SILA TEKA
SIAPKAH
JADONG?
Agamawan ‘jadong’ masih kuasai institusi agama Malaysia
Syed Farid meminta agamawan Malaysia membuat kajian atau bertanya kepada pakar terlebih dahulu, jika tidak memahami sesuatu perkara, bagi mengelakkan mereka membuat kenyataan bodoh.
KUALA LUMPUR: Ahli akademik, Prof Syed Farid Alatas kecewa kerana institusi agama di Malaysia masih didominasi agamawan ‘jadong’ yang sering membuat kenyataan bodoh.
‘Jadong’ adalah singkatan kepada ‘jahat, bodoh dan sombong’ yang dicipta bapanya yang juga ahli akademik dan sosiologi ternama, Prof Syed Hussein Alatas.
Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura itu memberi contoh pandangan agamawan mendakwa wanita tidak menutup aurat lebih berisiko dirogol yang turut menjadi tema khutbah solat Jumaat tahun lalu.
“Kajian menunjukkan rogol bukan disebabkan nafsu seksual, tetapi soal kuasa. Semua perempuan, sama ada tutup aurat atau tidak, berisiko menjadi mangsa. Perogol mahu meletakkan kekuasaan mereka terhadap sasaran.
“Ulama maknanya orang yang berilmu. Jika tiada kepakaran mengenai sesuatu perkara, buat kajian atau tanya pakar. Jika tidak, anda adalah apa yang bapa saya sifatkan sebagai ‘jadong’ – jahat, bodoh, sombong,” katanya ketika menyampaikan syarahan pada ‘Seminar Islam tanpa Sektarianisme’ anjuran Islamic Renaissance Front (IRF), semalam.
“Baru-baru ini, timbul pula idea meruntuhkan tugu. Kita juga bersalah, tanya soalan bodoh dan kita akan mendapat jawapan bodoh,” katanya yang turut mengkritik sebahagian golongan akademik masih berpegang kepada pandangan mazhab Syiah berasal daripada Abdullah bin Saba’.
Beliau berpendapat, Abdullah adalah mitos yang sehingga kini dianggap majoriti golongan Sunni sebagai punca wujudnya mazhab Syiah.
Abdullah dikatakan adalah orang Yahudi yang memeluk Islam ketika pemerintahan Saidina Ali Abi Talib dan mewujudkan mazhab Syiah untuk memecahbelahkan umat Islam ketika itu.
Menurut Farid, sejarawan Sunni, Syiah dan Barat mempunyai pandangan berbeza mengenai Abdullah, malah ada yang menganggapnya rekaan sejarahwan kurun ke-8, Sayf Ibn Umar.
“Tentulah hebat apabila keadaan semuanya sempurna dan harmoni sehinggalah seorang individu (Abdullah) muncul dan Syiah hari ini wujud kerana konspirasi seorang individu itu.
“Dalam seminar mengenai Syiah sebelum ini, ada ahli akademik menganggapnya sebagai fakta…tidak mengambil pendekatan kritikal, inilah cendekiawan kita yang tidak bermutu (mediocre),” katanya.
Baru-baru ini, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dilaporkan berkata, pembinaan replika tugu helang di Langkawi adalah haram dari segi Islam dan patut dirobohkan kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
Zamri membangkitkan perkara itu ekoran surat rasmi daripada sebuah PBT yang ingin tahu hukum membina replika burung helang.
Replika helang setinggi 12 meter yang dinamakan Tugu Lang di Dataran Lang adalah mercu tanda Langkawi dan isu perobohan yang hanya timbul selepas 20 tahun dipersoalkan pelbagai pihak.
SIAPA DIA
RAJA SEGALA
JADONG?
WAJIB ADAKAN
MUSABAKAH
JADONG SEDUNIA
KAH KAH KAH
-----------