Rabu, 22 September 2021

PAK LONG MAK LONG MARI KELIK

 


 PAK LONG MAK LONG

MARI LAH KELIK

AMIN

DULU GILA NAK BUKA PARLIMEN

 




Parlimen tak cukup korum memalukan

KUALA LUMPUR – Sidang Parlimen yang terpaksa dihentikan selama tujuh minit kerana tidak cukup korum adalah kejadian yang amat memalukan.

Lantaran itu,  Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan apakah sebenarnya reformasi Parlimen.



DULU HEBOH

GILA NAK

PARLIMEN DIBUKA

AMIN

BILA DI BUKA

TAK DATANG

AMIN

NIAT BUKA 

PARLIMEN BUKAN

NAK BINCANG

HAL NEGARA

TAPI NAK

JADIKAN

ANWAR IBRAHIM

PERDANA MENTERI

AMIN

SEKARANG  DAH

KANTOI MANTOI

KAH KAH KAH

KETUM GANJA JADI HARAM

 



KETUM & GANJA

DI HARAMKAN

AMIN



hamim commented on 

"TUKAR BALAI"

Sham....tolong jawab....

1) Kenapa diMalaysia ni ramai penagih dadah? 

2) Kenapa diMalaysia ni ramai pengedar dadah?

 3) Kenapa diMalaysia ni ramai tokeh dadah?...

JIKA GANJA DAN KETUM
DI JADIKAN BAHAN REKREASI
SAMA SAPERTI  BEER DAN WINE
MAKA
DADAH BERAT AKAN HILANG
PASARAN

BILA GANJA DAN KETUM
DISERANG
MAKA  TOKAN DADAH
MASUK DENGAN BEKALAN
DADAH BERAT

DI PORTUGAL
DI BELANDA
GANJA JADI REKREASI
DENGAN SEKELIP MATA
HEROIN KOKAIN HILANG PASARAN

TOKAN DADAH
SUKA GANJA KETUM
DI HARAMKAN
INI MEMBANTU PASARAN 
SYABU ATAU PILL KUDA

GANJA DAN KETUM
DISERANG UNTUK
DIBUNUH
KERANA TANAMAN ASLI INI
MENJADI  PESAING
KEPADA SYABU

LAGI DISERNAG
LAGI HARGA NAIK

HUKUM GANTUNG
AKAN MENAIKKAN KOS
PENYELUDUPAN
MEMERIAHKAN LAGI 
PASARAN DENGAN HARGA
NAIK MELONJAK

AMIN

PENCURI NAK MENCURI LAGI

 

 PENCURI

NAK MENCURI 

LAGI

AMIN

BAIRKAN BIARKAN

KAH KAH KAH




Bukit Aman siasat laporan Najib terhadap LHDN

JABATAN Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sudah memulakan siasatan berhubung laporan bekas perdana menteri Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendakwa tuntutan cukai terhadapnya bermotifkan politik, kata pengarahnya Kamarudin Md Din.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, katanya, iaitu bagi kesalahan pemalsuan dokumen.

“Polis ingin mengesahkan satu siasatan dijalankan berkait laporan polis oleh Najib Razak terhadap LHDN.

“Semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Pada 8 September, Najib membuat laporan polis mendakwa beliau menerima maklumat dalaman pegawai LHDN ditekan oleh ahli politik supaya mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya.

Najib mendakwa agensi itu melakukan beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bersabit salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai sebelum ini dipetik berkata siasatan kes dipindahkan ke Bukit Aman.

LHDN pada 25 Jun 2019 memfailkan saman terhadap Najib menuntut bayaran RM1.69 bilion cukai tertunggak yang perlu dibayar bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Pada 22 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan itu selepas membenarkan penghakiman terus dimasukan terhadapnya.

Pada 14 Jun 2021, Hakim Ahmad Bache menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan penghakiman itu atas alasan semua pembayar cukai sama di sisi undang-undang. – 22 September, 2021.

 

WOIT

MEMANGLAH

INI POLITIK

AMIN

APA HANG INGAT

INI KENDURI

ARWAH KE

KAH KAH KAH



APA TERJADI DENGAN KU LI

 



Pengharaman UMNO 1946 

tidak sah – Ku Li

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan pengharaman UMNO asal oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988, adalah tidak sah dan tidak mengikut Akta Pertubuhan 1965.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, keputusan yang dibuat mahkamah ketika itu tidak berasas daripada segi undang-undang yang menyebabkan keputusan mengharamkan UMNO yang ditubuhkan pada 1946 itu tidak sah.

 WOIT

TOLONG SIKIT

ANAK RAJA NI

KAH KAH KAH

DAH MAKIN

 BERAT

KAH KAH KAH

BERI TAHU

KU LI

DIA MASIH LAGI

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

KAH KAH KAH

MERANGKAP

CALON TETAP

PRESIDEN UMNO

KAH KAH KAH

YA AMPOOON

YA MAULANA

JANGAN RISAU

JANGAN TAKUT

DENGAN

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

INDUSTARI BERANCUK

 



Beri peluang industri perkahwinan kembali beroperasi – PPMPM


SELAYANG – Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) merayu supaya kerajaan membenarkan industri perkahwinan kembali beroperasi menjelang Oktober ini.

Presiden persatuan berkenaan, Zarinah Mohideen berkata, rayuan itu seiring dengan pembukaan kembali pelbagai sektor baru-baru ini.

 WOIT

NAK BERANCUK

PUN ADA INDUSTRI

KAH KAH KAH

NAK BERANCUK

KENA MINTA

KEBENARAN

KAH KAH KAH

PARAH 

INI

MAKIN PARAH

KHALAS

KU LI LETAK JAWATAN

 




Ku Li letak jawatan 

penasihat Umno


BRO 

JANGAN RISAU

KU LI

MASIH LAGI

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA 

KAH KAH KAH

MERANGKAP

CALON TETAP

PRESIDEN UMNO

KAH KAH KAH

SESAMA TOLONG MENOLONG

 


SESAMA TOLONG

MENOLONG

AMIN

Unknown commented on 

"PERBANDINGAN

 MASUK AKAL"

Woit palancau ni...??? Hahahaha. Gua pun cucuk jugak bro.....gua xdk nk sembang mcm pergi perang pulak....lu palancau ni third world sgt ni??? Nk kluaq pi perang perlukan keberanian. Nak cucuk perlukan pikiran aku nak hidup dan aku percayakan saintis2. Tu ja. Toksah dok buat kemas boleh......hg sembang perang apa lancau ramai yg cucuk tu pasai xbleh nk dok kedai makan dengn jalan2 ja pun. Termasuklah aku.

Unknown commented on

 "PERBANDINGAN

 MASUK AKAL"

Berjuang apalah kau sembang ni bang. Kalau lojik engkau lah maksudnya org Thai sekarang ni 80 peratus tengah menyorok ke camna? Dorang kesana kesini xde mati gelimpangan pulak pun? Ko tu fearmongering teruk sgt smpi dicerita war bagai.


INDON GUNA IVERMECATIN

 



INDON DAN

UTTAR PRADESH

GUNA

IVERMECTIN

KHALAS

Yeop sepet commented on

 "PANDANGAN BETUL"

Indonesia vaksin program Tak rapid mcm Kita percentage rendah lg tp depa guna ivermectin,Indon 3rd wave lambat drp Kita tp depa dah kurangkan kes drp 200,000 sehari kpd hanya 1000lebih sehari,dgn population 270juta.masa tu Indon the worst covid infection dlm dunia.uttar Pradesh,rate infection 200,000 sehari skg nie Tak smpai 100 pun,sama gak guna ivermectin.pecaya sgt pd vaksin,sedangkan ada ubat utk rawat tp dihalang utk guna.



kkm kata ivermectin bukan ubat khas utk rawatan covid,tp soalnya 1st wave Kita guna ubat malaria.udah itu kkm pusing blk, ivermectin ubat caving.ubat nie menang Nobel prize treate penyakit manusia.dlm list WHO essential medicine,sama standard dgn penicillin paracetamol.bayangkan, kerajaan sanggup bunuh org dgn nafikan ivermectin hanya semata2 nak laku vaksin buat duit masuk poket sndri,at the expense of people life, livelihood and country economy and wellbeing.


hang nak untung 2 3 billion jual vaksin tp hang ranap ekonomi yg worst 1 trillion over GDP.nak untung sekupang dgn rugi seribu,kalu terms bisnes spend 100% to get 1%.kalu hang ideology kapitalis pun takleh terima polisi kerajaan skg nie.apa yg depa buat skg utk survival depa.

NAJIB NAK BEBAS

 


NAJIB  NAK

BEBAS

AMIN



Bukit Aman siasat laporan Najib terhadap LHDN



 PEMIMPIN ISLAM

DI FITNAH

KHALAS

ABANG NEGRO KATA ....

 



ABANG NEGRO 

KATA :

LUBANG CIRIT KAO

  KOTAT LAGI KO ?

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"DENGAR APA

 ABANG INI KATA"

Titi apa negro ni kata? Gua no spit engrish.

KENAPA UMNO DIHARAMKAN

 

 

SEJARAH

GEROMBOLAN

 HARAMKAN 

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "UMNO DIHARAMKAN"

Kahkahkah ..Incik Kuli masih berdogeng dingan UMNO di harangkang ..pabila Kuli lengit dengan peristiwa lampu terpadam semasa sedang ngira kertas undi presideng UMNO tahong 1987. Lepas tu Kuli coba carik cawangan UMNO yang tak di daftarkang untuk tujuan mengharam jadahkang kemenangan Kutti Kerala sbg Presiden orang Melayu, supaya undi di buat balik. Kutti Kerala memang pakar belit bahasa sopan nye "stratiji". Maja pada Februari 1988, Kutti dapat ngesan cawangan UMNO yang tak di daftarkan dan kunon2 nak nolong Kuli, maka Keling ni terus haramkan parti keramat tersebut. 


Petang Februari tu picah berita UMNO diharamkang ..Ghafar Buldok nanggis ..semua ketua penyamon UMNO nanggis teresak esak ada yang meraung ..yang paling lawak Prediden MCA pong nanggis hingga tersembur air liur ..Samy Vellu mungking nagis juga, mungking sebab muka legam nye tak clear kat TV. Kutti Kerala hanya kuar pada berita tengah malam ..tampak gelak-gelak ..mcm hepi ..Kutti kata "dah UMNO di haramkan ..nak buat macam mana" ..kahkahkah ..pada gwa tu lah taktik peperangan politik yang paling klasik dalam dunia ini ..setanding dingan taktik Yahudi ..tahniah Tun ..

YOU JI DAN JI YOU

 




ZAMAN
NIK AZIZ

ADA  U.G

UNITI GOVERMEN

KAH KAH KAH

ZAMAN HADI

ADA G. U

GENG USTAD

KAH KAH KAH

SENDIRI TANGGUNG

 


 

SENDIRI TANGGUNG

AMIN

Unknown commented on

 "PANDANGAN BETUL"

yang anti vaksin biar jelah tak nak vaksin.. yang tak vaksin tak menganggu orang yang dah vaksin.. jadi lantaklah yang tak nak vaksin.. ??? kita nasihat tak jalan.. bukan masalah kita lagi... dia tanggung sendiri.. 


bila dia rasa dia nak cucuk pandai2lah dia mencarinya... aku harap kerajaan buat ppv kekal di setiap daerah dalam malaysia. bila dah masuk fasa endemik nanti.

LANTIK NAJIB DENGAN SEGERA

 


 LANTIK NAJIB

DENGAN SEGERA

AMIN 

cikminah commented on 

"PERDANA MENTERI MALAYSIA"

Tidak mengapa Najib jadi penasihat Ismail Sabri asalkan bukan jadi penasihat Perdana Menteri yang diberi kedudukan bertaraf MENTERI macam tok2 lebai yg jadi duta negeri2 Arab. Ini ibarat biarkan unta masukkan kepalanya dalam kemah, di malam yg sejuk.


 Sebagai penasihat Ismail Sabri, paling tinggi nasihat Najib, ialah jangan simpan duit derma Pak Arab ke dalam akaun sendiri tapi boleh simpan dalam akaun Perdana Menteri untuk perbelanjaan negara, bukan berbelanja sakan di New York, beli hanbag dan cincin berlian berbatu merah jambu yg beratnya sekilo atau apartmen mewah di Manhatten dgn pemandangan status liberty....😄

RHYTHM OF LIFE - IRAMA KEHIDUPAN BERSAMA OLETA ADAMS

 


 RHYTHM OF LIFE

IRAMA KEHIDUPAN

BERSAMA 

OLETA ADAMS

KAH KAH KAH 

IRAMA KEHIDUPAN

 



IRAMA KEHIDUPAN

Awal pagi aku sampai  bilik  kuliah. Aku tak sabar nak memberitahu rakan sedarjah tentang bagaimana  bakat aku  telah  dipungut di tepi jalan Old Compton Street.

Di pintu bilik kuliah aku terserempak  dengan  Nina . Nama penuh Nina Khan. Minah cun ini adalah  generasi ke dua  warga British keturunan Pakistan.   Aku agak rapat dengan Nina. Dia bangga   dengan aku kerana aku pernah tinggal di Pakistan. Walhal dia hanya mendengar surah  Pakistan dari emak dan ayahnya.

‘ Nina .. you know this band – Tears for Fears ? Aku bertanya.

‘ What about it...’ Soalan aku dijawab dengan soalan. 

Tertiba Rob  yang terdengar perbualan kami mencelah masuk. Robert  ini telah lulus ijazah zoologi. Dia bosan lalu masuk kembali belajar ilmu filem. Dia tidak jauh umurnya dengan aku.

‘ Was a top band in the eighties....’  Rob memberi penjelasan. Rupa-rupanya Tears for Fears ini bukan kecik anak. 

Telinga aku terbuka luas. Nampak sangat aku ini telah lama meninggalkan  dunia muzik popular ini. Kugiran yang hot di kota London pun aku tak tahu lagi.

Aku terus menceritakan kepada Nina dan Rob apa yang berlaku di Old Compton Street. Bagaimana aku dipungut dan dipelawa untuk berlakon dan menari dalam klip muzik video   Tears for Fears.

‘ You are  joking Isham...’ Robert kurang yakin dengan kesah aku. Dia menyangka aku melawak kerana kugiran Tears for Fears  ini  kugiran  yang top kota London satu ketika dulu

‘ This Saturday is the shoot... with Oleta Adams... who is she...’ Aku menjelaskan duduk perkara sambil bertanya.

‘ I want to come...’ Nina nak ikut sama.

‘ Really.. that’s cool.... Oleta?...She is an American singer..’ Rob memberi penjelasan

Kemudian   Nina dan Rob  bercerita panjang lebar  tentang kugiran  Tears for Feras.  Dalam tahun  80’an kugiran ini  ‘ top’ di tangga  jualan rekod. Pernah beberapa kali  menjadi Penyanyi Pujaan Minggu Ini  di carta senarai rekod dan kaset  laris terjual United Kingdom.

Pada tahun 1985  kugiran Tears for Fears sedang  menjelajah Amerika Sereket.  Kugiran ini mengadakan  konsert dari kota ke kota di Amerika.

 Satu malam  Roland Orzabal dan Curt Smith – sosok utama kugiran ini -  pulang ke hotel tumpangan mereka. Dalam  lobi hotel mereka  terdengar  Oleta Adams sedang  bermain  piano dan menyanyi untuk tetamu hotel  di bar.

Pada malam itu mereka berkenalan.

Dua tahun kemudian Roland mempelawa Oleta   untuk menjadi   penyanyi  dan bermain  piano untuk   kugiran Tears for Fears.

Oleta Adam ini anak seorang paderi. Dia dibesarkan di Yakima Washington. Semenjak dari kecil lagi Oleta telah berkenalan dengan muzik gospel dan soul. Oleta juga belajar bermain piano di gereja.

Cerita latar seperti ini  langsung tidak aku ketahui. Dulu ketika aku di Jelebu aku tahu juga perkembangan pop kota London.  Selain dari The Beatles  dan Rolling Stone aku juga meminati Herman’s Hermit . Kini aku tinggal dalam  kota London  tetapi kugiran Tears for Fears pun aku tidak tahu dan tak pernah dengar.

Aku semakin buta pengetahuan tentang kugiran, lagu pop atau penyanyi pujaan.  Pengalaman dan pembacaan aku telah menjemput  dan mengalihkan aku ke satu dunia  yang baru. Dunia teater dan filem yang lebih memberahikan.  

Jika Nina dan Robert tidak bercerita tentang  Tears for Fears dan Oleta  Adams – aku pasti  terus dalam kebebalan  tidak tahu aku menari untuk siapa.

Pada hemat aku apabila aku  dipelawa untuk berlakon pasti  Tears for Fears telah  ada album baru yang hendak diterbitkan.   Biasanya semua lagu  telah siap disusun. Malah telah dirakam dalam studio. Klip muzik video ini adalah perancangan bahagian akhir.

Apabila semua susunan lagu telah beres maka satu lagu dipilih untuk diiringi oleh klip video. Ini  sebagai bahan untuk promosi dan iklan. Klip  muzik video ini juga menjadi jambatan antara peminat dengan kugiran selain dari mengadakan  konsert.

Klip muzik video ini juga satu genre  seni baru. Malah ianya baru dijadikan  ilmu bahan belajar di fakulti media dan filem. Klip  yang tidak sampai lima minit ini sama mencabar pembuatannya seperti  30 saat iklan.

Aku masih ingat lagi ketika aku belajar di Brixton College  satu kuliah telah diberi tentang klip muzik video.  Dalam kuliah ini   klip Thriller – Micheal Jackson -  arahan John Landis telah dijadikan bahan kajian. 

John Landis ialah pengarah filem dari Holywood.  John Landis telah menggarap  The Blue Brothers (1980 ) , American Werewolf in London (1981 ) dan  Coming to America ( 1988). Manakala Thriller untuk Micheal Jackson  dibuat pada tahun 1983.

Pentingnya genre klip muzik video seni baru  ini dibuktikan  oleh Michel Jackson. Raja pop dunia ini telah melanggan John Landis pengarah filem tersohor.  Berapa bayaran untuk John Landis dan berapa bujet untuk membuat klip videonya yang panjangnya 3 minit 21 saat masih menjadi rahsia.

Aku budak kampung dari Jelebu  yang  belajar ilmu filem merasa bernasib baik sekali. Aku telah berlakon dalam filem. Melihat bagaimana  filem dirakam dalam studio. Aku telah berlakon dalam filem iklan.  Aku telah mengambil bahagian dalam dua genre seni bayang bergerak. Kali ini – genre ke tiga - aku akan mengambil bahagian dalam pembuatan klip muzik video. 

Pagi  Sabtu itu aku  minta cuti sehari dari menjadi pelayan di Garuda Restoran. Aku menyatakan kepada Johnny – tuan punya restoran - hari Sabtu ini aku  mahu  menjadi ‘ pop star ‘. 

Pagi Sabtu yang ditetapkan aku berjalan ke arah Parlimen  kemudian menyeberang  Sungai Thames.   Studio tempat rakaman ialah satu bangunan kosong tidak jauh dari tebing Thames.

Nina membatalkan niat untuk datang bersama.

Bila aku sampai ke lokasi  aku nampak krew  filem sedang memasang lampu. Tempat rakaman ini bukan studio filem  tapi ruang kosong  - mungkin stor gudang yang telah tidak digunakan.  Aku lihat ruangnya luas – seluas setengah padang bola.

Krew pereka set sedang usik sana  usik sini.  Aku yakin mereka telah  beberapa hari bekerja lebih awal untuk menyediakan set.  Aku lihat krew  set  menampal sana  dan membuat  pembetulan akhir sebelum penggambaran dijalankan.

Di hujung set ada  satu meja panjang. Di atas meja  ini ada balang untuk teh dan kopi dan jajan untuk sarapan pagi. Aku menolak bila aku dipelawa kerana aku sudah selesai sarapan.

Di satu bahagian lagi kelihatan dua  karavan.   Aku rasa ini untuk Oleta dan ahli kugiran.

Pelakon untuk klip video ini  agak ramai juga.  Pelbagai bangsa. Aku ternampak lelaki China,  lelaki  Afrika,  anak  muda kulit hitam, Mak Cik dan Pak  Cik Inggeris dan seorang gadis Sepanyol yang datang dengan managernya . Juga seorang ibu India datang dengan anak kecil.

Kami dikumpulkan untuk  diberi taklimat.

 Aku rasa si Minah Cun  yang memberi maklumat ini ialah   Penolong Pengarah. Si Jantan  Pengarah aku tidak nampak. Aku rasa pengarah duduk di belakang set melihat apa yang berlaku melalui  peti video.

‘  Our concept .... this video is our world.. many nationalities ... . this is the rhythm of life ... the rhythm of the world ....you dance .. you act... be as normal as you are.... feel the music..... dance according to rhythm of the  music...’  Aku hanya mendengar konsep klip muzik ini ialah irama dunia pelbagai bangsa. 

Aku mendengar  dan mengumpul pengalaman. Aku terfikir mungkin satu ketika nanti aku juga akan membuat klip muzik video.

Kemudian aku diminta menukar pakaian. Aku diberi baju kurta kuning muda dan seluar kaki ketat berwarna putih. Juga  aku perlu memakai kopiah a la Nehru.  Jelas watak aku ialah seorang lelaki dari India.

Muzik dimainkan. Kuat sekali. Aku merasa macam dalam disco. Kami mula menari sesama sendiri untuk menghayati irama yang sedang  dimainkan.
 
Kami menari  secara bebas – ketawa dan tersenyum seperti kami dalam dewan tari menari. Kamera di atas landasan mengikuti kami. Aku nampak  teknik membuat klip ini sama seperti  penggambaran iklan. Klip muzik video ini  di filemkan menggunakan seluloid  filem 16mm bukan video.

Kami menari hanya untuk satu lagu – lagu Rhythm of Life.  Video ini untuk lagu ini.

Ada kalanya kami diberi arahan bagaimana  harus menari. Siapa di sebelah siapa.  Hampir satu jam kami menari. Tertiba muzik berhenti.

Dari caravan muncul Oleta Adam dan  Roland Orzabal. Mereka datang ke arah kami. Oleta memakai baju ceongsam potongan Shanghai berwarna biru.  Kolar baju Oleta sama seperti kolar baju a la Nehru aku. Roland memakai baju T hitam dan jaket hitam.

Mereka duduk  sebelah nyebelah di atas  tangga kayu. Di atas tangga ini mereka  menyanyi. Caranya  senang. Lagu dimainkan dan Oleta dan Roland ikut sama  menyanyi untuk menyamakan mulut mereka dengan  bunyi lagu.

Ketika babak  Oleta dan Roland dirakam kami   penari latar duduk berehat.  Ketika ini mata aku liar memerhati Minah Sepanyol yang cun itu.

Hampir satu jam mereka  berduet.

Satelah dua bintang ini menyanyi mereka mengundur diri.  Makan tengah hari telah disediakan. Makanan Inggeris yang tidak aku minati – hot dog, kentang goreng,  salami , roti dan burger. Untuk bertenaga aku makan roti dengan salami.

Sesudah makan  penggambaran di mulakan  kembali. Kali  ini berlakon. Rakaman jarak dekat. Dua  Mak Cik  Inggeris duduk menunggu bas. Lelaki Rusia membawa sabit. Gadis  Sepanyol menari.  Set latar seperti  rumah di Itali.  Lelaki China bermain dengan dua anak kecil.

Aku diminta berjalan memegang tangan seorang anak kecil. Kemudian aku mendakap anak kecil ini. Aku terfikir kalau ini betul-betul Rhythm of Life – irama kehidupan yang aku mimpikan  aku seharusnya  mendakap  gadis Sepanyol yang bergetah itu.

Kami yang berlakon  dalam klip ini jadi mesra walau pun baru bertemu.  Kami bersembang da ketawa sambil menari. Tapi gadis Sepanyol ini tidak campur dengan kami. Aku perhatian dia dikawal rapi oleh managernya. Aku terfikir - apakah daranya masih belum pecah – maka perlu dikawal rapi.

Kemudian Oleta dan  Roland muncul kembali. Pastilah mereka juga telah selesai makan. Apa yang mereka makan dalam karavan  pasti lain dari apa yang kami makan.  Mereka berdua pelakon utama. Kami hanya Pak Pacak yang dihidangkan dengan hot dog. 

Kali ini Oleta  bertukar pakaian. Dia memakai  baju kuning.   Bersama mereka ada  Mak Andam yang memastikan muka Oleta  terus kiut, berbedak  bergincu dan rambut tersisir. Manakala rambut Roland menggerbang panjang. 


Kemudian kami menari lagi. Kali ini menari untuk enjoi bukan ikut arahan. Oleta dan Roland mengundur. Kami para pelakon   merasa keseronokan menari.

Penggambaran berjalan lancar.  

‘ It’s a wrap... ‘ Minah Saleh Cun memberi arahan bahawa  penggambaran telah selesai.

Sebelum pulang aku mencari maklumat. Aku bertanya kepada Minah  Salleh yang mengarahkan kami menari.

‘ How many cans of  film  were used...’ Aku bertanya. berapa banyak filem telah digunakan.

‘ Almost 70 rolls...’ Minah ini memberi jawapan.

Aku tidak tahu syarikat rakaman  yang mana menjadi penerbit  Tears for Fears. Apa yang sahih ini  produksi ini menelan  ‘ big budget -  belanja besar’. Sebanyak 70 roll filem telah di gunakan untuk klip video yang tak melebihi 5 minit.  Lebih dari 10 jam rakaman filem telah diambil. Mungkin dari segi pemasaran album ini  ada dua tiga versi klip. 

Dari segi suntingan aku rasa  si Penyunting banyak pilihan. Aku rasa kalau aku penyunting aku akan merasa muak mendengar lagu yang sama dengan tarian yang berulang-ulang.

Rumah aku di Bromley-by-Bow  tidak melanggan MTV. Klip muzik video ini pasti akan keluar dalam masa dua minggu. Aku tidak menunggu.

Tiga minggu sesudah penggambaran Maria   teman serumah aku mendapat panggilan telefon  dari Stockholm Sweden.

‘  Isham... Mikaella saw you dancing in MTV...’  Maria menerangkan bahawa  kawannya Mikaella telah ternampak aku  menari di MTV.  Aku  juga kenal  Mikaella  ketika  di London dia bekerja sebagai  Mak Andam.  Malah ketika aku membuat dokumentari Usman The Poet – Mikaella menjadi  Mak Andam.

Aku hanya tersenyum puas. 

EPILOK 1 
Aku tidak pernah melihat  klip muzik video yang aku berlakon. Bila aku pulang ke Malaysia aku terus terlupa akan babak ini.

Lagu pop, penyanyi pop dan kugiran terkini tidak lagi dalam radar aku.  Di Malaysia cuaca dan makanan yang begitu nikmat menjadikan  aku terlupa tentang Eropah sehingga enam tahun dahulu.

Secara tertiba aku teringat kembali kepada Tears for Fears. Kenapa?

Kerana nostalgia. 

EPILOK 2
 Sesudah penggambaran itu aku tidak mengikuti apa yang berlaku kepada Oleta dan Roland.

Kerana merasa nostalgia aku mencari klip muzik video Rhythm of Life ini  di YouTube.  Aku bertemu.

Juga aku membaca bahawa lagu nyanyian Oleta ini muncul sekali lagi dalam kumpulan kotak  album terbaru Tears for Fears tahun 2020. Kali ini lagu irama kehidupan ini dalam bentuk asal ketika Roland dan Curt Smith menciptanya.

Terima kasih pada Ronald Reagan yang membebaskan  teknologi Internet dari monopoli tentera untuk  kegunaan orang awam.

Aku berpeluang sekali lagi  melihat bagaimana aku menari merayakan irama kehidupan satu ketika  dulu. 

Ketika itu  bakat aku di pungut dari tepi jalan Old Compton Street London. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN
DALAM PORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/09/22/irama-kehidupan/