Selasa, 28 Februari 2023

GERAKAN ANTI PERANG BERMULA



GERAKAN

ANTI PERANG

BERMULA

AMIN

KES NAJIB - SEBELUM AKHIR BULAN TIGA



Semakan Najib diputuskan sebelum akhir Mac, kata Mahkamah Persekutuan

MAHKAMAH Persekutuan menangguhkan sehingga bulan depan untuk memberikan keputusan terhadap permohonan Najib Razak bagi mendapatkan kebenaran menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel lima hakim berkata mahkamah akan memberikan keputusannya sebelum 31 Mac ini.

“Kami tidak dapat memberikan keputusan hari ini. Ia akan diputuskan kemudian.

“Semua pihak yang terlibat akan dimaklumkan,” katanya, pada penghujung perbicaraan semakan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.

Najib mahu Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan panel lain mahkamah yang sama pada Ogos 2022 yang menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman dalam kes melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB itu.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan kemudian disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan juga dikenakan denda RM210 juta selepas sabit kesalahan terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Permohonan untuk semakan semula ini juga didengar oleh panel lima hakim yang turut disertai tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Vernon Ong Kiat, Rhodzariah Bujang, dan Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais. – 28 Februari, 2023.

BULAN TIGA

KEPUTUSAN

DIBUAT

AMIN

MAKNANYA

ADA SEBULAN

UNTUK NAJIB

MERANCANG

JENG JENG JENG

SEBULAN BANYAK

HAL BOLEH

BERLAKU

JENG JENG JENG

KES ZAHID BILA

PULAK ?

JENG JENG JENG

ROSMAH BILA

NAK MASUK JIL

JENG JENG JENG

AMIN

RASUH BULANAN DARI TOWKAY LENDIR


Rasuah: 10 individu termasuk penjawat awam direman 5 hari

SEPULUH individu termasuk penjawat awam dan pemilik bot nelayan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima suapan sejak lebih lima tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar Siti Norhidayah Mohd Noor terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita yang berumur lingkungan 26 hingga 57 tahun itu selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lima daripada mereka ialah penjawat awam yang merupakan kakitangan Jabatan Perikanan (DOF), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Semalam, media melaporkan berpuluh kakitangan dan pegawai penguat kuasa dipercayai menerima suapan secara bulanan sejak lebih lima tahun lalu dengan kegiatan itu berjaya dikesan berikutan risikan SPRM terhadap tiga agensi kerajaan berkenaan.

Laporan itu menyebut kakitangan tiga agensi tersebut dipercayai menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ternakan ikan, dalam bentuk wang tunai.

Risikan telah dilakukan SPRM sejak beberapa bulan lalu terhadap semua agensi itu terutama di negeri utara tanah air iaitu di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis selain turut melibatkan Pulau Langkawi. – Bernama, 28 Februari, 2023.

INI HEBAT

TOWKAY LENDIR

BERI  RASUAH

OPPS... SILAP

ISTILAH HADI

BERI SEDEKAH

TIAP BULAN

AMIN

INI SEDEKAH DARI

TOWKAY LENDIR 

AMIN

ADA TOWKAY

LENDIR HIDUP

DI BUKIT BINTANG

AMIN

INI TOWKAY LENDIR

IKAN MATI

DAH BERLENDIR

KAH KAH KAH

MAIL BERA TAK TANDING KERUSI


Tidak bersara, Ismail Sabri terus aktif politik walau bukan lagi naib presiden


BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan beliau hendak bersara daripada politik, sebaliknya menegaskan akan terus aktif dalam dunia politik selaku Ahli Parlimen Bera, walaupun tidak lagi bergelar naib presiden Umno.

Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua Umno Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding, apabila dimaklumkan setiausaha Umno Bera dirinya merupakan calon tunggal untuk jawatan itu, selepas tiada pencalonan lain diterima apabila tempoh pencalonan ditutup pada 5 petang, 26 Februari.

“Saya masih ahli Parlimen Bera, jadi saya akan terus menjalankan tugas sebagai ketua bahagian… jadi tiada sebab untuk saya nak bersara. Saya tidak pernah kata hendak bersara, cuma saya beri bayangan yang saya tidak bertanding sebagai naib presiden,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Latih Amal Bera 2023 di Bera Waterfront hari ini, anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melibatkan latihan menyelamat semasa banjir, yang disertai 70 wakil agensi penyelamat dan ketua komuniti setempat sekitar daerah itu.

Walaupun difahamkan beliau menang tanpa bertanding, Ismail Sabri berkata beliau akan menunggu keputusan muktamad daripada Ibu Pejabat Umno, mengenai keputusan jawatan ketua Umno Bahagian Bera.

Mengulas jika beliau akan membuat kemunculan semula dalam apa-apa jawatan tertinggi parti pada masa depan atau terus mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ismail Sabri berkata ia akan ditentukan oleh masa.

“Lima tahun masa yang panjang. Saya sudah tua pada waktu itu… sudah 68 tahun. Pada sesetengah orang usia 68 masih muda dan ada orang berasa tua. Tengoklah…  (Untuk bertanding PRU), saya sudah melahirkan pemimpin muda di Bera.

“Kalau mereka tunjukkan prestasi dengan baik, saya tiada masalah untuk memberi laluan kepada mereka. Lima tahun tempoh yang panjang, apa-apa boleh terjadi… kita tunggu,” katanya. – Bernama, 28 Februari, 2023.

MAIL BERA

BUDAK BAIK

DALAM POLITIK

AMIN

DIA DAH JUMPA

NANCY PELLOSI

DARI AMERIKA

KAH KAH KAH

DIA TANYA NANCY

DAH LAMA SAMPAI

KAH KAH KAH

BUDI BAHASA

MELAYU 

KAH KAH KAH

TAPI POLITIK

MAIL SEMPUT

KAH KAH KAH

KENA BULI

OLEH ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

CINTA PERLU BAJA


CINTA PERLU

BAJA

KHALAS

Unknown commented on
 "ARAB KAWAN BAIK ZIONIS"

Pepatah kawan kepada musuh, musuh kepada kawan semua tak boleh pakai, apa boleh pakai sekarang? Apa untung kawan dengan awak? Apa untung tidur dengan awak? Ada bayaran? Ada kereta Audi? Ada rumah, ada kereta a kad kredit semua ini dunia modern, tak boleh nafi, tak boleh kata tidak lagi, kalau cakap cinta itu buta, itu skrip lama, cinta perlu baja, perlu wang perlu rumah 0erlu kereta perlu job, perlu parti perlu cuti perlu semua supaya kelangsungan ada, kalau satu kurang mungkin cinta patah sekerat jalan, kah kah kah tapi akan dengan anjing tidak begitu, cuma kasih sayang, cuma cinta sejati, jangan lupa bawa makan makan sambil berak berak akan jadi tekan setia anda kah kah kah

TURKI SOKONG RUSIA



TURKI 

SOKONG RUSIA

AMIN

ZAHID SELAMATKAN DIRI DULU



ZAHID SELAMATKAN

DIRI DULU

AMIN



Unknown commented on 
"ZAHID NAK SELAMATKAN DIRI"
Semua kena faham, sekarang zaman survivalnya saja, kalau kuat menang banyak tak payah kawan, kalau menang sikit survival kena cari partner survival semua faham, nak faham orang biasa biasa buang masa, cakap terus terang, nak selamat diri, nak selamat parti atas alasan diri senang, tapi Komidi berani lawan, lawan orang tua mahu bubar parti yang jadikan dia PM selama 22 tahun, parti yang orang tua rosakkan dahulu kah kah kah semuanya kehendak orang tua Malaysia kita kah kah kalau tak ikut kena lah, ramai yang bagus kena buang dulu kini selamanya, orang tua ini akan hidup 100 tahun lagiah kah kah umpama kata yang jahat hidup selama lamanya Amin kah kah kah

AUTA KEEELING SAMAN HARI SELASA



WOIT

BILA 

YB RAMASAMY

NAK SAMAN

DUA PORTAL BERITA

YANG BUAT FITNAH

JENG JENG JENG

DAH LEBIH SEMINGGU

TAKDA KHABAR BERITA

KAH KAH KAH

HARI INI SELASA

MACAM NAJIB

NAK SAMAN WSJ

PADA HARI SELASA

KAH KAH KAH

SAMPAI HARI INI

HANYA 

AUTA KEELING

KAH KAH KAH


Ramasamy mahu saman portal media didakwa salah lapor ...https://www.bharian.com.my › berita
·
Translate this page
16 Feb 2023 — Ramasamy mendakwa portal berita berkenaan melaporkan beliau sebagai meminta 'dominan orang Melayu dalam sektor awam perlu dipecahkan'. Katanya, ...
Missing: YB ‎| Must include: YB
You visited this page on 2/20/23.

Ramasamy Akan Saman 2 Portal Berita, 'Kenyataan Asal ...https://www.getaran.my › semasa › r...
·
Translate this page
16 Feb 2023 — KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy akan menyaman dua portal berita kerana didakwa mengelirukan kenyataan ...
Missing: YB ‎| Must include: YB






Ramasamy mahu saman portal media didakwa salah lapor ...https://www.bharian.com.my › berita
·
Translate this page
16 Feb 2023 — Ramasamy mendakwa portal berita berkenaan melaporkan beliau sebagai meminta 'dominan orang Melayu dalam sektor awam perlu dipecahkan'. Katanya, ...
Missing: YB ‎| Must include: YB
You visited this page on 2/20/23.

Ramasamy Akan Saman 2 Portal Berita, 'Kenyataan Asal ...https://www.getaran.my › semasa › r...
·
Translate this page
16 Feb 2023 — KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy akan menyaman dua portal berita kerana didakwa mengelirukan kenyataan ...
Missing: YB ‎| Must include: YB













Ramasamy mahu saman portal media didakwa salah lapor ...https://www.bharian.com.my › berita
·
Translate this page
16 Feb 2023 — Ramasamy mendakwa portal berita berkenaan melaporkan beliau sebagai meminta 'dominan orang Melayu dalam sektor awam perlu dipecahkan'. Katanya, ...
Missing: YB ‎| Must include: YB
You visited this page on 2/20/23.

Ramasamy Akan Saman 2 Portal Berita, 'Kenyataan Asal ...https://www.getaran.my › semasa › r...
·
Translate this page
16 Feb 2023 — KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy akan menyaman dua portal berita kerana didakwa mengelirukan kenyataan ...
Missing: YB ‎| Must include: YB

KOMANDER UKRAINE DIBUANG


INI TANDA

NAK KALAH

AMIN

TENGAH PERANG

KOMANDER

 TENTERA

DIBUANG

KAH KAH KAH

DALAM PERANG

MASIH SEMPAT

RASUAH MERASUAH

KAH KAH KAH

NAJIB MERANCANG


Rayuan Najib serba tidak menjadi selepas tukar peguam, mahkamah diberitahu


Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini diberitahu rayuan Najib Razak ke atas keputusan perbicaraan SRC International Sdn Bhd serba tidak menjadi selepas beliau menukar peguam mewakilinya tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) V Sithambaram merujuk kepada pertukaran peguam daripada  Shafee & Co kepada pasukan guaman baharu terdiri daripada Hisyam Teh Poh Teik dan Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

“Mengapa Najib yang diwakili Muhammad Shafee Abdullah dalam kes SRC International dari peringkat Mahkamah Tinggi pada 2018 dan hanya menukar peguam pada 2022 sebelum pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan, Ogos tahun lepas.

Jika tidak kerana pertukaran peguam ini, saya tidak fikir semakan ini akan dibawa ke mahkamah hari ini. Sementara tertuduh berhak memilih peguam, peguam perlu bersedia untuk bertindak dan sanggup melakukannya pada hari ditetapkan. Sebenarnya mereka tidak mahu untuk meneruskan kes ini, kerana itulah mereka mahukan penangguhan ini,” katanya.

Menyentuh kedudukan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam Maybank Bhd sebelum ini, pihak pendakwaan berkata ia bukanlah satu rahsia dan peranan Mohd Nazlan dalam bank itu adalah tidak relevan dengan kes Najib berkaitan SRC International.

“Ia sudah tentunya bukan suatu isu dalam semakan ini.” kata pihak pendakwaan. 

Sementara itu, Shafee berkata ia adalah kali pertama pertukaran peguam berlaku dalam kes Najib dan ia dilakukan dengan niat baik.

Beliau berkata, bahkan pertukaran peguam itu kerana mahkamah tempatan tidak membenarkan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw dari United Kingdom untuk diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela bagi  mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya.

“Justeru, tiada agenda untuk mengatur penangguhan.” kata peguam veteran itu.

Kedua-dua mereka berhujah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Najib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda.

Pendengaran bersambung 9 pagi esok.

WOIT

JANGAN SILAP

BACA

AMIN

PEGUAM DI BUANG

YG BARU DILANTIK

ZAID GANTI SHAFIE

AMIN

SEMUA INI

DIRANCANG

UNTUK

 LAMBATKAN KES

AMIN

LAMBAT AGAR

ADA PRU DAN

ZAHID JADI PM

AMIN

SEMUA KES 

MASUK BAKUL

KAH KAH KAH

SEKARANG HANYA

SATENGAH MASUK

BAKUL

AMIN

SILAP SILAP

ZAHID BEBAS

AMIN

NAJIB ROSMAH

JADI KORBAN

KAH KAH KAH

KHALAS

MUHYIDIN AKAN DI DAKWA ?


Adam Radlan didakwa lagi kes rasuah JanaWibawa

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Adam Radlan, 42, yang juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi.

“Faham pertuduhan dan mohon dibicarakan,” kata tertuduh yang bersut biru.

Mengikut pertuduhan, Adam Radlan didakwa secara rasuah meminta suapan wang berjumlah RM2 juta daripada Lian Tian Chuan sebagai upah untuk tertuduh kerana membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM141 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Publika, Damansara sekitar Januari 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


WOIT

APAKAH LEPAS

INI MUHYIDIN 

AKAN DI DAKWA

JENG JENG JENG

LEPAS ITU DAKWA

PULA HADI

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK

DENGAR TEORI

SEDEKAH DARI

AL-KAWAHLI

KHALAS

KES NAJIB INI BUKTI JELAS



Skandal 1MDB: IPIC, Aabar PJS setuju bayar AS$1.8 bilion


INTERNATIONAL Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) setuju untuk membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), umum Kementerian Kewangan hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan penyelesaian tersebut dicapai dalam prosiding undang-undang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

“Dengan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan faedah ekonomi kedua-dua negara pada masa hadapan,” katanya.

Dua firma pelaburan Abu Dhabi itu sebelum ini didakwa bersubahat dengan penipuan 1MDB.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mencabar penyelesaian timbang tara pada 2017 antara kedua-dua pihak di United Kingdom, mendakwa penyelesaian yang dicapai tidak sah ketika perjanjian ditandatangani, memandangkan IPIC dan Aabar Investments tahu mengenai dakwaan penipuan terhadap perdana menteri ketika itu Najib Razak.

IPIC menjamin dua bon denominasi dolar berasingan untuk 1MDB pada 2012 dalam urus niaga yang diatur Goldman Sachs Group Inc, yang mengumpul AS$3.5 bilion.– 27 Februari 2023. 

WOIT

NAJIB KLIM

TAK BERSALAH

KAH KAH KAH

TAPI SEMUA

SYARIKAT INI

SUDAH

 NGAKU SALAH

AMIN

BUKTI JELAS

MEREKA AKAN

PULANKAN DUIT

YANG DI CURI

AMIN

KALAU NAJIB

DIDAPATI TAK 

BERSALAH NAMPAK

ADA DEAL 

ADA RUNDINGAN

BERJALAN DIBAWAH

TANAH

KHALAS

ARAB KAWAN BAIK ZIONIS


SAUDI TURKI

MOROKO MESIR

UAE SEMUA KAWAN

BAIK ZIONIS

KAH KAH KAH

AMIN