Selasa, 24 Mei 2022
EZAM MAT BAKI APA CERITA ?
Imej SPRM tercalar selepas ahli politik dilantik pesuruhjaya, kata bekas hakim
SEORANG bekas hakim kanan berkata melantik ahli politik aktif sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mencalarkan imejnya.
Bekas ketua hakim negara Mohamed Raus Sharif berkata peristiwa tertentu dalam tempoh empat tahun lepas telah mempersoalkan kebebasan dan kesaksamaan suruhanjaya itu.
“Ia bermula dengan pelantikan ahli politik aktif sebagai ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya.
“Kebebasan, kesaksamaan dan integriti SPRM harus sentiasa dipertahankan dan dipelihara. Dan pegawai SPRM mesti menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut. Paling penting, bebas campur tangan politik,” katanya dalam ucapan di Forum Pencegahan Rasuah Malaysia 2022 hari ini.
Walaupun beliau tidak menamakan mana-mana ahli politik, dipercayai merujuk kepada pelantikan Latheefa Koya sebagai pesuruhjaya SPRM oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2019.
Walaupun pemimpin PKR itu meninggalkan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu, pelantikannya menimbulkan keraguan mengenai siasatan dan pendakwaan terpilih daripada pembangkang.
Beliau memegang jawatan itu selama sembilan bulan sebelum berhenti berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan berikutan Langkah Sheraton yang menyaksikan Perikatan Nasional mengambil alih kuasa persekutuan.
Raus berkata ia tidak menghairankan SPRM menerima pelbagai kritikan selepas pelantikan itu.
“Tidak menghairankan, terdapat dakwaan penyiasatan terpilih, pendakwaan terpilih.
“Terdapat juga dakwaan penarikan balik pertuduhan yang tidak wajar. Selain itu, isu integriti beberapa pegawai SPRM mula timbul,” beliau dipetik sebagai berkata.
“Nasib baik, tempoh jawatan ketua SPRM, ketua pesuruhjaya SPRM itu tidak bertahan lama,” katanya.
Latheefa digantikan oleh Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.
Raus berkata kini terpulang kepada Azam Baki untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap agensi itu, yang tidak akan berlaku dalam sekelip mata.– 24 Mei, 2022
ASRUL SANI BAWA PENCERAHAN
SATU PENCERAHAN
MEMBUKA FIKRAH
KHALAS
Asrul Sani commented on
"TAK PERLU BAKAR RUMAH"
Saudara Mahdzir Ibrahim Sebelum jauh pergi menyalahkan orang lain, elok direnungkan kembali di sekeliling kita. Setelah lebih 60 tahun berhempas pulas menentang UMNO/BN akhirnya mereka tewas pada PRU14. Gabungan pembangkang telah melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Rakyat menaruh harapan tinggi agar suatu perubahan besar dilakukan terhadap tadbir urus negara, usaha-usaha memulihkan ekonomi serta menambahbaik perjalanan demokrasi serta kebebasan bersuara.
Sayangnya keutamaan-keutamaan tersebut diketepikan dan Tun Mahathir serta pemimpin-pemimpin PH yang lain kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa berpolitik dan mahu membolot kuasa. Akhirnya timbullah ungkapan bahawa MANIFESTO BUKANLAH KITAB SUCI. Mahathir lebih banyak menghabiskan masa di pejabat hingga lewat malam mencari helah supaya Anwar tidak dapat menggantikannya. Manakala Anwar dan anak-anak buahnya pula di samping sebuk berentap dengan kumpulan Azmin Ali, tidak henti-henti pula berkonsfirasi mendesak supaya orang tua itu meletakkan jawatan. Akhirnya, harapan rakyat musnah selepas 22 bulan kerajaan PH dijatuhkan melalui langkah Sheraton. PADAN MUKA HANGPA! Jadi tidak perlulah menyalahkan orang lain...salahkan pemimpin sendiri yang gila kuasa dan tidak mengotakan janji kepada rakyat. Saya sempat mengunjungi pejabat Perdana Menteri (Tun M) semasa PH memerintah.
Yang paling menyakitkan hati saya ialah, beliau masih dikerumuni oleh kroni yang sama...Syed Mukhtar, anak saudaranya Tan Sri Rahmat, Daim Zainudin, Tengku Ngah Putra, Vincent Tan....just to name a few.....semuanya berebut-rebut untuk membolot projek mega. Sebenarnya tiada apa yang berubah ....eloklah PH jatuh. Biarlah perompak penyamun berkuasa kembali...biarlah negara ini dicampakkan kepada anjing. Biarlah negara ini cepat menjadi Sri Lanka. ...aku pun sudah lama teringin bermain api....!
BERITA BAIK TENTANG GANJA
Anak bekas duta tanam 102 pokok ganja keliling rumah
BENTONG – Seorang anak kepada bekas duta Malaysia ke Indonesia ditahan atas dakwaan menanam dan memiliki 102 pokok ganja di sini semalam.
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek disyaki menanam 68 pokok ganja di atas tanah manakala 34 lagi anak pokok semaian di dalam beg plastik di vila kediaman bapanya yang berusia 78 tahun di Janda Baik.
Menurutnya, dua tangkapan dan rampasan kes berkenaan merupakan kejayaan serta kes terbesar dalam sejarah narkotik tanah air.
Suspek, 53, ditahan di kediaman mertuanya di Shah Alam semalam.
Terdahulu sepasukan polis dari Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui operasi Ops Tapis melakukan serbuan di kediaman berkenaan pada 21 Mei lalu dan menahan bapa suspek.
“Hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis ganja manakala bapanya negatif dan kedua-dua tidak ada rekod jenayah lampau.
“Hasil siasatan polis menemui lima batas tapak tanaman pokok ganja di belakang kawasan kediaman bapa suspek berkeluasan dua ekar.
“Polis juga merampas ganja yang masih dalam proses pengeringan seberat 1,020 gram berjumlah RM2,500,” katanya menerusi sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Bentong hari ini.
Manakala nilai rampasan melibatkan jumlah RM61,200 selain mendapati suspek aktif dalam penanaman ganja sejak tahun 2015.
Bapa suspek direman sejak semalam sehingga 28 Mei ini merupakan diplomat pada tahun 1995 sehingga 1999 turut tinggal bersama suspek.
Ramli berkata, permohonan suspek bermula hari ini dan kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ramli memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan najis dadah di negeri ini.
Selain itu, berkaitan dengan penanaman ganja, polis juga telah menahan komposer dan penyanyi nasyid, Yasin atas dakwaan menanam tanaman yang sama di kediamannya di Kota Damansara pada 21 Mac lalu.
DENDAM SAMPAI KE LUBANG ULAR
DENDAM CARI
SAMPAI
KE LUBANG ULAR
KHALAS
HUKUM MESTI
DI HUKUM
KHALAS
Unknown commented on
"AGAMA SUKA MENGHUKUM"
gua dah pening mana satu ni... kejap sakai athies kata mudah diapunkan .. kejap sakai athies kata suka menghukum.. kontradik sungguh... gua nampak macam sakai athies lebih kuat menghukum dan dendam kesumat tanpa ampun.. oh ya lebih tepat sakai athies islam budaya yang percaya zeus... kontradik sungguh... kah kah kah
INDIA PANAS KEMARAU - BANGLA BAJIR
INDIA PANAS
KEMARAU
AMIN
BANGLADESH
BAJIR MELANDA
AMIN
MALAPETAKA
CUACA
KHALAS
RAYO BERAPO ARI ?
MASO KITO
KOCIK KAN
SELALU CAKAP
POSO 30 ARI
RAYO 30 HARI
KAH KAH KAH
Soboi commented on
"HARI RAYA KE 23"
Berapa lama nak raya daa...
MEMANG PUKEE RAHAH
MEMANG PUKEE
RAHAH TAK MAHU
TANAM BALAK
SENDIRI
KHALAS
Unknown commented on
"TANDA TANDA MULA SAMPAI"
Kanepa pembalak tak mahu tanam sendiri balak? Tell aviv padang pasir boleh tanam balak sendiri. Kita buruh tani nak makan nasi tanam padi, nak sayur tanam sendiri, nak makan ikan bela tilapia keli sendiri sambil makan sambil jual murah murah pada kawan kawan sama sama merasa. Kimak la hutan potong bukit bom air mata air kering.
SIHIR TAK BAWA PROJEK
SIHIR TAK
BAWA PROJEK
TAK BAWA KOMISEN
KAH KAH KAH
AMIN
panglimo potaseh commented on
"AL-KARUTUN WAL KARUTIN"
Ilmu sihir sbg alat pertahanang nigara tak boleh buat ontong ..lu bayangkang sebilah parang kontot (terbang) boghapo hargo ..abih kuek 40 hinggit sobilah. Lu bayangkang enjin sukhoi yg ilang ..150 juta sobijik ..badan dio boleh buek ghoban ayam lagi. Lu bayangkang Zahid Totok moli 10 kapal harga bobiliyun ..brapo komisen tu
..dah lah tu kapal hinggo ari lom dapek ..ado yg dah sampai tapi kapal yg lobeh kocik tak samo dgn yg di boli ari tu. Tu lah utk jimat elok kito bontok sistem pertahanan yg guno sihir ..modal nyo hanyo parang kontot jo ..kahkahkah
BANI MELAYU KUREENG FAHAM
BANI MELAYU
KUREENG FAHAM
AMIN
KELANTAN KEDAH
DUA NEGERI
BAWAH PARTI ISLAM
YANG KURANG AIR
AMIN
BANI MELAYU
WAJIB SEDAR
AMIN
INI ADALAH
SUNNAH
KERANA DI SAUDI
PADANG PASIR
KERING KUNTANG
AMIN
UNTUK IKUT SUNAH
KEDAH KELANTAN
WAJIB JADI KERING
KALAU TAK KERING
MACAM MANA
NAK AMAL SUNNAH
TAYAMUM
ATAS PASIR
AMIN
KHALAS
KAH KAH KAH
DR WAN ZAWAWI
WAN ZAWAWI
( 1947 – 2022 )
Aku mula berkenalan dengan Dr Wan Zawawi bukan dengan sosok Wan Zawawi sendiri tetapi dengan isterinya Leslie O’Brien pada tahun 1975. Kami berjumpa di Bangkok. Aku datang dari Baghdad bersama delegasi NUIS – Natonal Union of Iraqi Students. Leslie datang dengan delegasi AUS (Australia Union of Student).
Aku sampai ke Bangkok untuk hadir ke Persidangan Dwi Tahunan ASA – Asian Students Association. Kesatuan Pelajar Asia ini awalnya dikepalai oleh PKPM – Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia dan beribu pejabat di Rumah Persatuan Universiti Malaya.
ASA diharamkan oleh kerajaan Malaysia sesudah Mei 13.
Ketika aku sampai ke Siam menghadiri persidangan ASA di Chiengmai waran telah dikeluarkan untuk menangkap aku.
Aku telah berjaya meloloskan diri dan tinggal sementara di Baghdad Iraq.
Di Bangkok Leslie menerangkan bahawa di Australia khususnya di Monash Universiti di Victoria ramai pelajar Malaysia. Malah pelajar Malaysia adalah yang paling aktif di Australia.
Leslie datang ke Bangkok bersama T.M.B Krishnan dari O.S.S – Overseas Students Service – anak syarikat AUS. T.M.B Krishnan yang juga siswa dari Malaysia akan cuba menjemput aku datang ke Australia.
Janji Krishnan dikotakan. Pada awal tahun 1976 ketika di Baghdad aku telah dijemput ke persidangan tahunan AUS di Monash University Melbourne Victoria Australia.
Aku menjadi tamu AUS dan diminta menyampaikan ucapan tentang perjuangan pelajar Malaysia di persidangan AUS tersebut.
Ini kali ke dua aku sampai ke Monash Australia. Kali pertama tahun 1974 untuk menghadiri ke Persidangan ASA di Melbourne. AUS menjadi tuan rumah.
Di Melbourne sekali lagi aku bertemu dengan Leslie .Kali ini Leslie datang dengan seorang lelaki Melayu. Leslie kemudian memperkenalkan lelaki Melayu ini sebagai Wan. Kemudian aku diberitahu bahawa Wan Zawawi adalah suaminya. Mereka berdua pelajar pasca ijazah di Universiti Monash di bidang sains sosial.
Universiti Monash tersohor di kalangan pelajar Malaysia. Malah ramai pelajar Melayu belajar dalam kampus ini.
Ketika aku singgah di Melbourne ( 1976 -1977) telah ada ‘kampung Melayu ‘ di pinggir Universiti Monash.
Pelajar Melayu ini kebanyakan ditaja oleh Commonwealth Scholarship. Universiti Monash terunggul dalam bidang ilmu kajian politik Asia Tenggara, terutama Indonesia dan juga keilmuan sosiologi antropologi dan sains sosial.
Profesor M.G. Swift (1930-1984) dengan yang terkenal dengan kajian Malay Peasant Society in Jelebu adalah Ketua Jabatan Sosiologi Antropologi Monash Universiti. Manakala Profesor Herbet Feith ( 1930-2001) adalah pakar dalam kajian politik Indonesia.
Dua sosok ini - Feith dan Swift - adalah diantara guru dan profesor yang mendidik Wan Zawawi.
Sesudah Persidangan Tahunan AUS aku mengambil peluang untuk terus tinggal di Australia. Aku tinggal di Melbourne yang jauhnya hanya 6 batu dari Monash.
Satu hujung minggu aku telah menjadi tamu Wan Zawawi dan Leslie. Mereka tinggal tidak jauh tidak jauh dari universiti.
Untuk makan malam Wan telah memasak. Sungguh enak makan malam itu bersama Fosters dan Air Anggur merah dari Selatan Australia. Sesudah makan Wan menghulurkan aku Gudang Garam. Rokok ini tidak asing lagi dengan aku. Sosok yang memperkenalkan aku dengan Gudang Gram ialah Tongkat Waran a.k.a Usman Awang.
Di ruang tamu Wan membuka satu majalah filem dari Indonesia. Lalu Wan bercerita tentang filem. Ketika ini aku hanya mendengar apa yang disurahkan kepada aku. Dalam majalah ini ada gambar W.D Mochtar ( 1928- 1997) dan Wim Umboh (1933-1996) . Dua-dua sosok ini pernah aku kenali.
Wim Umboh pengarah Matchan Kemayoran (1965 ) manakala W.D Mochtar pelakon utama. Filem ini menjadi filem pertama masuk ke Malaysia sesudah Konfrontasi tamat. Aku berpeluang menuntun filem ini pada tahun 1967.
Sesudah bersembang hal filem Wan bermain gitar. Jelas kepada aku bahawa anak kelahiran Terengganu ini bukan saja ilmuwan malah Wan juga tukang masak dan seniman.
Sang Isteri menjadi kurang selesa kerana bau asap rokok dan bunyi muzik. Lalu Wan mencadangkan kita keluar mencari kedai kopi untuk bercanda-canda.
Dengan kereta tangan keduanya Wan membawa aku ke wilayah St Kilda.
‘ Kita pergi ke cafe dimana The Seekers.... selalu bermain.. mengasah bakat ... sebelum mereka menjadi terkenal diseluruh dunia....’ Wan memberi penerangan tentang kedai kopi yang dituju.
Wan kemudian menerangkan bahawa kita boleh dapat minum kopi percuma. Bayaran : Wan hanya perlu memetik gitar dan menyanyikan sebuah lagu untuk menghibur para pelanggan.
Kedai kopi ini agak ‘trendy dan chic’ – ianya terkenal – kerana semua warga Australia tahu disinilah The Seekers mula-mula menyanyi dan mencuba bakat. Malam itu Wan Zawawi dari Terengganu mencuba bakat.
Hah ! Pelanggan agak ramai malam itu. Di atas pentas Wan memetik gitar dengan lagu Burung Kakak Tua. Aku menunggu di bawah. Lagu pertama mendapat sambutan. Penonton meminta lagu ke dua. Kali ini Wan menyampaikan Bengawan Solo. Dia mendapat tepukan hebat.
Aku pula merasa bangga dapat berkenalan dengan Wan Zawawi seorang seniman dan ilmuwan yang bukan kecil anak.
Tahun 1977 – di dewan RMIT ( Royal Melbourne Institute of Technology ) diadakan Konferensi Pelajar Malaysia. Aku ingat lagi pada malam penutup konferensi Wan Zawawi naik ke atas pentas memetik gitar berdendang. Di pentas yang sama yang sama aku telah membaca sajak Said Zahari.
Ketika ini banyak kesatuan pelajar di Australia dipengaruhi oleh politik kiri. Ada yang pro China dan ada yang Pro Russia. Justeru tempiasnya sampai juga telah gerakan pelajar Malaysia.
Wan Zawawi walau pun tidak terlibat dalam arus kiri persatuan pelajar di Australia tetapi dari segi analisis keilmuan – Wan Zawawi mengambil garis kiri memperjuangkan rakyat tertindas.
Awal tahun 1977 kawan aku zaman UM - Yunus Ali dari Hong Kong telah datang ke Australia. Kami tinggal di Rae Street Melbourne. Kadang kandang dihujung minggu kami mengadakan ‘ soiree’ minum-minum dan makan-makan. Aku selalu mengajak Wan Zawawi bersama.
Sambil minum dan sambil membakar satay Wan akan berdendang memetik gitar. Kadang-kadang lagu nostalgia tentang kampung halaman yang ditinggalkan. Tentang hidup berkelana di negeri orang.
Pernah satu soiree aku telah menjemput Wan datang ke Rae Street. Dia memberi tahu aku bahawa Shamsul Amri ada datang ke Monash Universiti. Aku memanjangkan jemputan kepada Shamsul Amri. Sosok ini memang aku kenal dari Universiti Malaya lagi.
‘ Shamsul tak berani datang..... dia takut nak bersosial dengan kau...’ Wan Zawawi menerangkan apabila hanya dia seorang yang datang.
Aku tidak akan melupakan soiree akhir aku di Rae Street. Aku menjemput kawan-kawan rapat datang. Malam akhir sebelum esok paginya aku dan Yunus Ali terbang keluar meninggalkan Australia.
Wan Zawawi adalah antara jemputan yang hadir.
Masa berjalan. Aku terus berkelana. Belasan tahun kemudian aku pulang ke Kuala Lumpur. Tiga hari selepas menjejakkan kaki ke bumi Malaysia aku ditahan di bawah ISA.
Dua minggu aku ditahan kemudian aku dibebaskan.
Bila aku keluar aku menumpang di Palms Court Brickfields di rumah Redha Ahmad yang bekerja sebagai guru di Universiti Malaya.
Dua hari satelah dibebaskan pintu flet kami diketuk. Muncul Wan Zawawi kawan lama aku yang aku kenali di Australia.
Malam itu Wan dengan kereta empat rodannya telah membawa aku bersiar siar melihat Kuala Lumpur yang telah 20 tahun aku tinggalkan. Malam itu aku tidak tahu di ceruk mana dibawanya aku mundar mandir hingga lewat malam.
Di Kuala Lumpur sekali sekala kami bertemu. Di forum, di pelancaran pameran seni – aku selalu bertemu dengan Wan Zawawi. Satu malam kami secara tak sengaja berjumpa di Talawi Bangsar - di kedai makan Nirvana. Wan baru sahaja pulang dari Finland. Dia menyampaikan kertas kajiannya di Universiti Helsinki.
Sebelum berpisah Wan telah menghulurkan kepada aku 100 dolar duit Amerika. Lebihan dari perbelanjaan dirinya di Helsinki.
Kini Wan Zawawi telah menjadi ilmuwan yang bertaraf antarabangsa. Berseminar disana sini. Dia sering menjadi profesor tamu di pelbagai Universiti. Kali akhir dia menjadi pensyarah di Berunai.
Ketika di Berunai Wan Zawawi telah mempelawa Dr Zarni ilmuwan dari Myanmar untuk mengajar sama di Berunai Universiti. Sosok ini adalah intelektual aktivis Asia Tenggara yang aku kenal.
Pada 7 November 2017 - sebelum virus dari Wuhan melanggar dunia Zarni telah melancarkan bukunya tentang Myanmar di kedai buku Pak Chong di Seksyen 12 Petaling Jaya. Kedai buku Gerak Budaya ini letaknya tidak jauh dari rumah Wan Zawawi. Pada malam pelancaran buku ini Wan Zawawi dijemput untuk hadir memberi ucapan.
Wan Zawawi gagal sampai. Dia kurang sihat. Dia menghantar anaknya untuk menyampaikan satu lagu di majlis pelancaran The Enemy of the State - buku Dr Zarni.
Pada pagi Rabu 18 Mei 2022 – aku menerima berita pesanan ringkas memberi tahu Dr Wan Zawawi telah meninggal dunia.
Aku berbangga sempat berkenalan dengan Dr Wan Zawawi seorang intelektual, seorang ilmuwan dan seniman. Dr Wan Zawawi adalah sosok intelektual pro-rakyat. Al-Fatihah. (TT)
TULISAN INI TELAH DISIARKAN
DALAM PORTAL BERITA MALAYSIAKINI
BAHASA MELAYU - PUDEKLAH
Persefahaman Malaysia-Indonesia bolehkan Bahasa Melayu jadi bahasa Asean, kata Rais
PERSEFAHAMAN antara Malaysia dan Indonesia adalah kunci penting bagi membolehkan Bahasa Melayu dapat diangkat sebagai bahasa Asean.
Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim berkata Wisma Putra perlu memainkan peranan dalam mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia dengan negara
PUDEEEEKLAH
LANCHOWLAH
PUKEE RAHAH
KHALAS
SEBELUM
BAHASA MELAYU
JADI
BAHAWA ASEAN
TUKAR DULU
PERKATAAN
PRECINCT
DI PUTAR JAYA
AMIN
KHALAS
KAH KAH KAH
JANGAN BAKAR RUMAH PM
TAK PERLU
BAKAR RUMAH
PERDANA MENTERI
KHALAS
Unknown commented on
"TAK PERLU BAKAR RUMAH"
tak perlu bakar asap akan mencemarkan udara. sekarang ini memang dah panas. rumah malaon sial anak razak ni patut dijadikan asrama anak sekolah atau kampus pengajian. segala harta duit ringgit yang dimiliki secara haram mesti dirampas balik semula ke perbendaharaan. untuk celaka sial najib dan suami dia ini dalam jel nanti bagi dia orang makan biscuit merry cicah kopi o ja. biar dia sedar ke diri tak tahu diuntung. lepas itu giliran si zahid jawa, nazri rotweeleerrr azzezzzzzz, si shahir samad, ahmad maselan, ku nan, kak ijat lembu jadi kondo, etc
Langgan:
Catatan (Atom)