Isnin, 13 Mac 2023

KRIISIS KAPITALISMA SEKALI LAGI



INGAT 1998

INGAT 2008

AMIN

KRISIS

KAPITALISMA

MULA SEKALI LAGI

KHALAS

APAKAH NAJIB AKAN DIBEBASKAN ?



Keputusan permohonan semakan kes SRC Najib pada 31 Mac

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan 31 Mac untuk menyampaikan keputusannya dalam permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Tarikh keputusan itu disahkan oleh seorang daripada peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli menangguhkan keputusan mahkamah pada 28 Februari lalu selepas mendengar penghujahan selama enam hari daripada peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.

Empat lagi hakim menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Pada 23 Ogos 2022, Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu kemudian memfailkan permohonan semakan mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, dalam usaha membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan, hukuman penjara dan denda.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Hakim Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun dan keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Sepanjang prosiding selama enam hari itu, Shafee berhujah panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan Najib melakukan kesilapan asas dalam undang-undang dengan tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan tidak membenarkan bekas peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Bagaimanapun, Sithambaram berhujah tiada pelanggaran keadilan semula jadi atau ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah dalam kes itu kerana pihak pembelaan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan terakhirnya tetapi Hisyam memilih untuk tidak mengambil peluang yang diberikan atas alasan beliau tidak bersedia. – Bernama, 13 Mac 2023. 


WOIT

KALAU NAJIB

MENANG APA

MAKNANYA

AMIN

APAKAH ADA

ULANG BICARA

ATAU BEBAS

AMIN

KHALAS

FAHMI REKRUT ALLAH


Tak pernah arah tutup akaun media sosial, ia fitnah dan saya tuntut di akhirat – Fahmi

JOHOR BAHRU –  Tohmahan kerajaan mengamalkan pentadbiran kuku besi merupakan tohmahan musuh politik kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, amalan kuku besi yang tidak membenarkan kebebasan bersuara tidak diamalkan dan ia dikukuhkan lagi apabila tiada sebarang akaun media sosial diarah tutup oleh kerajaan.


Namun kebebasan bersuara bukan melibatkan kenyataan atau perkongsian berunsur fitnah.

“Memang betul kita boleh posting di Facebook tetapi kalau hantaran kita itu adalah fitnah maka kita boleh ditahan. Jikalau kita membuat ugutan kita boleh ditangkap.

“Jadi saya tegaskan hak untuk bersuara itu ada dan sesiapa yang berkata kerajaan ini bersifat kuku besi itu semua adalah fitnah belaka.

“Kita (kerajaan) masih terbuka dan setakat saya menjadi menteri, saya tidak pernah arahkan satu akaun pun ditutup. Tidak ada dan jika ada sesiapa yang membuat tuduhan liar seperti itu, semuanya adalah fitnah belaka semata-mata dan saya akan tuntut di akhirat nanti,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di Dewan Raya Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dalam perkongsian di platform media sosial.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden kumpulan popular Indonesia iaitu Radja Band yang menerima ancaman bunuh selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Sabtu lalu – pihaknya memandang serius soal keselamatan melibatkan artis termasuklah penggiat seni luar negara.

“Berhubung kejadian tersebut, kita serahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan dimaklumkan ada beberapa individu telah ditahan,” jelasnya.

WOIT

FAHMI NI

DAH JADI

KAKI TANGKAP

ORANG

KAH KAH KAH

LEBIH RAMAI

DARI SAIFUDIN

MENTERI KDN

KAH KAH KAH

DULU ISA SAMAD

NAK JUMPA

LEPAS MATI

SAPA TAK UNDI DIA

DI PADANG MASHAR

KAH KAH KAH

HARI INI FAHMI

NAK JUMPA 

DI AKHIRAT

KAH KAH KAH

WOIT

BERAPA BILON

ORANG DI AKHIRAT

KAH KAH KAH

NAK JUMPA 

MACAM MANA

NAK KENAL MUKA

KAH KAH KAH

INI MESTI

FAKES NEWS

TOK ARAB

KAH KAH KAH

KHALAS

LAGI AUTA KEELING


Selepas Wee, pengimport telur kini ancam mahu saman Azmi


Syarikat tunggal yang diberi kontrak khas untuk mengimport telur dari India menyerang pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali, mengancam untuk menyaman bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu hanya beberapa hari selepas menghantar surat tuntutan kepada Presiden MCA Wee Ka Siong.

Ancaman terbaru syarikat itu, J&E Advance Tech Sdn Bhd, hadir dua hari selepas ucapan Azmin yang mengatakan sebuah syarikat dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dianugerahkan kontrak itu melalui rundingan terus.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan yang dilampirkan bersama serangan terhadap kecenderungan politiknya, berkata Azmin terdesak “untuk mencipta suatu pengalihan dari isu bagi mengambil pendekatan ‘pintu belakang’ kegemarannya dengan menggunakan ‘lame spin’ dari suatu pengimportan telur biasa kepada satu senario palsu mengenai ‘rundingan terus’ oleh Kerajaan Malaysia untuk ‘membeli telur import’ dari kami”.


Menurut syarikat itu ia hanya mengimport telur sebagai “langkah sementara” semasa musim perayaan bagi membantu menyelesaikan kekurangan yang serius di pasaran “yang menyebabkan kami memohon kebenaran daripada kerajaan Malaysia untuk mengimport telur”.

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan dua pemegang saham dalam syarikat itu iaitu Jeena Giri dan Shahrizal Ahmad, kedua-duanya adalah pemegang saham berjumlah RM850,000.

Azmin tidak menamakan J&E Advance Tech dalam ucapannya di pusat tarbiyyah PAS di Gombak semasa majlis yang dihadiri pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada malam Sabtu.

Bulan lalu, syarikat yang sama menghantar surat tuntutan kepada Wee berhubung perbahasannya di Parlimen yang mempersoalkan kualiti telur dari India.

Wee berkata kiriman surat peguam itu menghairankan kerana ucapan itu dibuat atas kapasitinya sebagai wakil rakyat yang berucap di Dewan Rakyat, malah beliau juga tidak menamakan mana-mana pihak.

"Saya tidak menyebut nama tetapi saya masih kena saman," katanya.

Minggu lalu, sebuah blog mempersoalkan kaitan Deepak dalam langkah mengimport telur dari India, dan menerbitkan gambarnya bersama Mohamad Sabu sewaktu penerbangan mereka ke Chennai, India.

MalaysiaNow cuba mendapatkan maklum balas daripada Mohamad dan Deepak untuk mengesahkan gambar tersebut namun tidak berjaya.

Nama Deepak menjadi perhatian selepas mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Beliau juga menyaman Najib dan Rosmah atas dakwaan konspirasi yang didakwanya menyebabkan beliau mengalami kerugian.

WOIT

KAH KAH KAH

NAK SAMAN

TERUS SAMAN

KAH KAH KAH

CAKAP CAKAP

BUAT APA

KAH KAH KAH

NAK JADI

RAMASAMY KE

KAH KAH KAH

HEBOH SATU

TEMPAYAN TAPI

MINUM SATU KOLE

KAH KAH KAH

KHALAS

BANJIR SEMAKIN SURUT



BANJIR

SEMAKIN SURUT

TAPI AIR MASIH 

TERMENUNG

KHALAS

PENDAKWAAN TERPILIH



MEMANG

PENDAKWAAN

TERPILIH

KAH KAH KAH

DIPILIH UNTUK

DI JIMATKAN

KHALAS


Unknown commented on
 "MUHYIDN HANYA 
BERDOA & BERCAKAP"

bangang tul geng2 PN ni..mmg la pendakwaan terpilih sb hanya org2 terpilih saja yg terima wang jana wibawa tu..ada tak kita tgk seluruh ahli bersatu ditangkap, ada tak kita nampak haji hadi ditangkap sb wang jana wibawa..silap2 ulama2 PAS tak tahu yg haji mahiddin masuk duit wang jana wibawa tu sorang2 atau bersama wang saiful wang jana..kalo duit pencurian 1mdb diberikan kpd org islam utk tunai haji pun tuhan boleh terima, inikan pula wang jana wibawa..

ingatla, sesungguhnya tuhan itu maha pengasih dan penyayang..mana mungkin tuhan mahu menhukum para syahid dan ahli2 syurga PAS.walaupun berjuta hasil pencurian, mrk layak masuk syurga pas tanpa hisab..ini la hebatnya islam..ulama pewaris nabi..andai nabi ada, barangkali nabi pun berpelakuan seperti itu..

PERANGAI ARAB HODOH


KERANA SUNNAH

HODOH ARAB

DITAKUTKAN 

DENGAN 

API NERAKA

DAN  DIJANJIKAN

DENGAN BIDADARI

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "SUNNAH ARAB"

salah satu sunnah arab ialah minum arak dan melanggan pelacur di luar negara..sesapa yg dok oversea mmg tau kisah ni..kalo dok cuma di mekah,madinah, cairo,pakistan, dok sama sendiri, tak campor warga lain,mmg takkan nampak..arab kuat menipu..arab menipu sambil guna nama tuhan, arab menipu dgn bersumpah..jadi tidak hairan kalo doktor2 teknokrat yg dok dlm PAS tu pun menipu menggunakan bahasa arab.

saudi dah ada las vegas, saudi dah ada kaabah kedua dan terbesar..gua fikir, mat jargon takyah susah2 nak bina port kat kelantan tganu..gua sarankan bina pusat judi patuh syariah..seandainya keuntungan hasil judi itu dpt memberi manfaat kpd umat islam, apa salahnya.gua yakin, nabi pasti menagis kegembiraan kerana islam menguasai ekonomi dunia dan membeli akhirat wang patuh syariah..

ARAHAN BARU UNTUK BULAN PUASA


ARAHAN BARU

UNTUK 

BULAN PUASA

KHALAS

POLITIKUS BAWA VIRUS HIV


POLITIKUS 

BAWA VIRUS HIV

KHALAS

Unknown commented on 
"SELAMATKAN MALAYSIA"

dlm politik, tiada musuh yg abadi.ibarat pelacur yg ada HIV, bila bersenggama maka partnernya akan dijangkiti seumpama najib, zahid hamidi..semuanya dijangkiti HIV dari ulama PAS bernama hadi

MAT JARGON


MAT JARGON

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"PAKATAN AKAN SELAMAT"

mat jargon yg menyorokkan kebodohan dgn ayat2 hebat. katanya mahu bina pelabuhan dalam di kelantan dan tganu.mat jargon lebih hebat dari laksamana cheng ho atau paramesawara.sejak berabad, tiada pula dibina port di serambi mekah darul iman..taknak nak bina port je walhal infra basic tiada di serambi darul iman.kalo ditesco pun air berkeladak, kapal mana yg berlabuh disana..demi konten tiktok, segala labon jadi babi terbang..

PENCERAHAN DARI KHAIRY TENTANG ZAHID


ZAHID PUTAR ALAM

AMIN

PENCERAHAN DARI

KHAIRY

KHALAS

ZAHID TERUS DILAWAN


Zahid beri amaran ahli Umno perlu hormat segala keputusan parti

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya menghormati segala keputusan yang dibuat pucuk pimpinan biarpun ada perbezaan pendapat.

Beliau berkata ahli parti juga seharusnya menjaga perkara yang menjadi kerahsiaan parti terutama segala inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat parti.

“Setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik hadir melafazkan sumpah untuk simpan rahsia...ia bukan pada parti semata-mata tapi diri sendiri...naib-naib presiden yang akan menang bersama-sama presiden dan timbalan presiden jangan ada kumpulan dalam kumpulan, jangan ada parti dalam parti.

Begitu juga rakan-rakan dalam MT, saya mengamalkan dasar untuk meraikan perbezaan pendapat dan hormati keputusan meskipun secara luaran tak bersetuju dengan saya…tapi saya utamakan parti...bukan ambil jalan untuk balas dendam,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap ketika menghadiri Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli MT sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini. 

Dalam pada itu, Zahid turut meminta semua ahli yang memenangi pemilihan parti untuk bekerjasama dan tidak berkonspirasi bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Jangan bersekutu dengan pihak 'gunting dalam lipatan', ‘api dalam sekam’ saya tahu ada perancangan di belakang yang mahu menggugat kepimpinan yang ada...pilih la untuk bersama saya dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (Tok Mat) untuk kukuhkan parti.

'Pertandingan ini (Pemilihan Umno) sedarah sedaging, semua bertanding ini untuk memperkukuhkan parti, saya dan Tok Mat terima siapa sahaja yang menang, itulah pemimpin Umno yang akan bersama-sama saya dan parti," katanya.

Beliau berkata keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan demi memastikan Umno terus kukuh dalam politik negara selain tidak mewujudkan sikap “berpuak-puak” sehingga menjejaskan keharmonian negara.

Pemilihan jawatan Naib Presiden Umno dan Ahli MT akan berlangsung pada Sabtu ini.

WOIT

BILA ZAHID

MINTA AHLI

HORMATI 

KEPUTUSAN

PARTI MAKNANYA

MASIH RAMAI

 NAK LAWAN

ZAHID

AMIN

MAKNANYA RAMAI

TAK HORMAT ZAHID

AMN

ZAHID GUNAKAN

PARTI SEBAGAI

ALASAN WALHAL

AHLI  SOKONG PARTI

TAPI TAK SOKONG

ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

DARI BRICKFEILDS


DARI BRICKFEILDS


Aku menamakan kolum    aku dalam akhbar Suara Keadilan Dari Brickfeilds.  Suara Keadilan  sebuah  akhbar tabloid mingguan  - akhbar resmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).   

Aku masih ingat lagi kami : Zunar, Sallehudin Hashim dan Tian Chua berbincang dan berunding untuk menerbitkan akhbar ini dalam tahun 2004 salepas PRU11. 

Untuk beberapa ketika Pejabat  PKR terletak di Brickfeilds – kini bangunan  Hong Leong Bank -   sebelum berpindah ke Merchant Square. 

Ketika itu Salleh bertugas sebagai Setiausaha PKR. Tian Ketua Penerangan  PKR.  Zunar  bekas  wartawan NST dan Harakah menjadi kemudi Suara Keadilan dan kemudian menjadi Ketua Pengarang.  Tian  juga  menjadi sosok untuk  mencari dana. Aku jadi Pak Turut kerana aku bukan orang parti. 

Aku kenal dan rapat dengan Salleh kerana kami aktif dalam MCOBA ( Malay College Old Boys Association ). Aku kenal dan rapat dengan Zunar kerana sama-sama bergerak dalam Gerakan Reformasi.  Zunar ini pelukis karton bertaraf dunia. Kartunis yang bukan kecik anak. Tian adalah kawan satu sel dengan aku ketika kami di tahan di Kamunting.

Jaringan dan Ikatan yang  kukuh untuk memulakan satu projek media untuk sebuah parti politik. 

Suara Keadilan berjaya diterbitkan. Muncul setiap Rabu tanpa lesen  KDN. Pejabatnya di Brickfeilds arah jalan Tun Sambanthan.  Justeru kolum aku bernama Dari Brickfeilds.

Akhbar bercetak 38 muka surat pernah mencecah 100,000 kopi sekali cetak. Hari ini  menjadi  arwah satelah kemenangan Pakatan dalam PRU14.  Suara Keadilan dalam talian masih wujud.  Kolum aku dari Brickfeilds sudah tidak wujud lagi.

Tapi cerita yang aku nak buka ini bukan tentang akhbar Suara Keadilan atau kolum aku Dari Brickfeilds. Aku hendak bersurah  tentang sejarah aku dengan wilayah  di pinggir pusat kota Kuala Lumpur ini yang amat di kenali sebagai Brickfeilds.

Aku dengan Brickfeilds ini ada sejarah. Sejarah pertalian yang maha panjang.  Babak-babak sejarah ini berlaku secara organik – tidak di rancang.  Muncul macam mata air kemudian membesar terus menjadi anak sungai. 

Tahun 1971 bas  Seri Jaya yang menuju  ke  Universiti Malaya dari pusat kota bermula dari stesen Jalan Sultan  Mohamad. Stesen yang kini dikenali dengan nama Pasar Seni. Bas ini akan melintasi Brickfeilds sebelum masuk ke Jalan Travers dan masuk ke Jalan Pantai. Perhentian akhir ke UM di hadapan Restoran Amjal Jalan Pantai.

Ketika di dalam bas bila melintas pekan Brickfeilds aku akan ternampak Panggung Lido. Hari ini panggung Lido termasuk ke dalam senarai panggung-panggung yang terbunuh  mati oleh teknologi dan gedung membeli belah.

Tapak Lido hari ini terletak di persimpangan  Jalan Tun Sambanthan di sebelah stesen minyak Petron.  Sekarang ini di tapak Lido  telah  dibangunkan  College Brickfeilds, hotel , bank dan cafe.

Panggung Lido  menayangkan filem Tamil dan filem China. Justeru selama aku di UM  aku tak pernah masuk ke panggung Lido. Tapi aku kerap ke Brickfeilds ke Jalan Thambypillay di belakang panggung Lido

Jalan Thambypillay ini berhadapan dengan Bangunan YMCA. Nama Lido masih hidup kerana di persimpangan Jalan Tun Sambanthan   ada sebuah hotel   yang mengambil sempena nama panggung Lido. 

Di hadapan Hotel Lido ada  tanah lapang untuk letak kereta. Di sebelah tanah lapang ini ialah deretan kedai.  Aku tidak ingat kedai jual apa. Apa yang aku ingat satu kedai makan China yang selalu aku langgani ketika aku di UM.

Sekali sekala - lewat malam aku dan kawan-kawan akan datang ke kedai makan ini – supper time.  Satu masakan paling istimewa untuk aku ialah mee itik – duck mee. Tahun 1972 harga sepinggan mee itik ialah 1.20 sen.   Sepinggan mee boleh berkongsi makan dan berkongsi harga untuk dua orang.

Sosok yang memperkenalkan aku dengan mee itik ini ialah Albert Foo siswa Ekonomi bekas pelajar Victoria Institution. Albert anak watan Brickfeilds. Ayah Albert ini tukang masak pegawai Inggeris justeru Albert ini memang kaki makan.

Ini ‘settting’ wilayah bernama Brickfeilds.

Hari ini  secara tidak di rancang  semenjak pulang dari 20 tahun berkenalan aku tinggal di Lorong Syed Putra Kiri tidak jauh dari Brickfeilds. Lebih tepat lagi jalan ke rumah sewa aku  di belakang Rumah Pasung Brickfeilds  - di seberang sungai Klang. Jalan kecil menuju ke tanah perkuburan China.

Aku menyewa flet  di Le Chateau. Dari sejarah  yang aku dengar   pada satu ketika dulu  Le Chateau ini wujud sebagai sebuah kelab yang  amat tersohor. Ada mini panggung, ada salun rambut , ada bilik agama malah ada restoran Perancis.

Bila aku pulang dari berkelana Le Chateau ini telah jatuh muflis. Justeru sewa flet agak  demokratik. Malah satu-satunya wilayah  Kuala Lumpur yang hijau  penuh dengan pokok-pokok yang sewa agak murah. 

Sewa flet murah  ini terjadi kerana di belakang Le Chateau 1 & 2 ialah  tanah perkuburan  Hokkien dan Kwangtung. Tidak ramai yang berminat tinggal di sebelah 370 hektar tanah perkuburan.

Aku sering menapak dari Le Chateau ke Jalan Thambypillay. Dalam masa 20 minit – dari pintu ke pintu aku akan sampai ke Jalan Thambypillay.

Jalan  ini pada satu ketika dulu  adalah jalan wajib dilawati oleh warga  Kuala Lumpur dan wajib dikenali oleh semua jantan-jantan baru yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur.

Ada dua jalan yang amat - amat popular di dalam kota Kuala Lumpur  : Lorong Haji Taib  sebelah Chow Kit Road dan Jalan Thambypillay depan YMCA Brickfeilds. 

Untuk aku – siapa yang  tidak tahu lorong dan jalan ini kita boleh persoalkan kewarganegaraan sosok ini.

Dua jalan ini memainkan peranan yang amat penting dalam hal kesihatan dan perekonomian negara kita. 

Statistik menunjukkan pada bulan Jun 2022 ada 2.1  juta pekerja asing di Malaysia.

Aku rasa 90% pekerja asing ini adalah jantan. Majoriti jantan-jantan ini bekerja – memburuh di sekitar Lembah Klang.

Jantan. Jantan  dan jantan ini semua  segak dan gagah. Jantan-jantan ini memiliki  daya beli.  Mereka adalah jantan tanpa betina. Sama seperti cerita yang aku baca  dalam buku : Men Without Women yang ditulis oleh  Hemingway. Penulis  yang amat aku minati.

Maka di sinilah peranan Lorong Haji Taib dan Jalan Thambypillay. Dua jalan ini menyelesaikan masalah jantan tanpa betina ini.

Di permulaan Jalan Thambypillay di tanah lapang yang asalnya tempat letak kereta kemudian jadi wilayah warung dan akhirnya hari ini ada bangunan   Old Town Cafe. 

Di sinilah tempat aku suka melepak untuk melayan malam. Di sebelah Old Town  ini ialah kedai Husen Cafe yang asalnya kedai mee itik yang aku layan pada tahun 70’an.

Aku sendiri melihat perubahan Brickfeilds yang berlaku di hadapan mata kepala aku. Bangunan wujud bangunan runtuh. Panggung  berdiri panggung di runtuh.  DI ganti dengan bangunan baru. Perniagaan baru datang dan pergi. Pemilik, penyewa bertukar ganti.

Tapi Jalan Thambypillay tidak berubah. Dari zaman aku di UM lagi wilayah ini dikenali sebagai kawasan ‘ lampu merah ‘. Ini terjemahan dari konsep ‘red light district ‘ wilayah East End  kota London.

Bilik yang ada lampu merah yang terpasang ini adalah tanda  dalam bilik ini ada perempuan  yang sedia ditiduri. Bukan percuma wajib dibayar untuk mengeluarkan air yang sudah naik ke kepala.

Tanda lampu ini sama seperti tanda lampu kalimantang - merah, hijau dan biru : tanda kedai makan Tom Yam.

Tahun 70’an nama Brickfeilds tidak sehangat Lorong Haji Taib.  Tersenarai tapi bukan top. 

 Pernah sekali aku membawa tamu pemimpin pelajar dari Hong  Kong. Kami masuk ke dalam bar yang agak gelap di Jlan Thambypillay.

 Minuman ‘chic’ zaman itu ialah Bicardi dan Coke. Di zaman itu bar seperti ini diberi nama Bar Raba Raba Tetek. 

Pelayan bar akan datang membawa minuman. Sang pelayan  – sentiasa wanita - boleh ajak duduk bersama. Dia akan melayan  kita. Jika nasib baik , jika perbualan tersusun, jika bijak mengayat  Sang  Pelayan boleh diajak pulang ke rumah.

Tahun 1972 aku hanya seorang pelajar yang dapat biasiswa Negeri Sembilan. Cerita menarik dari bar Brickfeilds ini hanya aku dengar. Aku tidak ada  keupayaan. Aku tidak memiliki modal.

Ketika aku melepak di Old Town Cafe selalu aku berkhayal aku ini di Soho London. Atau di Pigalle kota  Paris yang pernah aku lawati. Sayangnya  hanya sekali.

Sekalu pun sudah memadai. Dalam hidup ini sekali ke Pigalle pun jika mata terbuka telah memadai. Aku ingat lagi perempuan muda dengan make-up tebal berdiri di kaki lima di sebelah  kedai makan Arab di Pigalle. 

Untuk aku Jalan Thambypillay ini aku samakan dengan  Soho dan Pigalle.

Tapi Jalan Thambypillay ini untuk aku lebih  hebat. Lebih bersejarah. Sejarah apa? Sejarah sosok-sosok yang bertemu dengan aku di Old Town Cafe.

Siapa? Tunggu sambungan. (TT)

 
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/03/13/dari-brickfields