Selasa, 18 Julai 2023

BUDAYA TALIBAN MERESAP KE N. SEMBILAN


INI SUDAH BERAT

BUDAYA TALIBAN

DAH MERESAP

KE N. SEMBILAN

KHALAS

BAGINDA QUEEN KETUK SANUSI


BAGINDA QUEEN

KETUK SANUSI

KHALAS

ZAHID CAKAP BETUL


Jabatan Peguam Negara ada fakta kes kuat untuk dakwa Sanusi, kata Zahid


PENDAKWAAN terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor adalah kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai fakta yang kuat untuk membawa kes itu ke mahkamah dan tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga bukan kerana titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa isu membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah di negeri itu yang dianggap menghina institusi diraja Selangor masih belum selesai.

“Pada hemat saya pendakwaan ini adalah kerana AGC ada fakta kes yang kuat jadi jika beliau rasa dirinya tak bersalah, mahkamah inilah platform terbaik untuk menjawab segala tuduhan dan mempertahankan diri,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim yang mendakwa pendakwaan ke atas Muhammad Sanusi seperti klimaks dalam ‘melumpuhkan’ kemaraan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN.

Presiden Umno itu berkata pihak terbabit juga tidak boleh mempertikai tindakan polis menahan Muhammad Sanusi di sebuah hotel di ibu negara pada kira-kira 3 pagi tadi.

“Jangan pertikai, itu hak agensi penguatkuasaan, pukul berapapun (nak tahan) kerana tindakan penahanan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, 24 jam,” katanya.

Terdahulu Muhammad Sanusi dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.

Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.






ZAHID BERCAKAP

BENAR

AMIN

PEGUAM NEGARA

JUGA BUAT KERTAS

DAKWAAN 47

KES ZAHID

AMIN

MUSTAHIL 

PEGUAM NEGARA

BUAT SILAP

AMIN

KHALAS

AMARAN !!! ADA VIRUS BARU AKAN SAMPAI


AMARAN !!!

AMIN

KOBID DAH HABIS

ADA VIRUS LAIN

AKAN SAMPAI

KHALAS

DULU KITA LAWAN - SEKARANG KITA GUNAKAN


Akta Hasutan masih perlu bagi kes sentuh institusi raja, kata Anwar

AKTA Hasutan 1948 masih diperlukan bagi kes-kes yang menyentuh institusi diraja, kata Anwar Ibrahim, mengulas pertuduhan terhadap menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di bawah akta itu hari ini.

Perdana menteri berkata beliau pada dasarnya mengelak Akta Hasutan digunakan, tetapi ucapan Sanusi minggu lalu menyentuh kedudukan dan martabat raja-raja, yang boleh mencetus perbahasan politik yang tidak sihat.

“Saya dari segi dasarnya, kita elak pengunaan Akta Hasutan. Tapi yang ini menyentuh kedudukan raja-raja.

“Soal kritik perdana menteri, saya tak pernah gunakan itu sebagai satu alasan (kenakan Akta Hasutan) tapi ini soal kedudukan dan martabat raja-raja yang harus kita pelihara dan sanjung, dan elak daripada menjadi satu wacana perbahasan politik yang tidak sihat,” kata perdana menteri kepada media selepas merasmikan program Sentuhan Agro Madani peringkat Negeri Selangor di Sekinchan hari ini.

Kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) hari ini berkata pendakwaan ke atas Sanusi hari ini adalah “hari hitam bagi negara” ketika di bawah kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar.

Undang-undang itu pernah ditentang Pakatan Harapan (PH) ketika gabungan itu jadi pembangkang, kata pengarah LFL Zaid Malek dalam satu kenyataan.

“Hari ini adalah hari hitam bagi negara. Akta Hasutan muncul sekali lagi, kali ini digunakan terhadap saingan politik kerajaan yang kini mentadbir persekutuan.

“Amat mengejutkan perkara ini berlaku di bawah kerajaan pimpinan PH, yang sekian lama ketika menjadi pembangkang mengutuk dan menyifatkan kewujudan dan penggunaan Akta Hasutan sebagai menindas dan menghina kebebasan bersuara.

“Kecaman PH dan pemimpinnya Anwar Ibrahim terhadap undang-undang ini nampaknya hanya terpakai apabila tindakan dikenakan ke atas mereka. Kini, mereka tidak ragu-ragu menggunakannya apabila mereka berkuasa,” katanya. – 18 Julai 2023.

WOIT

DULU LAWAN

KERANA AKTA

TANGKAP KITA

KAH KAH KAH

SEKARANG KITA

GUNA AKTA

TANGKAP MUSUH

LAWAN KITA

AMIN

INI NAMANYA

POLITIK BIJAK

KAH KAH KAH

NANTI BILA

PN MERENTAH

PAKAI PULAK

 TANGKAP PH

KAH KAH KAH

KHALAS

PIPIT JADI PANJANG - SATU NIKMAT


PIPIT JADI

 PANJANG

SATU NIKMAT

KAH KAH KAH

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "SOALAN HUKUM LIHAT PELANGI"

Pelangi .. maso den kochik dulu bobudak tak di kasik tunjuk pelangi, nanti jari jadi kudung, pipit jadi panjang .. kahkahkah.
Jam ni TaT Kazim ngobaan matahari dan somuo planet ngelilingi bumi .. kahkahkah.

FAIL INI MENGANCAM


FAIL INI

MENGANCAM

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "CIK GU BARD
KENA KENCING"

Sama cerita Ezam dengan kotak kotak nya, ini zaman orang lain pulak semua yang hilang kuasa lawan sebab akan masuk catatan buku SPRM kah kah kah, masa berkuasa tidak masuk hilang kuasa akan masuk buku akaun baru kah kah kah sebabkan inilah ramai nak menang semula takut takut nama masuk buku, terbaharu Anwar kata dah tengok fail kah kah kah 

nama siapa atas nama siapa bawah nama siapa tepi nama siapa sisi kah kah kah hanya yang pegang fail tahu kah kah kah, tunggu tunggu akan keluar bila perlu akan gunakan kalau cabar kalau lawan pakai fail kah kah kah masih tak pandai-pandai lagi susahnya mengajar orang cerdik akal panjang curi laju komisen cepat kah kah kah kena buat satu penjara khas untuk orang politik ini lah woit, mana satu ekor tidak mencuri mana satu bebas rasuahnya kah kah kah

AWAS !!! ADA VIRUS BARU !!! AWAS !!!


AWAS !!!

ADA VIRUS BARU

AWAS !!!

KHALAS


BANGSA BANGSA BERSATU
SEDANG MERANCANG
MENYUSUN 
UNDANG-UNDANG ABRU
AMIN

JANJI POLITIKUS CARI UNDI


JANJI UNTUK

DAPAT UNDI

KERJA POLITIKUS

KHALAS


Unknown commented on 
"TANGKAP & DAKWA 
TAMRIN GHAFAR"
sebelum pilihanraya sibuk agenda melayu...
bila dah menang.... hilang semua agenda...
tgk melayu pun sikit lebih kurang je..
mcm org melayu takde apa masalah huhuhu

pirahhhh

SOALAN BANGANG TENTANG GUAN ENG


SOALAN BANGANG

GUAN ENG DALAM

KERAJAAN

KHALAS

Unknown commented on
 "TER HOTT TER NOWW
 TER SANUSI !!!"

kenapa guan eng tak kena lagi akta baginda queen ni. ? kenapa guan masih belum didakwa ? pulisi tak abis siasat lagi ke ? huhuhu

PANAS MELANGGAR EROPAH


PANAS MELANGGAR

EROPAH

AMIN



TANGKAP & DAKWA TAMRIN GHAFAR



 M  U  N  A  F  I  K


Tamrin    Ghafar

Isnin -  17/07/23




1.   JANJI  ,  JANJI  dan  JANJI , kemudian  bagi  menutup  segala  janji  yang  tak  dilaksanakan,  dan  tambah  pula  dengan  PRN  yang  akan  diadakan  pada  12hb  Ogos  ini ,  Kerajaan  mengugut  rakyat  dengan  isu  3R 
 (  Royalty ,  Religion  and  Rasis  )  iatu  rakyat  dilarang  menyentuh   Raja - Raja ,  Agama  dan  Kaum atau  Perkauman

2.  Sebenarnya 3R  ini  sudah  lama  terpakai  sejak  Tun Ghazali  Shafie ( Alfatehah )  memperkenal dengan  tujuan  memperkuatkan  lagi  Perlembagaan  melalui   RUKUN NEGARA 

3. Apakah  memperjuangkan   nasib  Orang  Melayu  yang  tertinggal  seperti  yang  disebut  dalam  PROKLAMASI   ORANG  MELAYU  atau  POM   itu  SALAH  dan  RASIS ?  sedangkan  sudah  berbuih Tun  dan  Ahli - Ahli  Seketeriat  telah  menerangkan  bahawa  POM  TIDAK  menyentuh  langsung  hak  atau  ekonomi  bangsa  asing ;  Anwar  TETAP  melemparkan  berbagai  FITNAH  terhadap  Tun

4.  Apa  yang  dilakukan  Tun  dan  Sektariat  PROKLAMASI  ORANG  MELAYU  sama  saja  Dasar  Ekonomi  Baru  atau  DEB  yang  diperkenalkan  Tun  Razak  SELEPAS  13hb  Mei 1969

5.  Mengapa  Anwar  dan  Zahid  dan  pemimpin  Melayu yang  BERKUASA , pada  suatau  ketika  dahulu  'menjeritkan' melalui  laungan  REFORMASI  kini MENIKUS  seperti  burung Kasawari  menanam  kepala  didalam  pasir terhadap  beberapa  tuntutan  DAP  yang  RASIS

6.  Kini  Orang  Melayu  mula  sedar  apa yang  dilakukan  Anwar , bermula  dengan  mensabotaj  Pelancaran  POM   pada  19hb  Mac 2023  tak ubah  seperti kata  pepatah :  

     ANAK
     DI PANGKUAN
     SANGGUP
   . DI BIARKAN
     KEHAUSAN
     KERANA
     NAK      
     MENGHAMBAT
     HATI
     KERA
     DI HUTAN

     BELUM
     TAHU  GURUH
      DI LANGIT
      AKAN  
      MENCURAH
      AIR  DI
      TEMPAYAN

7.  Ramai  yang  tidak  mengenali  atau  tidak  biasa  dengan 
mereka  berdua  TERUTAMA  anak - anak  muda  khususnya  penuntut pasti  akan  TERTARIK  dan  TERPESONA   dengan  lakunan yang  mereka  persembahkan  tatkala  berdialog ;  sekali lagi  gula - gula  akan  ditaburkan ;  JANJI  TINGGAL  JANJI

8.  Jestru  saya  dengan  ini  MENUDUH  Anwar  Ibrahim  dan  Zahid Hamidi MUNAFIK ,  dan  MENCABAR  mereka  mengarahkan  Peguam  mereka  MENYAMAN  saya  TANPA  LENGAH  atas  tudahan  saya  terhadap  mereka ,  MUNAFIK

9.   Jika  enggan bertindak  dengan  memberi  berbagai  alasan  samada  secara 'personal'  atau mengarahkan   pegawai - pegawai  mereka berbuat  demikian  ia  dengan  sendiri nya  MEMBUKTIKAN  pertuduhan  saya  itu  BENAR  yang  mereka  berdua  ini  sememang nya  PEMBOHONG  dan  KAKI KELENTONG - MUNAFIK !!

10.  Rasulullah  SAW   Bersabda  ada  3  ciri  atau  sifat  orang  MUNAFIK :

i.   Bila  becakap
     dia  bohong

ii.  Bila  berjanji
     dia  tak tunai

iii. Bila diberi
      amanah dia
      tak laksana

11.  Kini  ramai  ibu yang  akan  melahirkan  anak  terlalu  risau  dengan  persiapan  yang diperlukan kerana  kos  seperti  lamping ,  susu ,  puting  dan  makanan bayi  sudah  berkali  ganda mahal nya  namum  Anwar dan 'penjilat dan  pengampu'   tetap  :

      MENANAM
      TEBU
      DI BIBIR

12.  Yang  dia tahu dan pintar ialah  'terlompat - lompat dan terpekek'   seperti :

MONYET  KENA  BELACAN

dan meminta  nombor  talipon  dari seorang  penuntut  wanita   yang  membuat  soalan  semasa  sesi  soal jawab

13.   Kalaupun BNM  lupa  memklumkan  jumlah  hutang  negara  sudah  mencapai  RM1.5  Trillion  ,  beliau  BOLEH  bertanya  Menteri  Kewangan status  kewangan  negara 

14.  Beranikah  PMX  memecat  Menteri Kewangan  yang  'lemah'  dan 'sibuk'   menyanyi  dan menari dan memecat Menteri  Ekonomi  yang  'tak  cerdik'  dan  beranikah  PMX   pecat  Menteri  Penerangan yang   berbisikal  dalam  pejabat  dan mengugut  nak  menghantar  polis  kerumah - rumah  mereka  yang  dah 'bosan'  dengan   Kerajaan  Madanon  yang  pintar  menabur  janji

15.  SEBENARNYA    RAKYAT  SUDAH  TERLALU  BOSAN  DENGAN  KERAJAAN   MADANON  INI

16.  Anwar  dan  Zahid  PERLU  mengarahkan  peguam  mereka  memulakan  tindakan Mahkamah  terhadap  saya  dalam  masa  2 minggu  dari  tarikh  artikel  ini 

17.  Diharap  mereka  tidak akan menggunakan  kedudukan melengah  dan  melewatkan  Perbicaran

18.   Ingat pepatah  Inggeris  menyebut  :

     WHAT  GOES
     AROUND
     COMES 
     AROUND

19.  Jangan  seronok  menuding  jari  kerana  3 jari lagi  akan  menuding  kepada  diri  kita


Wassalam
Terima  Kasih

HARAMKAN UMNO


HARAMKAN UMNO

KHALAS


 UMNO sudah patut lama di haramkan.

Dalam satu ceramah Anwar Ibrahim dengan tiba-tiba membuat akuan tidak bersetuju UMNO di haramkan.


2. Dan dia menuduh yang hendak mengharamkan UMNO kali kedua ialah Dr Mahathir Mohamad. Dan kaitkan perjumpaan Dr Mahathit Mohamad dengan Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

3. Jika saya di tanya orang, Adakah UMNO perlu di haramkan atau di bubarkan? Saya akan jawab secara tegas ia itu ya, perlu diharamkan.

4. Dan pasti akan ada soalan kedua. Kenapa hendak di haramkan?. Bukankah UMNO berjasa besar kepada orang Melayu dan Negara ini.

5. Sebelum perang 1941. Orang Melayu sudah ada partinya dari Kesatuan Melayu Muda ke. Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PEKEMAM. Anggota parti ini  nasionalis Melayu dan Islam anti penjajah (British)

6. Pihak British sudah merancang penubuhan satu parti Melayu yang boleh di kawal dan berpihak kepadanya sebelum perang tahun 1941.. bermula di tahun 1938. 

7. British sangat bimbang dengan gerakan PKM-Parti Komunis Malaya yang di daftarkan sendiri oleh  British. Pihak intelijen British sangat bimbang jika kedua Parti itu bersatu.. kerana kedua parti berhaluan kiri.

8. Maka British menggunakan pendekatan Durbar Sri Menanti yang mahu membentuk komsep Malayan Union salepas tamat perang1945. 

9. British pun mengumumkan cadangan Malayan Union. Sebelum itu British tahu bawa orang Melayu akan berpecah. Tetapi akan bersatu dan dapat di kawal jika pihak menentang ada pemimpin.

10. Maka di sini Onn Jaafar seorang pendidikan barat dan pernah membesar di England di tunjuk sebagai Hero Melayu menumbangkan Malayan Union. Itu sebab tidak ada seorang pun di tangkap oleh British yang menentang Malayan Union.

11. Ramalan British tepat. PEKEMAM memberikan sokongan di wujudkan Malayan Union.  Satelah UMNO di tubuhkan dan konsep Durbar Sri Menanti 1935 di terima ia Itu wujud Persekutuan Tanah Melayu. PKM dan PEKEMAM di haramkan.

12. Kesimpulan UMNO memang satu parti pendukung British.  Pegawai MCS di benarkan menyertai parti ini saperti Tun Razak Hussein. Untuk beberapa tahun. British menyediakan  seorang Inggeris menjadi penasihat Undang-undang UMNO. 

Itu sebab saya tidak mengikut Parti Semangat 46, walau pun saya penyokong tegar Tengku Razaleigh. Kerana UMNO tahun 1988 adalah parti Melayu yang di lahirkan salepas Merdeka. -zmy

Sang Kelambai - Zahrin Mat Yassin
Julai 17, 2023
Kuala Lumpur.

TER HOTT TER NOWW TER SANUSI !!!


TER HOTT

TER NOWW

TER SANUSI

KAH KAH KAH

AMIN


AKTA BAGINDA QUEEN



Sanusi mengaku tak bersalah 2 tuduhan hasutan

MENTERI besar penjaga Kedah Muhammad Sanusi Md Noor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.

Bagi tuduhan pertama di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin, Sanusi dituduh membuat kenyataan hasutan ke atas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tuduhan itu berkait ucapannya mengenai pelantikan menteri besar Selangor dalam satu ucapan di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara di Gombak pada 11 Julai.

Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Sanusi yang diwakili peguam Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 4 Oktober bagi sebutan kes ini.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Bagi tuduhan kedua, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional itu dituduh membuat kenyataan hasutan berkait pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Sanusi didakwa mengikut Section 4(1)(a) Akta Hasutan dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Sanusi dalam ucapan pada 11 Julai itu antara lain menyebut Sultan Selangor memilih menteri besar yang “cokia”.

Ekoran itu, puluhan laporan polis dibuat ke atas penyandang kerusi DUN Jenteri itu, yang seterusnya memohon ampun dengan menulis surat kepada Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin bagaimanapun semalam menitahkan perkara itu belum selesai.

Sanusi seterusnya ditahan polis pada dinihari di Lembah Kelang.

Satu video yang dimuatkan setiausaha politiknya Helmi Khalid di Facebook menunjukkan Sanusi dikutip di sebuah hotel pada kira-kira jam 2.30 pagi. – 18 Julai 2023.

WOIT

INI AKTA

BAGINDA QUEEN

KAH KAH KAH

GUA KENA

9 BULAN 

PENJARA

AMIN

GUA RAYU

MAHKAMAH RAYUAN

GUA KENA

6 RIBU DENDA

KAH KAH KAH

GUA BUKAN YB

KALAU  YB AKAN

HILANG KERUSI

AMIN

KHALAS

RAJA PETRA KARANG CERITA



RAJA PETRA

KARANG CERITA

AMIN

SANUSI BUAT KOMIDI



SANUSI 

BUAT KOMIDI

KHALAS

Unknown commented on 
"SANUS MELAYU PALING POP"

Kah kah kah orang Malaya suka orang lawak orang buat komidi berdiri semua boleh ketawa boleh hilang duka, apa yang orang suka dengar? Kebenaran atau komidi? Sanusi genrenya komidi, muka komidi riak komidi budak kampung budak pernah susah pernah lawan naik motor kah kah kah tapi jadi MB kerana cerdik akal atau cerdik komidi? Ini sebabnya orang bijak pandai tidak boleh jadi ahli politik susah kena buat komidi kena buat lawak supaya dapat tarikannya rasanya kah kah

SOALAN HUKUM LIHAT PELANGI


SOALAN HUKUM:

TENGOK PELANGI

HALAL KE HARAM

KHALAS

Unknown commented on 
"SWATCH DAN PELANGI"

Elon Muak tahu tak cerita warna pelangi ini? Kalau tahu nak masuk lagi tak? Melabur lah bukan nak beli jam tangan Swatch pun kan? Kah kah kah kalau warna pelangi haram ikut Taliban, kalau keluar pelangi boleh tengok tak? Jatuh haram tak? Saja tanya jangan marah-marah kah kah kah

SANUSI KE MAHKAMAH


SANUSI

KE MAHKAMAH

SELASA 18 JULAI 2023
HARI INI SANUSI MB KEDAH
AKAN DI BAWA KE MAHKAMAH
APA TUDUHAN APA ??
BELUM JELAS

INI KERANA MAT SANUSI
DI KATAKAN MENGHINA SULTAN SELANGOR
DALAM SATU CERAMAH
DI SELANGOR
KAH KAH KAH

MAT SANUSI NI
POLITIKUS MELAYU PALING POP
SOSOK  INI  GANTI MAT SABU
DALAM  PARTI PAS
UCAPAN BERTARAF WARGA SIK
KOMUNIKASI DENGAN LAWAK

DULU DI AMERIKA
ADA RONALD REAGAN
BEKAS PELAKON
YANG BIJAK BERKOMUNIKASI
SECARA RAKYAT
KINI MALAYSIA ADA SANUSI
GANTI MAT SABU
AMIN

PANAS 
DI EROPAH
DI AMERIKA
DI CHINA MERAH
DI INDIA 
PANAS SAMPAI

SUHU MELINTAS 40 DARJAH
INI AKIBAT
MALAPETAKA CUACA

CANADA
HAMPIR SEBULAN
HUTAN MASIH TERBAKAR
BERJUTA HEKTAR
HUTAN MUSNAH

AUSTRALIA
SUKOM 2026 DI BATAL
AUTRALIA TARIK DIRI
TAK DA BUJET

SUKAN 12 HARI INI
MENELAN BELANJA 7 BILION DOLAR
APA AKAN JADI ?
JENG JENG JENG

UKRAINE
RUSIA BATAL KEBENARAN
KAPAL UKRAINE GUNA 
PELABUHAN LAUT HITAM
UNTUK EXPOT GANDUM

AWAS !!!
HARGA GANDUM SEDUNIA
AKAN NAIK
ROTI CANAI NAIK HARGA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
HUJAN SUBUH
LANGIT KELABU
MATA HARI TAK KELIHATAN

DI ATAS LANGIT HELI BERSUARA
DALAM PADANG RUMPUT
CENGKERIK GEMBIRA

HA HA
DEKAT POKOK MENGKUDU
MURAI BER BALAS KICAU
SUARA MURAI DI WAKTU PAGI
MENGINDAHKAN HOKKIEN

HARI INI AKAN PANAS
MUNGKIN HUJAN PETANG
AMIN

BRO
SENYUM
DENGARKAN
MURAI BERKICAU

BRO
MENGAPA PAGAR TIDAK DI PEPAT
KERANA GERGAJI TIDAK DI PAKAI
BILA NAJIB DUDUK MEREMPAT
ROSMAH BERANGAN MINTA CERAI

BRO
KENAPA KAKI JADI KEJANG
KAKI TERINJAK BATU SEMPADAN
BILA NAJIB DUDUK DI KAJANG
KAK MAH MULA PASANG BADAN
KAH  KAH KAH

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
KES SANUSI