Rabu, 15 Jun 2022
NAJIB SEDAP BERANCUK
Kerajaan masih bayar pinjaman AS$3 bilion 1MDB walaupun selepas 9 tahun
BEKAS timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Siti Zauyah Mohd Desa hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kerajaan kini masih membayar pinjaman AS$3 bilion yang diberikan kepada milik kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pinjaman itu dibenarkan oleh kerajaan ketika itu selepas Najib Razak yang merupakan menteri kewangan menandatangani surat sokongan pada 2013.
Siti Zauyah, 63, yang kini bersara mengesahkan di mahkamah surat sokongan yang ditandatangani Najib sebagai menteri kewangan pada 14 Mac 2013 untuk mewakili kerajaan Malaysia dalam menyokong 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL) dalam menerbitkan bon AS$3 bilion itu.
Kerajaan mengeluarkan surat sokongan yang mengakui anak syarikat 1MDB GIL akan mengumpul AS$3 bilion melalui terbitan bon yang akan dibayar sepenuhnya pada Mac 2023.
Saksi ke-26 pendakwaan yang bertugas di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan itu bagaimanapun berkata jabatan itu tidak menerima sebarang laporan kewangan berhubung pinjaman AS$3 bilion itu.
“Saya mengesahkan bahawa status pinjaman AS$3 bilion yang dirujuk dalam kenyataan saksi bahawa 1MDB sebagai peminjam AS$3 bilion telah gagal membayar balik pinjaman itu mengikut terma yang ditetapkan.
“Perkara ini menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa membayar balik hutang 1MDB berdasarkan LOS yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh menteri kewangan Najib Razak pada 2013,” katanya ketika membaca kenyataan saksinya.
Siri Zauyah juga menambah BPKA kemudiannya bertanggungjawab mendapatkan laporan daripada 1MDB.
Bagaimanapun beliau mengesahkan sepanjang berada di sana beliau tidak menerima sebarang laporan balas daripada pengurusan 1MDB berhubung penggunaan dana berjumlah AS$3 bilion yang diperolehnya melalui surat sokongan daripada kerajaan.
“1MDB bertanggungjawab mengemukakan laporan pelaburan mereka kerana tujuan permohonan surat sokongan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
“Saya ada berhubung dengan wakil 1MDB pada masa itu iaitu Zahid Taib untuk mereka memberi maklum balas, mengemukakan dokumen atau laporan kepada Kementerian Kewangan tetapi 1MDB tidak menyerahkan sebarang laporan kepada bahagian saya pada masa itu,” katanya. – 15 Jun, 2022.
NAJIB SEDAP
BERANCUK
RAKYAT DIPAKSA
BAYAR UTANG
AMIN
NAJIB SEDAP
JILAT BURIT
ALTANTUYA
SATU MALAYSIA
BAYAR UTANG
AMIN
NJIB SEDAP
BERZIANA
MALAYSIA
MERANA
BERHUTANG
AMIN
KHALAS
KILANG CETAK RINGGIT
7 pegawai JIM disahkan ditahan SPRM – Khairul Dzaimee
KUALA LUMPUR – Tujuh orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (SPRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluaran pas dan dokumen secara tidak teratur serta dituduh melindungi warga asing.
Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan tersebut
DARI ZAMAN
BERZAMAN
IMIGRISEN
DI KENALI
SEBAGI KILANG
CETAK RINGGIT
AMIN
MUSTAHIL KETUA
PENGARAH TAK
TAHU
AMIN
ATAU SENGAJA
BUAT BUAT
DO NNOOO
KAH KAH KAH
KHALAS
SABRI DAH BERNAI LAWAN TOWKAY
Sejak zaman saya, kerusi Zuraida itu kuota Bersatu – Muhyiddin
PUTRAJAYA – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kembali menegaskan bahawa kerusi yang dipegang oleh Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin adalah kerusi daripada kuota Bersatu.
Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi yang dipegang Zuraida Kamaruddin merupakan kuota parti itu.
Beliau berkata, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet juga atas kapasiti parti pimpinannya.
“Jadi apapun saya nak beritahu bahawa pendirian kita (Bersatu), Datuk Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu, dan memang semenjak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.
“Keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, hari ini.
KES DUA KALI BODOH
Lelaki mengaku tidak bersalah jual gambar lucah
SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini atas pertuduhan menjual gambar lucah di aplikasi media sosial tiga tahun lepas.
Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Hafizzul Anas didakwa dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter melalui akaun @lelakilelakise1 telah secara sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.
Bagi hantaran yang telah dilihat pada 17 Mei 2019, kira-kira 10.50 pagi di Tingkat 8, Menara MCMC 1, Cyberjaya, OKS yang tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes. – Bernama, 15 Jun, 2022.
WOIT
INI KES DUA
KALI BODOH
KAH KAH KAH
TUKANG JUAL
BOODOH
TUKANG BELI
PUN SAMA BODOH
KAH KAH KAH
DALAM NET
ADA BERBILON
GAMBAR LEH
TENGOK
BOLEH CETAK
TAK PERLU BAYAR
KAH KAH KAH
ARAB MELAYU
ISLAM KAPIR
JANTAN BETINA
BERANCUK
SEMUA ADA
AMIN
JANTAN DG JANTAN
BETINA DG BETINA
PUN ADA
KAH KAH KAH
BETINA BERANCUK
DENGAN ULAR
DG ANJING
DG BABI
SEMUA ADA
AMIN
SATU TETEK
8 KG PUN ADA
KAH KAH KAH
TAK CAYA TANYA
TUAN HAJI
MOKTHTAR SENIK
PAKAR AGAMA
PEMINAT TETEK
BESAR
KAH KAH KAH
KHALAS
CINTA SEJATI
PALING SETIA
CINTA SEJATI TAK
BERBELAH BAGI
KHALAS
Unknown commented on
"INSAN BAIK
DI KALANGAN KITA"
Sape2 yg bela dan sayangkan anjing adalah dari kumpulan orang baik. Yg bela lembu kambing itek biri2 tidak diiktirafkan sebaik pembela anjing sbb bela lembu atau kambing kira biasa je tidak se up pembela anjing. Baik itu ada dua darjat.
ANAK MENANTU CUCU SEMUA PENCURI
DI MALAYSIA
ANAK MENANTU
RAZAK MENCURI
KAH KAH KAH
DI INDIA
MENANTU CUCU
GHANDI MENCURI
KAH KAH KAH
KHALAS
MAKLUMAT TIDAK BETUL
MAKLUMAT
TIDAK BETUL
AMIN
Unknown commented on
"SEJUK MULA SAMPAI"
lagi berita... https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/dakwaan-sejuk-ekstrem-akibat-aphelion-dinafi/
Unknown commented on
"SEJUK MULA SAMPAI"
ni berita baru ke kitar semula.. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/839799/suhu-sejuk-tiada-kaitan-fenomena-aphelion gua tanya lu jangan marah.. sebab lu pakai nokia 33seposen kah kah kah
ORANG TUA DENGAN GASING
ORANG TUA
DENGAN GASING
Untuk aku dalam hidup ini tidak adalah zaman yang paling gemilang seperti zaman kanak-kanak. Zaman membesar, zaman baru masuk sekolah, zaman belum mengenal salah dan benar. Semua yang berlaku menarik perhatian. Semua yang dilihat adalah perkara baru. Semua yang ternampak penuh dengan ketakjuban. Usik apa sahaja semuanya menjadi pengalaman.
Main bermain dan bermain dengan kawan-kawan. Zaman bermain adalah zaman mula mengenal dunia. Aduh! Indahnya zaman kanak-kanak. Tanpa tanggung jawab. Tanpa soal jawab. Hanya gelak hilai ketawa, tangis sedih dan kemudian ketawa kembali.
Zaman ini juga penuh kreatif. Aku rasa di zaman ini benih keseniman mula ditabur. Nampak kerbau kita berlakon seperti kerbau. Kalau lembu berlaga kita juga ikut sesama kengkawan berlaga menanduk macam lembu.
Menyanyi berlagu berzanji berzikir entah apa-apa. Mengikut sesuka hati. Susah nak dipisahkan antara menyanyi , menjerit atau melaung. Semua dalam satu irama. Irama budak-budak mahu mendewasa.
Mengenal warna hijau maknanya buah rambutan itu kelat pahit jika digigit. Menguning mengenal buah baru nak masak. Merah ranum ertinya manis enak. Bila hitam atau pudar sampai ertinya rosak, busuk dan mungkin berulat. Jika dimakan mungkin sakit perut. Semua ilmu pengetahuan ini aku pelajari semasa aku kanak-kanak.
Ketika bermain pun kita bertukar beralih. Permainan bertukar tukar. Silih berganti-ganti bermusim-musim. Awas! Sekali lihat ada jadual permainan yang tepat. Memang wujud tukang atur. Kami bermain mengikut musim yang diatur oleh alam.
Alam Jelebu wilayah paling kering di Malaysia yang menyusun permainan. Tidak ada kalender atau hari bulan untuk bermain. Kawasan Kampung Batu Serambai yang luas itu adalah dunia aku yang juga menjadi guru dan juru kemudi.
Bila hujan sampai kami main air hujan. Mandi di padang bola. Mengelecek atas rumput yang berlumpur licin. Dari mandi air hujan di padang kami beralih ke sungai. Hujan lebat bukan hanya membawa rahmat untuk penanam padi ianya juga membuka pesta mandi manda untuk budak-budak.
Zaman mandi telanjang dalam sungai tanpa malu dan segan. Tidak ada apa rahsia yang ingin disorokkan. Bermain. Bermain dan bermain.
Mandi sungai paling seronok dan amat melalaikan. Ini bertambah meriah – terjun dari tebing ke dalam sungai. Ada juga kawan yang berani akan memanjat pokok tepi tebing dan terjun dari pokok ke dalam sungai.
Bila bosan ‘ terjun tambam’ kami jadikan diri kami dua pasukan yang berseteru. Kami berperang dalam sungai menggunakan ‘peluru’ tanah liat.
Bercempera di sungai kadang kala kami lupa hari telah jauh petang.
Bila Pak Tani turun ke sawah aku juga turun ke sawah memancing ikan. Atau aku ke lubuk mengotek haruan. Menggecar lubuk dan menimba anak sungai mencari ikan sambil bermain.
Masa berjalan dengan penuh kegembiraan. Tidak ada luang kosong yang tidak diisi dengan permainan.
Selesai musim menuai padi kami main layang-layang. Siapa memulakan? Hah ! Tertiba di satu petang ada yang ternampak Abang Pawang di tengah sawah menaikkan layang-layang.
Esoknya semua budak kampung mula mencari buluh dan benang membuat layang-layang. Kami yang tidak memiliki modal hanya mendengar cerita tentang wujudnya kertas layang-layang yang boleh dibeli di kedai China dalam pekan Kuala Klawang.
Aku juga ada mendengar khabar bahawa ada layang-layang yang telah siap terjual di kedai. Berapa harganya tidak penah aku ketahui kerana aku tidak pernah membeli layang-layang.
Aku membuat layang-layang dengan menggunakan kertas surat khabar lama atau kertas buku yang koyakkan. Hasilnya layang-layang aku tidak pernah naik tinggi. Tidak setinggi layang-layang Abang Pawang yang pembuatannya lebih profesional.
Untuk kami budak-budak akan bermain apa sahaja. Yang penting ialah bersuka-suka mengambil bahagian dalam permainan. Tidak pernah kami mempersoalkan kualiti dan rupa bentuk bahan permainan kami.
Apa yang ada itulah kami rayakan. Layang-layang yang berjaya naik tinggi akan di rayakan. Aku yang tidak pandai membuat layang-layang akan mencuba sedaya upaya menaikkan layang-layang aku ke udara. Cita-cita tidak pernah padam dari ingatan aku.
Aku sentiasa gagal. Layang-layang aku yang gagal naik. Ianya hanya mengikut betapa pantas aku berlari. Maka layang-layang aku jadi bahan ketawa. Untuk menambah keseronokan aku sendiri bukan marah tetapi bersama ketawa merayakan kegagalan layang-layang buatan aku sendiri.
Setiap musim layang-layang aku akan gagal tapi tak pernah merasa sedih atau kecewa atau putus asa. Ini kerana aku sendiri sama-sama ketawa melihat layang-layang surat khabar aku terbarai koyak. Ini pembelajaran zaman kanak-kanak.
Bosan main layang-layang kami main bola. Jangan terperanjat kami tidak ada memiliki bola yang khusus. Bola ini kami pinjam dari bilik sukan sekolah. Biasanya aku dipertunggang jawab kan mengambil bola kerana Cik Gu Zaleha memiliki kunci sekolah.
Penat main bola kami main guli. Main guli kami tidak ada pilihan – kami wajib membeli guli dari kedai di Kuala Klawang. Ada juga percubaan membuat guli dari tanah lia. Tapi ini projek gagal.
Bila bosan main guli kami mula main gasing. Main gasing ini bermula apabila ada kedai di Kual Klawang menjual gasing 5 sen sebiji. Ini gasing China yang pakunya agak pajang dan badan kecil. Paku gasing China boleh diasah untuk menduku gasing lawan.
Main gasing memerlukan laman tanah yang agak keras. Main boleh berkumpulan dan boleh bersendirian. Idea dan niat main gasing ini ialah untuk menduku dan memaku hingga pecah gasing lawan. Seronok memang seronok.
Tertiba satu petang ketika main gasing di tepi padang sekolah Suman Dusa datang dengan Gasing Melayu. Dia seorang sahaja yang ada gasing jenis ini. Gasing Melayu macam bentuk tempayan dan pakunya tidak panjang.
‘ Mana dapat... sapa buat...’ Suara bertanya.
‘ Chu Solat yang buat....’ Suman menerangkan.
Aku tahu sosok yang bernama Chu Solat ini. Orangnya agak berumur dan selalu memakai songkok.
Esok petang pulang dari sekolah aku mengajak kawan aku Musa dan Derih pergi ke rumah Chu Solat. Tujuan kami ialah nak menengok kalau-kalau dia ada lagi gasing.
Kami menapak agak jauh melintas sawah melintas kebun getah baru sampai ke tempat yang kami tuju. Chu Solat duduk bersendirian di hujung kampung. Sebuah pondok kecil dinding buluh atap rumbia di tepi kebun getah.
Ketika itu aku tak dapat mengagak umurnya. Aku yang baru masuk darjah enam menganggap Chu Solat ini orang tua. Aku pula mengangap diri aku lebih tua dari Deris dan Musa.
Dari jauh aku nampak Chu Solat sedang mengasah parang di tepi rumah.
‘ Ooi.. budak.. nak kemano ni... cari apo ..’ Chu Solat bersuara bila dia melihat kami dari jauh..
‘ Jalan- jalan...’ Aku menyembunyikan niat asal kami.
‘ Chu... gasing ada lagi tak....’ Musa membocorkan niat kami.
‘ Gasing apo...’ Chu Solat bertanya.
‘ Gasing Melayu macam Chu bagi pado Suman..’ Aku memberi penjelasan.
‘ Kalau ado kami nak satu...’ Aku mula berkata benar.
‘ Sekarang ni Chu tak do yang siap... baru jumpo batang beweh... koreh .. elok buek gasing...’ Chu Solat berundur masuk ke dalam rumah dan keluar membawa dua biji rangka bentuk gasing yang belum siap.
‘ Kau bertigo... Chu kona buek satu lagi... dah siap nanti datang sini...parang kono tajam kalau nak buek gasing...’ Chu Solat membuat janji sambil dia mengasah parang.
Bayangkan betapa gembiranya hati aku. Tidak alam lagi aku akan memiliki gasing Melayu. Gasing Melayu wee berpusing agak lama. Untuk memitar gasing Melayu dengan baik memerlukan tali dari kulit pokok terap.
Empat hari kemudian kami bertiga sekali lagi datang ke rumah Chu Solat. Bila kami sampai dia tak ada. Kami rasa kecewa. Lalu kami mengundur pulang.
Belum jauh kami menapak dalam kebun getah kami terserampak dengan Chu Solat. Parang terselit dipanggang dan selaras senapang tersangkut di bahu.
‘ Cari babi... banyak babi dalam kobun pisang kek rumah
Lobai Juri...’ Chu Solat memberi penjelasan.
‘ Nak ambik gasing.... moh ke rumah... Chu dah buek tigo biji...’ Kata-kata yang memang kami tunggu untuk dituturkan.
Petang itu aku menjadi pemilik gasing Melayu. Bukan semua budak di Kampung Batu Serambai memiliki gasing Melayu. Aku merasa bangga.
Gasing Melayu dari kayu beweh sebesar tin susu cap Junjung. Gasing ini aku jaga baik-baik. Aku ubah warnanya yang agak putih menjadi coklat dengan kiwi kasut. Sayangnya aku ini menggunakan tali gasing biasa bukan tali terap. Aku tidak tahu di mana hendak di cari kulit pokok terap.
Semenjak dari mendapat hadiah gasing dari Chu Solat aku makin rapat hubungan dengan dia. Aku selalu datang bertandang ke rumahnya di hulu kampung.
Kadang kala mendengar cerita dia memburu babi. Cerita dia menembak kancil dan napuh. Kesah di mengetuk untuk memerangkap kancil.
‘ Bilo kito kotok tanah... kancil dongar... dio datang... menari-nari... maso tu kito tembak...’ Chu Solat menerangkan pada aku konsep mengetuk.
Aku perhatikan Chu Solat ini duduk bersendirian. Menghidap rokok daun nipah. Tembakau dan daun nipah tersimpan dalam tin tembakau cap nenes.
Aku tak tahu apakah Chu Solat ini pernah ada isteri, anak bini. Aku juga tidak tahu siapa saudara maranya di Kampung Batu Serambai.
Rumah kecilnya ada dapur berlantaikan bumi. Periuk kecil, belanga tanah liat yang kecil, tiga buah cawan dan beberapa pinggan dan mangkuk.
Di tengah rumah Chu Solat tidur di atas tilam dan aku lihat ada kelambu. Tidak berkatil. Lantai rumah dari setengah papan setengah buluh. Dinding rumah ini dari buluh yang telah di pecah pecahkan. Atas kepala tidurnya tergantung senapang. Di sebelah senapang tali pinggang besar dengan tempat khusus untuk menyimpan peluru senapang. Lima butir peluru terselit di tali panggang.
Chu Solat hidup solo.
Pokok Ara tepi jalan besar depan kedai runcit Mak Cik Jarah mula berbuah. Pokok Ara ini cukup rendang. Ara ini rajin berbuah – setiap tahun sekali. Ada kalanya dua tiga kali setahun. Bila Ara berbuah maka burung akan berpesta.
Sampai dua minggu pokok Ara ini akan bising dengan suara dan kicauan pelbagai jenis burung. Ada Balam, Merbah, Tiong, Kelicap. Serindit – semua berpesta. Burung Punai dari luar Kampung Batu Serambai pun akan datang berpesta makan buah. Dari pagi hingga ke petang pokok Ara ini heboh.
Aku tak tahu macam mana burung-burung dari luar kampung tahu Pokok Ara depan kedai Mak Cik Jarah sedang berbuah. Ini menakjubkan aku.
Ketika ini Tuan D.O untuk daerah Jelebu ialah Raja Nong Chik. Tuan Pegawai Daerah ini suka memburu. Entah siapa dari kampung telah memberi tahu Raja Nong Chik tentang buah Ara sudah masak.
Maka pada sebelah petang satelah pejabat di tutup Raja Nong Chik akan datang dengan pembantu dan dua anaknya. Dia datang dengan senapang untuk menembak punai.
Maka kami budak-budak kampung akan turut sama berpesta melihat Raja Nong Chik menembak punai dengan peluru penabur.
Ketika ini juga Chu Solat akan keluar dengan senapangnya. Dua senapang patah berdentam dentum menembak punai. Tapi bukan mudah peluru menuju sasaran. Burung-burung akan bertempiaran terbang bila bedil berdentum. Pemburu wajib menunggu di bawah pokok agar kumpulan burung yang lari tadi hinggap kembali.
Kami budak-budak kampung hanya memerhati. Raja Nong Chik memberi peluru kepada Chu Solat. Tiga petang Raja Nong Chik datang menembak punai. Ada petang tujuh lapan punai sempat disembelih. Ada petang balik kosong. Semuanya punai di bawa pulang oleh Raja Nong Chik.
‘ Kenapa tak mintak sekor punai boleh goreng...’ Aku bertanya pada Chu Solat.
‘ D.O tu datang jauh... kita bila-bila boleh menembak..’ Chu Solat menerangkan kenapa dia tak mahu mengambil punai untuk dimasak.
‘ Kau dah pernah merasa daging punai...’ Chu Solat bertanya.
‘ Tak pernah...’ Aku menggelengkan kepala.
‘ Nanti laa... nantilaaa.... ado rezeki nanti...’ Chu Solat memberi janji ketika kami meninggalkan pokok Ara depan kedai Mak Cik Jarah.
Di Kampung Batu Serambai semua orang kampung tahu kedai Mak Cik Jarah. Kedai ini bukan saja kedai runcit. Ini kedai kopi teh dan kuih untuk minum pagi dan petang.
Paling istimewa di waktu pagi ialah nasi pulut dengan sambal tumis Mak Cik Jarah. Keluarga Cik Gu Zaleha adalah pelanggan tetap dengan buku Tiga Lima dari kedai ini. Aku selalu membeli nasi pulut Mak Cik Jarah untuk sarapan kami sekeluarga.
Di kedai kopi ini tempat orang kampung berkumpul dan membaca akhbar Urusan Melayu dan Utusan Zaman. Kedai Mak Cik Jarah ini juga menjadi tempat posmen meninggalkan surat dan tempat bas berhenti.
Satu petang beberapa bulan satelah pesta menembak punai tamat aku terjumpa Chu Solat.
Chu Solat telah berpindah rumah dari hujung kampung kini duduk tak jauh dari Kedai Mak Cik Jarah. Ini bangunan rumah papan. Pada satu ketika dulu bangunan ini menjadi Balai Penerangan untuk Kampung Batu Serambai. Kini Chu Solat menjadi penjaganya. Mungkin kerana dia ada senapang.
‘ Datang rumah Chu... ada burung punai...kau nak merasa...’ Chu Solat mempelawa aku.
Jemputan ini tidak aku tolak. Di dapur aku ternampak tiga ekor burung punai yang bulunya telah dicabut. Telanjang bulat sedia untuk dimasak.
‘ Petang semalam.... Chu tembak ... bukan kek Aro.. kek rumah Lebai Juri... punai makan buah senduduk...’ Chu Solat memberi penjelasan.
Chu Solat memasak nasi. Kemudian dia mengambil lada kunyit bawang serai dan garam. Aku hairan Chu Solat tidak ada lesung batu.
Kehairanan aku terjawab bila Chu Solat mula melenyeh semua bahan ini dengan menggunakan tempurung kelapa. Tidak pernah aku melihat memasak cara ini. Ini cara tradisi lama Melayu sebelum lesung batu dicipta.
Malam itu aku makan gulai burung punai masak lemak santan berlada. Memang aku rasa pedas tapi enak daging punai ini.
‘ Jaga-jaga... kalau tergigit peluru penabur... kadang-kadang ado tersorok dalam daging punai ini...’ Chu Solat memberi aku ingatan kerana kemungkinan serpihan peluru masih terlekat dalam daging.
Lepas makan Chu Solat menghisap rokok. Aku duduk berlunjur kenyang lepas makan.
‘ Nanti kito cari kancil...kito pogi mengotok...’ Chu Solat melepaskan satu ledakan jemputan yang memang aku tunggu. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/06/15/orang-tua-dan-gasing/
Langgan:
Catatan (Atom)