Rabu, 15 April 2020

KLIP TER NOWW MUNIRAH








KLIP TER NOWW

MUNIRAH





NAHA PUN KENA




NAGA PUN

KENA

KAH KAH KAH



Ratu Naga dakwa dipecat PKR tanpa notis dan alasan

KUALA LUMPUR – Syarul Ema Rena yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendakwa telah dipecat keanggotaan Parti Keadilan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau juga mendakwa tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri selain langsung tidak menerima notis amaran sebelum dipecat.

Syarul Ema dalam kenyataan di laman Facebook berkata, tindakan pemecatannya itu dibuat berdasarkan Fasal 9.1 (D) perlembagaan parti itu dan surat pemecatan yang disertakan bersama hantaran itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR,  Saifudin Nasution.


KALAU NAGA

KENA ERTNYA

TAKDA SIAPA

SELAMAT 
KAH KAH KAH

BERITA SAHEH BERITA PALSU









PKR GANTUNG

KEAHLIAN

ANWAR KERANA

JUMPA

MUHYIDDIN

ADALAH BERITA

PALSU

Anwar jumpa Muhyiddin

 di pejabat PM





HANIZA 

DIGANTUNG

KEAHLIAN KERNA

JUMPA AZMIN

DAN ZURAIDA

ADALAH BERITA

SAHEH

PKR gantung keahlian Haniza kerana jumpa Azmin, Zuraida





PARAH


PARAH

PKR MAKIN

PARAH 


PKR gantung keahlian Haniza kerana jumpa Azmin, Zuraida

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita PKR, Haniza Talha digantung keahlian parti itu atas alasan beliau menghadiri pertemuan dengan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Azmin merupakan bekas timbalan presiden PKR manakala Zuraida pula menjawat jawatan naib presiden parti itu. Kedua-dua pemimpin itu meninggalkan PKR ketika konflik politik Februari lalu.


JUMPA PUN

TAK BOLEH

WOW

HEBAT DSIPLIN

PARTI PKR

KAH KAH KAH

NAGA PUN KENA





NAGA PUN KENA

INI MAKIN

BERAT

Ratu Naga dakwa dipecat PKR tanpa notis dan alasan



BERITA MENYUSUL


BERAT MAKIN BERAT






BERAT 

MAKIN BERAT

PKR gantung keahlian Haniza kerana jumpa Azmin, Zuraida


BERITA MENYUSUL

BERITA TER COOL TER NOWW



BERITA TERCOOL

TER BEST

TER NOWW



UPSR, PT3 batal, peperiksaan lain tahun depan, umum menteri pendidikan

KEMENTERIAN Pendidikan membatalkan peperiksaan awam peringkat rendah bagi tahun ini, sementara peperiksaan awam peringkat tinggi dianjak sehingga tahun depan, selepas takwim pendidikan terjejas akibat penularan Covid-19, umum Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.

Sesi persekolahan pula, sekiranya dibuka nanti, hanya akan dibuka kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang akan menduduki peperiksaan, katanya.

Peperiksaan mereka bagaimanapun ditangguhkan sehingga ke tahun depan, tambahnya.

“Keputusan (buka semula sekolah) ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan kementerian.

“Sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Empat peperiksaan melibatkan pelajar Tingkatan Lima akan diadakan sebelum April 2021, katanya, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), dan Sijil Tinggal Agama Malaysia (STAM).

“Untuk calon STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.”

Peperiksaan yang dibatalkan ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Dua peperiksaan itu sepatutnya berjalan pada September ini, selepas penjadualan semula yang diumumkan pada 28 Amc lalu.

“Pembatalan ini tidak akan menjejaskan penilaian murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh ,” jelasnya.

Jelas beliau, satu kaedah penilaian baharu akan diperkenalkan, yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.– 15 April, 2020.


WOW 

SYIOKNYA

TAK SEKOLAH

TAKDA PEREKSA

KAH KAH KAH

KOBID TERUS MENYERANG





SERANGAN

KOBID



23 kes positif Covid-19 dikesan di Kg Bharu


Kluster Bali Covid-19 meledak di Kuantan


Akademi penjara diwarta pusat tahanan pesalah ingkar PKP, kata Ismail Sabri



JANGAN LUPA CIK GHAFAR





JANGAN LUPA

CIK GHAFAR 
Malikul ..Lu musti ingat ..kalau Abam cakap BIRU makne IJAU. Ingat apa Abam cakap pada PETANG sebelum ESOK nye pada Ghapar ..i always behind yor buntut ..esoknye Ghafar dah tergolek dog. INGAT .. 
on 
JANGAN FITNAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 15/04/20

N

KELOH AYAH KENA BELI LAMPIN ANAK






KELOH AYAH

KENA BELI

LAMPIN ANAK
Benar juga. 
Tapi jangan cuba lupa,bagaimana tata susunan kawasan perbandaran. Sudah hampir pupus pasar basah,semuanya berpaket berplastik di gedung pasaraya. Apa tiada lagi pasar runcit?
hanya butik runcit harga plastik bungkus lebih mahal dari seikat sawi.hiper gudang mahu melayan berapa ribu apartment? untung tt,anak bulunya tidak memakai lampin, hanya perlu berak dicelah pokok dan semak.tapi anak manusia perlukan lampin. 
on
 MASIH
ADA YANG DEGIL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 15/04/20

Gw




---------

MUAR ZON BAHAYA






BAHAYA

Muar zon merah ke 27

KUALA LUMPUR – Sebuah lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif Covid-19.


AWAS

APA MAKNA BERITA INI





APA MAKNA

BERITA INI ?



Permohonan LHDN dapatkan penghakiman terus terhadap Tengku Adnan 12 Jun



TERUS MASUK

PENJAARA KE?

KAH KAH KAH

BAHAYA - BERITA BARU MASUK





AWAS


Muar zon merah

 ke 27


BERITA MENYUSUL

WAWASAN 2020 KANTOI










WAWASAN 2020

KANTOI MANTOI

Ingat kenching ..gwa teringat BOTOL Kapsul Masa Madey Kutti ..botol tu dijadualkan di bukak pada tahon ni ..jadik tak. Antara harapan Madey adolah jadikan Malaysia 2O2O, sotaraf Tumasik 1990
 ..hasil nogaro dapek dilapah borsamo ..xero papokodano ..xero rasuah. Malang nyo Korona lak ngachau ..jahat boto Korona ni. 
on 
JANGAN PERCAYA 
KHABAR ANGIN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 14/04/20

Se

MERAKAM SEJARAH - BLACK 14





MERAKAM 

SEJARAH

GELITA 14

BLACK 14

Hari ini  14 April ialah hari  GELITA 14 atau juga dikenali sebagai BLACK 14. Selasa hari ini ialah ulang tahun ke 19 Gelita 14.  Pada 14 April 1999 Anwar Ibrahim telah dipenjara  selama 6 tahun atas tuduhan salah guna kuasa  dan meliwat.

Justeru untuk mengingatkan kembali babak politik  ini  maka saya menangguhkan tulisan rakaman sejarah saya mengenai Covid-19. Ini kerana saya mahu  anak semua bangsa bersama-sama memperingati Black 14. Terutama  saya mahu generasi muda  hari ini memahami babak-babak  dan perjalanan sejarah bagaimana kita sampai ke tahap politik hari ini.

Hubaya hubaya.  Untuk diri saya Gelita 14 ini amat amat berkait rapat  berkurung, terkurung dan di kurung. Pada hari Selasa 10 April 2001  - 19 tahun dahulu  saya telah dikurung. 

Saya dikurung bukan  bertujuan  menjaga kesehatan orang ramai saperti kita berkhalwat hari ini. Tetapi saya  dikurung untuk menjaga kesehatan United Malays National Organisation yang semakin sakit tenat. Pada ketika itu Malaysia telah diserang oleh satu wabak. Bukan wabak virus karona. Pada  tahun 2001 Malaysia sedang diserang oleh  wabak anti Mahathir dan wabak anti parti Ketuanan Melayu. Wabak ini  sedang merebak dan mengampoh.

Pada petang Selasa 10 April 2001  saya berada di pejabat di Jalan Kamuja Bangsar Utama. Saya telah tidur malam di pejabat walau pun bilik tumpangan saya di  Taman Seputeh yang tidak jauh.  Saya  yang tidak memiliki kenderaan menapak  setiap hari  dari rumah ke pejabat.  Sesekali saya tidur dipejabat.

Berapa minggu sabelum ini Tian Chua, Malik Husin, Pak Din, Nasir Taxi, Kak Yus, Pak Abu, Lat Koya dan saya telah mengadakan  beberapa bertemuan.  Kumpulan kami bertemu dan berbincang di pejabat Tian Chua di Jalan Kurau Bangsar. Kami menyusun, mengatur dan merancanag untuk mengadakan satu perhimpunan besar besaran di hadapan Pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut pada  14 April 2001. Hari Sabtu jam 4.00 petang.

Agendanya ialah : mengahantar surat memo kepada SUHAKAM.   Kumpuan kami ini   secara tidak resmi  adalah kumpulan  diluar Parti Keadilan Nasional. Sosok -sosok ini tegas  dan bersetia menjadi penyokong Anwar Ibrahim. Pada ketika  itu kami percaya dan yakin Anwar Ibrahim  sedang dizalimi  oleh Mahathir Muhamad.  Justeru memo kami kepada Suhakam – lembaga hak asasi  manusia di Malaysia.

Kami  tidak percaya bahawa Anwar Ibrahim  pemula Angkatan Belia Islam Malaysia , sosok yang warak , yang alim, yang berucap dengan bismillah, yang sering menggunakan ayat-ayat Quran telah meliwat Azizan, Sukma dan Munawar . Mustahil Anwar berkelakuan sademikian. Kami tidak percaya. Untuk kami Anwar Ibrahim telah  dizalimi. Malah  ramai warga Malaysia anak semua bangsa  pada ketika itu percaya bahawa  Anwar  Ibrahim telah dizalimi oleh Mahathir Muhamad. Khalas.

Tapi tulisan ini bukan hal  kes liwat Anwar atau kes Anwar di zalimi yang ingin saya rungkai. Saya mahu merungkai babak kurung dan dikurung. 

Pada 10 April 2001  dalam jam 4 petang saya telah turun untuk minum di Restoran Maidin dibawah pejabat saya. Dalam restoran ini  saya  ternampak  ramai pelanggan. Saya tak ambil pot. Satelah selesai minum saya kembali ke pejabat.

Pada ketika ini saya sedang menterjemahkan   The Good Woman of Setzuan. Ini teater garapan  Bertold Brecht   (1898-1956). Brecht dramatic tersohor German dari jalur merah. Saya menterjemahkan teater ini kerana    saya terlibat dengan arwah  Krishen Jit. Dramatis ulung bekas pensyarah Universiti Malaya ini  berniat untuk  mementaskan  teater Brecht ini dalam  Bahasa Melayu.

Saya meMelayukan The Good Woman of Sezuan untuk menjadi Perempuan Baik Dari Kampong Baru.  Pada petang itu saya telah mengulang baca dan membuat pembetulan akhir. Selesai ulang baca saya  menghantar  terjemahan teater ini kepada Krishen Jit.
Ketika itu saya menggunakan email   jemapoh@hotmail.com. Saya memasukan skrip teater  ke dalam email  dan terus menekan send. Pada ketika ini pintu pejabat saya di ketuk kuat.  Mata saya memandang pintu. Kemudian mata saya beralih  memerhati  Perempuan Baik Dari Kampong Baru meninggalkan Bangsar Utama menuju ke alam maya.

Saya membuka pintu. Masuk mata-mata   berpangat. Dua mata-mata biasa. Dan seorang  memakai  pakai biasa.  Empat orang  mata-mata tercongok dalam bilik saya.

‘ Hishamuddin Rais… kamu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri….’ Ucapan dari  mata-mata   yang berpangat. Saya lihat iras mata mata berpangkat  ini  macam muka China.

Saya telah pernah mendengar ucapan ‘ … Hishamuddin Rais .. kamu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri…’ 

Pada petang 10 April 2001 ini hanya ulangan. Tiga hari sesudah saya pulang dari berkelana selama 20 tahun dahulu saya juga telah dtahan dibawa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ini pada tahun 1994.

Mata-mata mengeluarkan gari.  Ini juga bukan kali pertama saya digari.

‘ Boleh saya padamkan komputer saya…’ Saya meminta.

Pada ketika ini bayaran internet  bukan tetap saperti hari ini. Penggunaan internet  mengikut masa sama saperti kita membuat  panggilan talipon. Jika internet tidak saya padamkan saya khuatir bil talipon saya akan bertimbun.

Permintaan saya tidak dipedulikan. Saya digari. Dibawa keluar. Betul betul tepi tangga sebuah kereta Proton Hijau menunggu. Saya terus dibawa masuk.  Tidak ada siapa yang melihat kerana  dari  anak tangga akhir  saya terus ditekan masuk ke dalam kereta. Duduk diapit oleh dua mata-mata.

Saya dibawa ke Rumah Pasong Sentul. Saya dibogelkan. Ini juga bukan kali pertama saya dibogelkan. Mata-mata yang mengambil butir badan saya kelihatan hairan.  Saya memakai seluar pendek.  Saya tidak memakai seluar dalam dan hanya berselipar Jepun.

Sabenarnya samenjak saya meninggalkan Eropah saya  tidak lagi memakai seluar dalam dan stokin.  Seluar dalam dan stokin mengingatkan saya pada musim sejuk yang  amat saya benci. Seluar pendek  dan selipar Jepun untuk saya adalah nikmat cuaca panas.  Amin.

Dari rumah pasong Sentul saya  dibawa  ke luar dan dimasukan ke dalam   sebuah van puteh .   Van kecil ini tidak bertingkap. Saya terperosok saorang  diri dalam van ini.  Saya tidak nampak siapa pemandu. 

Van ini bergerak meninggalkan rumah pasong . Saya cuba mengagak ke mana saya akan dibawa. Saya gagal. Kerana van ini awalnya berjalan saperti dalam bandar. Kemudian berjalan laju saperti di lebuh raya. Kemudian perlahan  melintasi ‘ bum’  saperti dalam taman perumahan. Kemudian laju kembali. Akhirnya satelah  hampir 40 minit van berhenti.

Saya dibawa keluar dan dimasukan ke dalam bilik.   Seorang mata-mata duduk dimeja menunggu saya. Sekali lagi saya dibogelkan. Tinggi  , warna rambut, berat  badan dan parut dibadan dinotakan. 

Saya menanda tangani harta pesaka -  seluar pendek, baju kameja, tali pinggang  dan dompet saya yang ada dalam saku saya. Saya diberi pakaian seluar dan baju biru. Sebuah baldi merah yang didalamnya ada satu selimut, berus gigi yang telah dipendekkan dan sahelai towel Good Morning. 

Mata saya ditutup. Saya merasa tangan saya dipegang.  Saya dibawa keluar. Saya ikut berjalan.  Kaki saya meraba-raba takut jatuh.  Kami sampai ke satu bangunan. Saya dengar suara lelaki Melayu. Saya dengar  pintu besi dibuka. Saya dibawa masuk.  Mata saya dibuka. Saya melihat pintu bilik dimana saya akan dikurung.  Amin.

Pada 10/4/2001 –  Sembilan belas  tahun n dahulu - saya dikurung  dalam disebuah bilik  4  kaki lebar  dan 12 kaki panjang. Satu pangkin  batu tempat  tidur. Dihujung ada jamban cangkung dan pili air. 

Saya dikurung saorang  diri dalam bilik kecil. Fikiran  saya merayau-rayau. Saya teringat pada rutin saya. Saya teringat pada gaya hidup saya. Saya teringat  pada rokok keretek. Saya teringat  pada dunia luar yang baru saya tinggalkan.  Kemudian saya menyedarkan diri bahawa saya sedang dikurung.

Hari ini  14 April 2020 ialah hari  ulang tahun   ke 19 Black 14 dan hari ulang tahun saya dikurung.  Pada hari ini juga saya  sekali lagi sedang dikurung di Le Chateau.  Kali ini bukan kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Akta ini  telah dihapuskan. Kali ini saya berkurung atas  perentah  Majlis Keselamatan Negara (MKN).  

Berkurung 19 tahun dahulu dan berkurung hari ini amat jauh bezanya. Dalam bilik kecil dimana saya dikurung saya tidak memiliki apa-apa kecuali ingatan  dan akal fikiran.  Malah hendak bercukur saya wajib menghulurkan muka saya ke lubang pintu seluas muka saya.  Bagitu juga untuk memotong kuku. Saya hulurkan tangan. Makanan dan minuman  dihulurkan melalui lubang ini.  Amin.

Dalam bilik kecil ini fikrah saya merayau. Siapa lagi agaknya yang kena kurung.  Apakah Tian Chua dikurung? Apakah Malik Husin dikurung?  Apakah Pak Abu  dan Pak Din dikurung sama?  Fikrah saya mencari cari. Mustahil saya akan mendpat jawapan kerana saya  dikurung bersaorangan.

Hari ini  saya berkurung  kerana Perentah Kawalan Pergerakan (PKP) atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).    PKP amat berbeza dari ISA. MKN amat berbeza dari KDN – Kementerian Dalam Negeri yang memberi arahan agar saya dikurung dibawah ISA.

KDN  melaui ISA mengurung saya agar falsafah  dan hasutan pengaruh saya tidak tersebar  luas. Saya dikurung supaya wabak anti Mahathir   yang cuba saya sebarkan tidak akan menjangkiti anak anak muda. Saya menghasut anak anak muda untuk  bangun keluar  berdemo ke jalan raya  menyokong Anwar Ibrahim. Mengurung  saya  bermakna menjauhkan  diri saya dari berupaya mempengaruhi orang lain untuk bangun melawan. Ini untuk menyelamatkan Mahathir dan United Malays National Organisation. Khalas.

Hari ini MKN melalui PKP  mengurung saya agar saya selamat dari jangkitan Covid-19.  Saya bersetuju untuk dikurung bukan saperti 19 tahuan dahulu.  Kini satu Malaysia  and 180 buah negara sedang berkurung untuk menyelamatkan  diri  dari Covid-19.

Dikurung oleh MKN  amat lumayan. Saya boleh memasak.  Saya boleh memesan makanan. Saya boleh membawa Ezi dan Tak Tak – anjing piliharan saya -  berjalan di Kawasan kubur  Kwantung  di belakang blok flet Le Chateau.  Saya membaca. Saya menulis. Saya melihat komputer. Kunci flet saya ada pada saya.  Saya membuka internet.  Saya boleh menonton filem Koboi  atau melihat filem porno dari YouTube.  Semua terpulang kepada cita rasasaya.  Tepuk tangan  tanya seluar.

Saya berhubung  melalui talipon dengan ramai kawan – dalam dan luar negara  - bertanya khabar kerana mereka juga berkurung. Malah saya sering  memukul talipon bertanya khabar pada Tian Chua.

Aduh! Berkurung ahri ini  bukan  berkurung 19 tahun dahulu.  Berkurung kali  ini  saya tahu dimana saya berada. Sembilan  belas tahun  dahulu  hingga ke hari ini saya  masih tidak tahu dimana tempatnya saya dikurung. Justeru saya merakam pengalaman dikurung itu dalam teater Bilik Sulit. Amin. (TT)


KURANGKAN WARGA ASING







KURANGKAN

PEDATANG

AWAS

PENDATANG 

DARI

CHINA MERAH

Adakah mereka itu PADI Pendatang Asing Dengan Izin atau PATI Pendatang Asing Tanpa Izin? Jika PADI siapa yang menjadi kaya raya mengimport mereka semua? 
jika PATI bagai mana mereka boleh tinggal disitu tanpa ada tangkapan dsb? Oh Malaysia ku...berhentilah dari mengamalkan tembolok dan perut diutamakan.. 
on 
INI TUGAS 
KITA SALEPAS KOBID
Publish | Delete | Spam
hamim
on 14/04/20

Le

JANGAN FITNAH








Anwar jumpa Muhyiddin

 di pejabat PM



JANGAN SEBAR

FITNAH

ANWAR JUMPA


MUHYIDDIN

BUKAN MINTA

MUHYIDDIN

LETAK JAWATAN

KHALAS

TANPA JANJI MANIFESTO







TANPA JANJI

MANIFESTO

Kena faham cara kerja kerajaan pintu belakang yang membelakangkan rakyat.Kerajaan pintu belakang tiada manifesto seperti kerajaan yang mendapat mandat dari rakyat.anggap setiap tindakan kerajaan pintu belakang yang dilaksanakan itu ialah manifesto ghaib, 
Manifesto ghaib kerajaan pintu belakang sekarang ialah memberi habuan kepada mp dengan jawatan GLC dan sewaktu dengannya.ruu hudud mungkin dighaibkan, belum lagi mp-mp,menteri/timbalan menteri dan duta bertaraf menteri bersuara pasal ruu hudud. 
on 
HABUAN DARI KAMU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/04/20

B

MASIH ADA YANG DEGIL




MASIH ADA

SOSOK 

YANG DEGIL


Mulai esok, langgar PKP dakwa di mahkamah, kata menteri


HUKUMAN penjara menunggu mana-mana individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok, kata menteri kanan Ismail Sabri Yaakob, selepas tindakan pihak berkuasa selama sebulan yang lalu tidak memberikan kesan.

Katanya, pihak polis tidak akan bertolak ansur dengan hanya mengeluarkan kompaun sebaliknya akan memohon perintah reman ke atas mereka yang ditahan dan menghadapkan mereka ke mahkamah.

Menurut Ismail, masih ramai yang melanggar larangan PKP sehinggakan kompaun RM1,000 pun tidak menakutkan mereka.

“Mungkin RM1,000 tidak dianggap tinggi untuk menakutkan mereka yang ingkar pada PKP ini. 

“Oleh itu, kita telah bersetuju bahawa pihak polis mulai esok tidak lagi memberi tumpuan kepada kompaun.

“Mulai esok sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskan (hukuman) berdasarkan akta,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini, memaklumkan perkembangan pelaksanaan PKP.

Bagaimanapun Ismail menjelaskan tindakan itu masih terpulang atas budi bicara pihak polis.

Ismail memberi peringatan tindakan reman dan pendakwaan di mahkamah tidak sama dengan kompaun, yang boleh orang ramai buat sambil lewa.

“Mulai esok tiada kompromi lagi. Kita akan ambil tindakan lebih keras daripada kompaun,” katanya.

Ismail merujuk pada Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988  yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun bagi kesalahan pertama atau denda atau kedua-duanya.

Kesalahan kedua boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala kesalahan seterusnya boleh didenda tidak lebih RM200,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

Sejak 8 April lalu, pihak berkuasa mengenakan kompaun ke atas mereka yang melanggar PKP, mengikut Seksyen 25 akta yang sama.

Ismail menjelaskan semalam sahaja pihak polis menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP. Daripada jumlah itu, 931 orang dikenakan kompaun RM1,000, sementara 418 orang direman dan 25 individu dijamin polis.

Jumlah mereka yang ditangkap secara keseluruhan kerana ingkar PKP sejak 18 Mac lalu ialah 9,090 orang dengan 4,036 daripadanya dikenakan kompaun.

Dalam pada itu, Ismail mengesahkan beliau menerima maklumat daripada pihak polis bahawa lebih ramai orang ke luar untuk berurusan semalam, berbanding hari-hari sebelumnya. 

Kebanyakan mereka ke bank untuk menyemak dan mengeluarkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan, katanya, walaupun sudah dinasihatkan untuk berurusan secara dalam talian.

“Pematuhan itu masih belum sampai ke tahap yang kita sasarkan. Ramai lagi yang agaknya sudah lupa atau sengaja lupa, masih keluar seperti biasa,” katanya.

Beliau juga berharap dengan bermulanya penguatkuasaan lebih ketat mulai esok, pihak berkuasa akan melihat lebih kurang orang ramai yang ke luar rumah. – 14 April, 2020.


ORANG DEGIL

BAWA BAHAYA

KEPADA

ORANG RAMAI

JANGAN BUKA BANYAK GELANGANG






BILA PERANG
JANGAN BUKA  
BANYAK GELANGANG
JANGA CARI BANYAK MUSUH
TUJUKAN  PELURU
PADA SATU SASARAN
Hisham dah mula tak tulis sendiri dalam TT. 90% artikel TT cuma komen orang bangang. Sejak berkawan dengan gerombolan, Dah lama tak dengar cerita pasal mak badak, Lokman Adam, Ku Nan, Jolo, EE, spender Rosmah dll dalam TT. 
on 
FREE MASON
 TAK PENTING
Publish | Delete | Spam
azam
on 14/04/20

A

SAMA MATI SAMA BUNGKUS





SAMA MATI

SAMA BUNGKUS
TT, kalau pelanggan habis mati dah tentu tak niaga, tapi kalau tokeh kedai dan pekerja kena jangkitan covid19 macam mana? Masa niaga panjang, peluang kena jankitan pun panjang...nak untong tapi masuk kubor buat apa? 
on 
SAMA SAMA KITA 
USAHAKAN DEMI
 KESELAMATAN
Publish | Delete | Spam
hamim
on 14/04/20

Be

MAKIN KETAT






MAKIN KETAT

Mulai esok, langgar PKP dakwa di mahkamah, kata menteri


BERITA MENYUSUL

WAJIB UBAH FIKRAH








WAJIB

UBAH FIKRAH
Tak habis2 slogan, pekikan. Oraang Asli Semai mahu ka nak buat rumah, bangunan, hospital? Duk penyumpit boleh la. Kerja pembuatan semua warga asing buat. Kah Kah Kah. 
Lord I rest my case. 
on 
INI TUGAS KITA 
SALEPAS KOBID
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/04/20

J

BERITA DARI NOKIA






DARI NOKIA
PKP TAHAP TIGA 
BERMULA 
15 APRIL HINGGA  28 APRIL 2020 
RAKYAT DIMINTA  TERUS 
 MEMBERIKAN KERJASAMA 
DAN 
PATUH ARAHAN PKP

MAJLIS 
KESELAMATA NEGARA



BANGLA DAH MASUK KAMPONG



BANGLA DAH 

MASUK KAMPONG

Jangan ingat kat bandar je wei.. Ni kat luar bandar ni besepah2 yg dtg kosong. Mcm mana bolwh mcm tu? Ni semua salah atok.... 
Atok tqk nak cakau pelaku wh.... Capo muek? Hj sepolan b sepolan. Rembeh boto la.. Besepah2, mcm mcm banso ado, cokau humban an. 
on 
INI TUGAS KITA 
SALEPAS KOBID
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/04/20

A