Jumaat, 20 Januari 2023
NEGERI SEMBILAN AKAN JATUH ?
Perikatan boleh menang Negeri Sembilan, kata bekas ketua Pemuda Umno
PERIKATAN Nasional (PN) boleh menjadi kerajaan baharu di Negeri Sembilan dengan mengekalkan momentum sokongan anak muda kepada gabungan itu seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, kata bekas ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin yang masuk PAS baru-baru ini.
Beliau yakin undi daripada pengundi Melayu juga akan terus beralih kepada PN selepas penyokong mereka kecewa dengan tindakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU15.
“Setakat ini kita boleh sasarkan kerusi Melayu di Negeri Sembilan, selebihnya itu strategi.
“Apa kita nak buat semua tak boleh cerita kepada orang luar,” kata Zool Amali yang juga dikenali dengan nama Jebat, dalam wawancara bersama The Malaysian Insight di Seremban, semalam.
Beliau yakin Negeri Sembilan akan mengulangi kejayaan PN seperti di Perlis pada PRU15 serta di tiga negeri yang memang dikuasai PAS iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu, serta di kawasan utama pengundi Melayu di Pahang dan Perak.
Zool Amali, 40, keluar Umno untuk menyertai PAS bersama 50 ahli Umno Cawangan Kampung Rawa Lenggeng kerana kecewa dengan tindakan Umno bekerjasama dengan PH yang turut disertai DAP.
Kekecewaan itu juga katanya turut dirasakan oleh banyak pengundi BN dan PH pada PRU15.
“Waktu kempen, PH balun Umno, Umno balun PH dan DAP. Sekarang penyokong akar umbi mereka, terutamanya pengundi dari saluran muda rasa tertipu… mereka undi BN dapat PH, undi PH dapat BN.
“Mereka merasakan pemimpin cabul hak mereka sebagai pengundi. Mereka keluar mengundi tetapi akhirnya parti ini bersama.
“Itu akan beri kelebihan kepada PN,” katanya yang bersama Umno sejak berusia 18 tahun.
.
Bekas pengerusi Briged Gerak Gempur Pemuda Umno Negeri Sembilan itu juga merasakan kempen menarik sokongan anak muda kepada PN lebih mudah selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lalu memutuskan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.
“Dalam PRN senarionya nanti begini… ramai orang PH dan Umno akan beralih angin dan undi mereka tuju ke satu tempat iaitu PN. Semua ke sini.
“Saya bersyukur dan gembira juga apabila tiada pertandingan presiden dan timbalan, itu lebih mudah tarik ahli Umno yang keliru.
“Orang dah tak suka. Ahli Umno pun tak suka. Mereka nak keluar parti sukar, takut dicemuh, tapi tentang undi saya yakin mereka akan undi PN,” tambahnya.
Masuk PAS
Menurut Jebat, setakat ini lebih kurang 200 ahli Umno di Negeri Sembilan sudah menyertai PAS sejak BN memilih untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerajaan baharu.
Penyertaan mereka akan diterima secara rasmi oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam satu majlis PN bersama anak muda yang dijadual berlangsung di Seri Menanti, esok.
“Setiap hari memang ramai orang hubungi saya menyatakan mereka berminat nak masuk PN. Saya kata ada dua pilihan, sama ada Bersatu atau PAS, pilihlah mana mereka nak sertai.
“Ramai antara mereka yang memilih kepada PAS,” tambah Jebat.
Sejak menyertai PAS kira-kira sebulan lalu, beliau sedang merancang untuk menubuhkan lima cawangan PAS di DUN Lenggeng, iaitu kawasannya sendiri.
Mengenai pilihan raya negeri yang akan diadakan pertengahan tahun ini, Jebat yakin PN boleh menang 20 daripada 36 kerusi sekaligus menubuhkan kerajaan negeri.
Daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, 27 daripadanya dikenalpasti adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.
PN bagaimanapun sekarang tidak memiliki sebarang kerusi di DUN dan Parlimen Negeri Sembilan.
“PN memang belum ada lagi kerusi (di Negeri Sembilan) tetapi akan datang bakal ada. Bagi saya mudah sahaja, sasar 20 kerusi cukup untuk perintah Negeri Sembilan,” katanya.
Sasar pengundi muda
Menurut Jebat, beliau sekarang ditugaskan oleh parti untuk memberikan penerangan kepada pengundi dalam kelompok dengan sasaran kepada pengundi muda dan pengundi kali pertama.
“Kita sasarkan menang, untuk menangkan Negeri Sembilan kepada PN kita akan adakan kempen gerak kerja kecil-kecilan, beri penerangan.
“Rata-rata budak muda ini (sokongan) dah kepada PN. Waktu PRU, contohnya di Lenggeng, lebih separuh pengundi putih BN tidak mengundi BN. Mereka pengundi Umno tetapi undi PN.
“Anak muda pula menolak Zahid kerana kes rasuahnya,” katanya merujuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Jebat merupakan negara pimpinan Umno yang lantang mengkritik Ahmad Zahid sebelum keluar parti.
Antara asas penentangannya adalah kerana Umno bekerjasama dengan PH menubuhkan kerajaan perpaduan selain tindakan BN tidak memberikan kerusi Parlimen Seremban kepada Umno pada PRU15.
Beliau juga menemui Ahmad Zahid secara peribadi menyatakan hasrat agar Umno bertanding di Parlimen Seremban yang diwakili MCA sejak tiga penggal namun langkah itu katanya gagal.
“Apa guna Umno bahagian Seremban ditubuhkan tapi bila ahli tuntut beri peluang sekali kepada Umno, Umno tak pernah bertanding di Seremban, waktu itu kita nak menang, tetapi akhirnya benda itu tak berjaya.
“Sejak 2013 saya dah jadi perwakilan di PAU. Dah 10 tahun lebih, cerita perkara sama. ‘No Anwar, No DAP’, DAP cauvinis, rasis… tetapi bila tiba tubuh kerajaan ini mereka kata kerajaan titah agong, perpaduanlah.
“Waktu itu kita nampak Umno lari dari dasar perjuangannya kemudian cipta pula naratif baharu dengan DAP,” katanya.
BN ketika ini menguasai 16 kerusi negeri dengan 15 dimenangi Umno dan satu dimenangi MIC, manakala PH pula menguasai negeri itu dengan majoriti 20 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
DAP menang di 11 DUN, diikuti PKR (6) dan Amanah (3) kerusi.
Pada PRU15 BN mengekalkan kerusi Parlimen Rembau, Jelebu, Jempol dan berjaya merampas Kuala Pilah dan Tampin.
Manakala Seremban, Rasah dan Port Dickson kekal menjadi milik PH. – 20 Januari, 2023.
BOTO KO NI
JAAANG OOOI?
AMIN
KOK BOTO
MANO DEN
NAK BOLI
EKO
KAH KAH KAH
KHALAS
KETIKA BERCUTI BERAWAS !
Amaran angin kencang, laut bergelora di beberapa negeri hingga 25 Januari
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara hingga Rabu depan.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran kategori pertama membabitkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dan keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Amaran kenaikan paras air laut turut dikeluarkan MetMalaysia yang dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga esok dan keadaan itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk perkapalan.
Amaran kategori ketiga melibatkan fenomena angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore hingga Rabu depan dan keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Bagi amaran kategori kedua, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Tioman, selatan Condore, barat Reef North hingga Rabu ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan selatan Samui, selatan Tioman, Bunguran, timur Reef North, utara Reef South, Layang-Layang dan Palawan hingga Rabu.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. – Bernama, 20 Januari, 2023.
t
CUTI ENJOI
BERHARIMAU
BERSAUH
BERTAPAI
BERAWAS !!!
KHALAS
JUMPA TONGKAT DAN LATIFF
JUMPA TONGKAT
DAN LATIFF
Aku ingat lagi petang Khamis itu. Aku di jemput untuk menghadiri perjumpaan Kelab Sosialis. Ini pertemuan kali pertama. Kami bertemu di sebuah bilik kecil di Fakulti Sains.
Aku menapak dari Kolej Ke Lima. Tidak ada sapa kawan aku yang tahu bahawa aku dengan bangga telah melamar dan mendaftar untuk menjadi anggota Kelab.
Bila aku masuk ke bilik kecil ini aku ternampak muka Syed Husin Ali, sosok Usman Awang dan sosok Latiff Mohidin. Sosok-sosok ini semuanya aku temui untuk kali pertama.
Selain dari empat Melayu termasuk aku ada lagi beberapa siswa China termasuk Lee Chee Keong yang menjemput aku. Dalam bilik kecil ini hanya Chee Keong yang pernah bercakap dengan aku.
Aku kenal wajah Syed Husin kerana dia pensyarah ilmu Sosiologi di Fakulti Sastera. Aku ada ternampak dia berjalan di Dataran Sastera. Aku kenal muka Usman Awang dan Latiff Mohidin kerana aku membaca Dewan Sastera.
Juga aku pernah lihat gambar Usman Awang dalam akhbar Utusan Malaysia. Usman seorang sasterawan dari Dewan Bahasa Pustaka.
Aku tahu sajak Ke Makam Bonda tulisan Usman Awang. Malah pernah pada tahun 1960 di Sekolah Umum Batu Sarambai Ulu Klawang Jelebu aku mendengar kali pertama Ke Makam Bonda dibacakan.
Sajak ini mahu di dramakan untuk perayaan menyambut Hari Raya. Sambutan Hari Raya ini dibatalkan kerana Yang DiPertuan Agong yang juga Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat pada 1 April 1960 seminggu sesudah Raya.
Latiff dari apa yang aku baca adalah seorang pelukis dan dia juga menulis sajak. Pada tahun 1971 apa lukisan Latiff aku tidak tahu dan tidak pernah melihat. Sajak Latiff pun belum pernah aku baca.
Pertemuan petang itu bertujuan untuk suai kenal ahli Kelab baru dengan anggota lama. Kami tidak ramai tak sampai lima belas orang.
Pada petang itu aku berkenalan dan bersalaman dengan Heng, Yeoh, Chin dan Ho.
Satelah bersalaman kami bersembang santai. Ada jamuan ringan teh susu, kopi, kuih karipap dan kuih koci.
Chin menjadi tarikan. Semua berkumpul di keliling Chin. Dua bercerita tentang forum Karam Singh dan Tajuddin Kahar yang telah berlangsung. Petang itu aku dengar bagaimana Chin bercerita secara serius sambil berseloroh bila dia ditemui oleh SB.
Special Branch atau SB ini adalah mata-mata gelap tanpa pakaian seragam yang bertugas mengintip.
‘ SB wants to know... who organise the forum....’ Chin menerangkan.
Semua senyap mendengar.
‘ Of course... told him.... I’ve no idea.... ‘ Chin berkata sambil ketawa keran berjaya memperlekeh SB.
Aku tidak hadir dalam forum ini walau pun menyimpan niat hendak mendengar pengalaman Karam Singh dan Tajuddin Kahar dalam penjara tahanan politik.
Cawan teh di tangan dan mulut mengunyah karipap aku merapati Usman Awang yang ketika itu bersembang dengan Syed Husin dan Latiff.
‘ Dari mana. ... ‘ Syed Husin memandang aku dan bertanya.
‘ Fifth College....’ Aku menjawab.
‘ Ibrahim Husin di Fifth College kan...’ Usman menyampuk.
‘ Betul...’ Aku menjawab.
‘ Ungku Aziz... ambil dia jadi pelukis resmi UM...’ Usman menerangkan.
Aku hanya mengangguk.
‘ Latiff kita ini.... baru balik dari German... kalau tidak dia pun boleh melukis....’ Usman menyambung cerita.
Aku tidak tahu pun tentang apa Latiff buat di German dan bila dia pulang dari German. Yang aku tahu Latiff ini budak Lenggeng. Dia melukis poster iklan filem untuk panggung wayang di Seremban. Ini cerita yang aku dengar. Entah betul entah tidak.
‘ Anak Alam macam mana.....’ Tongkat bertanya pada Latiff.
Aku pernah terbaca berita tentang Anak Alam ini. 1971 zaman pop yeah yeah dan hipi. Pesta muzik Woodstock baru selesai pada bulan Ogos 1969. Filem Woodstock masih jadi tontonan.
Aku ingat lagi tahun 1968 Tok Gurun John Lennon yang bernama Maharisihi Yogi telah datang ke Palau Pinang. Ada kereta Rolls-Royce datang menyambut. Pulau Pinang ketika itu menjadi sarang hipi batu loncatan hipi dari Kathmandu dan India singgah sebelum bercanda ke Siam.
Pada hemat aku Anak Alam ini adalah hasil pengaruh hipi, pesta muzik Woodstock dan rock n roll. Rambut Latiff yang panjang , bermisai berjanggut sejemput dengan kemeja coklat lusuh dan seluar jenama meyakinkan aku Si Latiff ini tipikal hipi
Muka Latiff pula ada iras Scott McKenzie (1939-2012) penyanyi lagu San Francisco yang hot pada tahun 1968.
Tertiba aku terbau wangi. Aku cari puncanya. Aku ternampak Usman sedang menghembuskan asap rokok.
Baru aku sedar bahawa Usman ini seorang perokok. Bukan rokok biasa. Aku perhatikan kotaknya. Merah dan bertulis Gudang Garam. Usman Awang pada petang itu bertanggung jawab mempertemukan aku dengan Gudang Garam.
‘ Tongkat.... we have to go....’ China dan Ho meminta diri.
‘ You call him Tongkat....’ Aku bertanya pada Chin.
‘ Inilah Tongkat Waran.... geng Singapura dia tak pernah panggil dia Usman.... semua panggil Tongkat.... ‘ Latiff menerangkan .
Aku tahu Tongkat Waran ini nama pena Usman Awang. Aku tak sangka ada ornag memanggil dia Tongkat.
Petang itu aku merasa gembira kerana secara resmi aku telah diterima menjadi anggota Kelab. Petang Khamis itu juga aku berbangga kerana dapat berkenalan dan berbual untuk pertama kalinya dalam hidup aku dengan Usman Awang, Latiff dan Syed Husin.
Aku terfikir juga kenapa Usman Awang dan Latiff datang ke jamuan teh Kelab Sosialis. Pertanyaan ini tidak aku tanyakan kepada sesiapa pun.
Aku membuat rumusan peribadi bahawa Tongkat Waran dan Latiff Mohidin adalah penganut fahaman sosialis.
Syed Husin ahli Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Tongkat dan Latiff bukan orang parti. Jika tidak menganut fahaman sosialis kenapa mereka hadir dan dijemput datang ke jamuan Kelab Sosialis UM 1971. Justeru , pada hemat aku mereka ini pasti penyokong PSRM.
‘ Nak baca buku apa .. saya nak baca buku sosialis..’ Aku murid tahun pertama bertanya kepada Syed Husin tentang buku yang perlu aku baca untuk memahami ideologi sosialisma.
‘ Datanglah ... ke pejabat... ada buku boleh pinjam dan baca.....’ Syed Husin mempelawa aku.
Petang Khamis itu aku merasa puas hati. Bukan saja dapat makan kuih koci dan karipap malah dapat berkenalan dengan Tongkat dan Latiff.
Lewat petang Sabtu kuliah telah selesai. Waktu bersukan. Aku terserempak dengan Papa Mus siswa Ekonomi di Dewan Makan. Papa Mus siswa dari Ipoh ini juga pernah bercerita dengan aku tentang Ahmad Boestamam. Maka aku rasa dia bersimpati dengan garis kiri.
‘ Mari kita ronda tepi tasik...’ Papa Mus mengajak aku merayap ke tepi Tasik di hadapan Kolej Ke Dua.
Kami menapak menuju ke arah Tasik. Tidak ada apa yang menarik di tepi Tasik. Kemudian kami mengelencong ke Dewan Tunku Cnaselor.
‘ Mari ke Dataran Sastera... aku nak cari opis Syed Husin...’ Aku memberi cadangan kepada Papa Mus. Dia tidak membantah.
Kami melintas fakulti Sains sampai ke depan Library. Kemudian melintas di hadapan Sudut Pidato.
Sudut Pidato tangga batu tiga tingkat terletak di hadapan Library di antara lima batang pokok rendang.
‘ Ini saja Speaker Corner....aku ingat apa.. ‘ Pap Mus bertanya dan menjawab sendiri.
Ramai pelajar baru masuk UM akan terperanjat apabila melihat tangga batu ini. Ianya tandas kebebasan bersuara bukan hanya di Universiti Malaya malah ianya telah terakam dalam sejarah perjuangan pelajar.
Pelajar baru terperanjat bila melihat kerana beritanya yang gah dalam laporan akhbar. Walhal ianya hanya tangga batu tiga tingkat.
Dataran Sastera kosong. Kami menapak ke bangunan pejabat tenaga pengajar. Bilik bilik kecil yang ada nama pensyarah tertulis. Aku mencari nama Syed Husin Ali.
Di tengah tingkat tiga aku jumpa pejabat t Syed Husin Ali. Namnya tertelus di dinding pintu.
‘ Ok... dah tahu...’ Aku bersuara.
Senin lepas kuliah jam 10 pagi aku memanjat tangga ke pejabat Syed Husin Ali,. Aku mengetuk pintu. Syed membuka pintu,.
‘ Saudara... sapa nama...’ Syed bertanya.
‘ Isham dari Fifth College.. datang nak pinjam buku...’ Aku menjawab.
‘ Ya...’ Syed Husin membongkok ke belakang mencari buku di rak buku di belakang kerusi. Dia membelek-belek beberapa buah buku. Dia memilih yang sesuai untuk aku baca.
‘ Yang ini dulu.. baca yang ini...’ Syed menghulurkan buku The Essential Left.
‘ Terima kasih....’ Aku sambut dan membelek buku itu.
Buku The Essential Left yang mengandungi tulisan Marx, Engels dan Lenin. Buku ini tidak tebal hanya 255 muka surat.
Turun dari bilik Syed Husin aku terus menapak pulang ke Kolej Ke Lima.
Semua beres. Aku telah mendaftar untuk menjadi ahli Kelab Sosialis. Tapi aku masih bukan anggota penuh. Aku menjadi anggota cadangan.
Ini sistem Kelab Sosialis. Aku wajib membuktikan bahawa aku faham asas sosialisma. Aku perlu aktif sebagai anggota Kelab sebelum diterima penuh sebagai anggota Kelab Sosialis.
Kelab Sosialis mengamalkan sistem kader. Ada ahli cadangan dan ada ahli penuh. Tahun 1971 aku hanya ahli cadangan Kelab Sosialis.
Buku The Essential Left membuka satu dunia baru untuk aku. Seleai membaca kini aku menunggu aksi. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/01/20/bertemu-tongkat-dan-latiff
SATU LAGI KESAH HEBAT
Dua pemancing selamat selepas dua hari berenang di laut
KUANTAN – Dua pemancing berjaya menyelamatkan diri dengan berenang selama dua hari di Pulau Tioman setelah bot mereka hanyut dibadai ombak kelmarin.
Salah seorang daripada mereka, Zulfahmey Izzudin Gan Abdullah, 45, berkata, selain berenang, beliau sering menyebut Allahuakbar sehinggalah selamat sampai ke Teluk Juara kira-kira pukul 2. 30 petang semalam.
Mengimbau kembali detik cemas itu, beliau hanya memikirkan ingin selamat pulang ke pangkuan keluarga ‘berjuang’ meredah Laut China Selatan itu bersama sahabatnya, Chia Swee Kwong yang berusia 49 tahun.
“Memikirkan tiada bekalan makanan dan minuman selain tiada isyarat telefon di kawasan terbabit, kami nekad membuat keputusan untuk berenang daripada menunggu diselamatkan.
“Saya banyak kali mengalami kekejangan ketika dua hari berenang tetapi saya tidak panik dan meneruskan renangan sehingga berjaya sampai ke pantai.
“Mujur saya ada pengalaman menjalani latihan di air ketika masih berkhidmat dalam FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) dahulu,” katanya.
Sebelum itu, mereka keluar memancing pada pukul 4 petang Isnin lalu di unjam yang terletak tidak jauh daripada pulau dan berhasrat ntuk pulang pukul 6 petang pada hari yang sama.
Namun ketika dalam perjalanan, bot mereka dihanyutkan air ekoran enjin bot mati kerana kehabisan minyak.
Selepas itu Zulfahmey dan Swee Kwong mengambil keputusan untuk berlabuh kerana hari semakin gelap dan hanya menyedari rantai sauh terputus mengakibatkan bot mereka dipukul ombak kemudiannya tersadai kira-kira pukul 4 pagi.
Sebagai alternatif menyelamatkan diri, kedua-dua sahabat itu cuba memanjat tebing batu setinggi kira-kira dua meter namun usaha mencari laluan keluar melalui hutan menemui jalan buntu.
“Mujur tidak putus asa, kami memakai jaket keselamatan dan pelampung hanyut dan mula berenang kedalaman 10 meter pada hari Selasa pukul 1 petang dan terpaksa berenang jauh disebabkan ombak dan angin kuat.
“Kami berjaya berenang melepasi tiga teluk dan kembali semula ke tebing batu kira-kira pukul 6 petang pada hari pertama kerana tidak mahu mengambil risiko berenang pada waktu malam.
“Swee Kwong hampir putus asa kerana terlalu penat dan kelaparan namun selepas memberinya semangat, dia setuju untuk berenang semula pada hari kedua,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Akhirnya kedua-dua sahabat itu berjaya sampai ke Pantai Teluk Juara.
Terdahulu mereka berdua dilaporkan hilang sejak Isnin lalu sebelum ditemui orang awam dalam keadaan lemah di pantai Teluk Juara, Pulau Tioman, kata Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh.
Bagaimanapun Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Pahang menerima laporan mengenai penemuan mangsa kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
TERUS
BERSEMANGAT
JANGAN
PUTUS ASA
AMIN
RENANG JANGAN
BERHENTI
LAMBAT PUN
TAK MENGAPA
AKHIRNYA
SAMPAI
KHALAS
SATU KESAH MENARIK
Budak dari Bangladesh ditemukan dalam kontena di Pelabuhan Klang
SEORANG kanak-kanak lelaki warga asing ditemukan di dalam sebuah kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Selasa lepas, dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena tersebut yang berasal dari Chittagong, Bangladesh.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di bahagian operasi perkapalan yang mendakwa menemukan kanak-kanak berkenaan sekitar jam 9 malam.
“Semasa menguruskan kapal masuk di dermaga Pelabuhan Barat serta pemeriksaan sebuah kontena kosong, lelaki itu mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya,” katanya.
Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan disahkan dalam keadaan stabil.
Menurutnya semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri dan laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut.
“Siasatan yang dijalankan mendapati sebuah kapal MV. Integra telah bertolak dari Chittagong pada 12 Jan dengan membawa kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat pada Selasa lalu,” katanya.
Cha berkata berdasarkan keterangan daripada mangsa, kanak-kanak itu menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Chittagong, beliau telah masuk ke dalam kontena dan terkunci sehingga ditemukan oleh pihak pengadu di Pelabuhan Barat.
“Tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku di dalam kejadian ini dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai rujuk lain agensi (RLA) iaitu dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan mengunakan kapal kargo yang sama,” katanya.
Video berdurasi satu minit mengenai penemuan kanak-kanak itu turut tular malam tadi di media sosial. – Bernama, 20 Januari, 2023.
SATU KESAH
MENARIK
AMIN
BERAKHIR
DENGAN
GEMBIRA
AMIN
KERAJAAN TELOOO
KERAJAAN
TELOOO
KAH KAH KAH
Unknown commented on
"KERAJAAN TELOOO"
Ayam belum bertelur, isu telur selesai dalam dua bulan... “Kita tidak boleh hendak paksa dia (ayam) bertelur terlalu cepat" - kak poji mutan lynas.. tak kan hari ni kawin esok beranak... lu tau tak penyamun jadi TPM ? kah kah kah
Unknown commented on
"KERAJAAN TELOOO"
telor tak de ... nak sakau apa.. hantu.. kah kah kah... woi lu main telor lu jelah.. kah kah kah
PENG ANAL KERJANYA MENG ANAL
PENG ANAL
KERJANYA
MENG ANAL
AMIN
Unknown commented on
"TOK MAT LEBIH
LAYAK JADI TPM"
Penganal di Malaysia ni awat ramai kurang cerdik? Dah terang2 la tokmat dgn wak tu join ph semata2 untuk terus hidupkan umno. Mustahil la depa2 ni xtau hidup mati umno ni bergantung pada benda bernama ringgit. Kalau join PN dapat gula2 saja berapa lama umno nk bertahan? Join PH peluang nak bahagi projek negeri kaya lebih tinggi. Dey penganal, tokmat pun Tau klu join PN dahlah dpt negeri2 miskin,pastu kalau jadi lah sapu duit ka rasuah ka agak Hangpa siapa pertama dipersalahkan. umno lah bongok !
MENUNGGU MAHKAMAH
MENUNGGU
MAHKAMAH
JUMAAT 20/1/2023
KES NAJIB TANGGUH
KES ZAHID TANGGUH
NANTI APAKAH KES ROSMAH
AKAN TANGGUH JUGA
LAGI DUA HARI
RAYA CHINA
WOW
YAM SEEEENG
MINTAK MINTAK
JANGAN HUJAN
AMIN
AMERIKA
BIDEN NAK HANTAR
SENJATA BERAT KE UKRAINE
BELANJA LEBIH DARI
2 BILION DOLAR
KEPALA NATO KATA
KALAU TAKDA SENJATA BERAT
UKARINE AKAN MAMPOOS
KAH KAH KAH
INI KENYATAAN JUJUR
SEMAKIN JELAS
PERANG UKRAINE
ADALAH PROJEK NATO
NAK LEMAHKAN RUSIA
PERANG PROKSI
YANG DI HARAP AKAN
BERPANJANGAN
YANG MATI KATAK
WARGA UKRAINE
DAH
HAMPIR 8 JUTA
WARGA UKRAINE
JADI ORANG PELARIAN
DAN BEBELAS JUTA
TANPA RUMAH DAN TEMPAT TINGGAL
HASIL BANDAR DAN KAMPUNG
KENA BEDIL
AMIN
HOKKIEN
CERAH SEGAR AGAK BASAH
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT CERAH TAK MENDUNG
TAPI AWAN TAK BIRU SANGAT
WOW
PAGI INI MILIK MURAI
DI SANA SINI MURAI
BERKICAU
JIKA PAGI DISAMBUT MURAI
ITU TANDA HARI YANG INDAH
PAGI INI GUA
NAK KE CHOW KIT
GUA NAK TENGOK HARGA BARANG
GUA DENGAR
KAKAK DAN ABANG
MAKIN MENGELOH
BARANG NAIK HARGA
SEPINGAN NASI CAMPUR
IKAN NASI SAYUR
DAH JADI 8-9 RINGGIT
ZAMAN 5 RINGGIT
DAH LAMA BERLALU
AMIN
BRO
SENYUM
DI PAGI JUMAAT
YANG INDAH
BRO
PEMIMPIN SIMPAN IMPIAN
PENGIKUT MAHU BUKTI
BRO
LU BERJALAN SENDIRI
LU PUNYA KAKI
YANG SANGAT KUAT
BRO
DALAM HIDUP INI
KITA TAK PERLU
DAPAT PERSETUJUAN
DARI SESIAPA PUN
BRO
HIDUP INI LU JALAN
SENDIRI
LU BAYAR TOP UP
LU SENDIRI
BRO
LU WAJIB HORMAT
DIRI LU SENDIRI
BRO
HIDUP PERLU BERBAKTI
TAK PERLU DI PUJI
BRO
MAKANLAH DI RESTORAN
TANGGUNG SENDIRI
AMIN
SELAMAT MENUNGGU
MAHKAMAH BERSIDANG
Langgan:
Catatan (Atom)