Jumaat, 21 November 2014

DEMO MALAM 31 DISEMBER DATARAN MERDEKA





DEMO 

DATARAN 

MERDEKA 

MALAM 

31 DISEMBER




TINDAKAN HAPUS SUBSIDI PETROL DAN DIESEL ADALAH TERKUTUK, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMANGSAKAN RAKYAT

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran  Najib  telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran  Najib.

Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.

Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Najib  berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:

1.      Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;

2.      Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.

Kegagalan atau keengganan  Najib  mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.

Apa pun alasan  Najib  Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan 
21 November 2014


-------------

LAGI KESAH HADI





HADI LAGI
Ini dari LUDAH pengarang "Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat. Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," ~Nik Aziz “Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah,” katanya."

 ~Abdul Hadi Awang (Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini) Woiiiiiiiii... pokemon betul. Uzur tapi dari Ganu boleh pulak sampai Gombak? Uzur kepala bana lu. Ini memang otak dah uzur. * ** on DARI LIDAH PENGARANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/21/14


---------

MUSTAHIL TAK FAHAM






KOMENTAR
kalau pilihan raya
boleh mengubah apa apa
pilihan raya telah lama
di haramkan di malaysia



apa yang berlaku
membuktikan bahawa
kata-kata diatas
adalah tepat dan ilmiah




apa yang wajib kita fahami disini
bahawa dalam pru kampus pun
parti ketuanan melayu tidak akan
membenarkan pihak lawan menang
parti ketuanan melayu 
akan memggunkan apa saja
untuk memastikan kumpulan jahat memanag

justeru,
mustahil dalam pru14
mereka akan membenarkan
pakatan rakyat menang

UM halang Pro Mahasiswa bertanding Pilihan Raya Kampus
 | November 21, 2014
Bagaimana seseorang yang belum didapati bersalah tetapi telah dihukum oleh universiti dan dilarang bertanding
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mempertikaikan tindakan pentadbiran menangguhkan prosiding terhadap lapan pelajar yang bertujuan menghalang mereka bertanding dalam Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (PRKUM).
Duta Pro Mahasiswa UM, Ammar Atan berkata, peraturan PRKUM yang menyatakan pelajar bersalah di bawah AUKU tidak layak bertanding sebagai tidak demokratik dan tidak adil.
“Bagaimana seseorang yang belum didapati bersalah tetapi telah dihukum oleh universiti dan dilarang bertanding,” katanya pada sidang media di Komplek Perdana Siswa UM.

KAH KAH KAH

woit
kalau tak faham lagi
memang banganglah

KAH KAH KAH








------------

BERITA BAIK UNTUK SEMUA






KOMENTAR
ustaz wan ji dilarang
mustahil boleh dilarang
jika mahu melakukan kebaikan
tauliah
surat kebenaran
semua ini adalah hampeh
digunakan oleh orang jahat
untuk terus berkuasa

memahami kes ini cukup senang
semua jabatan agama ini
diwujudkan untuk memastikan
united malays national oprganisation
terus memiliki kuasa
justeru siapa yang disokong oleh
jabatan agama jenis ini
pastilah mewakili orang jahat

justeru sesiapa yang dibenci
oleh jabatan agama jenis ini
pastilah orang baik

jika muhamad
jika isa
jika musa
memerlukan surat tauliah
memerlukan permit
untuk mengajukan kebaikan
untuk mendakwah
mustahil kita menjadi kita
saperti kita hari ini



Jais larang Wan Ji beri kuliah di surau, masjid seluruh Selangor

Selepas dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik Sultan Selangor, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin menghadapi satu lagi tindakan, dilarang memberikan kuliah atau ceramah di mana-mana masjid dan surau seluruh Selangor.
Menurut surat pekeliling yang dihantar pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), alasan tindakan itu adalah beliau tidak mempunyai tauliah atau permit untuk mengajar agama.
"Dimaklumkan jabatan ini melarang Wan Ji Wan Hussin untuk mengajar/berceramah di mana-mana tempat kerana tidak mempunyai tauliah mengajar/berceramah," kata surat yang ditandatangani Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jais-larang-wan-ji-beri-kuliah-di-surau-masjid-seluruh-selangor#sthash.FwY9tsyF.dpuf

KAH KAH KAH

woit
dua kali ustaz ini
dinobatkan senbagai
ustaz paling cool
pasti sosok ini 
akan tersenarai lagi









KAH KAH KAH


---------

SEJARAH BERULANG LAGI





 BERDEMO 
kecil tua muda
jantan betina
semua keluar berdemo



KOMENTAR
inilah yang berlaku 40 tahun dahulu
hujan turun bulan november
hujan turun bulan disember
harga getah jatuh
harga barang makan naik

maka orang kampong di utara kedah
maka orang kampong di baling
maka orang kampong di sik
maka orang kampong di tikam batu
turun ke jalan raya

sejarah berulang kembali


WARGA 

BALING 
warga baling
warga utara kedah
turun berdemo

Harga getah jatuh, penoreh sengsara 

hilang 66% pendapatan


Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malah hampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.
Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600, hilang kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini.
Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di Negeri Sembilan berkata, hidupnya kini bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais malam makan malam'.
"Kalau dulu boleh menyimpan duit untuk belanja keperluan anak, sekarang dalam buku bank RM1 pun tidak ada.
"Kami tidak ada pilihan selain terpaksa ikat perut lebih-lebih lagi harga barang dan makanan sekarang semuanya mahal," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Sebagai pekebun kecil, beliau terpaksa akur dengan harga getah yang merudum teruk sehingga RM1.60 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.
Lebih menakutkan, beliau tidak dapat membayangkan keadaan dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-getah-jatuh-penoreh-sengsara-hilang-66-pendapatan#sthash.VtI6EnJq.dpuf

PELAJAR
turun berdemo
3 disember 1974 
dataran merdeka untuk pertama kali 
dijadikan tempat berdemo
masjid negara untuk pertama kali
dijadikan tempat berdemo
serjarah dilakar 40 tahun dahulu
--------------

HANYA SATU JAWAPAN





KOMENTAR

hanya satu jawapan
lawan
hanya satu jawapan
turun ker jalan raya
hanya satu jawapan
turun turun turun







Mahasiswa jangan ikut telunjuk UMNO
 | November 20, 2014
Mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan dan segala kebebasan bersuara perlu diberikan kepada mahasiswa.
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini semakin lantang bersuara menentang kerajaan dengan menggesa pelajar Universiti Malaya supaya tidak tunduk kepada kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Katanya, mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan.

KAH KAH KAH

lawan jangan tak lawan
tentang kangan tak tentang
turun jangan tak turun
malam 31 disember
dataran merdeka

KAH KAH KAH



-----------

KESAH EZI DAN JAI #3





MENGANDUNG
Tengok perut ezi tu mcm mengandung.. Nanti bila beranak..Kau jgn buang pulak anak ezi tu tt. on KESAH EZI DAN JAI #2
Anonymous
on 11/11/14

         NAMA SAYA JAI


FAKWA FAKWI

Betul aku setuju. I wanna fuck pig dibolehkan dalam ajaran kominih. Fatwa fuck khinzir ni dah dikeluar oleh Stalin dulu. Sila patuh fatwa ini. Kalau lawan Agong Putin akan ambil tindakan. kah...kah...kah... on KESAH EZI DAN JAI #2
Anonymous
on 11/11/14
ULAR MAK
BAHAYA Sekumpulan spesis ular mamak berkeliaran utk jaga moral melayu islam..kah kah kah... ular semua dah tau... mamak pun dah kenal benar... guna fatwa fatwi gempur melayu... mamak memang suka melayu terus bodoh.... peluang bisnes tu...kah kah kah Bani melayu pulak asyik dengar golongan ular mak nie....lagi pening.... on KESAH EZI DAN JAI #2
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/11/14

          NAMA SAYA EZI

BUDAK BUDAK
Jai dan Ezi ini bebudak baik , bukan bahalol macam jutaan mamat mamat Bahalol yang ada di Malaysia ini. Tok sah risau pasal Jai & Ezi. Banyak bangsa bukan Bahalol sanggup bela kasi makan tidor pada Jai & Ezi ini. Yang penting , jangan di serah pada kaum Bahalol sudah. on KESAH EZI DAN JAI #2
Anonymous
on 11/11/14




-----------

AWAS! BERJAGA JAGA





Pihak hina Islam berdepan tindakan tegas
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil perhatian serius dalam menyekat pihak yang cuba memfitnah dan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW khususnya di media sosial.

Jamil Khir Baharom berkata, untuk menangani isu tersebut kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Islam Negeri (Jain) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalinkan kerjasama bagi mencegah gerakan ini daripada berleluasa.

"Tindakan ini dilaksanakan melalui pemantauan penguatkuasaan, dan penjelasan kepada masyarakat melalui bidang kuasa masing-masing.

"Kita juga jalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kita telah persetujui satu mekanisme khusus bagi atasi  masalah ini," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam)  di Dewan Rakyat, semalam.




KAH KAH KAH

woit
awas
berhati hati
berjaga jaga
wakil tuhan 
telah bersabda

KAH KAH KAH



-----------