Selasa, 10 Ogos 2021

KITA JUGA BOLEH HEPI

 


KITA JUGA

 BOLEH HEPI 

AMIN

KALAU TAK 

IKUT BUDAYA 

KUMPUL HARTA KAPITALISMA

AMIN

Unknown commented on 

"AKIBAT MANUSIA -

 DUNIA SEMAKIN PANAS"

Memang benar dunia makin panas akibat manusia. Penyumbang utama kpd cuaca panas ialah 70% drp 7.9 bilion penduduk dunia sentiasa panas baran, bengang dan panas hati dgn kerajaan mrk. Tak terkira aku suhu dunia jika 6 biion org naik panas sorang dgn suhu 35°C. 


Sebilangan kecil saje yg hepi dgn kerajaan mrk spt di Switzerland dan Norway yg membuat negara mrk sejuk. Yg panas hati ada di India, Afrika Selatan, Mesia, Myanmar, Syria, Afghanistan dan negara2 padang pasir penyumbang terbesar kenaikan suhu dunia.

DUNIA DAH LETIH DENGAN PERANGI ARAB

 



 DUNIA DAH

LETIH DENGAN

PERANGAI ARAB

KHALAS 



Haldeli commented on

 "INI BARU BETUL"

Salam alaikum tuan TT 1. Sri Paduka Baginda YDPA dlm titah Maal Hijrah menyuruh semua rakyat meniru dan mengamalkan suruhan dan perlakuan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah saw.
 2. Orang yang paling kenal Baginda Rasulullah sewajarnya adalah para Mufti yl(sepatutnya nasihat Raja kerajaan Islam) dan Raja sepatutnya telah mengenal juga Rasulullah dengan betul. 

3. Dengan itu maka dua sosok ini hendaklah / wajib terlebih dahulu menzahirkan pada diri mereka sendiri contoh yang benar bagaimana cara Rasulullah menjalankan hidup sebagai manusia yang diredhai Allah. 

4. Ya, Niatnya seperti apa? Percakapannya bagaimana? Tindakan terhadap masalah umatnya dibuat cara apa? Seterusnya, segala apa yang dilakukan berpandukan apa? 




5. Sudah tentu segala apa contoh yang dipamerkan oleh Rasulullah adalah dipandu oleh Allah dan Al Quran Al Karim. 6. Oleh kerana Mufti dan Raja mengaku mengetuai Agama Islam maka wajib dua sosok ini pamerkan segala perlakuan mwreka berpandukan suruhsn Allah dan AlQuran sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw. 

7. Andainya dua sosok ini mempamerkan contoh menjalani hidup tidak mengikut apa yang benar dilakukan oleh Rasulullah untuk dicontohi oleh rakyat maka segala salahlaku rakyat terhadap Allah mesti ditanggung oleh dua sosok ini. 8. Mudah-mudahan Allah cucuri rahmat dan hidayah kepada dua sosok ini supaya rakyat selamat dunia dan akhirat. Amiim.

KITA SESAMA SOKONG SARANAN INI

 

YB INI MEMULAKAN

SETIAP

UCAPAN DENGAN

 : TUAN PUAN

YANG BUDIMAN

YANG BERIMAN

AMIN




Pemimpin veteran DAP gesa hentikan perebutan kuasa, tumpu perang Covid-19

Seorang pemimpin veteran DAP yang berkhidmat sebagai ahli Parlimen hampir empat dekad menggesa semua pemimpin politik menghentikan polemik perebutan kuasa dan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw yang berkhidmat selama lapan penggal sebelum digugurkan pada Pilihan Raya Umum 2018 berkata sambutan awal tahun baru Hijrah umat Islam di Malaysia hari ini sepatutnya mangajar rakyat Malaysia untuk mengenal pasti keutamaan mereka.

“Awal Muharram mengajak kita untuk berbuat baik. Jadi lakukanlah perkara paling penting dulu, kesihatan rakyat,” kata Tan yang juga bekas ahli Parlimen yang berkhidmat sejak 1980-an kepada MalaysiaNow.

Ulasan beliau tampil ketika PKR dan Umno meningkatkan usaha untuk mengumpul sokongan bagi menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi sudah menyerahkan akuan sumpah (SD) kepada Yang di-Peruan Agong walaupun Muhyiddin telah memberikan jaminan untuk membentangkan usul undi percaya ketika sidang Parlimen diadakan pada September depan.

Tan berkata semua parti harus tamatkan polemik ketika ini.

“Soal perang dan berbalah parti ini, siapa nak jadi kerajaan, siapa nak jadi itu, siapa nak jadi ini, hentikanlah dulu.”

Tan yang juga seorang doktor berkata, biarpun ramai rakyat sudah divaksin, kematian masih berlaku setiap hari di Malaysia dengan jumlah yang tidak dijangkakan.

Minggu lalu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan partinya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Bukan saja kita, seluruh dunia hadapi masalah ini tambah lagi di Amerika Syarikat, sangat teruk walaupun dia jauh lebih maju berbanding kita. Soal siapa nak jadi kerajaan, perang-perang politik hentikanlah dulu,” kata bekas ahli Parlimen Kepong itu.

“Fikir dan cari jalan macam mana nak selesai masalah kesihatan rakyat akibat penularan Covid-19.”

Malaysia merekodkan puluhan ribu kes baru setiap hari apabila varian Delta dikesan menular dalam negara.

Kerajaan menyasarkan imuniti kelompok menjelang akhir Oktober selain turut memulakan langkah untuk membenarkan aktiviti harian di bawah Pelan Pemulihan Negara.


INI CONTOH

SEORANG 

NEGARAWAN

AMIN

PENTINGKAN

RAKYAT DARI DIRI

AMIN

PENTINGKAN

NEGARA DARI

PARTI

KHALAS




MINTA TOLONG

 




BRO

BOLEH TOLONG

URUSAKAN

AMIN

DEDAK BUKAN

PUTUS TAPI

TAK PERNAH

SAMPAI SAMPAI

AMIN

hamim commented on 

"KEMBALIKAN 

KUASA MKT"

Hisham, dah makan ubat? Nampak makin celaru dan merapu sejak Yidin kena asak ni....dah putus dedak ke????Hisham nak siapa jadi PM????

MUHYIDIN SELAMAT AKHIRNYA

 


MUHYIDIN AKAN

SELAMAT

AMIN

PKR HANTAR

NAMA ANWAR

AMIN

ZAHID ANTA

NAMA NAJIB

AMIN




Surat kepada Agong dihantar selepas PKR gagal kumpul sokongan ahli Parlimen untuk Anwar

Rancangan pemimpin PKR untuk mengangkat ketua mereka, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong terpaksa dibatalkan selepas gagal menunjukkan blok pembangkang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen, MalaysiaNow difahamkan.

Seorang pemimpin kanan PKR berkata dengan syarat tidak dinamakan, sebaliknya dipersetujui mereka hanya akan memberi tumpuan kepada ahli Parlimen yang menentang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Memanglah ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong perdana menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang.

“Tetapi kami berpandangan sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat Umno kepada Tuanku.

“Mereka sedar bahawa selagi mereka tidak memiliki nama untuk calon perdana menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” kata ahli politik PKR yang juga merupakan pemegang jawatan dalam parti.

Difahamkan PH dan beberapa ahli Parlimen lain mendakwa berjaya mengumpulkan 100 nama berserta 13 nama yang didakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah diserahkan kepada Agong.

Walaupun pembangkang di luar gabungan PH menuntut peletakan jawatan Muhyiddin, mereka bagaimanapun menentang percubaan untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri di mana ia merupakan matlamat utama rancangan Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak sejak tahun lalu.

“Sehingga sekarang, calon perdana menteri belum dinamakan kerana penentangan hebat ahli-ahli Parlimen yang boleh menjadi kingmaker,” kata sumber dalaman PKR tersebut.

Minggu lalu, sebuah surat Zahid kepada Agong menyenaraikan 14 ahli Parlimen dari Umno yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Namun, satu sumber dalaman kumpulan tersebut berkata mereka tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Anwar atau DAP bagi menubuhkan kerajaan baru.


TT MASIH

BERPENDAPAT

TAK ADA SAPA

ADA MAJORITI

AMIN

KERAJAAN

PERPADUAN

JALAN TERBAIK

AMIN

SEMUA DALAM

KERAJAAAN

AMIN

TUJUAN SATU

SAJA

AMIN

PERANG LAWAN

MAT KOBID

KHALAS



ORANG RAMAI WAJIB SOKONG

 

ORANG RAMAI

WAJIB SOKONG

KHALAS

BERI TEKANAN

PADA POLITIKUS

GILA KUASA

AMIN


Ini masa untuk bersatu bukannya berebut kuasa, titah Pemangku Raja Pahang


PEMANGKU Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa semasa sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19.

Sebaliknya, baginda bertitah ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit mahupun fahaman politik serta mengamalkan sikap tolong menolong.

“Ini bukanlah masanya untuk merebut kuasa, bersengketa mahupun banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa tindakan. Kita harus menang dalam peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini,” titah baginda sempena majlis perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2021 secara dalam talian hari ini.

Menerusi titah ucapan yang disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang itu, Tengku Hassanal turut menyeru semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta termasuk penghulu, ketua kampung serta jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa cakna kepada rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik. 

“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tetapi pada mereka yang susah, ia amat besar nilainya,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah semangat kejiranan yang tinggi juga dituntut ketika ini apabila anak-anak yang jauh tidak dapat pulang ke kampung manakala saudara-mara juga tidak dapat berziarah.

“Pepatah jangan jaga tepi kain orang mungkin tidak lagi relevan. Saya menasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada jiran masing-masing dan berikan bantuan bersesuaian kepada yang memerlukan,” titah Tengku Hassanal.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail itu, bekas Kadi Besar Pahang Allahyarham Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya dianugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang 2021.



BAGI RAKYAT

SEDAR BAHAWA

PORAK PERANDA

SEKARANG 

INI KERANA

ADA YB

 YANG GILA

KUASA NAK

JADI PM

AMIN



SUMPAH SAIPOL JUGA TAK BOLEH PAKAI

 



SUMPAH SAIPOL

JUGA TAK BOLEH

DI PAKAI

AMIN

INI HANYA UNTUK

PROPAGANDA 

AMIN

MAHKAMAH 

HANYA

TERIMA SD

AMIN


Unknown commented on 

"SUMPAH SESUMPAH"

Jdi tang sumpah sepol pulak mcam mana ? Apa pulak TT mahu pusing? Sudahlah TT, semua tau lu sembang pakai emosi. Serupa betina la lu. Kahkahkah

SEMUA BISA DIATUR

 



SEMAU BISA 

DIATUR

AMIN

hamim commented on

 "BERAPA HARGA

 KATAK SEKARANG ?"

TT, apa patut kita buat jika menjelang 6 September ada MP melompat menyokong PM8???? Buat masa ini sehingga 9 Ogos kita dah dapat kenal pasti MP mana yang menyokong PM8 dan MP mana yang mahu PM8 berundur, jika ada MP yang menukar arah selepas ini dia adalah MP pengkhianat dan mata duitan pentingkan kedudukan kemewahan, PRU15 mereka patut dikafankan....

RAMAI AKAN DI LARANG MASUK

 

RAMAI AKAN

DILARANG

MASUK 

KE PARLIMEN

KAH KAH KAH

KERANA ADA

UJIAN KOBID 

 DULU

KAH KAH KAH

RAMAI POSITIF

KAH KAH KAH




Had kehadiran di Parlimen untuk September akan diteliti, kata timbalan speaker

JUMLAH kapasiti individu termasuk bilangan Ahli Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September akan diteliti, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon.

Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran persidangan Parlimen dan mengelakkan kejadian penularan Covid-19 berlaku, seperti yang terjadi pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat hujung Julai lepas.

Bagi tujuan itu, katanya Jawatankuasa Dewan Rakyat akan berbincang dengan ketua-ketua whip parti kerajaan dan pembangkang dalam tempoh terdekat berdasarkan nasihat yang akan dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Seperti sebelum ini, Jawatankuasa Dewan Rakyat akan panggil semua ketua-ketua whip daripada parti kerajaan dan pembangkang untuk berbincang (jumlah kehadiran Ahli Parlimen).

“Belajar daripada apa yang berlaku pada sidang khas Dewan Rakyat baru-baru ini, kita perlukan langkah pencegahan yang lebih mantap,” katanya .

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya berlangsung pada 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos, hanya bersidang selama empat hari dan terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku penularan jangkitan Covid-19 di bangunan Parlimen.

Sehingga 8 Ogos, sebanyak 88 kes positif wabak berkenaan dikesan melibatkan individu yang menghadiri sidang khas itu.

Mengenai usul percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat pada September, Mohd Rashid berkata pihak Parlimen belum menerima usul tersebut.

“…kita belum terima lagi setakat hari ini. Bagi usul kerajaan tempoh penghantarannya tidak terlalu jauh dari tarikh persidangan berbanding usul peribadi yang perlu dihantar dalam tempoh 14 hari sebelum bersidang,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin menegaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.

Dalam pada itu, Mohd Rashid berkata notis pemberitahuan kepada Ahli Parlimen dalam proses untuk diedarkan bagi membolehkan mereka menyediakan soalan untuk sesi soal jawab lisan dan lain-lain.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 15 hari bermula 6 hingga 30 September 2021, manakala Mesyuarat Kedua pula berlangsung selama 32 hari mulai 25 Oktober hingga 16 Disember 2021.

Istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 September. – 10 Ogos, 2021.

INI NAMANYA

MAIN BOLA

DI PADANG

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

BOLA DIA PUNYA

TIANG GOL 

DIA PUNYA

PADANG DIA PUNYA

KAH KAH KAH

REFREE DIA UPAH

PENJAGA GARISAN

ORANG  DIA

KAH KAH KAH

BILA BILA

BOLEH ALIH

TIANG GOL

KAH KAH KAH

KENAPA 

TAK AJAK

 MAIN GULI

KAH KAH KAH

KHALAS


NUHHYIDIN AKANA SELAMAT

 


PROJEK SINGKIR

MUHYIDIN AKAN

GAGAL

AMIN



Surat kepada Agong dihantar selepas PKR gagal kumpul sokongan ahli Parlimen untuk Anwar


SEBUT SAJA

NAMA ANWAR

MAKNANYA

MUHYIDIN 

SELAMAT

KHALAS

DALAM PERANG KENALI MUSUH MU

 


KENALI DIRIMU

KENALI MUSUH MU

MUSUH UTAMA

MUSUH SAMPINGAN

KAWAN SETIA

KAWAN PERJALANAN

AMIN

Unknown commented on

 "SUMPAH SESUMPAH"

Ko dah kenapa ni isham? Org dok kalut negara nak melingkup pasal muhyidin dgn pas. Yg ko xabis2 dengan abam. Hari2 ko sembang kejujuran la kebenaran la tapi ko punya pemikiran dikuasai dendam. Memalukan.

MASIH ADA LAGI KE - TAK PERCAYA DUNIA MAKIN PANAS

 



DUNIA MAKIN PANAS

MASIH ADA LAGI

YG TAK PERCAYA ?

AMIN