Rabu, 18 Januari 2023

SATU. LAGI KES NAJIB



Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri 3 Mac ini

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 Mac ini untuk keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Sebelum ini Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Januari untuk menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi mengesahkan tarikh baharu keputusan itu dan memaklumkan pihaknya menerima e-mel daripada mahkamah hari ini.

Beliau berkata berdasarkan e-mel itu Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas menyatakan keputusan kes yang ditetapkan pada 30 Januari dilapangkan dan semua pihak tidak perlu hadir pada tarikh berkenaan.

“Tarikh baharu untuk keputusan ditetapkan semula pada Jumaat, 3 Mac jam 9.30 pagi,” katanya.

Pada 7 September 2022 pihak pendakwaan menutup kesnya selepas mengemukakan 16 saksi termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (NAD) Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Najib, 69, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama, 18 Januari, 2023.


WOIT

MASUK AKAL

KAH

PENCURI

PENIPU

PEMBUNUH

PENYAMUN

DI BEBAS

AMIN

KALAU BEBAS

ADA SESUATU

TAK KENA

KHALAS 

JUSTERU

 HALANG PENCURI

 KEMBALI

 BERKUASA

KHALAS




M,ADEY TAK FAHAM



Adakah Anwar akan selamatkan Zahid? – Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir menimbulkan persoalan hari ini sama ada Perdana Menteri, i Anwar Ibrahim akan menyelamatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi daripada kes perbicaraan mahkamah.

Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar jelas menerima 30 ahli Parlimen UMNO Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dan memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ahmad Zahid.

“Perjuangan Zahid tertumpu kepada kemungkinan dia didapati bersalah. Walaupun sebelum PRU UMNO dakwa menolak Anwar dan DAP tetapi untuk menyelamat dirinya, Zahid sanggup bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

“Anwar terima UMNO dan BN untuk mendapat 30 wakil rakyat BN. Zahid diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk the rule of law,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada penghujung tahun lalu menetapkan keputusan sama ada Ahmad Zahid akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan diketahui pada 24 Januari depan.

Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan kebajikan yang diasaskannya itu.

Pada 23 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Visa Luar Negeri (VLN).

Dalam pada itu, Mahathir mendakwa prestasi UMNO yang semakin merudum selepas Pilihan raya Umum ke 15 adalah disebabkan presidennya yang terdahulu tidak berjuang untuk bangsa dan negara.

Dr. Mahathir berkata, UMNO telah dikuasai oleh presiden yang sedang dibicara kerana rasuah.

“Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam mesyuarat agong UMNO.

“Dengan itu UMNO terus dikuasai oleh presiden. Besar kemungkinan dalam PRU kerusi UMNO merosot lagi. Penurunan prestasi UMNO disebabkan presiden-presiden yang menyeleweng. Perlembagaan UMNO memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli UMNO ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.

“Sekarang Presiden UMNO sedang hadapi caj,” katanya lagi. – 

WOIT

MADEY TAK

FAHAM

ATAU TAK 

MAHU FAHAM

AMIN

INI REALPOLITIK

DI EJA DGN K

KAH KAH KAH

KALAU TAKDA

ZAHID TAKDA

 PMX

AMIN

TANPA ZAHID

KERAJAAN

AKAN RUNTUH

KENAPA SUSAH

NAK FAHAM

KHALAS


HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA


HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

Unknown commented on
 "APA MAKNA BERITA INI ?"

Cui Bono nak perbaiki sistem keadilan nasional atau nak settle Kes kluster mahkamah? Kah kah kah tengok siapa pegang kuasa, siapa cui bono nanti, jangan sandiwara berterusan sudah Amin kah kah kah

Unknown commented on 
"KLUSTER MAHKAMAH"

Yang tak dapat perhatian PM, yang tak dapat jawatan, yang tak dapat projek projek semua meluat, semua putus ada, sindrom penyakit rasuah sudah tular dalam komuniti politik sekian lama, susah berpolitik tanpa wang ringgit kah kah kah ingat jadi Kerajaan ada masuk masuk masuk kah kah kah tapi zaman berubah, kah kah no more rasuah politik Amin, 


harap harap semua kaum kerabat rasuah divaksin dengan ubat SPRM kah kah kah usul tembak mati perasuah negara bagi takut, cabut pangkat macam negara Indonesia, malu depan TV bukan bagi jenama Bossku, baru akan takut, kalau setakat tangkap dakwa did mahkamah sampai bertahun semua jadi jenama Bossku, kah kah kah

Awaiting moderation

BUKAN KERAJAAN TEEELO


BUKAN KERAJAAN

TELOOO

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "KENAPA TAK TANGKAP JO LO ?"

dari lu kaji ameno.. baik lu kaji kerajaan telor ni..rapiji cakap masalah telor bukan masalah kerajaan sekarang.. masalah telor adalah maslah kerajaan dulu.. kerajaan sekarang menteri cuma main telor.. rakyat tak de telor pergi mampus.. kah kah kah

GLOBALIS SEDANG MERANCANG DI DAVOS


AWAS !

GLOBALIS 

SEDANG

 MERANCANG

DI DAVOS

AMIN

AGAMA TOPENG KUASA



AGAMA

TOPENG KUASA

KHALAS

Unknown commented on
 "KES RASUAH PAK LEBAI"

Tidak mungkin not possible Bro, ini semua fitnah, semua pemimpin pas alim tahu agama tahu selok belok jalan ke syurga ooppss Audi kah kah kah baru tahu ada peluang semua kaki sapu, semua jual agama semua jual bangsa jual Yahudi jual komunis skrip sama sekian lama, 


tapi belakang jumpa tauke Judi jumpa koprat minta share minta komisen sama saja tak kira siapa kaki sapu jugak kah kah kah yang bising bising semua jenama tak dapat share saja, bila dapat terus senyap menyap kah kah kah nah Nahum

DI BAWAH PANTAT AGAMA



DIBAWAH PANTAT

AGAMA 

KAH KAH KAH

panglimo potaseh commented on
 "BOSS KU DITANGKAP"

Kok nak tahu ..Mafia adalah sebijik kumpulan Gangster yg berlindung di bawah pantat igama Keristiang .. alhem pada awal 70hang Kirajaang Itali telah birjaya hapuskang Mafia. Kita bila pulak nak apuskang PAS ..Sang Penjual tiket Syurga ..dgn pakej momantek bidadari ..

APA DIA PERUBAHAN CUACA

 


APA DIA

PERUBAHAN

CUACA

KHALAS

KENAPA DUNIA JADI PANAS


KENAPA DUNIA 

JADI PANAS


Albert Einstein (1879-1955) ahli  fizik German yang menemui teori relativiti  pernah berkata :  Jika kamu tak dapat menerangkan perkara itu kepada  anak berumur enam tahun, ini bermakna kamu tak faham perkara itu. 

Saya  sendiri sedang cuba menerangkan kepada pembaca apa dia pemanasan dunia, kenapa dunia sekarang  makin panas dan apa akan jadi seterusnya.

Sambil menerangkan, sambil membaca dan sambil saya belajar. Saya anggap saya sendiri anak berumur enam tahun yang mahu tahu kenapa dunia semakin panas. Amin.

Saya ada membaca berita laporan lembaga angkasa Amerika : NASA (National Aeronautic Space Administration)  pada 13 Januari 2023 lalu. Berita melaporkan 5 tahun kebelakangan ini dunia semakin panas. Semenjak tahun 2015   suhu dunia telah naik 1.6 darjah Fahrenheit berbanding dari suhu pada tahun-tahun 1961- 1980 .

‘ This warming trend is alarming.. ... ‘ Kata Bill Nelson Pegawai NASA. 

"Trend pemanasan ini membimbangkan," kata Pentadbir NASA Bill Nelson. “Iklim pemanasan kita sudah menunjukkan tanda: Kebakaran hutan semakin memuncak; taufan semakin kuat; kemarau mendatangkan malapetaka dan paras air laut meningkat. NASA sedang memperdalam komitmen  untuk membantu manusia menghadapi perubahan iklim planet kita."

Saya sendiri telah lama bimbang.

 Saya tidak perlu melihat data kajian NASA. Saya anak Jelebu – daerah yang paling kering di Malaysia.  Lawan Jelebu ialah Taiping - daerah  paling basah di Malaysia. 

Kebelakangan  ini hujan kerap turun di Jelebu  dan banjir selalu  sampai.  Dari segi fakta kaji cuaca banjir besar di Jelebu  pernah  berlaku sekali pada  tahun 1970. Tapi lima tahun kebelakangan  ini hampir setiap tahun ada hujan lebat dan banjir.

Malah saya sendiri terperanjat apabila melihat perahu dan sampan  tersusun di Pejabat  Daerah Kuala Klawang. Lembaga APM  (Angkatan Pertahanan Awam ) telah siap seaga untuk menghadapi bencana alam.  Ini satu fenomena yang baru berlaku. 

Suhu bumi kita telah naik 1.7 darjah Fahrenheit  dari  57 darjah semenjak 1880. Air laut telah bertambah 7 inci semenjak 1880. Ini kerana suhu panas telah mencairkan salji di Kutub Utara.

Dunia jadi panas kerana bumi kita di bungkus oleh wap dan gas.  Wap dan gas  CO2 karbon dioksida, gas ozone dan gas methane  telah memerangkap cahaya mata hari. Terperangkap cahaya mata hari menimbulkan bahang.

 Bila bahang wujud ini menjadikan bumi bertambah panas. Bila bumi panas maka air laut,  air tasik, air sungai  disedut ke langit jadi wap. Wap ini  nak ke langit akan menjadi  sejuk dan gugur menjadi hujan lebat. 

Justeru Jelebu di landa banjir. Amin.

Pada satu ketika dahulu – berbilion tahun dahulu-  cuaca dunia ini seimbang. Cahaya matahari bersinar tapi tidak ada apa  yang memerangkap atau terperangkap. Pada ketika itu gas karbon CO2 , ozone dan methane  ada tapi tidak membawa bencana.

Bumi kita  ketika itu  dalam suasana  Goldilocks. Macam  semangkuk susu Anak  Beruang yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk untuk  dinikmati oleh Goldilocks.

Pakar kaji cuaca telah menunjukkan 16 dari 17 suhu terpanas dalam dunia ini telah berlaku dalam tahun 2000.

Kaji selidik  dan pandangan  12,000 kajian    pakar kaji cuaca telah  hampir bersetuju. Seramai  97 % pakar kaji cuaca bersetuju bahawa pemanasan muka bumi ini betul sedang berlaku.

Ini kerana masih ada kumpulan yang menafikan wujudnya pemanasan dunia.  Ada beberapa ahli sains dan pakar cuaca termasuk Donald Trumps yang menafikan cuaca dunia semakin  panas dan penyebab utama  ialah umat manusia sendiri.

Bekas Presiden Amerika ini menuduh sesiapa yang menimbulkan agenda pemanasan global ini sebagai  hoaxters atau  penipu.

Sah terbukti bumi kita  makin panas kerana bahang karbon CO2, methane dan ozone sedang terperangkap di atmosfera. Ini bukan ‘hoax -tipu ‘ tapi hasil kajian pakar cuaca dan alam sekitar.

Dari dulu lagi gas-gas  ini telah ada di atmosfera dan menjadi pelindung bumi ini panahan cahaya mata hari yang berlebihan-lebihan. Lapisan gas-gas ini  melindungi kita umat manusia dari terkena panahan Ultra Voilet Ray (UV). Cahaya UV ini bahaya  menjadi kulit terbakar dan membawa penyakit barah kulit.

Justeru  dari mana bertambahnya karbon CO2 dan methane ini datang. 

Gas-gas  ini datang dari pembakaran tenaga fosil. Tenaga fosil  yang terkumpul dalam perut bumi ini dalam bentuk  bahan bakar petrol dan arang batu.

Justeru membakar petrol dan membakar arang batu adalah punca utama yang menjadikan dunia kita semakin panas.Amin.

Fakta inilah yang telah dipersetujui oleh semua pakar kaji cuaca dan alam sekitar.

Dari kajian telah didapati suhu bumi naik 0.14 darjah Fahrenheit berlaku setiap  satu dekad semenjak tahun 1880. Tapi kenaikan suhu  berganda 0.32 Fahrenheit semenjak 1981.  Justeru menjadikan tahun  2021 sebagai tahun terpanas semenjak rekod suhu dirakam.

Tahun 1880 menjadi tangga patokan kerana tahun ini adalah permulaan suhu di rakam. Tahun 1880’an adalah juga  permulaan Revolusi Industri. Ketika ini manusia mula  berperanan dalam perubahan cuaca alam semesta ini.

Bumi kita ini tidak pernah bebas dari lambakan karbon dioksida atau CO2. Jutaan tahun dahulu muntahan ledakan gunung berapi mengeluarkan  CO2. Tetapi gas ini hilang disedut masuk ke dalam perut lautan.

Bukti dari bahan sejarah telah menunjukkan suhu bumi kita ini ada turun naik sebanyak 0.2 darjah Fahrenheit selama 1,000 tahun yang lalu.

Hari ini yang menyebabkan bumi makin panas bukan ledakan gunung berapi tapi perbuatan manusia membakar tenaga fosil. Pembakaan inilah yang menambah CO2 ke dalam atmosfera kita.Amin.

Kita membakar arang batu,  gas dan minyak  untuk menjana kuasa elektrik. Bila tenaga fosil ini terbakar yang terkeluar sama ialah CO2.

Hampir 93% tenaga elektrik di Semenanjung Tanah Melayu dijana menggunakan arang batu dan gas asli. Statistik daripada suruhanjaya tenaga menunjukkan bahawa terdapat 47 stesen jana kuasa di Semenanjung: enam loji jana kuasa arang batu, 14 loji tenaga solar berskala besar, 16 loji jana kuasa turbin gas dan 11 loji kuasa hidro.

Contohnya di Manjung dan Tanjung  BIn arang batu  di bakar. Di Peka gas dibakar. Di Chenderoh dan Ulu Jelai elektrik datang dari  tenaga air. Di Sepang, Rembau dan Jasin ada penjana kuasa dari solar atau matahari. 

Jangan lupa konsep ‘ carbon foot-print – jejak karbon’ .  Ini ukuran kita secara peribadi dan individu yang   mengeluarkan  gas CO2. 

Mat Rempit naik motosikal membakar minyak petrol. Kita memandu kereta menggunakan minyak petrol. Kita naik  pesawat kapal terbang  juga membakar minyak petrol.

Semua kilang industri memerlukan tenaga elektrik untuk bergerak. Semua bangunan  rumah, rumah kedai, pasar raya pusat membeli belah dan bangunan pejabat memerlukan tenaga elektrik.

Hakikatnya kehidupan moden ini tidak akan dapat lari dari menggunakan tenaga elektrik hasil pembakaran fosil. Penggunaan tenaga elektrik ini  akan  menghasil kan gas CO2. 

Penambahan mendadak gas CO2 di atmosfera adalah hasil  dari perbuatan umat manusia. Inilah   yang menjadi punca pemanasan bumi kita ini.

Apakah kita umat manusia juga  seperti gas ozone, gas methane dan CO2 telah terperangkap. Apakah kita tidak ada jalan keluar. 

Maka timbullah cadangan-cadangan  yang juga wajib saya paparkan. Walau pun saya tidak percaya cadangan yang saya tulis ini akan dapat menyelesaikan masalah pemanasan dunia secara tuntas.

Tetapi  secara individu kita  wajib  sama bertanggung jawab untuk mencari jalan keluar dari perangkap CO2 ini.

Disarankan agar kita menukar  mentol lampu  dan gantikan dengan lampu florecent. Kita kurangkan memandu dan tidak membakar petrol.  Amalkan budaya kitar semula. Kurangkan mandi air panas. Elakkan kan menggunakan pembungkus plastik. Dan tanam banyak pokok-pokok. Amin.

Secara individu – secara peribadi – kita boleh melakukan semua ini.  Ia akan menyedapkan hati kita. Kita merasa kita telah sama-sama melakukan sesuatu untuk  menyelesaikan masalah pemanasan bumi kita ini.

Tetapi pemanasan dunia tetap berlaku.

Ini kerana  punca utama CO2 ini muncul dari pembakaran tenaga fosil. Tenaga  fosil ini adalah kunci hidup moden. 

Berhenti sebentar. Hidup moden ini bagaimana. Bila kita di Tanah Melayu ini mula hidup moden.

Perubahan suhu bumi bermula pada tahun 1880 ketika Revolusi Industri mula berlaku di Liverpool dan Manchester. Ketika itu  kita di Tanah Melayu belum mengenal arang batu. Jauh sekali ada jana kuasa  elektrik.

Di Tanah Melayu pada tahun 1880 belum ada industri. Malah perkataan industri dan kilang belum wujud dalam kamus  perbualan Bani Melayu.
Biji getah di seludup dari Brazil oleh Henry Nicholas Ridley (1855-1956) pada tahun 1888.  Sosok ini pengarah Taman Botani di Singapura. Pokok getah  pertama di tanam pada tahun 1877 di Kuala Kangsar. Industri getah  belum muncul lagi. Estet getah pertama di Melaka hanya bermula pada tahun 1903. 

Tidak ada arang batu, gas atau minyak petrol digunakan secara meluas ketika kita dijajah. Tenaga manusia masih sumber utama. Getah dikeringkan dengan menjemur atau diasapi.

Saya warga Jelebu hingga ke tahun  1974 orang  kampung saya masih menggunakan lampu pelita. Tidak menggunakan  air panas. Kami mandi air perigi. Pada tahun 1930’an Nenek  dan Datuk saya menggunakan api damar. Kami memasak memakai  dapur kayu. Konsep gas dan minyak petrol tidak pernah muncul.

Justeru saya berpendapat  – kita di  Tanah Melayu dan Malaysia sekarang ini tidak bertanggung jawab ke atas  pemanasan dunia.

Ini kerana kita di Tanah Melayu tidak terlibat dalam Revolusi Industri Pertama pada tahun  1880. Kita belum  moden lagi. 

Kalau kita tidak  terlibat siapa yang terlibat. Bagaimana dengan sekarang – apakah kita belum moden lagi, Tunggu pencerahan. Amin. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN  JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIAINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/423489











 








MONA FENDI DATANG KEMBALI




Mayat tanpa kepala dikerat enam dalam bagasi ditemui tepi Lebuhraya Utara Selatan


SUNGAI BULOH – Penemuan mayat tanpa kepala dalam sebuah bagasi ditinggalkan di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara ditemui orang awam, pagi ini

Mayat itu ditemui dalam keadaan dikerat enam bahagian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpihan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.

“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini..

Tambah Shafa’aton, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal di lokasi polis mengesyaki mangsa seorang lelaki warga asing.


“Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Polis meneruskan siasatan secara mendalam bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang bertanggungjawab melakukan jenayah keji tersebut,” ujarnya. 

WOIT

INI  KERJA

ANAK MURID

MONA FENDI

KAH KAH KAH

MONA POTONG

LAPAN

KAH KAH KAH

ANAK MURID

POTONG ENAM

BARU BELAJAR

KAH KAH KAH

KHALAS

HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA



Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Najib, anak pada 13 Mac


MAHKAMAH Persekutuan menetapkan 13 Mac untuk mendengar rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan anak lelakinya Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.

Peguam Wee Yeong Kang, seorang daripada peguam yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau berkata rayuan itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. 

Prosiding pengurusan kes berhubung rayuan itu berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron.

Najib dan Nazifuddin merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memasukkan penghakiman terus itu bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib serta RM37.6 juta daripada Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 September 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Pada 10 Mei tahun lepas, mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. 

Rayuan Najib dan Nazifuddin akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan sembilan persoalan undang-undang. – Bernama, 17 Januari, 2023.


SATUKAN

TENAGA

AMIN

HALANG PENCURI

KEMBALI

BERKUASA

AMIN

JIKA PENCURI

BERKUASA

 KEMBALI

NEGARA AKAN

HANCUR

KHALAS

IKUT GARIS POLITIK INDONESIA



IKUT

GARIS POLITIK

INDONESIA

KHALAS

FAKE NEWS & BERIAT BENAR


FAKE NEWS

&

BERITA BENAR

KHALAS


Unknown commented on
 "JANGAN SEBAR FAKE NEWS"

Heh heh ... Kah kah kah.... Minta izin.... Wah dia mengkomen gwa punya komen... Amboi banyak Cantek..... Dibelit ulau hitam = Fake News.... Dihimpit kubur = Fake News... Yang pasti... Otak dibelit ular mak = Real News... Gwa harap penulis Quran boleh saman penyebar Fake News... Kah kah kah... Dengan pesanan lu tak takutkah Bhaii???

KEPALA BANA


KEPALA BANA

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"KEPALA BESAR - CAKAP BESAR"

Kepala apa yg besar tu

Ricesaffron@gmail.com commented on
 "KEPALA BESAR - CAKAP BESAR"

TT betul ke jika buah lebih besar dari kepala maka susah lah untuk kita berjalan, Sama juga dgn kerajaan yg ada sekarang nampak macam buah lebih besar dari kepala otak lebih kecil dqri bijik,, tolong jawap

MENUNGGU HARI ESOK


MENUNGGU ESOK

RABU 18/1/2023
ESOK KHAMIS
ESOK KES NAJIB DI BUKA
JENG JENG JENG

APA JADI DENGAN SABAH
KAH KAH KAH
APA JADI DENGAN MELAKA
KAH KAH KAH
APA JADI DENGAN JOHOR
KAH KAH KAH

HOT HOT HOT
BERITA TERSEBAR
BEKAS CHIEF STAFF 
MAIL BERA
DAH LARI KE LONDON
JENG JENG JENG

DARI SUMBER DALAMAN
MALAM MAIL BERA KALAH
RAMAI PEGAWAI
MAIL SABRI CABUT LARI
KE LONDON
JENG JENG JENG

PASAI APA
KENAPA LARI
????
JENG JENG JENG

BELGIUM
KES RASUAH 
YB PARLIMEN EROPAH
MAKIN PANAS
ADA YB  MAHU SERAH DIRI
MAHU MENGAKU
KALAU DI BERI HUKUMAN
RINGAN
JENG JENG JENG

YB MAHU
JADI KENG

QATAR & MOROKO
KAKI RASUAH
INILAH KERJA PAK ARAB
SEBAR FAKE NEWS
BERI RASUAH
KAH KAH KAH

AMERIKA & UK
BERJANJI AKAN TERUS
SOKONG UKRAINE
KAH KAH KAH

SAMPAI BILA ???
SAMPAI SEMUA BANGUNAN
DI UKRIANE MUSNAH
SAMPAI SEMUA ASKAR
UKRAINE MATI
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI INDAH SEGAR
KELAMRIN PANAS SEPANJANG HARI
PAGI INI UDARA SEGAR
KL & KL SENTARL KELAM

TERKUKUR MENGIGAL KUAT
SUARA INI YANG JADI TARIKAN
TAPI KEBELAKANGAN INI
GUA DAH JARANG NAMPAK
ABANG ABANG PEMINAT
TERKUKUR

MATAAHARI DAH KELUAR
BALKONI GUA DAH BERSINAR
GUA RASA HARI INI 
AKAN PANAS

MURAI DALAM BELUKAR
DEPAN LE CHATEAU
BERLAGU INDAH
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM LEBIH BAIK
DARI BERMASAM MUKA

BRO
JIKA LU BUAT BURUK
BUAT BAIK LU TENGGELAM

BRO
LU JANGAN LUPAKAN
PENGORBANAN
DAN BANTUAN
DARI MEMBER LU

BRO
KADANG-KADANG
LIDAH KITA BOLEH
BUAT SAKIT HATI

BRO
TERKADANG  
MATA TERSALAH LIHAT
TELINGA TERSALAH DENGAR
MULUT TERSALAH CAKAP
TAPI HATI
TAK BOLEH DI BOHONGI
ATAU MEMBOHONGI

BRO
YANG HILANG LUPAKAN
YANG NAK DATANG
DI TUNGGU
YANG DALAM TANGAN
BERSYUKUR

BRO
JIKA KITA LAKUKAN
KEBAIKAN
KITA AKAN BERTEMU
KEBAHAGIAN

BRO
SABAR ITU KEMAMPUAN
MENAHAN SEMUA
GODAAN DALAM HIDUP

BRO
HIDUP INI MACAM
SECAWAN ESPRESSO
PAHIT TAPI ENAK
AMIN

SELAMAT MENUNGGU
ESOK