Jumaat, 7 Mei 2021

DUTERE PULANGKAN VAKSIN CHINA MERAH - BAHAYA - MALAYSIA DAPAT UNTUNG

 

DUTERTE PULANGKAN

VAKSIN

 CHINA MERAH

MALAYSIA 

DAPAT UNTUNG 

KERAJAAN BALIK PERANGAI LAMA

 

 KERAJAAN INI

BALIK DENGAN

PERANGAI LAMA GEROMBOLAN 

 AMIN

TANGKAP SANA  

TUDUH SINI 

AMIN

KELEPET SANA 

RAMPAS  SINI

AMIN 



Telefon Zunar dirampas polis siasatan karikatur MB Kedah

TELEFON kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque dirampas oleh polis semasa siasatan mengenai karikatur yang didakwa mempersendakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Zunar berkata beliau hari ini disiasat selama dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di Kedah berhubung karikatur itu.

“Saya menggunakan hak saya untuk tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya semasa siasatan,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insight.

Zunar memberitahu Free Malaysia Today, ini adalah kali kelima telefonnya dirampas.

Menurut Zunar beliau antara lain ditanya makna karikaturnya dan siapa tokoh yang digambarkan dalam karikatur itu.

Katanya, beliau juga ditanya adakah karikatur itu dilukis kerana diupah atau disuruh oleh sesiapa.

Zunar berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan internet.

Zunar disiasat 15 hari selepas pereka grafik Fahmi Reza direman sehari untuk siasatan kerana didakwa menghina Raja Permaisuri Agung.

Awal minggu ini, Fahmi diarah menyerahkan akaun Twitternya kepada polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan.

Fahmi direman pada 24 April selepas menyusun himpunan lagu di Spotify yang disenaraikan di bawah tajuk “This is Dengki Ke” dan dipaparkan bersama potret Permaisuri Agong.

Pada 23 Januari lalu, sebuah karikatur Zunar diterbitkan di laman Facebook Zunar Kartunis Fan Club mengkritik kerajaan Kedah kerana membatalkan cuti umum Thaipusam.

Muhammad Sanusi ketika itu dilapor berkata tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam di Kedah untuk menghindari ancaman penularan Covid-19.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan negeri itu bukan berniat menafikan hak penganut Hindu di Kedah kerana mereka masih boleh menyambut perayaan itu dengan mematuhi tatacara mencegah Covid-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. – 7 Mei, 2021.

 INI MAKIN

BERAT

AMIN

DI INDIA

ADA MODI

AMIN

DI KEDAH

ADA SANUSI

KHALAS 



PEMIMPIN ISLAM DIFITNAH

 

 LIHAT BETAPA

JAHATNYA

KERAJAAN

AMIN

BARANG HADIAH

DIKATAKAN HASIL

RASUAH

AMIN 



Beg tangan, kasut milik Rosmah dan Nooryana hadiah rakan, orang kenamaan

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut, serta 10 utas jam tangan mewah, yang disita pihak polis di kediaman Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim yang mewakili isteri dan anak bekas perdana menteri itu iaitu Rosmah Mansor dan Nooryana Najwa juga berkata, tiada jejak wang yang menunjukkan semua harta itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim berkata, berdasarkan afidavit yang diikrarkan pegawai penyiasat kes 1MDB Supt Foo Wei Min, pihak pendakwaan sendiri tidak dapat memastikan bahawa beg-beg tangan serta kasut tersebut, merupakan hadiah atau diperoleh daripada hasil aktiviti haram.

“Bagi beg-beg tangan yang dirampas, ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan kenalan rapat termasuk orang kenamaan, besan Rosmah, ibu mertua kepada Nooryana serta orang-orang lain yang tidak dikenali.

“Pihak kami berhujah bahawa pemohon (pendakwaan), tidak dapat mengenal pasti selain tidak membuat penilaian terhadap kesemua beg berjenama kecuali beg Hermes. Atas imbangan keberangkalian, adalah tidak mustahil untuk Rosmah dan Nooryana yang merupakan isteri dan anak kepada mantan perdana menteri, menerimanya sebagai hadiah atau membuat perolehan sendiri,” katanya semasa berhujah pada prosiding tuntutan pelucutan hak harta tersebut daripada Rosmah, Nooryana dan 16 yang lain.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka, serta 13 individu dan syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.

Dalam notis usul lucut hak itu, pendakwaan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) dan Nooryana Najwa, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Mengenai 27 pasang kasut yang dirampas, Iskandar Shah berhujah bahawa dakwaan Foo dalam afidavitnya yang menyatakan bahawa mustahil untuk Nooryana memiliki kasut-kasut tersebut adalah tidak berasas, kerana wanita itu telah mendedahkan punca pendapatannya dengan jelas dan mengemukakan bukti yang sah menerusi afidavitnya.

“Bahkan Foo dalam afidavitnya tidak membuat sebarang penilaian untuk menentukan sama ada Nooryana mampu membelinya atau tidak, oleh itu terdapat kemungkinan bahawa kasut berkenaan bukan hasil daripada aktiviti haram.

“Afidavit Foo juga tidak menafikan, bahawa beg-beg tersebut adalah merupakan hadiah atau pemberian, namun Foo dalam masa yang sama meletakkan beban Nooryana untuk membuktikannya dengan mengemukakan resit pembelian atau sebagainya,” katanya.

Iskandar Shah menambah pendekatan yang diambil Foo adalah tidak adil, kerana tiada jejak wang di kemukakan atau keterangan saksi-saksi yang menyatakan secara terus bahawa harta terbabit adalah dari hasil aktiviti haram, berkaitan dana 1MDB.

Sementara itu, peguam Azamuddin Aziz yang berhujah bagi pihak Riza Shahriz dan Nor Ashman Razak berkata, tiada sebarang bukti aliran wang yang menunjukkan dana 1MDB digunakan untuk membeli 10 utas jam tangan milik mereka.

“Foo di dalam afidavit sokongannya mengatakan bahawa, Nor Ashman langsung tidak mempunyai fail cukai pendapatan, dan berpendapat dalam keadaan tersebut tidak mungkin beliau boleh membeli jam-jam tangan tersebut.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Jun, bagi pihak pendakwaan untuk membalas hujahan. – Bernama, 7 Mei, 2021.



 PEMIMPIN ISLAM

SAH DI FITNAH

AMIN

HAJJAH ROSMAH

AKAN BUKTIKAN

BAHAWA SEMUA INI

BARANG HADIAH

AMIN

HAJJAH ROSMAH

AKAN SENARAIKAN

SATU PERSATU SIAPA

YANG BERIKAN 

HADIAH INI

AMIN

PADAN MUKA

PENDAKWA 

AMIN

MEREKA TAK SEDAR

HAJJAH ROSMAH

SEORANG 

IBU MIKARI ...

OPPS... SILAP

IBU MITALI

AMIN

DAPAT HADIAH

DARI BESAN 

DARI MENATU

BUKAN  HADIAH

BEG HERMES

DI CURI DARI

NEW YORK

KHALAS





CADANGAN MAT LEKEH

 


 TENGKIU

GUA DAH SELESA

JADI GUA 


Mat Lekeh commented on 

"MENULIS 

MERAKAM SEJARAH"

Enche tt sesuai jadi pengarah di dewan bahasa dan pustaka. Ada bakat semulajadi sebagai penulis. Hasil tulisan yg santai, seloka, gaya penulisan kreatif, sindiran, humor dan sebagainya. Kesah di london, di soho, di pakistan, di india, di jelebu, kesah askar jepun, kesah tok gopoh, kesah lebai labon, kesah segala kesah, semua menarik di baca. Allah panjangkan usia tt. Aaminn.

BILO RAYO ?

 



 RAYO BILO?

TAHUN NI
KITA BERAYA SENDIRIAN
TAK BALIK KAMPUNG
GUA PANGGIL
RAYA BANGLA
RAYA DI KUALA LUMPUR

RAYO INI BILO?
RABU KO KAMIH?

ANGKO KOBID
CALIKO
NAIK LAGI
CISSSS
MENAKUTKAN

BERAPA LAMA LAGI
KITA MACAM INI

ADUH

TADI 
GUA KE CHOW KIT
AMBIL BATANG PINANG
BELI MANGGA
BELI SAYUR
UNTUK SEMIGGU LEBIH
GUA DAH BERSEDIA 
NAK RAYO

PETANG NI
CUACA REDUP
HUJAN TAK JADI
LAST KOPEK
UNTUK  BAZAR RAMADAN

TADI GUA LIHAT
GERAI DI JALAN TAR
KOSONG
KALAU DULU
BEREBUT
JUAL ATAS JUAL
KALI INI BANYAK
TAK BERTUAN

GUA LALU DEPAN
PANGGUNG COLISIUM
PUN BANYAK KEDAI TUTUP
INI BIASANYA
TEMPAT PALING
RAMAI 
ADIK KAKAK MAK CIK
ABANG ATUK AYAH
CARI  BAJU RAYA

LORONG MASJID INDIA
GUA TAK TAHU
TAK BERANI MASUK
AMIN

PETANG NI
GUA ADA KUIH BULAT
 ISI KACANG
GUA BELI DARI TUAN BUAT
APAM BALIK
5 BUTIR 2 RINGGIT

GUA JUGA
BELI SEKOTAK LAGI
BUAH TAMAR ITAM
DARI IRAN

HA HA HA
GUA JUGA
BERNASIB BAIK
ADA MAK CIK TEPI
PASAR CHOW KIT
JUAL TAPAI BERAS
GUA BELI
SEKARANG  DUA KOTAK
SEKARAN GUA SIMPAN
BAGI LAGI CAIR
NAK MAKAN HARI RAYA
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR


SUSAH HANYA DIRASAKAN

 


SUSAH HANYA

DIRASAKAN OLEH

MEREKA YANG

SUSAH

AMIN



Wanita dipukul dengan sayur kerana mengadu harga minuman mahal

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori dipukul dengan sayur gara-gara tidak berpuas hati dengan harga air minuman yang dijual oleh peruncit.

Kejadian berlaku pada 4 Mei lalu sekitar jam 3.15 petang di sebuah kedai runcit yang terletak di kawasan Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video pergaduhan membabitkan mangsa dengan suspek di premis perniagaan itu tular di media sosial.

“Mangsa dalam kejadian ini adalah seorang wanita tempatan berusia 42 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.

“Dalam rakaman tersebut, mangsa menyatakan tidak berpuas hati dengan harga minuman yang dijual di premis suspek kerana tidak mengikut harga sebenar yang ditetapkan oleh pengilang minuman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek lelaki warganegara tempatan yang berumur 17 tahun itu telah bertindak agresif ke atas mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat, selain memukul kepala pengadu dengan menggunakan sayur.

“Bertindak atas aduan mangsa, polis memulakan siasatan mengenai insiden itu dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama sehingga tiga bulan atau denda RM 1,000.00 atau dengan kedua-duanya sekali,” katanya.-MalaysiaGazette


MISKIN HANYA

DIRASAKAN

OELH MEREKA

YANG MISKIN

AMIN 

KHALWAT 415 - DARURAT 116 - PUASA 25

 



 HARI INI

BERKHALWAT

KE HARI 415

PUASA KE 25

DARURAT KE 116 

Hamim commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 416"

Hisham!...Hisham ok ke...dah makan ubat ke belum? Mengapa dah macam orang nanau sejak PKP 3.0 ni? Hari ni 7/5/2021 bukan 9/5/2021 dan hari ni hari puasa yang ke25 bukan puasa yang ke26....apa dah tak sabau nak raya ke?...

Unknown commented on

 "DARURAT HARI KE 114"

Ke 115 dh harini.


hamim commented on 

"PILIPINA BOLEH 

FUCK OFF KAN SEMUA CHINA 

DI PILIPINA"

Hari ni 6 Jun bersamaan 24 Ramadhan atau puasa hari yang ke24, hari raya lagi 6 hari...ntahlah orang tua sorang ni, ngira haripun dah tak betul


Unknown commented on 

"DARURAT HARI KE 113"

Harini 114... khalwat 114+301=415

CONTOH TERBAIK - POLITIKUS BODOH SOMBONG

 

 CONTOH TERBAIK

POLITIKUS

BODONG SOMBONG

RAMAI TAK FAHAM

 

 

RAMAI TAK FAHAM

BILA KAKAK

DI PASAR IKAN

CHOW KIT

MINTA TURUN

HARGA IKAN

KE DARI 6.85

JADI  KE 6.00

AMIN

RAMAI TAK FAHAM

BILA KAKAK

DI PASAR CHOW KIT

CAKAP HARGA

BAWANG BESAR

MINGGU LEPAS

 4.50  SEKILO

AMIN

MENGAPA MINGGU

NI JADI 5 RINGGIT

AMIN

PASAL APA? 

KHALAS


Tiada harga 

barang melampau? 

Turun padang, 

buatlah kerja 

MERUJUK kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengatakan bahawa tiada aduan yang diterima mengenai harga barang melampau, Muda menyarankan agar Menteri bersikap lebih proaktif dalam mengangani isu tersebut.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan 2021 hanya dilaksanakan selepas masyarakat secara umum membuat aduan mengenai harga barang mentah yang kian meningkat. Sebagai seorang Menteri, bukan menjadi tugasan anda untuk membuat pengumuman sahaja mengenai harga barang. Sehingga kini tiada polisi komprehensif untuk menggelak perkara ini dari terus berlaku.

Muda ingin mencadangkan agar KPDNHEP bekerjasama rapat bersama Mafi untuk memastikan harga barang akan terus berada di tahap yang tidak membebankan rakyat dan bukan hanya untuk masa dua minggu sahaja berikutan implentasi SKim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Keluhan penternak yang terpaksa menjual ayam dengan harga yang tinggi berikutan peningkatan harga dedak dan juga kos yang diambil orang tengah sehingga kini tiada solusi. Muda ingin mencadangkan perkara penyelesaian solusi:

Mafi dan KPDNHEP melihat semula struktur Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang sepatutnya menjadi salah satu sumber food security negara kita. Suntikan dana dan pengurusan dana yang mapan perlu dilakukan oleh Nafas. Elak menjadi seperti National Feedlot Corporation. 

Kerajaan perlu mengkaji cara kreatif untuk memastikan orang tengah tidak mengambil untung atas angin yang tinggi ataupun memastikan jualan terus dari pengusaha kepada pelanggan ataupun pengusaha kepada peruncit-peruncit. Aplikasi-aplikasi moden seperti Shopee, Lazada dan Marketplace Facebook sudahpun menjadi medan untuk memotong peranan orang tengah. Kerajaan perlu lebih agresif dalam mengguna pakai medan sedia ada. 

Muda dengan ini berharap agar KPDNHEP dan Mafi bukan sahaja mengeluarkan kenyataan tetapi bertindak lebih proaktif dalam memastikan harga barang berada di tahap yang tidak membebankan rakyat.

Fokus utama Muda adalah kebajikan rakyat yang kini menghadapi krisis demi krisis berikutan tindakan sambil lewa kerajaan dalam menguruskan wabak Covid-19. Oleh itu, Muda harap barisan kabinet yang begitu besar sekali boleh lebih pantas menguruskan negara sebelum krisis baru bermula. Sekian. – 6 Mei, 2021.


RAMAI TAK FAHAM

TERUTAMA YANG

TAK PERNAH SUSAH

 AMIN

KENAPA KAKAK

TAWAR MENAWAR

BILA BELI SAYUR

BUKAN BELI

 KONDO

AMIN

RAMAI TAK FAHAM

TERUTAMA 

YANG BERDUIT 

DAPAT KURANG 

20 SEN ITU 

SATU KEJAYAAN

YANG LUMAYAN

AMIN



CHINA MERAH BAWA MASALAH KEPADA DUNIA


 

BUKAN ANTI

ORANG CHINA

KITA LAWAN SISTEM

CHINA MERAH YANG

NAK JAJAH KITA 

Unknown commented on 

"PILIPINA 

BOLEH FUCK OFF KAN 

SEMUA CHINA DI PILIPINA"

Lepas filipin, Chino mat sepet akan kena fuck-off dari kampuchea, loas, vietnam, mynmar, indon, thailand, srilangka termasuk gak taiwan sepet, korea sepet, jepun pendek. Kat Amerika Yankee Dodo dan EU lebih-lebih lagi yang perangai macamn si itik trumpet nak fuck-off mat sepet semua ini. 

Pendek kata seluruh dunia la, termasuk mesia laa... Biar semua mat sepet tu dipulaukan kat tanah besar dioang tu je macam nak pulaukan mat kobid, termasuk yang kat red dot, singapor tu... Aman dunio kito bilo takdo mat sepet ni... HIHIHI... Amen, harap Tuan Ala kaburkan.. Amen. Tapi mampu ko dunio buek? Amin...

DENGKI - PROJEK DENGKI

 

 SAHIH

INI PROJEK 

 DENGKI

AMIN

DENGKI TERHADAP

PEMIMPIN ISLAM

AMIN

SAJE DI DENDA

3000 RINGGIT

AMIN 


Najib dikompaun RM3,000 kerana langgar SOP

BEKAS perdana menteri Najib Razak didenda RM3,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika makan di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan berkata Najib didenda atas dua kesalahan iaitu tidak mengimbas aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta gagal memeriksa suhu badan.

Denda dikeluarkan berdasarkan keputusan Jabatan Peguam Negara, tambahnya.

“Pengurus restoran dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP.

“PDRM menasihati orang ramai supaya patuh kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi Covid-19,” kata Zainal.

Pada Mac lalu, Najib mengakui tidak mengimbas aplikasi MySejahtera sebelum memasuki sebuah restoran nasi ayam, seperti yang terpapar dalam satu video yang tersebar di media sosial.

Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu tulisan di Facebook hari ini berkata beliau akan membayar denda tersebut.

“Saya akan bayar kompaun ini. Boss kedai nasi ayam itu pula kena denda RM10,000. 

“Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan. Kalau menteri-menteri kerajaan langgar SOP, saya tak tahu lah,” katanya. – 6 Mei, 2021.  

 

DENDA 3000RM

UNTUK PASTIKAN

PEMIMPIN ISLAM

TAK BOLEH

BERTANDING

DALAM PRU 15

AMIN

KES SRC MASIH

DIRAYU

AMIN

BELUM TENTU

SALAH

AMIN

MAKA PROJEK

DENGKI 

DIJALANKAN

KAH KAH KAH