Sabtu, 20 September 2014

ADA LAGI ULAT INI?








PUTRAJAYA 18 Sept. - Biro Tata Negara (BTN) dijangka melengkapkan Indeks Patriotisme Negara dengan respondennya terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa, agama dan latar belakang sebelum hujung tahun ini.


KAH KAH KAH
woit benda ni ada lagi
ingat dah pupus
ingat dah inna
kah kah kah
 
i rest my case
my lord 
 
 






---------------

KOPI OH KOPI





LAPORAN DARI KLUANG
 
FESTIVAL DAERAH TANPA TIE


 
festival daerah tanpa tie berjaya
hebat anak muda kluang
hampir 300++ yang dating
macam macam punya rupa
macam macam punya stail

semua cool




band DEGIL
band PIRATE
solo NIK JIDAN
nasehat USTAZ WAN JI
kah kah kah TUKAR TIUB

pelik tetapi benar
punya banyak mat skuter muncul
tak dipastikan dari lubang mana

RADIO BANGSAR dan DAPUR JALANAN
beri taklimat untuk anak muda
berkongsi pengalaman
buku fanzine baju t
ada yang menjual ada yang membeli

dtt - daerah tanpa tie
akan menyusun lagi
mungkin di muar
mungkin di batu pahat
mungkin di kota tingga
semua dalam perancagan

GAGALIS GAGAL LAGI
pagi ini nak minum pagi
di kedai kopi klasik
dalam stesen kluang
datang awal
memang awal
gagal gagal gagal
gagalis gagal dapatkan kerusi
ramai sedang berates salepas subuh

maka kami mencari minum pagi
di kedai kopi dalam Bandar
juga terbaik
yang paling baik
kopi pahit dengan lontong jawa

NOTA
tukar tiub malam ini
di jay bee buat
kah kah kah



-------------

TUKAR TIUB DI DANGA CITY MALL



MALAM

INI


 


JAY BEE

tukar tiub buat 

kah kah kah




-----------

PANDANGAN PEMBACA






PAS BUKAN MACAM DULU
Muktamar PAS Semakin hari kita nampak PAS sekarang bukan macam.dulu PAS mahu jadi macam.UMNO Beza pakaian saja UMNO merah PAS hijau Itu saja beza Wang sudah main peranan PAS keluar TV saban hari Ini satu perkembangan menarik PAS yang dihina dulu mendapat tempat Mendapat perhatian UmNO Kah kah kah Madey cakap betul Melayu memang mudah lupa Lupa jasa orang Lupa orang belanja Lupa budi orang Lupa niat baik orang PAS for all ?????

 Cakap tak serupa bikin Madey lagi bagus... Kurang kurangnya berani hentam depan Kah kah kah Apa pun rakyat semakin melihat Rupa pas yang sebenarnya Gambaran agamawan.semua main wayang Jual ubat kote keras lagi baguih Cari lah pasar malam mana mana Lemah.lemah lemah Akhirnya umno berjaya Mencaturkan perpecahan pakatan Mudah sekali pas Pas mudah lupa Bila umno kuat balik Pas akan duduk tepi longkang Kah kah kah Musibah.oh musibah Melayu kalah politik Berkopi setiap hari Berpolitik kedai kopi Saban hari tinggal.kerja Tinggal.keluarga Kah kah kaj on HAPUSKAN AKTA HASUTAN

Anonymous
on 9/17/14
MB LEMAH

Kalo dulu TGNA ada.. boleh jadi tokpekkong utk contoh. Skrg dah tua, MB dkrg lemah lembut dan lmao.. ada sapa berani tukar? PKR pun x berani kacau daun mcm PAS buat kat Selangor. PAS disokong bukan kerana Islam. Bukan disokong kerana hudud. Bukan disokong disebabkan setiap rakyat yg mengundi untuk menjadikan diri mereka ALIM ULAMAK. Tidak dan bukan. PAS disokong sbb ABU dan bukan bangsawan.

Rakyat Paria dah benci UMNO dan muak dgn golongan bangsawan. Kalo PAS masih nak bersekongkol dgn golongan bangsawan, lu boleh pergi mamposlah lps ni. Islam adalah perkakas utk dapatkan kuasa di kawasan majoriti rakyat paria melayu. Bukan nak meng-alim-ulamakkan rakyat paria pun.. Rakyat paria melayu cukup senang dibomohkan dgn agama. Cukup mujarab. Baca mantra agama, terus jadi kecut telur dan tak berani melawan dgn ustat2 yg bertindak sbg wakil tuhan. on SAH MULA MUAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 9/16/14

----------

MALAYSIA NIAGA DENGAN ZIONIS







PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL: KERAJAAN TERUS BERMUKA-MUKA

Portal berita Times of Israel pada tarikh 14 September 2014 telah mengeluarkan satu artikel bertajuk Malaysia favors Palestinians But Buys From Israel. Artikel tersebut telah mengesahkan berlakunya hubungan perdagangan dalam diam antara Malaysia dan Israel walaupun Malaysia sering menunjukkan sikap kritikal terhadap Israel.

Malah, Times of Israel juga memetik angka dan statistik yang sama seperti yang didedahkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini iaitu peningkatan drastik jumlah perdagangan dengan Israel bagi tahun 2013 dan juga mengesahkan sumber maklumat yang diperolehi SAMM adalah benar dan tepat.

Kegagalan MITI dan Kerajaan Persekutuan untuk berlaku tegas dalam melaksana kempen Boycott, Divestment and Sanction dan menarik balik kelulusan kabinet tahun 1996 itu, telah menjadikan Perdana Menteri dan Malaysia ditonjolkan sebagai seorang yang bermuka-muka oleh media asing.

Turut didedahkan oleh portal berita tersebut bahawa statistik perdagangan dengan Israel telah dimasukkan ke dalam ruangan "Lain-lain Negara". Sifat munafik pemerintah cuba disorok dan rakyat negara ini disajikan dengan air mata pemimpin terhadap nasib Palestine.

Lebih mengejutkan, portal tersebut menyebut bahawa selain daripada perdagangan yang dinyatakan dalam statistik rasmi, sebenarnya terdapat banyak lagi perdagangan tersembunyi yang berlaku. Adakah MITI tahu mengenai transaksi perdagangan tersembunyi yang dilakukan oleh pedagang-pedagang kapitalis ini? Apakah tindakan MITI terhadap transaksi tersembunyi ini?

MITI dan Kerajaan Persekutuan terus angkuh dan mengingkari janji untuk menilai semula perdagangan dengan Israel. SAMM sebelum ini telah mendedahkan nilai perdagangan yang menjangkau USD 1.5 billion bagi tahun 2013 dan untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2014, nilai transaksi berjumlah USD 884.7 juta iaitu peningkatan 27% daripada tempoh yang sama tahun 2013.

Apalagi helah dan dolak-dalik yang akan dikemukakan oleh MITI dan Kerajaan Persekutuan kali ini?

Kamu teruskan berbohong kepada rakyat Malaysia tetapi SAMM tidak akan berhenti membongkarkan transaksi perdagangan antara Malaysia-Israel terutamanya dalam transaksi yang melibatkan hasil pertanian negara yang dihantar ke Israel.
SAMM juga akan membongkar satu lagi pendedahan terbaru mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel dalam masa terdekat.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
 



-----------