Rabu, 21 Julai 2010
SENYUM PETANG RABU
NYAH JANGAN CALL MAK MACAM ITU
nota:
alaaa mak ni
nyah nak acah aje
tengok abang serban tu
dah nyah perangkap kah kah kah
PAS PERTAHAN HARUSSANI BERBOHONG, CABAR DEDAH IDENTITI WAKIL - minsider
PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS.
Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.
“Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.
“Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau,” kata Mahfuz.
nota:
mat serban macam mana?
kah kah kah
INI SATU TAKTIK
TAKTIK KANG KANG KANG
BATAL ? APA MAKNA NYA
Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.
Ketua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".
Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog it
nota:
jangan salah bacang
ini satu taktik dalam usaha kerajaang perpaduang
suarang keadilang di tutang
tapi harakang di benang
kemudiang pejabat keadilang dikepang
bukti pkr tunjuk garang
ini trik zamang britang
pkmm tangkang
api tangkang
awas tangkang
beru umnong bebang kerjang tipu melayong kang kang kang
JANGAN HINA JAGUH KAMPONG !
JAGUH KAMPONG MELAWAN WALL STREET JOURNAL
BEKAS DUTA : ANWAR AKAN TERUS DIHUMBAN KE PENJARA - mkini
Sekiranya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?
Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.
"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.
"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”
IBRAHIM : MALOTT TOLOL, PERKASA BUKAN MILITANT - minsider
Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan bekas duta Amerika ke Malaysia John R. Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal, sebagai satu “tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.”
“Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Dia (Malott) gila mengatakan Perkasa adalah kumpulan militan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas rencana Malott berjudul “What Anwar’s Trial Means For Malaysia” di muka surat 15 akhbar itu, yang antara lain menyatakan “Satu kumpulan militan baru dikenali sebagai Perkasa, yang mendakwa bahawa hak orang Melayu sedang terancam oleh golongan minoriti China dan India, mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota parti pemerintah yang lain.”
Ibrahim, berang dengan tuduhan itu, menegaskan bahawa Perkasa merupakan pertubuhan sah bagi membela bangsa Melayu dan bukan militan yang menggunakan senjata dalam perjuangannya.
.KAH KAH KAH…
kah kah kah… INI HEBAT… JAGUH KAMPONG SUDAH KELUAR DARI KAMPONG…kah kah kah..
woit… BETUL INI… MEMANG MAT SALEH INI KURANG AJAR…. kah kah kah..
kah kah kah…. CAMPUR TANGAN DAN KAKI HAL MALAYSIA…kah kah kah..
woit… JAWAB LAA .. TALIPON KETUA PENGARANG THE WALL STREET JOIRNAL…kah kah kah..
kah kah kah… MAKI HAMUN MEREKA…TULIS SURAT PADA KETUA PENGARANG…. kah kah kah..
woit….KALAU TAK TAHU TULIS MINTA TOLONG PADA MAT TAIB….. kah kah kah…
nota:
ibrahim ali talipon ketua editor the wall stret journal
ibrahim ali maki hamun mat saleh ini.
padan muka mat saleh ini.
nak tahu apa mat saleh ini jawab:
mi no spik kelatee koh koh koh
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - TERKINI ! TERNOW !!
GUA KENA TANGKAP DI BAWAH AKTA APA?
POLIS TANGKAP KOMPUTER DI IBU PEJABAT PARTI KEADILAN - jam 11.52
Seramai 10 orang anggota polis telah datang masuk ke
ibu pejabat Parti Keadailan Rakyat di Tropicana.
Bertujuan untuk merampas komputer yang telah digunakan
oleh Cik Gu Badrul Hisham.
Pada ketika berita ini ditulis pihak polis masih menunggu
Cik Gu Bard.
Keadaan ini menggangu kerja-kerja parti terutama untuk
menyelaraskan nama-nama ahli UMNO yang ingin menjadi
ahli PKR.
PKR tidak tahu komputer mana yang akan di tangkap !
IKANG MASUK REBANG
YANG BERSERBAN INI MANMOHAN SINGH BUKAN MEMOHON SINGH MINTA SEMBAH NAK JADI MENTERI
PERPADUAN: JANGAN TERPERANGKAP POLITIK MURAHAN UMNO – harakah daily
PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.
“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” ujar Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.
Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH..
woit… MAHFUZ…. HANG PERGI BUKA SERBAN KETUA PEMUDA HANG DULU…. kah kah kah..
kah kah kah…. LILITAN BERAT SANGAT…. HINGGA TAK BOLEH BERFIKIR….. kah kah kah…
kah kah kah… KEPALA TAK DAPAT BERNAFAS…. kah kah kah..
woit…BAGI TARBIAH POLITIK….KAO KAO KAO…. kah kah kah..
kah kah kah…..LEPAS ITU BARU AJAK RAKYAT GOMOL GEROMBOLAN….. kah kah kah…
kah kah kah… KALAU TIDAK … BERAT… TIAP KALI NAK MELAWAN… KENA SLOOO…kah kah kah..
kah kah kah… KAKI TERIKAT DENGAN KAIN SERBAN…. kah kah kah
RAMALAN KAJI CUACA
CARI LAH RUMI SEBELUM MASUK JAWI
PEMUDA PAS SOKONG PERPADUAN – berita hairan
Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong pertemuan kepemimpinan parti itu dengan UMNO untuk membincangkan cadangan supaya kedua-dua parti menjalin kerjasama bagi memastikan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
Ketuanya, Nasruddin Hassan, berharap pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi kenyataan sebagai langkah awal untuk memulakan pertemuan yang lebih banyak selepas itu.
Saya mendoakan pertemuan itu menjadi kenyataan. Peluang sebegini bukan senang dan banyak perkara boleh dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi ini,” katanya kepada Berita Harian semalam.
UMNO ,PAS PERLU PELAN DAMAI - melayau
UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.
Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota: sila lihat kembali tulisan tt
tiga hari dahulu – tak caya ada orang
bemimpi siang dan malam untuk dapat
kuasa – jangan terpengaruh dengan janggut
dan serban – dalam realpolitik agendanya
ialah kuasa bukan janggut dan serban kah kah kah
(United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.)
BERITA PUTAR ALAM
BAGUS KERANA BERDEMO
nota: ini gambar pelajar berdemo
budaya demo telah menjadi budaya kita
lain kali senang nak turun ke jalan raya
bagi madey kecing dalam seluar kah kah kah
MB S’GOR : KEPUTUSAN PINDAHKAN PELAJAR IKYS KEKAL - mkini
Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan di sebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.
nota:
perhatikan berita ini
dua hari dahulu laporan dari melayau
dan berita hairan mengatakan IKYS ini ditutup.
khalas. abis cerita. bungkus.
lihat laporan kenytaaan mb ini
IKYS bukan ditutup tapi dipindahkan.
tutup : tak boleh masuk lagi
pindah: boleh masuk tapi tempat lain.
gerombolan di selnagor telah tutup kedai
harta yang mereka rampas akan dipulangkan
kepada orang ramai kah kah kah
MARI KETAWA DI PAGI BUTA
KEMPEN KERAJAAN : RAKYAT WAJIB IKUT CAKAP KERAJAAN
nota:
kalau makan angin
jamin tak sembab macam malikul kah kah kah
TAK KAN BARU SEKARANG SEDAR ?
LIMA PULUH TAHUN - BARU DIKETAHUI GENG BERKERIS HITAM
SIAPA DIA PENYAMUN BERKERIS HITAM?
nota:
dimana rumah geng berkeris hitam?
dlam belukar mana mereka tinggal kah kah kah
MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU
BERSATULAH UNTUK JADI ULAT TAIK GEROMBOLAN
PAS DAN UMNO PERLU BERTEMU BINCANGKAN SOAL PEEPADUAN - melayau
Pas dan UMNO perlu berjumpa dan duduk bersama bagi membincangkan hal perpaduan umat Islam, kata Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, ini amat perlu kerana Islam sendiri sememangnya menuntut supaya umatnya bersatu padu dan bekerjasama.
"Kita nak cakap soal perpaduan ummah, perpaduan umat Islam dan saya rasa ajaran Islam sendiri amat menuntut kepada kesepaduan umat... saya nak ajak mari kita duduk bersama.
KAH KAH KAH…
woit…BETUL KE ISLAM TUNTUT UMATNYA BERSATU ?.... kah kah kah..
kah kah kah… RAJIN MALOAN INI BACA KITAB…. kah kah kah…
kah kah kah… NAPA TAK JUMPA SURAH TENTANG JANGAN BUAT JAHAT…. kah kah kah…
kah kah kah… TENTANG JANGAN JADI ZALIM…. kah kah kah..
kah kah kah… JANGAN REMBAT HARTA ANAK YATIM…. kah kah kah…
kah kah kah… JANGAN MAKAN RIBA… kah kah kah…
woit… TAK JUMPA JANGAN ROGOL.... GADIS PENAN?....… kah kah kah..
woit…JANGAN SOAL SIASAT SAMPAI MATI ?.... kah kah kah…
nota:
kalau nak selamatkan nyawa mereka
ada saje ayat yang mereka jumpa
kalau kena kejar harimau
sempat jumpa ayat tak ? kah kah kah
JADI ALAT PULAK
ADAKAH MUFTI PERAK SKREW DRIBER ATAU KENA SKREW KEPALA
HARUSSANI DI TUDUH JADI ALAT – mStar
Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa sekiranya Umno dan PAS tidak bersatu terus menerima kecaman daripada pemimpin PAS yang menyifatkan beliau menjadi 'alat' pihak tertentu.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pandangan Harussani sebelum dilihat berpihak dengan pendirian politik peribadinya.
"Pemuda PAS Perak tidak yakin akan personaliti Tan Sri Harussani mampu memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu dan Islam kerana beliau jelas telah dilihat berpihak dengan pendirian politiknya.
"Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah (menyedari) rakyat sudah mula menolaknya," katakanya.
KAH KAH KAH..
woit… INI BERITA PELIK…. kah kah kah..
kah kah kah… SAHIBUL HIKAYAT INI KATA KALAU PAS DAN GEROMBOLAN TAK BERSATU ORANG MELAYU HILANG KUASA?..... kah kah kah…
woit… INI BERITA BERAT…. kah kah kah..
woit… INI BERITA HILANG KUASA…. kah kah kah…
woit… TAPI BAGUS JUGA GEROMBOLAN INI HILANG KUASA… kah kah kah..
woit… DAH 50 TAHUN BERKUASA…HABIS HARTA DI REMBAT….kah kah kah..
woit… 50 TAHUN HUTAN DI GASAK…. kah kah kah..
woit… 50 TAHUN PROJEK MEROMPAK…. kah kah kah..
woit…BUKAN ORANG MELAYU PUN YANG BUAT KERJA INI…. kah kah kah..
kah kah kah…. INI KERJA GEROMBOLAN… kah kah kah..
kah kah kah… PERGI MAMPOSSSLAH…. KALAU HILAMNG KUASA…. kah kah kah
nota:
mufti ini jadi alat apa?
alat bersolek ke ? kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)