Selasa, 30 Mac 2021

WAJIB LIHAT DAN FAHAMI

 


WAJIB LIHAT DAN

FAHAMI

RANCANGAN STRATIJI

CHINA MERAH 

UNTUK MENAKLOK 

TANAH MELAYU

MAT SYABU MULA MERANCANG

 



AMANAH ADA

MAT SABU 

AMIN

UMNO ADA

MAY SYABU

AMIN


Segerakan pemilihan Umno, gesa Khairy

UMNO perlu mengadakan pemilihan parti segera untuk memastikan ia mempunyai kepimpinan yang jelas dan boleh diterima oleh rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, gesa Khairy Jamaluddin.

Bekas ketua Pemuda Umno berkata Umno tidak wajar menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihan raya.

“Umno mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat. 

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing (Buat benda betul), Majlis Tertinggi,” katanya, dalam satu komen pendek di Twitter.

Menurut Khairy, pemilihan parti adalah satu-satunya cara untuk menyesaikan kemelut dalaman Umno.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum,” katanya.

Barisan kepimpinan Umno sekarang dipilih pada Jun 2018 untuk mandat selama tiga tahun berakhir tahun ini.

Khairy membuat kenyataan itu selepas Umno dalam perhimpunan agungnya pada hujung minggu lalu mengesahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi jaminan Umno tetap akan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini dan semua jawatan akan dipertandingkan.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dalam mesyuaratnya pada 18 Januari membuat keputusan pemilihan parti bagi penggal 2021-2024 akan diadakan pada satu tarikh yang sesuai pada tahun ini.

Bagaimanapun MKT Umno dalam mesyuarat pada 19 Februari lalu mendengar cadangan supaya pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas PRU15 yang dijangka diadakan seawal Ogos ini selepas tamat tempoh darurat, lapor media.

MKT Umno bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenainya, lapor Astro Awani.

Perlembagaan Umno memberi kuasa kepada MKT Umno untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang baharu sepatutnya diadakan.

Perhimpunan Agung Umno pada hujung minggu lalu juga memberi mandat kepada MKT Umno menentukan masa yang sesuai untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin.

Selain tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, perhimpunan itu juga mengesahkan Umno akan bertanding sendirian menggunakan lambang Barisan Nasional. – 30 Mac, 2021. 

MAT SABU

OPPS MAAF

MAT SYABU

SEDANG

MERANCANG

KAH KAH KAH

BILA ZAHID

BILA NAJIB

MASUK PENJARA

MAKA 

MAT SABU

OPPS.. MAAF

MAT SYABU

AKAN AMBIL ALIH

AMIN



BERGANTUNG PADA KESEDARAN RAKYAT

 



BERGANTUNG

PADA KESEDARAN

RAKYAT

Asrul Sani commented on 

"PUKULAN MAT KOBID"

harap jangan la ada yang pi tolong Tony ni dengan korbankan kepentingan rakyat. Cukuplah dulu M Kutty tolong bagi laluan Malaysian Airlines kepada dia mengakibatkan MAS hilang pendapatan, business Air Asia flourished. MAS nak compete dengan buat Low Cost Carriers depa tak benarkan. Masa kaya raya kau boleh la angkuh.

LAGI BUKTI TEORI MASUK PENJARA

 



NAJIB JADI

SEORANG 

DEMOKRAT

AMIN

INI BUKTI

TEORI 

MASUK PENJARA

KHALAS



Najib syak kerajaan punca beberapa pemimpin tarik diri dari forum

NAJIB Razak mempersoalkan sama ada Putrajaya mengarahkan pegawai kerajaan dan ahli politiknya untuk tidak mengambil bahagian dalam Forum Demokrasi Malaysia yang akan dihadiri bekas perdana menteri itu petang ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa ramai speaker yang sebelum ini bersetuju untuk mengambil bahagian dalam forum tersebut telah menarik diri pada saat akhir.

“Sebelum pihak sebelah sana menjadikannya sebagai propaganda bahawa Najib bersuhabat dengan PH sebab ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PH juga hadir, saya nak beritahu bahawa beberapa pemimpin-pemimpin Bersatu termasuk speaker Dewan Negara Rais Yatim dan menteri kerajaan telah menarik diri pada saat-saat akhir.,” tulisnya di Facebook hari ini.

Katanya, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun juga menarik diri dari forum tersebut.

“Masa saya setuju, Rais Yatim dijadualkan untuk memberi ucapan pembukaan forum yang dikatakan adalah forum tidak partisan.

“Entah kenapa mereka tarik diri pada saat-saat terakhir. Mungkin ada arahan dari kerajaan kot,” katanya.

Forum Demokrasi Malaysia yang diadakan di Hotel InterContinental di Kuala Lumpur hari ini menampilkan barisan pemimpin dari kedua-dua belah pihak yang berpecah.

Antara barisan pemimpin PH ialah Anwar, Teresa Kok dan Khalid Samad.

Selain Najib, bekas rakan sekerja kabinetnya seperti bekas menteri luar negeri, Anifah Aman dan bekas menteri kesihatan S Subramaniam juga merupakan sebahagian daripada barisan pemimpin berkenaan.

Sementara itu Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Shahril Hamdan dari Umno juga dijadual nenjadi sebahagian daripada forum berkenaan.

Forum mengenai demokrasi berparlimen dianjurkan oleh Institusi Strategi Antarabangsa dan disokong oleh Parlimen Malaysia. – 30 Mac, 2021.

TANGKAP

DAN 

MASUKKAN

LAGI RAMAI

AHLI POLITIK

KE DALAM PENJARA

AMIN

MEREKA AKAN

JADI BIJAK

JUJUR DAN

DEMOKRATIK

KHALAS



BANGLA PUN BERANI TOLAK CHINA MERAH

 


SALUT  

BANGLADESH!

WALAU PUN MISKIN

TAPI SEDAR NIAT

JAHAT 

CHINA MERAH

MENERUSKAN PERJUANGAN RAKYAT TERTINDAS

 



MENERUSKAN

PERJUANGAN

RAKYAT TERTINDAS

Unknown commented on 

"NIAT NAK 

TAKLOK DUNIA"

TT, dalam kita sedang kusyuk dengan pelbagai falsafah dan teori yang mengiorkan jangan lupa kepada kesengsaraan yang telah dilakukan oleh sang Mat Saleh dan Mat Putih tu ke atas Mat Hiram Legap, Mat Hitam Gelap, Mat Cokelat, Mat Kuning dan Mat Sepet...Penjajahan dan perompakan yang telah dilakukan oleh mereka sehingga kita yang kat timor ini jetinggalan...

DEN TAK KONA PUN

 

DEN TAK

 KONA PUN

Unknown commented on 

"NURUL DAN RAFIZI"

Pasal apa majoriti pengomen yg keluar komen mrk dlm blog ni berbicara loghat nismilan? Mcm berjemaah je.

BAKAL CERDIK BEKAS BANGANG

 


BAKAL CERDIK

BEKAS BANGANG

Unknown commented on

 "INI BUKTI TEORI

 MASUK PENJARA"

Kenapa anggota tim banduan dah mula bijak, tapi Anwar masih tak bijak lagi? Tanya saja, jangan marah.

BETUL KE KERANA RIBUT ?

 



BETUL KE

KERANA RIBUT ?

Unknown commented on 

"BERSEDIA BERSEDIA

 BERSEDIA !"

https://www.zerohedge.com/markets/archegos-fallout-nomura-crashes-after-reporting-record-2bn-loss-transactions-us-client Lepas satu tumbukan, tumbukan seterusnya akan dikenakan pada daulah pendam. Bak kata Ali, apung macam rama-rama, sengat seperti lebah... Kapal-> perdagangan dunia -> perdagangan saham, kewangan, bon, dan sebagainya...apa lagi? Banyak lagi yg akan dikena kan...

TERUSAN SUEZ DIBUKA KEMBALI - DUNIA MENUNGGU JAWAPAN


HAMPIR SEMUA

MEDIA TIDAK

MEMBINCANGKAN

BAGAIMANA KAPAL

INI TERSANGUT

AMIN

  


LAPURAN AWAL

SEKALI LALU

MENUDUH RIBUT

SEBAGAI PENYEBAB

TAPI

TIDAK ADA PAKAR

CUACA MEMBERI

KOMENTAR

AMIN

KENAPA ANNUAR MUSA CAKAP ?

 


ANWAR IBRAHIM

KATA 1MDB

PENDAKWAN 

TERPILIH

AMIN

ANNUAR MUSA

KATA SAMA JUGA

AMIN

Pemimpin Umno mangsa pendakwaan terpilih, kata Annuar

PEMIMPIN Umno yang berhadapan perbicaraan adalah mangsa pendakwaan terpilih, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dalam satu wawancara disiarkan secara langsung di Facebook malam ini.

“Saya rasa tak selesa dengan rakan-rakan yang didakwa di mahkamah. Mereka diseret ke mahkamah kerana itu adalah pendakwaan terpilih.

“Jika tidak, Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno) dan Najib Razak (ahli Parlimen Pekan) tidak perlu melalui perkara ini. Ini adalah pendakwaan terpilih, ia bersifat politik,” katanya.

Beliau menjawab para pengkritik yang berkata pemimpin Umno yang berhadapan perbicaraan setelah kejatuhan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu telah melemahkan Umno.

Annuar juga berkata perlu ada solidariti dalam Umno untuk menyokong pemimpin yang berhadapan perbicaraan.

“Itulah sebabnya saya pergi ke mahkamah untuk sokong Najib dan Zahid bila saya ada masa. Saya harap mereka mendapat keadilan.”

Sebelum ini Zahid mendakwa pemimpin partinya yang menghadapi tuduhan jenayah sebenarnya adalah orang yang berusaha menyelamatkan parti Melayu itu.

“Kluster mahkamah”, istilah digunakan untuk melumpuhkan pemimpin Umno yang menghadapi tuduhan jenayah, menjadi mangsa propaganda kerana tidak mahu Umno dibayangi Bersatu, katanya. – 28 Mac, 2021.


ANWAR IBRAHIM

 MAHU UNDI ZAHID

AMIN

ANNUAR MUSA

TAK MAHU DIBUANG

OLEH ZAHID

KHALAS




RAFIZI DAN NURUL PENGGANTI ANWAR

 



RAFIZI NURUL

PENGGANTI ANWAR

Unknown commented on 

"NURUL DAN RAFIZI"

Rafizi dan Nurul Izah tak dibagi chan masa PH memerintah. Atuk pun tak suka kat dia orang jadi tak bagi apa-apa untuk dia orang buat. Tapi mereka berdua memang dah tunjuk kehebatan mereka sebelum pun kempen PRU bermula. Tanpa mereka terutamanya Rafizi, PH tak boleh memang begitu bergaya.


Tapi ramai telah jeles dengan kehebatan dan sampai takut dengan bayang-bayangnya yang boleh menghancurkan harapan mereka ini untuk MUNCUL ke atas... ini seperti ketam yang berada dalam sebuah bakul yang masing-masibg memijak yang lain ke bawah untuk dua naik ke atas... macam jugak perangai menyemburburit...

PASANG TELINGA


 

PASANG TELINGA

AMIN

PERANGAI KAUM

KAPITALIS IALAH

BILA UNTUNG

INI KERJA KERJA

KERAS HAK

MEREKA SENDIRIAN

AMIN

BILA RUGI

NAK DIKONGSI

DENGAN KERAJAAN

MAKNANYA

KONGSI

DENGAN KITA

ORANG RAMAI

AMIN


Rugi bersih AirAsia naik kepada RM5.09 bilion bagi tahun kewangan 2020 

KERUGIAN bersih AirAsia Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 meningkat kepada RM5.09 bilion daripada RM315.81 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan berkurangan kepada RM3.14 bilion daripada RM11.86 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2020, kerugian bersih kumpulan ini menokok kepada RM2.44 bilion daripada RM384.44 juta, manakala perolehan menyusut 92 peratus kepada RM267.44 juta daripada RM3.23 bilion sebelum ini.

Menurut kumpulan itu, impak pandemik Covid-19 terus memberi kesan buruk kepada operasinya.

“Walaupun sempadan antarabangsa masih ditutup, kumpulan ini akan memberi fokus untuk menyambung semula operasi domestik yang terhad di kawasan kami beroperasi.

“Sekatan perjalanan yang diumumkan di Malaysia bagi Oktober dan November telah menjejaskan lagi jualan kami pada suku keempat,” kata syarikat penerbangan itu.

AirAsia berkata perolehan bagi perniagaan syarikat penerbangan itu bagi suku keempat 2020 adalah RM233.4 juta berikutan kapasiti yang dikurangkan sebanyak 88 peratus berbanding suku keempat 2019.

Keadaan ini terutamanya disebabkan kapasiti lebih rendah di Malaysia, Filipina dan Indonesia memandangkan sempadan antarabangsa masih ditutup, katanya.

Kumpulan itu akan meneruskan langkah pembendungan kos termasuk jumlah tenaga kerja yang sesuai dan pemotongan gaji kepada pengurusan, kakitangan dan pengarah manakala antara usaha untuk mengekalkan tunai ialah rundingan penstrukturan semula pembayaran kepada pemberi pajak, pembekal dan rakan niaga serta perstrukturan semula kedudukan perlindungan nilai bahan api.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata meskipun sempadan masih ditutup, ia bersedia untuk bergantung sepenuhnya kepada operasi domestik pada tahun ini.

“Kami kekal komited untuk memperkukuhkan lagi kedudukan domestik kami pada masa ini berikutan kami menunggu perkembangan mengenai perjalanan udara antarabangsa.

“Pada masa akan datang, kami menjangka kestabilan operasi yang lebih baik susulan vaksinasi yang akan dilaksanakan secara berperingkat di semua pasaran utama.

“Ini disertai dengan kesedaran dan ujian yang lebih baik serta sokongan yang kukuh kepada gelembung perjalanan percutian dalam kalangan negeri dan kawasan berisiko rendah dan dorongan kepada pasport kesihatan digital global,” katanya.

Selain itu, AirAsia berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi usaha sama dan kerjasama yang mungkin menghasilkan pelaburan tambahan pihak ketiga dalam segmen tertentu perniagaan kumpulan itu.

“Melalui pelbagai langkah mengumpulkan dana yang sedang dilakukan kumpulan ini, AirAsia menjangka ia akan mempunyai mudah tunai yang mencukupi untuk mengekalkan operasi perniagaan,” katanya.– Bernama, 29 Mac, 2021.


PASANG TELINGA

BUKA TELINGA

AMIN

MANA TAHU

ADA KAKI LOBI

AKAN MINTA DANA

BANTUAN

 DARI KITA

OPPS.. DARI

KERAJAAN

AMIN



BODEK ZAHID

 




ANWAR ANNUAR

ANWAR IBRAHIM

NAK BODEK ZAHID

ANNUAR MUSA

JUGA NAK BODEK

ZAHID 

DUA DUA 

 NAK BODEK ZAHID

AMIN

TAJUDDIN TIBAI ANNUAR MUSA

 



BERITA BAIK

UNTUK NEGARA

 GEROMBOLAN

SEDANG

GADUH SAMA SENDIRI

SEDANG DILANGGAN

 




SEDANG 

DILANGGAN

Unknown commented on 

"WANITA UMNO 

DAH LOHE"

orang umno yang dok dah kabinet kerajaan pintu belakang apa cerita ? nak entot best of 2 world ke , wtf


Unknown commented on 

"WANITA UMNO

 DAH LOHE"

TT, mana diaoang nak buat sekarang. Dapat nikmat isap atau ngentot dua belah..

ANNUAR DAN ANWAR

 



ANWAR ANNUR

APA PERSAMAAN

ANTARA

ANUAR IBRAHIM

DENGAN

ANNUAR MUSA

SELIAN DARI

BUNYI NAMA

YANG SAMA

AMIN

BELUM MATANG

 



BELUM MATANG

bima sakti commented on 

"SATU LAGI BUKTI

 TEORI PENJARA"

Undi 18 ketika ini Masih perlu banyak kajian... Pd umur 18 Masih belum matang fikiran ....otak Masih sembab ... Cuba tgok negara negara maju lain dulu... Ada kah umur 18 Sudah dibenarkan mengundi..

PUKULAN MAT KOBID

 


PUKULAN

MAT KOBID

AMIN

Rugi bersih AirAsia naik kepada RM5.09 bilion bagi tahun kewangan 2020


ADA NIAT

NAK MINTA

BANTUAN ?

AMIN

TIDAK AKAN UNDUR

 



TIDAK AKAN

UNDUR

kontol de gede commented on

 "BILA NAK BERHENTI ?"

Kalau kau anak jantan...undur diri sebagai presiden parti. Paling penting fikirkan bagaimana nak jawab 47 kes tu. Kamu dan najib cuba ugut kerajaan sekarang dengan helah nak join alburiti supaya mahyudin buang kes kau. Kami ahli Umno tahu helah kau. Penyamun!!!!!!

BERKHALWAT HARI KE 378

 



KHALWAT KE 378

 SELASA 30/3/2021

KITA MASUK KE HARI 378
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 77

ANGKA SERANGAN KOBID
MENURUN
KINI TIGA DIGIT
AMIN

INDIA
BRAZIL
GERMAN
AMERIKA
MASIH BERAT

SATELAH  GEROMBOLAN
BERSIDANG SUASANA
POLITIK MAKIN TAK STABIL

APA AKAN JADI?
MENTERI UMNO TARIK DIRI
TAPI
MUHYIDIN TAK AKAN TUMBANG
KERANA DARURAT
MUHYIDIN TETAP
ABAH KAU
HINGGA BULAN OGOS
AMIN

PAGI INI BARU
NAK MASUK HOKKIEN
GUA DI SAMBUT
OLEH KENG KENG

KEMUDIAN MURAI
BERKICAU
INDAH  BETUL 
PAGI INI

HOKKIEN SEGAR SEJUK
TAPI BANYAK KERETA
GUA TAK IKUT JALAN BIASA
MENDAKI BUKIT SEBELAH
FLET

HA HA
NASIB AMAT BAIK
GUA TERNAMPAK
SAEKOR JANTAN MUDA
KACAK DAN BERGAYA
BERLARI KEMUDIAN
TERBANG KE DALAM BELUKAR
PASTI SEDANG
MENCARI KUIH KUIH KERING
YANG BANYAK BERTABURAN

JANTAN
YOU MAKE MY DAY

BRO
MULAKAN HARI INI
DENGAN
SENYUM

BRO
KITA PERLU BERSABAR
YANG TERBAIK
DATANG JIKA KITA 
TEKUN DAN SABAR

BELAJAR UNTUK
PERCAYA PADA 
PERJALANAN INI
WALAU PUN
KITA KURANG FAHAM

BRO
JANGAN CUBA
NAK SOROKAN
MATAHARI
BULAN 
DAN 
KEBENARAN

FIKRAH KITA
YANG BERDISPLIN
AKAN MEMBAWA BAHAGIA

BRO
LU WAJIB JADI LU
KALAU TIDAK
LU DITINGGAL HIDUP

GEMBIRA ITU
IALAH PERJALANAN
BUKAN DISTINASI

NAK HIDUP BAHAGIA
TAK PERLU 
BANYAK PEKARA
SEMPOI AJE

BRO
PILIH GEMBIRA
DAN
 KETAWA SELALU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT