Jumaat, 12 September 2008

Terkini: Teresa Kok ditahan ISA

Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor telah ditahan ISA.

Operasi lalang 2 telah bermula?

Perang UMNO bermula: Berita Tergempar!!!

MB Negeri Sembilan telah menjadi pemimpin UMNO yang pertama menyuruh Tan Sri Muhyiddin untuk meletakkan jawatan.

Dalam satu majlis berbuka puasa di Seremban yang dihadiri oleh Pak Lah, ahli majlis tertinggi UMNO tersebut memberitahu bahawa beliau akan melawan mana-mana percubaan untuk menggagalkan pelan peralihan kuasa 2010.

SAH ISA!!!

Wartawan Sin Chew Daily yang ditahan pada pukul 8.30 malam tadi disahkan ditahan dibawah ISA. Operasi telah bermula...

Jeng..jeng..jeng...

TERKINI!! Wartawan Sin Chew Daily ditahan Polis

Polis telah menahan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita mengenai kenyataan rasis Ahmad Ismail dirumahnya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam tadi. 

Beliau telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Masih belum dapat dipastikan sama ada beliau ditahan dibawah ISA atau tidak.

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur nyaman
Tuan empunya warong jajan tersenyum
Mata hari bersinar awan hitam tidak kelihatan

Hari Raya lagi 19 hari
Masa dan waktu berjalan cepat

Pagi tadi jam 2.30 leterik di mukim saya gagal.
Lilin pun tidak ada
Kurvy, Siti dan Mami melangok hairan kerana saya mengelabah
Angin ribut semakin kuat
Saya melihat gelap

Lalu teringat bertapa lemahnya manusia moden yang bergantung pada leterik. Satu masa yang agak lama dahulu saya juga tidak ada leterik. Kami sekeluraga mandi di perigi. Sampai hari ini perigi itu masih wujud dan kami jagai walau pun tidak dipakai.

Modeniti membawa selesa. Keselesaan datang. Yang hilang ialah azali yang kita miliki – kekuatan untuk berdiri tanpa tupang.

Modeniti membawa banyak tupang - kita bergantung kepada peti sejuk, kereta, leterik, talipon bimbit, alat pendigin, kipas angin, internet dan seribu satu macam benda-benda yang dibawah oleh modeniti.

Sesudah sahor leterik tidak juga sampai. Lalu tidur. Bila bangun leterik tidak juga sampai. Jam 1.30 saya menerima s.m.s pertama bertulis : Petra kena ISA.

Kurvy, Siti, Mami dan saya hanya melangok menunggu leterik di betulkan. Hampir jam tiga barulaaa leterik dapat dipulihkan.

Bila membuka net ada satu pesan di blog yang wajib kita kongsi bersama. Ini bunyinya:…bang bang cepat bangun… raja petra kena tahan ISA. Siapa manusia yang baik hati ini. Saya pun tidak pernah tahu. Kita hanya bertemu dialam siber.

NOTA: bila kita semua berbuka petang ini marilah kita mengingati raja petra dan puluhan tahanan ISA.

Kepada yang menghantar catatan tanda gembira kerana raja petra ditanggap – saya tidak ada apa-apa ulasan. Saya bukan seorang yang warak. Tetapi saya tidak pernah dan tidak akan berselindung atas nama Yang Maha Esa untuk melakukan kejahatan.

Kepada saudara yang gembira apabila raja petra ini ditangkap, katakanlah satu hari nanti motosikal saudara bocor – tukar tiub jika disitu pasti akan datang membantu. Katakanlah satu ketika nanti ISA datang pula untuk saudara, Tukar Tiub akan juga datang membantu berkempen untuk saudara.

Bukan atas nama agama kita melakukan sesuatu. Kita melakukan sesuatu kerana pekara yang kita lakukan itu betul dan membawa manafaat kepada orang rami.

p/s Kurvy, Siti  dan Mami sedang tidur

ANAK SEMUA BANGSA - NASIONALIS, RASISMA DAN PERKAUMAN

Selalu kita tersalah faham antara – nasionalis, rasisma dan perkauman.

Semangat nasionalis muncul apabila kita mula bertemu dengan kuasa kolonial. Semangat ini bukan hanya dirasakan oleh orang Melayu – malah semangat ini di rasakan oleh semua orang - sama ada di Asia, Afrika atau di Latin Amerika.

Konsep nasionalis ini adalah satu pembentukan fikrah. Ianya bukan sesuatu yang dapat kita pegang. Ianya di bentuk dan di beri takrifan mengikut pola dan ciri-ciri tempatan.

Kita jadi Melayu atau jadi Cina atau jadi Kadazan muncul dari satu proses pembentukan yang berjalan lama. KeMelayuan, keCinaan atau keKadaznan ini wujud dalam fikrah kita. Jasad lahiriah yang kita lihat itu tidak akan berjaya memberikan seratus peratus pemahaman seseorang tentang apa itu Melayu atau Cina atau Kadazan.

Nasionalisma Melayu terbentuk apabila munculnya kesedaran politik. Kalau kita membaca buku Sejarah Melayu kita akan dapat melihat bahawa 500 tahun dahulu tidak wujud konsep Bangsa Melayu. Apa yang tertera dalam Sejarah Melayu ialah konsep Orang Melaka, Orang Kedah, Orang Bintan dan dan dan.

Pertembungan kita dengan Portugis, Belanda tidak juga melahirkan nasionalisma Melayu. Ini kerana Portugis dan Belanda hanya ‘mengeledah’ di sekitar apa yang kita fahami sebagai Melaka. Ini pun bukan Melaka yang kita fahami hari ini. Portugis dan Belanda tidak memasuki ke pendalaman. Justeru Tanah Melayu yang telah di jajah oleh Belanda dan Portugis ini boleh di ‘ baca’ sebagai ‘mitos’. Pertembungan hanya pertembungan Orang Melaka dengan Benggali Putih.

Apabila British datang barulah kita lihat sistem penjajahan yang di rancang. Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sasaran kedatangan awal British. Kaum kolonial datang untuk mencari harta kekayaan. Tiga kota ini adalah kota perlabuhan yang menjadi pusat perniagaan.

Kesedaran Melayu yang dibawa oleh Tok Janggut, Tok Bahaman, Maharaja Lela adalah benih-benih awal yang telah memunculkan semangat nasionalisma. Semangat nasionalis Melayu moden dilahirkan oleh pemikiran baru yang di bawa dari Timur Tengah. Ini kerana kawasan Timur Tengah telah bertembung dengan Orang Putih lebih awal lagi.

Pemikiran konsep nasionalisma ini kemudian di kembangkan oleh pemikiran kiri Ibrahiam Yaacob, Ahamad Boestaman, Burhanuddin Helmi. Harus disedari, gerombolan United Malays National Organisation tidak wujud dan tidak memainkan apa-apa peranan ketika Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Hisbul Muslimin atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya bergerak untuk menaikkan semangat nasionalisma kebangsaan Melayu.

Nasionalisma Melayu bukan benci kepada orang asing. Yang di benci, dilawan dan di tentang oleh semua gerakan nasionalis sama ada di Asia, Afrika dan Latin Amerika – ialah penjajahan terhadap tanah air dan kawasan bumi mereka. Kaum penjajah ini datang bukan dengan niat yang baik tetapi datang untuk menaklok kawasan dan mengambil harta kekayaan negara itu.

Kalau kita melihat sejarah Perlembagaan Rakyat Putera- Amcaja (1947) kita akan memahami bagaimana terbukanya nasionalisma Melayu. Dalam Perlembagaan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua bangsa-bangsa – sesiapa sahaja yang ingin tinggal tetap di Persekutuan Tanah Melayu akan ditakrifkam dan dinobatkan sebagai Melayu.

Bayangkan bertapa radikal, progresif dan terbukanya sikap falsafah nasionalis Melayu yang sanggup menerima ‘bangsa yang datang mencari makan di Tanah Melayu atau yang di bawa oleh British’ – sebagai warga negara bangsa yang baru. Mereka juga menerima takrifan – Melayu.




Melayu dalam pemahaman para nasionalis pada ketika itu bukan biologi tetapi sikap cintakan bumi tempat kelahiran. Dengan mengambil sikap anti-penjajahan Perlembagaan Rakyat kaum nasionalis Putera-Amcaja adalah satu konstruk sosial yang berjangka panjang dan memandang luas ke hadapan.

Ini amat berbeza dengan nilai perkauman yang hanya melihat dari segi ciri-ciri biologi, budaya dan warna kulit. Sifat perkauman bentuk ini amat sempit. Ianya hanya mementingkan dan hanya ingin membela satu-satu kaum atau satu-satu budaya sahaja. Perkauman gagal membuka nilai kemanusiaan sejagat yang luas terbuka. Sifat dan nilai perkauman tidak berupaya untuk mencanai dan melakar nadi baik manusia sebagai insan. Insan yang yakin dengan falsafah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Didalam konteks Persekutuan Tanah Melayu, penjajah British yang pada ketika itu sedang menghadapi perang rakyat – tidak dapat tidak dalam usaha mematahkan pengaruh nasionalis Melayu dan menghancurkan gerakan nasionalis kiri – British telah memunculkan sikap dan konsep perkauman Melayu.

Sikap perkauman Melayu ini adalah taktik ‘pecah dan perintah’. Warga Tanah Melayu yang sedang bersatu mengangkat senjata melawan British kini telah ditanamkan sikap keMelayuan, keCinaan atau keIndianan yang sempit. Pergaduhan antara kaum ini adalah taktik yang paling mujrab untuk menumpaskan gerakan nasionalis dan membolihkan British terus berkuasa. Adu dumba yang bersadur perkauman adalah taktik yang terus dimainkan hingga ke hari ini.

Sampai ke hari ini sikap perkauman Melayu ini telah menjadi teras, dasar dan tiang seri gerombolan United Malays National Organisation. Sikap perkauman Melayu - pecah dan perintah - ini membolihkan gerombolan ini berkuasa dan mengekalkan kuasa. Sikap perkauman ini akhirnya akan melahirkan rasisma.

Rasisma ialah satu pandangan dunia dimana satu bangsa sahaja yang dianggap ‘betul dan berhak’ manakala yang lain bukan sahaja dipinggir malah perlu ditumpaskan. Rasisma ini amat jelas rupa hodohnya ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Sikap dan pandangan dunia rasis telah melahirkan Hitler dan fasisma. Hasilnya ialah pembantaian berjuta bangsa Yahudi yang dianggap musuh. Idealoji rasis ini telah mengkemudikan pembunuhan beramai-ramai sesiapa sahaja yang bukan berdarah German.

Di Malaysia manifestasi perkauman ini dapat dilihat jelas dalam konsep Ketuanan Melayu. Dasar Ketuanan Melayu ada rasis kerana ada satu kaum atau satu bangsa yang akan jadi tuan. Jika ada yang jadi tuan maka ada yang akan jadi hamba. Kaum dan bangsa mana yang akan jadi hamba dalam Ketuanan Melayu?

Setelah 50 tahun British mengundur diri, negara Bangsa Malaysia masih terlalu jauh. Kesedaran dan pandangan dunia warga negara kita semuanya berlandaskan – kaum apa, bahasa apa dan agama apa. Ini tidak sihat kerana anak semua bangsa di Malaysia masih belum dapat menerima dan membulatkan kesatuan cita-cita, kesatuan harapan dan kesatuan mimpi mereka dalam satu nasion yang dipanggil Malaysia.

Babak-babak politik akhir-akhir ini sedang ‘memperlihatkan’ kembali unsur-unsur ajenda Perlembagaan Rakyat 1947 dahulu. Dalam masa yang sama, gerombolan United Malays National Organisation sedang menggunakan ajenda perkauman dan rasisma sebagai senjata untuk terus mengekalkan kuasa dan mematah Ketuanan Rakyat.

Warga anak semua bangsa dalam negara kita sudah bersedia untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Batu halangan utama hanyalah gerombolan United Malays National Organisation.

PERANG AFGHAN MEREBAK KE PAKISTAN – HOT ! TERKINI !

Presiden George Bush telah mengeluarkan satu arahan sulit untuk membenarkan ‘tentera khas Amerika’ bergerak tanpa sekatan melintasi sempadan Afghanistan masuk ke Pakistan.

Arahan sulit ini telah membenarkan tentera khas ini melakukan apa sahaja dalam kempen kuasa imperial Amerika untuk melawan apa yang dipanggil ‘perang melawan keganasan’.

Arahan sulit ini telah ditanda tangani oleh Bush pada bulan Julai lalu sesudah perdebatan hangat belaku dlam pentabiran George Bush.

MUHYIDDIN SEDIA HADAPI RISIKO - Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 12 Sept. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.

Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.


kah kah kah…. mamat muka sembab ni kena gi jumpa toyo… jawa johor kena belajar dari jawa klang…. botok kan muka tu sikit….. ni muka ketat macam bouncer pakeda…..kah kah kah…. muka macama muka nak tunggu rasuah je……kah kah kah

ni baru best…..lawan jangan tak lawan…. tibai jangan tak tibai….kah kah kah

kalau kalah mat bouncer muka sembab ni anytime leh jaga klab zouek….kah kah kah

TERSERAH PADA ANGGOTA UMNO UNTUK TENTUKAN TARIKH PERALIHAN KUASA - NAJIB


KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada anggota Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu dilakukan.

Beliau berkata pelan peralihan kuasa itu diputuskan pada Julai lepas oleh Perdana Menteri dan beliau sendiri serta disahkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

kah kah kah…… jeng jeng jeng….. lawan jangan tak lawan…. tibai jangan tak tibai….kah kah kah

tapi bik mama tak setuju ke ?..... kah kah kah…… kalau bik mama tak setuju susah beeb… cam na… gua ingat kautim dengan ku li lagi best…. ku li ada litel mama…kah kah kah

cam na dengan kakak anwar zain..... dia okay ke.... lama tak nampak kat port dickson....you tak piknik kat sana lagi ke......kah kah kah

RAJA PETRA DI BAWA KE MANA ?

Menteri dalam negeri Syed Hamid Albar telah berkata Raja Petra Kamaruddin kini telah di bawa pergi ke ‘suatu’ tempat untuk di soal siasat.

Ini adalah kali ke dua Raja Petra di tahan di bawah ISA. Kali pertama dahulu pada April 2001.

Pada 10hb April 2001 Raja Pertra telah ditahan bersama 10 Reformis Tian Chua, Saari Sungip , Gobalakrishnan dan Tukar Tiub.

Setelah 60 hari ditahan Raja Petra telah dibebaskan. Manakala 6 orang Reformis telah di hantar ke Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun.

Tian Chua, Saari Sungip dan Gobalakrishan kini telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Tian dan Gobi di parlimen manakala Saari Sungip menjadi Adun kerajaan Pakatan di Selangor

SAH ! RAJA PETRA DI TAHAN

Pada jam 1.10 tengah hari ini seramai 10 orang anggota polis beruniform dan tidak beruniform telah datang ke rumah Raja Petra Kamaruddin di Sungai Buluh.

Raja Petra Kamaruddin kini di tanah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.

Di mana Raja Petra berada sekarang ini masih belum di ketahui.

PERSIDANGAN MEJA BULAT TENTUKAN PPSMI - Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 11 Sept . Kementerian Pelajaran akan mengadakan dua lagi siri persidangan meja bulat mengenai hala tuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum menyerahkan keputusan penilaian itu kepada kerajaan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata persidangan akan diadakan pada 19 Sept yang melibatkan guru sekolah rendah dan menengah serta pegawai kementerian dan jabatan Pelajaran.

kah kah kah…. ni semua kecut telok … firaun kata itam depa kata itam…. firaun kata inglih depa kata inglih…. kah kah kah

what is the because you time slow into class room ? .....kah kah kah

five push four left one......kah kah kah

my mother ripe rice... touch good ....my sister ripe rice, rice not ripe.....kah kah kah

one push one same same empty ....kah kah kah

ANWAR BUANG MASA PUJUK ANGGOTA BN SERTAINYA – SYED HAMID – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 11 Sept. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang untuk ke Taiwan bagi memujuk 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertainya sebagai membuang masa.

Pilihan raya kan ada pada tahun 2012. Buat apa nak curi ahli-ahli BN yang telah menyatakan bahawa mereka tetap dengan BN. Buat apa cuba mendapat kuasa di luar kaedah pilihan raya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini malam ini.

Kah kah kah ….. buang masa apa tok sheikh…. unta laa yang buang masa kami… unta sendiri pun tak leh menang kat bahagian cam mana unta nak jadi pemimpin malaysia….kah kah kah.

Pilihan raya tahun 2012…. kah kah kah…. ni unta nak menipu lagi laaa ni… 1999 dulu 600,000 pengundi baru di tolak….ni zamn firaun.. lah ni zaman unta … tiga hari sebelum mengundi …nak pakai dawat hitam unta batalkan….. unta ni kaki auta … jual minyak attar laaaa…. kah kah kah

TARIKH TUBUH KERAJAAN BARU MUNGKIN DILEWATKAN - TERKINI !

KUALA LUMPUR 11 Sept. Pakatan Rakyat hari ini mendakwa tarikh penubuhan kerajaan baru terpaksa dilewatkan berikutan beberapa sebab, termasuk lawatan 49 anggota parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat yakin mereka tetap akan menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi, kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memetik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehuddin Hashim, Pengarah Pendidikan Politik DAP Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar.