Selasa, 22 Jun 2021

DENGAR APA KATA ABANG INI

 



DENGAR APA

KATA ABANG INI

KES SD LAGI

 

INI KES SD

APA NI?

KAH KAH KAH

KES SD

AZILAH 

APA CERITA

KAH KAH KAH

KES SD

YUSOF RAWTHER

APA JADI

KAH KAH KAH



Saya tolak ‘jajaran baharu politik’ – Mastura

KUALA LUMPUR – Semalam Setiausaha Agung UMNO,  Ahmad Maslan mengakui terdapat usaha mengumpul akaun bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Hari ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar,  Mastura Mohd Yazid membuat kenyataan yang beliau tetap istiqamah dengan perjuangan UMNO dan menolak satu jajaran baharu dalam politik.

“Dengan ikhlas, saya istiqamah mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu. Saya menolak “Jajaran Baharu”. Saya menolak DAP dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu dalam Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun Mastura tidak memperincikan maksud sebenar jajaran baharu berkenaan.

Semalam, Ahmad Maslan mendedahkan ada usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Memetik laporan portal Malaysiapost semalam, Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun berkata dia tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.

Beliau juga tidak menyatakan secara lanjut berkenaan usaha itu serta ahli Parlimen atau pemimpin yang terlibat.

“Perkara berkenaan SD memang saya ada dengar dan saya tidak menafikan kewujudannya. Usaha sedemikian memang sedang dibuat, bagaimanapun saya secara peribadi dan ada rakan-rakan yang lain tidak didekati untuk tanda tangan apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut menyebut wujud usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Fahmi berkata, beberapa ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti mereka sedang berusaha mendapatkan SD itu bagi meraih sokongan untuk mendapatkan jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan. 

KUMPUL KUMPUL

JANGAN TAK

KUMPUL

KAH KAH KAH



OSCAR - GUA PERLU BERSABAR

 



OSCAR

GUA PERLU 

BERSABAR

Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 462"

bagusnya beri teduh pada haiwan yg dibuang. muga diberi ganjaran kebaikan kpd uncle TT.

Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 462"

Ko jangan kerap menambah bilangan anjing baru. Aku nampak ezi tu dah mcm tak selesa je. Nanti dia lari sebab merajuk

TUTUP MATAHARI DENGAN KABUS - PROJEK BILL GATES LEPAS KOBID

 


PROJEK KAUM

KAPITALIS

TUTUP MATAHARI

DENGAN KABUS

PROJEK BILL GATES

LEPAS COVID19


Unknown commented on 

"AWAS PASCA KOBID"

pasca covid adalah vaksin, microb telah berada dalam tubuh kita, fasa seterusnya adalah meredupkan cahaya matahari dengan kabus


Bill Gates Is Thinking About Dimming the Sun. The billionaire is backing a study of the controversial ...
26 Mar 2021 · Uploaded by WebsEdge Science
11 Jan 2021 — Microsoft's MSFT -0.6% billionaire founder Bill Gates is financially backing the development of sun-dimming technology that would potentially ...
Claim: Bill Gates is working to block the sun to prevent global warming
Claimed by: social media users

SYARIKAT UBAT KONTROL PATENT VAKSIN

 



MAT KOBID 

PROJEK SYARIKAT

BUAT UBAT

 KONTEROL

PATEN VAKSIN


Unknown commented on 

"AWAS PASCA KOBID"

Dah saheh lagi jelas, terang tersuluh, Yankee Dodo telah menggunakan China Merah untuk menghasilkan Kobid-19. Si celaka Antony Fauci akan dipecat di bawah Akta Pecat Fauci negara Yankee Dodo. Pasti si Fauci ni tidak bertindak berseorangan, pasti dengan kebenaran kelulusan orang nombor satu Yankee Dodo, kalau bukan si Itek Trumpet, mungkin Obama. 



Kan dua orang presiden ni ada gi melawat China Merah dan Xi Jinping ada gi melawat Yankee Dodo masa Obama berkuasa.. mungkin kat situ perjanjian termetrai utk buat virus Kobid-19 ni atau si Fauci ni bersama cukong-cukong Yankee Dodo seperti Bill Gates dan geng gunakan China Merah buat virus ni untuk cari duit melalui vaksun yang ajan dihasilkan. 



Jadi tanda tanya juga nape Melinda Gates minta berpisah dengan dengan Bill Gates dalam masa ini, setelah sekian lama berkahwin dan ada sebuah yayasan bersama kononnya untuk kajian penyakit tertentu seperti kanser? Mereka dilaporkan adalah suami isteri yg intim dan sekarang berumur lebih 70 tahun. Nape pulak nak berpisah dalam umur camni? Jurucakap Mat Biden telah mengumumkan langkah untuk meluluskan Akta Pecat Fauci.

AWAS JANGKITAN VIRUS ANJAPEM10

 



DULU 

ADA KUASA

KAH KAH KAH

SEKARANG DAH

ILANG KUASA

KAH KAH KAH

BERTAMBAH

SAKIT BILA

DISERANG OLEH

VIRUS ANJAPEM10 

KHALAS




Yang pernah tadbir negara patut faham proses Parlimen, kata Annuar Musa

PIHAK yang pernah mentadbir negara sepatutnya faham proses urusan Parlimen, kata bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa, selepas Umno semalam memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil Parlimen bersidang.

Annuar tidak merujuk khusus kepada kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam namun memberi ingatan bahawa membuat ugutan bukan caranya.

“Sebagai pihak yang pernah mentadbir negara dan sepatutnya faham proses bagaimana urusan memanggil sidang Parlimen dilakukan, sepatutnya mereka lebih cool dalam memberi pandangan.

“Ugutan yang tidak kena pada tempat akan memakan diri, dan menampakkan agenda sebenar di sebalik kegelojohan,” tulisnya di Twitter, malam tadi.

Semalam, Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri mendesak kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, sebelum 4 Julai ini.

“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah,” katanya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat biro politik Umno.

Zahid tidak menyebut langkah Umno jika desakan itu tidak dipenuhi, sebaliknya berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Kenyataan Zahid turut dikritik oleh bekas menteri undang-undang Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal”.

Ketua Umno Bahagian Padang Rengas itu berkata desakan Zahid tidak menepati tatacara sidang Parlimen yang memerlukan tempoh notis 28 hari untuk memulakan persidangan.

“Memang tak ikut prosedur Parlimen lah kalau macam itu. Saya punya pandangan ini memang tak boleh berlaku,” katanya, seperti dipetik Agenda Daily.

Dalam pada itu, Ahli MKT Umno Zahidi Zainul Abidin melihat kenyataan Zahid yang mahu Parlimen dibuka segera senada dengan pendirian Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau bimbang Zahid menyembunyikan agenda, apatah lagi presiden Umno itu dan Anwar pernah dikaitkan dengan pakatan politik sulit selepas tular rakaman audio yang didakwa perbualan telefon mereka berdua. 

Zahid dan Anwar menafikan dakwaan itu.

“Kita lihat nada dia (Zahid) sama dengan nada Anwar jadi kita tak tahulah apa di sebalik tersebut, tetapi kalau benar ikhlas kerana saranan Tuanku kerajaan pun kini sedang berusaha untuk mengadakan sidang Parlimen,” katanya, seperti dipetik Agenda Daily.

Muhyiddin minggu lalu berkata Parlimen boleh bersidang seawal September apabila pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19 memasuki fasa ketiga.

Pada Ahad, Muhyiddin berkata sebuah jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang sedang meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

Pengamal undang-undang berbeza pandangan tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen, yang mengikut satu pandangan boleh dipanggil tanpa nasihat perdana menteri, berdasarkan satu peruntukan dalam Ordinan Darurat.

Beberapa pakar perundangan lain termasuk bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad dan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali bagaimanapun berpendapat kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut nasihat perdana menteri, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. – 22 Jun, 2021. 


ANJAPEM10

VIRUS BAHAYA

AMIN

TANDA AWAL

IALAH MELAUNG

BUKA PARLIMEN

BUKA PARLIMEN

AMIN

KALAU DAH TENAT

AKAN BERATIP

KERAJAAN GAGAL 

KERAJAAN GAGAL 

KHALAS




PUNAT EDY WANG

 



PUNAT 

EDY WANG

Mat Lekeh commented on

 "AMANAT HADI SESAT LAGI MENYESATKAN"

Amanat sesat. Lain ditanya lain dijawab.Sampaikan kena maki di negeri baginda queen..tp di tanah adinda kekanda tak bole maki ularmak. Tak bau sorga katanya. namun ada baiknya..kini gulai kawah campur babi dah jadi halal..tak lupa juga tahniah enche tt ada tetamu baru oskar de la hoya..

MUTAHIL TAK SEDAR APA ITU FATWA

 

WOIT

JANGAN SILAP

FAHAM

AMIN

FATWA INI

BAHASA ARAB

AMIN

ERTINYA

PANDANGAN 

CADANGAN

 AMIN

S.EFFENDI PUN

 ADA KELUAR FATWA 

AMIN 

DARI DULU

SAMPAI SEKARANG

BERJUTA JUTA

RAKYAT DENGAR 

TAK HABIS HABIS

AMIN



Apa fatwa presiden PAS untuk bersama pengkhianat?

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya pada 19 Jun 2021 lalu telah memberi amaran kepada orang muda dalam negara ini supaya tidak terpengaruh dengan Pakatan Harapan (PH) yang dilabelkan beliau sebagai ‘melampau terhadap Islam’.

Dalam kenyataan tersebut juga, beliau menyebut bahawa adalah haram untuk bersama musuh agama. Ini adalah fatwa politik terbaru Presiden PAS.

Namun, jika disorot kembali perjalanan politik Presiden PAS ini, beliau seringkali mengeluarkan fatwa politik yang berubah-ubah, flip-flop dan u-turn.

Pada 1981, beliau melabelkan Umno sebagai kafir dan haram untuk menyokong Umno. Tetapi, kini PAS bersama Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan turun berkempen menyokong calon Umno dalam beberapa pilihan raya kecil pasca PRU-14 seperti di pilihan raya kecil Slim.

Bertambah parah apabila PAS berkempen untuk MCA di pilihan raya kecil Tanjung Piai walaupun MCA kuat menentang hudud. Hudud dianggap nyawa PAS, tetapi kini dipajak kepada MCA.

PAS pernah bersama DAP membentuk kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak dan Selangor (2008-2018), namun kerana ingin bersama Umno, DAP dijadikan kambing hitam dengan dilabelkan anti-Islam. RUU355 dijadikan alat perpecahan suatu permuafakatan nasional, tetapi kini alat itu pula usang ditelan zaman.

Fatwa politik Presiden PAS untuk menubuhkan kerajaan PN adalah berasaskan kerajaan Melayu-Islam. Tetapi, di manakah Melayunya dan di manakah pula Islamnya?

Israel boleh menceroboh kedaulatan negara, RUU355 belum dibentangkan kerajaan PN, kempen Buy Muslim First (BMF) untuk menaikkan ekonomi orang Melayu Islam tidak menjadi polisi negara, aktiviti judi semakin berleluasa, kes kematian Allahyarham Adib tidak selesai, kluster kayangan mendiskriminasi rakyat marhaen, kehidupan rakyat susah sehingga masalah air di Kelantan tidak selesai, pemimpin pula bermewah dengan Mercedes, aktiviti pembalakan merosakkan alam tanpa kawalan dan banyak lagi contoh lain yang menunjukkan tiadanya roh kerajaan Melayu-Islam dalam pemerintahan negara hari ini.

Fatwa yang dinantikan rakyat adalah apa pula hukum bersama dengan mereka yang menjadi pengkhianat?

Kerajaan PN ditubuhkan atas gerakan beberapa bekas pemimpin PH yang khianat dan keluar parti dan bersekongkol dengan Umno, BN dan PAS menubuhkan kerajaan PN. Tanpa PAS, tidak mungkin PH jatuh dan kerajaan PN ditubuhkan.

Pengkhianatan ini adalah satu malapetaka besar kepada politik negara kerana ia satu pengkhianatan kepada mandat dan amanah rakyat dalam PRU ke-14 lalu. 

Undi rakyat kepada PH ibarat satu perjanjian sosial yang perlu dihormati. Maka, ianya tidak boleh dikhianati.

Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 58 yang bermaksud: “Jika kamu mengetahui satu pengkhianatan dari satu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang berkhianat”.

Fatwa politik Presiden PAS yang berubah-ubah, flip-flop dan u-turn ini dilihat dibuat mengikut selera politik PAS yang menggunakan agama untuk justify sesuatu tindakan politik. Sesuatu fatwa politik tidak lagi dibuat berdasarkan disiplin ilmu dan maslahat.

PAS kini ibarat kacang lupakan kulit, yang boleh meninggalkan kekasih lama untuk mendapatkan kekasih baru. Asalkan demi kuasa, tidur sebantal lain-lain sijil nikah pun tidak apa.

Dengan begitu banyak isu yang menjerut kerajaan gagal PN hari ini terutama kegagalan menangani pandemik Covid-19, kelumpuhan ekonomi dan kelemahan proses vaksinasi, Presiden PAS cuba menjadikan PH sebagai kambing hitam dengan menunggang sentimen perkauman dan agama.

Stigma PH anti-Islam sengaja dicipta bagi merendah-rendahkan pemikiran orang muda yang semakin celik politik dan demokrasi. – 22 Jun, 2021.

 Faiz Fadzil
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional
Adun Permatang Pasir.

ADA FATWA

PANDANGAN

KARUT

AMIN

ADA FATWA

CADANGAN

BODOH 

TAK MASUK AKAL

AMIN

PAKAI SERBAN

TUNGGANG TUNGGIT

TAK SAMESTI BETUL

KHALAS



ZAHID UGUT MUHYIDIN

 


BILA ZAHID

UGUT MUHYIDIN

PAAGLIMA ANNUR

MUNCUL KE DEPAN

KAH KAH KAH



Yang pernah tadbir negara patut faham proses Parlimen, kata Annuar Musa


PERANG 

DALAMAN MAKIN

JELAS

AMIN

YA AMPOON YA MAULANA

 



YA AMPOON

YA MAULANA

panglimo potaseh commented on

 "BERITA CUNTFUSE"

Kalau Ya Ampoon Bagindo nak masuk gelangang tapi rasa hino bilo kalah atau disanggah. Den oop ..patek hambo kunta kinte mohon ampon sujud cocah dahi ko lantai supayo Ya Ampoon duduk ontok-ontok jo ..potang2 rondo2 ..

YANG BENAR

 

YANG BENAR

Unknown commented on

 "BRO TERIMA KASIH"

'Dan perjalanan menjelajahi bumi atma, dibawa sejauh mana pun ke seantero dunia, tetap kembali. Ke titik paling dekat. Diri.'. hm tuah iskandar.



Unknown commented on 

"BRO TERIMA KASIH"

Relaxla bro...isham dh berusia emas. Selari dengan usia beliau, beliau akan jadilah mcm pakcik2 yang lain. Semua org xbetul dia saja betul. Semua org xbaik dia saja baik. Paling ketara sekali bila mat rempit pun nampak kerajaan gagal tapi isham ni masih segan silu nak menibai. Ada apa2 kah? Saja Tanya jangan marah pulak. Kahkahkah

HOT TER NOWW TER KINI - SPY CABUT LARI

 


SPY 

CABUT LARI DARI

CHINA MERAH

BOLA DI KAKI MUHYIDIN

 

BOLA DI KAKI

MUHYIDIN

Yang DiPertuan Agong telah berjumpa dan mendengar pandangan dari semua pemimpin parti politik – kecil dan besar.  Pandangan ini telah dibawa oleh  Agong ke perjumpaan Adinda Kakanda Raja-Raja Melayu  pada Rabu 16/6/2021.

Apa yang dilakukan oleh Agong ini ialah mencari jalan untuk keluar dari kekusutan politik hari ini. Dalam bahasa Baginda Queen pada ketika ini Malaysia  sedang berhadapan dengan  political imbroglio – politik kacau. 

Politik kusut – politik kacau ini tidak perlu saya  hujahkan. Hanya Mat Bebal Politik sahaja yang gagal untuk melihat bahawa pada ketika ini Malaysia dalam kancah kekacauan politik yang maha sangat.

Pasir selut politik  ini sedang menyedut kita semua – anak semua bangsa – bangsa semua agama.  Pola dan ciri selut ini amat jelas.

Pertama kita wajib mengakui bahawa kerajaan Muhyiddin pada  ketika ini terus disangsikan   sokongan majoriti  para YB dalam Parlimen.  

Semenjak mengambil alih kerusi PM dari Mahathir  kedudukan  kerajaan Muhyidin terus dipersoalkan. Soalan numero uno  ialah  sama ada Muhyidin ada memiliki sokongan  lebih dari 112   YB dalam Parlimen.    
Angka dan jumlah sokongan YB dalam Parlimen menaikkan syahwat keberahian  Anwar Ibrahim.  Dengan bijak lagi licik Anwar  terus mengasak, mengintil  dan menggesel  agar  Muhyidin terpancut dari kerusi PM. Bila terpancut keluar dari kerusi PM maka Anwar Ibrahim akan mengambil alih. Amin.

Jumlah angka yang memberahikan  Anwar ini juga  telah menjemput apa yang kini mendapat gelaran pop – kluster mahkamah.  Kluster mahkamah ialah kumpulan YB yang telah dijatuhkan hukuman, yang sedang dibicarakan atau yang sedang merayu.

Dua sosok  yang dikenali umum dalam kluster mahkamah ini ialah Najib dan Zahid. Najib bekas  Presiden United Malays National  Organisation. Manakala Zahid ialah  Presiden parti Ketuanan Melayu yang menggantikan Najib..   

Najib telah dijatuhkan hukuman. Zahid  pula sedang dalam proses pendakwaan.
Kluster mahkamah ini dan keberahian Anwar Ibrahim ini adalah punca utama yang telan melahir hiruk piruk  dan kacau bilau politik semenjak permulaan  kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dari Barisan Nasional pada 9 Mei  2018 dahulu.

Najib  dan Zahid tak mahu masuk ke Sungai Buluh.  Manakala Anwar mahu masuk  ke  Seri Perdana.  Ada titik pertemuan antara masuk ke  Sungai Buluh dan masuk ke   Seri Perdana.

Kacau bilau  dan kekusutan politik ini menjadi lebih tenat apabila Malaysia malah dunia diserang oleh virus  Korona dari Wuhan China.

Dalam bahasa baginda  Queen Malaysia  kini  sedang menghadapi ‘ double whammy ‘ – kecelakaan  tindih menindih.  Ini bukan sudah jatuh  ditimpa tangga  dan terpegang tahi ayam.  Ini lebih dari tahi ayam.

Politik kacau Malaysia ini menjadi bertambah  tenat dengan serangan virus dari Wuhan.   Virus ini membuat politik kacau lagi mengacaukan.  Membuat politik buruk lagi memburukkan.. Amin

Pada awalnya untuk menangkis keluar dari serang virus Korona  Muhyidin  telah menasihati Agong untuk memasyhurkan Darurat.    Parlimen telah digantung apabila darurat diumun.

Pada hemat saya langkah darurat ini  ketika ianya diumumkan adalah tepat, baik dam masuk akal. Hukum kanun darurat boleh di gunakan untuk  membolehkan kerajaan  mengambil langah tepat  untuk menumpas virus dari Wuhan.

Pada awalnya  satu Malaysia telah membaca berita yang  telah melaporkan bagaimana langkah Muhyidin ini  tepat lagi betul. Malah Muhyidin sendiri   menjadi amat- amat popular dikalangan rakyat. Saham Muhyidin melonjak naik. Amin.

Tapi semua ini telah berubah. Khalas.

Darurat telah gagal menumpaskan virus dari Wuhan. 

Harus diakui bahawa bukan mudah hendak menumpaskan virus Korona ini. Saya wajib berlaku adil untuk memberi pembaca tahu  bahawa  bukan Malaysia sahaja yang berhempas pulas  memerangi  wabak Korona ini. Banyak negara sedang berhadapan dengan masalah yang sama.

Tapi apa menjadikan Malaysia berbeza ialah kesampaian virus dari Wuhan  ini disambut oleh  kenduri  pertelingkahan politik antara kerajaan dan parti pembangkang yang sedang  berjalan.

Kesangsian   sokongan YB, gerak politik  kluster mahkamah kini mengeraskan lagi  keberahian Anwar Ibrahim. Semua ini   dibaca oleh orang ramai – rakyat – sebagai pembawa mudarat.

Kacau politik yang sedemikian amat-amat menakutkan. Kerana kali ini perbalahan dan perbezaan politik  membawa maut.  Angka yang   maut makin bertambah. Angka  yang dihinggapi  virus Korona  juga tidak mengurang. 

Justeru Agong mara ke hadapan untuk membawa  jalan penyelesaian terhadap kacau bilau politik ini.

Justeru Agong memberi titah agar Parlimen dibuka.

Justeru Kakanda Adinda  juga memiliki pandangan yang sama. 

Pada hemat saya dalam istilah politik – bola kini berada  pada kaki Perdana Menteri Muhyidin Yasin. 

Pada hemat saya juga pada ketika ini kerajaan Muhyidin Yasin tidak akan jatuh

Pada hemat saya pada ketika ini Muhyidin Yasin boleh terus menjadi Perdana Menteri untuk menghabiskan penggalnya hingga ke 2023.

 Bagaimana saya  sampai ke rumusan  ini.   Apa  nas dan apa hadis yang menjadikan saya yakin teramat  yakin atau  ‘ cock sure’ – meminjam istilah Baginda Queen.

Bola di kaki Muhyidin bermakna semua terpulang kepada Muhyidin.

 Saya yakin apabila Parlimen  dibuka  tidak  akan ada usul undi tidak percaya kepada Muhyidin.   Saya berpendapat sedemikian kerana dari kenyataan Lim Kit Siang  yang terkini dia telah menyatakan bahawa persidangan parlimen bukan hendak menjatuhkan  kerajaan tapi untuk bersama menangani  Mat Kobid.

Malah lebih awal dari ini  beberapa pemimpin kanan parti DAP telah membuat  kenyataan yang lenggok dan nada agak sama. 

Hanya Anwar Ibrahim dari PKR yang masih lagi  menggesel syahwat keberahiannya  untuk memancutkan Muhyidin dari kerusi PM. 

Niat dan cita-cita Anwar ini tidak akan ke mana  jika DAP tidak bersama. Bila saya bercakap hal DAP ini maka akan terikut sama Parti Amanah.

Bagaimana pula dengan pasukan  kluster mahkamah ?

Pasukan ini lagi berat  ..opps. ... silap ...lagi ringan  pengaruhnya dalam  membawa jumlah  YB yang akan menyokong undi tidak percaya terhadap kerajaan Muhyidin.

Pada ketika ini suara makin bising dari sana dan dari sini melaung-laungkan  agar Parlimen dibuka.  Laungan ini kuatnya sama tapi  ada  isi bunyi yang berbeza.

Laungan dari DAP  parlimen dibuka untuk berbincang cara terbaik membantu kerajaan melawan Mat Kobid. Laungan dari  Anwar Ibrahim ada niat untuk menjatuhkan Muhyidin.

Bagaimana laungan dari kluster mahkamah ?

Laungan ini bahaya. Laungan ini  bukan sahaja mahu  parlimen  dibuka, buka sahaja mahu Muhyidin di jatuhkan  mereka mahu PRU15 di jalankan.

Bahaya kerana ini laungan la Sabah. Kita tahu sesudah Sabah apa yang berlaku.

Bola masih dikaki Muhyidin. Justeru Muhyidin tak perlu risau.

Gempak – I got the number ... adalah cerita karut dari Anwar Ibrahim. Laungan Anwar ini  bukan untuk Muhyidin Yasin. Ini ditujukan untuk towkay yang  membeli saham  dan melabur  untuk Anwar jadi OPM.

‘ Lu towkay jangan lari... jap lagi Anwar jadi PM...’

Gempak ini juga untuk mengikat Mat Sabu dan Lim Guan Eng. Mana tahu entah-entah ada nasib sekali lagi nak jadi menteri.

Gempak – I got the number – ini juga ditujukan kepada beberapa orang YB dala PKR sendiri yang semakin hiang keyakinan kepada pimpinan Anwar Ibrahim.

Gempak –  UMNO keluar dari kerajaan – ini    lagu hiburan untuk menyedapkan hati kluster mahkamah.  Bunyinya bila sahaja  gerombolan  Ketuaan Melayu keluar dari kerajaan maka  parti ini akan pecah.   

Para YB yang memiliki jawatan tiak akan mahu ikut sama. Para YB juga memikirkan   dana untuk kawasan yang lupus – tiga juta ringgit – bukan kecik anak.

Opps... jangan lupa kontrak masih belum dituai.

Jangan lupa ? Lupa apa lagi? Jangan lupa bajet besar untuk Vaksin. 

Jangan lupa  Audi dan Mercedes ada menunggu. Ada kereta baru boleh dapat bini baru. 

Justeru bola dikaki Muhyidin.

 Kalau bola dikaki Muhyidin ke mana bola ini  wajib ditendang? Tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
DAN
MALAYSIAN INSIGHT