KESAH FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority yang diasaskan oleh Almarhum Memanda Tun Razak mempunyai sejarah yang menarik.FLDA adalah brainchild Tun Razak dan beliau amat prihatin akan perjalanan dan arah tuju nya.
.FLDA di jaga dengan rapi dan jika FLDA itu dikatakan anak emas Tun Razak ,tak ada sesiapa yang akan pertikaikan.FLDA menjadi kebangaannya..dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh.
Kasih sayang Tun Razak terhadap FLDA dicerminkan dengan pelantikan sahabat serta mentornya Tan Sri Taib Andak sebagai Pengerusi.Beliau juga merupakan matchmaker Tun Razak dan Tun Rahah. Penjawat Awam tanpa tanding dari Johore Civil Service dan kemudian Malayan Civil Service dan personality yang utuh. Lain lain pegawai MCS yang amat dipercayai oleh Tun Razak seperti Raja Alias Muhammad ditarik masuk kedalam FLDA.
Namun pegawai2 tinggi tersebut yang cekap serta berhemah kadang kala tidak berupaya menangani Peneroka 2 Perintis FLDA tanpa penglibatan Bomoh FLDA dari Lambor Kiri ,Perak.Mungkin generasi sekarang termasuk generasi ke tiga atau ke empat FELDA tidak pernah mendengar siapakah Bomoh FLDA.Apatah lagi Kabinet sekarang?
Dato'' Yeob Mahidin bin Dato' Mohamed Shariff digelar oleh Tan Sri Taib Andak sebagai Bomoh apabila berlaku kachau bilau melibatkan peneroka...Keadaan di Sekim FLDA awalannya benar2 tempat jin bertendang.Peneroka2 pula sudah tentu lah datang dari golongan yang tak berada atau bertanah halaman dari kampong masing masing. Kalau tidak masakan mahu jadi peneroka yang hanya diberi elaun 69 ringgit sebulan.Dengan lain perkataan perintis Peneroka FLDA adalah insan insan yang GEDEBE.
Pak Yeob pula merupakan Pengarah Pertama Rejimen Askar Wataniah,War Hero,Force 136,Penjawat Awam dan bertitihan Hulubalang bagi Kesultanan Perak(tak dapat dipanjang lebar terlalu panjang).Memadai dengan penglibatannya di FLDA dari 1963 Sebagai Pegawai Hal Ehwal FLDA).Beliau juga dimasukan ke dalam FLDA atas sikap keprhatinan Tun Razak terhadap FLDA.
Pak Yeob lah bergegas turun padang bila masalah peneroka timbul...mogok.hostage taking.bakar rumah dan apa saja yang pegawai 2 MCS atau PTD tak leh tangani Tok Bomoh selesaikan.Tok Bomoh disegani oleh peneroka mahu pun Pengurusan.Selain dari mempunyai kepribadian yang tinggi beliau tidak mempunyai apa apa kepentingan .Raja Manusia katakan.
Awalan ke Akhiran.Generasi lama telah berlalu.Dato" Zakaria Arshad pewaris peneroka.FELDA pun disanjungi warga2 FELDA umumnya.Rakyat secara am menyebelahinya dan kagum sifat GEDEBE bertempat yang di pamerkan.
Lagi pun apalah sangat keisimewaan Bomoh Kelabit dan keupayaannya nak ubati FELDA .Dato'' Zakaria dari FELDA Palong dan bukannya Polong.Yang patut di botolkan ada lah Toyol..Kalu Bomoh Kelabit tak tahu Toyol tu aa...Toyol tu macam budak kecik.
Memanda Tun Razak pakai Bomoh Lambor Kiri jaga warga FLDA.Orang nya tersohor pejuang bangsa.An Officer and a Gentleman...
Memanda Najib wajiblah cari yang lebih hebat dari Bomoh Kelabit.Malahan Bomoh Kelabit pun pernah cuba mengubati Pesakit MAS tapi pesakit pun kembali tenat.Mungkin tersalah ubat...
DARI
ANAK FELDA
----------------