Rabu, 29 Jun 2022

SEMUA WAJIB SOKONG ZAHID



SEMUA WAJIB

SOOKONG ZAHID

AMIN

KHALAS

TOK PA SUCI BER5SIH

Tok Pa nafi seleweng peruntukan UMNO Kelantan

UALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jeli,  Mustapa Mohamed menafikan dakwaan Presiden UMNO yang beliau telah menyeleweng peruntukan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang dikenali Tok Pa itu, semua dana parti telah diuruskan mengikut garis panduan termasuk dana untuk pilihan raya.

Peruntukan tersebut diuruskan oleh sebuah jawatankuasa di peringkat Badan Perhubungan UMNO.

Mustapa turut menafikan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah bertujuan untuk mengelak daripada disiasat oleh pihak berkuasa.

Beliau turut menegaskan tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu.

“Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datuk pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

“Pihak SPRM telah menafikan perkara ini pada 20 September 2018 manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu telah memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019.

“Tuduhan-tuduhan seumpama ini berniat untuk mencemarkan reputasi saya sebagai ahli jemaah Menteri dan ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Tambahnya, selepas PRU-14, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali iaitu pada akhir tahun 2018 dan pada awal tahun 2019.

Sebagai bekas menteri, beliau diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline.

Sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga diminta memberi keterangan kepada polis berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang didakwa diperolehi daripada sumber 1MDB

Semalam Ahmad Zahid yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan di mahkamah terdapat lima ahli Parlimen UMNO yang melompat parti dan menyertai Bersatu menyeleweng jutaan ringgit dana parti itu.

Pendedahan itu dibuat semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Ahmad Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan sebaliknya ada bukti tentang penyewelengan dana UMNO yang telah diamanahkan kepada beberapa pemimpin yang bertanding di kerusi Parlimen mewakili UMNO pada PRU-14.

TOK PA MANGSA

FITNAH

KAH KAH KAH

TOK PA 

PEMIMPIN PALING

SUCI DALAM

GEROMBOALAN

KENTUT PUN

TAK BERBUNYI

AMIN

DUIT 30 JUTA

SEMUA BERI PD

RAKYAT

AMIN

SATU DIRHAM

PUN BINI TOKPA

TAK CEDUK

KAH KAH KAH

TOK PA CALON

IMAM 

MASJID NEGARA

 GANTI

MOKHTAR SENIK

KAH KAH KAH

KHALAS

TARIKH SABRI 114 SELAMAT

 


TARIKH

SABRI 114

AKAN SELAMAT

SEJAHTERA

IALAH PADA 

JUMAAT


AMIN

PADA KHAMIS

 HARI MENENGOK

ANAK BULAN

KAH KAH KAH

BULAN BUNTING

LAGI ATAU

DAH BERANAK

AMIN

KHALAS


INI SUDAH BERAT


Kerajaan Ismail Sabri fokus bantu rakyat, bukan PRU15

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sentiasa menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya ketika suasana ekonomi yang mencabar ketika ini berbanding perkara lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata sehingga hari ini, isu selain daripada kepentingan rakyat termasuklah mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak pernah disentuh oleh perdana menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

                INI BERAT

MENTERI PELACUR

YANG PERTAHAN

SABRI 114

KAH KAH KAH

MANA PIGI

LIDAH KONTOT

MENANTU ABAH

KAH KAH KAH

SEMUA SENYAP

TAKUT

NANTI ZAHID

TAK KELUAR

WATIKAH

KAH KAH KAH

LU INGATN WARGA EMAS TAK KUAT BERJUBO



Warga emas hadapi 17 tuduhan rogol, amang seksual fizikal 2 beradik perempuan

SEORANG warga emas dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di Butterworth hari ini atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan antara 2014 hingga 2021.

Ashaari Ibrahim, 74, yang merupakan guru mengaji al-Quran kepada dua kanak-kanak itu yang kini berumur 13 tahun dan 11, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohamad Yunus.

Di hadapan Hakim Noor Aini, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu (adik) yang ketika itu berumur tujuh tahun.

Dia dituduh melakukan semua perbuatan itu di rumahnya (tertuduh) di Perai, Pulau Pinang antara 1 Januari 2018  dan 31 Disember 2020.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam dan serahan dokumen.

Sementara itu, di hadapan Hakim Norhayati, tertuduh didakwa atas 11 pertuduhan iaitu tujuh rogol dan empat amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak yang ketika itu berumur lima tahun (kini 13 tahun).

Ashaari dituduh melakukan semua kesalahan itu di rumah sama  antara 1 Jan 2014 hingga awal Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1)(e) Kanun Keseksaan bagi kes rogol yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi semua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017  yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman tidak menawarkan ikat jamin kerana terdapat sekurang-kurangnya 10 lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa tertuduh.

“Jika tertuduh dibenarkan ikat jamin, ada kemungkinan dia boleh mengganggu mangsa, dan ini boleh menyebabkan mangsa enggan tampil memberikan keterangan kepada polis. Oleh itu, saya merayu supaya tiada jaminan diberikan,” katanya.

Ashaari yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan diikat jamin atas alasan isterinya tidak sihat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes. – Bernama, 29 Jun, 2022.

S

LU INGAT

WARGA EMAS

TAK KUAT 

BERJUBO

KAH KAH KAH

NGANG MESTI

NGANG

KAH KAH KAH

SUTUT PASTI

SUTUT

KAH KAH KAH 

KHALAS

 LU TAK CAYA

 LU TANYA 

TUAN HAJI SENIK 

KAH KAH KAH 

AMIN

KHALAS

JADI SAMPAH..OOPPSSS...


TU SEBAB DIA

JADI SAMPAH

OPPS...JADI DUTA

KE JAKARTA

AMIN

hamim commented on

 "JANGAN HINA ANJING -"

TT, ramai yang salahkan Tajudin, semua yang komen semua bodek guna jack 100 tan, kalau sokong Tajudin 999% tak kan dicalunkan dalam PRU15 nanti, pemimpin yang macam nilah jika jadi calun nanti jangan bagi dia walau 1 undipun, dasar pengampu, yang salahpun dia orang betul

PROJEK HALAU PENDUDUK GAGAL



PROJEK HALAU

PENDUDUK GAGAL

AMIN

IKAN MULA BUSUK DI KEPALA



SILAPNYA

DI MANA MANA

AMIN  

IKAN MULA 

BUSUK DI KEPALA

KHALAS

Suku Samdol commented on 

"JANGAN HINA ANJING -"

Menapa hina anjing? Bukankah semua makhluk itu ciptaan Allah? Habis mengapa menganjing-anjingkan setengah2 makhluk? Mengapa kita memilih kasih dlm menyayangi ciptaan Allah? Apakah Allah buat salah dalam mencipta makhluk2 di alam semesta ini? Ada otak tu pikir-pikirkan lah. Something is wrong somewhere ...

TAK TAHU NAK BUAT !!!


BRO

GUA TAK TAHU 

NAK BUAT

AMIN


Unknown commented on 

"JANGAN HINA ANJING -"

Bang tt, cuba bang tt create poll kat sini. Rasanya boleh kot cer Google.

DIMANA TERCICIR JAM OMEGA ANWAR ?


DIMANA TERCICIR

JAM OMEGA 

ANWAR ?

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "GEMPAQ UMI UFILDA"

Nih sapa cukup punya backup backdoor crasher songel....tak payah pergi jauh ler....tanya songel mana Jam OMEGA yang siap ada etching lagi....Wawi kata ada Ijjah kata bukan urusan orang lain...tapi nak jaga negara ke negara yang nanti kena jaga pemimpin korup...cer tengok kapitan lanun bugis...dah jadi banduan pun masih terpelihara...songel dapat Get Out Of Jail free macam monopoly....rakyat dapat apa?

APA JANJI ANWAR ?



Anwar diminta dedah apa janjinya kepada Zahid, kluster mahkamah





Kredibiliti Anwar terjejas lepas pendedahan kerjasama dengan kluster mahkamah Umno


JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

GEROMBOLAN TERUS BERGADUH


GEROMBOLAN

BERGADUH

AMIN

AMAT BAIK UNTUK

RAKYAT & NEGARA

AMIN

KHALAS

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

 


BULAN 

BAHASA KEBANGSAAN


Tahun 1963  aku dalam darjah enam – Standard Six – di Goverment English School Kuala Klawang. Guru kelas  Mister  Christhoper Martin – seorang Serani. Guru Bahasa Inggeris Mister  Jai Singh dan Mister Paul Raj. Guru Muzik Miss Eng yang juga Guru Besar. Guru Bahasa Melayu Cik Gu Dahlan yang berasal dari Rembau.

Aku berasal dari sekolah Melayu. Masuk sekolah Inggeris melalui peperiksaan dalam darjah empat. Sistem peralihan darjah empat  dipanggil Special Malay Class (SMC).  

Untuk murid darjah enam dari aliran Melayu atau China disediakan Remove Class. Satu tahun belajar Bahasa Inggeris sebelum masuk ke Form One – aliran Inggeris..  

Lulus peperiksaan darjah empat   aku diterima masuk ke SMC 1. Sekali aku  mengulang  darjah empat yang kini menggunakan Bahasa Inggeris.  Kami dipisahkan dari pelajar yang memulakan darjah 1 mereka dalam aliran Inggeris.

Dua tahun ini – SMC 1 dan SMC 2 – kami semua pelajar Melayu. Kami diajar nahu dan tatabahasa Inggeris. Kami menghafal lagu, gurindam dan seloka – nursery rhyme - dalam bahasa Inggeris.

Tahun 1961 aku berkenalan dengan Jack and Jill:
Jack and Jill
Went up the hill 
To fecth a pail of water
Jack fell down and broke his crown
Jill came tumbling down

Aku berkenalan  dengan Georgie:
Georgie  Porgie pudding and pie
Kissed the girls and made them cry
When the boys come out to play
Georgei Porgie ran away.

Aku berkenalan dengan Baa Baa Black Sheepz:
Baa baa black sheep
Have you any wool
Yes sir yes sir
Three bags full

Sampai hari ini aku masih ingat lagi sajak Inggeris pertama yang aku dengar. Masih  tergambar akan tangan Mister Martin mengayakan sajak ini. Juga  suara garau  Mister Marten membaca sajak ini dengan pengucapan yang terang dan jelas. Pada tahun 1963 aku tidak tahu pun nama sajak ini dan  siapa penulisnya.

The Fairies: William Allingham ( 1824-1889)
Up the airy mountain,
Down the rushy glen,
We daren’t go a-hunting
For fear of little men;
Wee folk, good folk,
Trooping all together;
Green jacket, red cap,
And white owl’s feather!
Pada hari Rabu kami akan pergi ke Dewan Besar. Di atas pentas ada sebuah piano dan sebuah Radio Bateri Kering jenama Grundig.  Miss Eng akan mengajar kami menyanyi melalui rancangan radio khusus untuk belajar Bahasa Inggeris.

Juru hebah dari Radio Malaya ini bernama Aisah –  seorang wanita yang aku hanya mendengar suaranya. Miss Eng akan bermain piano mengikuti arahan dari radio.

Bila masuk Standard Six maka kami mula bercampur dengan pelajar bukan  Melayu dan pelajar yang masuk darjah satu aliran Inggeris.  Kelas Miss Eng pada hari Rabu menjadi ramai. 

Dari  program  Radio Sekolah kami juga diajar  folks dance . Aku tidak tahu dari mana asal usul tarian ini. Yang menari hanya pelajar perempuan. Biasanya pelajar perempuan dari pekan  yang menari. Kami budak kampung hanya menjadi  pemerhati.

Satu hari Cik Gu Dahlan memberi tahu kelas tentang pertandingan membaca sajak dan syarahan dalam Bahasa Melayu. Ini untuk menyambut  Bulan Bahasa Kebangsaan. 

‘ Sapa tahu Bulan Bahasa Kebangsaan...’ Mata Cik Gu Dahlan memandang ke arah aku.

‘ Hisham... kamu wajib cuba bersyarah...’  Cik Gu Dahlan memberi pandangan.

‘ Ada siapa nak baca sajak ...’ Cik Gu Dahlan bersuara lagi. Tidak ada suara jawapan.

Esoknya di waktu rehat aku dan Kamarudin Basir dipanggil ke Bilik Guru. Bila kami sampai ke sana  Tan Soo telah hadir sama.  Tan Soo pelajar asal  aliran Inggeris.

“ Tan Soo dan Hisham  bahagian syarahan dan Kamaruddin bahagian sajak...’  Ini arahan dari Cik Gu Dahlan.

‘ Sajak mana..’ Kamarudin bertanya.

‘ Kamu cari  sendiri.

‘ Syarahan nak cakap apa.... ‘ Aku bertanya.

Sajak aku tahu. Pernah ketika aku darjah tiga aku telah berkenalan dengan sajak Aku garapan Khairil Anwar. Sajak ini aku baca untuk sambutan jamuan Hari Raya  Sekolah Umum Batu Serambai.

 Cik Gu Dahlan kemudian  menerangkan bahawa Bulan Bahasa Kebangsaan  ini adalah program untuk menggalakkan pelajar dan orang ramai menggunakan Bahasa Melayu. Menggalakkan pelajar bukan Melayu menggunakan dan bercakap dalam Bahasa Melayu. Ini kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan. 

‘ Sekolah kita ikut sama program ini...’  Penerangan dari Cik Gu Dahlan.

‘ Saya nak cakap apa Cik Gu... ‘ Aku masih kurang jelas tentang apa yang wajib aku lakukan.

‘ Sajak apa pun boleh Cik Gu...’ Kamarudin bertanya.

‘ Saya nak cakap apa... ‘ Tan Soo juga bertanya.

‘ Syarahan untuk pelajar bukan Melayu tajuk : Kenapa saya guna Bahasa Kebangsaan.  Untuk pelajar Melayu:  Peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Masa bersyarah lima minit. Sajak pun  lima minit jangan panjang sangat. Tajuk sajak bebas....’  Cik Gu Dahlan memberi penjelasan.

Perasan aku ketika itu bercampur-campur. Bangga pun ada takut pun ada. Aku belum pernah  bersyarah di hadapan khalayak ramai.

 Pulang di rumah aku mula berfikir apa yang hendak aku syarahkan. Takut datang kembali. Tapi takut ini aku padamkan. Aku fikir kenapa Cik Gu Dahlan memilih aku dari semua yang lain. Aku rasa pasti dia melihat keupayaan aku. Mungkin juga dia selalu melihat aku paling lincah dan selalu bercakap  dalam kelas. 

Tan Soo dan Kamaruddin juga dua pelajar yang aktif.  Yang selalu bersuara. Yang banyak bercakap kalau Cik Gu tidak ada dalam kelas.  Tan Soo pelajar perempuan China ini amat fasih Bahasa Melayu. Walau pun tidak sekelas dengan aku tapi aku tahu dia bercakap Melayu tidak pelat. Cik Gu Dahlan membuat pilihan tepat.

Aku tidak mahu menggagalkan keyakinan Cik Gu Dahlan terhadap diri aku. Aku bertekad untuk masuk pertandingan syarahan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat  sekolah.

‘ Mula-mula tulis isi syarahan... kemudian hafal... latih ... jangan baca kertas....masa jangan lebih dari 5 minit...... bersyarah depan cermin muka... tengok muka sendiri...’ Ini ilmu yang diajarkan oleh Cik Gu Dahlan.

Aku mula menulis isi ucapan.  Cik Gu Zaleha di dapur  hanya mendengar bila aku mula bersuara lantang. Emak aku ini  tidak memberi apa-apa tambahan isi syarahan aku. 

Cara aku menghafal amat mudah. Aku tulis ucapan macam karangan. Aku baca berkali kali. Kemudian aku bersyarah.  Bila aku terlupa aku rujuk pada karangan. Aku ada jam meja untuk memastikan aku bersyarah dalam masa lima minit.

Dalam kelas Cik Gu Dahlan hanya memberi bantuan cara nak memulakan syarahan. 

‘ Mulakan dengan Tuan Puan dan pendengar yang di hormati...terus masuk isi syarahan...tak perlu lambat kamu ada lima minit.. tak banyak masa...’ Cik Gu Dahlan memberi panduan. 

Hari pertandingan sampai. Ini peringkat sekolah.  Pertandingan di adakan di Sekolah Kuala Klawang B. Kamarudin, Tan Soo dan aku mewakili GES. Ada pelajar dari Sekolah China dan Sekolah Umum Kuala Klawang. Para hakim petang itu terdiri dari Cik Gu sekolah yang bukan dari sekolah aku.

Berdebar juga bila aku memulakan syarahan.  Isi syarahan  aku amat senang. Aku buat cerita rekaan. Pada Malam 31 Ogos 1957 – malam sambutan Merdeka. Pada malam itu semua orang kampung turun ke padang untuk merayakan Malam Merdeka.  Mak Saudara aku pun ikut serta perayaan malam itu itu.  Apa yang memeranjatkan bila Mak Saudara aku pulang ke rumah dia melihat api menjulang. Rumah Mak Saudara aku terbakar. Ini peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.

Pelajar lain juga menyampaikan syarahan. Aku rasa mereka juga  memberi persaingan hebat. Aku berdebar-debar menunggu keputusan.

Hampir jam enam baru keputusan dibacakan.

‘Hishamuddin Rais dari GES ..’ Nama aku disebut  sebagai pemenang. Tan Soo dan Kamarudin juga menang sama. 

Kemenangan kami bertiga menjadikan Cik Gu Dahlan gembira. Satu minggu lagi pertandingan   Bulan Bahasa Kebangsaan daerah Jelebu akan di adakan.  

Kali ini Cik Gu Dahlan memberi perhatian yang lebih rapi tentang isi kandungan syarahan aku dan Tan Soo.  Dia membetulkan isi kandungan syarahan kami. Manakala  Kamaruddin  masih dengan n sajak ‘ Pembangunan’.

Pagi Sabtu itu di Dewan Besar Kuala Klawang  - sekolah-sekolah dari daerah Jelebu telah menghantar wakil.  Syarahan untuk bukan Melayu  dewasa lelaki dan perempuan,  untuk murid sekolah – Melayu dan bukan Melayu. Pembacaan sajak hanya untuk murid sekolah.

Pagi Sabtu aku telah bersedia awal pagi. Sesudah sarapan aku telah memakai pakaian sekolah – seluar pendek biru dan baju putih, kasut getah  putih dan stoking putih. 

Aku menaiki bas  seperti aku nak ke sekolah. Jam  10 aku sampai ke  Dewan. Setengah jam sebelum program bermula orang telah ramai datang. Mak Cik dan Pak Cik telah masuk ke dalam Dewan. Aku perhatikan ramai cik gu dan murid dari sekolah luar Kuala Klawang. Pasti mereka juga akan turut sama bertanding.

Tuan Pegawai Daerah dan beberapa orang Buapak Kepala Adat menjadi tamu. Yang lain pegawai kerajaan dan guru-guru. Pada hemat aku ini kempen Bahasa Kebangsaan  guru-guru memainkan peranan penting.

Satu demi satu naik ke pentas bersyarah dan  bersajak. Aku ingat lagi wakil dari Sekolah Umum Kampai seorang murid perempuan naik untuk bersyarah. Mulutnya masih mengunyah.

‘ Makan apa tu....’ Aku menanya Kamarudin yang duduk sebelah aku.

‘ Itu sirih pengeras.... lawan rasa gemuruh.. agar jangan takut di hadapan orang ramai....’ Kamarudin menerangkan. Aku percaya kerana ayah Kamarudin ini bernama Basir seorang Guru Silat. Pasti anak Tok Guru Silat ini  tahu serba sedikit ilmu dan petua Melayu.

Tim dari Sekolah Agama  Kuala Klawang menampilkan saingan yang kuat.  Syarahan mereka ada diselang seli  dengar  kata-kata bijak.

Tan Soo naik dan bersyarah. Kemudian aku bersyarah.  Kemudian  Sekolah Agama menampil pembaca sajak. Akhir sekali Kamarudin membaca sajak. Aku kagum dan akui cara Kamarudin Basir membaca sajak ini amat hebat. Lebih hebat dari semua pembaca sajak pagi Sabtu itu.

Sebelum jam 1 tengah hari keputusan di umumkan.  Yang mempengerusikan program pagi itu ialah Cik Gu Asli. Aku kenal Cik Gu ini. Dia guru bahasa  Melayu untuk pelajar  sekolah menengah.

Cik Gu Asli ini juga  mengumumkan  kemenangan kami  bertiga. Kami akan  menjadi wakil Jelebu untuk bertanding di peringkat negeri di Seremban.

Dalam masa dua minggu kami akan ke Seremban pula untuk bertanding.

Pagi Senin di sekolah kami tersenyum besar dan aku terus pergi berjumpa Cik Gu Dahlan.

‘ Tahniah... tahniah untuk kamu bertiga... tapi sayang baca sajak hanya ke peringkat daerah... syarahan ada peringkat negeri....’ Berita tidak baik untuk Kamarudin.

Kali ini tajuk syarahan bertukar. Aku bersyarah : Apa Ertinya Merdeka. Tan Soo : Bahas itu Jiwa Bangsa.

Kali ini Cik Gu Dahlan memberi isi kandungan untuk aku  dan Tan Soo mengarang. Dia juga memastikan kami siap siaga.

Lawan kami pelajar dari Kuala Pilih, Sungai Ujung, Tampin, Rembau, Port Dickson. Semua ada sekolah yang  bukan kecik anak. KGV dari Seremban amat hebat. Tengku Muhamad School dari Tampin juga terkenal. Semua ini akan  menjadi saingan aku dan Tan Soo.

GES Jelebu agak kampung dan ulu tidak sehebat Saint Paul dalam bandar  Seremban atau GES Port Dickson.

Hari yang ditunggu sampai. Petang Jumaat itu aku dan Tan Soo diminta datang ke Pejabat Daerah jam 5 petang.   Bila kami sampai aku nampak Cik Gu Asli  telah sedia menunggu.

‘ Kamu berdua naik Land Rover  ini...saya dan yang lain naik kereta...’  Cik Gu Asli memberi arahan.

Petang Jumaat itu kali pertama aku Naik Land Rover milik Pejabat Daerah. Aku merasa bangga kerana ini pengalaman baru melintas Bukit Tangga naik Land Rover dan bukan naik  bas atau kereta. 

Tan Soo dan aku  duduk di belakang menghadap satu sama lain. Kami berdua  memakai pakaian seragam sekolah. Land Rover kami mengekori dua kereta lagi yang  berjalan di hadapan.

Sampai ke bandar Seremban kami terus singgah di Kedai Malbari untuk makan malam.  Baru aku sedar  selain dari Cik Gu asli Tuan Penolong Pegawai Daerah  (A.DO)  ada juga datang bersama.

Sesudah makan kami terus menuju Dewan Majlis Bandaran  Seremban. Di atas pentas empat pemuda  Melayu  dari Kugiran The  Twailight sedang beraksi dengan muzik ringan sebelum program bermula. 

Dewan hampir penuh. Banting Bahasa Jiwa Bangsa dan Bulan Bahasa Kebangsaan tergantung di pintu masuk.   Di atas pentas   tulisan  latar ialah Bahasa Jiwa Bangsa.

Aku tidak tahu sangat siapa menjadi tamu ke hormat malam itu. Yang aku pasti Cik Gu Asli dan Penolong Pegawai Daerah dari Jelebu duduk di barisan hadapan.

Satu demi satu wakil daerah naik bersyarah. Tan  Soo naik. Di ikuti oleh pelajar dari  Rembau, Kuala Pilah dan kemudian aku  bersyarah. 

‘ Jangan pandang penonton...’ Kata-kata nasihat dari Cik Gu Dahlan.  Ini rahsia berucap  di hadapan orang ramai -  agar jangan gelabah.

Kini aku telah tidak gentar lagi. Aku telah naik ke pentas dua kali sebelum ini. Yakin diri aku telah kuat. Ini di campur pula oleh bantuan Cik Gu Dahlan yang memperbaiki isi syarahan aku untuk malam itu.

Jam 11 malam program malam pertama tamat. Malam ke dua – esok  Sabtu malam. Malam penutup  dan upacara penyampaian hadiah.

Sebelum pulang Cik Gu Asli membawa kami ke Kedai India  untuk menikmati sup kambing. Aku merasa bernasib baik. Makan kedai Malbari  dan kini menikmati sup kambing pula.

‘ Mala esok kamu wajib datang....’ Ini kata Penolong Pegawai Daerah.  Aku kurang mengerti apa maksudnya.

‘ Ajak emak dan abah kamu datang juga...’  Ini seperti arahan.

Dari kata-kata ini aku merasa bahawa ada kemungkinan aku akan menang.

Esoknya di rumah aku bercerita apa yang berlaku di Seremban kepada Emak dan Abah aku.  Aku nyatakan bahawa Tuan Penolong Pegawai Daerah merasa aku akan menang.

Sabtu malam di Dewan Bandar  Seremban empat pemuda Melayu masih di atas pentas. Kini kugiran mereka telah bertukar nama dari The Twilight menjadi Lambaian Senja. Ini pasti ada orang kompelin nama  kugiran  ini tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Baru aku sedar tamu malam penutup Bulan Bahasa Kebangsaan di Negeri Sembilan tahun 1963 ialah h Yang Di Pertuan Besar Tuanku Munawir. Maka The Twilight  menjadi Lambaian Senja.

Malam itu aku dan Tan Soo juga  menjadi tamu. Kami tidak bersyarah.

Masa yang ditunggu  tiba. Aku di umum sebagai John  Syarahan Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 1963. Tan Soo tidak menang. Baru aku sedar bahawa Tuan Penolong Pegawai Daerah itu  pasti telah tahu yang aku akan menang. Justeru memastikan aku hadir pada malam ini. Malah ajak Emak dan Abah aku datang sama.

Aku naik ke pentas dan menerima  hadiah dari Yang Di-Pertuan Besar. Aku mendapat buku tebal – Kamus Bahasa Indonesia.  Aku juga menerima  sebuah lencana dari plastik.

Sebelum pulang sekali  Cik Gu Asli membawa kami ke kedai sup kambing. Kali ini Tuan Penolong Pegawai Daerah juga ikut sama untuk merayakan Jelebu yang menang di Seremban.

Hampir jam 1 pai aku sampai ke rumah. Aku  terperanjat kerana orang di rumah belum tidur.

‘ Kami sampai tadi..  lambek sikit... tapi sompek nengok kau dapat  hadiah dari Yam Tuan....’ Emak aku bercerita  dan aku terperanjat,

Rupa-rupanya Emak dan Abah aku ada dalam dewan. Emak aku membuat keputusan lewat untuk datang bersama ke Seremban. Emak dan Abah aku datang dengan  kereta Uda Budin 

Malam itu ketika aku meletakkan kepala di atas bantal aku merasa amat gembira.  Emak dan Abah aku juga melihat kejayaan aku menerima hadiah dari Yang Di Pertuan Besar. 

Sebelum aku melelapkan mata  aku berterima kasih  kepada  Cik Gu Dahlan yang membimbing aku  untuk berani bersyarah  di hadapan khalayak  ramai.

Aku tiak sabar menunggu pagi Senin untuk memberi tahu akan kemenangan aku kepada cik Gu Dahlan. 

EPILOK 1 – Tan Soo dan aku masih berhubung. Semenjak berpisah tahun 1968 aku belum lagi dapat bersua dengan Tan Soo. Hanya bercakap melalui telefon. Tan Soo kini telah berumah tangga dan tinggal di Pulau Pinang..

Tan Soo menjadi  rujukan aku untuk tulisan ini.

EPILOK 2 – Buku Kamus hadiah itu aku tinggalkan di Kolej ke 7 Universiti Malaya ketika aku  melarikan diri polis dan soldadu pada   subuh Ahad 8 Disember 1974.

ELIPOK 3 – Lencana Johan Negeri Sembilan 1963 -masih aku simpan dengan baik. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/06/29/bulan-bahasa-kebangsaan/