Sabtu, 28 Mac 2020

DUNIA INDAH KETIKA ITU






DUNIA INDAH

KETIKA ITU

Tt ko tak buat video ikan fresh water ke lagi. Seronok den tengok. Teringat maso kecik dulu cari ikan kat sawah bondang. 
on
 SENGET
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 28/03/204








PASAR CHOW KIT PAGI INI











PAGI INI 

PASAR CHOW KIT
GUA MUKA REGULAR
DIPASAR INI 
TIAP MINNGU GUA AKAN
MEMBELI SAYUR IKAN DAN BUAH
INI WILAYAH KUALA LUMPUR
YANG
AMAT GUA SAYANGI


KALI AKHIR KE SANA
RABU 11/3/2020
DENGAN ADMAN SALEH

KALI INI BILA MAKANAN
DAH ABIS GUA MINTA
KAWAN GUA 
HADI DAN WAK JAL
BELIKAN UNTUK GUA

GUA TAK KELUAR RUMAH
KECUALI KE KWANTUNG

KELMARIN  HADI NAK PERGI
TAPI DIBATALKAN
GUA TELAH EMAIL SENARAI
BAHAN MAKANAN 
YANG GUA PERLU
PAGI INI JAM 8.56 HADI TALIPON
DIA  DAH SIAP MEMBELI
ERTINYA DIA KE PASAR 
AWAL PAGI
GUA PESAN
IKAN TONGKOL
UDANG KOLAM
IKAN SUSU
DAGING KOTAK
 UNTUK EZI DAN TAK TAK
LADA BAWANG BESAR 
BAWANG PUTEH KUNYIT
HALIA LENGKUAS 
 TEMU LAWAK KACANG PANJANG
TOMATO
IKAN BILIS

SAYANG HADI TAK SEMPAT
BELI BUAH MANGGA DAN AVOKADO
MAKNANYA GUA PUTUS BUAH
TAPI HADI ADA  BELI
BUAH LIMAU DAN ANGGUR

KETIKA AKHIR GUA DISANA
BELUM ADA PERATURAN
KALINI INI MENURUT HADI

1- WAJIB BERATUR JARAK JAUH
2 - BELI TAK LEBIH DARI 15 MINIT
3 - SUHU BADAN DIAMBIL
4 - NAMA DIRAKAM
MENGIKUT HADI
 MEMANG  AMAT RAMAI
YANG DATANG 
PASAR BUAH
PASAR SAYUR
PASAR DAGING
PASAR IKAN
SEMUA JADI TUMPUAN

KERETA TAK BOLEH 
MASUK KE DEPAN PASAR
SEMUA BERHENTI
DI JALAN TAR
MENAPAK MASUK
KE JALAN SEBELAH SHELL
BILA HADI KELUAR
ORANG TELAH BERATUR
HINGGA KE BELAKANG
BANGUNAN UMNO LAMA

PIHAK POLIS /DBKL
MENGAWAL KEADAAN

MENGIKUT HADI
WARGA ASLI MALAYSIA
SENANG MENURUT ARAHAN
YANG BAWA MASALAH
MAT BANGLA
MINAH DAN MAT INDON
WARGA LUAR
YANG TAK BIASA 
DENGAN BUDAYA BERATUR

AMIN





-----------

LANGKAH TEPAT







LANGKAH TEPAT

Pemeriksaan suhu badan di sekatan jalan raya mulai hari ini – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Mulai hari ini orang ramai yang melalui sekatan jalan raya di ibu negara akan diperiksa suhu badan, kata Menteri Wilayah Persekutuan,  Annuar Musa.

Dalam ciapan di laman Twitter, Annuar berkata, anggota keselamatan yang bertugas akan dibekalkan dengan alat pemeriksaan suhu badan untuk mengenal pasti jika terdapat individu yang mempunyai simpton demam

“Yang ada tanda demam anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan lanjut,” katanya.


UNTUK 

KESELAMATAN

KITA SEMUA

---------------

KEDAI RUNCIT PULAK








KEDAI RUNCIT

PULAAAK

Kenduri kahwin punca 2 kawasan di Simpang Renggam dikunci

KENDURI kahwin pada hujung minggu sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kedai runcit yang menjadi tumpuan penduduk tempatan mendapatkan bekalan makanan dikatakan antara penyebab penularan tidak terkawal wabak Covid-19 di kawasan Simpang Renggam.

Seorang penduduk Simpang Renggam, yang menetap berhampiran Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato Ibrahim Majid, berkata penduduk kampung mematuhi arahan PKP, namun tidak menyangka wabak itu menular dengan cepat di kawasan perkampungan berkenaan.

“Pemilik kedai runcit itu pun dah dimasukkan ke hospital,” kata penduduk, yang hanya dikenali sebagai Salleh.

Katanya, dipercayai wabak itu menular melalui kluster tabligh dan menyebar ketika dua majlis perkahwinan pada hujung minggu sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac, lalu.


“Stesen minyak berhampiran kampung juga perlu ditutup kerana salah seorang pekerjanya turut disahkan positif Covid-19,” kata Salleh, kepada The Malaysian Insight.

Kampung itu juga digunakan sebagai jalan pintas untuk ke kampung lain dan juga ke pekan Simpang Renggam.

Dua kawasan itu sahaja mempunyai 61 kes positif Covid-19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang, setakat semalam.

Keadaan itu memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua kawasan terbabit yang melibatkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk.

Perintah berkenaan adalah yang pertama dikenakan ke atas satu-satu kawasan sejak PKP dilaksanakan, ekoran penularan wabak Covid-19.

Seorang kakitangan di Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, Muhammad Sulhi Hasbullah, 36, berkata, susulan PKP, mereka terus bergerak memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas dan terputus bekalan makanan.

“Kita mula berhubungan dengan 26 ketua-ketua kampung kita gerakkan bantuan, dah disalurkan kepada ketua kampung dan ketua masyarakat, seperti makanan keperluan, beras dan sebagainya.

“Bantuan diberikan kepada setiap yang terjejas dan paling utama dikalangan asnaf, B40, dan mereka yang terputus pendapatan,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata, pejabat ahli Parlimen berperanan mencari barangan keperluan yang disenaraikan Jabatan Kebajikam Masyarakat (JKM).

“Sebagaimana diumumkan Menteri Kanan Ismail Sabri, dah mula PKPD di dua kawasan itu, kedudukannya lebih kepada ‘lockdown’, mereka tak boleh keluar rumah.

“Kita gerakkan kerjasama dengan JKM, mereka senaraikan barang keperluan kami cari dan JKM hantar barangan kepada mereka yang terputus bekalan,” katanya. – 27 Mac, 2020.


DIMANA MANA

WAJIB HATI HATI

-----------

ADA TAK FAHAM KOMIDI







ADA TAK FAHAM

KOMIDI 
Dari tulisan gwa tajuk - Malaysia Kaya Tapi Rakyat Miskin ..ramai yang lebey tumpu pada perkataan TAQBEE dari masalah Pengemisan Rakyat. Kahkahkah ..ini isyarat yg strutural kepimpinan sediaada hari ini CAN MOVE ON .. 
on 
MALAYSIA KAYA 
TAPI RAKYAT MISKIN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 28/03/20

Bro I






-----------

SAHEH LAGI TEPAT







SAHEH

Betul! Abam gila kuasa, bijak berpolitik tapi langsung tak pintar. Kalau tak kacau, Malaysia sudah ada kerajaan perpaduan, menteri-menteri professional, masalah virus dah dikawal baik. 
on 
ABAM TIKAM MADEY -
TIPU DAP AMANAH - 
KLIM ADA NUMBER
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 28/03/20

B





---------

KAMU YANG JUJUR WAJIB JADI PAKAR PERUBATAN BUKAN PAKAR SAILANG





KAMU YG JUJUR

WAJIB JADI PAKAR

PERUBATAN BUKAN

PAKAR SAILANG

bro tt..gua sangsi dgn saranan WHO..mcm ne msia bole layak jadi tapak ujian dn penghasilan vaksin covid kalo menteri kesihatan yg mempunyai berangkai2 klinik memberi fakta auta dan palsu mengenai bidang kesihatan?
para maloan2 yg dilihat ganas pula mencerca para pakar yg bertahun2 menghabiskan masa pembelajaran dlm bidang kesihatan.. 
on 
PARA PAKAR 
BUKITKAN KEPAKARAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:35

Ut



-------

KAPITALIA TAJA POLITIKUS






KAPITALIS TAJA

POLITIKUS


Politikus bodoh susah dibodohkan oleh golongan kapitalis.Ekonomi dan pemilikkan tanah harus bergantung kepada kepadatan penduduk asal, bila kapitalis melabur dan merampas sesuatu yang dimiliki oleh rakyat pekara yang berlaku ialah,  
kekurangan tenaga pekerja sehingga mengimport tenaga kerja asing.Bila ini berlaku akan berlaku ekploitasi pekerja asing selain dari wujudnya masaalah sosial kepada penduduk asal.Suatu kebodohan apabila negara yang luas ini bergantung kepada tenaga kerja asing. 
on 
POLITKUS PEROMPAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 28/03/20

D




-------

LANGKAH TERBAIK








LANGKAH  TEPAT

TERBAIK

Pemeriksaan suhu badan di sekatan jalan raya mulai hari ini – Annuar Musa


BERITA MENYUSUL

------------

JAM 3.30 PETANG




SABTU 28/3/20

JAM 3.30 PETANG
GUA BARU BANGUN DARI SIESTA
SEMUA SENYAP
SEMUA SEPI
TAK DA SAPA DI JALAN
TAK DENGAR KERETA
TAK NAMPAK BUDAK PANDA
MURAI SENYAP
UNGGAS SENYAP

DILUAR PANAS
GURUH PETANG DAH BERBUNYI
EZI DAN TAK TAK
AMAT TAKUT 
 BILA ADA BUNYI GURUH
TAK TAK NYOROK
DALAM BILIK AIR
EZI NYOROK 
BAWAH MEJA

KADANG KADANG
EZI MENGIGIL TAKUT

GUA SELALU FIKIR
KETIKA ANJING BELUM
BERKAWAN DENGAN MANUSIA
MEREKA
DUDUK DALAM UTAN
APAKAH MEREKA TAKUT DENGAN
GURUH DAN PETIR

KALAU MEREKA TAKUT
KEMANA MEREKA
SOROK DIRI

LEPAS BANGUN TIDO
GUA TURUN BUANG SAMPAH
GUA NAK BERSIH FLET
YANG BANYAK BARANG
ADA PELBAGAI
TERSIMPAN TERPACAK TERSELIT

GUA MILIHAT DI YOU TUBE
KLIP  MINIMALIS
GAYA HIDUP  MINIMALIS

INI GAYA HIDUP BETUL
TAK PERLU BANYAK HARTA BENDA
PAKAIN KASUT BUKU
DAN DAN DAN

GUA PERNAH HIDUP
MINIMALIS SELAMA DUA TAHUN
2 HELAI SELUAR
2 HELAI BAJU
2 HELAI BAJU T
1 SELIPAR
1 KAIN TOWEL
BUKU APA YANG ADA
MAKAN APA YANG ADA
TAK DA TV
TAK DA INTERNET
TAK DA AKHBAR

GUA HABISKAN MASA
MEMBACA MEMBACA

GUA HAIRAN
KELUAR DARI KAMUNTING
GUA ADA BANYAK BAJU
ADA BANYAK SELUAR
ADA BANYAK KASUT
MAKIN RAMAI BUKU
MAKIN BERAT HIDUP

MASA GUA LINTAS 
SEMPADAN
MASUK KE SIAM
GUA HANYA ADA
SATU PANTALON
SATU BAJU
SATU PLATIK BEG

MASA GUA 
DI BEBAS DARI PENJARA BOMBAI
GUA HANYA 
ADA SATU SELUAR
SAHELI BAJU
MAHKAMAH SUPREM INDIA
TERPAKSA
MEMBENARKAN
GUA KELUAR KE PEKAN
BELI PAKAIAN TEBAL
KERANA
GUA AKAN DIHANTAR
KE BELGIUM 
YANG SEDAG SARAT 
MUSIM SEJUK

KETIKA GUA SAMPAI
KE KL 20 TAHUN
KEMUDIAN
GUA HANYA
ADA SATU BEG

ADUH
HARI INI DARI MANA
DATANG
BARANG BARANG 
DALAM FLET GUA

KALI INI GUA  JANJI 
GUA NAK BUANG
MANA YANG TAK GUNA
AMIN






PARA PAKAR BUKITKAN KEPAKARAN







PARA PAKAR

BUKTIKAN

KEPAKARAN 

BERKORBAN

UNTUK NEGARA

UNTUK BANGSA

WHO pilih Malaysia kaji ubat Covid-19

PUTRAJAYA – Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menguji keberkesanan ubat yang dapat merawat pandemik Covid-19 dikenali Rendesivir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan perkara itu dengan WHO akan dilakukan malam ini.

Kata Noor Hisham, Malaysia merupakan antara negara pilihan WHO kerana keupayaan yang dimiliki Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya dalam bidang penyelidikan tempatan dan antarabangsa.

“Kita baharu sahaja mendapat panggilan daripada WHO yang menyatakan hasrat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia bagi penyelidikan ubat Rendesivir ini.

“Sebenarnya saya tidak dapat kongsi banyak maklumat tentang perkara ini lagi kerana perbicangan dengan lebih mendalam pada malam ini sahaja. Malaysia antara pilihan WHO.

“Jika semuanya berjalan dengan lancar, kita akan mulakan penyeldikan secepat mungkin, antara lokasinya adalah Hospital Sungai Buloh juga hospital lain-lain yang merawat pesakit Covid-19,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian berkaitan Covid-19 hari ini.

MGF040320_PC-JANGKITAN-COVID_04Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, antara usaha KKM dalam menangani Covid-19 termasuk menjalankan ujian pada kit ujian pantas (RTK) dari Korea untuk mengesan Covid-19.

Jelas beliau, sekiranya ujian itu mendapati RTK berkesan untuk mengekang Covid-19 dengan menepati ketepatan tinggi, pihaknya berhasrat untuk membeli sejuta kit itu.

Noor Hisham berkata, sebelum ini KKM mencuba kit jenama lain dari China namun tahap ketepatannya rendah dan tidak memuaskan hati.

“Ujian ini dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mungkin malam ini kita sudah boleh tahu keputusannya.

“Setakat ini, makmal kami mempunyai kapasiti untuk memproses 7,100 kes sehari. Jika capai ketepatan tinggi, kita akan mula pesan sebanyak 200,000 unit terlebih dulu,” ujarnya. –MalaysiaGazette


 KAMI 

ORANG AWAM

SENTIASA  SABAR

MENUNGGU
-------------

BERAT HATI MEMBACA




BERAT HATI

BILA MEMBACA

BERAT LAGI

POKET KOSONG

Tt...camne ni...gua hasil kebun x leh nak jual...koko, kelapa dan pisang tauke x beli pasal diorang kata x de pasaran...Ni nak mencika mentekedarah x de duit pasal hasil kebun x boleh jual....Bagi yang makan gaji macam orang gomen bule le gi cucuk duit kat bank walaupun duduk cuti dirumah ...abis tu kitorang ni nak makan apa...
duit x de maka makanan pun elek pucik...kucin ayam dan anjin yang gua bela pun x dapat makan jugak pasal gua x de duit..usah kan pampers anak pampers bini pun dah x de duit nak beli..hua hua hua hua...biar mati kena tembak polis dari mati kerna x makan..help help help...###...menteri tau ke semua ni... 
on
 BETUL KE ? FITNAH ?
Publish | Delete | Spam
Anto nyo beraga @ Antoniobraga
on 28/03/20

Ya





-------

SENGET





SENGET

Sapa kata orang buta tidak boleh arti kan senget nyer sesuatu itu? Kalau dia berjalan di tanah yang lereng dia akan merasa tempat dipijak itu senget. Kalau di rumah dimana tiang udah usang dan lantai menyenget, maka keadaan rumah adalah mereng. 
Maka jangan jadi senget dan mereng mengata kan orang tidak boleh ngertikan apa itu senget.....andai berfikir hanya untuk merendahkan orang lain... on 
SEMIOTIK INTELEKTUAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20

D





-----------

BUKAN SABAR KARO TAPI FINITO








BUKAN 

SABAR KARO

TAPI FINITO
cerita bukit gasing dah sejuk. abam pun dah tersandar tak dapat jadi pm. nanti masa parlimen bersidang dan kalau ada undi tak percaya pada malikul sembab, cerita ni akan panas semula. ataupun masa pru15 nanti, masa tu hari2 tt akan putar ulang-ulang cerita bukit gasing. 
sabar karo. 
on 
UDAH SEJUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20

Jan





--------

HOSPITAL KAPITALIS AWAS





HOSPITAL 

KAPITALIS

AWAS

JANGAN CARI

UNTUNG MAKSIMA

KETIKA

NEGARA SUSAH

Sarawak sedia berdepan kemungkinan buruk


SARAWAK bersedia untuk berdepan kemungkinan terburuk berhubung Covid-19 selepas 15 jangkitan baharu direkodkan hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah.

Kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan empat buah hospital di Kuching   –  Normah Medical Specialist Centre (NMSC) di Petrajaya, Pusat Perubatan Timberland Medical, KPJ Kuching Specialist Centre dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) – bagi membincangkan mengenai pengambilan pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana kekurangan katil.

“Kita tidak tahu, Jika kamu lihat di negara lain, terdapat keperluan tinggi untuk katil,” kata Uggah pada sidang media hari ini.

“Kita sedang bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan buruk.”

Sarawak menetapkan empat hospital kerajaan di negeri itu sebagai pusat rawatan Covid-19.

Hospital terlibat adalah HUS yang memiliki 1,003 katil di Kuching, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

Uggah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sekiranya HUS kekurangan katil kerana peningkatan jumlah pesakit Covid-19, perancangan sedia ada adalah dengan menghantar pesakit bukan Covid-19 ke Pusat Jantung HUS di Samarahan dan hospital daerah di Serian dan Bau.

“Namun sekiranya tiga hospital ini tidak mencukupi, hospital swasta perlu sediakan katil kepada pesakit bukan Covid-19.

“Dasar kami adalah bagi memastikan pesakit mendapat rawatan dan penjagaan kesihatan terbaik.”

Mengenai siapa yang akan membiayai bil perubatan di hospital swasta, Uggah berkata: “Sekiranya perlu, ia akan dibayar kerajaan negeri.” – 27 Mac, 2020


KAUM KAPITALIS

KAUM PEMODAL

PARA TOWKAY

AWAS 

JANGAN PASANG

PERANGKAP

KETIKA NEGARA

KESUSAHAN

RAKYAT AKAN

NAIK MINYAK




-----------

CADANGAN BAIK






CADANGAN BAIK
Esok pagi TT x boleh 
dah bawak Tak Tak dan Ezi ke keburan ya..
kaedah lain dari tingkat 9 
ke bawah dan naik semula 
menggunakan tangga utk mengeluarkan peluh
 on
 BERITA TER NOWW
 TER HOTT
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 27/03/20

Apo



---------

WOW - HEBAT





HEBAT

WHO pilih Malaysia kaji ubat Covid-19


BERITA MENYUSUL


---------

DEGIL BAWA MASALAH





DEGIL BODOH

BAWA MASALAH

Aku sokong sangat warga degil ni disumbat masuk penjara. Depa bosan berkurung dlm rumah, biar depa berkurung dlm penjara pulak. 
Jenis bodoh, tak hargai langsung pengorbanan petugas keselamatan dan petugas kesihatan yg bertungkus lumus berjihad lawan covid19. Padan muka masuk penjara! Yg sekor tu bapa beranak dua. Sekarang apa jadi dgn keluarga kau? 
Bodoh! 
on
 JANGAN DEGIL 
IKUT ARAHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 28/03/20

Ya





-----------