TAK PERLU
TANGGUH2
INI PENYAMUN
ANAK BERANAK
2 Mac keputusan permohonan penangguhan dikemukakan anak Najib
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 2 Mac untuk membuat keputusan terhadap permohonan dikemukakan anak Najib , Tuan Haji Nazifuddin bagi penangguhan prosiding saman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya, menuntut RM37.6 juta cukai tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Mohd Nazifuddin memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim di dalam kamar. Turut hadir peguam Nor Asmah Adam mewakili LHDN.
“LHDN telah memohon penghakiman ringkas bagi saman itu mengikut Perintah 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, tetapi hakim memutuskan untuk terlebih dahulu mendengar permohonan kami bagi penangguhan. Dan mahkamah menetapkan 2 Mac untuk membuat keputusan (permohonan penangguhan),” katanya.
Pada 11 April tahun lepas, Mohd Nazifuddin memfailkan permohonan bagi penangguhan prosiding kes itu sementara menunggu rayuannya berhubung amaun taksiran cukai tambahan yang perlu dibayarnya.
LHDN menerusi kerajaan memfailkan writ saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai tahun lepas.
SUMBAT DALAM
JIL DAN BERI
SEBATAN
BIAR RAKYAT
TENGOK SAMBIL
TEPOK TANGAN
KAH KAH KAH
---------------