SALUT ANAK MUDA YANG BERANI

NOTA:
sila bawa
ketidak puasan hati
ke jalan raya
hanya jalan raya jadi penentu!
MAHASISWA UPSI BERDEMO LAGI, TUNTUT JAMINAN POSTING – harakah daily
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.
Piket yang dinamakan 'Posting 2.0' merupakan rentetan daripada isu penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan keluaran universiti awam yang melanda mahasiswa.
Bercakap kepada Harakahdaily, Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriah Ab Halim menjelaskan, sehingga hari ini belum ada kenyataan konkrit dari pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa pendidikan tersebut.
"Wakil mahasiswa telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Dr Wee Ka Siong) bagi mengetahui kedudukan sebenar serta maklum balas dari pihak kementerian namun sehingga kini kita tidak tahu kedudukan sebenar mahasiswa selepas mereka tamat pengajian di sini," jelasnya sambil menambah pertemuan tersebut dibuat pada 19 November lalu di parlimen.
Tambah Nurul Piteriah lagi Piket Posting 2.0 itu bermula pada jam 1.00 petang, di mana sekumpulan mahasiswa seramai 70 orang telah berarak dari Sudut Pidato ke bangunan Canselori untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi univesiti.
"Mereka akhirnya disambut oleh Naib Canselor UPSI, Professor Zakaria Kasa di pejabat beliaunya. Pertemuan antara perwakilan Pro-Mahasiswa UPSI (Legasi Mahasiswa Progresif dan Mahasiswa Pendidik) dilaporkan berlangsung secara sihat dengan pihak universiti yang akhirnya akur dengan tuntutan mahasiswa dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini.
"Pihak universiti juga dikatakan telah menghantar nama-nama graduan yang belum mendapat penempatan untuk diuruskan oleh pihak berwajib," sambungnya.
NOTA:
satu lagi bukti demo telah menjadi budaya kita
ini satu yang baik
anak anak muda weajib diajar turun ke jalan raya
jika pilihanraya kali ini menipu
maka jalan raya adalah pilaian tepat
NOTA:
tolong sampaikan berita demo ini
kepada madey
biar madey kena sembelit
kah kah kah
PADAN MUKA

ESOK DI KOTA BAHRU

BORAK PRU-13
MODERATOR: SYAUQEY
AHLI PANEL :
• HISYAMUDIN RAIS
• MOHD FAIZAL YUSOF (PEGUAM)
• HJ. RAHIM (BEKAS PENGARAH SPR NEGERI KELANTAN)
• AHMAD SYAZWAN (PRESIDEN GAMIS)
• DR. ABDUL HALIM (PENGERUSI GABUNGAN NGO)
• HJ. ABU SAMAH (KETUA BIRO NGO PKR)
• ADUKA TARUNA (BLOGGER)
• ZAHARI(WAKIL NGO ANAK MUDA KELANTAN













