Khamis, 15 Mac 2012

SHAHRIZAT JADI LEMBU KORBAN





SAEKOR EEE DAHULU DI KORBANKAN
















MATINYA SEORANG LEMBU EEE

Mengikut kata sahibul hikayat maka hari Persidangan Agong BBPPK - Betina Betina Pemakan dan Peminat Kentaki pun sampailah. Persidangan setahun sekali bertujuan agar ahli-ahli pergerakan ini dapat menilai dan merancang gerakan mereka. Persidangan setahun sekali ini amatlah hebat. Persidangan ini mendapat lipuatan media antarabanga - dari Si Ant Ant hingga ke Bi BI Si - dari Senaling hingga ke Sungai Besi – ada liputan terus menerus.


Orang-orang betina itu akan berkumpul-kumpul sehari lebih awal. Mereka datang berduyun duyun. Beratus ratus mereka datang. Dari jauh – dari semua pelusuk negeri mereka datang. Berpuluh bas yang mereka tumpang. Mereka datang berbondong bondong. Ada betina yang dara. Ada betina yang janda. Ada yang sida. Ada yang sasa.

Betina yang berduit menayangkan gelang. Betina yang kaya memperagakan subang. Betina yang lebih kaya memakai intan permata. Betina yang papa memakai selipar. Yang slim dan cun ke hulu ke hilar menunjukkan muka. Yang subur dan montok berjalan mengensot-ensot. Yang obese gedempol mengheret badan menyorok dibelakang tiang.

Didalam dewan yang disebutkan itu kelihatan dua warna – merah dan puteh. Inilah warna asal tanda setiakwan perjuangan betina-betina ini. Mereka bertudung merah, berbaju puteh dan berkain sarong merah. Pakaian dalam tidak pula diketahui. Apakah mereka bercoli atau berseluar dalam atau tidak.




Satelah semuanya siap duduk di dalam dewan maka acara pun bermulalah. Pertama naik ke pentas seorang betina gempal montok lagi tegap bergincu merah. Mukanya tembam puteh melepak , lalu menampakkan jelas lintangan misai diatas bibirnya. Si Minah bermisai halus ini pun berucaplah. Mukadimahnya panjang berjela. Dari tuhan ke alam semesta, kepada Raja seisi istana - semua menerima bodek dari Si Minah ini. Maka betina-betina ini bertepoklah tangan tanda menyokong apa saja yang bunyinya bodek dan ampu.

Pengucap kedua pun berensot-ensot naik ke atas pentas. Minah ini pun montel lagi gedebab. Adalah diumumkan oleh juruheboh bahawa Minah ini bukan kecik anak. Minah ini diangkat sebagai penyampai ucapan kedua kerana selama tiga tahun berturut-turut Minah ini telah mendapat anugerah Ratu Kentaki seluruh Alam Melayu.

Biodata Minah ini dengan bangganya menghebohkan bahawa Minah ini adalah pemegang rekod menyental dua puluh tujuh ketul peha ayam goreng dalam masa 37 saat. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang boleh menandingi pencapaian hebat si Minah ini.

Maka Ratu Kentaki ini pun berucaplah dengan mukadimah dan ucapan kesyukuran yang lebih panjang berjela dari pengucap pertama. Ratu Kentaki ini bersyukur kepada dirinya yang masih lagi memiliki selera buaya dalam hal makan dan minum. Maka gegak gempita seluruh dewan. Maka meleleh air lior masing-masing apabila mendengar tentang kentaki.

Kemudian si Minah ini mula membebel panjang. Dia berkesah tentang cabaran masa depan terhadap pergerakan betina mereka. Ratu Kentaki ini mengingatkan para betina didalam dewan, anggota dan ahli agar berwaspada kerana musuh sedang menyerang. Jika serangan musuh berjaya membawa kemenangan maka hilanglah hak keistemewaan mereka.



‘ Kita akan hilang hak keistemewan untuk membeli kentaki tanpa perlu beratur. Kita akan hilang keistemewaan untuk mendapat drumstick. Kita tak mahu kepak..kita tak mahu bontot.. hak istemewa kita ialah peha.. ’ Dewan menyambut dengan tepokan gemuruh.

Selesai Ratu Kentaki berucap maka sampailah lah masa yang ditunggu-tunggu. Maka semua betina-betina di dalam dewan bangun berdiri. Adalah amat sedih kelihatan di muka para betina yang gemok dan obese kerana terpaksa bangun berdiri menyambut kedatangan Ratu Puan Shahrazat Yang DiPertuankan Ketua Agung Pergerakan Pemakan dan Peminat Kentuki.

Gedang dipalu dan kompang dipukul. Bersorak sorai tanda gumbira. Tamu yang diamat muliakan akan menunjukkan muka. Tirai tebal pun terbuka. Semua muka mengalih pandang ke atas pentas. Ratu Puan Shahrazat Yang DiPertuankan menampakkan muka. Berkain merah berbaju puteh. Ratu Puan Shahrazat memakai kain tudung merah jambu dari kian kasa yang jarang untuk menampakkan rambut palsunya yang membusut jantan. Ratu Puan Shahrazat ke tengah pentas dan memandang ke dalam dewan. Sorak serai gegak gempita kedengaran.

Tanpa menunggu jemputan dari juru heboh Ratu Puan Shahrazat terus ke podium untuk berucap. Tanpa taklimat. Tanpa basa basi. Terus berucap dengan garang dan bengis. Ratu Puan Shahrazat menyinga marah. Dia minibai ke kiri. Dia menibai ke kanan. Dengan bengis dia menerangkan bahawa tuduhan yang mengatakan bahawa dia telah mengadakan hubungan sulit dengan saekor lembu jantan dalam sebuah kondo di Bangsar adalah fitnah semata-mata.



Ratu Puan Shahrazat juga menuduh ada tangan tangan dalang yang merancang semua ini. Ada yang cemburu kerana kejayaan Gerakan Kentuki ini. Ratu Puan Shahrazat bukan sahaja dituduh bersekedudukan dengan lembu malah hubungan sulit dengan lembu ini telah melintasi Selat Teberau untuk masuk ke Singapura.

‘ Kita tahu siapa dibelakang Rafizi. Kita tahu siapa di belakang Zuraidah. Kita tahu dari mana mereka mendapat maklumat lembu ini. Ini semua ialah angkara dari Raja Non Kecik yang mahu menjatuh kita dan lembu-lembu kita.’

‘ Sunatkan sekali lagi Raja Non Kecik! Tempikan mula kedengaran disana sini. Dewan kelihantan hura hara. Bingar dan rioh rendah dengan maki hamun.

Tetiba seorang betina obese bangun berdiri dan dia menjerit kuat, ‘ Aku nak makan kentaki.. mana kentaki... janji naik bas datang sini akan diberi makan kentaki...’. Dewan senyap sunyi.

Tetiba seorang lagi betina yang obese bangun. Dia juga bersuara ‘betul.. betul...mana dia janji.. kata nak bawak kita tengok Sogo... kata nak beri duit poket..kami dari Kedah dah bosan... janji janji janji... pasal apa cerita hal lembu disini. Kami nak dengar cerita kentaki bukan cerita lembu.’

Ratu Puan Shahrazat memandang ke bawah. Dia menyinga marah dan terus menyinsing lengan baju. ‘ Puan puan ... tidakkah puan puan sedar bahawa kapal kentaki kita akan tenggelam tidak lama lagi. Gerakan kentaki kita sedang serang musuh. Musuh kita dari luar dan dari dalam. Dalam coli kita pun telah ada musuh.’

Ucapan telah menaikkan kembali semangat betina-betina di dalam dewan. Kemarahan mereka tidak dapat kentaki kini telah beralih. Betina betina ini bangun dan menghentak-hentak kaki. Derapan hentakan kaki mereka kedengaran hingga 1 kilometer.



‘ Mana dia budak itu... sapa dia Fizi... Rafizi... bawa di kesini... bagi dia tengok ini.. dia belum tengok... dia belum tahu. Ini baru senseng lengan. Nanti bila kita selak kain baru dia nampak hutan Afrika... baru dia teperanjat jadi batu... hutan ini bukan hutan biasa... ini hutan Afrika... gelap gelita.’

Bila Ratu Puan Shahrazat menyingseng lengan ramai betina-betina meloroh naik ke atas pentas. Mereka mengelilingi Ratu Puan Shahrazat yang sedang naik minyak. Betina betina ini bersorak-sorak.

“Yeah.Yeah. Yah. Kita selak kain. Kita ada hutan Afrika. Hutan hitam lagi gelap.’ Betina betina bersuara bersama-sama. Mereka berulang-ulang melagukan ayat ini. Kemudian mereka beramai-ramai menari-nari di keliling Ratu Puan Shahrazat.

Ratu Puan Shahrazat menyambung ucapan dengan memberi ingatan terutama kepada Raja Non Kecik agar jaga menjadi tali barut musuh. Ratu Puan Shahrazat juga mengingatkan bahawa dia juga tahu semua rahsia orang-orang yang cuba menjatuhkan dia.

‘ Betina sekelian sesudah persidangan kita ini maka kita semua akan kembali ke tempat masing-masing untuk meneruskan perjuangan kita. Tugas kita yang terdekat ini ialah memberitahu rakyat bahawa gerakan kita ini adakah satu gerakan suci. Saya yang baru sahaja balik dari menjadi tetamu Allah di Mekah telah mendapat Tajul dan Siti Hidayah. Saya telah bertakur minta tanda dari yang maha Esa. Saya tahu bahawa Allah tahu bahawa saya tidak ada hubungan apa apa dengan lembu itu.



Saya tidak pernah memiliki hubungan sulit dengan lembu-lembu jantan itu. Semua ini adalah fitnah yang tidak berasas. Nama keluarga saya sengaja diburuk-burukan. Nama anak anak saya sengaja dibabitkan. Sekali lagi saya nyatakan dihadapan betina-betina sekelian mustahil saya ada hubungans sulit dengan lembu-lembu itu.

Apakah saya tahu hubungan sulit lembu itu dengan suami saya? Sila pergi tanya suami saya... jangan tanya saya. Kalau suami saya suka kepada lembu jangan saya disalahkan.’

Dewan senyap seketika. Tetiba seorang lagi betina obese bangun dan bersuara,’ ...bila nak beri makan kentaki... I bosan laaa dengan cerita lembu ini. Dizaman Datuk Seri Paduka Rafidah Aziz dahulu tak ada kes lembu ini. Kalau dia jadi ketua kita lagi baik... bukan sahaja kita dapat kentaki... kita semua dapat AP’.

Betina betina bersorak bangun. Mereka menghentak hentak kaki. Dan bersorak-sorak sorak. ‘ kami tak mahu lembu kami mahu AP’.(TT)



BERSEDIA SATU MEI INI


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45



RAKYAT TELAH BOSAN DENGAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT




TUNAI INI DULU SEBELUM PRU















KOMENTAR TUAKR TIUB


rakyat telah bosan mendengar labon mp
rakyat telah bosan mendengar labon pemimpin parti
rakyat telah bosan mendengar cakap anwar ibrahim
rakyat telah bosan mendengar cakap haji hadi
rakyat telah bosan mendengar cakap lim kit sing

rakyat telah bosan mendengar berita tentang undi hantu
rakyat telah bosan mendengar tentang ubah alamat pengundi
rakyat telah bosan mendengar tentang mat bangla jadi pengundi
rakyat telah bosan mendengar tentang mat indon jadi pengundi
rakyat telah bosan mendengar tentang rela bertambah jadi undi pos
rakyat telah bosan mendengar tentang wataniah tambah jadi undi pos

persoalan ialah:
apa tindakan selain dari bercakap
apa tindakan selain dari buat press conference
apa tindakan selian dari hantar memo


yb yb pakatan rakyat jangan jadi nato
pemimpin pakatan rakyat jangan hanya pandai bercakap

tukar tiub cadangakan
turun ke jalan raya
sebelum pilihan raya

NOTA:
pemimpin pakatan rakyat
tolong jangan tipu rakyat
dengan sidang media
kerana sidang media tak ubah apa-apa!
















MP DAKWA RIBUAN DITUKAR MENJADI PENGUNDI POS - mkini

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis.

Fuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun.

"Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun. Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.

Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya.



JANGAN BUNUH BAYI - GUNAKAN SARKOT





GUNAKAN AKU - JANGAN BUNUH BAYI







LEBAISATION
Lebaisation mengakibatkan ramai orang Melayu yang berzina membuang bayi kerana takut dikatakan orang tidak lebai. Kebanyakan lelaki Melayu takut nak beli kondom di farmasi sebab jika orang lain nampak mereka akan mengumpat mengatakan pembeli kondom itu tidak lebai. Jadi lagi lebai lagi takut nak beli kondom. Jadi terpaksa pancutkan air mani kedalam burit sigadis malang. Bila sudah hamil, tak nak mengaku buat anak dara orang mengandung sebab takut dikatakan tidak lebai.

Lagi lebai lagi tak nak mengaku sebab nak jaga status kelebaian mereka. Bila si gadis malang bertanya apa nak buat, si lelaki akan berpura- pura buat tak tahu atau menyuruh si gadis malang membuang bayi secara senyap - senyap sebab takut perbuatan mereka diketahui oleh Tok Lebai.

Jika Tok Lebai tahu, susah nanti kerana pasti kena hukum samada kena sebat atau kena hantar ke pusat pemulihan akhlak. Ibubapa akan dapat malu kerana anak yang sejak dari kecil disangka lebai tidaklah lebai sangat jika dibandingkan dengan pemuda-pemudi yang gilakan punk rock.
By Shahrizat Beli Kondom Di Bangsar on KALAU GUNAKAN SARKOT - TRAJEDI BAYI MATI TIDAK AK... on 3/14/12


JANGAN KLIM WAKIL ALLAH
Komen bodoh so-ekor Beruk.. Buat apa kita nak minta ustaz/haji/imam/kadi merestui perkahwinan kita? Ustaz/haji/imam/kadi ni serba serbi nak mengawal kehidupan kita. Mereka nak kontrol kita semua. Kita mestilah sedar bahawa geng-geng ustaz/haji/imam/kadi adalah ajen Rajah Gopal.

Taat kepada ustaz/haji/imam/kadi bermakna taat kepada Rajah Gopal yang menjadi ketua agama. Ketua agama yang sebenar ialah ALLAH SWT bukannya ustaz/haji/imam/kadi/Rajah Gopal. By Tangkap Shahrizat on BERSARKOT LAH KAMU UNTUK KESELAMATAN on 3/13/12 Woitt...kalau dh bodoh tu,janganlah bagitau org...kalau ko nk berancuk pun,ikut suka hati kau lah...berancuklah dengan cara yg halal..(kawen)

Pandai pulak ko claim Allah tu Maha Ber4kuasa...kalau ko percaya pd Allah,ikut la apa yg Allah suruh..bukan ikut Rajagopal2, pak2 Imam,ustaz2 & bagai...woitt...ko mati nnt x yah panggil ustaz la utk kebumikan jenazah ko...bg je anjing makan tau!!! Bangang!!!!
By Anonymous on DENGAN SARKOT BAYI TIDAK AKAN DIBUANG on 3/14/12

Bila dah berlaku macam ni, yang didakwa biasanya yang perempuannya sahaja. Lelaki yang mengentotnya dah terlepas entah ke mana. Orang Melayu ni, kadang malunya tak bertempat. Nak buat majlis kahwin yang simple tak mau, malu kat jiran-jiran mengata anak dara dah ditebuk tupai. Padahal tiap kali dating sure nak mengentot. Tak dapat check in, dalam semak pun jadi.

Sebelum mengentot, nak beli kondom kat 7-eleven malu, nak mengentot takda pulak rasa malu. Sedap-sedap mengentot terpancut dalam. Bila dah asal mengentot je pancut dalam, sure akan benih melekat. Dah melekat tu, pandai-pandai la si laki tu lesapkan diri. Si perempuan jugak yang merana. Orang Melayu ni bodohnya sampai ke tulang, benda ni dah lama dah, sejak dari zaman filem Ali Setan. Still bebalnya tak berkurangan.
By Mr Sylarius on KALAU GUNAKAN SARKOT - TRAJEDI BAYI MATI TIDAK AK... on 3/14/12


RAJA GOPAL ENTOT BAIK
Bagi rakyat biasa yang miskin dan tak kacak, nak kahwin memang amat susah sekali. Jadi saya harap tok kadi, mufti, ulama dan Jabatan Agama tidak menyusahkan rakyat. Tetapi bagi orang kaya macam Rajah Gopal atau Menteri Besar Melaka, nak kahwin memang senang sekali. Rajah Gopal hanya perlu mencari perempuan cantik yang dia suka dan terus rogol dan perkosa sebab tiada sesiapa yang berani menangkap atau mengkritik Rajah Gopal kerana Rajah Gopal itu maksum.

Tengok apa yang terjadi kepada seorang gadis cun Indonesia bawah umur yang berusia 15 tahun ketika dirogol dan diperkosa oleh anak Rajah Gopal. Tengok video ini di YouTube http://youtu.be/yq1MOENHcNU Hakikatnya di Malaysia, memang mudah sekali bagi Rajah Gopal untul berkahwin. Mereka hanya perlu merogol dan memperkosa si gadis yang mereka gemari.

Lepas itu Tok Kadi akan menikahkan mereka. Bagi orang miskin dan Gagalist macam kita, lain punya cerita. Kalau kita berkahwin di Thailand kerana harganya lebih murah, Jabatan Agama akan kata perkahwinan kita tidak sah. Jadi memang betul, mereka ini nak mengawal setiap gerak geri kita.
By Gerakan Mansuhkan Free Loaders on DENGAN SARKOT BAYI TIDAK AKAN DIBUANG on 3/14/12

DULU DAN SEKARNG
Prince Noob berkata... mmg la susah... sbb org zaman sekarang bukan mcm zaman dulu... kesedaran bakal suami isteri terhadap tanggungjawab, agama kurang. kawin kebanyakannya sbb nak memantat je. kalau kawin senang2 xpayah kursus xpayah mas kahwin apa semua, nanti kalau nak cerai pun senang2 je sbb fikir time kawin senang. lepas cerai kawin lagi lain, senang la katakan.

ni yg kawin susah pun byk kes penceraian, apatah lagi bila dah terlalu mudah. 13 Mac 2012 10:38 PG WOIIIIII!!! Memantat lepas kahwin dapat pahala bongok! Apa salahnya kawin sebab nak memantat... kurang2 tak de ah buang baby...

Bangang! Mas kawin deal ngan pihak pompuan la bongok... bukan deal ngan pihak agama... apa ko bongok ni? Cerai? Kan aku cakap, cube study betul2 Matematik Moden bab perbandingan... Sila fikir masalah yang lebih berat untuk diselesaikan dari masalah remeh temeh terutamanya cerai-berai. Mana lebih berat masalah, selesaikan masalah buang bayi atau cerai berai?
By Pro_Pembaharuan on BERSARKOT UNTUK KESELAMATAN KITA BERSAMA on 3/14/12



LAWAK TEERKINI KAH KAH KAH





LAWAK PALING KLASIK TAHUN INI














HANYA SATU PERATUS DARIPADA 100,000 ANGGOTA PDRM TERLIBAT RASUAH : KPN
– mSTar

KUALA LUMPUR: Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah, kata Ketua Polis Negara Ismail Omar.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil namun jika dibiarkan ianya akan merebak lebih besar sepertimana penyakit kanser jika tidak dikawal.

"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya

Ismail berkata, beliau akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah di kalangan anggota PDRM.

"Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan pemberian rasuah," katanya.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
sesekali dalam dunia ini
ada lawak klasik
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah



woit...TERGOLEEEEEK DOG KETAWA.... kah kah kah..

woit.... NAK BUAT MACAM MANA.... MEMANG LAWAK.... kah kah kah..

kah kah kah... SAKIT TELOOO KETAWA ****7w6263e$3$27.... kah kah kah



LUCAH DAN KASAR - PERANGAI BAIK UNTUK PAKATAN




KOMENTAR TUKAT TIUB


untuk para pembaca tukar tiub
sedar lah bahawa malaon ini
adalah malaon terbaik untuk
memastikan pahang jatuh ke tangan pakatan

perangai malaon ini yang lucah
kata kata yang kasar
walau pun menyakitkan hati
tetapi sebenarnya membantu


perangai dan kata kata ini amat amat
dibenci oleh orang ramai


yakinlah dari bancian hampir 93% warga china
telah bersedia untuk menibai malaon ini
akhbar china telah memainkan peranan yang baik
berhari hari berita malaon ini disiar dalam akhbar china
akhbar melayu tidak ada laporan

warga china amat marah tentang lyanas
warga melayu makin sedar tentang bahaya lyanas

gebeng dan lyanas wajib dijadikan ajenda utama untuk pru nanti
santau radio aktif ini wajib dijadikan isi kempen

justeru tindak tanduk malaon ini
sebenarnya amat amat membantu

ingat tak?
tentang rahim noor?
dia kasar damn laucah
dan senang panas baran
akhirnya dia menumbuk orang dalam tahanan
yang membuka ombak jalan raya yang akhirnya
menjatuhkan madey

jadi apa yang wajib dilakukan]
ialah pastikan malaon ini terus panas baran
pastikan malon ini kasar dan lucah

adu dombakan maloan ini
dengan malaon malaon gerombolan lain
yang juga nak jadi mb
gaduhkan mereka

semua ini adalah kimia untuk
pakatan mengambil alih pahang




PEMBANTU SETIA






MB PAHANG MAHU AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG - mkini

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang memanggil pemberita "bodoh" bukan sahaja enggan meminta maaf tetapi mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar harian berbahasa Cina kerana didakwa menyiarkan laporan palsu terhadapnya.

Katanya, beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Sin Chew Daily kerana mendakwanya menyarankan untuk membuang sisa nadir bumi di Sungai Lembing, tetapi menurutnya, beliau tidak pernah berkata demikian.

Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Sin Chew Daily hari ini, Adnan menjelaskan bahawa kenyataan mengenai Sungai Lembing itu dibuat oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai contoh tapak sisa buangan, sewaktu dalam mesyuarat tertutup dengan beliau.

Beliau mendakwa bahawa wartawan harian berbahasa Cina itu tidak hadir di mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, tambah Adnan, akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain yang turut menyiarkan laporan yang sama, tidak akan disaman kerana katanya, rekod menunjukkan Sin Chew Daily terutamanya "tidak mesra" dan gagal melaporkan kebenaran.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengumpul maklumat dan mengeluarkan surat peguam kepada Sin Chew Daily.





DARI MAHKAMAH JALAN DUTA KELMARIN




NOTA:

mengikut keterangan SB
ketika di soal siasat
dibawah ISA pada tahun 2001 dahulu
hishamuddin rais telah tidak
sembahyang selama 20 tahun diluar negara

hishamuddin rais ditahan
kerana dianggap aktivitinya
sebagai mengancam keselamatan
dalam negara

pelik!

macam mana kalau tak
sembahyang 29 tahun
boleh mengancam keselamtan negara

apa sangkut pautnya sembahyaang hishamuddin
dengan keselamatan negara
kah kah kah







DARI TWEET TUKAR TIUB

SB beritahu mahkamah, 20 tahun Isham di luar negara dia tak sembahyang. Bagaimana Isham tak sembahyang boleh ancam negara? Kah kah kah!

Like · · Unfollow Post · follow @IshamRais · 12 hours ago via Selective Tweets
Hafiz Zainuddin, Bernard Khoo, Amk Kota Melaka and 26 others like this.

Hasbullah Bin Zainal Arifin Kah kah kah
12 hours ago · Like

Zulkhairi Mohamed Yatim bodo tahap gaban!
12 hours ago · Like

MOhd Faiz mcm ne diorg taw?hehehe
12 hours ago · Like

Beat Mijul Mojas Hahahahadoii...
12 hours ago · Like

Marsha Zliyana mcm mana dia tau kau tak sembahyang???
12 hours ago · Like · 1

Zuriyadi Sarpin
Bhahahahhah SB tu follow ekau kot isham? hahahahah boleh tau 20 tahun tak solat...hahahahah
11 hours ago · Like

Clifford Tan
Kah kah kah kah
11 hours ago · Like

Ronasina Kartunis
Isham! Aku kat Beijing ada tak SB check aku semayang ke atau pi tokong?
11 hours ago · Like · 1

Isz D'Barney ko kene tau isham, solat tu tiang agama, tiang negara... kalo ko tak sembahyang, mengancam la tiang negara....kahkahkah
11 hours ago · Like

Amin Iskandar
Kih kih kih
11 hours ago · Like

Sevan Doraisamy cana ko tahan gelak Isham?
10 hours ago · Like

Aku Sdn Bhd SB pun tak sembahyang ke?
10 hours ago · Like

Izhar Abidin SB tu ade no telefon Malaikat Roqib & Atib kot...heheheheh aku semayang nanti nak pegi bagitau kat balai la camni...hahahha
10 hours ago · Like

Lee Khalid ‎...tu baru bab semayang, belum bab mandi junub lagi
9 hours ago · Like

Jrry Yusoff SB ada direct line Allah ke? Miahahaha...
about an hour ago · Like



TUKAR TIUB MALAM INI DI DEWAN CHINA




FORUM MALAM INI DEWAN CHINA

















MALAM JUMAAT DI IPOH


















---------------------------------------------------------------



MULA KUMPUL KAN SELIPAR








NOTA:
sila kumpulkan selipar dan kasut
kita akan adakan pertandingan
membaling kasut dan selipar
ke muka mat mongol dan bik mama




LAGI KES ROSMAH DAN NAJIB




BIK MAMA







KENYATAAN PENAFIAN TIDAK MENJERNIHKAN PELBAGAI PERSOALAN MENGENAI
INTEGRITI DAN KETELUSAN PERDANA MENTERI


Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa
disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri
yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan
yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan
ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana
Menteri mengenai 8 bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar
sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang
disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh
pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu
ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos
majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat
Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan
peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi
politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat
agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya;
maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa
segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah
guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia.
Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana
Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul
ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial
negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum
dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu
lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu
jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order
(BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar
ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun
ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini
dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini
menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri
tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya
disebut sebagai “majlis Pejabat Perdana Menteri”?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu
majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:


Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800

Ca pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720

JUMLAH RM79,053


4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah
daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan
Barat dan lain-lain.


Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada
Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi
teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan 8 bukti yang disyorkan
KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri
membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri
Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri,
bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang
memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri
bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa
keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk
majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia
mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap
tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang
diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini,
tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar
pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC
sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan
Dato’ Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti
sebegini diajukan kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang,
wajarlah beliau juga membuat ‘pengorbanan’ seperti yang dilakukan oleh
Dato’ Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas
dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
14 MAC 2012