Rabu, 23 Ogos 2023
TAHNIAH PAS
Adun kerajaan, pembangkang terima peruntukan sama, kata MB Kelantan
MENTERI Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud memberi jaminan semua Adun negeri itu akan menerima peruntukan sama daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata pihaknya akan berlaku adil kepada semua wakil rakyat sama ada daripada pembangkang kerana mereka dipilih rakyat.
“Walaupun aliran politik berbagai-bagai, pilihan raya telah selesai, yang ada ialah wakil rakyat iaitu wakil kepada rakyat,” katanya pada sidang media bagi Pengumuman Senarai Portfolio Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, PAS dan Bersatu menang 43 daripada 45 kerusi DUN dipertandingkan, manakala dua kerusi dimenangi calon Pakatan Harapan Dr Hafidzah Mustakim (DUN Kota Lama) dan calon Barisan Nasional Mohd Syahbuddin Hashim (DUN Galas).
Dalam perkembangan lain, Nassuruddin berkata pihaknya akan merapatkan hubungan dengan kerajaan persekutuan atas prinsip memenuhi kebajikan dan keperluan rakyat, terutama dalam menangani masalah air.
Beliau berkata kerajaan negeri juga dijangka mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan memanfaatkan kepakaran anak-anak Kelantan dan meningkatkan hubungan strategik dengan negara luar dalam bidang pendidikan serta ekonomi.
Berikut senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan 2023-2028:
1. Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah).
2. Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang).
3. Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi).
4. Mohd Asri Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta).
5. Md Anizam Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawan).
6. Hilmi Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar).
7. Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi).
8. Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar).
9. Rohani Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita).
10. Kamarudin Md Nor (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).
11. Zamakhshari Muhamad (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat). – Bernama, 23 Ogos 2023.
TAHNIAH PAS
TUNJUKAN CARA
YANG BAIK
YANG ADIL
AMIN
KALAU PAS TAK
HEBOH HUKUM
SANA SINI
AMIN
JANJI
SYURGA NERAKA
TAPI
TUMPU PADA
KEBAJIKAN RAKYAT
MAKA
PRU16 ADA
CHAN PAS JADI
KERAJAAN
KHALAS
HAK UNTUK MEMBANTAH
Aktivis gesa kaum India boikot PRK tanda protes terhadap Anwar
AKTIVIS Arun Dorasamy menyeru kaum India memboikot pilihan raya kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram pada September nanti.
Ia katanya sebagai protes terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyertai majlis pengislaman seorang pemuda India.
“PM (Anwar) perlu bersikap lebih sederhana dalam isu berkaitan kaum India dan agama Hindu.
“Adakah wajar bagi PM (Anwar) menyertai majlis itu? Beliau sepatutnya berkecuali kerana beliau adalah PM untuk semua kaum dan penyokong terbesarnya ialah bukan Islam,” kata Arun kepada The Malaysian Insight.
Arun berkata beliau juga penyokong Pakatan Harapan dan tidak meminta kaum India mengundi Perikatan Nasional dalam PRK itu.
“Ini sebaliknya adalah protes terhadap PM. Ini adalah isu sensitif.
“Sebelum ini kita hanya tahu pihak berkuasa agama boleh melakukan (pengislaman), tetapi nampaknya sekarang sesiapa pun boleh melakukannya.
“Kami faham ia tidak menyalahi undang-undang, tetapi PM boleh mengelak situasi ini.”
Arun yang juga pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) berkata beliau dipanggil polis untuk memberikan keterangan selepas mempersoalkan peranan Anwar dalam majlis pengislaman itu.
Baru-baru ini, tular klip video Anwar mengajar seorang lelaki mengucap “kalimah syahadah” dan mengundang pelbagai reaksi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan terhadap pemilik akaun Facebook itu dibuat susulan catatan videonya pada 18 Ogos lalu.
“Pengendali akaun Facebook itu telah dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk diambil keterangan semalam bagi membantu siasatan.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 23 Ogos 2023.
KITA HORMATI
HAK SESIAPA SAJA
UNTUK
MEMBANTAH
AMIN
MELAWAN
KERAJAAN
NAK TUMBANGKAN
KERAJAAN
BUKAN JENAYAH
AMIN
JENAYAH SEPERTI
NAJIB CURI
DUIT 1MDB
AMIN
JENAYAH TIPU
KERAJAAN BELI
KAPAL TAPI
KAPAL TAK WUJUD
AMIN
KHALAS
HUTAN SIMPAN JANGAN DI REMBAT
RimbaWatch mahu Sirim disiasat berhubung isu kelulusan kayu
RIMBAWATCH (RW) menggesa pihak berkuasa menyiasat badan pensijilan berkaitan kerajaan Sirim QAS International Sdn Bhd (Sirim) mengenai pensijilan mereka yang membenarkan kayu diekstrak di seluruh Malaysia.
Badan pemantau alam sekitar yang menyatakan masalah dibangkitkan oleh kumpulan masyarakat sivil lain mengenai audit Sirim di Sarawak menggesa Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan badan akreditasi kebangsaan Jabatan Standard Malaysia untuk menjalankan siasatan ke atas audit Sirim terhadap pengurusan hutan.
RW berkata penyiasatan itu harus diulang 10 tahun untuk mengkaji banyak huraian kes konflik yang didokumenkan oleh kumpulan masyarakat sivil dan peguam komuniti sejak 10-15 tahun lalu.
Menurut mereka ia bagi memastikan setiap kes diselesaikan mengikut piawaian dan garis panduan (Kriteria dan Petunjuk Pengurusan Hutan Lestari Malaysia) MC&I/SFM.
“Kami juga menyeru (Program untuk Pengesahan Pensijilan Hutan) PEFC untuk mengisytiharkan moratorium ke atas pengesahan mereka terhadap MTCS dan untuk kerajaan pengguna tertinggi seperti Jepun, Belanda dan UK untuk terus menghentikan pengimportan kayu MTCS sehingga semua isu yang dikenal pasti boleh diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan.
RW berkata ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk mengatasi gelombang kes ‘greenwashing’ yang semakin meningkat dan memulakan siasatan terhadap Majlis Pensijilan Kayu Malaysia dan Skim Pensijilannya (MTCC dan MTCS).
Mereka berkata siasatan mereka di Perak mengenal pasti kelemahan ketara dengan audit Sirim terhadap unit pengurusan hutan negeri (FMU) yang menjelaskan ketidakberkesanan dan ketidakupayaan sistem MTCS dan PEFC semasa dan kebenaran akreditasi Jabatan Standard Malaysia yang boleh dipercayai menyokong tuntutan “pengurusan hutan lestari.” – 23 Ogos 2023.
NGO INI
TARZAN KITA
BEKERJA UNTUK
MEMASTIKAN
HUTAN KITA
SELAMAT
AMIN
BILA HUTAN
SELAMAT BANJIR
DILAMBATKAN
AMIN
HUTAN BERI
KITA OXIGEN
UNTUK BERNAFAS
KHALAS
YANG MENAG HANYA JHO LOW
KIRA PUNYA KIRA
YANG MENANG
HANYA JHO LOW
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA NAK LARANG BERCAKAP HAL RAJA AGAMA & BANGSA"
Barua DAP@LeeKwanYew vs ex- Barua DAap@LeeKwanYew makin menjadi panas membara...!!
Angkara fintah jijik Bossku..!!
Haah tepokkkkk..!!!!
Bila nak tangkap dan heret Tun Mahathir Mohamad ke mahkamah..
Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati bersalah akan dipenjara 20 tahun ...Kah kah kah..
Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri... Akhirnya hanya sekor Jho Low jadi pemenang... Barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan... Pada orang Melayu' ini lah iktibar dan pengajaran bila seronok terkinja kinja jadi barua barua kaum mata sepet..!!
Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.
Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad berkait dakwaan menghina institusi raja.
Barua vs Barua DAP@LeeKwanYew makin hottt, makin panassss dan makin mengelegakkk..!!
Kasi tepokkkkk satu kalii...!!! Angkara sekor Jho Low semua Melayu' berantakan berbunuhan PRU 14 dahulu. Jho Low sampai sekarang lepas be as kaya raya sambil ketawa dengan kaumnya tengok barua barua Melayu' DAP@ LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri..!!
Akhirnya Jho Low yang Menang.. Sekor Jho Low sedang ketawa tepok tangan smbil terbahak bahak guling guling macam babi bersama kaum mata sepetnya di Malaysia Dan tuan besar mata sepet di Singapura... Kikiki
Haaahh tepokkkkk...!!
Zety Dan Taufik Ayman serta Nik Faisal pun boleh tumpang tepok tangan.... Barua DAP@ LeeKwanYew ini juga akhir nya berantakan dan berbunuhan sesama sendiri..
haah tepokkk lagi..!!
kah kah kah
Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan selaras peruntukan undang-undang.
Saya ulangggg...!!
Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri... Akhirnya hanya sekor Jho Low jadi pemenang... Barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan... Pada orang Melayu' ini lah iktibar dan pengajaran bila seronok terkinja kinja jadi barua barua kaum mata sepet..!
Simpang Pulai, Pelangi dan Simpang Jeram PRK kali ini maka kesemua saki baki barua DAP@LeeKwanYew yang masih ada mesti dilingkupkan kesemuanya secara total..!!
#lingkupkanbaruaDAP@leekwanyew
1.2 JUTA CHINA MERAH HILANG ?
SILA KOREK
KE MANA ILANG
1.2 JUTA WARGA
CHINA MERAH ?
AMIN
Unknown commented on
"PRK PELANGAI"
Sembang memula moon sembang politik tapi negara sudah kena jajah oleh warga asing, KL sudah penuh warga asing, ada koloni ada kampung ada bandar ada kedai ada kelompok penuh mana mana saja semua penuh entahlah imigresen nampak atau buat buat tak nampak, kotoran jijiknya adoi sekali pandang macam negara Bangladesh kah kah kah semua tak kisah asalkan jual nama Melayu Islam sampai kiamat kah kah kah
NAJIB NAZAK DI KAJANG ?
Setahun Najib dipenjara
BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini mengingatkan sudah setahun beliau meringkuk di penjara melalui satu hantaran di Facebook.
Hantaran yang berbunyi: “Sudah setahun dalam penjara #JusticeforNajib” dan poster gambarnya dengan kapsyen: ‘Genap Setahun Najib Terus Dizalimi’.
Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
Beliau yang berusia 70 tahun merupakan perdana menteri pertama negara yang dipenjarakan.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Najib gagal dalam rayuannya bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan beliau membuat rayuan namun keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.
Penyokong bekas Ahli Parlimen Pekan itu percaya beliau mangsa pendakwaan politik walaupun disiasat di seluruh dunia dalam kes berkaitan 1MDB.
Najib masih berdepan 42 lagi pertuduhan dalam lima perbicaraan berasingan berkait 1MDB. – 22 Ogos, 2023.
WOIT
BARU SETAHUN
DAH NAK KOMPLIN
AMIN
KES ADA BANYAK
LAGI BELUM
JATUH HUKUM
KAH KAH KAH
KELUAR MASUK
MAHKAMAH
PAKAI CANTIK
AMIN
ADA
ALMARI PAKAIAN
KE
DALAM PENJARA
AMIN
KHALAS
MAHAFIRAUN
Polis siasat pemilik akaun Facebook hina PM
POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook kerana disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan dibuat susulan hantaran videonya pada 18 Ogos lepas.
“Pengendali akaun Facebook itu telah dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk diambil keterangan semalam bagi membantu siasatan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Shuhaily berkata kes terbabit masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.
Media semalam melaporkan seorang aktivis masyarakat mempersoalkan tindakan Anwar mengislamkan seorang saudara baharu di Klang, Selangor baru-baru ini dan tindakannya itu menyebabkan dia dipanggil polis untuk dirakam keterangan.
Sebelum ini, tular rakaman video Anwar mengajar seorang lelaki mengucap dua kalimah syahadah dan mengundang pelbagai reaksi. – Bernama, 23 Ogos 2023.
WOIT
DULU GUA
TIBAI MADEY
KAU KAU
KAH KAH KAH
GUA PANGGIL
MADEY
MAHAFIRAUN
KAH KAH KAH
MADEY TAK PEDULI
TAK AMBIL POT
KAH KAH KAH
SEKARANG PMX
AMAT MANJA
USIK SIKIT
GUNA POLIS
KAH KAH KAH
KHALAS
AGAMA BANGSA DAN NEGARA
Umno yang mulakan naratif kaum, agama, kata pemerhati politik
UMNO terlebih dahulu menggunakan kaum dan agama untuk meraih undi sebelum gabungan Barisan Nasional (BN) ditolak pada 2018, kata pemerhati politik.
Naratif itu digunakan selama beberapa dekad untuk mendapatkan sokongan hingga mereka mengabaikan pelbagai usaha untuk pembangunan bangsa, kata mereka.
Pemerhati berkata meski sebelum Perikatan Nasional (PN) mula memainkan isu ini, Umno sudah pun menggunakan naratif itu.
Pengurus Program Iman Research Badrul Hisham Ismail berkata kerajaan perpaduan hari ini nampaknya mahu menggunakan pendekatan sama untuk meraih sokongan dalam kalangan pengundi.
Katanya, ‘gelombang hijau’ tercetus yang menggambarkan kejayaan PAS dan Bersatu mendapatkan sokongan Melayu hanyalah kesinambungan sokongan yang diterima Umno sebelum pilihan raya umum 2018 dan kini kedua-dua parti ini dilihat sebagai benteng terakhir untuk orang Melayu.
“Adakah kita berada dalam laluan berbahaya dengan naratif bangsa dan agama? Saya fikir kita konservatif bertahun-tahun tetapi persoalannya, adakah kita menjadi lebih sayap kanan dari sebelumnya?
“Kita tidak menjadi sayap kanan semalaman.
“Apa yang membimbangkan adalah apabila kerajaan hari ini mahu menjadi populis atau menerima pakai idea populis,” katanya.
Tambahnya, kerajaan perpaduan hari ini ketika menjadi pembangkang begitu lantang tentang semua perkara.
“Namun sebagai kerajaan hari ini, kita dapat lihat nada mereka sama saja seperti kerajaan terdahulu,” katanya.
Kata Badrul negara tidak akan berada di landasan yang betul jika terus mengamalkan etnosentrisme.
“Semuanya bermula dengan Umno, ia berbahaya tapi kita tak pernah sentuh perkara ini. Jalan keluar hanyalah dengan membangunkan bangsa tapi kita tak pernah buat.
“Ada usaha selepas rusuhan 13 Mei dan selepas BN kalah pada 2018 tapi tiada kerajaan yang mampu bawa naratif pembangunan bangsa untuk diangkat,” katanya.
Dengan kemenangan PN dalam pilihan raya negeri baru-baru ini terutamanya di kerusi majoriti Melayu, pakar menyatakan kebimbangan kerajaan mungkin terpaksa menggunakan pendekatan yang sama seperti PN.
Mereka berkata pakatan PH-BN tidak mampu menarik pengundi Melayu, sekali gus memerlukan mereka untuk bersikap konservatif seperti lawan mereka.
Walau bagaimanapun, ada yang mencadangkan agar pentadbiran Anwar Ibrahim fokus kepada ekonomi bukannya menjadi konservatif. – 23 Ogos, 2023.
WOIT
AGENDA
MELAYU ISLAM
DAH DI AMBIL
OLEH PERIKATAN
KAH KAH KAH
GEROMBOLAN
ADA AGENDA
KLEPTOKRASI
KAH KAH KAH
ADA AGENDA
ZAHID
KAH KAH KAH
ORANG LAIN DAH
GUNA PAKAI
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
LANTIK YANG KALAH
LANTIK YANG
KALAH
KAH KAH KAH
AMIN
Rank&File commented on
"SAPA 7 YB YANG AKAN
LETAK JAWATAN ?"
Wak Jahid kata "hormati mandat rakyat" tapi camne kalau PMX yang tak menghormati rakyat dengan lantik Pudin dan Jambri yang kalah PRU15 jadi menteri. Sendiri mau fikirlah.
TANPA ZAHID KERAJAAN AKAN RUNTUH
TANPA ZAHID
KERAJAAN
AKAN RUNTUH
KHALAS
Meir Amit commented on
"ZAHID TERLIBAT KES KAPAL PERONDA KATA DAP"
Jangan lagak lebih lebih la dap ooiii
Sekali zahid angkat bendera putih
Sekelip mata je dap da tak ujud dalam kerajaan
X pasal pasal ph tinggal kenangan je
Lupa kot dap ni
Ada zahid, anwar pmX
Tak ada zahid, anwar Xpm
Fikir fikir kan la
🤕 🚑 🏥 ⚰️
Langgan:
Catatan (Atom)