Khamis, 25 Mei 2023
TUNJANG PARTI POLITIK MELAYU
PERLUNYA
SATU TUNJANG
PARTI POLITIK
MELAYU
AMIN
Tanpa tunjang parti melayu pentadbiran kerajaan tidak akan stabil
SEBUAH parti melayu diperlukan sebagai teras kepada garis dasar negara untuk memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan.
Majoriti penduduk di negara ini terdiri daripada orang melayu di mana statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada Julai 2022 menunjukkan orang Melayu berjumlah 57.7%, Cina 22.8%, Bumiputera 12.2% sementara India 6.6%.
Aktivis politik dan penulis Hishamuddin Rais berpendapat tanpa tunjang parti melayu dalam gabungan kerajaan di Malaysia, sebuah pentadbiran itu akan terumbang-ambing.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berpandangan, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bakal menjadi petunjuk jelas sama ada Umno benar-benar kehilangan sokongan orang melayu atau ianya hanyalah bersifat sementara. – 25 Mei, 2023.
BINCANG TERTUTUP
Hal kalimah Allah harus dibincang secara tertutup, kata PM
SOAL penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dibincang secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tindakan kerajaan menarik balik semula rayuan terhadap penggunaan kalimah “Allah” dibuat selepas perkara itu dirujuk kepada pandangan mufti-mufti serta titah Raja-Raja Melayu.
Katanya hal berkenaan sudah beberapa kali dijelaskan termasuk ketika di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah Allah yang dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.
“Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan.
(Kalimah Allah) boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, (perbahasan mengenainya) tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita (kerajaan) masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam hari ini.– Bernama, 25 Mei, 2023.
LANGKAH BAIK
KERANA ISU INI
MEMBAKAR
SENTIMEN JIKA
TERUS DIGORENG
AMIN
TERTUTUP INI
MACAM MANA?
AMIN
PARLIMEN
TERTUTUP ?
MAHKAMAH
TERTUTUP ?
MEDIA MENUTUP?
AMIN
RETARD DALAM
YOUTUBE
MACAM MANA ?
AMIN
KENA TANGKAP
KE ?
AMIN
HANTU RAYA
DAH KELUAR
DARI BOTOL
AMIN
KHALAS
PASAL APA POLITIK TAK STABIL ?
Politik tidak stabil antara faktor prestasi buruk di Sukan SEA, kata menteri
KETIDAKSTABILAN politik dalam tempoh empat tahun antara punca prestasi buruk Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah berkata sepanjang empat tahun itu tiga menteri belia dan sukan silih berganti di bawah pentadbiran tiga perdana menteri berbeza.
“Dalam empat tahun tiga menteri bertukar, dan setiap kali kita bertukar (menteri) ada pertukaran ahli lembaga pengarah, bajet dan fokus.
“Setiap kali kita ada perubahan seperti ini, apabila ada elaun tertangguh dan gaji jurulatih tertangguh kerana tiada bajet, ini memberi kesan kepada latihan mereka (atlet) kerana ada yang perlu ke luar negara.
“Saya ada berbincang dengan atlet dan persatuan, mereka nyatakan dalam tempoh empat tahun ini sementara kita sibuk di sini berpolitik dan negara-negara jiran kita telah maju ke depan.
“Saya boleh sahaja beri beban untuk menjawab kepada Persatuan Sukan Kebangsaan tetapi saya percaya adalah tidak bertanggungjawab jika saya tidak menyebut bahawa keadaan politik di Malaysia juga salah satu faktor yang memainkan peranan,” kata Yeoh yang juga ahli Parlimen Segambut pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang meminta menteri itu menjelaskan kenyataannya bahawa ketidakstabilan politik punca pencapaian buruk atlet negara di Sukan SEA Kemboja 2023.
Malaysia menutup tirai temasya Sukan SEA 2023 yang diadakan di Phnom Penh dengan membawa pulang 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa.
Kontinjen negara berada di tangga ketujuh, dan gagal mencapai sasaran 40 emas. – 25 Mei 2023.
BETUL KE
KITA COROT
KERANA POLITIK
TAK STABIL ?
AMIN
SEKARANG PUN
POLITIK TAK STABIL
PMX DIKACAU
NAK DITUMBANG
AMIN
SOALANNYA
KENAPA POLITIK
TAK STABIL
AMIN
INI PUNCANYA
MAKA KITA CARI
SEBAB MUSABAB
KENAPA
TAK STABIL
AMIN
TAHUN DEPAN
COROT LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
KEMARAHAN MELAYU
KEMARAHAN
MELAYU
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"HANYA ROKOK DISERANG
- RACUN LAIN ?"
Barua VS Barua sudah melibatkan anak cucu ... Haah tepokkkk ramai ramai.... Tak dapat Apak anak pun jadi lahh.. kikikiki
Lingkup kan semua barua barua DAP@ LeeKwanYew PRN Jun 2023 kali ini
Mahathir saman Anwar, Anwar gigit anak Mahathir... Barua barua DAP@LeeKwanYew gaduh dah mola libat kan anak anak pulak... Yeehaaa..!!!
Haah barua barua sekelian ... haah gaduh jangantak gaduh..!! kah kah kah
Haaaaah tepokkkk .. Tun Daim Dan anak Mahathir mungkin ditahan Dan di soal siasat SPRM..!!
Barua versus barua is begin now....!!
Yang pelik nya sekor babi pun tak terlibat. Asal babi lepas... Asal babi jer lepas ..!!
INI LAH Bahana bila 22 tahun 22 Bulan kau bela babi babi sebagai kroni.. babi terlepas si barua anak beranak kena tuduh rasuah. Padan lah muko kau anak beranak ..!!!
Ini baru padan muko kau bila babi kau jadi kan kroni untuk anak cucu... Padan muko dan Fucckkkk you all..!!
Navin Tan kroni kau taikun mata sepet Vincent Tan lepas tanam berkilo pokok ganja anak kau soalsiasat SPRM...
Anak Cino bunuh basikal lajak lepas, tukar anak Cino berjubo dalam kereta pun lepas .Asal babi lepas..!Asal babi je suma lepas.!!
Padan muko kau sial bela lagi la kroni Kartel mata sepet bertuankan Lee Kwan Yew yg melingkupkan balik anak cucu kau..!!
Haah Jommm tepokkk Battle of Barua is Begin Now...!!
Saya ulangggg..!!! Padan muko kau hanatt
Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti.
Celaka lah kau barua barua sekelian..!! Serve your own fucking right ...!! Fucckkkk You...!!
Asal babi lepas...asal babi aje lepas...!! Fucckkk
TERUSKAN BERUSAHA
TERUSKAN
BERUSAHA
AMIN
Unknown commented on
"KERJA DENGAN TOWKAY CHINA"
Amier The Hero komen pasal kerja dgn towkay china. Sy kata kalu kita tak berjaya jgn salahkan orang lain. Yg sebenarnya salah itu ada pada diri kita sendiri. Ada satu bangsa makhluk Allah yg berusaha belajar sungguh2 dpt keputusan cemerlang tp tak dpt masuk universiti awam krn tempat terhad. Dia mohon tempat universiti luar negara berjaya dgn keputusan peperiksaan cemerlang. Ada pulak yg meniaga tp tak boleh dpt kontrak kerajaan sbb quota tp dia berusaha dapatkan kontrak bukan kerajaan dan berjaya. Ada yg cuba dapatkan kerja disektor awam tp tak berjaya dia gi kerja ngan sektor swasta masih juga berjaya.
Golongan ini terus berusaha kesemuanya berjaya dlm bidang masing2. Mrk gunakan masa terluang utk berkerja tidak buang masa mengadu kesukaran yg dihadapi. Satu prinsip yg mrk pegang jgn salahkan org lain kalu tak berjaya. Mungkin kita akan berjaya kalu kita sanggup terima prinsip mrk yg terbukti berkesan. Amier masih boleh jd hero kalu mahu belajar cara mrk.
PELANGI DILIHAT DI TEMPAT RAHSIA
PELANGI
DI TEMPAT RAHSIA
AMIN
JAP TADI HUJAN PANAS TURUN
TERTIBA PELANGI MUNCUL
TAPI TAK LEH BERI TAHU
DIMANA
KALAU BERI TAHU NANTI
KDN AKAN HANTAR POLIS
UNTUK PADAMKAN PELANGI INI
KAH KAH KAH
AMIN
DUNIA INI MEMANG INDAH
Anjing paling berpengaruh di media sosial, jana jutaan ringgit
SEEKOR anjing yang dikenali dengan nama Tucker Budzyn dikatakan menjadi haiwan paling berpengaruh di media sosial sehingga diangkat sebagai influencer (pempengaruh).
Menerusi kajian yang dijalankan oleh syarikat Printed Pet Memories, anjing tersebut didakwa menerima pendapatan sehingga RM4.5 juta setahun hasil menjadi influencer di media sosial.
Tucker dikatakan mula menerima bayaran dalam setiap hantaran yang dibuat sejak berusia dua tahun. Anjing milik Courtney Budzyn tersebut kini berusia lima tahun.
“Tucker menerima bayaran daripada RM181,000 sehingga RM272,000 untuk 30 minit penampilan di YouTube manakala RM100,000 untuk tiga hingga lapan hantaran di Instagram,” dakwa Courtney seperti dilaporkan The New York Post.
Courtney pertama kali menampilkan anjingnya sebagai ‘bintang’ saat Tucker berusia lapan minggu selepas dilahirkan pada Jun 2018.
Tucker dilihat melakukan pelbagai aktiviti termasuk memakai kasut, bermain serta memastikan pemiliknya berpura pura mati.
Anjing dari jenis golden retriever itu kini memiliki 25 juta pengikut di semua media sosial dengan 11.1 juta di TikTok, 5.1 juta di YouTube, 4.3 juta di Facebook, 3.4 juta di Instagram dan 62,400 di Twitter.
Courtney dan suaminya, Mike telah berhenti dari kerja untuk menjaga Tucker dan anaknya, Todd secara sepenuh masa. - Awani
DUNIA KITA INI
MEMANG INDAH
AMIN
KALIMAH ALLAH DAN YANG LAIN
KALIMAH ALLAH
DAN
YANG LAIN
Saya perhatikan isu kalimah Allah ini kembali hangat. Di akhir musim Raya tahun 2023 ini nama Allah menjadi induk berita dan labun nasional.
Pelbagai surah kita baca. Pelbagai pandangan kita dengar. Segala macam celoteh kita lihat tentang nama Allah di YouTube. Semuanya cuba memberi pencerahan tentang nama Allah.
Hakikatnya perdebatan tentang nama Allah ini sedang membakar sentimen. Sekali pandang isu kalimah Allah ini dilihat sebagai isu agama. Tidak dapat dinafikan bahawa isu agama, kaum dan bangsa ini amat senang untuk menaikan sentimen.
Perasaan ini boleh disifatkan seperti jerami padi kering mudah terbakar dengan isu agama dan kaum. Justeru isu nama Allah ini sedang membakar sentimen Bani Melayu di Malaysia.
Seyogia saya beri tahu bahawa yang wajib diberi pencerahan disini adalah Bani Melayu di Malaysia. Kata induk dalam tulisan ini ialah Bani Melayu. Justeru bila membaca tulisan ini Bani Melayu wajib menjadi rujukan.
Bani Melayu yang saya maksudkan ini hanya Bani Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Bani Melayu di Sabah dan Sarawak tidak terculik oleh polemik nama Allah ini.
Saya memusatkan pandangan saya hanya kepada kepada Bani Melayu di Semenanjung. Ini kerana tunjang teori tulisan saya ini merujuk kepada Bani Melayu Semenanjung. Tunjang tulisan saya ini berasakan teori Yang Lain atau The Other.
Mengikut pandangan ahli falsafah dan pejuang wanita Perancis Simone de Beauvoir (1908-1986) : ‘ Yang Lain itu adakah asas cara pemikiran umat manusia’.
Bila saja kita berfikir tentang sesuatu kita akan memikirkan tentang Yang Lain. Memikirkan Yang Lain itu perkara biasa yang lumrah. Memikirkan yang lain boleh membawa padah dan menjadi sebab musabab.
Yang Lain itu tidak kita sebut. Yang Lain tidak kita rujuk. Contohnya : Ahmad memegang bunga pada tangan kirinya. Ayat ini kita fahami bahawa Ahmad juga memiliki tangan kanan yang tidak memegang bunga. Tangan kanan Ahmad tidak kita sebut inilah Yang Lain.
Yang Lain ini juga memasak identiti diri kita sendiri. Kita mengenali diri kita kerana kita bukan Yang Lain. Dengan mengenal Yang Lain kita dapat mengenal diri kita. Kita mengenal diri kita dengan membezakan diri kita dengan Yang Lain.
Apa sangkut paut Yang Lain dengan Allah dan Bani Melayu Semenanjung ?
Tulisan ini hanya merujuk kepada Bani Melayu Semenanjung kerana hanya Bani Melayu Semenanjung yang merasa di ganggu gugat, merasa akidah mereka tercabar dan merasakan ada ancaman apabila nama Allah digunakan oleh yang bukan Islam.
Melayu Semenanjung dari pelbagai jalur – dari pemimpin parti politik, dari NGO dan dari sosok bersendirian telah bersuara. Kesemua menyanggah tindakan Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Dalam Negeri yang telah membatal kes rayuan kalimah Allah di Mahkamah Tinggi.
Tulisan saya ini tidak memaparkan fakta kes. Untuk saya ada yang lebih penting untuk difahami. Perkara yang mahu saya munculkan pada hemat saya amat penting dalam memahami isu kalimah Allah dari memahami keterperincian kes.
Untuk saya persoalan yang amat penting ini ialah kenapa Bani Melayu Semenanjung merasa tercabar apabila ada orang bukan beragama Islam memakai nama Allah.
Bani Melayu Semenanjung klim akidah mereka menjadi goyang dan longgar apabila ada orang bukan Islam menyebut nama Allah.
Ada Bani Melayu Semenanjung merasa satu penghinaan pada agama mereka jika Allah di sebut oleh sosok yang bukan Islam
Banyak persoalan timbul. Apakah Bani Melayu Semenanjung begitu rapuh keyakinan agama mereka ? Apabila ada orang bukan Islam menyebut nama Allah mereka hilang akal. Akidah luncur. Mereka tertiba teringin nak jadi Hindu, Buddha atau Kristian ?
Bagaimana sebutan kalimah Allah boleh menjadi satu penghinaan bila yang menyebut kalimah ini sosok bukan Islam. Apakah ianya menjadi hina kerana bunyi idgham dan ngauman sebutan Allah itu tidak tepat.
Apakah begitu ampuh sekali senjata – kalimah Allah – yang di lafaz oleh bukan Islam sehingga mengancam akidah Bani Melayu Semenanjung.
Pada hemat saya akidah dan keyakinan agama Bani Melayu Semenanjung kukuh. Saya juga yakin bahawa pegangan agama Bani Melayu Semenanjung tidak akan luntur kerana kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam. Amin.
Jadi apa yang berlaku sekarang ? Apa yang terheboh dan terbising dengan kalimah Allah.
Jawabnya : Yang Lain – The Other.
Yang Lain menjadi sebab musabab Bani Melayu Semenanjung naik syeikh bila kalimah Allah diguna pakai oleh yang bukan Islam.
Di Malaysia Yang Lain ialah China dan India. Dua kumpulan pendatang ini di anggap Yang Lain. Dalam psikik Bani Melayu dua kumpulan pendatang ini adalah Yang Lain.
Bani Melayu Semenanjung tidak suka Yang Lain – baca China dan India – melafazkan nama Allah. Jika China dan India boleh menggunakan nama Allah maka tidak ada lagi perbezaan antara China , Melayu dan India.
Seperti kata Menteri Dalam Negeri kalimah Allah ini bukan hal teologi. Saya juga menganggap isu kalimah Allah ini bukan puncanya dari sudut teologi.
Isu kalimah Allah ini ialah kebencian terhadap Yang Lain – baca China dan India. Hujah teologi hanyalah gula yang disira untuk menyedapkan hujah agar ianya dilihat suci , molek dan Islamik.
Saya berhujah sedemikian kerana Bani Melayu di Medan, di Bali, di Jakarta tidak tercabar akidah mereka apabila suku sakat sanak saudara mereka yang beragama Kristian melafaz nama Allah. Walhal mereka adalah penganut Islam yang terbesar dalam dunia.
Tidak pernah kita terbaca isu kalimah Allah ini menjadi perbalahan diantara Melayu Islam Jakarta dengan Melayu Kristian Mendiling di Medan.
Saya menganggap kekuatan akidah Bani Melayu Semenanjung adalah sama kukuhnya dengan akidah yang keyakinan Bani Melayu Islam di Jawa, di Medan atau di Danau Toba.
Bani Melayu di Kalimantan ( Sabah dan Sarawak ) langsung tidak terculik dalam hal ini. Kendati pun yang menimbulkan isu kalimah Allah ini berpunca dari Bani Melayu Kristian Malanau.
Rumusannya saya tidak melihat isu kalimah Allah Bani Melayu Semenanjung ini dengan sira teologi. Pandangan saya berdasarkan hakikat yang sedia wujud di hadapan mata kepala kita sendiri. Pendapat saya ini berasaskan ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan adalah hasil pembelajaran umat manusia yang muncul dari pengalaman. Justeru pengalaman diri saya sendiri mendidik saya untuk menggarap tulisan ini.
Saya ada pengalaman tinggal di Iraq dan di Lebanon. Negara-negara ini menggunakan bahasa Arab – bahasa Al-Quran. Saya di Lebanon ketika permulaan Perang Saudara Lebanon (1975-1990).
Perang saudara ini berpunca dari ekonomi dan politik. Arab Islam Lebanon merasa terpinggir. Mereka bangun melawan kerajaan yang mereka lihat di kuasai oleh Arab Kristian Lebanon. Tapi dalam tulisan ini bukan hal ini yang hendak saya huraikan.
Perkara yang hendak saya huraikan ialah kalimah Allah. Dua kelompok yang sedang berperang ialah Arab Islam melawan Arab Kristian.
Di dinding dan tembok bangunan saya melihat banyak graffiti cakaran menggunakan nama Allah. Pada awalnya saya menyangka ini hanyalah graffiti Allah Akbar datang dari puak Arab Islam.
Saya bertanyakan perkara yang berlaku di hadapan mata dengan anak-anak muda Palestin yang sedang bergerila.
Saya salah. Dari pencerahan yang saya terima terbukti saya memiliki pandangan katak di bawah tempurung. Pandangan anak muda Bani Melayu tahun 1975.
Hakikatnya graffiti nama Allah itu datangnya dari Arab Islam dan dari Arab Kristian. Graffiti nama Allah itu bukan nama tuhan Islam atau tuhan Kristian – Allah nama tuhan Arab.
Saya juga menerima hakikat bahawa penerangan anak muda Palestin ini pasti betul kerana Al-Quran itu di tulis dalam bahasa Arab – bahasa Ibunda mereka. Ini sama seperti saya memahami Sejarah Melayu yang ditulis dalam Bahasa Melayu bahasa ibunda saya. Amin.
Semua ini meyakinkan saya bahawa isu kalimah Allah yang berlaku sekarang ini puncanya ialah Yang Lain. Teori dan hujah Yang Lain ini pula dipasak oleh politik dan kuasa.
Hujah politik dan kuasa ini terbukti dengan kutipan kenyataan Hadi Awang pemimpin Parti Islam Pas.
Ini petikan berita Hadi Awang pada 30/12/2013 yang di lapor oleh MalaysiaKini :
Semasa berceramah di Sungai Limau, Presiden PAS Abdul Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Islam tidak boleh menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah sesama mereka - tetapi kalimah itu digunakan di depan orang Islam, itu dianggap salah.
Kemudian MalaysiaKini melaporkan perkara yang sama sekali lagi pada 12/3/2021:
‘ Sesiapapun tidak harus dilarang daripada menggunakan perkataan Allah, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, sama ada seseorang itu Muslim, penganut agama lain - termasuk yang melantik banyak Tuhan, tidak beragama, atau ateis yang tidak percaya akan adanya Tuhan - tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah dalam bentuk ucapan atau tulisan.’
Ini kata-kata Hadi Awang ketika dia berceramah pada tahun 2013 sebelum berkuasa dan berceramah pada tahun 2021 sesudah berkuasa.
Ketika berkuasa Hadi menjawat tugas sebagai Duta Besar ke Timur Tengah. Ucapan tentang kalimah Allah amat lunak didengar. Malah ateis pun boleh menggunakan kalimah Allah.
Ini namanya berpolitik untuk mendapat kuasa.
Ada lagi sebab musabab yang menimbulkan kontroversi kalimah Allah. Isu ini tidak dapat dipisahkan dengan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Mereka yang menimbulkan isu kalimah Allah ini tidak menyokong kerajaan campuran Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional. Malah mereka mahu menumbangkan kerajaan ini.
Kalimah Allah ini dijadikan peluru suci lagi Islamik untuk mengolah persetujuan agar semua Bani Melayu Semenanjung akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Parti Bersatu atau Parti Pas.
Dalam kempen politik menolak PKR ini sekali lagi Yang Lain telah digunakan. Kempen politik ini tidak menamakan Yang Lain itu sebagai China atau India. Ini untuk dilihat tidak rasis. Justeru berlapik dengan nama DAP.
Yang Lain itu ialah China. Yang Lain itu ialah DAP. Parti DAP ini dituduh menyimpan niat jahat untuk mengkristiankan Bani Melayu Semenanjung.
Malah dipropagandakan bagaimana PKR ini telah menjadi kuda tunggang DAP. Justeru sebagai bukti menarik balik rayuan kalimah Allah dari Mahkamah Tinggi adalah atas permintaan DAP.
Untuk mengolah persetujuan Bani Melayu Semenanjung di propaganda kan projek jahat DAP mengkristiankan Bani Melayu Semenanjung bermula dengan menggunakan kalimah Allah.
Justeru amat jelas dapat dilihat di belakang semua ini adalah politik perebutan kuasa untuk menangguk punca ekonomi. Nama Allah ini dimasukkan untuk mengsuci dan mengislamkan perebutan kuasa dan ekonomi dengan Yang Lain. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MAALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/444246
HANYA ROKOK DISERANG - RACUN LAIN ?
CAP desak kerajaan bentang GEG, RUU kawalan produk merokok
GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengotakan janji membentangkan serta meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat (GEG).
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, ketiadaan undang-undang yang jelas dan komprehensif bagi mengawal selia pengiklanan, promosi, penjualan dan penggunaan produk itu mendedahkan risiko yang serius kepada kesihatan awam, terutama golongan remaja serta kanak-kanak.
Jelas beliau, ia juga bagi mengatasi isu ketiadaan kawalan undang-undang terhadap produk rokok elektronik atau vape selepas pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952 pada 1 April lalu.
“CAP mengingatkan kerajaan mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang Dewan Rakyat pada April lalu yang mahu membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG pada sidang Parlimen Mei ini.
“Ini kerana penggunaan produk rokok elektronik atau vape dengan pelbagai perisa yang menarik dan taktik pemasaran kotor oleh pemain industri, menarik minat generasi muda bagi mencuba dan menggunakan rokok elektronik atau vape.
“Ia membawa kepada risiko ketagihan dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mohideen berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah berulang kali menyatakan pendirian bagi membentangkan RUU bersama peruntukan GEG menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan.
Jelas beliau, dengan meluluskan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG, Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat dapat membuktikan komitmen mereka yang teguh dalam melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia, terutama golongan belia.
“RUU Kawalan Produk Merokok tidak seharusnya dijadikan isu politik dan masalah merokok adalah isu kesihatan perlu dipandang serius semua Ahli Parlimen yang bertanggungjawab bagi melindungi masyarakat daripada ancaman bahaya produk merokok.
“Justeru, kami dengan tegas mendesak kerajaan supaya mengutamakan kesihatan awam dengan memenuhi janji yang sudah diberi kepada rakyat dan membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG dengan segera tanpa berlengah lagi,” kata Mohideen. –
TAK ABIS ABIS
SERANG ROKOK
AMIN
BETUL ROKOK
BAWA MUDARAT
AMIN
YANG LAIN
MEK DONAL
KENTUKI
PEPSI KOKAKOLA
SEMUA ROSAK
KESEHATAN
AMIN
KENAPA TAK DA
SUARA SERANG
RACUN RACUN INI
AMIN
KENAPA TAK
GUNA AKTA RACUN
LARANG MINUMAN
BERGAS DLM TIN
AMIN
TANYA DOKTOR
KALAU TAK CAYA
BAHAYA MAKANAN
SEMUA INI
AMIN
KHALAS
TANDA AWAL MALAPETAKA IKLIM
Jualan kipas, penyaman udara naik 3 kali ganda susulan cuaca panas
JUALAN kipas, penyaman udara dan peralatan penyejuk rumah lain meningkat tiga kali ganda berikutan cuaca panas luar biasa, kata peniaga peralatan elektrik.
“Mana-mana perkakas yang menghasilkan udara sejuk mendapat permintaan,” kata presiden Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia (FOMEDA) Ng Chye Weng kepada The Malaysian Insight.
Beliau berkata peningkatan dalam jualan bermula hanya minggu lepas.
Sebahagian kawasan di negara ini mengalami gelombang haba.
Ng berkata perniagaan agak meningkat dengan luar biasa kerana ramai orang tidak dapat menahan cuaca panas.
Peningkatan jualan bagaimanapun, membawa sedikit masalah.
“Tiada juruteknik yang mencukupi untuk memasang penghawa dingin dan senarai menunggu adalah panjang,” kata Ng.
Beliau berkata pelanggan kini perlu membuat temujanji untuk memasang unit mereka. Dan tempoh menunggu katanya, boleh jadi dua minggu.
“Pembeli menyangka penyaman udara yang dibeli boleh dipasang pada keesokan harinya. Apabila diberitahu mereka perlu menunggu sehingga dua minggu untuk memasangnya, mereka pasti kecewa.”
Ng berkata mereka yang tidak sabar menunggu dua minggu memilih penyaman udara mudah alih.
Memandangkan musim panas semasa dijangka berlarutan sehingga September, peniaga tidak menang tangan kerana mereka memesan lebih banyak stok untuk memenuhi permintaan.
Ng berkata itu adalah berita baik dan buruk, bergantung pada peniaga.
“Stok model dan jenama popular semakin habis dengan cepat dan pengedar peralatan import mungkin tidak melihat stok baharu mereka tiba tepat pada masanya.
“Itu memberi peluang kepada peniaga jenama tempatan. Mereka mengambil peluang itu.”
“Dalam erti kata lain, tidak akan ada kesan ke atas bekalan kerana terdapat jenama lain untuk dipilih,” kata Ng.– 25 Mei, 2023.
INI TANDA
TANDA AWAL
MALAPETAKA
IKLIM SAMPAI
AMIN
INI BARU MULA
INI ANAK KECIK
MAK DAN BAPAK
BELUM MARI
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)