Ahad, 12 Mei 2024
TANPA POKOK KITA MATI
Pokok tumbang: Rawat dulu, jika berisiko baru tebang – Nik Nazmi
PELABUHAN KLANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perhutanan untuk menentukan sejauh mana pokok-pokok berusia dan uzur berisiko tinggi sebelum ditebang.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, lazimnya pokok berusia dan uzur itu akan dirawat terlebih dahulu dan tindakan menebang hanya dilakukan jika benar-benar mengancam nyawa.
“Kebanyakan pokok ini dalam kawasan kerajaan tempatan, mereka ada garis panduan tersendiri, biasanya mereka mempunyai pakar pokok.
“Kita mahu peliharaan seberapa banyak yang mungkin kerana untuk mencapai saiz itu (tumbesaran) itu memakan masa bertahun lamanya.
“Kalau ia mendatangkan kecederaan, kita kena rawat atau buat sesuatu, ada kes kalau teruk sangat baru dia potong dan perlu diganti baharu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti sebanyak 175 pokok berisiko tinggi yang mana sebahagian besarnya berusia lebih 50 tahun.
Menurut DBKL, dari jumlah itu, sebanyak 147 daripokok terbabit sudah ditebang.
Selasa lalu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur mengorbankan nyawa seorang lelaki dan menyebabkan dua individu cedera ketika hujan lebat dan angin kencang.
Pokok tersebut juga jatuh dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel. – MalaysiaGazette
PADANGAN
MENTERI WAJIB
DI PUJI
AMIN
POKOK AMBIL
BERTAHUN UNTUK
TUMBUH
AMIN
NAK TEBANG
AMBIL MASA
SETENGAH JAM
KHALAS
APA BOLEH JUAL AKAN DIJUAL
Kumpulan aktivis dedah kegiatan bida bayi di Facebook
BANGKOK: Sebuah laman Facebook aktivis Thailand, Pakpoom Dechhasdin, melaporkan terdapat aktiviti penjualan bayi melalui kumpulan di media sosial berkenaan.
Aktivis terbabit, Pakpoom Dechhasdin, juga dikenali sebagai 'More Lab Panda', menyiarkan gambar yang menunjukkan sebilangan besar individu dalam kumpulan Facebook membayar sejumlah wang untuk bayi perempuan dari utara Thailand.
Ketika ditanya dalam kumpulan itu mengapa orang ramai tidak memilih untuk mengambil anak angkat secara sah, jawapan yang diberikan adalah, ia membabitkan banyak kertas kerja
"Terpaksa melalui proses undang-undang membabitkan banyak kertas kerja, kelayakan dan menelan kos lebih daripada sekadar membeli bayi di kumpulan Facebook," katanya.
Bakal pembeli berkata bahawa dia hanya memperoleh pendapatan 18,500 baht (RM2,373) sebulan dan ditolak oleh banyak agensi anak angkat kerana gaji tidak mencukupi.
Penjual akan menyiarkan gambar yang mengatakan mereka hamil, dan meminta orang ramai membida untuk mendapatkan bayi mereka.
Seorang ahli kumpulan memberitahu bahawa mereka membelanjakan lebih daripada 50,000 baht (RM6,414) untuk cuba mengambil anak angkat, namun ditipu berkali-kali.
Selepas laman Facebook itu mendapat perhatian, orang ramai menyatakan kebimbangan bahawa ia dilakukan dengan niat tidak jujur dan menjurus kepada pemerdagangan manusia.
Laman Facebook itu kini bagaimanapun ditukar kepada kumpulan peribadi dan tidak kelihatan apabila melakukan carian dalam talian.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa 400,000 pengguna Internet berumur antara 12 dan 17 tahun di Thailand menjadi mangsa kes eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian setiap tahun.
Bagaimanapun hanya antara satu hingga tiga peratus kanak-kanak melaporkan kes berkenaan kepada polis. - AGENSI
MANUSIA MAKIN
KACAU
AMIN
APA BOLEH JUAL
AKAN DI JUAL
AMIN
SEMUA CARI
UNTUNG
KHALAS
CONTOH MENTERI ALAM SEKITAR
86.5 juta pokok ditanam di pesisir pantai setakat Mei ini – Nik Nazmi
PELABUHAN KLANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menanam 86.5 juta pokok melibatkan 3,500 hektar kawasan pesisir pantai di seluruh negara, setakat Mei 2024.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penanaman itu bukan sahaja membabitkan pokok bakau bahkan ia melibatkan 1,823 spesis lain yang ditanam susulan insiden tsunami di Acheh sejak 2005.
“Sasaran kita menjelang tahun hadapan atau 2025 kita dapat capai 100 juta pokok pelbagai spesis di seluruh negara.
“Setakat ini hampir lapan juta pokok bakau sudah kita tanam di kawasan pesisir pantai bertujuan untuk mengelakkan hakisan ombak, selain menjadi habitat ikan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Rakan Bumi Initiative For Mangrove Planting Programme 2024 di Mangrove Point, di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan kerajaan-kerajaan negeri untuk membuat pindaan enakmen yang berkaitan dengan penyahwartaan hutan.
“Kita sudah pinda Akta Perhutanan sejak 2022, ikut contoh Kerajaan Selangor, kita minta kerajaan-kerajaan negeri kalau dia nak buat sebarang penyahwartaan, mereka kena buat siasatan awam.
“Kalau ada penyahwartaan kena ganti serta-merta dengan kawasan hutan yang baharu.
“Selain Selangor, Perlis sahaja yang sambut, jadi kita telah mengingatkan kerajaan-kerajaan negeri yang lain untuk buat pindaan yang sama kepada enakmen yang relevan di negeri masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette
TAHNIAH
SYABAS
AMIN
MENTERI YANG
MENJALANKAN
TUGAS
ALAM SEKITAR
AMIN
NUSI POPULAR DGN MELAYU
NUSI POPULAR
DGN ORANG
MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"NUSI TIBAI GOL N GINCU"
PRK dah menang, lawak menjadi sampai kepada pengundi, tetapi sayang sekali lawak lawak Nusi ini hanya sampai kepada orang-orang M, orang C dan I tak faham lawak Nusi kah kah kah, kalau nak perintah negara kena sampai berita baik, bukan saja cerita haram garam halal halusinasi kah kah kah orang-orang semakin cerdik akan lihat kemampuan lihat kredibiliti lihat tokoh cakap pun ikut style sendiri kah kah kah akhirnya lawak berdiri menang seronok sendiri sahaja kah kah kah
AMERIKA SEKAT ?
BETUL KE
AMERIKA SEKAT
4 SYARIKAT MALAYSIA
DI SEKAT DARI
MENIAGA KERANA
SOKONG HAMAS?
SOKONG IRAN?
SOKONG RUSIA?
KHALAS
MEDIA WAJIB DI KONTROL KALAU TAK KERAJAAN RUNTUH
Bagaimana kebebasan akhbar dikekang di Malaysia
DALAM mempertahankan kedudukan kebebasan akhbar Malaysia yang jatuh baru-baru ini menerusi laporan Kebebasan Akhbar Dunia 2024, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berhujah kerajaan Malaysia tidak seperti rejim Israel dan tidak membunuh orang.
Ini jawapan beliau kepada pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang menegaskan Malaysia malah berada pada kedudukan lebih rendah daripada negara Zionis yang kini terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan secara terang-terangan.
Baru-baru ini media melaporkan, Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Frontiers (RSF) manakala Israel di tempat ke-101. Ini adalah penurunan yang amat ketara bagi Malaysia daripada tempat ke-73 daripada 180 negara yang diperoleh tahun lepas.
Sehingga kini negara Zionis itu telah membunuh 142 wartawan Palestin sekali gus dengan cara kejam mengekang laporan kritikal serangan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.
Selain daripada penutupan media global Al Jazeera oleh Israel baru-baru ini, rangkaian penyiaran barat khususnya CNN yang membuat laporan mengenai Israel dan Palestin juga disemak oleh tentera Israel.
Sememangnya kes di atas adalah contoh yang jelas tentang bagaimana Israel dengan berani dan ganas menindas kebebasan akhbar.
Walau apa pun, ini tidak seharusnya mengalihkan perhatian kita daripada hakikat bahawa kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara juga boleh dihalang dengan cara yang agak halus tetapi tidak kurang berbahaya dan menghukum. – 11 Mei, 2024.
WOIT
JANGAN TAK
FAHAM
AMIN
MEDIA WAJIB
DI KONTROL
JIKA TAK
MAHADANON
RUNTUH
KAH KAH KAH
KHALAS
BOEING KALAP BAHAYA
Pesawat Boeing terhempas di Dakar, 11 cedera
DAKAR – Sebuah pesawat Boeing 737-300 terhempas semasa berlepas di Senegal, mencederakan 11 orang termasuk juruterbang.
Penerbangan Air Senegal HC 301 menuju ke Bamako, ibu negara Mali telah terkeluar dari landasan pada awal pagi Khamis, kata lapangan terbang Blaise Diagne Dakar dalam satu kenyataan.
Media melaporkan kejadian itu berpunca selepas pesawat berkenaan sedang memecut untuk berlepas. Difahamkan pesawat itu mengalami masalah hidraulik.
Ketika kejadian pesawat membawa 73 penumpang.
Susulan kejadian itu lapangan terbang berkenaan ditutup.
Pesawat Tansair yang membawa 73 orang penumpang terhempas sebaik sahaja berlepas di Lapangan Terbang Senegal. Foto Aeronews
Perkhidmatan kecemasan di lapangan terbang telah digerakkan untuk memindahkan penumpang, kata kenyataan lapangan terbang itu.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian, yang berlaku sekitar 0100 GMT.
Boeing tidak mengulas mengenai kejadian itu, begitu juga Transair, syarikat swasta yang Air Senegal menyewa pesawat tersebut.
Walaupun belum diketahui punca nahas itu, ia berlaku ketika pengeluar pesawat berkenaan menghadapi krisis yang semakin mendalam mengenai rekod keselamatannya. – Agensi
WOIT
HATI HATI
NAIK KAPAL
BOEING
AMIN
BANYAK KALI
BERLAKU KES
ROSAK
AMIN
ADA KES
PINTU TERCABUT
MASA TERBANG
AMIN
RAMAI PEKERJA
BOEING DAH
BOCORKAN RAHSIA
SYARIKAT INI
TAK AMBIL TELITI
MASA BUAT INJIN
AMIN
KERJA CINCAI
ASAL SIAP
BOLEH JUAL
AMIN
AIR ASIA & MAS
PAKAI APA?
JENG JENG JENG
KHALAS
RAKYAT BERPECAH SENANG PERENTAH
RAKYAT BERPECAH
SENANG
DIPERENTAH
AMIN
Unknown commented on
"SUDUT PANDANGAN BANI INDIA"
Apabila Hindraf muncul kaum India paling bersatu padu tetapi cukup mudah dipecahkan dibelahkan oleh penguasa, ada kena beli, ada dapat tanah, ada dapat kuasa jawatan pangkat cukup senang, daulah terpendam bekerja siang malam memikirkan macam mana nak pecah belah rakyat supaya sentiasa bergaduh sesama sendiri atas isu kaum agama bangsa sekolah kah kah kah semasa berpecah belah senang buat projek sendiri kaut rasuah sekeliling kita kah kah kah
BERANCOK TANPA GANGGUAN DI LUAR NEGARA
BERANCUK
TANPA GANGGUAN
DI LUAR NEGARA
KHALAS
Unknown commented on
"APA KATA INDIA INI ?"
Ini haram rasuah halal ini tak boleh itu boleh semua ikut emosi perkiraan beribu tahun, nak melepak dengan awek pun mai kacau, kena bawa surat nikah, kena dapatkan surat kelulusan berkahwin berancuk berpasangan kah kah kah susah kepada semua, yang berancuk hotel mewah tak berani kacau takut terserempak Tan Sri Datuk Seri,
lagi baik bawa luar negeri senang tak kacau kalau BALI kalau hat Yai Bangkok lagi hebat, puaskan diri tanpa gangguan kah kah kah, tapi masalah utama negara tidak buka mulut curi rasuah rompak peras ugut diam belaka kah kah kah saja ingatkan kepada pengundi cerdik zaman alaf baru era moden era
PRK KKB
PRK KKB
AHAD 12 MEI 2024
KEPUTUSAN PRK KKB
TAHNIAH PAKATAN
MENANG LAGI
JANJI NAIK GAJI BERBALOI
NEGERI PAKATAN
KERAJAAN FEDERAL PAKATAN
KALAU KALAH BERAT !!!
HEBOH HEBOH
AMERIKA NAK SEKAT MALAYSIA
KERANA BANTU HAMAS
DI BERITAKAN ADA 4 SYARIKAT
DALAM SENARAI ITAM AMERIKA
SAPA ?
INI SYARIKAT NIAGA DENGAN IRAN ?
BANTU HAMAS ?
BANTU RUSIA?
JENG JENG JENG
GAZA
ZIONIS ISRAEL
MENYERANG RAFAH
DENGAN GANAS
RIBUAN PALESTIN LARI
LINTANG PUKANG
UKRAINE
RUSIA SERANG
WILAYAH KHARKIV
KLIM DAPAT TAWAN 5 KAMPONG
AMERIKA
TUDUH ISREAL GUNA SENJATA
MELANGGAR
HAK ASASI
SWEDEN
WAKIL BELANDA DI PERTANDINGAN
LAGU EUROVISION
DI BATALKAN
KES RABA RABA
WANITA TIM PRODUKSI
CHINA
WARTAWAN WANITA
YANG BUAT LAPORAN KOBID
DI WUHAN BEBAS
DARI 4 TAHUN PENJARA
AFGHANISTAN
BANJIR DI UTARA AFGHAN
MENJERUT 150 NYAWA
AL FATIHAH
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
LOPAK LOPAK AIR ATAS JALAN
HUJAN LEBAT KELMARIN
SUNGAI KLANG PENUH
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU MUDA
ADA WILAYAH AGAK KELAM
AIR MASIH TERKUMPUL
SAEKOR WARGA ASLI
MENYALAK BISING
RIUH SATU KAMPONG
APA YANG DI SALAK
GUA TAK TAHU
PAGI AHAD
SATU KELUARGA
6 WARGA DUA KERETA
DATANG ZIARAH KUBUR
TAK TAK HAMPIRI MEREKA
MEREKA MENGUSAP KEPALA TAK TAK
MATA HARI DAH BERSINAR
HARI INI AKAN PANAS
PETANG AKAN HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
MAMAT BEBAL BOLEH
BERSURAH TENTANG KEBENARAN
TAPI PERLU KEBIJAKSANAAN
UNTUK BERBOHONG
BRO
PELUANG DATANG SEKALI
TAPI BERAHI
DUDUK DEPAN MATA
BRO
SUSAH NAK SENYUM DILUAR
KALAU DALAM HATI LU
TAK ADA PERASAAN
BRO
JANGAN KACAU KACAU
SEHINGGA KACAU DATANG
KACAU LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)