

ANWAR BOLEH 

JUMPA AGUNG

AMIN  

PERSOALAN NYA

BERAPA KALI

 ANWAR IBRAHIM

NAK TIPU

MAT SABU

AMIN

I GOT NUMBO

KAH KAH KAH


Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

AMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Anwar tidak harus menunggu sehingga tamatnya tempoh darurat pada 1 Ogos ini kerana lebih banyak kepincangan akan dilakukan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi mempunyai majoriti dan keabsahan.

“Kalau kita ada majoriti sekarang, Anwar kena menghadap Agong. Saya tak tahu apa halangan untuk berlaku pertukaran sekarang sebelum tamatnya darurat.


RAKYAT TANYA

APA TAKTIK

ANWAR PAKAI

TIPU MAT SABU

KAH KAH KAH



GUAN ENG CAKAP BETUL

 


GUAN ENG

CAKAP BETUL

AMIN

TAPI SOALAN

MASIH BELUM

TERJAWAB

AMIN

MACAM MANA

ANWAR IBRAHIM

BOLEH TIPU 

GUAN ENG

I GOT NUMBO

AMIN

GUAN ENG

AKOUNTANT

HIDUP MENGIRA

AMIN 



Benarkan Parlimen bersidang untuk langkah kewangan baharu, kata Guan Eng

PUTRAJAYA perlu menarik semula tindakan menggantung Parlimen di bawah perintah darurat bagi kerajaan meluluskan langkah kewangan baharu untuk rakyat, kata Lim Guan Eng.

Bekas menteri kewangan itu juga mempersoalkan mengapa badan perundangan tidak boleh berfungsi seperti biasa semasa darurat sedangkan cabang pemerintahan eksekutif dan kehakiman diizinkan.

“Bagaimana mungkin perisytiharan darurat dapat membetulkan kelemahan yang jelas daripada kerajaan apabila Parlimen ditangguhkan.

“Bagaimana isu salah urus, penyalahgunaan kuasa dan penderitaan rakyat dapat diajukan oleh ahli Parlimen tanpa sidang Parlimen? Bagaimana kegagalan menteri menjalankan tugas mereka dapat diketengahkan?” kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata atas sebab ini, penangguhan Parlimen dan DUN harus ditarik kembali untuk membolehkan ahli Parlimen mengetengahkan dan mendesak kerajaan menawarkan langkah kewangan segera untuk rakyat.

Setiausaha agung DAP itu berkata partinya kecewa dengan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun kerana gagal mempertahankan keagungan Parlimen dengan menyokong pengisytiharan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang termasuk penggantungan Parlimen.

Beliau berkata Muhyiddin gagal mempertimbangkan beban kewangan rakyat ketika mengisytiharkan darurat dan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu.

“Kegagalan Perikatan Nasional mengumumkan langkah kewangan segera untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang disertakan dengan pengisytiharan darurat membuktikan Muhyiddin tidak fokus untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan kehidupan rakyat.” – 13 Januari, 2021.

SEKARANG

DAH TERLAMBAT

PAKATAN HARAPAN

DAH RUNTUH

AMIN

JALAN TERBAIK

TINGGALKAN ANWAR

SOKONG

KERAJAAN

ATAU TERUS

JADI PEMBANGKANG

AMIN



BILA ZAHID NAK KELUAR RING

 


BILA ZAHID

NAK KELUAR RING 

Ricesaffron@gmail.com commented on "DARURAT"

Sapa lagi yg mahu lari keluar ring PN? Zahid bila lagi nak keluar Ring PN? nazri dah keluar,,, cakap banyak tak guna kalau ada telur cepat keluar ring Heret semua Team klater mahkamah keluar,,lagi cepat keluar ring PN lagi baik sebab Tun M(pemegang tali pingang juara Malaysia 2kali) and the team tengah tunggu kat luar ring, Tunggu Tansri Mayudin TAG tangan TunM je dari dalam Ring,, Tak perasan ke TunM dah beri lampu kuning ,, 



"Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, separuh daripada rakyat Malaysia akan dijangkiti Covid-19 dan makin ramai yang akan meninggal dunia. Lari lah keluar ring jika berani,, tunggu apa lagi,,Team Zahid/Anuar vs Team TunM /halimunan

I'LL BE BACK

 




I'LL BE BACK

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 302"

John Connor of Malaya. Baeekk pak cik tt. Ayoh! Mulakan sekarang. Tua nanti tiada apa hendak menyesal.

APA JANJI ANWAR PAKAI

 


APA JANJI

ANWAR PAKAI

HINGGA BERJAYA

MENIPU

AHKIRNYA JATUH

KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN?

KHALAS




Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos nanti hanya bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sudah hilang majoriti.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, pengisytiharan darurat itu akan menambahkan lagi beban rakyat yang sebelum ini sudah tertekan dengan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Muhyiddin sudah tiada lagi majoriti. Dengan pengisytiharan darurat ini rakyat akan menderita. Pelabur-pelabur pula menganggap kerajaan tidak stabil.


SEKARANG

NAK KOMPLIN

DAH AMAT

TERLAMBAT

KHALAS



JANGAN MARAH ABAM

 




JANGAN 

MARAH ABAM 

Unknown commented on

 "ABAM TAK ADA MAJORITI"

Jangan marah Abam. Dia ijazah sastera Melayu, memang tak erti kira. Sekarang, Abam belum sedar 68 kerusi bukan majoriti, dia tengah syok sendiri. Yang pelik DAP, Amanah Dan sakibaki PKR juga ikut syok sendiri, sibuk ikut master-ba-te.

APA SEBAB DARURAT

 


DARURAT BERLAKU

KERANA HANG

BERJAYA DITIPU

OLEH

 ANWAR IBRAHIM

KAHALAS




‘PN kerajaan minoriti memerintah atas belas ihsan darurat’

Pengisytiharan darurat berlaku ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Parit Buntar, D Mujahid Yusof Rawa berpendapat darurat sehingga 1 Ogos nanti menggambarkan kelemahan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sehingga terpaksa menggunakan Perkara 150 Perlembagaan.

LU NAK

KOMPLIN APA?

AMIN



APA BOLEH APA TAK BOLEH

 


UNTUK SELAMAT

BERSAMA SAMA

SILA BACA

AMIN




Perkara dibenar, dilarang mengikut SOP kawasan PKP


MAJLIS Keselamatan Negara mengisytihar prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula esok di enam negeri.

Senarai tersebut meliputi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya can Labuan), Melaka, Johor dan Sabah berkuatkuasa esok hingga 26 Januari.

Turut disenaraikan, SOP untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meliputi Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan tiga Zon di Sarawak

SOP untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula melibatkan Perlis dan Sarawak, kecuali zon Kuching, Sibu dan Miri)


Berikut butiran seperti yang disenaraikan MKN di saluran rasminya:

Kawalan pergerakan

• Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.

• Semua penduduk di dalam kawasan PKP tidak keluar dari kediaman/ tempat tinggal.

• Dua orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.

• Maksimum tiga orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.

• Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

• Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti bencana alam dibenarkan.

• Pergerakan bantuan bencana/ kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di bawah NADMA.

• Reciprocal Green Lane (RGL) dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) antara Malaysia dan Singapura diteruskan berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.

Aktiviti dalam kawasan PKP
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam.

• Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam.

• Hospital dan klinik boleh beroperasi sehingga 24 jam.

• Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

• Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

• Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.

• Pasar harian dan pasar tani boleh beroperasi dari jam 7 pagi hingga 2 petang

• Pasar borong boleh beroperasi dari jam 12:01 pagi sehingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang.

• Klinik dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam

• Kedai dobi kecuali dobi layan diri dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

• SOP berkaitan sesi pembelajaran bagi sekolah dan institut pengajian tinggi akan diperincikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kebenaran operasi, pergerakan bagi perkhidmatan perlu

• Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan kementerian/ agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/ surat pengesahan majikan.

• Pergerakan urusan rasmi kerajaan perlu  disertai oleh dokumen pengesahan majikan. Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan melaksanakan tugas dan kategori pekerja lain dalam perkhidmatan perlu boleh bekerja dari rumah. (Majikan bertanggungjawab membuat pengkelasan kategori bagi mengurangkan bilangan orang di tempat kerja kepada kadar yang perlu).

Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tadika dan tabika

• Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran oleh kementerian/ agensi berkaitan.

• Ibu bapa/ penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Senarai aktiviti yang tidak dibenarkan
 
1. Aktiviti ekonomi
• Operasi pasar malam dan bazar larut malam
• Operasi kedai pakaian, dobi, kedai cermin mata, gunting rambut, salon, spa dan refleksologi.
• Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa dan sebagainya.

2. Aktiviti hiburan
• Aktiviti di kelab malam atau pub.
• Aktiviti di taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang.
• Aktiviti konsert atau acara langsung.

3. Mesyuarat
• Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan.

4. Seminar, bengkel, persidangan/ pameran
• Semua seminar/ bengkel / kursus/ latihan/ persidangan/ ceramah/ pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan

5. Penganjuran majlis keramaian
• Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta
• Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.

6. Aktiviti sukan dan rekreasi
• Semua aktiviti sukan dan riadah kecuali kelonggaran aktiviti jogging dan berbasikal seperti yang telah dinyatakan di dalam SOP.
• Aktiviti penganjuran kejohanan dan pertandingan.
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
• Acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.

7. Aktiviti pelancongan
• Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD.
• Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh menteri.

8. Lain-lain yang tidak dibenarkan
• Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan ketua pengarah kesihatan.
• Lain-lain perkara yang diputuskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

SOP PKPB

• Kawasan terlibat: Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan 3 Zon di Sarawak iaitu Zon Kuching, Zon Sibu dan Zon Miri.

• SOP bagi PKPB adalah sama seperti sebelum ini kecuali aktiviti MICE (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) serta pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.

• Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri kendara, majlis perkahwinan, pertunangan, resepsi, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulangtahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

• Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, jogging, berbasikal dan lain-lain di dalam kawasan PKPB dibenarkan dengan mematuhi SOP sektor sukan dan rekreasi.

• Bagi SOP yang lebih terperinci dan perubahan dari semasa ke semasa boleh rujuk di laman sesawang MKN Rasmi

SOP PKPP

• Kawasan terlibat: Perlis dan Sarawak (kecuali zon Kuching, Sibu dan Miri)

• Tempoh berkuatkuasa: 12 Januari (mulai 12.01 pagi) sehingga 31 Mac 2021 (11.59 malam)

• SOP bagi PKPP adalah sama seperti sebelum ini kecuali pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.

• SOP yang lebih terperinci dan perubahan dari semasa ke semasa boleh rujuk di laman sesawang rasmi MKN. – 12 Januari, 2021.


KITA

JAGA

KITA

AWAS

CADANGAN LAMA

 



CADANGAN LAMA

ilmuminati commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 301"

perubahan sebenar hanya akan pasti berlaku ketika kita mengambil ALLAH sebagai wali dlm setiap kerja buat kita

ABAM TAK ADA MAJORITI

 



ABAM TAKDA

MAJORITI

Arymanchino commented on

 "TAK ADA MAJORITI"

Yg lebih gila lg ia lah bila Abam xde majoriti,dia separoh mati nak jadi PM..Haramjadah..

POLITIKUS KAKI PUTAR - KAKI TIPU DENGAR INI



POLITIKUS 

KAKI PUTAR

POLITIKUS 

KAKI TIPU

DENGAR INI

CAMDEN TOWN LONDON

 


CAMDEN TOWN

LONDON

“ Tu dah buat.. ni dah tengok... situ dah pergi..’ 

Aku teringat kembali kerja-kerja yang telah aku buat. Hari ini bila aku senaraikan dan belek-belek kembali pengalaman kerja yang telah pernah aku buat – aku sendiri  tak percaya. Apakah betul  aku  pernah aku lakukan kerja-kerja ini.   Aku pernah buat kerja gelap, kerja terang dan kerja terbuka.  Semuanya untuk menyambung hidup.

‘ Tu dah buat... ni dah lalu..’

Aku tidak akan melupakan Camden Town bukan kerana aku nak  mengada-ngada klim jadi orang London. Tidak. Pekan kecil  ini  ada kesah  dengan aku.  Mustahil dilupakan – tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berdengung.

Camden Town dilingkari oleh beberapa terusan air yang menyambung ke Sungai Thames. Pekan kecil ini tak jauh  - hanya  tiga batu dari pusat kota London. Pekan kecil ini dikenali kerana  Camden Market. Ini sebenarnya  pasar  hujung minggu pada hari Sabtu Ahad. Dari apa yang aku baca pasar minggu ini  dimulakan pada tahun 1973.

Cuti  Easter bulan April 1982 aku sampai ke London  kali pertama dari Belgium. Ketika itu aku masih lagi merangkak belajar bahasa Peranchis di Wavre. 

Di London  aku menumpang di rumah arwah Yunus Ali  (1952-2010) di Stratford E7. Ketika itu Yunus telah menjadi pelajar sepenuh masa di East London University. Rumah terras Yunus di Stratford milik universiti yang disewakan untuk pelajar.  Yunus berkongsi dengan dua lagi  pelajar. Seorang   Amoi pelajar dari Malaysia dan seorang  lagi  anak muda Mat Saleh.  Aku menumpang tidur di ruang tamu.

Kali pertama aku datang ke London betul-betul  sebagai pelancung dari Wavre Belgium. Setiba di London aku merasa  amat selesa.  Baru aku sedar betapa nikmatnya bercakap dalam bahasa ibunda. Betapa selesanya  aku dapat  bercakap dalam bahasa Inggeris. Membaca akhbar Inggeris. Menuntun  TV yang aku faham bahasanya. 

Di London aku bersantai. Aku tak perlu berfikir fikir terkial kial  mencari perkataan untuk berbual.  Aku tak memerlukan kamus. Sebagai orang pelarian perasaan aku semakin lega. Aku merasakan hidup aku makin selesa. Aku merasa diri aku semakin jauh dari malapetaka.

Ini bukan bermakna  aku telah melupakan lokap di Moscow. Atau melupakan  lokap di Bombay.  Penjara Arthur  Road  Bombay masih terlekat di hati.   Tidak.  Aku  menjadi selasa kerana semuanya  telah aku lalui.

‘ Penjara itu dah masuk... lokap itu dah tidur..’

Di London Yunus Ali menjadi pemandu pelancung. Yunus memperkenalkan aku  dengan Camden Market.    Pasar Minggu ini tempat Awang cari Dara – tempat   Dara cari Awang- tempat Awang  cari Awang dan tempat Dara  cari Dara. Aku tersenyum bila melihat lenggang lenggok  anak muda kota London ketika aku pertama kali menjejak kaki ke London. 

Di permulaan 80’an Punk adalah  feshen  hangat di kota London. Hippie di zaman aku telah mengundur. Para hippie  dah berumur. Zaman  enam puluhan dah masuk senja. John Lennon dah menjadi arwah.  Adik-adik baru sudah sampai dengan feshen baru mereka yang lebih mengancam.

Aku ingat lagi minggu pertama aku  sampai  ke  Belgium   – di rumah menyambut orang pelarian Braine-le-Comte aku ternampak program Top of The Pop dari BBC  London. Mata  dan telinga aku terbuka luas. Akhirnya dapat juga aku melihat program yang ratusan kali telah aku  dengar dan baca. 

TV terletak di bilik makan.  Petang itu aku ternampak  Boy George  dengan lagu Do You Really Want To Hurt Me. Boy George dan kugiran Culture Club sedang  menaiki  carta  tangga  pertama  Top of The Pop.

‘ Isham ... boy or  girl....’ Gamal anak muda pelarian dari  Eriteria bertanya pada aku bila dia melihat Boy George  sedang  bertandak di kaca TV. Ini  tahun 1982. Aku belum sampai ke London lagi. 

Bila  aku sampai ke Camden Town aku ternampak banyak  pengikut  Boy  George  yang muka berbedak bergincu. Rambut mencucuk mata. Berbaju hitam berjaket hitam. Ada yang memakai kain gebar  – feshen terkini- tahun  1982.  Ketika itu   Sakai Biduanda dari Jelebu amat susah untuk  kenal mana jantan dan mana betina. Amin.

Di pasar Camden ini banyak dijual feshen pakaian yang  bukan dari arus perdana. Camden Market menjadi pusat anak muda yang berjiwa melawan.  Mereka enggan menjadi mangsa Hermes, Louis  Vuitton atau Chanel. Mereka melawan feshen dengan mencakar  muka dan mengoyak   kain baju mereka.

Di Camden Market  boleh didapati  gerai kain baju, kasut, pakaian  terpakai dan barang tangan kedua yang harganya  lebih demokratik dan tidak mencekik leher.

Untuk aku ada satu lagi yang menarik di Camden Town ini. Di tengah pekan ini diantara kedai roti dan kedai pakaian ialah sebuah kedai  ikan segar.   Aku suka kedai ikan ini kerana aku kerap membeli  kupang  bila musim kupang sampai.

Sebelum aku secara resmi menyambung kembali  belajar di London aku  selalu datang bercuti  ke London dari Belgium.  Aku  akan menumpang di rumah Yunus Ali.

Apabila Yunus pulang ke Malaysia aku telah ada ramai kawan  pelajar Melayu di London.  Aku mengenali mereka secara tidak sengaja -  melalui Din Wahab. Din Wahab secara kebetulan datang ke London dalam satu pesawat  bersama arwah Emak dan Abah aku. 

Emak dan Abah aku datang ke London untuk  menjengok aku yang dah lama lesap.  Satu petang ketika aku membawa  Emak dan Abah aku berjalan di Oxford Street kami terserempak dengan Din Wahab.  Semenjak petang itu Din Wahab dan aku terus menjadi kawan.

Din Wahab  memperkenalkan aku dengan tiga lagi pelajar  Melayu. Mereka di taja oleh MARA untuk belajar    ilmu  feshen pakaian dan jahit menjahit. Sesudah  Yunus Ali  selamat pulang ke Malaysia jika aku ke London aku menumpang di rumah Din Wahab mulanya di King Cross kemudian  pindah ke  Stoke Newington  London Utara.

Di rumah Din Wahab aku  dapat berkenalan  pula dengan  Zeti,  Zai , Maulud, Khalid, Suhaimai  dan Farah. Juga Lee seorang budak China dari Butterworth. Di bilik Lee aku menumpang tidur.  Lee atas katil. Aku di lantai. 

Pelajar Melayu ini   tajaan kerajaan Malaysia. Awalnya mereka amat tidak selesa dengan aku. Mereka melihat aku dengan penuh curiga.

Aku juga diberitahu oleh Din Wahab sebelum  pelajar tajaan kerajaan  terbang menyambung pelajaran ke luar negara mereka telah diberi kursus khas. Salah satu kuliah khas ini ialah mengenal kumpulan-kumpulan pelajar Malaysia  di Australia, New Zealand , Amerika Utara dan United Kingdom. Nama dan gambar aku dijadikan contoh. 

Dari soh seh soh seh yang aku dengar  MSD London    (Malaysian Students Department) selalu memberi ingatan kepada pelajar tentang wujudnya sosok bernama Hishamuddin Rais  yang merayau rayau dalam kota London. Sosok ini bahaya. Sosok ini musuh negara. Polis Malaysia sedang mencari sosok ini.

Aku difahamkan  MSD London  ketika itu di kepalai oleh  Shagul  Hamid. Aku kenal si Shagul ini. Kami dari sekolah yang sama di Kuala Kangsar. Dia pelajar senior. Di UM kami tinggal di kolej yang sama - Kolej Kelima. 

Justeru para pelajar di  London di nasihat agar jangan merapati  dan berasosiasi dengan  Hishamuddin Rais.  Tetapi Din Wahab bukan sahaja kenal dengan aku malah kenal dengan Emak dan Abah aku. Din Wahab  tidak ada kesangsian untuk berkawan. Amin.

Akhirnya aku menjadikan rumah Din Wahab di   62 Caryfort Road Stoke Newington alamat aku bila aku bertandang ke London. Tiap kali aku  menumpang aku menghulur beberapa  pound untuk bil leterik kepada Lee. Aku juga membayar bil talipon bila aku menalipon kampung.  

Dari Din Wahab  aku berkenal  baik dengan Farah yang ketika itu sedang bercinta dengan Suhaimi. Farah pelajar  ilmu hukum. Dia  bekerja dihujung minggu sebagai juru jual di kedai kasut  di High Street Kesington – wilayah kaya kota London.   Dari Farah aku berkenalan dengan  kawan sakerja Farah anak muda Amerika bernama  Killian.

Killian  rakan sakerja Farah ini tinggal di flet  betul-betul di tepi pekan Camden. Killian telah berjaya masuk ke  flet   yang tinggal  kosong. Di London jika kamu dapat masuk ke rumah atau flet kosong  yang telah ditinggalkan tanpa memecahkan pintu atau tingkap  maka kamu ada hak mengikut hukum kanun perumahan United Kingdom  untuk tinggal di rumah itu sehingga tuan empunya membawa kamu ke mahkamah. 

Maknanya Killian menjadi  setinggan. Tuan empunya flet ialah Majlis Bandaran Camden. Majlis tidak akan bertindak ganas  menghalau setinggan serta merta. Jika dihalau Majlis wajib menyediakan tempat gantian.  Ertinya Killian selamat. Ertinya aku juga dapat menumpang melepak  di Camden Town setiap hujung minggu.  Ini yang aku lakukan.

Satu petang Killian memberitahu aku ada kerja kosong. Dihujung minggu aku boleh menjadi pembantu seorang Mak Cik Irish di warung menjual teh dan kopi. Tak jauh dari Camden Lock. Sayangnya aku hanya bekerja   dua hari. Minggu berikutnya aku tidak diperlukan lagi.   Mungkin aku silap jual. Pelanggan minta  kopi aku beri teh. Ini kerja pertama aku di London dan aku  telah dibuang kerja. Amin

Kemudian Killian mendapat kerja  membersihkan kerusi.  Ini bukan kerusi biasa. Ini kerusi dari kayu pine.  Perabut tangan kedua ini milik Erik.  

Si Erik ini akan  merayau dengan vanya ke  seluruh negara mencari perabut terpakai.  Kerusi  dan meja  terpakai ini  wajib dibersihkan sebelum dijual kembali. 

Killian mengajak aku membuat kerja  membersih dan mengilatkan kembali perabut ini untuk dipasarkan pada pasar Camden. Erik melambakkan perabut yang telah dibaik pulih  ini di kaki lima sebelah kedai antik. Ini menjadikan  seolah-olah perabut ini  sebahagian dari barangan milik kedai antik.

Aku hanya tersenyum bila aku sedar apa yang Erik lakukan. Bukan aku yang jadi juru jual tapi Tim anak muda  dari Australia.

Killian memberi aku kuliah bagaimana cara mengunakan kimia khusus untuk  membersih  perabut ini sehingga dilihat  menjadi kayu antik yang mahal. 

Aku tak tahu berapa Erik membayar Killian tapi Killian membayar aku 20 pound setiap kali aku bekerja. Maka setiap Sabtu dan Ahad aku tersadai di rumah setingan Killian membersihkan kerusi dan meja. 

Killian anak muda dua puluhan  campuran Irish Amerika ini peminat ganja.  Dalam sakunya  sentiasa ada  ganja atau hashish. Entah dimana dibelinya aku tidak bertanya.  Biasanya sebelum kami berkerja Killian akan menghisap dulu. Sesudah akan menghisap sekali lagi.

‘ Killian.. people smoke  tobacco with grass.. but you smoke grass with tobacco... ‘ Aku memberi komen kerana Killian menggunakan amat  sadikit tembakau dengan taburan ganja yang banyak.

Kadang kala Killian  akan mengunakan apa yang dipanggil ‘hot plate’. Dia akan membakar sudu besi didapur gas. Apabila telah cukup panas Killian akan  menaburkan serbuk hashish ke atas  sudu ini. Kepulan asapnya akan disedut. Ini cara Killian berdengong.

Ada satu petang Ahad Killian telah memberi aku menghisap rokok  yang telah disira dengan hashish. Untuk aku ini pekara biasa. Aku dah kenal hashish dari zaman aku di Pakistan lagi. Malah dalam penjara Arthur Road Bombay ianya dipanggil ‘guli’.  Guli ini menjadi  duit  untuk kami para tahanan.

Petang Ahad itu di Camden Town kami bersantai, hisap ganja untuk  berdengung.  Kemudian aku minta diri untuk pulang. Aku mengambil kereta api bawah di  Stesen Camden.  Laluan Northern Line  ini  terpecah dua.

Petang itu amat ramai  penumpang yang nak pulang.  Kami berasak-asak .  Aku meloncat masuk ke dalam tube. Tetiba bila  tube berhenti di stesen seterusnya aku tersedar aku telah salah  masuk kereta api. Aku hendak pulang ke Finsbury Park. Stesen depan mata aku ialah Kentish Town. Aku bergegas lari keluar.

Asap  hashish telah menyerap dan menambah paranoia. Degup jantung aku deras. Aku keluar dari  bawah tanah untuk menyedut udara di jalan raya. Dengan debaran jantung yang kuat aku wajib membuat keputusan. Aku merasa takut untuk masuk kembali ke bawah tanah.  Untuk selamat   dan meredakan paranoia  aku menapak 2 batu pulang ke rumah aku di  34 Birnam Road. 

London kota rock n roll.  London kota anak muda. Aku rasa aku bernasib baik kerana ketika aku sampai  ke London aku masih muda.   Bagitu juga  kawan aku Killian.

Killian sama saperti ribuan  anak muda  yang sampai ke kota London bercita untuk menjadi  rock star.  Menayangkan  muda  dengan perangai  Mat Rock. Bukan  berbioloji muda tapi  berperangi Mat Lebai.   

Justeru Killian bersama  Mick, Joe dan James  telah menjadi Snow Leopard.  Ini kugiran  punk rock dari Camden Town.  Vin gadis Vietnam sebagai penyanyi. Bila kugiran ini ditubuhkan aku tidak bertanya. Setiap kali aku ke Camden  aku terjumpa Mick dan Joe.  Dimana mereka berlatih aku tidak tahu. 

Yang aku tahu Killian pemain drum.  Malah aku diberi tahu pernah satu kali  Killian hampir menjadi  ‘ sessionist drummer’ untuk  kugiran The Kink. 

Di London  kugiran yang tidak ada nama dan mahu  jadi popular wajib bermain dalam pub.  Biasanya tanpa bayaran. Mungkin Tuan Pub akan memberi satu dua botol  minuman percuma. 

Ada beberapa pub dimana akan ada ‘ajen  syarikat rekod’ atau penulis dari majalah  NME – New Musical Express  - akan  datang sama. Biasanya mereka dijemput atau  mereka menjadi ‘ scout’ mencari bakat baru.

Pernah satu malam  Sabtu Snow Leopard  membuat ‘gig’ di Town N Countty Pub di Camden Town . Malam itu ada 3 kugiran  bermain. 

Sebelum aku masuk ke dalam pub Killian memberi tahu aku wajib  menuliskan nama aku  dan kugiran yang aku mahu mendengar. Ini untuk rujukan tuan empunya  pub. Jika ramai peminat Snow Leopard  maka kugiran ini akan dijemput bermain sekali lagi.

Malam itu aku mendengar musik  punk rock yang bising dan hangat.  Snow Leopard memang  hebat.   Aku, Hishamuddin Rais  sakai Biduanda dari Jelebu kini telah menjadi ‘groupie’ Snow Leopard.  Dimana kugiran ini bermain aku  akan datang sama.

Berapa minggu kemudian aku dengar  Snow Leopard akan membuat gig di  Porter House Convent Garden. Ini maknanya  Snow Leopard telah naik tarafnya. Bukan main di pinggir kota tapi telah masuk betul-betul ke   West  End wilayah hiburan kota London. Tapi malam itu di Porter House  aku tidak ikut sama.

Petang Ahad sesudah gig di  Porterhouse aku  datang memburuh di rumah Killian.   Joe  dan Mike bercerita tentang gig  di Porterhouse.

‘ Guess what Isham... John Peel ... EMI guy .. load of music  people .. were all there...’  Joe  bercerita dengan penuh bangga.

‘ Wow... that’s great...’ Aku memberi perangsang.  Orang hebat-hebat datang mendengar Snow Leopard bermain. Kenapa tidak  - bila Joe menyebut nama John Peel  ( 1939-2004)  aku pun berbangga sama. John Peel ialah DJ BBC Radio 1 dan juga wartawan musik. 

Sosok yang bernama  John Peel kalau dia berkata  kugiran ini hot maka hotlah jadinya.  Kalau John Peel menulis  kugiran ini adalah muka baru yang akan meledak naik maka  syarikat rakaman  akan berduyun datang. Baginilah pengaruh Johh Peel terhadap dunia musik dan dunia rock n roll.

Malam itu  Snow Leopard mula berbicang untuk ‘road -tour’ ke Amerika.   Mereka  sudah mula merancang.  Sambil berdengung sambil berkhayal tentang – Snow Leopard American Tour.  Tapi aku lihat Killian macam tak ambil pot sangat. Dia hanya terus menggulung ganja. Aku sudah jeran dan tak berani lagi menghisap rokok yang dihulurkan oleh Killian. Perasaan paranoia ketika dibawah tanah tidak mahu aku ulangi.

Sebulan berlalu tidak ada berita Snow Leopard American Tour. 

Masa berjalan. Hari berganti. Aku tidak akan melupakan pada satu petang Sabtu. Saperti biasa aku datang untuk  buat kerja. Bila aku sampai ke flet Killian aku teperanjat. Flet ini telah  ditutup. Melintang kayu menutup pintu dan ditingkap. Ada notis dari Majlis Bandaran Camden.

Aku pergi ke kedai antik untuk berjumpa dengan Erik atau Tim.  Mereka belum sampai. Perniagaan belum bermula. Aku tercari-cari. 

Tetiba di atas  jambatan  Camden  Town aku terserempak seorang  Minah Melayu cun bergetah.  Anna  berkulit hitam manis dari Singapura. Anna  berdiri  ditepi jambatan. Betul betul menggangu pejalan yang melintas jambatan. Ditangannya bergantungan beg  tangan wanita. Anna sedang menjaja  barangan kulit di Camden Market.

Aku yang kelam kabut terus membuka kesah aku kepada Anna walau pun kami baru bertemu. Mungkin kerana kami dari rumpun yang sama dan kini merantau di tempat orang  maka kami cepat  mesra.

‘ You need a job... nak jadi waiter... pergi ke Desaru di Old Compton Street  Soho... jumpa Freedy... dia Pilipina... katakan Anna yang hantar.... tell Freedy you are  my friend....’  Minah dari Singapura ini menyelamatkan aku. 

Maka perjalanan aku beralih dari Camden Town ke Soho West End.

EPILOK

Flet Killian diambil oleh Majlis Bandaran. Killian pulang ke Amerika untuk menjadi peniaga jual beli rumah. Tim pulang ke Australia.  

Snow Leopard menjadi sejarah. Mick , Joe dan James aku tak tahu ke mana menghilang.  Vin entah dimana.

Anna mendapat gerai resmi dalam bangunan di sebelah panggung wayang Odeon Camden Town.

Yunus Ali ditahan  dua tahun dibawah ISA dalam Operasi Lalang 1988.  Din Wahab mengambil alih kedai jahit ayahandanya di Wisma Yakin. Farah dan Suhaimi berumah tangga kini telah ada dua cucu. Lee pernah aku temui sekali.

EPILOK 2

Pada tahun 2014 aku membawa teater Bilik Sulit ke United Kingdom. Di London aku menjadi pemandu pelancung dan membawa Adam Adly, Achong, dan Aniza   datang bertandang ke  Camden Market. Pasar Camden makin padat. Makin banyak gerai, Makin banyak kedai tangan kedua. Aku tunjukan pada mereka tempat aku menjual teh dan kopi. Dan rumah setinggan Killian.

Kedai antik bawah jambatan masih ada. Tapi Erik tidak kelihatan meniaga  di situ lagi.

Paling sedih kedai ikan tempat aku membeli kupang ditengah pekan Camden  telah menjadi kedai kasut Doc Marten. (TT)


TULISAN INI  JUGA TELAH
DISIARKAN DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/01/13/camden-town-london/