BALIK KAMPONG
Petang kelmarin salepas Demo Al-Quds gua bergerak untuk pulang ke kampong. Gua orang Jelebu. Dulu Jelebu tempat polis buang orang jahat. Kerana Jelebu hanya ada satu jalan masuk ke pekan Kuala Klawang.
Kini dah ada jalan Gentng Peras melalui Hulu Langat. Jalan ini melintasi hutan. Masih belum sibuk. Justeru dinasehatkan jangan gunakan jalan ini waktu malam. Gua memang suka ikut Genting Peras. Romantik.
Dalam bulan puasa tahun ini dua kali gua masuk ke Hulu Langat – cari Bazar Ramadan. Petang kelmarin kali ketiga gua melintas Hulu Langat.
Kami berlima – termasuk Ezi dan Tak Tak. Mereka juga suka balik kampong. Rumah atas tanah.
Jam telah melintasi 6 petang bila kami sampi ke dalam perut Hulu Langat. Kami berniat nak berbuka dalam kereta. Kami akan nak berhenti makan di Titi – sebuah pekan kecil. Pekan Kampong Baru China. Dulu gua masih ingat kampong ini ada pagar macam di Gaza. Itu lain cerita.
Warong sebuah meja pacak. Warung kecil berpayung dan tak perpayung berselang seli di kiri dan kanan gigi jalan. Gua memerhati gerai air tebu.
Ternampak dari jauh sebuah rumah kosong yang ada jual air tebu. Lalu kami berhenti. Hanya gua yang keluar. Yang lain tunggu dalam kereta.
Gua sudah tahu harga satu jug air tebu. Harganya 6 ringgit. Bulan puasa tahun ini gua sudah dua kali beli air tebu tanpa air batu.
Sang Isteri berdiri jauh dari meja. Sang Suami duduk bersandar di kerusi. Bila gua sampai Sang Suami bangun dan datang menghadapi gua.
‘ Bang… berapa satu jag ..’ Gua bertanya untuk memulakan proses. Gua Nampak ada tiga jag penuh.
‘Enam ringgit… ‘ Sang Suami menjawab cepat.
‘ Bagi satu jag…’ Gua membuka dompet. Gua ternampak ada banyak pembungkus plastic dan tali ikatan diatas meja.
‘Abang boleh masukkan dalam tiga plastic beg tak…. Nak berbuka dalam kereta….’
Sila dengar apa jawapan dari Sang Suami ini. Jawapan sang Suami lebih dentum dari dentum meriam buluh Kampong Talang. Lebih bergema dari Boing 767. Lebih meledak dari Little Boy yang gugur di Nagasaki dan Hiroshima.
Gua terperanjat bila mendengar jawapan Sang Suami. Mungkin inilah keterperanjatan Nabi Musa apabila nampak rumput bercahaya pandai bercakap.
‘ Tak boleh buat…susah.. banyak kerja..’
Susah banyak kerja. Susah banyak kerja. Ini jawapan Sang Suami yang enggan memasukan satu jag air tebu ke dalam tiga pembungkus plastic.
Apakah yang susahnya memasukan air tebu ke dalam tiga pembungkus plastic. Gua terfikir - Mamat ni meniaga atau jual candu.
Gua tak berpaling dan terus beredar meninggal meja dan masuk ke dalam kereta. Gua buka cerita kepada yang menunggu.
‘ Inilah masaalah Melayu. Jika China rajin berkerja jadi senang kaya raya mereka marah. … ‘ Kalau meniaga malas lebih baik jangan meniaga. Jual dadah. Oppss.. jual dadah pun kena masukan ke dalam pembungus plastic. Jual ganja atau syabu kena timbang. Mamat ini lebh baik mati kerana dia hidup hanya mengotorkan oxijen saja….’ Ceramah gua.
Kami bergerak meninggalkan tempat itu. Mata gua terus menacri warung jual air tebu. (TT)
--------