Khamis, 29 Disember 2011

REFORMIS BANGANG KENA TIPU




DI JEMPUT TURUN 901






BEBAS ANWAR 901 TIDAK HORMAT UNDANG-UNDANG – sinar

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah membela Datuk Anwar Ibrahim akan melancarkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah kempen ‘Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901’ yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, mereka yang menentang kempen itu terdiri daripada NGO yang cintakan keadilan dan tidak bersetuju dengan corak kepimpinan Ketua Pembangkang itu.

“Kita tahu, kempen-kempen begini merupakan jalan terakhir Anwar, untuk menyelamatkan karier politiknya.

“Dulu, kami sokong Anwar, tetapi kini kami telah buka mata dan menentang beliau atas dasar dan prinsip kebenaran. Kami tidak dibayar apa-apa malah ini keputusan kami setelah melihat kepincangan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramlan ketika ditanya mengenai jumlah NGO yang akan menyertai perhimpunan menentang kempen itu berkata, pihaknya belum dapat memutuskan jumlah tepat memandangkan ia dilakukan atas dasar sukarela.

“Kita boleh bawa sejuta rakyat untuk membantah kempen Bebas Anwar 901 ini, tetapi tiada jaminan sekiranya berlaku tangkapan terhadap mereka memandangkan kita belum mempunyai saluran kewangan yang kukuh.

“Bagaimanapun, saya yakin, pada 9 Januari depan, ramai kumpulan-kumpulan NGO dan rakyat yang akan turun bagi membantah tindakan kurang sopan penyokong dan pengikut Anwar itu,” katanya.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Zahid Md Arip berkata, tindakan peserta kempen itu dilihat tidak menghormati undang-undang negara kerana hari berkenaan ialah hari penentuan kepada nasib Anwar.

“Mengapa mereka begitu tidak sabar untuk mengadakan perhimpunan pada hari itu? Sedangkan nasibnya belum diketahui lagi. Tindakan itu seolah-olah tidak menghormati keputusan yang akan diputuskan nanti.

“Mereka yang menyertai kempen ini juga seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Saya yakin perhimpunan ini bukan hanya disertai oleh penyokong dalam negara, malah individu yang tinggal di luar negara turut dipanggil untuk menyertai kempen itu,” katanya.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAK HORMAT UNDANG UNDANG BUAT APA?.... kah kah kah...

kah kah kah...UNDANG UNDANG ZALIM LAGI BODOH.... kah kah kah...

woit...YANG PERGI SOKONG ANWAR DULU PASAL APA?.... kah kah kah...

kah kah jkah...INGAT NAK DAPAT PROJEK?..... kah kah kah...

kah kah kah....INGAT NAK JADI MENTERI?.... kah kah kah...


NOTA:
kesian malaon ini
gerombolan pun tak terima
kerana ada diantara mereka
memang di pasnag oleh pkr
untuk masuk ke sebelah sana

gerombolan berwasapa maka semua
yang lari masuk geng gerombolan
kena ketepikan kah jah kah



APA BOLEH REMBAT - REMBAT




ZAKAT TU APA?




RESPONS KEPADA JAWAPAN MAIWP TENTANG SALAHGUNA WANG ZAKAT JAMIL KHIR

Berikutan kenyataan saya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai
Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa
pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes
permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran
kerajaan.

Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak
tertentu yang ‘menyalahgunakan’ proses mahkamah terhadap penjawat awam
yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan
proses mahkamah.

Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk
membayar kos guaman ini.

Malangnya Yamin tidak menyebut tentang ‘pendahuluan’ RM63,650 daripada
wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November
2011.

Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau
mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan
kita untuk mempertahankan diri mereka.

Saya berharap Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas
hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan
bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini.
Pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim
Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan
selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.
Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul peguam Zainul
Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti
Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya,
apakah pandangan beliau? Yang nyatanya Ketua Audit mengesahkan wang
zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan
kemudian pada Disember 2010.

Juga mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan
Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi
dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini?
Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun
di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap
pengurusan wang zakat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT





PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOPKRASI





DARI PEMBACA TT





MERAYAKAN RUANG DEMOKRASI
Anonymous 12/27/2011 Kalau rasul ko tu muhamad sorang ja pa hal ko sembelih korban ikut ibrahim@abraham? Bukan sah ibrahim tu yahudi?bukan ka bani arab ni dr leluhur hamba yg d kahwin ibrahim pasal isteri pertama dia tak beranak..?pa hal ko keliling kaabah yg dibina ibeahim?nah ko hina jesus angkat salib ko hal bro?

aku cakap ko lagi teruk ikut cakap pak arab...biasa la klu tengok drama isteri kedua biasanya mmg selalu gaduh ngan isteri pertama...ni la ni sampai ribu ribu tahun pun masih mo gaduh gaduh.. Yelahhh agama ko saja paling betul...ko makan la tu ambik ko...ada cop d dahi ko 'SYORGA'..pasal ko islam kan?

tak kisah la ko ragut rogol zina curi rasuah pasal tuhan ko maha pengampu...pasal ada bulan puasa ko boleh clean dosa...p umrah clean..p haji clean..serupa la ko macam najib hajikempru...sia sia gaduh ngan ko ni...arhhh esok ko ikat diri ko dengan bom...jihad la ko sorang sorang gerenti masuk syurga..
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11


betoi,kita boleh lebih tapi jgn lebih-lebih.
By underBear on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11

siapa rasul kamu? apa kitab kamu?. agak2 apa ahli kitab (yahudi & nasrani) akan jawab?
By kampong lad on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11

Woit binatang..kuang hajaq betul duk sibuk kata org lain tak betul tapi rupenye kau yg tolol..ape pnya bangang statement kata nabi isa bkn rasul allah??kau yg tgh mnyesatkan org bangak..melayu tutul lar lu..buat malu mamalia beragama islam..
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11

Woit Anonymous 27.12.2011 ! Biar betul apa yg kau cakap... "Satu-satunya Rasul kita ialah Nabi Muhammad SAW" "Di dalam Al-Quran juga tak menyebut Nabi Isa sebagai Rasulullah" "Hanya Nabi Muhammad SAW satu-satunya Rasul kita" Statement engkau ni semacam dah boleh disqualified engkau dari jadi org Islam. Satu liang lahad direservekan sebelah Makam Rasulullah s.a.w di Madinah khas utk Isa ibn Maryam sebagai Messiah (al Masih).

Dia akan datang dan teruskan kehidupan dan die a natural death as a person.Engkau langsung tak faham significant Isa ibn Maryam dlm waktu ini...Kalau the second coming of Isa ibn Maryam ini terjadi in our period of time,mana engkau nak letak muka engkau?Dia akan betulkan semua benda di semua negara,of course including the three unbreakables,POLITICS,ECONOMICS & LAWS..

To bro Tukar Tiub,as a Muslim kita tak boleh acknowledge that birthday Isa ibn Maryam is on 25th December,sbb he was never born in winter.Remember when Allah s.w.t in Quran ordered Maryam r.a to See more...
By Abu Abdullah on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11

salam, aku lagi malaeh nak komen. bukan la pasai aku rasa pandai dari mamat ni, tapi dah memang tak betul, so kena la bagi perbetulkan. Semua belajar, muslim kena percaya 6 rukun iman termasuk percaya kepada nabi, ada 313 nabi tapi ada 25 rasul yg Allah pilih dan takrif Rasul adalah sampaikan apa yg Allah ajarkan pada diri dia dan semua umat,Jadi Islam itu disempurnakan oleh Nabi Muhammad tanpa kita menidakkan kerasulan nabi2 lain.

kalau tak sebab nabi Isa tu, kita tak dapat sembahyang cuma 5 kali sehari je, dia yang nasihat Nabi Muhammad untuk rayu kat Allah supaya kurangkan, masa naik ke sidratul muntaha , terima amanat solat dalama isra' mikraj tu.Lain kali baca lebih sikit. tapi bab tarikh lahir tu, Allahua'lam dah tauhid TT dgn Allah..itu antara dia saja..salam bro
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11


siapa rasul kamu, apa kitab kamu....agak2 apa umat yahudi & nasrani (ahli kitab) masing2 akan jawab
By kampong lad on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/29/11

salah ke agama lain nk bdakwah? dorg pon rase agame dorg betol. contoh mcm makcik aku glak kan org jepon, sbb klau nmpk gerhana bulan kene buat bising. to tande anjng syurga nk mkn bulan. cube cerite kt dorg, klau bsiul nt akn memarakan lg api nerake. msti la dorg gelak kan? so ksimpulan nye, jgn nk slah kan agam to klau penganut islam btukar agama. pemimpin dorg bt keje, pemimpin kite bt aper?
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ KAH KAH KAH
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz Mak Oiiii....tah habis habis berbuih mulut dengan tajuk ini. Boringnya politic Malaysia
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

anonymous kata ; "Walapun Nabi Isa adalah Nabi... Tetapi sebagai ahlilsunnah wal jamaah... Satu-satunya Rasul kita ialah Nabi Muhammad SAW... Di dalam Al-Quran juga tak menyebut Nabi Isa sebagai Rasulullah..."

ada orang tak habis mengaji kitab pasal Rukun Iman daa.. itulah jangan mengata harakah sangat, kurang-kurang ada juga ruangan mengaji kitab dari Ustaz Hadi / ustaz2 yang lain.. kalau tak mengaji, setakat buat andaian sendiri, pun boleh terpesong akidah bang..

tak tau beza antara Nabi & Rasul ye? buka-buka lah kitab lama atau tanya-tanya orang yang pandai.. kalau tak tau, jangan memandai.. haha :) -Dolah Sani
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Salam tuan pembaca tidak bernama Walapun Nabi Isa adalah Nabi... Tetapi sebagai ahlilsunnah wal jamaah... Satu-satunya Rasul kita ialah Nabi Muhammad SAW... Di dalam Al-Quran juga tak menyebut Nabi Isa sebagai Rasulullah... Hanya Muhammad Bin Abdullah... Cucu Abdul Mutallib... Izinkan saya perbetulkan ayat ini:- Nabi Isa a.s merupakan salah seorang dari 313 orang nabi, 25 orang rasul & 5 orang Ulul' Azmi. Rujuk http://asaspedoman.tripod.com/rasul.html Terima Kasih
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Hahaha..nampak sgt tulisan ko pasal maulud nabi isa tu xcool..come on r..bab politik if nk persenda,berhenaka,org xkesah..but if bab agama,please sensitif sket wahai isham si tukar tiub..aku harap teguran2 pembace nie ko terima k..bukan bermakne org tegur tu benci ko..tegur sebab sayang..:)
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

(Continue...2/2) Religion seeks to comfort the weak, the helpless and the oppressed with the belief that the affairs of this world are governed by the Will of God and that its acceptance and resignation helps to endear them to God. This sort of teaching naturally tends to morbidity, and emboldens their religious leaders who profess to interpret the Will of God, so that they indulge in their misdeeds with perfect impunity and persuade the adherents to a complete and quiet submission.

Deen, on the other hand, raises the banner of revolt against all forms of tyranny and exploitation. It calls upon the weak and the oppressed to follow the Divine Laws and thereby seek to establish a social order in which all tyrants and oppressors will be forced to accept the dictates of right and justice. In this social order, there is no place for dictators, capitalists or priests. They are all enemies of Deen. Religion enjoins religious meditation in the name of worship and thus induces self-deception. See more...
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11


It is a Challenge to Religion. Religion vs. Deen ------------------- A comparative study of religion and Deen, should help us understand the vital and fundamental characteristics of each and the differences between the two: Religion & Deen. Religion is merely some sort of subjective experience and is concerned only with the so-called private relationship between God and man.

Deen is an objective reality and a system of collective life. Every follower of a Religion is satisfied that he has established a communion with the Almighty, and the objective of each individual is his own salvation. The aim of Deen on the other hand is the welfare and progress of all mankind, and the character and constitution of a society indicates whether or not it is founded upon the Divine Law. Religion does not afford us any objective.

criterion by which we could determine whether or not our actions are producing the desired results. In a social order governed by Deen, the development of a See more...
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Salam.. Apa yang aku baca dari ALQURAN.. NUH, IBRAHIM, MUSA, ISA dan "MUHAMMAD" semuanya ISLAM.. Apa yang aku faham dari ALQURAN.. "MUHAMMAD" hanya akan mengaku orang yang berjuang bersamanya adalah golongannya.. Telitilah KALIMAT ALLAH.. agar selamat dari bencana AKHIRAT..
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

rasulullah = pesuruh Allah rasul ada 5 orang : Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad nabi ada ramai sangat tak ingat jumlah sebenar jadinya kalau disebut Isa a.s tu rasulullah pun tak salah, mmg baginda rasulullah pun.

xda kaitan dgn terpesong aqidah. syahadah mmg la disebut Muhammad s.a.w sbb baginda nabi bagi umat akhir zaman. apada...nie aku belajar masa subjek Pendidikan Islam Form 5...kalau salah sila hantuk kepala menteri pendidikan
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

1. Tukar Tuib daytime dreamer or bermimpi di siang hari lol...,
2. 09/01/12 @ to "4". End of Anuar's legacy. It's Game Over!
3. The mess is over, Anuar and YOU are the liability to this nation.
4. Tukar Tuib going to miss his founder $$$$$.
5. People Not Gonna Cry For You and Anuar
6. Tukar Tuib you are rude. mind your words,your words describe yourself. LU KACAU BILAU...
7. Tukar Tuib not suitable for educated people. Do you call yourself educated. he he he..
8. Tukar Tuib telah "melancaukan diri sendiri"
9. Tukar Tuib sayonara
By TukarTuibdeFanClubMembers on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11


Pi la lu..tak habis-habis isu agama. Mabuk ka kawan..ini krismas jangan banyak minum beer..tak habis-habis lagi isu.."wa punya tuhan lebih besar dari lu punya tuhan..wa punya tuhan lagi hebat dari lu punya tuhan" hello deyyy..ini malaysia la.

Banyak agama jugak dalam.Lu cakap mcm lu saja islam. Nanti mati sendiri-sendiri jawab la. dari lu complen isham, lagi baik lu cakap sama UMNO punya orang kasi tutup semua Kelab malam sama Kedai judi..baru cakap akidah..ada berani???
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

terdapat 124,000 nabi. daripada itu, hanya 313 rasul. Sebagai umat islam, kita hanya wajib mengetahui 25 nabi dan rasul. Daripada 25 nabi tersebut, 5 adalah ulul azmi. http://www.loveloveislam.com/2011/04/senarai-nama-rasul.html
By Alien on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

sapa hantar surat ni? serbanistas mana yg hantar ni? tantawi ka? kah kah kah!
By Non-Governmental Individual on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

rasul maknanya pesuruh.. semua nabi dan rasul pesuruh Allah..semua nabi sebarkan islam mula dr adam.. beza pendapat biasa la bro..sbb tu kena membaca..selagi org tu pernah mengucap hanya Yang Esa shjlah tentukan nasibnya kt akhirat..ingat.. org masuk syurga bukan sbb pahala tapi sbb rahmat Allah..
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Wow!! hebat penulis nie, memang hebat mungkin penulis nie dah naik MAKAM bukan lagi manusia mungkin dah jadi LEMBU. Hebat penulis sekor nie, penulis sekor nie boleh tau perancangan jahat PR menyesatkan lebih ramai umat Islam yang rendah tahap kualiti imannya...

penulis LEMBU SEKOR NIE tahu yang menyokong PR adalah dari kalangan mereka yang rendah tahap kualiti imannya dan Agama mudah PR beli dengan RINGGIT MALAYSIA. SEMUA YANG PENULIS LEMBBU NIE TULIS SEMUANYA TEPAT HANYA ADA PADA umNO. RINGKASANYA PENULIS NIE TAK LEBIH DARI SEKOR LEMBU. -wakleman
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Salam. sangat setuju dengan pandangan saudara pengirim surat. Kita perlu beriman wujudnya Rasul Allah Isa alaihisalam walaupun kita bukan umat Baginda. Manusia akhir zaman semua adalah umat Muhammad s.a.w

Kpd saudara Hisham, Islam tidak pernah meminta umatnya percaya tanpa fikir. Kepercayaan ikutan yg tidak jazam masih belum sempurna iman namanya. Aqal diberi kedudukan amat tinggi nilainya di sisi Islam. Tapi kebebasan berfikir tertakluk adab dan dalam ruang orang beriman. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya, ameen.
By mekyam on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11


Ni sorang lagi islam keturunan, islam sdn bhd yang dia saja yg betul, yg menganggap tuhan tu flip flop mcm najib, harini ok dan esok tak ok.
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Tak paham. Hujah berterabur. Maksudnye mereka yg membaca harakahdaily dan malaysiakini lemah iman? Apa kena mengena dua suratkhabar tu dgn iman yg lemah? Jadi, apa yg perlu dilakukan untuk menguatkan keimanan umat islam supaya boleh tahan gangguan pihak kristian dgn duit mereka? Tak nampak pun cadangan tersebut dari pembaca ini.
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

terer lah yang menghantar surat ni. tak sependapat saja, lemah imannya. phew. terror.
By dean. on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Rukun Iman ke 4 - Beriman kepada nabi dan rasul. Senarai rasul yang WAJIB kita percaya ada 25. Maksud Rasul adalah "pesuruh". Maksud Rasullullah adalah "pesuruh Allah". Isa A.S adalah rasullullah ke 24 dalam senarai WAJIB percaya. Sekian.
By Zan on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

sampai part takbir kat hujung tu. aku tersenyum menahan gelak. pasal kat ofis. hahaha! no master! no dog!
By DX on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Demi pencerahan, surat yang men-tiaw pun ko siarkan jugak.. salut kepada yang menulis, dan salut TT. Kebenaran itu pahit dan boleh mencederakan esofagus kalau silap cara menelan. Apa pun, ahli sunnah wal rasuah wa rajagopal wal-ptuih wajib dihumban.. kampung aku kat ujung johor tak lama lagi kena jual dek rajagopal.. nanti aku korek2, pastu kita tibai sama-sama.. nak harap kat YB, kat MP memang laaa tak boleh diharap.. PTUIH!!
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

kah kah kah...lawak jg tulisan ni. konon hebat lah tu bila bercakap mengenai kualiti iman.. padahal sendiri tak fhm apa yg dimaksudkan TT disebalik lawak berisi tersebut.. ye la org beriman kn mana la fhm mksd2 ayat yg tak beriman. ;) syabas kerana terus beriman dgn Be End..

kita yg atas pagar dh memilih jg ni.. sbb kita baca, perhalusi setiap inci dan kemudian baru dimasukkan ke dada.. ye la..org tak beriman kn.. maka nye tak fhm hukum hakam.. makanye kita ambik yg lawak jd hiburan dan yg betul jd sempadan... dan yg buruk (seperti Be End) kita nak tendang :).. salam dan Selamat Menyambut Hr Krismas kepada kwn2 yg beragama Kristian...
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

penulis ni islam kerana bapaknya islam. Penulis ni islam sebab ibunya islam. penulis ni islam sebab datuknya islam. Anaknya iman atau tidak tiada pilihan. Sama macam bapak. Long live Richard Dawkins
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Sila lihat Surah As-Saff (61):6; Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

hang sorang aje yang takut isham... takut kahwin... kha kha kha tapi kalau cerita bab pompuan dia lah numero uno... kha kha kha nak bangkitkan kesedaran orang melayu supaya bangun tu memang tersangat baik, tapi cuba masuk jarum sesat tu macamlah orang melayu ni semuanya bengong.

sebelum nak melekeh-lekeh orang, cerminlah diri sendiri, siapa yang takut (kahwin?), siapa yang malas beranak? nak harap masyarakat semua nanti lahir takde makbapak? nak suruh semua orang berzina pakai kondom macam hang? tak payah kahwin. tunjukkanlah contoh dan bukti yang masyarakat anak haram boleh memakmurkan muka bumi, kalau ada.
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Tukar Tiub blogspot telah di 'Blocked' di Saudi Arabia selama 4 hari.....dari 24-Dec hingga 27-Dec,2011. Pada 28-Dec, baru dapat layari TT !! Hidup TT !! Dari Rakyat Malaysia di KSA
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11


Sebenarnye orang melayu kena betul2 islam jujur, ikhlas dan berani buang unsur melayu yang lemah.. Sikap takpe la dan pelbagai alasan yang membuat melayu jadi layu.. Al_quran suruh amar makruf nahi mungkar.. tak perlu takut makhluk kat alam semesta ni.. Apalagi parti politik atau apa saja yang menakut-nakutkan kita.. juga tak perlu la takut tungu kiamat kita semua akan mati kelak takda sape yang idup lama pon.. So nak takut apa.. rezeki kita bukan makhluk tentukan.. buat sebaik yang kita boleh jangan lemah.. dan takut..
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

setuju . kadang - kadang , bani Melayu dibodoh - bodohkan oleh Tukar Tiub . bila bodoh , maka otak akan cepat terbarai . bila dah terbarai , yang boleh buat hanyalah ketawa kah kah kah . tak semua pandangan Tukar Tiub tak elok . adakalanya bagus dan satira . bagus . tapi bila masuk bab ugama , Tukar Tiub nampak bangang dan bodohnya .

Ini bukan cakap - cakap satu orang atau dua orang , tetapi ramai ! Memanglah tugas ustaz untuk menakut-nakutkan orang ramai . Ustaz yang alim ugama bertugas sebagai pengingat . Sama artinya macam ulama . Takutkan orang ramai supaya takut kepada Allah SWT . Tapi ustaz pun ada banyak jenis . Itu semua sedia maklum . Pelik .

Bila ustaz beri ceramah dikatanya menjadi pak turut . Hakikatnya , sedikit sebanyak , ustaz juga lah dicari jika berlaku solat jenazah . Untok menjadi imam solat jenazah kepada yang mati . Kesimpulannya , kalau bodoh dan bangang , Tukar Tiub tak perlu transferkan bodoh dan bangang kepada orang ramai . Simpan bodoh dan bangang anda See more...
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

malas nak cakap, kebanyakan puak yang cepat melenting ni buta hati tak paham maksud tersirat. tulisan anonymous tersebut, walaupun berhujah, tapi terlalu cetek macam budak lepas sekolah baru jumpa dunia. pastu last sekali jerit Allahuakbar, nak halalkan hujah cetek dia tu, biasa la rekrut tuhan.

dia sendiri tak paham apa maksud مولد pastu ada hati nak sekolahkan orang. ngaku Islam tapi kata nabi Isa bukan rasul? bangang ke apa. dalam Islam, Isa al-masih tu rasul, sama macam Muhammad SAW. cuma yang membezakan adalah syariat, dan kalau mengaku Muslim zaman sekarang, syariat yang boleh diikuti sekarang ni cuma syariat Muhammad, bukan Isa. tu hujah yang betul. bengong. malas nak cakap lebih, lu pi sekolah dulu la. tapi biasa la, puak umngok ni mana reti bahasa
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

assalamualaikum akan saudara isham itu tahu sejarah. melihat dengan dua mata akan sejarah .maka yang protestant kata lain, yang katolik kata lain. kitab bible pun lain lain. Arwah Sheikh Deedat sudah terang panjang lebar semasa dia di alam syahadah. jikalau dengan niat muhibbah dan toleransi maka bersepakat ulama dalam mengatakan ianya harus. cuma mengapa ditulis maulidur rasul.

memanglah maknanya di dalam bahasa melayu hari keputeraan rasul.akan tetapi ada beza antara nabi dan rasul. akan nabi isa diutuskan pada kaum bani israel.di dalam bahasa inggeris hanya ada prophet dan ada messenger. adakan ianya sama dengan bani jawi takrifannya ? akan bani jawi ada beza antara nabi dan rasul. ada tingkatan dan ada penjelasan dan ada takrifan.

adakan orang kristian faham beza antara prophet dan messenger ? akan mereka mengatakan Nabi Isa tu sebagai anak tuhan. bukankah lebih tepat saudara isham menulis, Birth of Son of God ? akan di dalam quran, nabi nabi lain dipanngil oleh Allah dengan See more...
By kata on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Apa makna maulid tu? setahu aku zaman nabi atau zaman sahabat tak da pun sambut maulid. Perkataan maulid tu kira masuk dalam akhidah ke? Kalau orang sebut maulid kat orang lain selain nabi kita, kira berdosa ke. itu kira perkataan keramat ke, tak leh pakai kat orang lain. Nabi Isa bukan salah seorang dari 25 rasul yang wajib kita tahu kan. habis dia rasul dari siapa kalau bukan dari Allah
By Pokeh Busu on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Ugama adalah sesuatu antara manusia dan Tuhan. Kalau asyik bertekak pasal Ugama. Tak sampai ke mana pun. Orang Melayu perlu sedar perkara ini. Seseorang tidak menjadi mulia serta merta semata-mata kerana beragama. Akhlak dan budi pekerti seseorang akan mencerminkan keindahan agama seseorang. Pendek cerita, tak payah nak membohong panjang lebar. Semua sedar di merata dunia. Agama mana yang mengajak keamanan. Agama mana yang mengajak kehancuran. Masih tak sedar sedar kaum aku nie. Hampeh...
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

wahai yg menulis surat, lucunya kau baca surat ko.. mmc na la ko blh terlepas ni... aku ni muslim tp sedih baca surat ko.. ni la melayu yg xreti pikir panjang... melayu mcm ni byk.. cth perktaan jesus. ada lencana " muslim love jesus " terus takut, terus ckp sesat. sedangkan jesus itu adalah perkataan nabi isa dlm bahasa ingeris. aduhai melayu, berubah la.. tolong bykkan membaca krn kurang membaca akan meyebabkan bodoh . sekian
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

ko merepek apahal. porahhhhh. mcm lah sndr tu utusan tuhan nak merepek kat abg isham. phui!
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

betul ke satu satunya rasul..nabi muhammad saw shj...hati2 jugak dgn surat ni..dan umat islam semuanya mesti sentiasa berhati-hati...kalau penulis surat ni dah tau niat jahat kristian kenapa dia tak mantapkan iman org2 islam yg lemah tu...apa tindakan org islam yg berkuasa..????
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

hahahhhaahaha manusia bahgal. bangang, bodoh, tak ada otak & akal nak berpendirian. kalau kukuh agama kau tu, bagusla. tempahla tempat kau di syurga. di bawah pokok mana2. jangan nak menyibok hal orang lain. orang lain pandai2 berbaik sesama manusia, berbakti dan berjasa kepada anak bangsa, muka bumi, BUKAN HANYA NAK TIKET ke syurga........... ISLAM ADALAH CARA HIDUP ....

bukan cakap bahasa macam kau..... bukan meludah sini sana...... bukan bawak kereta sambil berketayap, berserban tapi membunuh ANAK BINI.....mati accident akibat cara memandu macam laknat....... bukan tengok perempuan lain..bila bini dah gemok atau huduh....tengok tak malu2...macam sakai.....

bukan tengok perempuan lain bila dah ada bini, tak kisahla bini ada di sebelah atau di tempat lain...... bukan nak sibuk pasal orang lain punya perbuatan, cermin diri sendiri....berilmu cukup dah? berapa buku kau baca setiap bulan? buku apa? tak pernah habis satu buku pun? asyik menopong tengok TV? NGOK ISHAM, HAPPY NEW See more...
By mampos la on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11

Kalo korang yang convert orang lain bole pula.
By Anonymous on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/28/11





BERITA PUTAR ALAM
















FORMER SENIOR OFICAIL OF ISKANDAR UNIT PLEADS GUILTY TO GRAFT CHARGE
- minsider

JOHOR BARU, Dec 28 — An ex-senior vice-president of an Iskandar Investment Berhad (IIB) subsidiary pleaded guilty today to a corruption charge, in the latest prosecution of a major crackdown on graft in the government agency tasked with spearheading development in the southern region of the state.

The unnamed man was the second person charged in the Sessions Court here, after the husband of a former senior official in IIB was charged with corruption yesterday for allegedly soliciting RM1.6 million as inducement to obtain a project.

In the latest case, the former official was fined RM20,000, in default two months' jail, after he pleaded guilty.
The 51-year-old man's identity was withheld, as he is assisting the Malaysian Anti-Corruption Commission in several other cases involving the IIB.






ROSTAM BOCOR TENDER JALAN – berita hairan

Bekas pegawai IIB kena RM20,000 dedah maklumat 3 tahun lalu

JOHOR BAHRU: Bekas Naib Presiden Kanan, Reka bentuk dan Pelaksanaan Projek, Iskandar Investment Berhad (IIB), Rostam Razali dikenakan hukuman denda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan membocorkan maklumat harga anggaran bidaan bagi tender satu projek pembinaan jalan, tiga tahun lalu.

Rostam, 51, yang juga bekas Pengarah Operasi Gerbang Perdana Sdn Bhd, membuat pengakuan itu di depan Hakim Mohd Nasir Nordin sejurus mendengar tuduhan dikemukakan terhadapnya oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Fazlin Hamdan.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Afiq Mohamad Noor kemudian membayar denda berkenaan di kaunter Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen.

Rostam dituduh menggunakan maklumat diperoleh berdasarkan kedudukannya sebagai pegawai IIB bagi mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dan orang lain dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan projek yang dilaksanakan IIB.

Dia dituduh mendedahkan maklumat membina dan menyiapkan Pakej 3B iaitu projek persimpangan Jalan Abu Bakar dekat sini, kepada bakal syarikat yang memasuki tender, Kimlun Sdn Bhd, menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sim Tian Liang, di Pejabat IIB pada awal April 2008.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..INI LAH CONTOH MENGOLAH PERSETUJUAN.... kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK PEMBACA MELAYU...BUKAN RASUAH... HANYA BOCOR MAKLUMAT.... kah kah kah...

kah kah kah...BERITA INGGERIS KATA INI KES RASUAH.... kah kah kah..

woit...JADI MANA YANG BETUL?..... kah kah kah..

kah kah kah....LU PIKIR LAAAA SENDIRI.... PASAL APA ADA SPRM?.... kah kah kah

NOTA:
kes ini nampak macam misteri
cepat selesai
bayar denda
dan terus celah
apa agaknya?
kah kah kah





SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN




SATU PERTANYAAN?





DARI FACEBOOK PYANHABIB RAHMAN


SUKAKAH anda diroboh madrasah untuk dibina kompleks beli-belah?

INI HANYA BUKTI KAPITALIS KUAT




DIROBOH UNTUK GEDUNG KAPITALIS








UTAMAKAN KEPENTINGAN AWAM - meloya

ALOR SETAR 28 Dis. - Kerajaan Pas Kedah perlu menggunakan kaedah fiqh yang lebih menyeluruh iaitu mengutamakan 'maslahah ammah' atau kepentingan awam berhubung keputusannya mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berkata, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah 'istibdal' (wakaf gantian) terhadap tanah wakaf khas milik madrasah itu untuk meneruskan keputusannya.

"Walaupun beliau (Azizan) hendak 'istibdal' tanah wakaf khas itu tetapi beliau tidak boleh tolak kepentingan orang ramai yang menuntut madrasah itu dikekalkan.

"Pucuk pimpinan negeri perlu bijak kerana dalam pemerintahan, pokok pangkal dalam membuat keputusan adalah mengutamakan 'maslahah ammah'," katanya.



KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan silap faham
apa yang ditulis oleh tukar tiub
bukan hal siapa salah dan hukum apa?

yang cuba dimunculkan oleh tukar tiub
ialah bukti bhawa kuasa lobi kaum pemodal lebih
kuat dari kuasa agama

ayat
hukum dan hukum
boleh dicari dan digunakan oleh lobi kapitalis
untuk menghalal projek mereka

ini bukan pasal ada tempat ganti
ini bukan pasal telah dipersetujui ramai
ini bukan pasal majlis fatwa setuju
ini bukan pasal di mekah pun ada buat yang sama
bukan bukan bukan

ini hanya bukti bahawa pelobi kapitalis lebih
kuat dari pelobi agama
jangan nak putar putar
jangan nak pusing pusing

NOTA:
mengikut akta warisan bangunan yang berumur
lebih dari 50 tahun adalah harta warisan
justeru:
merutuhkan warisan ini bukan kerja pas saja
gerombolan telah banyak merobohkan warisan

apa yang saheh ialah kuasa pemodal lebih kuat
dari akta warisan
apa yang saheh ialahn kuasa pemodal lebih kuat
dari kuasa agama


NOTA:
dalam bahasa inggeris ini adalah :
the power of capital
is stronger over the power of religion



DUIT ZAKAT PUN GEROMBOLAN REMBAT





DI YAHOO




KLIK DISINI:

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/mahathir-bukan-cerdik-sangat-ku-li-044503213.html








MANA SUARA MUFTI ZAKAT BIAYAI GUAMAN MENTERI
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.

"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu



RUMAH PENYAMUN MELAYU






DARI FACEBOOK ZUNAR

Mungkin kerana kemiskininan membolehkan menteri jaga agama Datuk Jamil Khir Baharom keluarkan wang zakat MAIWP RM63,650 untuk biaya kos guaman peribadinya. Tengoklah betapa daifnya rumah beliau di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh ni

BERSEDIA 901 !





ANAK MUDA BERSEDIA!







PERHIMPUNAN 9 JAN MENJURUS PADA REVOLUSI - mkini

PERKASA memandang serius berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari keputusan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar diumumkan pada 9 Januari depan.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Ibrahim Ali mendakwa "ada pihak yang mahu membuat huru-hara" pada hari tersebut.

"Ini kerja menghasut, menghina sistem kehakiman negara dan menodai serta mencabuli keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara.

"Dalam laman web ada kempen-kempen (ini) begitu meluas... Mereka bangkitkan kembali cerita di Tahrir Square, seolah-olah mengambil keputusan Anwar Ibrahim tidak bersalah," katanya dalam sidang media petang ini.

Sambil menunjukkan risalah tersebut, Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak turut sertadengan tindak tanduk pihak yang didakwanya mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam perhimpunan itu.

"Saya menyeru kepada rakyat supaya menghormati undang-undang. Kita mahu melihat negara kita aman damai, jangan dipunah ranah oleh kerana seorang individu.
"Serah kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Tetapi tindakan pre-emptive ini menjurus kepada revolusi.

"Siapa ganggu gugat perjalanan mahkamah, saya anggap (ingin) mencetuskan revolusi dalam negara," katanya.

Sehubungan itu, ahli parlimen Pasir Mas itu berharap pihak keselamatan menggunakan tindakan sekeras-kerasnya bagi menjamin keselamatan pada hari tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah...%%3*(0 )&%$Hnio 96723^&* kah kah kah

kah kah kah ...(*67236A5S7...&$80uyqwbzt6e434..t6237390... kah kah kah

kah kah kah...*&##56^&...(*78526678..akZ... kah kah kah






PROGRAM PROGRAM MELAWAN






TT DI KAJANG MALAM ESOK



















DI WANGSA MAJU MALAM ESOK










REMBAU MALAM TAHUN BARU








KENYATAAN MEDIA
28 DISEMBER 2011


Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM