Jumaat, 13 Mei 2016

ALAM MULA BERCAKAP







ALAM SEDANG

BERCAKAP

DENGAN KAMU

SAYANG

KAMU MASIH

TAK FAHAM

BAHASA ALAM

 





---------------

KES NAJIB DI BUKA DI SINGAPURA



SIASATAN SINGAPURA MENGAITKAN 1MDB DENGAN SRC: NAJIB WAJAR BERCUTI SEHINGGA SIASATAN TAMAT



Saya merujuk kepada laporan berita TodayOnline di Singapura yang memetik kenyataan Quek Mean Luck, Peguamcara Singapura bahawa dakwaan terbaru terhadap Yeo Jiawei (pegawai bank yang mengendalikan urusan dana 1MDB di BSI Singapura) adalah berkaitan pemindahan wang melibatkan SRC International.

Ini kali pertama satu bukti kukuh ditampilkan yang mengaitkan dana dari 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB yang mengambil hutang sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebelum ia (SRC) dipindahmilik kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Sebarang pindahan dana keluar masuk ke SRC International Sdn Bhd adalah sensitif kerana ada dana dari syarikat ini yang akhirnya dipindahkan masuk ke akaun peribadi najib.

Perkembangan terbaru di Singapura bermakna kerajaan Singapura mengendalikan pendakwaan terhadap pegawai bank yang berkemungkinan pernah menguruskan dana yang berkemungkinan dikaitkan dengan Perdana Menteri. 

Ini mendedahkan Najib kepada spekulasi kerana hala tuju siasatan/pendakwaan yang diambil oleh kerajaan Singapura mengenai kes ini berkemungkinan ada kesan langsung dan tidak langsung kepada kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, untuk tidak mendedahkan Malaysia kepada sebarang risiko (berkaitan hubungan 2 hala di antara Malaysia dan Singapura) yang mungkin timbul akibat kemungkinan pendakwaan ini turut melibatkan sebarang pemindahan dana membabitkan Perdana Menteri, saya mencadangkan perkara-perkara berikut demi kepentingan negara:

1) Najib dan Jemaah Menteri mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat sepenuhnya skandal 1MDB dan membersihkan nama beliau. Prosiding Suruhanjaya Diraja ini perlulah dijalankan secara terbuka

2) Najib mengambil cuti dari jawatan beliau sehinggalah siasatan/pendakwaan di Singapura selesai dan Suruhanjaya Diraja membentangkan laporannya kepada Parlimen

Skandal 1MDB kini mengambil dimensi baru apabila ia melibatkan kredibiliti Perdana Menteri melaksanakan tanggungjawabnya secara keseluruhan akibat risiko-risiko yang mungkin timbul berikutan pendakwaan di Singapura.


RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN
SETIAUSAHA AGUNG/NAIB PRESIDEN KEADILAN

13 Mei 2016



------------

DENDANG ORANG BERANI





AKTA HASUTAN




DENDANG ORANG BERANI

anak muda semua bangsa
dengarlah dendang ini
dendang puisi orang berani
lagu perjuangan sejarah bangsa

akta hasutan 1948
hukuman dari baginda queen
untuk menangkap para perjuang
untuk memenjara para nasionalis

ratusan di penjara
ratusan di lokap
ratusan dibunuh mati
ratusan di buang negeri

ribuan rakyat sengsara
para nasionalis bangun mara
tegoh perjungan tegak setia
menuntut malaya merdeka mulia

baginda queen bertambah murka
lalu di digunakan pelbagai akta
akta hasutan ibu senjata
menutup mulut hati dan mata

kaum nasionalis berjuang berani
baginda queen cabut lari
kini tinggal barua upahan
meneruskan guna akta hasutan

akta hasutan menangkap memenjara
anak muda aktivis bangsa
akta hasutan menangkap memenjara
wakil rakyat tok iman pemberita

dengar dengarlah wahai anak muda
dendang dendang orang berani
datang datanglah penjara tirani
akta hasutan akan dihapus pergi

JEMPUT DATANG MALAM ESOK






MALAM ESOK


gwa jemput datang
semua kawan kawan
ke 52C jalan kemuja
bangsar utama
belakang stesen lrt  bangsar
depan sekolah tamil bangsar

kita baca sajak
kita nyanyi
kita sembang sembang
kita duduk sama-sama
dan tanya tanya
kita ini hendak kemana
kita ini apa 
kita ini siapa
lalu aku teringat sajak itu
datanglah malam esok
gwa akan membaca sajak ini
sekali lagi

secara jujur dan ikhlas
gwa menjemput semua
datang bertandang
bersantai dan bergumbira

jemput datang!


SURAT INI

surat ini telah lama hendak aku tulis
telah lama beligar-ligar dalam kepala
biar aku bacakan disini
agar kau boleh tidur lena malam ini
kerana isinya amat selalu kau dengar

yang aku dendangkan di sini
kau jadikan halwa telinga
kau jadikan ingatan bersama
kau jadi salam setiakawan  dari aku

biar aku katakan jujur
aku tidak ingin lagi berkesah
tentang adam dan hawa 
aku tidak mahu membuka kesah cinta
kesah duka kesah lara

sebenarnya surat aku ini 
aku tulis untuk bertanya
aku ingin bertanya kepada kau
kita ini hendak kemana?
kita ini sedang dimana?
kita ini dari mana?

seribu tahun aku berkelana
seribu tahun  mundar mandir
seribu tahun aku mencari
jawabnya belum terjumpa lagi

seribu tahun aku menangis
tujuh kampong tenggelami air
tujuh gunung runtuh terbarai
tujuh bukit menjadi lembah
jawapannya masih aku tunggu

dari sini ke sana
dari sana ke sini
dari hujung ke panggal
dari utara ke barat
aku geledah mencari jawapan

kau tahu apa yang aku tanya ini
kau tahu apa yang aku cari
kau tahu apa yang aku geledah

kau tidak akan tahu musim bunga
kalau kau tak rasai musim dingin
kau tak tahu indah mata hari
kalau kau tidak dilanda banjir
kau tak tahu erti kaseh
kalau kau tidak pernah ditinggalkan
kau tak tahu erti lambat
jika kau tak pernah menunggu
kau tidak akan tahu apa itu bebas
jika kau tidak pernah terkurung

lalu aku ingin bertanya lagi
kita ini dari mana hendak kemana?
kita ini dari apa kepada siapa?
kita ini untuk apa dan kenapa?

bila pintu besi itu ditutup
bila bilik itu dikunci
bila kau menjadi angka
aku yakin kau juga akan bertanya

bila pintu itu ditutup
bila bilik itu dikunci
kau juga akan  bertanya
ke mana pergi segala guru
ke mana perginya  para imam 
ke mana pergi segala tok penghulu
ke mana hilangnya para sasterawan
ke mana lesapnya para pemikir
kemana larinya para orang itu
dimana hilangnya ayat ayat itu

bila pintu itu dikunci
bila bilik itu ditutup
kau akan menjadi aku

kau akan sedar
yang  ditunggu bukan kunci pintu besi
yang ditunggu bukan saekor lipas kudung
yang aku tunggu ialah jawapan
kenapa kita ini macam ini
kenapa kita tidak macam itu?

Kenapa aku disni?
Kenapa tidak disitu?

 


-----------

KOMPUTER DITANGKAP LAGI







BERITA PELIK

LAGI BENAR


Lima ‘sarang’ judi diserbu tapi tiada tangkapan

 | May 12, 2016
Bagaimanapun pihak berkuasa berjaya merampas lebih 200 peralatan judi dengan nilai anggaran mencecah RM100,000





KUALA LUMPUR: Lima ‘sarang’ judi diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Siri 4 2016 sekitar Chow Kit di ibu kota pagi tadi.
Dalam serbuan bermula 11 pagi itu, 180 anggota DBKL dan polis berjaya merampas lebih 200 peralatan judi dengan nilai anggaran mencecah RM100,000.
Bagaimanapun, tiada tangkapan berlaku dalam serbuan hampir empat jam itu kerana kaki judi dan pemilik premis lebih awal menghidu kehadiran pihak berkuasa.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Irwan Shafari Wahab berkata, serbuan keatas pusat perjudian yang sudah beroperasi sejak sekian lama ini dibuat berdasarkan kepada hasil risikan dan maklumat orang ramai.

SOALAN HAKIKI

ADA RISIKAN

JADI SIAPA YG

BOCOR 

MAKLUMAT

POLIS & DBKL

AKAN SERBU?

1 MALAYSIA

MAHU TAHU




-----------

SENIMAN BANGUN MELAWAN




FACE BOOK
Saya cuma kolektif, mereka kolek billion!

















KOMENTAR
zunar membawa garis
seniman  melawan
ini adalah tradisi seniman
dari zaman berzaman

dalam bidang seni 
dalam bidang apa saje genre seni
dalam apa saje bentuk seni
wujud dua garis
garis pertama : seniman bodek
garis kedua : seniman melawan

semenjak awal tamadun manusia
dua garis ini terus wujud
dua garis ini dapat dilihat
dalam semua kerja seni para seniman

perhatikan rapi
pasti akan ditemui dua garis ini

contoh terbaik
paling diketahui 
lukisan GEURNICA picasso 
jelas melawan nazi
jelas anti perang

seniman memerlukan proses kreativiti
seniman memerlukan ilham
bangun melawan menjadikan
proses berkarya kaya dengan idea
melawan membawa jutaan ilham

dalam genre bodek
kerja seni genre bodek
tidak akan bertahan lama
satelah pupus yang dibodek
maka pupuslah seniman itu

kerja seni zunar
bukan saje melebar ke seluruh dunia
malah akan menjadi bahan kajian
akan dikaji sebagai bahan sejarah
akan dikaji sebagai bahan budaya
NOTA
sipa ingat dengan lukisan
TUN oleh shamsuddin jali?
gwa pun tak tahu
siapa mamat ini?
kah kah kah

----------

BERITA WAJIB DIBACA







BERITA WAJIB

DIBACA OLEH

SEMUA BANI

KETUANAN

MELAYU

NOTA
jamal ikan bakar
rupa rupanya
ada sepetol




Kalau saya mati siapa nak jaga Najib, Rosmah? – Ali Tinju

 | May 12, 2016
Ali Tinju menegaskan, jika Jamal bertanding di PRK Sungai Besar, rakyat ibarat telah memilih seorang samseng dalam politik UMNO dan BN.



KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom tidak gentar dengan ugutan  Jamal Md Yunos, sebaliknya beliau mencabar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertumbuk di gelanggang yang sesuai.
Beliau yang juga dikenali sebagai Ali Tinju hari ini membuat laporan polis mendakwa Jamal menghubunginya petang semalam dan mengugut akan memukul serta menembaknya, ekoran kenyataannya bahawa BN akan kalah teruk jika Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti.
“Saya nak nasihat Jamal jangan sombong dan ego dengan pistol yang kamu ada, negara ini ada undang-undang, tindakannya itu memalukan parti, kalau Jamal tembak mati ahli UMNO, tembak mati saya sebagai panglima  Najib, siapa yang nak jaga  Najib dani Rosmah?
“Saya tidak ada kepentingan kenapa nak tembak saya? Saya Ali Tinju tidak goyang, kalau  Jamal nak bertumbuk cari gelanggang bertumbuk dengan saya, kalau dia anak jantan, jangan fikir kamu ada duit kamu boleh bayar orang, kami NGO ini bukan bodoh.
“Saya nak ulang lagi sekali, kalau  Jamal bertanding di PRK Sungai Besar, rakyat ibarat telah memilih seorang samseng dalam politik UMNO dan BN, malah  Najib dan  Zahid Hamidi tidak pernah ajar ketua UMNO bahagian jadi samseng,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Tidak cukup dengan bidasan itu, Ali Tinju turut mendakwa Jamal pernah menyerahkan pistolnya kepada orang lain ketika Perhimpunan Baju Merah pada 16 September tahun lalu.

KAH KAH KAH

WOIT

BETUL BETUL

SAPA NAK JAGA

BIK MAMA 

KAH KAH KAH

HANYA JAMAL

YANG  ADA

SEPETOL 

KAH KAH KAH

-------------

ZUNAR MALUKAN NAJIB



MALUKAN

NEGARA?

KOMENTAR
mustahil negara malu
negara bukan manusia
negara tak ada perasaan
yang dimalukan najib
bukan negara
najib sengaja dimalukan
kepada  diseluruh dunia
biar ramai yang tahu
negara tak ada apa apa

NOTA:
zunar seniman hebat
bertaraf dunia

Tindakan kartunis zunar kritik PM malukan negara


KUALA LUMPUR - Tindakan kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar yang mengkritik Najib melalui karyanya pada satu pameran di Geneva, Switzerland disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia  Salleh Said Keruak berkata selain memalukan negara, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur gabungan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

"Saya kesal dengan perbuatannya. Kalau ada pun perbezaan pendapat dan sebagainya, uruslah dalam Malaysia.

"Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain," katanya kepada pemberita selepas sesi meja bulat dan dialog kementerian berkenaan di sini hari ini.

Zunar mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila menghina Perdana Menteri melalui karyanya.

Salleh berkata Malaysia adalah negara demokrasi yang tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah.

Selain memberi gambaran negatif tentang masyarakat Malaysia kepada negara luar, tindakan seumpama itu juga dilihat mensabotaj ekonomi negara yang secara tidak langsung membantutkan keyakinan pelabur ke Malaysia. - Bernama

MALUKAN 

NEGARA

POOOORAH



-----------

PENYAMUN LAWAN LANUN






BILA LANUN

GADUH DG

PEROMPAK

PECAH SEMUA

RAHSIA
Ali Tinju bocor maklumat
Ali Tinju turut menuduh hasil kekayaan dan harta Jamal datangnya daripada bantuan Pengerusi BN Selangor,  Noh Omar.
“Saya harap anak-anak muda jangan tertipu dengan Jamal, dia hidup pun sebab  Noh Omar, kalau tidak ada Noh Omar siapa Jamal kita tidak tahu.
“Malah dalam Himpunan Baju Merah juga berjuta dia dapat bukan kita tidak tahu dan dia upah budak-budak sekolah bagi RM50 dan makan nasi bungkus,” katanya.
Sementara itu, Jamal ketika dihubungi FMT sebentar tadi enggan mengulas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Ali Tinju itu.

KAH KAH KAH

woit

dapat 50 saje

kah kah kah

nasi bungkus

kah kah kah

tak dapat lauk

ikan bakar

kah kah kah

JAMAL KAYA




-------------

BERITA KAPIR LAKNAT







BERITA

AMAT PELIK

TETAPI AMAT

BENAR




Dokumen dedah 1MDB, Jho Low pindah dana cara samar

Dokumen bocor melibatkan Banca della Svizzera Italiana (BSI) mendedahkan bagaimana bank itu membantu menyalurkan tunai dengan suspek individu tertentu mengelakkan diri daripada pihak berkuasa pencukaian.
Dokumen penyelesaian daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan BSI pada tahun 2013 menunjukkan bahawa bank itu menggunakan pelbagai teknik untuk membantu pelanggannya memindahkan sejumlah besar wang, lapor Financial Times.
Ia juga menggunakan "promoter" atau "pengurus aset luar" yang akan memperkenalkan khidmat bank itu kepada pelanggan yang berpotensi yang mempunyai wang yang banyak bagi mendapatkan komisen lumayan. Bagaimanapun ‘promoter” berkenaan tidak boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja BSI.
Cawangan BSI di Singapura yang digunakan oleh firma pelaburan negara 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Jho Low - kini menjadi sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Yeo Jiawei, bekas pegawai bank BSI Singapura, bulan lalu didakwa dengan kesalahan pengubahan wang haram di Singapura.
The Wall Street Journal melaporkan Low, 1MDB dan Aabar PJS Limited (Aabar BVI) yang didaftarkan di British Virgin Island menggunakan pengurus perhubungan yang sama di BSI Singapura
Individu sama disenaraikan dalam dokumen pinjaman antara Aabar BVI dan Red Granite, sebuah syarikat produksi filem Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Najib - Riza Aziz.
BSI bersetuju untuk membayar denda sebanyak AS$211 juta kepada Amerika Syarikat dan menyerahkan butir-butir pelanggan yang mengelakkan cukai di Amerika Syarikat, berikutan penutupan bank tertua di Switzerland, Wagellin atas tuduhan penipuan cukai.


BAGAIMANA

AKHBAR KAPIR

PENYIASAT 

PEGAWAI KAPIR

BOLEH BERTEMU

BUKTI SOHEH

JHO LOW

REMBAT DUIT

NEGARA KITA

TAPI KERAJAAN

BANI MELAYU 

NGAKU ISLAM

TAK JUMPA APA

TAK SIASAT 

SENYAP TIKUS


--------------