Rabu, 24 Mac 2021

HAMID BADOR BOCOR RAHSIA NYPD

 


WAJIB TONTON

HAMID BADOR

BOCOR RAHSIA

NYPD

PERLU ADA SURUHAN JAYA DIRAJA - RASUAH DALAM PDRM







PERLU ADA

SURUHANJAYA DIRAJA

RASUAH PDRM 


Francesco Vincent Serpico (lahir 14 April 1936) adalah seorang  mata-mata gelap bersara Amerika. Berkhidmat dengan Jabatan Polis Kota New York (NYPD), Serpico terkenal kerana memberi maklumat mengenai rasuah polis pada akhir 1960-an dan awal 1970-an, tindakan yang mendorong Datuk Bandar John V. Lindsay melantik Suruhanjaya Knapp yang terkenal untuk menyiasat jabatan tersebut.

Kemasyhuran Serpico datang setelah terbit filem Serpico tahun 1973 - Filem ini  didasarkan pada buku dengan nama yang sama oleh Peter Maas dan membintangi Al Pacino dalam peranan utama, yang mana Pacino mendapat pencalonan Oscar.

KALAU GEMOK BAHAYA KENAPA TAK HARAMKAN MEK DOGAL

 



KALAU GEMOK

BAWA BAHAYA

KENAPA TAK

 HARAMKAN

 MEKDOGAL

Unknown commented on 

"LAPORAN KESEHATAN 

MENIMBULKAN CURIGA"

TT, gwa fikir apa yang saudara MDM tulis tentang tahap kesihatan rakyat ada lojik. Ada yang hadapi masalah kesihatan kerana tabiat yang gemar manis, masin dan goreng; dan budaya makan lewat malam dan berlebihan. Ini bukan pasal suntik vaksin. Rakyat perlu juga sedar kobid akan terus berleluasa, tak lesap. 


Kalau tak buat apa-apa, ekonomi terus tutup, yang parah, rakyat biasa, bukan politikus. Sebab tu, rakyat mesti suntik vaksin. Ada imunasi kelompok, maka ekonomi buka semula, rakyat ada kerja, ada duit. Kalau tak nak suntik, rakyat kena peluk sesama sendiri dan tunggu mati kobid atau mati kebuluran.

SEMUA JADI LARRY

 


SEMUA JADI

LARRY LARY

LARI

KAH KAH KAH 


300 ahli keluar PKR, 

sertai Gerakan

Kecewa dengan perebutan dalaman kepimpinan dan mengabaikan kepentingan rakyat, seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat bertindak keluar dari parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pengerusi Gerakan Perak See Tean Seng berkata, ahli parti tersebut telah keluar dari PKR setahun lepas dan kini secara rasmi menyertai mereka selepas pihaknya menerima borang permohonan keahlian.

“Setakat ini seramai 300 bekas ahli PKR dari Ipoh barat telah menyatakan hasrat menyertai kami. Daripada jumlah itu, kira-kira 50 borang keahlian telah lengkap diisi dan diserahkan. Ada juga borang yang yang masih dalam proses penelitian pihak kami.

“Kami terima penyertaan mereka dan akan memberikan penerangan mengenai perjuangan kami,” katanya dalam sidang media di Wisma Gerakan Ipoh hari ini.

Sementara itu, seorang wakil dari kumpulan bekas ahli PKR Ipoh Barat tersebut, Alfaizal Shahul Hamid, 44, berkata, keputusan yang dibuat mereka itu adalah disebabkan perebutan kuasa yang sering berlaku dalam kepimpinan PKR, selain tidak mengendahkan masalah rakyat sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk rakyat. Oleh itu, saya sertai ahli-ahli yang lain mengambil keputusan untuk keluar parti,” katanya dalam sidang media yang sama.


PKR BOLEH

DISELAMATKAN

JIKA ANWAR

TIDAK JADI AHLI

AMIN 



PERSAMAAN DUA SOSOK

 



HAMID BADOR 

INI MUKA

HAMID  BADOR

NYPD 




FRANK SERPICO

INI MUKA

FRANK SERPICO

PDRM 





INI MUKA

HAMID BADOR

DAN

AL PACINO 




INI MUKA AL-PACINO

MENYAMAR

JADI HAMID BADOR 



PASAI APA LARRY ?

 


PASAI APA

LARRY?

KAH KAH KAH 


300 ahli keluar PKR, 

sertai Gerakan


HOW WAT

TAK SOKONG

ABANG NON

KAH KAH KAH 

PANTUN PETANG INI

 


PANTUN 

PETANG INI 

Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 372"


Bakar colok Datok gong, 
Telor rebus nasi lemak,
 Hal jolok lubang punggung,
 Paling bagus madey mamak.


 Nyonya bawa apam,
 Apek bawa limau, 
Nyonya manyak tembam, 
Apek hari2 mau.

SOKONG JANGAN TAK SOKONG

 



PATUTLAH

YB SAMSUL

SOKONG NAJIB

AMIN 

Kes 1MDB 

‘pendakwaan terpilih’,

 kata Anwar kepada

 ahli Parlimen PKR

BERAT

MAKIN BERAT

KAH KAH KAH 

PERSAMAAN

 



APA YANG SAMA

 

Unknown commented on 

"APA PERSAMAAN ?"

Bagi jaket & seluar kulit, gel rambut, cat muka ... dua sosok ni jadi Mat Rock!

FARMASI KERJA JUAL UBAT CARI UNTUNG

 



FARMASI 

KERJA JUAL UBAT

CARI UNTUNG

Arymanchino commented on 

"LAPORAN KESEHATAN 

MENIMBULKAN CURIGA"

Woi benda yg logik pun xblh faham.Mcmane jadi famasis?Gemok dan kencing manis tak berjangkit lah mcm bodoh juga.Duduk lah seribu org pun dekat2 mane blh jangkit.Contoh Mak Badak,berapa ramai yg dok keliling dia,mane jadi gemok.Ziana tetap slim..Tak mcm Covid.Satu org hinggap je,habis semua kena korek.

CUACA REVOLUSI PASCA KOBID

 


CUACA REVOLUSI

PASCA KOBID 

BUDAK CHINA DAN BUDAK MELAYU


BUDAK CHINA

DAN

BUDAK MELAYU 

Emak aku berasal dari Kampung Tengah Tengkek  Kuala Pilah. Abah  aku lahir dari kampung Chenor  Kuala Klawang Jelebu. Mereka bertemu dan jatuh cinta di Pelangai Kuala Pilah.  

Abah aku dari Kampung Chenor  menyemenda ke keluarga sebelah perempuan ke Kampung Tengah. Menyemenda ini adalah konsep peraturan Adat Perpatih di mana Sang Suami wajib mengabadikan diri kepada keluarga sebelah perempuan.

Perempuan adalah kunci kekuatan Adat Perpatih. Dalam istilah kajian sosiologi moden Adat Perpatih mengamalkan sistem matrilineal.

Di  Tanah Melayu hari ini wujud dua daerah yang di panggil  Chenor. Satu daerah Chenor berhampiran dengan Temerloh Pahang . Dan satu lagi Kampung Chenor di Jelebu Negeri Sembilan.  Chenor Pahang dan Chenor Jelebu ini ada pertalian rapat. Manakala Jelebu satu daerah dalam Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pahang.

Ketika aku masuk darjah satu  tahun 1957 di Sekolah Umum Kuala Klawang B -  aku telah mendengar surah tentang asal usul nama Jelebu. 

Nama Jelebu ini  diriwayatkan sebagai nama dari  seorang   Tok Batin Orang Asli  yang mati  lemas dalam Sungai Teriang. Mayatnya Tok Batin ini  tidak dijumpai. Kemudian kebun peninggalan Tok Batin Jelebu ini ditumbuhi oleh buah labu yang menjalar subur. Semangat Tok Batin ini dikatakan menjelma dalam labu. Dari  labu yang menjalar subur ini  menjadi Jelebu .

Aku yakin tentang kebenaran pertalian dua surah ini.  Daerah Jelebu banyak diduduki oleh Orang Asli. Di setiap hujung kampung  Melayu di Jelebu akan kedapatan perkampungan Orang Asli. 

Di Kampung Kemin dan Kampong Kelaka di Ulu  Klawang ada kampung Orang Asli.  Di Gelang Petasih ada  kampung Orang Asli. Di Kenaboi Chennah ada kampung Orang Asli. Di Kerangi  Pertang ada kampung  Orang Asli. 

Dari segi sejarah  kita memahami bagaimana  Orang Asli ini telah diasak oleh pendatang baru Pro-Melayu  yang kemudiannya   menjadi Melayu.

Atau mengikut surah Tok Wan aku yang bukan ahli sejarah atau sosiologi  perbezaan  antara kami yang jadi Melayu dengan Orang Asli hanyalah kerana tujuh  keturunan dulu  kami   telah menerima Muhamad sebagai Tok Penghulu. Itu sahaja. 

Tok Wan aku tidak menggunakan konsep Nabi untuk Muhamad. Tok Wan aku hanya memakai darjat Tok Penghulu untuk menerangkan sosok yang bernama Muhamad kepada aku cucunya. Konsep  Tok Penghulu ini lebih menyakinkan  aku  budak Sakai dari suku Biduanda.

‘ Kito dengan  rayat ni  samo...  kito terimo Tok Penghulu kito Muhamad...   Rayat tak ado...’  Tok Wan aku memberi pencerahan siapa Muhamad ini.

Orang Melayu di Kampung aku  menggunakan – rayat – untuk mengklafikasikan  Orang Asli. Konsep Orang Asli  dan Orang Asal ini semuanya sampai kemudian.  Sakai dan rayat  ialah  perkataan asal dalam alam dimana  aku dibesarkan.

Ke Jelobak ke Jolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat Jelobo
Tak merano badan merasai

Pantun ini adalah simbol Jelebu. Mustahil ada warga  Jelebu yang tidak pernah mendengar pantun ini. Padi simbol kehidupan. Manakala komat ialah ilmu  Sakai.  Komat ini ilmu yang bersangkutan dengan ilmu cinta kasih sayang. Minyak cenduai, minyak kekasih, buluh perindu ubat guna-guna – semua ini adalah komat Sakai.

 Jika Sakai ini mengenakan ilmunya maka sasaran akan merana. Merasai ini ialah kecewa yang maha sangat hingga membawa maut. Mati  kering seperti belalang yang menjadi mangsa perangkap   labah-labah.

Pantun adalah bahasa pengucapan  yang digunakan untuk  menggambarkan adat istiadat budaya warga Jelebu.

Sungai Petasih airnya doreh 
Kayu lalu lintang pukang
Adat Petasih amatlah koreh
Anak daro boleh diutang

Pantun ini melawak dan menganjing pada  adat istiadat warga Kampung Petasih  satu mukim dalam daerah Jelebu. Dilawakkan bagaimana adat kampung ini amat keras sekali hinggakan anak  gadis  dari Kampung Petasih  ini boleh dikahwini dengan berhutang.

Dari mana asal usul Kampung Chenor Jelebu?

Kesahnya bagini: Datuk Nenek Moyang aku – Datuk Panglima Hitam  -  disebelah keluarga Abah aku  berasal dari Rawa Sumatera yang tinggal di wilayah Temerloh Pahang. Panglima Hitam ini ada empat orang anak lelaki. Lisut, Sahu,  Monek dan Sak.

Lisut anak kedua Panglima Hitam  telah berkahwin dengan  Teriah anak perempuan ketiga dari Tok Jah cucu kepada  Tok Da. Tok Da ini ialah  salah seorang dari Orang Kaya Berempat Temerloh.

Lisut  telah mendapat derajah gelaran Datuk Dagang manakala abangnya  Sahu  telah mendapat gelaran  Datuk Balang. 

Krisis berlaku antara Panglima Hitam dengan Megat Terawis dari wilayah Telok Intan Hilir Perak. Maka anak Panglima Hitam  telah mengundur. Mereka bergajah meresap ke wilayah baru.  Datuk Dagang Lisut  dan abangnya  Datuk Balang Sahu membuka perkampungan baru di tanah subur di pinggir Sungai  Teriang. 

Untuk mengingati kampung  Chenor Temerloh  yang telah mereka tinggalkan maka kampung baru yang mereka buka ini diberi nama Kampung Chenor. Amin.

Di zaman itu perkahwinan  telah digunakan sebagai  ciri budaya  untuk mengikat rapat tali persaudaraan.

Maka untuk terus merapatkan kaum keluarga - anak lelaki  pertama dari Raja Balang Sahu bernama Manaf dikahwinkan dengan anak  perempuan kedua dari  Datuk Dagang Lisut bernama Fatimah.   Dua sepupu ini  - Manaf dan Fatimah menjadi suami isteri.  

Datuk Dagang Lisut dan   Raja Balang Sahu telah menjemput warikh dari sebelah Pahang untuk meramaikan Kampung Chenor. Justeru hari ini  Kampong Jelin, Kampung  Chenor hingga ke Kampung Kampai   - jarak sejauh   tiga atau empat batu semuanya perkampungan anak cucu cicit Datuk Dagang Lisut dan Raja Balang Sahu.

Jalan moden dari Chenor ke arah Karak ,  Pelangai Pahang dan Temerloh yang ada pada hari ini adalah jalan denai gajah yang diteroka oleh Raja Balang Sahu dan Datuk Dagang Lisut. Aku sendiri sempat melihat  Tok  Baharum  - Tok Saudara aku   yang masih memilihara sekor gajah di Pelangai Pahang.

Ketika Kampung Chnor dibuka  Tanah Melayu telah menjadi tanah jajahan Baginda  Queen.  Pentadbiran Inggeris telah merayap dan meluas. Kuala Klawang telah menjadi pusat pentadbiran Inggeris.  Di Jelebu Orang Melayu  bersawah dan menoreh getah.  Orang Asli masih lagi mengumpul dan memburu bahan makanan. Pendatang China meniaga, berkebun dan membijeh di Titi.

Tok Manaf dan Wan Fatimah telah mendapat 8  orang anak. Abah aku Rais adalah anak  ketiga. Tok Manaf  memiliki  tanah sawah yang  agak luas. Melalui usaha  Tok Manaf  dan tenaga gotong royong  sebuah  kincir untuk menaikkan air dari Sungai Teriang ke sawah padi telah didirikan.  Bersawah masih menjadi gaya hidup  di Kampung Chenor.

Kincir air ini  di buat dalam sungai tidak jauh dari  tanah pusaka tapak rumah  yang aku warisi sekarang. 

Pada ketika ini ramai pendatang China yang duduk di kampung-kampung Melayu. Pendatang  China ini  bercucuk tanam membuat kebun sayur dan buah-buah dalam kawasan kampung Melayu.  Ada juga China yang meneroka tanah kerana ketika ini  banyak  tanah kosong  tidak ada pemilik.

Satu keluarga China Hokkien  dari pekan Kuala Klawang  telah datang untuk menumpang di tanah milik Tok Manaf.   Dengan senang hati Tok Manaf telah memberikan kawasan pertanian dan  tapak rumah kepada keluarga Hock Lim. 

Keluarga China ini telah  mendirikan rumah di tepi sungai tidak jauh dari kincir air Tok Manaf. 

Pada hemat aku ketika keluarga China ini datang nak menumpang di tanah Tok Manaf pastilah hubungan  silatul rahim hubungan Melayu China intim.  Aku rasa Datuk aku dengan senang hati memberikan tanahnya tanpa mengira  sewa membuktikan tidak wujud  perasaan bersinggit dan rebut merebut punca  ekonomi.  

Budaya nak jadi kaya rasa belum disemaikan  lagi pada Bani Melayu. Fahaman benci China  dan benci pendatang ini belum tersemai lagi. Tanah Melayu masih luas  dan lapang. Sesiapa sahaja boleh mencari makan.

Aku yakin dengan teori sosial aku ini. Hujah aku disokong oleh fakta:  di wilayah Gagu Jelebu  pendatang  Minang  berduyun-duyun masuk membuka kampung.  Di wilayah Kerangai  suku Mendiling datang berkumpulan  meneroka tanah.  Inilah   susur galur Jelebu  lebih dari  seratus tahun dahulu. 

China Hock Lim  dengan isteri ada empat orang anak – dua lelaki awal diikuti dengan  dua perempuan.  Anak kedua aku kenali sebagai Ah  Meng.  Si Ah Meng ini dalam lingkungan umur yang sama   dengan  Pak Teh   Ramli adik kepada Abah aku. Pak Teh Ramli ini lahir dalam tahun 1930.

Dalam lingkungan umur yang sama  Ah Meng  membesar berkawan rapat dengan anak-anak Tok Manaf.  Ah Meng paling  suka berkawan rapat dengan Pak Teh Ramli kerana mereka sebaya.  Ah Meng juga menjadi kawan baik dengan Abah aku yang dipanggilnya Abang Andak.   Malah keluarga  Hock Lim ini  boleh di tafsir menjadi  keluarga  Tok Manaf.

Kesah dan surah ini aku pungut dari perawi ke perawi sahih. Ketika babak-babak ini dipentaskan aku belum lahir  lagi. Abah aku dan Emak aku masih belum berkenalan.  

‘ Lepas  kahwin... Abah kau bawak Mak  ke Chenor... ni kali pertama Mak sampai ke Chenor... datang rumah Wan Timah... Mak nampak ada Chino dalam rumah... Mak ingat Chino tukang rumah... Mak segan  nak  bertanya ... tapi bila malam sampai Mak nampak Cino ini pakai kain sarong pulak...’   Surah Mak aku yang masih cerah dalam ingatan aku. Surah  kali pertama Mak aku  bertandang ke rumah mentuanya  di Chenor.

‘ Chino ... macam mana Mak..’ Aku mendesak ingin tahu.

‘ Muda sikit pada Abah kau... Chino bujang...Lepas tu... dia panggil Mak... kakak... kakak.. tumpang lalu  laaa... menunduk mintak lalu ...pandai pulak budak Chino    adat Melayu... ‘ Mak aku menerangkan bagaimana Ah Meng  fasih berbahasa Melayu lorat Negeri Sembilan.

“ Esoknya Mak tanya Abah kau...  barulah Abah aku  bukak cerita... Ah Meng ni  adik Abah kau... adik angkat’ Emak aku menyampaikan surah yang kini sedang aku sambung untuk jadi ingatan anak semua bangsa dan bangsa semua agama.

‘  Kito ado  Pak Sedaro Chino ke...?”  Mata aku terbeliak bila mendapat tahu bahawa Abah aku ada adik angkat China. Ketika aku mendengar surah ini aku masih belum masuk sekolah.

Lalu aku terbayangkan  anak anak Tok Manaf – Pak Ngah, Pak Itam, Pak Teh dan Pak Cik bermain-main sama dengan anak China  yang duduk tepi sungai  belakang rumah. Meriah mereka mandi manda dalam sungai  tepi kincir.

Pada Ahad 21 /3/2021 aku menalipon  Aishah Manaf   adik perempauan Abah aku - anak bongsu Tok Manaf dan Wan Timah. Kami semua panggil Mak Saudara aku  ini dengan panggilan Mak   Chu Busu. Aku menalipon   untuk  mengsahihkan  kesah budak China dengan budak Melayu.

‘ Ingat lagi... Mak Chu ingat...dia bawak Mak Chu  pegi mandi dekat kincir...’   Mak Saudara aku ini  masih ingat lagi bagaimana Ah Meng membibit  tanganya untuk dibawa ke tepi sungai melihat kincir. Ingatan  Mak Chu  Busu aku ini masih cerah walau pun  dia dilahirkan tahun 1938 sebelum Jepun sampai. Aku yakin  surah ini  dari  seorang perawi sahih.

Aku  sendiri tidak sempat melihat kincir Tok Manaf. Bila aku mula berupaya melihat dan merakam  ingatan kicir Tok Manaf telah lama runtuh.  Kesan-kesan tidak wujud. 

Aku hanya ditunjukkan tempat kincir ini didirikan. Malah aku tidak sempat bertemu dengan Tok Manaf.

Bila aku masuk  ke sekolah Goverment English School GES – Kuala Klawang  pada tahun 1961 baru aku ada peluang melihat gambar kincir dari negara Belanda. 

Ketika aku di  Belanda aku berpeluang melihat betul-betul  kincir air yang kini menjadi barang warisan.  Ketika itu aku  teringat  dengan kincir Tok Manaf. Alangkah baiknya jika  kincir Tok Manaf aku masih  ada untuk dijadikan  warisan sejarah.

Kesah  budak China bernama Ah Meng yang berkawan dengan  budak Melayu anak Tok Manaf  ini menjadi panjang lebar menurut surah Mak aku.

Oleh kerana  suka bermain dengan Pak Teh aku menjadikan Ah Meng selalu bermalam  di rumah Tok Manaf.  Biasanya  di sebelah  paginya  dia akan pulang ke rumahnya di tepi sungai  belakang kampung. 

Ada satu ketika Ah Meng bermalam  - satu malam – dia tak pulang – sambung jadi malam kedua dia  tidak juga pulang ke rumahnya. Tok Manaf jadi risau nanti ayahnya tercari-cari.  

Lepas  malam ketiga ayahnya menyusul. Ayah Ah Meng marah kerana anaknya tak pulang-pulang.  Hock Lim menarik  tangan  Ah Meng dan membawa anaknya pulang.

‘ Mak dengar... ayah Ah Meng ini garang... dia ada kena rotan...’  Emak aku memberi alasan kenapa Ah Meng lebih suka duduk di rumah Tok Manaf dari duduk di rumah dengan keluarganya.

‘ Dia pun suka ada kawan-kawan dengan  Pak Teh kau...dia pandai panggal Abah  kau Pak Andak...ayah dia rotan dia... ayah dia garang...’ Emak aku menjadi pakar  saikoloji untuk  menerangkan pada aku  tentang  kenapa Ah Meng tak hendak pulang ke rumah sendiri.

Berberapa minggu kemudian Ah Meng  datang kembali bermain dengan Pak  Teh aku.   Bila senja sampai dia tak pulang. Dia bermalam di rumah Tok Manaf.  Dua malam dia tak pulang. Hari ketiga   Tok Manaf dan Pak Teh aku hantar Ah Meng pulang.

‘ Satu hari Ah Meng terus tak nak pulang lagi ke rumah ayahnya... ayah nya datang dia lari....lari hilang ...’

‘ Hilang ke mana Mak...’ Aku tertanya-tanya.

‘ Laa kau ni tak sabar... nanti dulu... biar Mak baca  surat khabar ni...’ Emak aku berhenti bercerita kerana  dia hendak rehat dengan  Utusan Melayu.

“ Nanti  Mak sambung..’

Aku tak sabar menunggu apa terjadi dengan Ah Meng budak China yang berkawan dengan budak Melayu cucu Datu  Raja Balang Sahu dan Datu  Dagang Lisut. Kemana agaknya budak China ini menghilang? (TT)


TULISAN INI
MUNCUL JUGA DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/24/budak-cina-dan-budak-melayu/



HAMID BADOR BERSAMA RAKYAT

 



TETIBA

MALAYSIA 

MENERIMA

SATU SOSOK

YANG JUJUR

AMIN

APA JADI ?

AMIN

SOSOK INI DI GASAK

SOSOK  DI KEPONG

NAK DIHENTIKAN

DARI BUAT 

KERJA JUJUR

 DAN BAIK BAIK

AMIN



PDRM bukan institusi yang boleh diperguna mana-mana pihak, kata KPN

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bukan sebuah institusi yang memperjuangkan kelompok politik tertentu malah jauh sekali boleh dipergunakan mana-mana pihak, tegas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Beliau yang menjadi tonggak sang saka biru di bawah dua pentadbiran perdana menteri selepas dilantik pada Mei 2019 hingga kini berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang tekanan dalam menggalas tugas serta melaksanakan perubahan dalam pasukan itu. 

“Saya bebas melakukan tindakan seperti memperbetulkan pasukan dengan merombak PDRM supaya kerajaan juga akan turut dapat nama baik…apabila kerajaan dapat satu pasukan polis yang dinamik dan tidak (mengamalkan) rasuah, ini sekali gus menguntungkan kerajaan dan orang ramai,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata tindakan beliau membawa perubahan dalam pasukan termasuk memperjuangkan isu-isu berkaitan penyelewengan, dadah dan salah laku anggotanya adalah bukti pasukan itu telus dalam memerangi jenayah di negara ini.

Beliau berkata langkah itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis yang sebelum ini didakwa mudah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya tidak mahu jadi pasukan yang tidak berubah kononnya undang-undang boleh dikompromi contohnya boleh bawa masuk dadah, telefon bimbit dan rokok di dalam lokap selain membiarkan kejadian rogol dalam lokap yang menimbulkan ketakutan masyarakat.

“Saya nak memperoleh kepercayaan dan penghormatan (masyarakat) sebab itu saya hendak buktikan komitmen polis dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan beberapa agensi dalam kerajaan seperti PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan ‘senjata politik’ bagi menjalankan siasatan dengan objektif mengambil tindakan terhadap pemimpin politik pembangkang.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pencerobohan laman sesawang, Abdul Hamid berkata pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk kemungkinan pencerobohan terutama menerusi laman sesawang.

“Ada kumpulan (menceroboh laman sesawang kerajaan) yang kami sudah kenal pasti dan juga telah didakwa…siasatan kami mendapati mereka berbuat demikian untuk tujuan suka-suka, bermegah kononnya mahu menunjukkan mereka hebat,” katanya.

Jelasnya lagi, setakat ini serangan di laman sesawang kerajaan baru-baru ini tidak menunjukkan tindakan mereka untuk mendedahkan rahsia kerajaan bagi kepentingan kuasa lain. – Bernama, 24 Mac, 2021.

ORANG RAMAI

RAKYAT BIASA

WAJIB SOKONG

PERTAHANKAN

SOSOK JUJUR

AMIN

BUKAN SELALU

KETUA PDRM

MEMBUAT UCAPAN

MEMBUAT DASAR

MEMBUAT KENYATAAN

SAPERTI INI

AMIN

DIHARAPKAN

HAMID BADOR

MENERUSKAN TUGAS

HINGGA SELESAI

AMIN



NASIHAT UNTUK SAJAT - JANGAN NAIKKAN SYAWAT PAK LEBAI




NASIHAT 

UNTUK SAJAT

JANGAN NAIKKAN

SYAWAT PAK LEBAI

bima sakti commented on 

"SOALAN UNTUK TUAN GURU"

Kepado yg berkenaan...atok raso kes kotey Sajat ni jangan Di perpanjangkan lagi... Cukup cukup lah menjojak kotey Sajat tuh... Kito focus dgn menagani gejalo kobid19 ni bersamo... Tidak dilupokan jugak nasihat kepado Sajat ... 


Lain Kali jangan dijuluk datang tabuan .. Nak jadi pondan jadi lah tapi jangan lah buat bikini FOTO shoot .. sesuko Hari Kau Ber bikini Bagai ... Melopong mulut Pak aji Pak aji sheikh salam albersampul...

AL-FATIHAH - SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

 


AL-FATIHAH

SUDAH JATUH

DITIMPA TANGGA

TERPEGANG TAHIK

APA PERSAMAAN ?

 



APA
PERSAMAAN
SOSOK INI ?



DENGAN

SOSOK INI ?