Jumaat, 9 Januari 2009

PM PELIK ORANG UMNO CAKAP TAK ELOK TENTANG WAN FARID - Mkini

Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong
.



TERBARU !!! DARI P36

WAN FARID INGIN JADI AYAM

Wan farid berkata semalam ‘….kalau pilih calon Pas ke dalam Parlimen .. akan serupa ayam bercakap dengan itik… kalau pilih calon BN serupa ayam dengan ayam… ayam lebih upaya untuk selesaikan masaalah..


TIAN CHUA

Tian Chua MP Batu berkata ‘…Pakatan Rakyat tidak semestinya bertentangan dengan BN… boleh sepakat dalam isu rakyat... BN seharusnya hentikan mengugut rakyat..’


SUAMI ROSMAH MANSOR MUNCUL DI KUALA TERENGGANU


Suami Rosmah Mansor Najib Razak telah datang kembali ke Kuala Terengganu. Najib Razak ialah pengarah kempen untuk calon BN.




MALAM INI !!! FORUM PALESTINE I DI DEWAN MAJLIS PEGUAM


JUMAAT
9hb Januari 2009
JAM : 8 Malam

TAJUK : BUKAN HANYA PERANG – MITOS DAN REALITI DI PALESTINE

AHLI PANEL:

DR. ROSLI OMAR
DR. FARISH A NOOR
PROFESSOR GURDIAL SINGAH NIJAR
TUKAR TIUB

TEMPAT : DEWAN MAJLIS PEGUAMJalan Lebuh Pasar Kuala Lumpur

ANJURAN : Majlis Peguam/ The Malaysian Social Research Institute (MSRI)/
Cakap-Rakyat Group


SEMUA DI JEMPUT DATANG – TOLONG HEBOHKAN BERITA INI.




BERITA DARI P36

MESRA BERSAMA CIGAR

Menteri Besar Terengganu tidak puas hati dengan Wan Farid.

Wan Farid ketika dilihat amat elitis. Ini bercanggah dengan kempen gerombolan yang bertema ‘ pemimpin mesra rakyat’.

Wan Farid masih dilihat ‘mesra bersama patrick badawi’ dan mesra bersama cigar Davidoff.


KOH TSU KOON PULA TEMBAK WAN FARID

Sekali lagi Wan Farid kena tembak. Kali ini dari bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada petang Khamis Tsu Koon telah berkata pengundi Cina cenderung untuk memangkah calon Pas.


AHMAD SAID PULA MARAH KOH TSU KOON

Ahmad Said yang menjadi MB Terangganu telah marah apabila mendengar kenyataan Tsu Koon yang mengatakan masyarakat Cina cenderong kepada pembangkang.

MB yang bermuka gempal ini berkata …"Kita beri kepada orang Cina sama juga apa yang orang Melayu dapat. Kita beri RM300 kepada orang miskin dan RM250 untuk orang muda, orang Cina pun dapat, tidak ada perbezaan."

"Itu pandangan orang luar. Orang Terengganu yang lebih tahu masyarakat Tionghua negeri ini," katanya.

TIAN CHUA PULA MINTA 8 DARI WAN FARID

1 – Apa pandangan Wan Farid tentang ISA
2 – Apa pandangan Wan Farid tentang hak rakyat berkumpul
3 – Kenapa akhbar di wajibkan meminta permit setiap tahun
4 – Kenapa Terengganu tidak minta 20% duit royaliti minyak
5 – Kenapa minta hanya 5%
6 - Kenapa pengambilan buruh luar tidak dihentikan walhal ekonomi sedang tenat
7 - Kenapa tidak sokong Suruhanjaya Kelakuan Polis
8 – Kenapa ramai sangat buruh haram di Sabah



KETUA ANGKATAN MUDA PKR JEMPUT WAN FARID BERDEBAT


Shamsul Iskandar telah menjemput Wan Farid berdebat untuk menerangkan dasar-dasar yang dibawanya untuk pengundi Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul – Wan Farid hanya perlu mengatakan tarikh, waktu dan dimana debat ini akan di adakan.


MCA BAYAR 4000 RINGGIT


Parti MCA telah membayar 4000 ringgit. Duit ‘booking’ tempat letak kereta.

Tujuannya untuk menafikan ceramah Pakatan Rakyat dari diadakan di tempat kereta ini.


UMNO PERLU BERI PENJELESAN PERTAHAN CALON BN-
berita hairan

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin dan anggota Umno kini memikul tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada pengundi mengenai mengapa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Perdana Menteri berkata ini kerana beliau melihat Wan Ahmad Farid kini sedang berdepan dengan pelbagai kenyataan negatif.

“Yang peliknya yang lebih-lebih mengata adalah orang kita, bukan daripada orang pembangkang, (sedangkan) kita perlu pertahankan calon kita,” katanya berucap di hadapan kira-kira 300 pemimpin wanita negeri Terengganu dalam satu perjumpaan dengannya di sini malam ini.



kah kah kah.... kesian mat ngantuk....kkah kah kah....kesian..kah kah kah...



MAHASISWA DI BENAR SERTAI DEMONSTRASI KUTUK ISREAL - melayau



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.


kah kah kah…. apa akan jadi bila mahasiswa kutuk kerajaan yang bersifat zionis?... kah kah kah…

kah kah kah…. zionis ialah satu pandangan politik … kah kah kah…

kah kah kah…politik menindas kaum lain…. kah kah kah….

politik yang percaya bahawa bangsa dan agama dia shaja yang betul…. kah kah kah…

kah kah kah….politik yang menahan warga tanpa bicara…. kah kah kah…

kah kah kah… politik zionis yang rampas tanah untuk buat bangunan… kah kah kah…

woit…. keluarkan berdemo… keluar beramai ramai …. melawan zionis ialah melawan yang zalim….kah kah kah…

woit… boleh berdemo lawan coca-cola…. kah kah kah



TINDAKAN PULAU COCA-COLA TIDAK SESUAI - KADRI - melayau



KUALA LUMPUR 8 Jan. - The Coca- Cola Company dan syarikat pembotolan yang menjadi rakan niaganya menyifatkan tindakan memboikot semua produk keluaran mereka tidak sesuai dilancarkan sebagai tindak balas terhadap kekejaman tentera Israel yang menyerang Palestin.

Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Kadri Taib berkata, pihaknya percaya langkah memboikot produk mereka akan menjejaskan ekonomi, perniagaan dan kehidupan rakyat di negara ini.

''Di Malaysia, produk minuman Coca-Cola telah dihasil dan diedarkan oleh syarikat pembotolan F&N Coca-Cola selama 72 tahun dan kami mempunyai 1,700 pekerja di negara ini dengan 60 peratus daripadanya adalah beragama Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


kah kah kah… inilah yang TT katakan bahawa zionis itu bukan bangsa tetapi fahaman…kah kah kah…

kah kah kah… melayu pun ada zionis…kah kah kah kah…

kah kah kah… berpuluh tahun zionis bersarang di tanah melayu ini… kah kah kah…

woit … bila nak cadangankan boikot harta zionis maka zionis melayu akan bersuara… kah kah kah...

kah kah kah….ini contoh terbaik bagaimana fahaman zionis berkembang melalui modal antarabangsa…. kah kah kah… kaum zionis tidak mengira bangsa atau agama... bangsa dan agama zionis hanya duit dan untung.... kah kah kah




BAHASA MELAYU


SAH DR HASSAN KETUAI BANTAHAN PPSMI – MalaysiaKi
ni

Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad secara rasmi memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI - yang mengancam mengadakan perhimpunan besar ala-Bersih - bagi membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


PPSMI: KERAJAAN TIDAK TUNFUK UGUTAN GAPENA - MalaysiaKini


Kementerian Pelajaran tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan berhubung pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata menterinya.

"Apa yang perlu gopoh sangat, kerana apa jua keputusan mengenai perkara itu kalau dibuat sekarang pun pelaksanaannya akan dibuat tahun depan juga," Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dipetik berkata hari ini.


kah kah kah…. bagus keluarkan berdemo beramai ramai…. bawa segala pelajar univeristi … kah kah kah…

kah kah kah…. jangan cakap saje… keluarlaaa… keluar berdemo… kah kah kah…

kah kah kah…. kerajaan ini macam kerajaan isreal…. ganas dan zalim…kah kah kah

woit… masa mahafiraun buat perubahan dulu… mangkok tu tak ada pun berbincang bertahun-tahun…. kah kah kah…

kah kah kah…mahafiraun buat ikut suka hati dia… kah kah kah