Selasa, 2 Mei 2023
KERAJAN GOYANG ? ATAU RAJA GOYANG ?
APA MAMAT INI
GORENG ?
KAH KAH KAH
KERAJAAN GOYANG
ATAU
RAJA GOYANG ?
KHALAS
TANDA SAHIH KIAMAT IKLIM
Kanak-kanak mati disyaki berpunca daripada strok haba
KLUANG – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di sini semalam disyaki berpunca daripada strok haba.
Bapa kanak-kanak itu, Syahrol Azmi Mohd Hekak berkata, Airiel Syahren merupakan anak keduanya disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat septic shock secondary to meningoencephalitis di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot dan muntah.
“Saya pada permulaan seperti dengar benda bunyi jatuh yang kuat dan mendapati dia (anak) seperti tekena kekejangan dengan keadaan badan merengkot.
“Melihatkan keadaan anak sedemikian sudah pasti buat saya berasa panik kerana tidak pernah mengalami situasi ini, apa yang saya boleh lakukan waktu itu saya hubungi 999 dan ia terus sambungkan panggilan saya ke Hospital Kluang.
“Ketika itu pihak hospital bertanya adakah anak saya pernah menghidap penyakit sawan dan waktu itu saya hanya mengikut arahan pihak hospital dengan mengiringkan badan anak sehingga tunggu ambulan sampai,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Syahrol menunjukkan surat perakuan kematian anaknya yang berpunca daripada simptom strok haba.
Menurut Syahrol, beliau menerima panggilan daripada hospital tidak lama selepas itu yang memintanya datang ke wad.
“Tetapi tidak lama kemudian jantung saya macam nak gugur apabila tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
“Ketika meninjau di tabir katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ,” katanya.
Kanak-kanak tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas solat Zohor semalam.
AL-FATIHAH
AMIN
AWAS
MALAPETAKA
CUACA
AMIN
PANAS YANG
LEBIH PANAS
BILA LA NINO
SAMPAI
AMIN
INI TANDA
SAHIH
KIAMAT IKLIM
KHALAS
CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA
Mat Hasan nafi ahli Parlimen BN terlibat usaha guling kerajaan
BARISAN Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan pengerusinya Mohamad Hasan berkata BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang stabil serta diperlukan bagi menguruskan negara, dan kerajaan ketika ini ditubuhkan atas dasar kerjasama pelbagai parti.
“Untuk menumbangkan kerajaan sekarang saya rasa agak sukar kerana Akta Anti Lompat Parti telah berkuat kuasa dan mana-mana ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil.
“Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148,” katanya dalam sidang media di Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman yang mendakwa Perikatan Nasional telah mendapat sokongan 126 ahli Parlimen.
Mohamad, yang juga menteri pertahanan, turut menyuarakan komitmen penuh BN dalam memastikan kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan kuat.
Beliau berkata negara telah ketinggalan hampir lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai majoriti yang kuat.
“Sekarang kita telah mempunyai kerajaan yang mempunyai majoriti yang kuat dan kita perlu berusaha duduk bersama untuk menguruskan negara.
“Pada 14 Mei ini, kita akan ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan untuk melihat sejauh mana dan bagaimana janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat ditunaikan kepada rakyat,” katanya. – Bernama, 2 Mei 2023.
KAH KAH KAH
KAH AH KAH
WOIT
JANGAN LUPA
CARA MEMBACA
MEDIA MALAYSIA
KAH KAH KAH
KATA KUNCI
IALAH NAFI
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
KHIANAT COGAN KATANYA
KHIANAT
COGAN KATANYA
KHALAS
Unknown commented on
"HANCURKAN UMNO"
Hebat sekali 30 tahun pakai duit rakyat pakai jadi wakil rakyat dapat gaji dapat elaun dapat projek dapat sumbangan dapat bantuan semua dapat atas nama UMNO sekarang marah merajuk tikam tikam kah kah manusia begini dah ramai, malah ibu bapa sendiri sanggup tikam inikan pulak orang lain biasa biasa saja asal dia dapat jadi wakil rakyat balik kalau nasib baik mungkin dapat jadi Munke balik doa yang baik baik masa mencuri sama sama untung masa tangkap semua pakar lari budaya UMNO selalu kahkah
HUJAN REDA BERHENTI
HUJAN BERHENTI
KEMBALI CERAH
GURUH MASIH KEDENGARN
BUNYI AMAT JAUH
GUA JUGA TERDENGAR SUARA
BURUNG HOW WOW
SEBENTAR LAGI
GUA AKAN MASUK KE HOKKIEN
MALAM AKAN JADI SEJUK
SUASANA SANTAI
SELESA UNTUK CARI MAKAN
KEMUDIAN MELEPAK
DI JALAN THAMBYPILLAY
AMIN
PANAS DAN HUJAN
PANAS & HUJAN
JAM 5.30 PETANG
CUACA BERUBAH
GURUH KILAT PETIR
HUJAN TURUN DEENGAN LEBAT
SEJUK DAN BASAH
BILA HUJAN REDA
MALAM JADI SEJUK NYAMAN
AMIN
TIPU TERUS MENIPU MELAYU
TERUS TIPU
MELAYU
KHALAS
Unknown commented on
"PRN - ADA TIPU ADA HELAH"
Jangan tertipu..PH..UMNO/BN mempunyai pengalaman luas..60tahun.. merompak.. menipu..mengkhianat..sesiapa sahaja..asalkan matlamat mereka tercapai..belajar dari sejarah..cukup-cukup la..mandat dah diberi..teruskan..rakyat nak perubahan..nak lihat a better MALAYSIA...
HANCURKAN UMNO
Saya mahu jadikan Tanjong Karang, Selangor kubu kuat PN – Noh Omar
SHAH ALAM – Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar nekad untuk menjadikan Parlimen Tanjong Karang dan negeri itu sebagai kubu kuat Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Jun ini.
Noh yang enggan berselindung lagi, secara terbuka mengakui kini beliau akan memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang di Parlimen Tanjong Karang setelah usaha beliau hampir 30 tahun dipersiakan parti itu
“Saya sudah berusaha menjadikan Tanjong Karang sebagai kubu kuat UMNO dan BN, tapi apabila ada orang luar nak menghancurkan UMNO sendiri, maka saya akan berusaha pula menjadikan Tanjong Karang kubu kuat PN.
“Pertandingan akan berlaku, saya kena pilih pasukan masa saya nak masuk. Saya pilih pasukan yang saya tengok akan mendapat sokongan dan tepukan gemuruh daripada penyokong iaitu PN hari ini.
“Siapa tak sayang UMNO, darah saya UMNO lah tapi saya tak boleh terima, benci saya, marah saya tapi jangan hancurkan UMNO.
BERITA BAIK
UNTUK NEGARA
AMIN
GEDEBE UMNO
KINI BEKERJA
UNTUK HANCURKAN
UMNO
KHALAS
KITA WAJIB SOKONG
LANGKAH BAIK
PENGHANCUR
GEROMBOLAN
KHALAS
SERANGAN MENYENGAT
Pembangkang perlu henti serang Anwar, kata J-KOM
PEMIMPIN pembangkang perlu menghentikan serangan ke atas Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan selain berusaha menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan sistem federalisme berjalan lancar.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Agus Yusoff berkata mereka juga boleh berunding dengan kerajaan Pusat sekiranya mahukan peruntukan sama rata diberikan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.
“Anwar sudah berkali-kali menyatakan kesediaan beliau untuk berbuat demikian, tinggal lagi pemimpin pembangkang perlulah datang berunding mengenainya.
“Itulah yang dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang, beliau datang berunding dengan Perdana Menteri waktu itu (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan hasilnya termeterailah MoU (Memorandum Persefahaman) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 Sept 2021,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata tindakan Perdana Menteri ketika itu adalah contoh pembangkang yang konstruktif dan mempunyai agenda yang baik sehingga ke arah transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Meskipun Kerajaan Perpaduan masih banyak kekurangan, beliau berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan tetap mendengar dan berusaha keras untuk mempercepatkan reformasi yang dijanjikan.
“Bersabarlah. Anwar dan Kerajaan Perpaduan ini baharu sahaja lima bulan memerintah. Nilai kejayaan Anwar dan Kerajaan Perpaduan ini dengan mata hati.
“Lihat kepada media yang lebih bebas, gejala rasuah yang sudah dapat dibendung, pemborosan yang dapat dijimatkan, ekonomi yang lebih baik, pembelaan kepada rakyat miskin, negara yang lebih demokratik, rakyat yang semakin bebas bersuara, tetapi ingat jangan sampai memfitnah dan menyentuh 3R (raja, agama, kaum),” katanya.
Mohammad Agus berkata Anwar juga komited mahu mewujudkan tata kelola baik, membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, mendakwa tanpa memilih bulu, membela kemiskinan serta mengangkat kemanusiaan.
“Saya semakin optimis. Saya mengharapkan sangat reformasi dapat disegerakan dan Malaysia MADANI akan terlaksana baik,” katanya. – Bernama, 1 Mei, 2023.
INI MAKNANYA
SERANGAN
PEMBANGKANG
MENYENGAT
KAH KAH KAH
MAT NGOK
INI PATUT SENYAP
AMIN
BIARKAN
PEMBANGKANG
SIBUK BERSUARA
AMIN
SEKARANG SEMUA
TAHU SERANGAN
PEMBANGKANG
MENYENGAT
KHALAS
SANUSI SENYUM
PALING PANJANG
KHALAS
KAVADI UNTUK PARTI ISLAM
Lebih 20 bekas pemimpin, ahli Umno akan sertai PAS
KOTA BHARU: Beberapa nama besar adalah antara lebih 20 bekas pemimpin dan ahli Umno dijangka menyertai PAS tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, tokoh terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa.
Katanya, mereka dijangka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.
“Tan Sri Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk menyertai PAS. Setakat ini kita menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PERIKATAN NASIONAL (PN).
“Mereka boleh menyertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu yang merupakan parti komponen PN,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.
Pada Sabtu lepas, Annuar memberitahu masih aktif dalam politik biarpun dibuang daripada Umno.
Menurutnya beliau akan lebih aktif selepas ini dengan memilih perjuangan bersama parti ‘berhaluan baik’.
Takiyuddin juga berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada memberi maklum balas mengenai tawaran menyertai PN.
“Mereka yang bakal menyertai kita itu sama ada akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya ia bergantung pada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-69, beliau berkata tidak akan berlaku sebarang perubahan besar saf kepimpinan parti.
Menurutnya, setakat ini kepimpinan yang sedia ada diterima baik dan mereka terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“PAS ada pemilihan pimpinan pada muktamar tahun ini. Mesyuarat agung di 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai diadakan.
“Cuma di peringkat pusat belum lagi diadakan muktamar dan pemilihan pimpinan kerana ia ditangguh bagi memberi tumpuan menghadapi PRN,” katanya.
Sebelum ini, beliau mengumumkan Muktamar PAS ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan. –
WOIT
KAH KAH KAH
KINI PARTI ISLAM
PULA AKAN
MEMIKUL KAVADI
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)