Jumaat, 17 Ogos 2012

DUA HARI LAGI RAYA - JALAN BAIK BAIK KETIKA MEMANDU





A FISTFULL OF DOLLARS





ESOK SABTU KEMUDIAN AHAD KITA RAYA

bagitu cepat sebulan berlalu
maacam semalam aku rasa pening kepala
pada hari pertama puasa
sekarang tak tak rasa apa
tetiba raya pulak sampai

orang kata puasa ini dugaan
untuk aku tak ada apa dugaan
sama saje macam hari tak puasa

tapi badan terasa ringan
relax sikit

ESOK PETANG RAYA
aku akan balik ke jelebu
aku balik dengan dua geng
tiap tahun aku kena bawa balik kampong
curvey, siti, mami , marang, sepang
dan ujang semua tinggal - hanya ezi dan jai
aku bawa pulang

RENDANG DAN LEMANG


MERCUN MERCUN DAN BUNGA API
pagi tadi tokan mercun talipon
kapal sudah masuk
aku sudah dapat semua yang aku mahu

aku hanya perlu pegi brickfeild
beli minyak dan sumbu
ini untuk pasang pelita
tak ada pelita
tak ada mercun
tak ada tapai
untuk aku raya tak jadi

TAPAI TAPAI TAPAI
untuk aku selain dari rendang dan lemang
rukun raya orang melayu ialah tapai
aku rasa tapai adalah salah satu
warisan orang asli turun temurun
aku tak boleh bayang kan dunia tanpa tapai


SEGELAS AIR TAPAI - LAGI LAMA LAGI COOL



bayangkan dunia tanpa:
beer stout ale wine brandy
whisky tuak samsu todi dan tapai
bagaimana agaknya manusia dalam dunia
ini tidak tahu membuat penapaian?




MINUMAN TERBAIK DARI MALAYSIA


PULANG KE KAMPONG
nah sebenarnya rumah pusaka dah tutup
semenjak kedua orang tua meninggal dunia
hanya di buka untuk berhari raya
aku rasa banyak kawan kawan macam ini






MENUNGGU RENDANG ITIK

untuk aku yang masih bujang
maka aku akan pulang ke rumah pusaka

untuk mereka yang ada anak isteri
selamat buat perangai di hadapan
bapak dan ibu mertua kah kah kah



SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB




SELAMAT HARU RAYA

tim tukar tiub
pengarang
penulis
teknikal
juru gosip
juru kacau
semua mengucapkan selamat hari raya

kami tidak minta maaf
kerana semua yang kami lakukan
itulah niat kami
tidak berselindung
tidak sorok sorok

TAPAI INI WAJIB UNTUK MELAYU


kita makan lemang dan rendang
kemudian kita makan tapai
ini tanda kita melayu
ini cara melayu merayakan hari raya







INI LAGU SELAMAT HARU RAYA UNTUK MELAYU



SELAMAT HARI RAYA
lagu ini nyanyian saloma
memgambarkan hari raya
kita main mercun

mercun ini tanda bahawa kita telah
mula mengenal orang china
dalam budaya melayu
tak ada masalah dengan orang china

orang china bawa mercun ke tanah melayu
lalu dikahwin kan dengan hari raya

saloma kata dam dam dum bunyi mercun
kanak kanak datang beduyun duyun
ini tradisi melayu
tak perlu malu
tak perlu jadi arab

ANG PAU
dari orang china juga
kita menerima budaya ang pau
budaya duit raya dalam sampul
diambil dari tradisi ang pau china

orang china beri ang pau dalam sampul merah
orang melayu tiru beri duit raya
dalam macam macam sampul

orang melayu tak ambil pot
harbi ke tak harbi
harbi ke hurban ke
konsep ini dibawa oleh budaya arab
dalam budaya melayu
kita semua manusia
menyembah Yang Maha Esa


radio punk rock juga sama berhari raya!






KENANG KENANGAN BERHARI RAYA DARI PEMBACA




SELAMAT MAIN MERIAM BULUH

tim tukar tiub mengucapkan
selamat main meriam buluh

kalau tak ada mercun meriam
buluh terbaik

jangan tak main
kalau tak main meriam buluh
kalau tak pasang pelita
kalau tak bakar mercun
raya tak sampai


INGATAN INGATAN DARI PEMBACA










MAIN MERIAM BULUH
meriam ni, belakang rumah gua pun ada 3 perdu buluh beting, satu lagi perdu buluh lemang.. rumah kampung, area agak2 luasnya 6 relung tanah bapak gua yang ditanam pokok2 buahan kampung, durian moktan dll.. tanah ni 40 tahun dulu, bapak gua beli regenya RM600.00 jer.. serelung RM100.00.. macam celaka jer murahnya..skrg dah 50k serelung.. sampai kiamat pun gua tak mampu beli lagi.. tanam2 pun, tu sambil2 buat untuk meniaga sayur2an dan buah2 kampung kat pekan sabtu, ahad dan khamis berdekatan..

time raya budak2 muda kampung akan datang mintak kat mak bapak gua nak amik buluh buat main meriam.. omak abah gua memang sporting abes.. cuma dia orang pesan, jangan kacau rebung2 muda sudahlah.. amik elok2, sampah kasi buang.. jangan menyemak pulak dia nak amik rebung jual nanti.. gua dan abang2 gua turut menebang jer main ni.. bukan jadi key player pun..

BUAT BISING DALAM KAMPONG KITA




sejak gua berpindah ke kota, agak2 20 tahun lalu.. macam tak ada lagik budak2 main meriam buluh beting ni.. malas nak tebang dan pikul naik atas bukit gamaknya, sbb nanti ketua kampung yang poyo buat lawatan.. kene leter jer yang maleh ni.. gua balik kampung pun, guna buluh lemang jer buat meriam lepas gian.. bunyinya heheh.. kepih-kepih jer.. jadilah habuan ajar anak2 buat meriam canggih lawan israel pulak nanti...
By Anonymous on KEINDAHAN BERHARI RAYA IALAH MENJAUHKAN DIRI DARI ... on 8/17/12

BERHATI HATI DARI BAHAYA



Aku masa kecik takle main meriam buluh tu tapi aku duduk berhadapan balai bomba selalu nengok org2 bomba main meriam buluh kat kawasan berhampiran balai. Bingit telinga ooo. Sakit ati pun ada. Ada sekali tu aku ngan kengkawan aku main mercun roket sekali mercun tu terkena pondok kat kwsn bomba yg beratap nipah habih terbakor.

Kelam kabut bomba padamkan api. Yg kelakornye pondok ngan balai jarak cuma 30 meter tapi depa keluarkan lori siap pakai pakaian lengkap dgn bunyi siren lagi hahaha. Tapi mercun/meriam buluh sesuai main di kampung especially kat kwsan bendang bukan di bandor.
By luv_ima on KEINDAHAN BERHARI RAYA IALAH MENJAUHKAN DIRI DARI ... on 8/17/12

SAHEH HARI RAYA DAH SAMPAI


kawan aku siniajib tak mainlah meriam konkrit , dia & laki dia siMah pakai C4 lagi power, sampai tinggal cebisan jer!
By opisboi on KEINDAHAN BERHARI RAYA IALAH MENJAUHKAN DIRI DARI ... on 8/17/12


TIDAK LAMA LAGI MUHYIDDIN AKAN TENDANG NAJIB - HIP HIP HURRAY!



KOMENTAR TUKAR TIUB

telah jelas bahawa najib amat lemah
telah jelas bahawa tak ada
sesiapa dengar cakap najib

najib cadang akta ini disemak kembali
rais yatim tak tak perlu

apa maknanya ini?

maknanya umur najib makin sengkat
lalu timbul persolan:

siapa dibelakang rais yatim?
muhyiddin?
nazri?
zahid?
mahathir?

apa yang berlaku ini hanya manifestasi
perpecahan yanng sednag berlaku
tunggu masa untuk bergelawak
tunggu masa untuk tarik tarik rambut
tunngu masa untuk singkap kain

kini najib sudah jadi macam dolah
berkelentong bawa perubahan
berkelentong bawa demokrasi
berkelentong bawa kebebesan
tapi satu habuk taraaaak!


NOTA
dolah ada kj
najib ada bik mama
dua dua nak jadi pm



AKAN DITAYANG TIDAK LAMA LAGI!






SEKSYEN 114A TIDAK HARIS DIKAJI - meloya

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah dibahas dan diluluskan di Parlimen tidak seharusnya dikaji semula.

Rais Yatim berkata, justeru dari segi perundangan, keteguhan kerajaan adalah menyokong apa yang telah didraf dan diluluskan Parlimen

"Najib Tun Razak meminta Kabinet bincangkan hal ini. Jadi semalam Kabinet telah bincang dan memutuskan supaya keputusan kerajaan itu adalah wajar.

"Ia telah dibawa ke Parlimen dan dibahas selama empat jam. Pembangkang bahas, kerajaan pun bahas. Oleh itu, Seksyen 114A adalah seperti tertera dipinda. Seharusnya ia tak dirungkai sebab sudah cukup perbahasan (di Parlimen),''




SATU KAJIAN ILMIAH SEDANG DI JALANKAN





INI BUKAN NASHA INI SHASHA









NASHARUDDIN KEJAR JAWATAN, PANGKAT :KAHALID SAMAD - mSTra

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa faktor jawatan dan pangkat menjadi punca utama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertindak membelakangkan parti.

Malah Khalid menyifatkan pendirian Nasharudin sejak kebelakangan ini yang dilihat bertentangan dengan dasar PAS turut didorong perasaan kecewa apabila gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan lalu.

"Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan Umno dan seperti Hasan Ali (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor), dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN (Barisan Nasional) mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.

"Itulah (peluang dapat jawatan) yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam di sini, Khamis.

INI BUKAN SHASHA INI MIMI



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
kajian sedang dilakukan
di tahap ilmiah pada msa kini

kajian ini ialah
tentang hubungan gigi dengan cakap

pada satu ketika dahulu braheng
braheng bercakap banyak
braheng bergigi jongang

tapi hari ini teknoloji jepun
telah meluruskan kejongangan braheng
sayangnya cakap braheng tak boleh dipakai

perhatikan gigi nasharudin
nasha juga bergigi jongang
apakah ada hubungan jika ahli
politik bergigi jongang
cakap mereka tidak boleh di pakai

justeru penyelidikan ilmiah
wajib dijalankan kah kah kah

NOTA:
apabila nasha menggunakan
teknoloji jepun untuk giginya
itu adalah tanda si nasha ini
akan menjadi ahli gerombolan


NOTA:
perhatikan juga
gigi zul nordin
gigi hasan ali
gigi gobala
kah kah kah








SUAKA POLITIK UNTUK WIKILEAKS ASSANGE





ANAK MUDA MEMBEBAS MAKLUMAT





BERITA TERBARU DARI LONDON

pemula wikileaks julian assange
telah mendapat suaka politik
dari negara ecuador

assange sedang diminta oleh
kerjaan sweden untuk satu
tuduhan ganguan sexual i.e
ketika membuat hubungans seksual
assange telah tidak menggunakn kondom

assange telah melarikan diri dua bulan
dahulu dahn memasuki kedutaan ecuador
dan meminta perlindungan politik

hingga ke saat ini
walau pun telah mendapat suaka politik
kerajaan british masih enggan
memberikan laluan untuk assange
terbang ke ecuador

assange enggan ke sweden kerana
dia sedar bahawa dia tidak akan mendapat
keadilan yang saksama di sweden
ini kerana sweden sedang mendpat tekanan
dari amerika untuk menghantarkan assange
ke amertika

asange yang berumur 41 ini
adalah anak kelahiran australia
assnge ialah aktivis politik,
wartawan dan ketua pemimpin wikileaks

kes ini belum berakhir....

PENYOKONG TELAH MULA BERKUMPUL



DARI INFORMATION CLEARING HOUSE

August 16, 2012 "Information Clearing House" Ecuador has granted political asylum to WikiLeaks founder Julian Assange. The decision comes almost two months after the world-famous whistleblower came to the country’s embassy in London seeking protection.

“We have decided to grant political asylum to Mr. Assange,” said Ecuadorian Foreign Minister Ricardo Patino. “We believe that his fears are legitimate and there are the threats that he could face political persecution.”

DI HADAPAN KEDUTAAN ECUADOR






SUARA ANAK MUDA BANGUN MELAWAN








SUARA TUNTUTAN ANAK MUDA

UNISEL sebuah universiti yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri
Selangor dan merupakan aset dalam menjana arus pendidikan bagi negeri
Selangor serta melahirkan mahasiswa yang progresif & profesional,
sesuai dengan visi dan misinya. Baru-baru ini kita digemparkan dengan
isu mahasiswa/i yang tidak dibenarkan memasuki asrama atas faktor
UNISEL tidak membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang
berjumlah RM15 juta.

Kami tidak mahu isu sijil layak menduduki (CF) menjadi modal politik
samada daripada BN/PR sendiri. Walaubagaimanapun ianya jelas apabila
kontrak yang telah ditandatangani oleh pihak UNISEL dengan pihak JNSB
pada tahun 2003 mendapati infrastruktur yang telah dibina oleh pihak
Jana Niaga gagal mendapat Sijil Layak Menduduki (CF). Hasil pemantauan
daripada pihak UNISEL mendapati pelbagai masalah dan kerosakan
terhadap bangunan kolej kediaman. Hal ini telah menyebabkan Lembaga
Pengarah telah membuat keputusan untuk membuat audit terhadap bangunan
kolej kediaman tetapi malangnya pihak Jana Niaga tidak memberi
kerjasama sepenuhnya kepada pihak UNISEL.

Di peringkat kami khususnya Mahasiswa UNISEL tidak mahu isu ini
dipolitikkan atas dasar kepentingan politik terutamanya kepentingan
kroni. Diperingkat AKSI sendiri mahu kedua-dua(UNISEL & JNSB) belah
pihak menyelesaikan isu ini melalui perbincangan kerana kami memandang
perjanjian yang telah ditandatangani sewaktu zaman Khir Toyo (Bekas MB
Selangor) iaitu UNISEL terpaksa membayar kepada pihak JNSB samada
asrama tersebut mempunyai penghuni ataupun tidak walaupun sewaktu cuti
semester. Ini perkara yang tidak masuk akal yang hanya memberikan
keuntungan sebelah pihak dan ternyata menguntungkan syarikat kroni.

Oleh sebab itu diperingkat mahasiswa sendiri kami telah membuat satu
group media sosial (facebook) iaitu Sekretariat Hapus Syarikat Kroni,
Selamatkan UNISEL (HAPUS) bagi menggabungkan mahasiswa, pensyarah,
staf & alumni UNISEL serta rasa bertanggungjawab kami di atas
kepincangan yang berlaku dan akhirnya memberikan kesan kepada
mahasiswa sendiri. Kami juga menyambut baik tindakan alternatif
daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL yang telah mengadakan
rundingan dengan pihak UNISEL dan kerajaan negeri bagi menempatkan
pelajar di Kota Puteri sekiranya Jana Niaga berdegil lagi. Tetapi
ianya perlu lebih efisyen dan memudahkan pelajar khususnya.

Kami tidak mahu pihak JNSB memandang enteng isu sebegini kerana ia
menjejaskan kebajikan mahasiswa. Kami mahu semua mahasiswa serta warga
UNISEL fokus kepada perjanjian yang dilihat berat sebelah yang hanya
menguntungkan syarikat JNSB sahaja. Kami tahu ianya (perjanian) sukar
untuk dibatalkan dan jika dibatal sekalipun UNISEL terpaksa memberikan
pampasan yang besar nilainya kepada syarikat kroni berkenaan. Tetapi
pihak JNSB perlu ada budi bicara yang sewajarnya dan tidak memberikan
bebanan ini kepada mahasiswa.

Jika pihak JNSB langsung tidak menghiraukan dan tidak bersimpati
dengan kami selaku mahasiswa, kami tidak teragak-agak menggunakan
saluran lain dengan mengumpulkan seramai mungkin mahasiswa dalam
ertikata lain demonstrasi bagi membantah sikap JNSB yang membiarkan
mahasiswa seperti gelandangan. Kami juga mendesak agar pihak UNISEL
sendiri menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak mahu juga Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim lepas tangan begitu sahaja serta
bertanggungjawab di atas kapasiti beliau selaku Menteri Besar Selangor
dan jangan hanya duduk diam tanpa melakukan sebarang tindakan.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham,
Setiausaha AKSI Mahasiswa Peduli,
Unisel.