Sabtu, 6 Januari 2024

HOT HOT HOT - RAJA PETRA BERLABON LAGI

 

LABON RAJA PETRA

SEDAP DIDENGAR

KAH KAH KAH

ENTAH IA 

ENTAH TIDAK

KAH KAH KAH

AMIN

LANGKAH BUKIT GANTANG


MANA CEPAT

KAH KAH KAH

LANGKAH DUBAI

ATAU LANGKAH

BUKIT GANTANG

KAH KAH KAH

Amin

AWAS - TIPU GUNA ISLAM !!!


AWAS !!!

TIPU GUNA ISLAM

KAH KAH KAH

AMIN

KERETA BARU - 8 JAM DAH ROSAK


KERETA BARU SIAP

BARU DI BELI 8 JAM

DAH ROSAK

KAH KAH KAH

AMIN

ANWAR HILANG MAJORITI ?


Langkah Dubai berjaya kumpul 123 akuan sumpah?

KUALA LUMPUR – Langkah Dubai yang kecoh sejak seminggu ini didakwa telah berjaya mengumpulkan 123 akuan sumpah (SD) daripada ahli Parlimen yang mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dakwa blogger, Raja Petra Kamarudin, kumpulan yang didakwa terlibat dengan Langkah Dubai itu juga sudah mencadangkan tiga orang calon perdana menteri baharu  untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertua Agong.

Calon yang dicadangkan mereka ialah, Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Sembrong  Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dakwa Raja Petra, beberapa pemimpin politik termasuklah mantan perdana menteri telah hadir ke Dubai sebelum menyerahkan nama-nama A\ahli Parlimen bersama SD kepada YDPA ketika lawatan rasmi ke emiriah Arah Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Malah dakwa Raja Petra, SD Ahli Parlimen termasuklah UMNO, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.

“Beberapa Ahli Parlimen PN yang sebelum ini tampil menyokong perdana menteri sudah membuat pusingan ‘U’ dan menarik kembali sokongan, daripada lima orang saya difahamkan seramai tiga orang sudah tarik sokongan.

“Jadi angka sebanyak 120 akuan sumpah daripada Ahli Parlimen campur dengan tiga lagi wakil rakyat PN yang tarik sokongan terhadap PN, kini ada 123 akuan sumpah dan semuanya sudah diserahkan kepada YDPA.

“Mungkin minggu depan semua yang tandatangani akuan sumpah ini akan dipanggil oleh baginda,” dakwanya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

RAJA PETRA

BERLABON LAGI

KAH KAH KAH

YANG PENTING

BUKAN SAPA

JADI PM

KAH KAH KAH

YANG PENTING

KERJAAN INI 

BOLEH

 TUMBANG KE?

KAH KAH KAH

AMIN

AGONG CAKAP BETUL

Sultan Ibrahim tidak terima permohonan mengadap hingga 31 Januari 

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Januari ini.

Sultan Ibrahim bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi serta kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk menghadap.

Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai  31 Januari ini untuk tempoh lima tahun. – Bernama, 6 Januari, 2024.

YA AMPOOON

YA MAULANA

KAH KAH KAH

AGONG CAKAP

BETUL 

AMIN

PASAI APA NAK

JUMPA DIA

KAH KAH KAH

DIA BELUM JADI

AGONG LAGI

KAH KAH KAH

KHALAS

AMARAN AMARAN !!!


Amaran hujan lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan timur Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin.

Jabatan itu memaklumkan ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa, sekali gus menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit. – Bernama, 6 Januari, 2024.

AWAS !!!

BANJIR

BERALIH

 KE JOHOR

AMIN

AMERIKA SERANG IRAN - PERANG DUNIA BERMULA


BILA AMERIKA

SERANG IRAN

PERANG DUNIA KE 3

BERMULA

AMIN 

KILALNG HARAM. MUSTAHIL TAK NAMPAK


KILANG HARAM

PEKERJA HARAM

MUSTAHIL 

TAK NAMPAK

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "DIMANA ILANG 
WARGA CHINA MERAH ?"
2 hours ago
Somalam ratos2 pendatang berjaya .. gwa ulang BIRJAYA di chokau sobab takdo permit masok Malaya dan kojo kek kilang iliktronit Cino yang haram .. kilang dibina dan niaga caro haram. Pukimak boto sobosa2 kilang takdo sekor pon Pegawai Kerajaan yg nampak???.

Ado satu lagi yg patot kono tangkap jugak .. orang gomen yang ngawal pendatang dan polanchong .. dan mengawai yg ngawal pembangunan.

Dah sampai maso nyo KOGHO-JAAN moli kan choghomin mato dan toghopong utk org gomen ni supayo nampak Bangla nyusup dan Cino buek kilang horam.

Nak tanyo gaji baru dan bonos dapek sobolom ghayo ko .. alamat kayo2 lah koling moniago kek Jln Misjid India .. kok ado luak duit boley poey UMRAH untuk cuci dosa sobab tuhan boley ambik nyawa kito bilo2 jo .. tuckbEEr Tigo Kali .. kahkahkah.



 

SANDIWARA ? TANGKAP PENDATNG HARAM


APAKAH INI

SANDIWARA ?

KAH KAH KAH

BANGLA ADA

MYANMAR ADA

INDIA ADA

PAKISTAN ADA

NEPAL ADA

INDON ADA

JENG JENG JENG

CHINA MERAH

KENAPA TAK ADA

JENG JENG JENG

KHALAS 

DIMANA ILANG WARGA CHINA MERAH ?



BANGLA INDIA

INDON MYANMAR

NEPAL ADA

AMIN

DIMAMA ILANG 

1.2 JUTA WARGA

CHINA MERAH ?

AMIN

MANA MEREKA

LESAP

JENG JENG JENG

AMIN

AMARAN DARI HEZBOLLAH


Tunggu serangan balasan kami, amaran Hezbollah kepada Israel

PEMIMPIN Hezbollah memberi amaran kepada Israel ia akan bertindak balas di medan pertempuran susulan pembunuhan pemimpin kanan Hamas di kubu kuat kumpulan itu di selatan Beirut, Lubnan.

“Tindakan balas akan dilakukan dan ia tidak dapat dielakkan. Kami tidak boleh terus berdiam diri terhadap keganasan dengan skala sebesar ini kerana ia bermakna seluruh Lubnan dalam keadaan bahaya,” kata Hassan Nasrallah dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen.

“Keputusannya sekarang adalah di medan perang,” katanya dalam ucapan keduanya sejak pembunuhan Saleh al-Aruri pada Selasa.

“Pejuang dari semua kawasan di sempadan akan bertindak balas terhadap tindakan biadap di selatan Beirut,” katanya.

Saleh yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu dilancarkan Israel, adalah pegawai Hamas paling kanan yang terkorban dalam perang ini.

Israel masih belum mengaku bertanggungjawab atas serangan itu tetapi pegawai pertahanan Amerika Syarikat berkata ia dilancarkan oleh Israel.

Ia adalah serangan pertama terhadai ibu kota Lubnan sejak keganasan bermula.

Dalam ucapannya pada Rabu, Nasrallah sudah pun memberi amaran kepada Israel terhadap kemungkinan perang di Lubnan, dan berkata serangan balas kumpulan itu kelak “tidak akan ada batasan”.

Hezbollah dan Israel saling berbalasan serangan di sempadan sejak perang Israel-Hamas tercetus pad a7 Oktober, tetapi kematian Saleh dikhuatiri akan menggiatkan pertempuran.

Sejak keganasan bermula, kumpulan itu melakukan 670 serangan, menyasarkan 48 kedudukan Israel di sempadan dan 11 kawasan berhampiran, kata Nasrallah. – AFP, 6 Januari, 2024.


AMARAN

TELAH DI DENGAR

AMIN

KINI DUNIA

MENUNGGU AKSI

AMIN

KHALAS

DUIT UNTUK BELI UNDI ?


Kami tak boleh kawal media, kata pihak pendakwaan kes 1MDB Najib


PIHAK pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka tidak dapat mengawal media tentang cara membuat laporan berkaitan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membangkitkan perkara itu selepas peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah membuat aduan kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah berhubung artikel yang diterbitkan pelbagai media tempatan baru-baru ini yang dikaitkan dengan anak guamnya.

Shafee merujuk artikel Selasa lepas yang mengaitkan Najib dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan berkata artikel itu bersifat prejudis dan laporannya tidak adil kerana daripada AS$681 juta, AS$620 juta telah dikembalikan.

“Tiada bukti bahawa wang itu digunakan untuk mempengaruhi PRU13. Cuma ada bukti wang itu disalurkan untuk pelbagai bahagian Umno dan usaha tanggungjawab sosial. Kami akan mengambil tindakan terhadap beberapa media kerana menghina,” katanya.

Shafee juga mengadu mengenai saksi pendakwaan ke-49, Supt Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin, 37, telah membuat pelbagai kesimpulan mengenai kes itu dalam pernyataan saksinya.

“Yang Arif, keputusan kes ini harus diputuskan oleh hakim yang mengendalikan perbicaraan dan bukan oleh saksi dalam prosiding. Adalah menjadi kewajipan pihak pendakwaan untuk mengeluarkan kandungan dengar cakap daripada pernyataan saksi.

Beliau berkata pihak pembelaan membantah “kesimpulan” yang dibuat oleh Nur Aida dalam pernyataan saksinya dengan menyatakan anak guamnya telah diprasangka.                   

Pada ketika ini, Ahmad Akram membantah dengan menyatakan bahawa Nur Aida hanya merujuk kepada laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu pada 2015 yang didakwa dana daripada 1MDB digunakan untuk membeli undi semasa PRU13.

“Justeru laporan media adalah berdasarkan apa yang diperkatakan dalam mahkamah terbuka oleh Nur Aida. Saksi itu hanya memetik laporan rasmi dalam verbatim yang kemudiannya disiasat, oleh itu, kami (pendakwaan) tidak dapat mengawal dan bagaimana media melaporkan.

“Apa yang penting ialah apa yang beliau katakan dalam mahkamah, akhirnya akan menjadi bukti. Beliau hanya merujuk kepada laporan dan membacanya dengan kuat dalam mahkamah terbuka,” katanya sambil menambah SPRM terikat dengan undang-undang untuk tidak mendedahkan identiti pengadu sebenar.

Hakim Sequerah telah mengambil maklum semua bantahan yang dibangkitkan oleh peguam dan seterusnya meminta saksi itu menyambung membaca pernyataannya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung Isnin. – Bernama, 5 Januari, 2024.


WOIT

APA BEZA DUIT

BERI PADA UMNO

DENGAN DUIT

BELI UNDI PRU14

KAH KAH KAH

BERI PADA UMNO

TUJUAN BELI

UNDILAH

KAH KAH KAH

BUKAN UNTUK

KENDURI TAHLIL

KAH KAH KAH

AMIN

MUSNAHKAN ZIONIS ISRAEL


Gaza sudah tidak boleh dihuni lagi, kata PBB

BOM berterusan di seluruh Gaza semalam, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran perang Israel dengan pejuang Hamas yang kini masuk bulan keempat, menjadikan wilayah itu kini tidak boleh lagi didiami.

Dengan kebanyakan kawasan di semenanjung Gaza kini tinggal runtuhan, serangan udara terus berlaku di bandar Khan Yunis di bahagian selatan dan Rafah selain sebahagian di kawasan tengah Gaza.

Tentera Israel berkata anggotanya menyerang lebih 100 sasaran di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk posisi ketenteraan, tapak pelancaran roket dan depoh senjata.

Kementerian kesihatan Hamas berkata sebanyak 162 kematian dilaporkan dalam tempoh itu.

Jet pejuang dibom di Bureij malam tadi, menyebabkan sel pengganas bersenjata terbunuh, kata tentera Israel, selepas mendakwa kereta kebalnya diserang.

Sejumlah besar pejuang Hamas terbunuh dalam pertempuran di Khan Yunis, dakwa Israel.

Pada masa ini, Khan Yunis menjadi medan pertempuran utama.

Israel mendakwa tenteranya menemui terowong di bawah Hotel Blue Beach di utara Gaza yang dikatakan digunakan sebagai kawasan perlindungan dan tempat merancang serangan.

Kematian orang awam mencecah puluhan ribu sepanjang konflik ini dan PBB berkata krisis kemanusiaan menyebabkan ratusan ribu penduduk Palestin hilang tempat tinggal, berdepan dengan isu kebuluran dan wabak.

“Gaza sudah tidak boleh dihuni,” kata ketua kemanusiaan PBB Martin Griffiths.

“Rakyatnya menyaksikan ancaman terhadap nyawa mereka setiap hari – sementara dunia hanya menjadi pemerhati terhadap kekejaman ini,” katanya. – AFP, 6 Januari, 2024.


TIDAK ADA

JALAN LAIN

AMIN

BANGUN LAWAN

DAN

MUSNAHKAN

ZIONIS  ISRAEL

AMIN

DIRIKAN PALESTIN

MERDEKA

KHALAS

DIA KEPONG GAZA - KITA KEPONG DIA


DIA KEPONG GAZA

KITA KEPONG DIA

AMIN 

KHEMAH GAZA


KHEMAH GAZA

KHALAS 

Unknown commented on 
"BERSAMA KE RUMAH PASONG"

Tt...kalau polis tanya kenapa berkhemah dekat kedutaan USA, kau jawab...den suko berkhemah sebab teringat semasa jadi pengakap sekulah dulu-dulu.

NAK TUMBANG KERAJAAN


TAK HABIS HABIS

NAK TUMBANG

KERAJAAN

AMIN


Unknown commented on 
"PROJEK HADI ADA KE TAK ADA ?"

Pulau jadi lulus, janji jangan capati kena tepati tapi siapa nak Bayor? Anak Mahathir atau Daim? Siapa tukang bayar? Tauke judi atau tauke genting? Siapa nak bayar? Kah kah kah tak bayar susahnya kena masuk mahkamah entahlah betapa lamanya kah kah kah wayang pulus bermula kah semoga segalanya hasil halal syukur alhamdulillah

Unknown commented on
 "APA RAJA PETRA BERLABON"

Inilah masalahnya orang-orang kita bila duit banyak hasil curi kemudian tak ada kerja betul, asyik porak-peranda orang, kah kah kah nampak saja di kedai kopi penuh orang-orang kita buang masa siang malam sembang dunia isu politik sampai ayam berkokok kah kah kah, 

kalaulah ada kerja sendiri tak ada masa kena fokus cari duit untuk keluarga kah kah kah, lagi satu masalah Malaysia bahawa orang-orang tua sepenuhnya khususnya orang-orang tua dah pencen tapi tak mahu pencen kah kah kah

LABON DUBAI


LABON DUBAI


SABTU 6 JANUARI 2023
HEBOH HEBOH HEBOH
LABON DUBAI
KAH KAH KAH

INI HANYA ANGAN ANGAN
KAH KAH KAH
NUMBO NUMBO
AKUAN BERSUMPAH
SD SD SD
KAH KAH KAH

DENGAR SEDAP
TAPI JANGAN LUPA
REAL POLITIK
DALAM REALPOLITIK DUBAI
YANG MENNTUKAN
IALAH FULUS

SEMUA DI TENTUKAN
OLEH DINAR DAN DOLAR
KAH KAH KAH
INI REAL POLITIK

NUMBO NUMBO INI
AKAN BERUBAH BILA
DOLAR MASUK
KAH KAH KAH
APAKAN  LAGI
JUAL BELI INI
DI SABAH DI SARAWAK
DAN DI YB UMNO
KAH KAH KAH

TAK CAYA
LIHAT DAN TUNGGU
AMIN

AMERIKA
BIDEN TUDUH TRUMP
PEMUSNAH DEMOKRASI
INI KERANA ANTARA BIDEN 
DAN TRUMP
RAKYAT AMERIKA 
AKAN PILIH TRUMP

PBB
BUAT KENYATAAN
GAZA YANG KENA BOM INI
MUNGKIN TIDAK DAPAT LAGI
DIDUDUKI OLEH MANUSIA

BANGLADESH
SHEIKH HASINA
AKAN MENANG UNTUK
KALI KE EMPAT
PRU UJUNG MINGGU INI
PEMBANGKANG BOIKOT

IRAN
ISIS KLIM LETAK BOM
DI MAKAM 
84  JIWA MELAYANG
AMIN

HOKKIEN
KERING SEGAR CERAH
MATA HARI BELUM MUNCUL
YANG BERSUARA TERKUKUR

YANG TERBANG KESANA SINI
BURUNG PIPIT

PAGI SABTU
KEDENGARAN MESIN RUMPUT
KESIAN BELALANG
KESIAN CENGKERIK
RUMAH MEREKA MUSNAH

GUA RASA
WALAU PUN MATAHARI
BELUM MUNCUL HARI INI 
AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KITA
NAK TENGOK BAWANG
BERAPA RINGGIT SEKILO
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENAGN SENYUMAN

GAJAH KERA HARIMAU KUMBANG
TELOR ITIK TELOR TEMBELANG
APAKAH KERAJAAN AKAN TUMBANG
ATAU HANYA LABON TEMBERANG

BUNGA MELOR BUNGA MAWAR
MARI DITANAM TEPI PERIGI
PROJEK HADI GULING  ANWAR
NILAI RINGGIT JATUH LAGI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI