MENCARI AISHAH
KUALA
LUMPUR- LONDON
Jam
10.30 aku wajib sampai ke KLIA. Cik Gu Kamar dan Dean Nelson pergi ke lapangan
terbang lebih awal dengan teksi. Aku naik keretapi dari KL Sentral. Sesampai di
KLIA – kelihatan satu kumpulan wartawan
telah sedia menunggu. Yang aku kenali
hanya tim dari The Malaysian Insider yang telah mengambil berita dari blog Tukar
Tiub untuk memecah berita. Pesawat akan terbang sebelum tengah malam. Tetapi telah diumumkan terlewat 20 minit. Aku merasa lega.
Wartawan
melakukan apa yang wajib mereka lakukan. Ini tugas mereka. Mereka bekerja
mencari berita. Aku memahami ini. Kami
tidak ingin berkata apa-apa kerana kami risau jika pekara ini menjadi buruan
media maka peluang untuk ditemukan Kakak dengan Adik akan gagal. Dalam kepala
aku inilah harapan yang aku bawa ke
London dengan menaiki A380 – pesawat yang terbesar untuk penerbangan awam –
milik MAS.
Dalam
pesawat aku duduk disebelah Dean. Cik Gu Kamar terpisah – duduk dibarisan yang lain. Pesawat penuh dengan Mat
Saleh yang ingin pulang ke London. Aku
tak ambil pot dengan Mat Saleh ini – untuk aku mereka semuanya adalah FILTH – Failed in London Try Hong Kong
- ini nama manja untuk para Mat Saleh ini yang popular digunakan oleh
kawan-kawan aku.
Perjalanan
13 jam ini merapatkan aku dengan Dean. Dia berkesah tentang isterinya di New
Delhi yang kini menjadi pakar ‘pembakar roti’ dan penulis buku masakan. Dia
juga bercerita tentang latar belakang ‘working
classnya’ yang menarik dirinya untuk menjadi penganut Marxist.
Sesekali dalam kapal Dean memanggil aku
‘comrade’. Beberapa kali panggilan taliponnya telah juga menggunakan ‘comrade’.
Aku selesa dengan perkataan ini. Ini adalah tanda silatulrahim setiakawan antara
gulungan terindas tanpa mengira bangsa dan agama. Istilah ini menjadikan kami internationalis
yang telah melintasi bangsa dan agama.
Yang
menjadi ironinya ialah kami berdua
sedang membantu Cik Gu Kamar untuk
mencari Adiknya – seorang ‘comrade’ yang telah ‘lama tercicir’ dalam dunia yang
telah jauh berubah. Siti Aishah yang masih terperangkap dalam dunia Maoistnya.
Untuk
membunuh masa aku cuba menonton filem terbaru Woody Allen. Berkali-kali aku tertidor dan terjaga apabila aku cuba menonton filem ini. Sebenaranya aku telah
merasa bosan dengan filem-filem terkini – amat jarang yang dapat memenuhi cita
rasa aku. Kalau dulu Woody Allen ini satu kepastian kini aku lihat – semuanya
saperti lawak bangang ulang tayang. Ahkirnya hampir jam 6:00 pagi kami mendarat di Heathrow.
Heathrow
sekali lagi. Dilapangan terbang ini aku telah dua kali ditinggalkan kekasih. Heathrow
yang membawa lara. Seorang kekasih dari Sepanyol dan seorang dari Sweden –
justeru tempat mendarat lagi dikenang inikan pula tempat ‘bercewek’. Aku difahamkan diluar amat sejuk. Aku juga
difahamkan ramai wartawan sedang memunggu.
Aku
dan Cik Gu Kamar melintasi pegawai immigrasi
tanpa banyak songel. Kami terus ke luar. Di luar saperti yang telah
dirancang – aku bercakap beberapa patah untuk mengucap terima kaseh kepada para
wartawan yang menunggu berjam-jam. Kami
menyatakan kami ingin beredar untuk terus berehat. Aku ternampak muka kawan
lama dan juga muka wartawan Malaysia yang pernah aku kenali 20 tahun dahulu.
Dengan
cepat kami masuk ke dalam kereta dan terus
meluncur masuk ke pusat kota. Sejuk. Sejuk dan sejuk. Lalu aku bertanya
kepada diri aku bagaimana satu ketika dahulu
aku sanggup tinggal dalam bumi
yang cuacanya bagini hodoh. Aku menjawab dengan senyuman - ketika itu kemudaan aku telah melintasi segala-galanya.
Jalan-jalan
kota London yang pernah aku lalui – aku lintasi sekali lagi. Semua ingatan
datang kembali. Kota London sedang bersedia untuk merayakan Hari Lahir Nabi
Isa. Di sana sini kelihatan lampu dan iklan tanda sambutan kesampaian Hari Natal.
Pamandu
kereta seorang lelaki dari Kabul memastikan kereta kami tidak diekori oleh
wartawan. Kami sampai ke hotel tidak berapa
jauh dari Stesen Victoria. Hotel kami disebelah padang yang luas. Sebelah hotel
kami ialah sebuah sekolah dan sebuah kolej. Ketika kami masuk ke perut kota
jalan masih belum lagi sibuk.
Satelah
masuk ke bilik kami berkumpul kembali
di ruang tamu. Kali ini seorang
lagi wartawan dari Daily Telegraph
datang bersama. Dean Nelson akan mengundur diri untuk pulang ke New Delhi.
Kini tugasnya akan diambil alih Martin
Evans.
Sambil
minum kopi sambil kami merancang. Kami bercadang untuk ke
Chester – 2 jam perjalanan dari kota London. Dikota ini ialah
pejabat Freedom Charity - NGO dimana
Siti dikatakan sedang berehat. Untuk melunakkan keadaan Cik Gu Kamar telah
menulis sepucuk surat yang akan diberikan kepada Pengarah NGO ini dengan harapan ianya akan disampikan kepada Siti Aisiah. Dalam perancangan - sesudah surat disampaikan
- semunya bergantung kepada Aishah sama ada dia ingin bertemu dengan Kakaknya
atau tidak.
Aku
cuba membantu Cik Gu Kamar untuk menulis surat untuk adiknya. Lembaran yang aku
baca menyakinkan aku dengan serta merta bahawa
Sang Kakak ini tidak memahami bahawa adiknya hanyalah ikatan bioloji
tidak lebih dari itu. Mereka memiliki DNA yanhg sama tidak lebih dari tu. Fikrah dan pandangan dunia Adiknya bukan pandangan
dunia ‘perempuan Melayu feudal’. Untuk
aku Siti Aishah telah menjadi
internationalis - warga dunia - yang pada satu ketika dahulu pernah tinggal di Jelebu. Sama ada Aishah ini ‘masih Melayu atau masih Islam’ untuk aku
ini semua tidak penting. Yang penting Si Kakak dapat bertemu
dengan Si Adik.
Surat
selesai ditulis. Aku telah mengambil beg
membawa turun bersedia untuk ke Chester.
Sebelum teksi kami sampai Dean telah memberitahu ada berita
‘buruk’. Pihak Polis London
melarang kami pergi ke Chester. Khalas. Aku terduduk sebelum memecahkan berita
ini pada Cik Gu Kamar. Ci Gu Kamar
kecewa. Dia menangis sedih. Untuk
meredakan keadaan akau cadangkan Cik Gu Kamar melawat Masjid Regent dan keluar
membeli buku. Cadangan aku ditolak oleh Cik Gu Kamar.
Kami
bersidang kembali cuba membaiki keadaaan. Kami ingin memulangkan kembali ‘tugas’ ini kepada Chief Inspektor yang
menolak rancangan kami. Kami berniat untuk memberikan surat Cuk Gu Kamar kepeda Pegawai Polis ini
dan minta Si Pegawai ini sendiri menyerahkan
surat ini kepada Aishah. Idea cukup molek. Martin berkali-kali cuba
menghubungi si Pegawai. Gagal. Aku melihat kekecewaan semakin rapat.
Tetiba
Dean keluar dengan idea yang baik. Kita pergi berjumpa Pak Duta dan minta Pak Duta membantu. Meminta agar pihak polis akan datang untuk mengambil
surat dari Sang Kakak. Kami bersetuju. Lalu
kami membuat temu janji dengan Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di United Kingdom.
Mereka bersedia menyambut kami.
Selesai
makan tengah hari kami mengambil teksi dan terus ke Pejabat Pesuruhjaya. Di
pintu masuk kami disambut oleh para diplomat. Kerana hari ini Hari Rabu maka
aku dengan sepintas pandang ternampak
seorang diplomat yang memakai tali leher ‘murid tua MCKK’. Kami bersalaman dan
dengan serta merta kami menjadi mesra. Diplomat ini anak kelahiran Terangganu.
Kemesraan
kami ini menghairankan Martin. Dia
hairan apakah yang menjadikan dua sosok yang belum pernah berkenalan tetapi
menjadi bagitu mesra. Lalu aku kesahkan tentang
‘ jaringan Mafia MCKK’ yang
berselirat diseluruh dunia. Pada Hari Rabu walau pun berada di Padang Pasir Kalahari
jaringan ini akan muncul mengenalkan diri. Ini tradisi Malay College sejak
zaman berzaman. Martin Evans senyum terperanjat. Sayangnya aku sendiri pada
hari Rabu itu tidak memakai tali leher.
Di
ruang tamu – Pak Duta menyambut kami dengan penuh hormat. Dia menerangkan bagaimana pejabat kedutaan
telah juga gagal untuk mengetahui lebih dalam tentang Aishah yang masih lagi
warga Malaysia. Justeru dibawah jagaan Pak Duta. Kegagalan ini berpunca kerana Si Aishah telah membuat larangan bahawa dia
TIDAK ingin menemui sesiapa pun. Keputusan ini sama-sama dihormati walau pun
oleh Kerajaan Malaysia.
Dengan
penuh kesabaran Pak Duta telah cuba meredakan kegelishan Cik Gu Kamar. Aku
sesekali menyampok untuk menjelaskan duduk pekara. Martin hanya meminta jasa
baik Pak Duta agar Pihak Polis akan menbambil surat Cik Gu Kamar. Pak Duta akan
mencuba.
Petang
itu untuk pertama kalinya aku minum teh dalam pejabat Pesuruh Jaya Tinggi
Malaysia di Kota London. Aku yang tak makan gula pun pada petang itu ikut sama menikmati teh panas bergula- semuanya aku lakukan untuk Siti
Aishah.
Sekembali
dari Kedutaan aku membuat beberapa panggilan talipon. Dan aku berjaya untuk bertemu kawan-kawan lama aku. Aku menapak
keluar dari hotel. Aku merasakan Kota
London telah menjadi agak asing kepada aku. Di kota inilah aku pernah membesar, bersekolah dan bercinta.
Stesen Victoria di hadapan mata aku tersergam – ini bukan tempat yang asing. Disini stesen inilah kali pertama aku mendarat ketika aku datang dari Belgium dengan
keretapi dari Pelabuhan Dover pada awal tahun 80’an dahulu.
Malah
aku terseyum apabila aku teringat kesah
bagaimana aku menjadi ‘ tak sekolah’ disatu musim panas. Ini ketika aku ingin
melamar kerja di Stesen Victoria untuk
menjadi pelayan ‘restoran cepat makan’. Aku bersama dua lagi kawan ‘menjadi
bodoh’ agar kami diterima bekerja. Kami tidak
berani mengatakan bahawa kami ini
anak mahasiswa yang sedang bercuti dan
sedang mencari kerja sementara dimusim panas.
Stesen Victoria masih gah – tetapi restoran ‘ cepat makan’ itu tidak kelihatan
lagi.
Temu
janji akau di Bayswater – di sebuah restoran
China. Disini aku yakin aku akan mendapat cerita dan maklumat yang lebih
jelas tentang Aishah dan Chairman Ara dan gerakan Maoist Kota London. . Kawan-kawan yang akan aku temui ini adalah warga London. Serba
sadikit mereka juga mengikuti apa yang sedang dilapor oleh media London tentang
Aishah.
Bila
aku sampai – kawan-kawan aku semua bertanya: Sudahkah aku berjumpa dengan Siti
Aishah? ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
----------------