ANAK MUDA
BERSETIA KAWAN
Kenyataan Akhbar: Kemalangan Bot Ekspress Belaga 528
Menjelang hari perayaan
Gawai, sepatutnya harus menjadi suatu hari perayaan yang ditunggu-tunggukan
oleh rakyat Sarawak terutamanya etnik Dayak dan ia diraikan oleh seluruh rakyat
Sarawak. Tetapi pada tahun ini, berlakunya sebuah tragedi kemalangan bot
ekspress yang berlaku pada 28/5/2013.
Tragedi ini berlaku apabila bot ekspress tersebut membawa muatan yang
melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya sebanyak 67 penumpang. Bot ekspress
ini mengalami kegagalan enjin berfungsi dan terlanggar batu lalu karam di Jeram
Tukok/Jeram Bungan. Sehingga kini masih 12 yang masih hilang dan 1 seorang
lelaki berumur 44 tahun telah meninggal dunia.
Bot tersebut telah membawa
penumpang yang melebihi 200 orang penumpang, sedangkan muatan yang dibenarkan
hanya 67 orang sahaja. Pengerusi Lembaga Datuk Roland Sagah telah mengatakan
bahawa pihak beliau akan mengadakan siasatan ke atas insiden ini dan mengambil
tindakan terhadap syarikat bot ekspress tersebut iaitu Kawan Mas. Disebabkan
syarikat tersebut tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan melebihi muatan.
Akan tetapi malangnya, sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kini,
tidak dapat mengembalikan nyawa kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Dua tahun yang lepas, telah
berlaku juga sebuah kemalangan yang membabitkan bot ekspress di daerah Tatau
berhampiran dengan bandar Bintulu. Tragedi kemalangan tersebut telah
mengakibatkan 13 penumpang kehilangan nyawa. Jelas disini, pihak berkuasa
kurang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah berlakunya
kemalangan bot ekspress daripada berlaku di masa hadapan.
Kami sebagai anak muda
Sarawak yang perihatin, kami ingin menuntut pihak Lembaga Sungai Sarawak menyiasat
perkara ini secara telus dan terperincil. Pihak lembaga turut untuk
bertanggungjawab keatas tragedi kemalangan bot ekspress ini.
Lembaga Sungai
Sarawak sepatutnya harus mengawal dan memastikan semua bot ekspress mematuhi
peraturan yang ditetapkan dan tidak melebihi muatan penumpang. Dalam tragedi
ini, adalah menjadi tanda soal kenapa bot ekspress tersebut dibenarkan untuk
bertolak dengan muatan yang begitu ramai. Adakah pengawai daripada Lembaga
Sungai Sarawak menjalankan tugasnya secara professional dan mengikut prosedur
yang ditetapkan?
Selain itu, Lembaga Sungai
Sarawak turut harus meletakkan pegawainya di pelabuhan-pelabuhan bot di kawasan
pendalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memastikan setiap bot ekspress
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Lembaga Sungai Sarawak harus bertanggungjawab
kerana sebagai pihak berkuasa, ia telah gagal memastikan tragedi seperti ini
dielakkan daripada berlaku di masa depan.
Selain itu, kami turut
menuntut bahawa syarikat bot ekspress, Kawan Mas untuk diambil tindakan
undang-undang yang tegas kerana syarikat tersebut telah langgar peraturan yang
ditetapkan dengan membawa jumlah penumpang yang melebihi muatan yang
ditetapkan. Syarikat tersebut sepatutnya memastikan keselamatan penumpang
adalah terjamin sepanjang perjalanan, bukan sahaja ia gagal malah tindakan
syarikat tersebut telah menyebabkan kematian seorang lelaki berumur 44 tahun.
Kami mahu syarikat tersebut disiasat dan lesen pengangkutan syarikat tersebut
digantung.
Walaubagaimanapun, tragedi
kemalangan bot ekspress yang berlaku sepanjang masa ini adalah disebabkan oleh
kegagalan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri membawakan pembangunan yang
sewajarnya kepada kawasan pendalaman seperti Bakun dan Belaga. Selepas 50 tahun
memerintah negeri Sarawak, tidak terdapat jalan raya yang menghubungkan antara
kawasan pendalaman. Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus berusaha untuk
menyediakan jalan dari Bakun-Belaga-Bintulu dan kemudiannya Kanowit-Song-Kapit.
Disebabkan tiada jalan raya
yang menghubungkan kawasan pendalaman, maka kemudahan awam yang ditawarkan
kepada rakyat Sarawak yang tinggal di kawasan pendalaman amat terhadap sekali.
Mereka hanya boleh bergantung pada perkhimatan bot ekspress.
Oleh itu,
permintaan bot ekspress akan naik secara mendadak pada musim perayaan seperti
Gawai tetapi bot yang sedia ada adalah terhadap. Jika terdapat jalan yang
menghubungkan kawasan pendalaman ini, maka permintaan bot ekspress dapat
dikurangkan dan kemungkinan terjadinya kemalangan turut akan dikurangkan.
Oleh itu, kami ingin menyeru
wakil rakyat Sarawak, sama ada ADUN atau Ahli Parlimen untuk membawakan isu ini
untuk dibincangkan di Dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Rakyat agar satu
penyelesaian dapat dicapai. Kami berharap nyawa mereka yang telah terkorban
dalam kemalangan tragedi bot ekspress ini tidak akan disia-siakan. Kami turut
berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mengambil iktibar daripada tragedi
kemalangan ini.
Disediakan bersama:
1.
Suara Rakyat
Sarawak
2.
Buku Jalanan
Kuching
3.
Teori Timur
4.
Sarawak Youth
For Change
5.
Sarawak
Progressive Student Movement
ANAK MUDA
MAHU JAWAPAN
---------