Isnin, 28 Ogos 2023

KES CHINA TIPU MELAYU



INI SAH KES CHINA

TIPU MELAYU

KAH KAH KAH

KHALAS

ANAK MUDA SOKONG PN



Pengundi muda tidak semestinya progresif, kata ahli akademik

PENGUNDI muda cenderung menjadi anti golongan berkuasa tetapi ia tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi konservatif dan menyokong parti seperti PAS dan Bersatu, kata seorang ahli akademik yang menjalankan kajian mengenai “memahami tingkah laku pengundi baharu”.

Dr Abdul Muqit Muhammad dari Universiti Malaya berkata, itulah sebabnya ramai pengundi muda memilih untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

“Ia juga tidak berasas untuk mengatakan pengundi muda lebih progresif, mereka boleh jadi anti golongan berkuasa tetapi ia tidak bermakna mereka progresif.

“Mereka anti golongan berkuasa tetapi konservatif,” kata Muqit sambil menambah trend itu ditemui buat kali pertama pada PRU15 November lalu.


Muqit berkata demikian pada forum anjuran Ilham Centre mengenai PRN di enam negeri baru-baru ini.

Tinjauan Ilham Centre mendapati pengundi muda Melayu menyumbang kepada kemenangan besar PN di Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam PRN dua minggu lalu.

Selain pengundi muda, anggota tentera, pegawai polis dan guru juga memilih PN.

Pada November 2021, Malaysia menurunkan kadar umur mengundi kepada 18 tahun dan sistem Pendaftaran Pemilih Automatik (AVR) dikuatkuasakan.

Ia membawa harapan “tsunami belia” yang akan membawa Malaysia jauh daripada parti perkauman seperti Umno ke arah parti berbilang kaum seperti PKR.

Bagaimanapun, golongan belia juga mengikuti generasi terdahulu dalam menyokong parti mono-agama seperti PAS.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Yusof Ishak mendapati 62% pengundi muda membaca berita politik beberapa kali seminggu tetapi menilai diri mereka rendah terhadap kesedaran politik.

Tinjauan itu juga merumuskan Umno kehilangan sokongan peneroka Felda dan kampung tradisi Melayu, yang turut menyaksikan pertukaran undi daripada Barisan Nasional (BN) kepada PN.

Muqit berkata, belia di kawasan majoriti Melayu cenderung lebih sentimental dan banyak dipengaruhi oleh ibu bapa mereka.

Beliau menambah pengundi muda tertarik kepada institusi komunal, seperti parti politik seperti Umno.

“Jenama politik mereka masih berkisar pada populisme Melayu, yang diperkuatkan dengan naratif, kadang-kadang suka-suka, dalam media sosial peristiwa sejarah popular dan sejarah pseudo,” katanya.

“Apabila Umno mula hilang relevannya, pemuda beralih kepada PAS dan Bersatu, dua parti Melayu dalam PN.”

Mengenai trend media sosial, beliau berkata pengundi muda lebih aktif di platform ini dan ia diambil kesempatan oleh PAS.

Beliau berkata sayap pemuda PAS menggunakan TikTok seawal 2016 apabila platform itu masih dianggap tidak sesuai oleh orang tua parti kerana kandungannya.

“Kini TikTok adalah alat yang berkesan untuk PN terutamanya PAS kerana mereka berjaya memperoleh ramai pengikut melalui aplikasi itu,” kata Muqit. – 28 Ogos, 2023.

WOIT

SOKONG KERAJAAN

TIDAK DI LIHAT COOL

KAH KAH KAH

SOKONG MADANI

DI LIHAT POYO

KAH KAH KAH

ANAK MUDA

ASKAR POLIS

PENJAWAT AWAM

SEMUA LARI

DARI MADANON

KAH KAH KAH

KHALAS

YA AMPOON HADI DI SIASAT LAGI


Polis sahkan siasat kenyataan Hadi berhubung kuasa Lembaga Pengampunan

POLIS mengesahkan menyiasat kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.

“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial “X” (dulu dikenali sebagai Twitter) hari ini mengesahkan Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Dua hari lepas, Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri, dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai dengan ajaran Islam. – Bernama, 28 Ogos, 2023.

WOIT

HENDAK JUGA

TAHU DALAM ISLAM

MACAM MANA

CARA NAK

MINTAK AMPOON

KHALAS

PENJAWAT AWAM TAK SOKONG MADANI



PENJAWAT AWAM

TAK SOKONG

MADANI

KHALAS

Unknown commented on
 "PRK PELANGAI MELAYU BERTEMPUR"

Penjawat awam negaraku seramai 1.6 juta semua faham majority nya siapa, pun majority tak sokong Madani, semua sokong PN jadi nak naik gaji sikit supaya sokong Madani tapi tak jalan Bossku, majority nak Bossku sebab senang cari makan tepi, kalau atas boleh sapu billion bawah bawah boleh sapu sikit sikit lama lama jadikan bukit, sementara itu boleh pakai agama boleh pakai tanah rezab boleh pakai kaum kerabat kah kah kah apa susah


 

PENG ANAL POLITIK SAJE YANG KITA ADA


KITA HANYA ADA

PENG ANAL POLITIK

AMIN

PENG ANAL LAIN

TIDAK WUJUD

KHALAS

Unknown commented on
 "BERSATU PENGGANTI
 GEROMBOLAN"

Penganal ekonomi tak ada? Penganal matematik tak ada? Penganal alam semulajadi tak ada,? Semua yang ada penganal politik? Kah kah kah politikus cari makan senang, berak lancar begitu lah penganal pun, kerja nak senang kalau kerja susah tinggal kepada Bangladesh kah kah kah

KESAH PELAYARAN NUSI & PUDIN


KESAH PELAYARAN

NUSI & PUDIN

JENG JENG JENG

AMIN 

ANJING SAHABAT SETIA MANUSIA



ANJING SAHABAT

SETIA MANUSIA

KHALAS

Unknown commented on
 "MELAYU SAKAU LAWAN
 MELAYU ISLAM"

Banyak video TikTok mengenai anjing dibagi makanan oleh orang Melayu Isle, beratus ribu like, nampak gaya anjing dikhabar najis sudah terima sebagai makhluk ciptaan Allah swt, tetapi manusia sama bangsa sama agama berkeliaran cakar tikam kiri kanan kerana kuasa entah lah, kalau dulu tikus Kuching musuh tetapi sekarang dah jadi kawan ada video jugak, kurang kurang binatang sudah ada kesedaran lebih baik dari manusia bagus bagus akhirnya dunia ini akan menjadi milik binatang manusia pulak berubah sifat jadi binatang kerana takbur haram halal suci kafir kah kah kah


 

KES MASUK ZAKAR KE LUBANG JUBUR


KES MASUK ZAKAR

KE LUBANG JUBUR ?

KAH KAH KAH

TUAN PUNYA LUBANG

DAPAT BERAPA $$

KAH KAH KAH

KHALAS 

Unknown commented on
 "PENJAWAT AWAM SOKONG PERIKATAN"

Liwat? Atok dan Khairuddin Abu Hassan adalah tukang reka Liwat.

Liwat 1 : buang kes, Khairuddin Abu Hasan terkesan tulis Tivoli Apt yg belum bina walaupun tilam dari Tivoli di usung. Ummie Hafilda kata Bapok Tua yg reka dan bayar saksi

Liwat 2 : Atok kata sogokan RM5 juta

Liwat 3 : AG kata NFA, Khatri kena kencing tuntut RM11.5 juta dari Bersatu

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/mahathir-dedah-fitnah-anwar.html

MAHATHIR DEDAH FITNAH ANWAR

FITNAH LIWAT DSAI…
PENDAKWARAYA DISOGOK RM5 JUTA

MAHATHIR MOHAMAD BUKA SUARA

at Thursday, July 07, 2022
wrlr.blogspot.com

Berikut yalah verbatim interview Atok Saka dgn Pemberita Indonesia terkini:

Atok : Ya, pihak Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah. Tapi dia buat appeal dan ditukar Pendakwaraya mengambil Pendakwaraya yang private. Sekarang ini kita tahu dilaporkan Pendakwaraya ini dibayar RM5 juta oleh Pemerintah supaya yakinkan Anwar bersalah.

Soal: Mengapa sekarang anda mengeluarkan pendapat ini?

Atok: Kita baru tahu. Tak kan dia nak bagi tahu. Orang lain yang selidik, baru dapat maklumat. Bukan terang2 bagi macam itu

Soal: Jadi anda sekarang menyokong Anwar jadi PM?

Atok: Ya, kalau itu kehendak rakyat dalam sebuah negara demokrasi


WANITA DI LARANG MASUK KE TAMAN BUNGA !!!


Taliban larang kaum wanita kunjungi taman negara Afghanistan

ISLAMABAD: Pemerintah Taliban akan menggunakan pasukan keamanan untuk melarang kaum wanita daripada mengunjungi salah sebuah taman negara paling popular di Afghanistan, kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Kebajikan negara itu.

Kementerian tersebut mendakwa, larangan itu dikuat kuasakan berikutan kaum wanita didakwa tidak mematuhi cara pemakaian sebenar hijab semasa menghabiskan masa di kawasan reakreasi Band-e-Amir di wilayah Bamiyan.

Larangan terbaharu itu dikeluarkan seminggu selepas menterinya, Mohammad Khalid Hanafi mengunjungi kawasan tersebut dan membuat laporan kepada pejabat dan ulama yang kaum wanita tidak mematuhi cara sebenar pemakaian hijab dan meminta anggota keselamatan menghentikan wanita dari mengunjungi tempat pelancongan tersebut.

“Bersiar-siar bukanlah keperluan untuk kaum wanita,” kata Mohammad Khalid susulan kunjungan beliau ke kawasan peranginan itu.

Sementara itu, jurucakap kementerian, Molvi Mohammad Sadiq Akif berkongsi laporan kenyataan Hanafi pada Sabtu malam yang turut menekankan bahawa khidmat pasukan keamanan dan ulama diperlukan untuk melaksanakan perintah Hanafi.

"Tidak hanya menghalang daripada melanjutkan pelajaran, pekerjaan dan kebebasan bergerak gadis dan wanita, Taliban juga ingin mengambil hak golongan itu daripada berkunjung taman-taman, bersukan dan sekarang menyekat untuk menikmati alam seperti yang kita lihat dengan larangan terbaharu terhadap wanita mengunjungi Band-e-Amir," kata Pengarah Hak Asasi Wanita Human Rights Watch, Heather Barr, mengulas tindakan terbaharu Taliban.

"Satu demi satu larangan dilakukan dalam usaha mengepung wanita, sehinggakan setiap rumah menjadi seperti sebuah penjara."

Pada November tahun lalu, pemerintahan Taliban melarang wanita menggunakan kawasan umum termasuk taman-taman awam dengan alasan mereka tidak memakai hijab dengan sempurna atau mengikut peraturan pemisahan jantina.

Band-e-Amir merupakan salah satu daripada tarikan pelancongan utama di Bamiyan.

Ia merupakan taman negara pertama negara ini yang dibuka pada tahun 2009 dan menarik ribuan pengunjung setiap tahunnya.

Band-e-Amir juga Ini menjadi sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan dan perniagaan-perniagaan mereka seperti pelancongan, restoran, hotel dan kraftangan. - Agensi


KALAU PARTI PAS

JADI KERAJAAN

APAKAH BUDAK PEREMPUAN WANITA

BOLEH MASUK

KE TAMAN BUNGA

JENG JENG JENG

SAJE TANYA

KERANA HADI 

DAH KLIM DIA

DAH CUKUP NUMBO

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR HADI - DULU DAN SEKARANG



DULU 

ANWAR KE HULU

KE HILIR

I GOD DI NUMBO

KAH KAH KAH

SEKARANG

HADI KE HULU

KE HILIR

I GOD DI NUMBO

JENG JENG JENG

KHALAS

HADI BERKHAYAL ATAU ANGAN ANGAN


Hadi sekali lagi dakwa kerajaan perpaduan boleh tumbang bila-bila masa

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi ulangi dakwaan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh tumbang pada bila-bila masa.

Keputusan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September ini jika memberangsangkan boleh menjadi pencetus kepada perubahan dalam kerajaan persekutuan, katanya kepada pemberita di markas PAS Pulai malam tadi.

“Ada yang dakwa PRK Pulai ini tak jadi apa sebab pilihan raya kecil saja.

“Namun ia sebenarnya ada makna besar sebab ahli Parlimen yang menang nanti akan bercakap bagi pihak kita di Parlimen.

“Apatah lagi PN memiliki jumlah kerusi agak besar di Parlimen… kerajaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita memerlukan tambahan kerusi ini untuk banyak lagi… dan kita harap bersabar,” kata Hadi, seperti dipetik Malaysiakini.

Dakwaan serupa dibuat ahli Parlimen Marang itu menjelang enam pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Hadi mendakwa kemenangan PN dalam PRN di enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan – akan membolehkan berlaku perubahan dalam kerajaan persekutuan.

PN berjaya mengekalkan kuasa di Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta menambah kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar ketika ini mendapat sokongan 147 ahli Parlimen.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas. – 28 Ogos 2023.

WOIT

HADI NI MIMPI

ATAU KHAYAL

KAH KAH KAH

HADI ISAP

ROKOK DAUN

APA ?

KAH KAH KAH

MIMPI KHAYAL

BUKAN JENAYAH

KAH KAH KAH

ISAP ROKOK DAUN

POLIS TAK TANGKAP 

KAH KAH KAH

AMIN

HADI TAK TAHU KES PORNO TONTOWI ?


HADI TAK TAHU?

BETUL KE HADI TAK TAHU
TONTOWI MEMONTON FILEM PORNO
DALAM BILIK HOTEL
SEMASA MELAWAT GERMAN ?
KAH KAH KAH
BIL  FILEM PORNO
SAPA BAYAR ?
KAH KAH KAH
TAK CAYA SILA RUJUK
PADA YB ZARIL
KHALAS

TAK HAFAL HADIS NAWAWI


BAYI SWEDEN

SAMPAI KE MELAKA

KERANA TAK HAFAL

HADIS NAWAWI 

 KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "BAYI PEREMPUAN 
SWEDEN DITEMUI"

Kenapa bayi Sweden buang sampai Melaka? Adakah ini kerja Yahudi nak fitnah orang orang Malaysia? Adakah ini kerja parti Komunikasi DAP? Kah kah kah cuba bagi kondom percuma buat kempen bantu bantuan mana tahu boleh selamatkan banyak bayi di tong sampah kah kah to tapi jangan complain tak rasa daging nikmat basah sedap pulak woit kah kah kah

MAT KERSI HILANG MENIKUS


MAT KERIS

HILANG MENIKUS

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "CUKONG MULA GADUH DENGAN GEROMBOLAN"

Gerombolon bawa keluar keris cukong diam sebab gerombolon kuat masa itu, sekarang pokok kelapa dah jatuh, kura kura pun berak atas kepala kelapa kah kah kah, itu lah jenis manusia sekarang hebat nanti koyak jugak, macam trending sekarang Sanusi mungkin esok lusa koyak jugak jadi jangan ego sangat jangan takbur sangat kena ingat apa kita buat dekat orang lain akan datang balik hentam kita, sama juga perbuatan Kita kepada binatang baling Batu, cakap haram cakap kafir cakap pendatang kah kah kah hina orang sebab warna kulit agama bangsa akan datang balik kah kah kah tunggu saja woit

PRK PULAI


PRK PULAI


SENIN 28 OGOS 2023
KEMPEN PRK BERMULA
KEMPEN INI PASTI HANGAT

BANGSA JOHOR 
AKAN BERHADAPAN DENGAN
MELAYU ISLAM
ATAU MELAYU KLEPTO
JENG JENG JENG

CALON PN CUKUP HEBAT
PAKAR PERUBATAN
CALON AMANAH JUGA HEBAT
PAKAR JURUTERA
JENG JENG JENG

SANUSI JUGA HEBAT
DATANG KE JOHOR
SAMBUTAN HANGAT
KAH KAH KAH

PRK PULAI 
AKAN MEMBAWA KE PRK PELANGAI
TIGA PRK INI
ADALAH PERTEMPURAN
MELAYU ISLAM
DENGAN MELAYU KLEPTO
YANG DIWAKILI OLEH ZAHID
JENG JENG JENG

KALAU PAKATAN MENANG
OMBAK MELAYU ISLAMA REDA
KALAU PERIKATAN MENANG
SATU PETANDA BARU
UNTUK NEGARA 
BERSEDIA UNTUK APA SAJA
AMIN

LIBYA
MENTERI LUAR LIBYA
DI BERHENTIKAN KERANA
DILAPOR BERUNDING DENGAN
MENTERI LUAR ISRAEL
DEMO ANTI ISRAEL DI SANA SINI

UKRAINE
KAH KAH KAH
PRESIDEN ZELENSKY
MELANCAR KEMPEN
ANTI RASUAH
KAH KAH KAH

BELANDA
FESTIVAL RAMBUT MERAH
WARGA BERAMBUT MERAH
DARI SELURUH DUNIA
BERPESTA DI TILBURG BELANDA

AFGHANISTAN
TALIBAN HARAMKAN
WANITA DARI MASUK MELAWAT
BERIADAH DI TAMAN NEGARA
INI LANGKAH AWAL
UNTUK HALANG WANITA
KELUAR MASUK KE TAMAN TAMAN

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA MASIH MUDA
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

LANGIT BIRU MUDA
DENGAN TOMPOK
AWAN PUTIH SANA SINI

GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
KALAU UJAN PETANG
MALAM ENAK UNTUK MELEPAK
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN

ORANG PUTIH DIPANGGIL MAT SALEH
ORANG JAWA DIPANGGIL WAK KARTO
BANGSA JOHOR WAJIB MEMILIH
MELAYU ISLAM ATAU MELAYU KLEPTO

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSENIN