Jumaat, 22 Disember 2023
1.22 JUTA WARGA CHINA MERAH LESAP !!!
DIMANA 1.22 JUTA
WARGA
CHINA MERAH
LESAP
AMIN
BILA NAK CARI ?
KHALAS
SISTEM EKNOMI KAPITALIS
5 syarikat didenda RM415 juta terlibat kartel ayam
LIMA syarikat didenda sejumlah RM415 juta kerana terbabit dalam pembentukan “kartel ayam” untuk menetapkan harga, kata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata syarikat terbabit didakwa bersetuju untuk menaikkan harga makanan ayam, yang mendorong kenaikan harga ayam.
Siasatan mendapati lima syarikat, pengeluar makanan ayam terbesar negara, melanggar Akta Persaingan 2010 dengan mengadakan perjanjian antara mereka dengan matlamat atau kesan “mencegah, menyekat atau mengelak persaingan” dalam mana-mana pasaran makanan atau perkhidmatan.
Lima syarikat terbabit adalah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Bhd, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.
“Kami mengeluarkan keputusan akhir terhadap lima syarikat itu yang melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 menerusi pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
“Kartel sangat jahat dalam undang-undang persaingan. Ia adalah sabotaj ekonomi terhadap pengguna,” katanya. – 22 Disember, 2023.
WOIT
INI SISTEM
EKONOMI KAPITALIS
AMIN
SEKARANG KITA
SEDAR MACAM
MANA CHINA JADI
KAYA
JENG JENG JENG
SELAMA INI
PASARAN MEREKA
KONTROL
AMIN
HARGA MEREKA
TETAPKAN
AMIN
KAPITALIS YANG
BAIK HANYA
KAPITALIS YANG
DAH MATI
AMIN
KHALAS
BILA NAK TANGKAP WARGA CHINA MERAH ?
1,101 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di KL
SERAMAI 1,101 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Jalan Silang di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata operasi bersepadu berkenaan yang bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang disertai sejumlah 1,138 anggota antaranya daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau berkata operasi dijalankan bagi tujuan membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan itu dan Kompleks Kota Raya terutamanya melibatkan warga asing.
“Operasi ini juga memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan berkenaan. Pihak polis akan sentiasa menjalankan operasi bersepadu seperti ini dari semasa ke semasa untuk memastikan Kuala Lumpur bebas daripada pendatang tanpa izin,” katanya dalam sidang media hari ini.
Allaudeen berkata semua warga asing yang ditahan bekerja dan tinggal di sekitar kawasan berkenaan serta ada yang datang ke situ bagi pelbagai tujuan termasuk berjalan-jalan.
Beliau berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya turut merampas 100 karton rokok, 80 karton arak dan pelbagai ubatan yang dibawa masuk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan dengan nilai keseluruhan RM104,530.
Ubat-ubatan yang dirampas itu katanya, dibawa masuk dari negara antaranya Nepal dan Bangladesh untuk dijual kepada warga asing yang memerlukan.
“Rampasan ubat-ubatan antaranya melibatkan ubat selesema dan demam, ia dijual kepada warga asing yang memerlukan susulan kos untuk mendapatkan rawatan yang tinggi dan sukar kerana mereka tidak mempunyai dokumen,” katanya.
Difahamkan, ubat-ubatan berkenaan dirampas di sebuah premis yang dijadikan sebagai klinik mini bagi warga asing.
Ditanya mengenai tindakan terhadap pemilik premis yang menyewakan kepada warga asing, Allaudeen berkata pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada DBKL untuk sebarang tindakan lanjut.
Allaudeen berkata semua yang ditahan diserahkan kepada imigresen dan disiasat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959.
Dalam pada itu, Allaudeen turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berhubung kegiatan mencurigakan terutamanya melibatkan warga asing di kawasan masing-masing kepada pihak polis. – Bernama, 21 Disember, 2023.
BILA NAK BUAT
OPERASI TANGKAP
WARGA
CHINA MERAH
1.22 JUTA WARGA
CHINA MERAH
HILANG LESAP
DI TANAH MELAYU
AMIN
MANA MEREKA
LESAP ?
SAPA PILIHARA
MEREKA ?
AMIN
DI AMERIKA YG
MASUK HARAM
SEMUA MUDA
AMIN
AMERIKA DAH
BERAWAS INI
MUNGKIN SOLDADU
AMIN
KHALAS
NIKMAT BERANCUK
Tinggal anak dalam kereta hingga meninggal dunia, ibu didakwa
SEORANG wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak perempuannya dengan meninggalkan di dalam kereta sehingga meninggal dunia.
Wanita berusia 38 tahun itu yang berkerja sebagai peniaga mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak kandungnya berusia dua tahun tiga bulan di hadapan sebuah rumah di Jalan PJU 1A/25, Ara Damansara, antara 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun peguam Datuk Hanif Hassan mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut.
“Akibat kejadian ini, anak guam saya trauma selama sebulan dan sepanjang siasatan dijalankan, dia memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa. Oleh itu saya mohon mahkamah memberikan jumlah jaminan rendah,” kata Hanif.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Kes akan disebut semula pada 30 Januari depan. – Bernama, 22 Disember, 2023.
KES SEPERTI
INI DAH SELALU
BERLAKU
AMIN
KITA SIMPATI
PADA KELUARGA
AL-FATIHAH
AMIN
SATU KEMPEN
WAJIB DI ADAKAN
UNTUK BERI
KESEDARAN
AMIN
IBU & AYAH
YANG SUKA
BERANCUK WAJIB
TAHU JUGA
JAGA ANAK
AMIN
KHALAS
JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN
JANGAN
SALAHKAN
ORANG LAIN
AMIN
LIHAT KE DALAM
LIHAT DIRI SENDIRI
KHALAS
Unknown commented on
"JANGAN SALAHKAN DAP"
Budaya silam turun temurun begitulah, anak anak sendiri curi salahkan jiran, apa lagi kalau jiran bukan bangsa agama sama, lagi senang tuduh orang lain, akan mendapat kepercayaan, tetapi kena ingat sejak merdeka sampailah sekarang negara diperintah oleh orang-orang Melayu Islam, bukan Yahudi bukan komunis bukan DAP tetap orang-orang kita bangsa sama agama sama, apa terjadi?
Pemimpin kita yang sama bangsa sama agama mula selesa mencuri merompak harta negara kemudian salah kan komunis salahkan DAP laga laga kaum agama supaya proses curi diteruskan kah kah kah masih kalau tak faham baik hantuk kepala di batu hitam kah kah kah
HAMAS GANAS MELAWAN PENINDASAN
ADA DUA GANAS
AMIN
GANAS MENINDAS
DAN
GANAS MELAWAN
PENINDASAN
KHALAS
Unknown commented on
"YAHUDI ANTI ZIONIS"
Maka jelaslah kelaku Hamas juga sama dgn Zionis. Harus diingat hamas bukanlah arab palestin seperti mana zionis bukanlah yahudi. Aku menentang semua perilaku ganas tak kira bangsa dan agama. Dalam semua bangsa semua anutan wujud golongan golongan seperti zionis dan hamas.. Mereka ini sangat suka dgn darah manusia. Yang menjadi mangsa adalah orang arab palestin dan yahudi..
JEMPUTAN MALAM INI
JEMPUTAN
MALAM INI JAM 10:00
GUA AKAN MUNCUL DI TIK TOK
PERBINCANGAN TERUS MENERUS
LIVE DI TIK TOK
TENTANG GEO POLITIK UKRAINE
GEO POLITIK EROPAH
SEJARAH DAN PERANG
PERANG DAN DAMPAKNYA
KEPADA EROPAH BARAT
DAN EROPAH TIMUR
JUGA GEO POLITIK
DUNIA SELATAN
MEMAHAMI INI
UNTUK KITA BERSEDIA
APAKAH PERANG DUNIA KE 3
AKAN SAMPAI
SELAMAT BERTEMU
AMIN
YAHUDI ANTI ZIONIS
YAHUDI
ANTI ZIONIS
Adalah silap untuk mentakrifkan semua Yahudi itu berfahaman Zionis. Tidak. Ini tidak benar. Pandangan ini salah dan boleh membawa mudarat. Malah pandangan sebegini berupaya mengusutkan lagi perjuangan Arab Palestin untuk membebaskan diri dari di jajah oleh Israel.
Perjuangan Palestin bukan perjuangan agama Islam menentang agama Judaisme. Perjuangan rakyat Palestin ialah gerakan membebaskan diri dari penjajahan Israel. Negara Palestin diduduki dan dijajah oleh Bani Yahudi.
Israel nama negeri dan wilayah baru wujud semenjak tahun 1948. Bani Yahudi berasal dari suku kaum Semit. Arab Palestin juga dari suku kaum yang sama. Judaisme ialah agama. Kitab suci Judaisme ialah Torah.
Torah sama seperti Kitab Injil untuk penganut Kristian. Sama seperti Kitab Quran untuk penganut agama Islam.
Zionisme adalah ideologi kebangsaan Israel. Kaum Zionis percaya Judaisme adalah kewarganegaraan dan juga agama. Asas Zionisme ialah Bani Yahudi berhak mendapat negeri mereka sendiri di tanah air nenek moyang mereka di Israel. Sama seperti orang Perancis berhak mendapat Perancis atau orang Cina sepatutnya memiliki China. Itulah yang membawa orang Yahudi dari seluruh dunia untuk kembali ke Israel.
Zionisme moden, membina keberahian Yahudi untuk "kembali ke Zion," bermula pada abad ke-19. Ini ketika semangat nasionalisme mula meningkat di Eropah.
Theodor Herzl seorang wartawan Yahudi dari Austria adalah orang pertama yang mengajukan nasionalisme Yahudi. Gerakan Zionis ini menjadi gerakan antarabangsa sekitar tahun 1896.
Juruselam atau Baitul Mukaddis terletak di Tebing Barat adalah wilayah suci untuk tiga agama – Judaisme, Kristian dan Islam.
Palestin adalah tanah jajahan Inggeris sesudah Empire Ottoman runtuh. Pada tahun 1917 gerakan Zionis telah berjaya melobi kerajaan Inggeris untuk menerima Deklarasi Balfour.
Deklarasi Balfour ialah kenyataan umum yang dikeluarkan oleh Kerajaan British pada tahun 1917 semasa Perang Dunia Pertama. Deklarasi ini mengumumkan sokongannya terhadap penubuhan "rumah negara untuk orang Yahudi" di Palestin.
Ketika ini Palestin wilayah jajahan , kerajaan Uthmaniyyah. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah Arab Palestin. Pada ketika itu ada Yahudi menetap di Palestin. Arab Palestin hidup bersama minoriti Bani Yahudi. Tidak ada masalah.
Pembunuhan berjuta Yahudi oleh Nazi Hitler dalam Perang Dunia Ke Dua telah digunakan dengan bijak dan tersusun oleh gerakan Zionis. Kaum Zionis berhujah tentang betapa perlunya Bani Yahudi memiliki negeri sendiri.
Pada 14 Mei 1948, David Ben-Gurion, ketua Agensi Yahudi, mengisytiharkan penubuhan Negara Israel. Presiden Amerika Harry S. Truman mengiktiraf negara baharu itu pada hari yang sama.
Maka pada 15 Mei 1948 Nakba atau Malapetaka menimpa Palestin. Dari tarikh ini penentang bermula. Penentangan utama dari warga Palestin dan negara Arab.
Projek Zionis Israel ini juga di tentang dan ditolak oleh beberapa sosok dan kumpulan Bani Yahudi.
Pemikir dan intelektual Yahudi dari Albert Einstein hingga ke Noam Chomsky adalah contoh sosok yang i menolak ke wujudan Israel.
Pada tahun 1952 Perdana Menteri pertama Israel Ben Gurion telah melamar Albert Einstein untuk menjadi Presiden pertama Israel. Ini telah di tolak
Sejarah telah merakamkan bagaimana Israel telah diwujudkan melalui keganasan. Sila baca surat Albert Einstein ini :
Yang Berhormat,
Apabila malapetaka yang nyata dan terakhir akan menimpa kita di Palestin, yang pertama bertanggungjawab ke atasnya ialah British dan yang ke dua bertanggungjawab kepada kita ialah organisasi Pengganas yang wujud daripada barisan kita sendiri. Saya tidak sanggup melihat sesiapa yang dikaitkan dengan orang yang sesat dan penjenayah itu.
Yang ikhlas,
Albert Einstein.
Hari ini intelektual tersohor Noam Chomsky adalah sosok yang paling terkenal dan paling jelas menentang dan mengkritik Israel. Chomsky berasal dari keluarga imigran Yahudi dari Rusia. Pernah menjawat kerusi Profesor Linguistik di MIT - The Massachusetts Institute of Technology
“Pakar linguistik terkenal didunia ini adalah sosok yang sering menjadi pengkritik dasar luar Amerika. Noam Chomsky bercakap di hadapan kira-kira 500 orang di Boston Univercity. Chomsky, mengecam apa yang beliau panggil "dasar apartheid yang semakin meningkat" di Israel.
Mengikut pandangan Chomsky dasar apartheid yang diamalkan oleh Israel ini lebih hodoh dari yang diamalkan oleh rejim kulit putih Afrika Selatan.
Chomsky juga menggambarkan Amerika sebagai Don Kepala Mafia.” ( Di pungut dari laman portal BU Today 3 Mac 2010).
Hari ini Amerika Syarikat telah menjadi salah satu negara penyokong dan pemberi dana untuk pembangunan Israel sebagai sebuah negara bangsa di dunia pasca-70-an. Berbilion dolar di beri pada Israel untuk membeli senjata. Untuk mengukuhkan keupayaan negara Israel.
Mengikut pandangan Chomsky Perang Gaza yang sedang berjalan sekarang ini akan berupaya membuka perang serantau dengan aktor negara lain seperti Hezbolah di Lebanon dan juga Yaman dan Iran.
Perang berterusan. Gaza terus di bom.
Mengikut statistik tahun 2022 terdapat anggaran 1.6 juta Yahudi yang menjadi penghuni kota New York. Ini jumlah terbesar sesudah Tel Aviv dan Juruselam.
Pada 28 Oktober 2023 yang lalu beribu-ribu Bani Yahudi dari New York telah turun berdemo membantah serangan Israel ke atas Gaza. Mereka mahu gencatan senjata di jalankan.
Slogan Bani Yahudi ini ialah Not In Our Name – Jangan Gunakan Nama Kami. Bani Yahudi di New York, di Amerika, di London atau di Melbourne semuanya menggunakan slogan ini. Mereka tidak mahu nama Yahudi digunakan untuk mengebom Gaza.-
Jelas Bani Yahudi ini memisahkan diri mereka dari projek Zionis dan menentang dasar apartheid amalan Israel.
Di New York Bani Yahudi penunjuk perasaan ini telah menawan Central Station New York. Perjalanan kereta api di New York terganggu. Akhirnya NYPD – Polis New York telah menangkap 200 orang penunjuk perasaan.
Rata rata yang ditangkap oleh NYPD itu adalah anak muda Yahudi. Ini memberi gambaran bahawa projek Zionis ini tidak lagi mencengkam generasi muda. Holocaust dan Nazi tidak lagi berjaya digunakan untuk mengugut mereka.
Generasi muda Yahudi kini telah berjaya membebaskan diri mereka dari politik Zionis. Terima kasih kepada Internet dan media sosial.
Seorang lagi intelektual Yahudi yang tersohor sebagai penolak Zionisme dan mengkritik Israel ialah Norman Gary Finkelstein . Sosok ini ialah pakar saintis politik dan seorang aktivis di Amerika. Bidang penyelidikan utamanya ialah politik Holocaust dan konflik Israel-Palestin.
Finkelstein dilahirkan dari ibu bapa yang kedua-duanya terselamat dari maut Holocaust Nazi. Justeru ilmu dan bidang Holocaust ini yang dikaji oleh Finkelstein.
Finkelstein menjadi terkenal pada tahun 2000 selepas menulis bukunya The Holocaust Industry. Dalam buku ini dia mendakwa bagaimana ingatan Holocaust telah dijadikan sebagai "senjata ideologi" untuk memberikan Israel "kekebalan terhadap kritikan".
Bayangkan pada tahun 2008 sosok Yahudi ini tidak dibenarkan masuk ke Israel. Rejim Zionis Israel amat marah pada Finkelstein yang telah menggelar Israel sebagai "negara ketuanan Yahudi", dan membuktikan Israel melakukan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin.
Dalam salah satu bukunya, dia membandingkan nasib rakyat Palestin yang hidup di bawah penjajahan Israel dengan kezaliman Nazi.
Selain dari intelektual Yahudi yang menentang Zionis kita juga sering terbaca satu kumpulan Agamawan Judaisme yang menentang kewujudan Israel. Mereka sering dilihat bersetia kawan dalam demo pro Palestin di New York atau di London.
Agamawan Yahudi ini dikenali sebagai Neturei Karta atau Penjaga Kota. Mereka ialah kumpulan agama Yahudi Haredi yang diasaskan di Jerusalem pada tahun 1938.
Penganut mazhab ini adalah penentang aktif Zionisme dan menganjurkan "pembubaran secara aman" Negara Israel.
Di bawah kepercayaan kumpulan ini Bani Yahudi dilarang keras daripada menegakkan semula kedaulatan di Tanah Israel sehingga kedatangan Nabi Isa sekali lagi.
Neturei Karta – Penjaga Kota percaya bahawa kewujudan negara Yahudi adalah pemberontakan terhadap Tuhan. Justeru mereka bersama gerakan pro Palestin dan menyokong terdirinya negara Palestin. Dan negara Israel dimansuhkan.
Ketika tulisan ini digarap Perang Gaza telah masuk ke hari 76. Laporan dari pihak berwajib telah melaporkan jumlah warga Gaza yang gugur telah mencecah 20,000. Majoriti yang gugur adalah wanita dan kanak-kanak. Kenapa wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa dan bukan gerila?
Jawabnya senang sahaja. Dalam perang gerila dalam bandar sosok yang paling sedar dan paling berhati-hati dari ledakan peluru dan bom adalah gerila.
Justeru dalam peperangan gerila yang paling selamat ialah gerila. Yang menjadi mangsa ialah soldadu yang mencari gerila dan orang awam yang tidak tahu taktik dan strategi perang gerila.
Persoalan hakiki ketika ini adalah seperti pandangan Chomsky – apakah Perang Gaza menjemput terbukanya perang serantau. Ketika tulisan ini digarap Laut Merah dan Telok Parsi kini dipenuhi oleh kapal perang.
Malaysia sendiri telah melarang kapal Israel dari berlabuh di Pelabuhan Klang. Kita lihat dan tunggu apa perkembangan dan reaksi dunia. Kita tunggu hingga minggu depan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DI SIARKAN JUGA DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/477557
LANGKAH BIJAK NIK NAZMI
Dakwa wujud rasuah projek rancangan tebatan banjir, Nik Nazmi saman Chegubard
PUTRAJAYA – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek RTB dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri, sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.
“Tuduhan Chegubard tidak berasas dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap beliau dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini bukan kali pertama Chegubard membuat tuduhan liar dan tidak berasas.
Nik Nazmi berkata Kerajaan Perpaduan telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM11.8 bilion, dan bukannya RM16.6 bilion seperti yang didakwa oleh Chegubard.
“Hampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender, dan untuk tahun ini 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).
“Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan,” katanya.
Selain itu, Nik Nazmi berkata projek RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang beliau sendiri tidak terlibat. – BERNAMA
LANGKAH BIJAK
NIK NAZMI
AMIN
AKAN DIBONGKAR
AKAN DIBOCOR
SEGALA CERITA
YG TERSELIT
YANG TERSEPIT
DALAM MAHKAMAH
AMIN
AKAN DI KETAHUI
SAPA DAPAT KOMISEN
SAPA DAPAT PROJEK
SAPA KENA SUAP
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)