Ahad, 13 Februari 2022

RUSIA KATA - TAKDA PERANG - HANYA PROPAGANDA AMERIKA

 



RUSIA KATA

TAKDA SERANGAN

AMIN

SEMUA 

PROPAGANDA

AMERIKA

KHALAS

TAMRIN TIBAI MUHYIDIN

 


DI SANGKA  HARIMAU ,  RUPA NYA .....




Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 12/02/22

1.   Apabila Mazlan Bujang berundur diri dari   BERSATU  dan menyokong BN , ayat  pertama yang dilafazakan Mahiaddin ialah Mazlan tidak bermaruah

2.  Ikutan dari pengunduran tersebut seorang lagi Wakil  Rakyat BERSATU  melakukan perkara sama

3.  Difahamkan ada  beberapa orang Wakil Rakyat di Johor akan mengikuti jejak langkah Mazlan

4.  Diperturunkan  beberapa perbuatan  yang dilakukan Mahiaddin sejak dulu hingga sekarang ;  saya serahkan kepada pembaca  membuat penilaian sendiri sama ada Mahiaddin ini faham apa yang  dicakap , dan sama ada perbuatannya itu BERMARUAH  atau sebaliknya :

a.   MENJATUHKAN   Osman Saad ( Al-fatihah )  sebagai Ketua Bahagian UMNO  walhal  Osman lah yang  menaikkan beliau selaku Ketua Pemuda

b.  MERAMPAS  Mount Austin Estate dari Stanford Holdings , dan diserahkan kepada  Syed Mokhtar untuk dimajukan sebagai perumahan dan perniagaan

c   BERZINA dengan Nika Gee  Siew Yee  (  Nika Gee )  yang ketika itu MASIH  BERSUAMI , Dato Stanley Clement Augustin  ; akhirnya bercerai  apabila rahsia  perzinaan tersebut terbongkar

d.   MEMBUNUH  karier politik  Abdullah Ahmad Badawi  dengan  membuat  kenyataan
di Singapura 

e.  Walaupun Najib yang melantik beliau sebagai  Timbalan Perdana Menteri  namun  beliau BELUT  disaat - saat akhir kejatuhan Najib

f.   MERAJUK dan MENGUGUT  hendak berhenti  kerana tergila - gila  hendakan  Jawatan Menteri Kewangan  bawah Kerajaan pimpinan Tun kali kedua

g.  Melalui  LANGKAH  SHERATON  , dengan bantuan Hamzah Zainuddin dan SEMBURIT  sanggup  MENIKAM  Tun Dr. Mahathir , dan menggambil alih  jawatan Perdana Menteri

h.  Jawatan Perdana Menteri yang  dirampas  HANYA  bertahan 18 Bulan sahaja kerana Pentabiran yang lemah  dan  GAGAL

i.  Sebagai Presiden  Parti Bersatu Pusat  dan  Pengurusi BERSATU  Johor  SEPATUTNYA .beliau mempertahankan Kerusi DUN  Gambir ; bukan TAKUT  dan KECUT

5.  Jika alasan kononnya nak beri peluang kepada calon muda , maka SEPATUTNYA  beliau  juga  PATUT  beri peluang anak muda  bertanding di Kawasan  Parlimen Pagoh

6.  Oleh kerana beliau takut kalah  dan pengecut  MEMPERTAHANKAN  DUN Gambir  yang di wakili , semua calon - calon Parti BERSATU  berterabur seperti  :

     ANAK  AYAM
     KEHILANGAN
     IBU

7.   Menjelang PRU 14  yang lepas  beliau  BERJANJI  tidak akan bekerjasama  dengan UMNO. dan  PAS  namum  itulah  satu lagi PEMBOHONGAN yang dilakukan  beliau 

8.  Kini  BERSATU dan  PAS  sepakat  melalui Pakatan Nasional  ( PN ) 

9.  Kejayaan Mahiaddin :

  a.  Menurunkan Mukhriz Mahathir  dari BERSATU  sebagai MB Kedah digantikan dengan PAS

  b.  Menurunkan  MB Perak juga dari BERSATU  , dan digantikan dengan UMNO

  c.  Menurunkan Ketua Menteri  ( KM )  Melaka  dari Parti  AMANAH  , di angkat KM dari UMNO

10.  Akhirnya  mengenepikan MB Johor juga dari BERSATU  digantikan calon UMNO

11.  TANPA  rasa malu dan bersalah  beliau  MERAMPAS  Majlis Pemulihan Negara  atau  MPN  hasil cetusan  asal pemikiran Tun atau Original Idea Tun  , dan kini MEMAKSA  Ismail Sabri melantik beliau sebagai Pengurusi MPN BERTARAF  Menteri - dalam lain perkataan beliau tidak punyai idea ;  bagaimana orang yang PERNAH  GAGAL  sebagai PM  kini nak memulihkan negara ?

12.  Semasa 18 Bulan  menjadi PM , secara senyap memberi 2 syarikat melaksanakan projek 5G bernilai  RM20 billion  - di beritakan menantu beliau menjadi 'orang tengah'  atau 'broker'  projek ini , Wallahhualam !!

13.  SPRM  dan JAKIM  sepatut nya menyiasat  kes  salah guna kuasa dan zina yang dilakukan nya TANPA  menunggu arahan Perdana Menteri dan TANPA  pilih memilih ;  inilah masa dan peluang SPRM  dan  JAKIM   membuktikan  mereka boleh bertindak  TANPA  pilih bulu

14.  Jika curi duit masjid dan setin milo pun boleh dihukum  penjara ; jika geladangan pun boleh disumbatkan  maka apa istimewanya beliau ?  ;  mengapa  pilih bulu ?

15.  Inikah  'Keluarga Malaysia'  yang dibangga dan disebut - sebut oleh Ismail Sabri Yaakob

16.   Rakyat hari ini tidak sama 30 tahun yang lepas -nasihat saya  jika UMNO  dan Ismail nak selamat bertindaklah secara adil -  BUKAN  PILIH  BULU !

17.  Mahiaddin  bukan Tuhan yang disegani dan ditakuti

18.  SIAKAP 
        SENOHONG
        GELAMA
        IKAN  DURI
        BERCAKAP 
        BOHONG
        PASTI
        MENCURI

19. Mahiaddin adalah PILIHAN  AGONG  BUKAN  PILIHAN   RAKYAT ,  maka itulah sebabnya beliau hanya mampu bertahan sebagai PM 18 Bulan sahaja ; dalam  bahasa mudah - TIDAK  BERKAT 

20.   Nasib Ismail  Sabri , PILIHAN  AGONG juga , seperti  pepatah :

   RETAK 
   MENUNGGU
   BELAH

tidak menghairankan  jika jawatan beliau  yang juga  BUKAN  PILIHAN  RAKYAT akan TERCABUT   mungkin  selepas  PRN  Johor nanti

21.  DI SANGKA HARIMAU , RUPA NYA  MAHIADDIN INI    TAK UBAH  SEPERTI  SEEKOR  ANAK KUCING  YANG TIDAK  ADA  TARING  DAN KUKU  -  hanya pandai  berlagak  dan  berlakun  sahaja TAPI  penakut  dan pengecut !

22.   BERANI KAH  BELIAU  'MENEKAN  BUTANG' ? -  Rakyat sedang menuntun  samada Mahiaddin  ini lelaki atau pondan

23.  Pepatah Hainanese ada  menyebut :

NANG  BO  TI  NANG
KUI  TI  BO  KUI

Wassalam
Terima Kasih

NEGAR KAPIR LAKNAT JAGA WARGA MASA DALAM DUNIA

 



NORWAY

NEGARA 

KAPIR LAKNAT

JAGA KEBAJIKAN

 WARGA

KETIKA HIDUP 

DALAM DUNIA

BUKAN LEPAS MATI

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"PANDANGAN MASUK AKAL"

Norway Kapir Laknat punye "Tabong Pencen Rakyat" yg baru terkompol dgn jumlah Euro 1 Trillion bersamaan RM5 Trillion. 1 Trillion ini hasil dari minyak nye yg punya tong kurang dari minyak Malaysia. Persoalan nye ..selama ini mana ilang nye duit minyak kita ..tak kan dapat 250 one-off je ..atau e-wallet 30 hinggit.




 PRU dah dkt ..nanti kita akan dgr putar semula yg kerajaan akan bawak kita kearah "pendapatan tinggi" dan mcm2 mende akan di bagik percuma. Nanti bila dah menang PM akan kata "ini lah Melayu ..semua nak free ..makan subsidi ..Melayu kerje malas .." lu tak caya lu tingok lah nanti ..cilaka betul ..tak abis abis bawak sial pada kaum Melayu ..

PENDATANG HARAM DARI CHINA MERAH

 


25 ditahan, sindiket seludup pendatang dari Indonesia tumpas

SATU sindiket menyeludup pendatang asing dari Tanjung Balai, Indonesia ke Selangor ditumpaskan pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Pelabuhan Klang apabila seorang tekong dan dua pembantu tekong ditahan di kedudukan 6.8 nautika perairan Sungai Buloh, Kuala Selangor.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Shamsol Kassim berkata, turut ditahan adalah 22 warga Indonesia termasuk tiga wanita yang menggunakan khidmat sindiket itu untuk masuk ke Malaysia secara haram melalui perairan Selangor.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 6.30 pagi, hari Jumaat sepasukan polis marin dengan menggunakan dua buah bot ronda PGR 29 dan Spear 2 telah membuat serbuan ke atas sebuah bot pom pom yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran yang dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Dalam kejar mengejar itu, bot pom pom terbabit terkandas di lokasi kejadian dan berjaya di pintas oleh pasukan polis marin sebelum 25 warga Indonesia termasuk seorang tekong dan pembantu tekong ditahan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Shamsol berkata, pemeriksaan mendapati semua warga Indonesia itu tidak mempunyai dokumen yang sah dan dibawa balik ke pangkalan Polis Marin untuk dokumentasi tetapi bot pom pom itu tidak dapat ditunda akibat kerosakan enjin.

“Maklumat awal mendapati semua warga asing itu diuruskan beberapa ejen di Tanjung Balai, Indonesia. Mereka dikenakan bayaran antara 4 juta rupiah (RM1200) hingga 5 juta rupiah (RM1500) untuk masuk ke Malaysia.

“Bayaran itu perlu dibayar di Tanjung Balai, Indonesia sebelum berlepas ke Malaysia melalui bot yang disediakan oleh sindiket,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63. – 13 Februari, 2022.

KITA TAK TAHU

BERAPA RAMAI

PENDATANG

HARAM DARI 

CHINA MERAH

 SUDAH MASUK

AMIN

KES DARI INDON

DARI SIAM KITA

CEKAU

AMIN

PENDATANG CHINA

DATANG DENGAN

KAPAL TERBANG

KE KL KE KK

KE KUCING 

SEBAGI PELAWAT

KEMUDIAN TAK

PULANG PULANG

INI BAHAYA

KHALAS

KALAU NEGERO

JELAS NAMPAK

CHINA MERAH

AKAN MENYERAP

MEREKA MERASUAH

MEREKA BUAT SCAM

 NIAGA LENDIR

NIAGA DADAH

AMIN

MANA PARTI

KETUANAN MELAYU

MANA PARTI ISLAM

PARTI BERSATU

TAK HEBOH HAL INI

AMIN

KHALAS

HUKUM BERBEZA UNTUK MISKIN UNTUK KAYA

 


HUKUM BERBEZA

SATU UNTUK KAYA

SATU UNTUK MISKIN

ADALAH CIRI POLA

NEGARA KLIM ISLAM

KHALAS



Unknown commented on

 "PANDANGAN BETUL"

Mana ada bebas? Mana ada selesa ? Semua orang kena semua kena ikut percaturan undang undang, tapi bagus undang undang supaya hak masing-masing dijaga, tapi sini negaraku ada dua tiga set undang undang? Untuk golongan kayangan lambat, untuk golongan biasa biasa cepat cepat laju masuk, apa ini ??? Kalau nak rayu Kes sampai ke bulan pun tak apa, ITU hak dia, tapi bila jatuh hukum masuk dulu, masuk dulu dalam baru sembang, ITU baru udang undang galah kah kah kah Syukur

PERANG KELAS REBUT KEKAYAAAN

 


SEJARAH MANUSIA

IALAH SEJARAH

PERLAWANAN

 DUA KELAS

AMIN

YANG KAYA TINDAS

YANG MISKIN

 DALAM SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

AMIN

SELAGI AGIHAN

PUNCA EKONOMI

TAK ADIL SELAGI

ITU  MEREBUT

PUNCA EKONOMI

AKAN BERLAKU

AMIN

INI PUNCA PERANG

 AMIN

KHALAS

pulut commented on 

"SISTEM KAPITALIS

 BAWA PERANG"

TT. Aku tak berspa setuju la bila hang kata sistem kapitalist membawa bahaya perang... Punca otama perang ni adalah kerana merebut (perang) levihan hasil dari manusia yang berkeringat... Keroje mudah... Makan lebihan hasil usaha orang dgn jalan keuntungan, tithe, zakah, sodakoh, cukai dsbgnya.. Mereka2 ini terdiri daripada perompak, penyamun, raja, maharaja, ahlul politik, kapitalist, sosialist, pahlawan, ahlul profesional (spt bomoh, doktor ,lawyer dsbgnya), paderi, ularmak, ulamak, prophet, birokrat...banyak lagi la... 



Semua depa depa ni hidup atas keringat orang lain. Hidup atas lebihan hasil keringat manusia. Pernah sekali kat tempat aku, 2 pemintah sedekah begaduh (baca berperang) nerebut kawasan... Pepersngan kat dunia ni semuanya berpunca kersna nak merebut meragut lebihan hasil keringat manusia... Lu tengok bila perang siapa derita? Tentulah orang yang berkeringat dan bukan orang2 yang membalun lebihan hasil keringat. Terimoh kaseh.


BETUL DULU SEMBAB

 



BETUL DULU

MUHYIDIN

MALIKUL SEMBAB

AMIN

SEKARANG MUHYIDIN

TEGAS

NAK MASUKAN

 NAJIB KE DALAM JIL

AMIN

KITA WAJIB SOKONG

MUHYIDIN YG TEGAS

KHALAS

Awaiting moderation

Unknown commented on

"DARI DALAM UMNO LAGI MUHYIDIN JELAS TENTANG 1MDB & NAJIB"

Muiden sudah bagus skrg dia bukan mat sembab lg. KehKehKeh

JAGA C.U.H - CARA UNTUK HIDUP

 



21,072 kes baharu Covid-19 hari ini

MALAYSIA melaporkan 21,072 kes baharu Covid-19 hari ini, berkurangan berbanding semalam sebanyak 22,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah besar kes baharu ini tidak bergejala dan berada di dalam kategori gejala sederhana.

Daripada jumlah itu, sejumlah 20,968 atau 99.59% adalah kes kategori 1 dan 2, dan hanya 86 kes atau 0.41% berada di dalam kategori 3,4 dan 5.

Lebih 70% kes baharu hari ini berada di dalam kategori 2.

Pecahan kes baharu mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)

Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)

Kategori 3 : 58 kes (0.28%)

Kategori 4 : 20 kes (0.09%)

Kategori 5 :8 kes (0.04%)

Data terbaru hari ini menjadikan jumlah kes terkumpul Covid-19 sejak wabak mula meledak di negara ini sebanyak 3,040,235 kes.

Sebelum penurunan kes baharu hari ini, jumlah kes harian naik mendadak selama sembilan hari berturut-turut sejak 4 Februari lalu.

Pecahan kes mengikut negeri akan diterbitkan di dalam laman web KKM, CovidNow, selepas tengah malam ini.

Sementara itu, lebih 22.9 juta atau 97.5% populasi dewasa di Malaysia sudah menyempurnakan vaksinasi mereka dan 98.7% atau 23.2 juta lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 2.70 juta atau 89.8% remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga sudah menyempurnakan vaksinasi mereka, 2.87 juta atau 92.3% populasi remaja lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, 135,478 atau 3.8% kanak-kanak berusia lima hingga sebelas tahun juga sudah menerima dos pertama vaksin mereka.

Menurut CovidNow, 13.2 juta atau 56% populasi dewasa juga sudah menerima dos penggalak. – 13 Februari, 2022.

AWAS

KITA

JAGA

KITA

AMIN

POLITIKUS BELAMJA BESAR

 

POLITIKUS 

BELANJA BESAR

AMIN

CUKUNG BERI

DUIT RASUAH

 DAPAT PROJEK

AMIN

Unknown commented on

 "HARI HARI AKHIR

 PARTI CUKONG"

Politikus cari modal, untuk sambung nyawa politik, Saban hari cari modal, nak cari modal tipu rakyat, tutup kelemahan tutup aib, begitu lah jugak Najiba Mahuyuddin, asyik carik isu ketengah rosak minda rakyat, curik masuk jalan vaksin projek untung, mesti ada masuk, helicopter business masuk besar lagi, kapal selam lagi besar, semua cari Income tepi, nak Raya nak belanja kena ada duit, cukong tak tahu nak bagi siapa duit,kanan kiri atas bawah kah kah sapa boleh percaya? Sapa boleh buat untung ? Cukong agenda utama keuntungan kalau setakat jabis beras tak payah lah sumbangan kah kah mampooosssss beb

NATO MASUK - RUSIA HILANG SAHABAT

 

NATO MASUK

RUSIA HILANG

KAWAN

AMIN

HELLO PUTIN.. PEMAISURI KITO MU ROYAK GAAPO ?

 




 ELLO PUTIN

PEMAISURI KITO

MU ROYAK GAPO?

KAH KAH KAH

panglimo potaseh commented on

 "HELLO PUTIN"

Bidin : hello Putin, gwa ok, lu musti ok punye ..lu make sure itu YAM Mantan Ratu Permaisuri dalam keadaan selamat ya ..kreek krook kreek ..alamak lain tak chantek lak ..hello, hello

PANGGILAN TALIPON BIDEN GAGAL - PERANG MAKIN DEKAT ?

 

PANGGILAN TALIPON

BIDEN PADA PUTIN

GAGAL

KHALAS

PERANG

 MAKIN DEKAT ? 

AMIN

HARI HARI AKHIR PARTI CUKONG

 

Jangan berharap MCA akan beri undi Cina, BN diberitahu

PETALING JAYA: Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya, kata seorang penganalisis politik.

“Peranan MCA dalam kemenangan Barisan Nasional (BN) agak kurang penting, dalam erti kata bahawa gabungan itu tidak boleh mengharapkan MCA untuk memberikan undi Cina,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai prospek parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Beliau berkata, MCA mungkin berjaya di kawasan campuran terutama di mana terdapat pertembungan pelbagai penjuru di kalangan parti-parti politik Melayu walaupun ia adalah kerana undi daripada penyokong Umno.

Fauzi berkata walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap DAP telah berkurangan sejak pilihan raya umum (PRU) 2018, namun ia tidak bermakna undi Cina akan beralih “beramai-ramai” kepada MCA.

Dengan MCA yang terpaksa bergantung kepada Umno untuk mendapat undi, Fauzi berkata BN mungkin mengambil semula beberapa kerusi majoriti Melayu yang pernah diberikan kepada MCA untuk ditandingi sebelum ini.

“Umno mungkin berdepan tekanan daripada penyokong tegarnya untuk menunjukkan kepada MCA siapa ‘bos’ mereka.”


Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kebergantungan MCA terhadap Umno bermaksud parti itu berkuasa dalam menentukan pengagihan kerusi.

“Sebanyak 42 daripada 56 kerusi DUN dirampas Umno dalam keadaan peratusan pengundi Cina yang tinggi di Johor telah menceritakan segala-galanya,” katanya kepada FMT.

Oh berkata beliau percaya BN telah “berputus asa” dalam usaha memenangi kerusi majoriti Cina dan akan menyerahkan kerusi itu kepada MCA.

“Saya percaya Umno mengintai kerusi campuran dengan populasi Melayu yang ketara. Bagi saya, MCA lebih kepada komponen ‘hiasan’ dalam BN.

Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) mungkin melihat penurunan sokongan kerana peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan kekecewaan sesetengah pihak yang mengundi mereka sebelum ini, ia tidak semestinya memberi manfaat kepada MCA.

“Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA. Walaupun keluar mengundi, mereka mungkin akan mengundi MUDA atau Warisan.”

MCA PARTI

CUKONG LAMA

AMIN

CUKONG LAMA 

DAH

BERALIH KIBLAT

AMIN

INI BUKAN 

BERMAKNA

CUKONG DAH

TAK BELI POLITIKUS

AMIN

PARA CUKONG

MASIH LAGI

MENDANAI KEMPEN

POLITIKUS

AMIN

MEREKA INILAH

DIPANGGIL

OLIGARCH

KHALAS

JANGAN TUDUH - BERI PENJELASAN


Suhaili nafi salah guna kuasa sebagai pengarah eksekutif Mara Corp

PENGARAH Eksekutif Mara Corp Suhaili Abdul Rahman menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan kuasanya untuk membayar bil hotel ketika menjadi Pengerusi Bersatu Bahagian Labuan yang berada di Melaka untuk pilihan raya negeri tahun lepas.

Suhaili yang juga ahli majlis tertinggi Bersatu, mengakui beliau telah menggunakan kad kredit syarikat Mara Corp untuk membayar enam bilik pada 20 November, ketika Melaka mengadakan pilihan raya.

“Ya, saya menggunakan kad kredit untuk membayar bil hotel di Melaka dan apa salahnya saya menggunakan kad kredit itu.

“Saya adalah pengarah eksekutif Mara Corp sepenuh masa. Saya mempunyai kuasa untuk menggunakan kad kredit. Ia bukan satu jenayah kerana saya tidak berbohong atau menipu sesiapa,” kata Suhaili kepada The Malaysian Insight.

Suhaili berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk Mara Corp memotong gajinya jika syarikat pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu ingin berbuat demikian.

“Mereka boleh potong gaji saya, saya tidak ada masalah. Isunya sekarang saya tidak langgar mana-mana undang-undang. Ia termaktub dalam “aku janji” saya semasa saya menjadi pengarah eksekutif.

“Kenapa ada orang tertentu. dalam Mara Corp membuat masalah besar dalam isu ini,” tanya Suhaili.

Awal minggu ini, seorang sumber di Mara Corp memberi tangkap layar sekeping resit kepada The Malaysian Insight, di mana Suhaili didakwa membayar enam bilik hotel pada hari pilihan raya.

Suhaili tinggal semalam di Hotel Hatten menggunakan kad kredit sama dimiliki Mara Corp yang digunakan untuk membayar makan malam Ramadan pada April tahun sama.

Semakan menunjukkan kedua-dua pembayaran dibuat menggunakan kad yang sama, berdasarkan empat nombor terakhirnya.

Lima daripada bilik hotel bernilai RM431 semalam dan sebuah bilik lagi bernilai RM831 semalam. Invois itu dikeluarkan pada keesokan harinya pada 21 November.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan Suhaili didakwa membayar lebih RM5,000 untuk makan malam Ramadan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia pada 8 Februari lalu, Suhaili menyangkal dakwaan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk membayar makan malam itu.

Beliau memberitahu akhbar harian Melayu itu bahawa bayaran tersebut dibuat atas kapasitinya sebagai pengarah eksekutif Mara Corp bagi tujuan meraikan anak yatim dan pelajar sekolah agama.

Beliau menafikan membayar untuk tujuan politik bagi pihak Bersatu.

Bagaimanapun, bayaran untuk bilik hotel di Melaka bercanggah dengan dakwaannya kepada Utusan Malaysia di mana beliau membayar bil hotel menggunakan kad kredit Mara Corp. – 13 Februari, 2022.

KES INI JADI

KELABU

AMIN

SEMUA TAK 

JELAS

AMIN

PAKAI KAD KREDIT

SYARIKAT

PEKARA BIASA

DAN TAK SALAH

AMIN

TAPI UNTUK 

TUJUAN APA

AMIN

SEWA HOTEL UNTUK

APA ?

UNTUK NGENTOT

ATAU UNTUK

ANAK YATIM

AMIN

SEMUA INI BIKIN

KEJADIAN KABUR

AMIN

WARTAWAN MEDIA

WAJIB MELAPOR

DENGA PENUH

KALAU TIDAK

PEMBACA JADI

CUNT PIUS

AMIN

KHALAS