KES MAKIN BERAT
Muhammad Zulkiplee Bin Ramlee, No IC : 891019-13-5485, No. Badan : 1161506, Markaz Tentera Darat, Caw Sumber Manusia, Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, 50634 KL.
Mohd Hanafi Bin Mohd Hanafiah, No IC : 850725-03-5253, No Badan : 1147054, Markaz Tentera Darat, Caw Sumber Manusia, Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, 50634 KL
Mohd Fahmi Bin Shamsani, No IC : 860806-38-6265, No Badan : 1146857, Markaz Tentera Darat, Caw Sumber Manusia, Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, 50634 KL
KENYATAAN MEDIA
22 OKT 2018
DOKUMEN-DOKUMEN TELAH DISERAHKAN KEPADA KEMENTERIAN PERTAHANAN UNTUK SEMAKAN
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu serta Kementerian Pertahanan Malaysia yang telah menyatakan komitmen mereka untuk menyiasat dakwaan berkenaan penglibatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat Cabang Petaling Jaya Utara yang berlangsung di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2018.
Sehubungan dengan itu, dua set dokumen bersertakan lampiran telah saya kemukakan kepada pejabat YB Menteri Pertahanan dan satu salinan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat YB Datuk Seri Saifuddin Nasution petang hari ini.
Set pertama mengandungi nama dan butiran 3 orang yang disyaki anggota ATM yang telah mengundi di sebelah pagi pada hari pembuangan undi Pemilihan Cabang PJU, manakala set kedua berkenaan penemuan 32 ahli Keadilan Cabang PJU yang didaftarkan atas beberapa alamat di Kem Angkatan Tentera Malaysia. Antaranya Kem Batu Kentomen, Kem Paya Jaras, Kem Sungai Buloh, Kem Wardieburn dan Kem Perdana Sg Besi.
Tindakan ini dibuat bagi membolehkan Kementerian Pertahanan memulakan semakan sekiranya anggota ATM ada terlibat di dalam aktiviti politik, serta membantu Cabang PJU mengemaskini senarai keanggotaan Cabang.
Untuk makluman semua, aduan berkenaan anggota ATM yang mengundi pada sebelah pagi adalah insiden yang berbeza dengan insiden penahanan 7 orang oleh PDRM yang berlaku pada sebelah petang.
7 orang yang ditangkap pada sebelah petang adalah mereka yang disyaki pengundi hantu dan bukan yang disyaki sebagai anggota ATM.
YB Elizabeth Wong
ADUN Bukit Lanjan
---------------------