Sabtu, 7 November 2020

SEMUA MENUNGGU HANTU RUMAH PUTEH .



SEMUA MENUNGGU

HANTU 

RUMAH PUTEH 

KITA DI KL DI KURUNG LAGI

 


AWAS


PKPB seluruh semenanjung kecuali Kelantan, Perlis, Pahang bermula 9 Nov

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 November, kata Ismail Sabri Yaakob.

Langkah itu bagi membendung penularan Covid-19 memandangkan kadar jangkitan masih tinggi.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media disiar langsung petang ini.

Ismail Sabri berkata penduduk di Perlis, Pahang dan Kelantan hanya boleh bergerak dalam negeri sendiri dan tidak boleh merentas sempadan.

“Ketiga-tiga negeri ini masih diletakkan di bawah Perintah Kawapan Pergerakan Pemulihan (PKPP) jadi mereka boleh bergerak antara daerah tetapi tidak boleh merentasi negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Selangor, Putraja dan Kuala Lumpur akan juga menyambung PKPB apabila perintah itu berakhir pada 9 November.

“Ketiga-tiga negeri itu akan turut dikenakan perintah baharu sehingga 9 Disember,” katanya.

Di Sarawak, Ismail Sabri berkata orang awam masih boleh merentas daerah tetapi mereka dilarang untuk memasuki Kuching yang kini mempunyai banyak kes jangkitan.

Beliau juga berkata semua sekolah di negeri yang dikenakan PKPB perlu ditutup dan semua aktiviti luar dihadkan.

Bagaimanapun bagi upacara keagamaan, Ismail Sabri berkata perkara itu terserah kepada pentadbiran negeri.

“Sekolah ditutup, perniagaan boleh beroperasi tetapi dalam masa terhad. Begitu juga aktiviti luar.

“Bagi solat Jumaat, ia akan diuruskan oleh negeri masing-masing kerana perkara itu terletak di bawah kuasa Sultan,” katanya. – 7 November, 2020.



AWAS

HATI
HATI


GARIS POLITIK TRUMP



GARIS 

POLITIK TRUMP

Unknown commented on

 "TRUMP MASIH BERTAHAN"

Mcm Lu jugak. " Tipu Pilihanraya Turun Jalan Raya".

KES BERTAMBAH TAMBAH

 



AWAS

1,168 kes baharu Covid-19, 1,029 pesakit pulih

MALAYSIA hari ini melaporkan 1,168 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kes koronavirus di negara ini melebihi 39,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkata kesemua kes baharu Covid-19 hari ini adalah jangkitan tempatan.

Ini menjadikan angka jangkitan nasional meningkat kepada 39,357 kes sementara kes aktif berjumlah 11,666.

Sabah terus menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan dengan 616 kes.

Negeri ini juga melaporkan tiga kematian menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 282 orang.

Ini diikuti oleh Lembah Klang sebanyak 257 kes dan Labuan dengan 104 kes.

Sementara itu sebanyak 229 kes hari ini dikaitkan dengan kluster penjara dan pusat tahanan.

Pihak berkuasa kesihatan juga mengenal pasti empat kluster baharu.

Sementara itu seramai 1,029 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas pulih dari koronavirus dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan ini jumlah pesakit pulih kini berjumlah 27,409.

Seramai 87 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di mana 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 7 November, 2020.



AWAS

HATI
HATI

DAULAH TERPENDAM TIBAI TRUMP

 




DAULAH TERPENDAM

TIBAI TRUMP

Unknown commented on 

"TRUMP MAKES AMERIKA TERUK"

Trump tak yah tipu undi. Rakyat Amerika sokong Trump. Yang tipu daulah terpendam, kerana Trump tak nak ikut.




Unknown commented on 

"TRUMP TERUS MELAWAN"

Betul! Trump mesti lawan. Rakyat Amerika mesti bangun. Demokrasi dan kebebasan Amerika dalam keadaan amat bahaya. Penipuan undi amat dashyat sekarang, media Amerika pun turut tipu. Inilah "deep state".

DISELAMATKAN OLEH KOBID


DISELAMATKAN 

OLEH KOBID

panglimo potaseh commented on

"KERAJAAN KOBID"

Sedang kita dok kagum dgn Laut Merah tulong Nabi Musa ..hikayat burong Hud Hud, Ababil. Ngapa kita tak abis2 gambarkan betapa COMOT nye Haji Malikul yang di selamatkan oleh VIRUS ..Gwa anggap ini lah sejarah peradapan manusia paling AGUNG ..lebey besar dari riwayat Sang Ababil dan Hud2 ..lebey besar dari Tuah entot bakal istri Raja Melaka.

MAT BANGLA SABAR TUNGGU MR ZAHID

 


MAT BANGLA 

SABAR TUNGGU

 MISTER ZAHID

panglimo potaseh commented on 

"BANGLA DEMO UNTUK HIDUP"

Sabar Bangla ..tunggu Mr. Zahid Totok jadi Pirdana Mintrii ..nnti libay 25ribu pun dia kasi masok ..dingar2 1.5 juta ..butol saya ckp.

KERAJAAN KOBID

 



KERAJAAN KOBID

capt salai commented on

 "PRU 15 AKAN SAMPAI?"

muidin mmg tak mr kobid hilang..sebab mr kobid dah banyak tolong..lagi banyak rakyat kena kobid lagi selamat muidin..tah tah esok palimen besidang tiga orang je..tuan speaker ,piem..dgn piem tepi kah kah kah

MEDIA PUTAR MAT SONGEL

 



MAT SONGEL

NAK PUTAR MEDIA

TAPI MEDIA PUTAR

MAT SONGEL

Unknown commented on 

"TETAP ADA NUMBO"

Baca news by FOX punyaan si Rupert betapa dia berpengaruh di beberapa benua. Ia terbukti haluan kanan tebas haluan kiri macam tuh jer kalau dorang nak... Ini bukti kuat president ke prime minister ke chancellor ke semua harus patuh ikut acuan pemegang saham media kalau tidak akan disailang. 

Bab mat songel dia ingat putar pada media sedangkan ia sebalik nya....ie. Dia yang kena putar Cer tengok video girl pinay yang tanya dia r you gay....dia putar punya lah putar tak boleh keluar ayat hitam putih YES or NO dia pusing pinay tuh senyum sinis kat dia. Cer rewind video tuh.....


TAKDA ORANG KENAL MUHYIDIN

 




TAKDA SAPA

KENAL MUHYIDIN

Johari Budin USA commented on

 "MUHYIDIN MAKIN TEROK"

Memang le pemimpin dunia belum kenal wak mudin ni sebab masa ni tengah sibuk melawan kobit dan ekonomi merudum. Tambahan pula ada orang edan yang berusaha nak curi jawatan PM.

MALAYSIA DAH LAMA TAHU TIPU UNDI

 



TRUMP BARU TAU

ADA TIPU UNDI

capt salai commented on

 "TRUMP MASIH BERTAHAN"

Kesian Trump baru tau..kita kt mesia dah lama tau...tak la hebat mana merika ni..benda cmtu pn baru tau huh..


TRUMP MAKES AMERIKA TERUK

 



TRUMP MAKES

AMERIKA TERUK

Unknown commented on 

"TRUMP MASIH BERTAHAN"

Kpd penyokong kuat, separuh kuat, kuat2 tahi ayam Terum. Terum suruh hentikan bilangan undi sebab dia kata illegal dan fraud walaupun bilangan undi masih berjalan. Dibuatnya undi pos yg sedang berjalan sekarang menyebelahi Terum dan Terum menang, camne ye? Fraud ke tidak? Nilah jadinya orang takut lengit. Terum makes America Teruk.

TRUMP TERUS MELAWAN

 



TRUMP TERUS 

MELAWAN UNDI

TIPU

AMIN



Trump campaign vows to keep fighting: 'This election is not over'

Likelihood of Trump refusing to concede seen as increasing as campaign officials hint at legal battle to contest result


Donald Trump mengulangi tuntutannya  mengenai penipuan pilihan raya pada hari Jumaat, kerana sepertinya semakin besar kemungkinan dia akan menolak untuk menerima keputusan dan mengakui kekalahan kepada Joe Biden.


"Ini mengenai integritas seluruh proses pemilihan kami," presiden itu menegaskan dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan pada awal hari Jumat siang, sambil menambahkan: "Saya tidak akan pernah berhenti berjuang."


Sebelumnya, ketika pencabar Demokrat memimpin di Georgia dan Pennsylvania - dua negara Trump mesti menang untuk memiliki peluang untuk mengekalkan jawatan presiden - kempen Trump menegaskan dalam pernyataan pembicaraan mengenai kemenangan Biden adalah "unjuran palsu" dan mengisyaratkan cabaran undang-undang yang akan datang.


PENIPUAN UNDI

BUKAN HANYA

DI MALAYISA

KAH KAH KAH

DI AMERIKA PUN

TERBUKTI ADA

TIPU UNDI

KAH KAH KAH

PRU15 INI

ADALAH 

PRU KOBID

KAH KAH KAH




PENCURI NAK BERKUASA

 



 PENCURI MASIH

NAK BERKUASA

Unknown commented on

 "TUCKBEER"

Kalau penyamun masih mencuri tak cukup ada berapa pun, tak habis habis curik duit negara duit rakyat sampai bila nak maju? Buang semua pencurik dulu kah kah kah


YB PAS WAJIB BELAJAR DARI YB UMNO

 


YB PAS WAJIB

BELAJAR CARA

KMPUL DUIT

DARI YB UMNO

panglimo potaseh commented on

 "TOK HENG BUAT PROPAGANDA"

Wakil rakyat PAS patut belajar dgn wakil rakyat UMNO gimana ontok jelmakan biliyun dgn gaji yang ada. Ikut kira2 gwa ..dgn gaji RM40ribu sebulang ..utk dpt 1 biliyun, ia perlu masa 2OOO tahung ..? ..tapi wakil UMNO dlm sepengal dah billionaire.

GADUH DALAMAN

 


 GADUH DALAMAN

Unknown commented on 

"GUA UDAH RAMAL"

Tak pe lah. Asalkan Amerika gaduh dalaman, dunia luar akan aman. Gwa gemar tonton wayang Hollywood pasal perang saudara Amerika masa 1800-an. TT bikin kita dapat tonton 'live' wayang Amerika macam ni?

TOK HENG DAN BERUDUNYA

 


 TOK HENG

DAN BERUDUNYA

capt salai commented on 

"TOK HENG BUAT PROPAGANDA"

Bila suara katak berbunyi..guruh pun kalah Tapi jangan harapkan banjir hujan pn tak turun..biarkan la katak dgn berudu berudunya

BERKHALWAT HARI KE 235

 



KHALWAT KE 235

SABTU 7/11/2020

KITA MASUK KE HARI 235
BERKHALWAT

DAH 4 HARI
SELESAI MENGUNDI
MASIH BELUM ADA
KEPUTUSAN SAPA
MASUK KE RUMAH PUTEH

TRUM KLIM ADA NUMBO
BIDIN KLIM ADA NUMBO
DUA DUA MACAM ABAM
KLIM ADA NUMBO
KAH KAH KAH

BILA AKAN SELESAI
KITA TAK TAHU
SAMA MENYAMAN
DAH BERMULA DI AMERIKA
KEPUTUSAN
NUMBO 
UNDI POS
UNDI BETUL
SEMUA DIPERTIKAI

INI TANDA TANDA
BAHAWA 200 TAHUN
KUASA IMPERIAL
YANG MENJAJAH DUNIA
AKAN BERAKHIR
AMIN

PAGI INI GUA LIHAT
KUALA LUMPUR BERKABUS
AWAN GELAP CAPUK CAPUK
ATAS KUALA LUMPUR

CENGKERI UNGGAS 
TAK BERAPA CERIA
TERKUKUR TAK BERBUNYI
HANYA 
SAEKOR JANTAN
DALAM BELUKAR
TEPI PAGAR BLOK
MENDAYU DAYU

JANTAN
YOU MAKE MY DAY

APA ITU KEJAYAAN
DUIT?
KITA BANGUN PAGI
BILA MALAM  SAMPAI
KITA PULANG TIDUR
ANTARA PAGI DAN MALAM
KITA BUAT APA YANG KITA SUKA
INI KEJAYAAN 

KEGUMBIRAAN
IALAH 
GUA PULANG DARI LUAR
WALAU PUN SATU JAM
TAK TAK DAN EZI
MENUNGGU DIPINTU
UNTUK DIPELOK
MACAM DAH PERGI
10 HARI

SOSOK  YANG KAYA
IALAH 
ANAK ANAK DATANG 
MEMELOK GUMBIRA
WALAU PUN
TANGAN AYAH KOSONG

TUJUAN ASAL YANG JELAS
IALAH 
PERMULAAN UNTUK
SEMUA KEJAYAAN

HIDUP INI
BUKAN TENTANG
 MENGUMPUL DAN MENDAPAT
TAPI
TENTANG MEMBERI

HIDUP INI
IALAH APA YANG TERJADI
PADA KITA KETIKA KITA
MEMBUAT PERANCANGAN LAIN

BRO 
JIKA KAMU SATU HARI
DI JEMPUT NAIK ROKET
JANGAN TANYA
 KERUSI NO BERAPA
TERIMA SAJE

BRO 
KALAU KITA BELAYAR
ANGIN TAK DATANG
PAKAI PENGAYUH

BRO
KALAU LU TAK MEMANJAT
LU TAK AKAN JATUH
TAPI TAK ENJOY DE MENJOY
DUDUK 
DIATAS TANAH SAJE
SEPANJANG HIDUP

KITA WAJIB YAKIN
KITA INI WUJUD
KERANA ADA TUGAS BESAR
MAKA SELESAIKAN
TUGAS ITU

HIDUP INI KEMBANG KUCUP
BERGANTUNG
PADA KEBERANIAN KITA

KALAU ADA SUARA KATA 
KAMU TAK BOLEH MELUKIS
AMBIL KALAM
AMBIL CAT
MULA MELUKIS
SUARA INI AKAN SENYAP

MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT