Rabu, 27 Disember 2017

MAIN BOMOH






BOMOH
Main bomoh apa dapat tt? Tengok mona pandir apa dapat? Yang main dengan mona pandir apa dapat? Tengok bomoh king apa dapat? Yang main dengan bomoh king apa dapat? Tengok tuan haji najib. Main dengan altantuya. Altantuya bukan bomoh. on MAIN BOMOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/27/17






BUKA KESA BERKELAH DI PORT DICKSON







HENTIKAN

KERJA JAHAT

JANGAN SEKSA

ISA SAMAD

DIA TAK SALAH


Polis akan panggil Isa Samad bantu siasatan isu tanah Felda


POLIS akan memanggil bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung urus niaga tanah yang meragukan membabitkan hartanah agensi itu di Kuala Lumpur, lapor Astro Awani.

Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata keterangan Isa amat penting dalam siasatan polis untuk memastikan sama ada wujud elemen penipuan dalam urus niaga RM270 juta itu atau tidak, lapor portal berkenaan.


TUAN HAJI ISA

SPRM SALAH

TANGKAP

BILA TUAN AJI

DISIASAT

JANGAN GUNA

MADAH BERHELAH

AJAK SPRM

SAMA BERKELAH

DI PORT DICKSON

PASTI  TUAN AJI

SELAMAT


---------------------

HALAL TOYIBBAN







ISLAM BERI AJARAN
AGAR KITA SEMUA 
MAKAN REZEKI YANG  HALAL
LAGI TOYIBBAN



APA JADI 

DENGAN 

SOTONG

MARANG

SIAKAP KERAPU
KELAH IKAN DURI
SOTONG MERAPU
LEPAS MAKAN DUIT CURI









---------------------

NATANG BEWOK









HEBAT

TEPAT

SENDAT

LANGKAH BIJAK

LANGKAH CENDIA

LANGKAH CERIA

MUNTAH IJAU

Pas fokus kerusi Melayu
PUCHONG - Pas bakal bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi Dun dan 20 kerusi Parlimen di Selangor menjelang PRU14.

Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, parti itu komited untuk terus menerajui kesejahteraan Selangor melalui Gagasan Sejahtera setelah tidak lagi bersama Pakatan Harapan


MUSTAHIL 

NATANG BEWOK

AKAN  SOKONG

PARTI PAS

LOKMAN ADAM

TAK MINAT DGN

PARTI PAS

KAH KAH KAH
-------------------

SIAPA DIA TAN SERI TOKAN







SIAPA DIA

TAN SRI

TOKAN
Bai bai ta ta.... U know I know... Wash ur hand .... Mi no spik inglis hehehe on 
BAI BAI TA TA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/27/17




----------------

BACA SEKALI LAGI





BACA 

SEKALI

LAGI

DISINI

https://www.malaysiakini.com/news/406641




-----------------------

GADAI GADAI GADAI








GADAI GADAI

PADA

CHINA MERAH






--------------------

CIKGU SHAHNON







Pesan Cikgu Shahnon: Yang benar itu, luahkan

BELASUNGKAWA l Jika 26 Disember setiap tahun sering diingati kerana peristiwa Tsunami, maka pada tarikh serupa ia menambah lagi cerita dan berita luka.

Pemergian abadi guruku, Profesor Emeritus Dr Shahnon Ahmad, menambah jumlah lorek duka dalam diri selepas seorang demi seorang manusia yang akrab denganku sudah menghuni alam abadi.

Setahun menjadi antara pelajarnya ketika menekuni ilmu di Universiti Sains Malaysia (USM), Minden di Pulau Pinang, pertengahan 1990an lalu, mendekatkan mata hati dengan gemulah.

Biar pun ketika itu gelaran profesor sudah disandangnya namun beliau lebih senang dan amat mengalu-alukan dipanggil 'cikgu'.

Signifikan panggilan itu kerana katanya secara berseloroh dibawa hingga ke liang lahad dan disebut orang hidup selagi mereka tidak mati. Ia juga bersambung-sambung hingga kiamatnya dunia!

Mulianya seorang cikgu di mata hati seorang profesor yang tidak pernah sekali pun sepanjang hayat meninggi diri.

Tiada denda

Menghadiri kuliah gemulah antara keseronokan sebagai seorang remaja bergelar penuntut. Mana tidaknya, selingan realiti kehidupan sering diselitkan dalam pengajaran beliau.

Kalau tidak perbandingan, beliau pasti membuat perlambangan. Itu yang sering dikupasnya dalam beberapa novel seperti Srengenge.

Beliau sering membuka minda penuntutnya berfikir terus ke hadapan sambil menjinjing pengalaman hidup lalu sebagai iktibar.

Aku antara penuntutnya yang sering tidak menepati waktu kelasnya yang bermula jam 8 pagi. Tiada denda mahupun ditahan di luar kelas. Malah beliau mengalu-alukan kedatangan penuntut yang terlewat. Biar dapat separuh daripada tidak mendapat seluruhnya.


Tapi Shahnon Ahmad tetap Shahnon Ahmad. Beliau sabar mengulangi pengajaran yang tertinggal kepada penuntutnya pada masa itu juga.

Memanaskan punggung di dalam kelasnya seolah tiada apa-apa. Tidak jemu, jauh sekali meletihkan. Semua itu kerana penuntut seringkali terpesona dengan kupasan pengajaran yang memaksa aku dan rakan yang lain menerawang gambaran berkenaan di depan mata.

Lihat saja perinciannya dalam setiap penceritaan situasi, watak, persekitaran dan segala hal berkaitan naratif. Ia hidup di depan kami. Itu keistimewaan Cikgu Shahnon.

Bakat, bukan kudrat

Manusia bernama Shahnon ini tidak pernah sekali pun aku lihat kerut di dahi apatah lagi merengus berdepan dengan pelbagai ragam pelajar.

Beliau sentiasa kelihatan muda kerana dalam apa juga keadaan dan situasi, senyum ikhlas itulah awetnya. Sungguh aku gagal meniru peribadinya yang satu itu.

Gemulah juga, bagi aku, satu-satunya pensyarah yang tidak kedekut A-nya. Cuma yang membezakan kami pelajarnya adalah sama ada A (tolak) atau A (campur).

Lebih daripada itu tiada. Kertas peperiksaannya sering mendahului kertas-kertas lain disebabkan pemarkahan cenderung kepada mengenal bakat bukan kudrat.

Pada masa senggang pergi saja ke Pusat Islam USM yang beroperasi di Masjid Besar universiti. Temuinya di situ dan cuba ajak berlabun perihal sastera. Aku pasti, sesiapapun tidak tercatat ilmunya yang sangat luas.

Lebih-lebih lagi jika gemulah mengadaptasi ciri-ciri keagamaan dalam sastera. Yakinlah, jika rajin menelanjangi novel beliau akan ditemui unsur-unsur keagamaan dalam naratifnya. Tidak percaya? Kajilah!

Ranjau Sepanjang Jalan, Tunggul-Tunggul Gerigis, Patriach malah Srengenge adalah adaptasi kehidupan sebenar melalui pengalaman dicernakan di dalam novel-novelnya itu.

Malah, kebanyakan cerpen-cerpennya juga daripada pengalaman, pemerhatian dan penelitian terperinci yang sangat jarang dilakukan penulis lain.

Sangat jujur dan cukup ikhlas Cikgu Shahnon menularkan keperitan manusia yang berada di kalangan kurang bernasib baik. Itu yang dikhabarkan kepada penuntutnya sebaik soalan ditanya berkaitan isi penceritaan dalam novel atau cerpennya.

Sastera Islam

‘Apa yang benar mesti kita luah. Jangan pendam nanti menjadi barah. Tampung kegelisahan, ketidakpuasan malah kebencian kita melalui makalah. Guna bahasa indah kerana sebagai penulis kita sebolehnya mahu mengelak gundah’ - itu antara kalimat Cikgu Shahnon dalam memberi semangat kepada penuntutnya yang kuingat-ingat lupa.

Mungkin kerana itu jugalah tercipta novel Shit pada 1999. Benar. Cikgu Shahnon mempraktikkan apa yang diajar. Sungguhpun Shit dihentam kiri dan kanan, depan juga belakang namun ada rasional mengapa novel satira politik sedemikian dilahirkan.

Sebagai bekas penuntut dan sebagai penulis Cikgu Shahnon bukan saja kreatif tetapi juga dalam masa sama sangat kritis.

Aku mengagumi Shahnon bukan hanya kerana kami lahir di daerah sama iaitu Baling dan Sik tetapi kekaguman itu lebih bertumpu bagaimana dia mengeluarkan penderitaan penduduk pedalaman ke mata seluruh negara hanya dengan mencoretkan di dalam novel realiti kreatif.

Mungkin sebab itu juga beliau diangkat menjadi wakil bagi Parlimen Sik - tahun sama beliau dipandang negatif dan hampir-hampir kehilangan gelaran Sasterawan Negara.


Beberapa tahun kebelakangan ini, berita merosotnya tahap kesihatan beliau sesekali kudengar. Cikguku tidak segagah dulu. Cikguku beransur lemah. Cikguku kehilangan kudrat.

Namun di sebalik semua kekurangan itu aku yakin cikguku masih teguh mencintai sastera berunsur Islamik. Aku yakin kerana sejak hari pertama menjejaki kelas kuliahnya itulah yang diidamkannya - mengislamikkan sastera.

Pada pagi 26 Disember 2017, Shahnon Ahmad yang kukenal secara peribadi akhirnya mengikut hukum alam fana - setiap yang bernyawa pasti dijemput Ilahi.

Shahnon sudah pergi ke negeri abadi namun Lahuma dan Jeha tetap hidup di hati kita.

Shahnon dalam perjalanan tenang menemui Ilahi namun Shit yang dikeluarkan dahulu tetap berpaksikan demokrasi membela insan teraniaya.


Shahnon harapnya suci di depan Tuhan dengan meninggalkan khazanah sastera yang tidak mungkin sesiapa pun dapat lupakan.

Belasungkawa guruku. Kukenali hanya sekejap namun dalam sekejap itu aku mengenalimu!

FAUZI RAHIM MUSTAFA 
anak kelahiran Baling, Kedah
dan bekas graduan Universiti Sains Malaysia, 
juga menjadi penulis bebas.







-------------------------

BUMI MELAYU - SINGAPURA DAN ISRAEL






BUMI MELAYU

SINGAPURA

DAN ISRAEL


Saya telah menerangkan dengan jelas  bahawa mewujudkan Israel di bumi Arab ialah projek kolonial.  Sokongan warga dunia - anak semua bangsa - bangsa semua agama - terhadap perjuangan Palestin kerana ianya  satu  perjuangan adil.

Ini perjuangan anti-kolonial untuk mengambil kembali bumi dan tanah tanah air Palestin yang telah dijarah dan dijajah oleh kaum Zionis semenjak tahun 1948.

Sejarah merakamkan pada  14 Mei 1948 Israel telah diwujudkan oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sebelum 1948 Israel tidak wujud. Bumi yang dipanggil Isreal ini ialah Palestin. Bumi Palestin  dihadiahkan kepada kaum Zionis kerana pada ketika itu Palestin adalah tanah jajahan British.

Pada tahun 1948 - Tanah Melayu adalah juga tanah jajahan Inggeris. Singapura ada sebahagian dari Tanah Melayu.

Semenjak 1948 hingga ke hari ini Israel masih belum memiliki peta sempadan yang diterima dunia. Semenjak 1948 Isreal terus meluaskan tanah jajahan melalui perang. 

Pada tahun 1967 Isreal melancarkan perang dan menawan  Bukit Golan milik Syria.  Seluas 690 batu persegi  bumi Syria telah dirampas hingga ke hari ini.  Wilayah ini lebih luas dari 277.6 batu persegi  bumi Singapura.

Dalam perang 1967  ini juga  Israel telah meluaskan  tanah jajahan hingga ke sempadan Tebing Barat Palestin dan menawan dan merampas Baitulmuqadis dari jagaan Jordan.

Jika ditanya warga Israel dimana sempadan negaranya? Saya cukup yakin tidak ada satu jawapan yang tuntas dan tepat. Ini kerana sebagai projek kolonial Isreal sedang dan masih  meneruskan projek menjarah dan menjajah  bumi Arab.

Malah telah terbocor beberapa peta sulit kaum Zionis yang memaparkan peta  Israel yang sempadannya akan diperluaskan hingga ke lembah Sungai Dajlah di Iraq.
Siapa dia kaum Zionis ini? Dari mana mereka datang?

Sebelum Israel wujud memang telah ada kaum Yahudi yang tinggal di Palestin. Ketika British menjajah Palestin wilayah ini  adalah wilayah plural  dimana penganut Islam, Kristian dan Yahudi hidup sebelan nyebelah sebagai warga negara. Majoriti  warga Palestin pada tahun 1948 ialah  Arab Islam dan  Kristian. Kaum Yahudi wujud sebagai minoriti. Yahudi ini adalah Yahudi asli turun temurun semanjak Nabi Musa.  

Di Tanah Melayu pun sama. Sebelum Inggeris menjajah melalui Perjanjian Pangkor 1874 majoriti penduduk adalah Melayu Islam. Kaum China ada wujud bersama  di Melaka yang berhijrah bersama Puteri Hang Li Po dizaman Sultan Mansor Shah. Hakikatnya  Tanah Melayu adalah Bumi Melayu. Period. Khalas.

Jika Yahudi minoriti di Palestin pada tahun 1948 maka dari mana beratus ribu yang menjadi warga Israel? Jika  Melayu majoriti di Tanah Melayu bagaimana ada China dan India?

Jawabnya -  kaum Yahudi ini meloroh masuk  ke Palestin kerana  mereka dibawa masuk oleh kaum Zionis dan dibantu oleh penjajah  Inggeris.  Di Tanah Melayu - China dan India dibawa masuk oleh Inggeris.

Projek Zionis ini cukup licik. Hitler telah membantai kaum Yahudi di German ketika Perang Dunia. Kaum Yahudi telah dibantai  kerana mereka memiliki harta kekayaan yang meguasai ekonomi dan politik German. Ini adalah sebahagian dari punca Perang Dunia Kedua. Ini fakta.

Ketika dalam Perang Dunia Kedua dan sesudah perang tamat dengan bijak  lagi tersusun para pemimpin Zionis telah mengajukan agar Yahudi di Eropah berpidah ke Palestin. Huru hara yang dilakukan oleh Hitler ini menjadikan niat dan cita-cita pemimpin  Zionis ini tercapai.

Waspada bukan semua Yahudi itu Zionis. Tapi semua pemimpin Zionis itu adalah Yahudi.

Sejarah telah merakamkan bagaimana Amerika sendirii telah menghalang masuk orang pelarian Yahudi dari German lari mencari perlindungan di Amerika. Orang pelarian Yahudi di Eropah semunya didorong untuk berpindah ke Palestin walau pun niat asal mereka ialah lari ke Amerika.

Kemasukan Yahudi ke bumi Palestin  pasti telah menimbulkan  penentangan . Tetapi dengan politik, diplomasi dan kuasa senjata dari  Anglo-Amerika - penentangan Arab terhadap Yahudi Eropah yang berduyun masuk ke Palestin ini telah digagalkan.

Sayugia disedari bahawa sebelum  Perang Dunia  Kedua pecah  pemimpin  Zionis antarabangsa telah menyusun Haganah. Haganah adalah kumpulan pengganas Yahudi. Kumpulan ini bergerak juga di Palestin.  Haganah ini telah  melakukan keganasan  di Palestin lama sebelum  Isreal diwujudkan.

Pengganas Haganah ini memainkan  peranan  yang penting membantai dan mengganasi warga Palestin apabila projek kolonial Israel bermula. Haganah menghalau warga Palestin untuk meninggalkan  Palestin. Peranan dan  taktik Haganah ini  sama sapertii apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kumpulan Isis ketika Isis bergerak di Iraq dan Syria. 

Haganah dan Isis mengebom, sabotaj, meracun dan membunuh. Semua untuk menakutkan orang ramai.  

Keganasan  Haganah ini telah berjaya mengosongkan banyak kampong dan wilayah di Palestin. Wilayah yang dikatakan tak ada penghuni ini  akhirnya  diduduki oleh pandatang baru.

Pendatang baru - inilah kunci untuk memahami apa itu Israel.

Pendatang baru ini ialah Yahudi dari Eropah. Hakikatnya Israel ini adalah negara pendatang baru.  Dalam istilah politik moden Israel ialah ‘settler state’ Dalam Bahasa Melayu  ‘settler state’ ialah negara penempatan baru.

Australia, New Zealand, Canada, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Amerika Serikat - adalah contoh terbaik negara penempatan baru.  Di negara ini Orang Puteh datang berhijrah dan terus mengakui bumi ini hak milik mereka. Wal hal telah wujud masyarakat bumiputera disana. Warga bumiputera di negara-negara ini akhirnya  ditenggelami oleh  pendatang asing.

Hanya Zimbabwe dan Afrika Selatan sahaja yang dapat menkalehkan kembali kedatangan pendatang baru ini. Mereka angkat senjata dan menghalau pendatang baru ini.

Kepada warga dunia Palestin telah diwar warkan sebagai bumi subur yang kosong tidak berorang. Maka berbondong-bondong pendatang baru masuk. Akhirnya  Pelestinian  kini menjadi minoriti dibumi sendiri. 

Awas dan sedarilah apa yang berlaku kepada Palestin adalah taktik dan stratiji berjangka panjang kuasa Anglo-Amerika.  Apa sangkut pautnya babak sejarah Palestin ini dengan Tanah Melayu?

Jawabnya - Singapura oh Singapura. Singapura  yang pura pura singa. Malah taktik Zionis  ini juga  yang telah dijalankan kepada Tanah Melayu.

Lihat dan kaji bagaimana Tanah Melayu berubah bentuk dengan kemasukkan pendatang baru dari China dan India. Pada satu tahap Bani Melayu telah hampir menjadi Red Indian dalam negara sendiri. 

Ini diselamatkan dengan satu lagi projek kolonial yang dipanggil Malaysia. Harus diakui  bahawa  latar belakang Projek Malaysia ialah usaha untuk menjadikan kembali Melayu sebagai majoriti di Tanah Melayu.

Baca dan fahami pula bagaimana Singapura wujud. Baca sejarah  bagaimana Singapra diambil alih  oleh Inggeris pada tahun 1819. Baca dan kaji  bagaimana Pulau Temasek ini  dipisahkan dari Ibunada Tanah Melayu pada tahun 1957. Dan kaji  bagaimana Singapura dibawa masuk kemudian dipisahkan sekali lagi dari Bonda Kandung Tanah Melayu pada 8 Ogos 1965.

Semua ini adalah stratiji Inggeris yang berjangka panjang. Singapura ini adalah wilayah penempatan baru.  Kalau Isreal untuk Bumi Arab maka Singapura adalah Israel untuk Bumi Melayu.

Apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Apa yang saya lakukan ialah memberi satu penilaian baru terhadap fakta sejarah ini. Justeru ini bukan lebong Hishamuddin Rais.

Kenapa saya berani mengatakan bahawa  Israel dan Singapura diwujudkan adalah  sebagai taktik dan stratiji kuasa Anglo-Amerika berjangka panjang?

Teliti rapi-rapi. Baca dengan teliti disetiap negara bekas tanah jajahan Inggeris  yang telah ditinggalkan - tapi  terus bermasalah. Inggeris sengaja meninggalkan masalah.

Di Uganda - Orang India di bawa masuk. Uganda diselamatkan oleh Idi Amin. Pakistan diwujudkan atas nama Islam. India dan Pakistan memunculkan Bangladesh. Lihat bagaimana Kashmir sengaja ditinggalkan tanpa keputusan  ketika Pakistan dan India mahu merdeka tahun 1947.

Hari ini Kashmir membuka kancah perang untuk India dan Pakistan. Ini sama saperti taktik British di Tanah Melayu. Singapura sengaja  ditinggalkan apabila Tanah Melayu mahu merdeka tahun 1957.

Lihat  pula bagaimana kolonial Inggeris terus berkuasa terhadap Hong Kong hingga  tahun 1987 walau pun China telah mendirikan Republik Rakyat pada 21 september 1949.

Seluruh bumi semenajung  Arab diracik-racik oleh Inggeris dan Peranchis. Hinggakan disetiap seribu batang pokok tamar diwujudkan sebuah negara Arab yang dikawal oleh seorang Sheikh yang berjubah dan berserban. 

Betul - semua ini adalah hasil pengalaman pasca kolonial untuk negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Tetapi dibelakang semua ini adalah stratiji berjangka panjang kuasa kolonial Inggeris. Kuasa kolonial ingin negara-negara bekas tanah jajahan terus bermasalah dan  akan terus merujuk kepada Old  Mother England.

Wajib saya nyatakan disini. Inggeris ini penjajah yang licik dan berpengalaman. Inggeris telah menjajah Scotland. Telah menjajah Wales. Telah menjajah Ireland selama 600 tahun. Elit politik dan elit ekonomi Inggeris licik dan berpengalaman.

Inggeris datang menjajah dunia sesudah kuasa kolonial Sepanyol, Belanda dan Peranchis hampir runtuh. Inggeris mengumpul pengalaman dari kuasa Sepanyol dan Belanda. Hasilnya , Inggeris menjadi penjajah yang lebih licik , tersusun dan berstratiji.

Banyangkan - Kota London menjadi pusat jual beli getah asli, jual beli bijih timah, jual beli  emas , jual beli bahan bakar petrol. Tetapi - tidak ada sebatang pokok getah di London kecuali di Kew Garden untuk pelancung bukan untuk ditoreh.

Bayangkan England  hanya sakeping tanah pulau  yang basah lagi sejuk. Yang hanya memiliki arang batu dan air Sungai Thames  yang juga  sejuk. Tetapi telah berjaya menaklok lebih dari satengah wilayah dunia. London menjadi pusat ekonomi, pusat ilmu dan pusat politik dunia sebelum diambil alih oleh Amerika.  

Bayangkan  - pada  tahun 2017 - Jabal Tarik ( Gibraltar ) dalam bumi Sepanyol masih lagi dimiliki oleh Inggeris. Ini kuasa Pax Bitania. Kuasa inilah yang mewujudkan Israel dan Sigapura.

Isreal dan Singapura ada dua tanah penempatan baru yang kini memainkan peranan yang sama. Israel kini menjadi pengkalan tentera Amerika. Singapura juga menjadi pengakalan tentera laut dan udara untuk bala tentera Amerika.
Singapura menjadi pusat risikan Amerika dengan kapal terbang  AWACS yang mengawal bumi Melayu - Tanah Melayu dan Indonesia. Israel  bukan saja memiliki AWACS malah dengan bom nuklear kini menjadi pusat intel  Amerika untuk terus mengancam bumi Arab.

Dalam pergolakan politik hari ini Israel dan Singapura menjadi semakin penting. Dua wilayah pendatang baru ini pura pura berlagak saperti singa. Isreal  membuat kacau untuk menakutkan warga Arab. Singapura buat onar  untuk menakutkan Bani  Melayu.

Apa akan terjadi kepada dua negara yang ‘artifisial ini’.  Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45








-------------------------

BAI BAI TA TA







AWAS

LIHAT TUNGGU

APA AKAN JADI

AKAN BAI BAI

TA TA  KE ?



Drugs worth RM23 million seized in Penang

THE Customs Department has seized 1.541 million Erimin 5 pills, worth more than RM23 million, smuggled via Penang International Airport in Bayan Lepas on December 17.

Deputy director-general (enforcement and compliance) Zulkifli Yahya said based on intelligence and surveillance carried out, the department raided the importing agent’s premises in the airport's free commercial zone (FCZ) about 9am, and seized 12 boxes filled with Erimin 5 pills and arrested two men, aged 18 and 34.


INGAT TAK

DULU DI JOHORE

SATU LORI PENUH

DENGAN DADAH

DARI UTARA

IKUT JALAN

KOTA TINGGI

TAPI

ESOKNYA

POLIS KATA

BAI BAI

TA TA



------------------

MAIN BOMOH










F.BOOK

baru-baru ini sempat berbual panjang dgn pemimpin umno yg pernah jadi YB.antara cerita ialah tentang bomoh,menurut beliau pemimpin umno guna khidmat bomoh sewaktu pemilihan,untuk dipilih jadi calon malah utk 'hapuskan' saingan.menurutnya lagi ada exco Pahang pernah guna khidmat mona fendy-hari sekian kena pakai baju warna sekian,hari berikutnya baju warna lain pula-waktu itu pemimpin umno ini bertanding utk jawatan Ketua Pemuda Bahagian.sekarang ini kira exco kanan juga.saya tanya betul ke cerita ini dan bekas YB ini jawab memang betul dan dah jadi budaya malah rahsia umum!
kepada saya amalan ini bukan sahaja menuju ke kesyirikkan malah lebih jauh lagi menunjukkan tiadanya self-confident mereka serta menunjukkan mereka sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kuasa.


Abdullah Baharum Jampi pada tangki air SYABAS>Siapa minum air terus mengundi ....
Manage
6y
LikeShow more reactions
Mohd Baharin Harun Buat Orang Mati On-call jadi Hantu.... BOMOH?..
Manage
6y
LikeShow more reactions
Abdullah Baharum tak jadi mengundi manusia...Undi hantu!
Manage
6y
LikeShow more reactions
6y
LikeShow more reactions
Yahaya Rahman dah nak habis tempoh... tunggu agm.... mac2011
Manage
6y
LikeShow more reactions
Azim Afrina This is real in Umno,not fake. Even our 1st lady use the shaman to marry her lattest husband. Source: from her former neighbour.

--------------------